Saturday, November 7, 2009

PALSU IJAZAH?

Ijazah Asri : Bachelor Degree : Fakulti Sastera : Jurusan Bahasa Arab/Syariah

Saya tidak terkejut dengan kenyataan media Mohd Asri (mantan Mufti yang ditangkap JAIS) untuk menyaman saya berhubung dakwaan beliau : saya menuduhnya memalsukan ijazah sarjana mudanya. Sebabnya, saya tak pernah menuduhnya melakukan perbuatan demikian. Sebelum membicarakan isu ini, beliau sepatutnya memahami kenyataan saya terlebih dahulu sebelum membuat ulasan. Dan jangan hanya pandai menilai sesuatu hanya berdasarkan tajuk yang ditulis wartawan. Seorang sarjana sepatutnya lebih daqiq (halus) menganalisa dan tidak mudah gemuruh dengan mainan media.

Jika dikaji dari kenyataan saya, saya tidak pernah mendakwa beliau memalsukan ijazah pertamanya. Sebaliknya tajuk akhbar : JAKIM : Asri palsukan kelulusan syariah..merupakan 'kreativiti' wartawan itu sendiri. Dan saya tidak pernah mengarah, memberi kenyataan @ memaksudkan sedemikian. Jika anda bertegas untuk menyaman, samanlah wartawan berkenaan kerana wartawan itu yang memuatkan tajuk di atas. Lihat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive:

Disini, ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa bidang pengkhususan Ijazah pertama Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera. Lihatlah ijazah pertama yang dipamerkan di atas. Ianya tertulis : Fakulti : Sastera, Jurusan : Bahasa Arab/Syariah Islamiah. Walaupun Asri mengambil 15 subjek elektif syariah sekalipun, ijazahnya tetap bergelar ijazah Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Bukannya : Ijazah Bahasa Arab Dan Syariah Islam. Ini kerana subjek syariah bukannya teras fakulti. Lagipun bilangan subjek Bahasa Arab dalam transkripnya lebih banyak dari bilangan subjek syariah. Anda boleh melihat nisbahnya dalam 2/3 subjek. Jika di dalam transkrip berkenaan merangkumi bilangan subjek yang sama rata antara bahasa arab dan syariah, ijazah beliau berhak digelar : Ijazah Bahasa Arab dan Syariah Islam. Tetapi hal seperti itu tidak berlaku. Paparan di atas membuktikannya.

Status pengenalan terhadap gelaran ijazah pelajar luar negara juga boleh didapati dari JPA. Selaku badan yang bertanggungjawab mengiktiraf sijil-sijil tempatan dan luar negara, JPA berhak membuat penarafan dan gelaran. Jika anda benar2 berminat untuk mengetahui jenis gelaran ijazah di atas. Sila hubungi pihak JPA untuk mentusahkanya.

Disamping itu, Asri salah seorang pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Umum mengetahui bahawa mana-mana pelajar tajaan KPM @ JPA sememangnya dihantar belajar dalam bahasa Arab dan Kesusateraan. Melainkan jika terdapat mana2 pelajar yang terkandas dalam Jurusan Bahasa Arab dan sastera, seseorang itu dibenarkan menukar ke jurusan yang lain seperti Jurusan Syariah dan Pengajian Islam. Tetapi bilangan mereka begitu minima.

Sememangnya, di zaman Asri, Universiti Of Jordan menawarkan pengajian Jurusan Bahasa Arab/Syariah. Tetapi, ijazah beliau tetap memberi fokus kepada Bahasa Arab dan Sastera. Walaupun subjek syariah turut diambil pelajar, ia tidak menjadikan gelaran ijazah berkenaan separa Bahasa Arab : separa syariah sebagaimana yg diamalkan sesetengah Universiti tanahair. Oleh itu, pengambilan subjek syariah yang terhad tidak menjadikan seseorang sebagai mempunyai dwi minor dalam satu ijazah. Hal ini amat bertepatan dengan kaedah feqh : "Lafaz menunjukkan maksudnya, bukan sekadar strukturnya." Justeru, terimalah hakikat sebagaimana adanya.

Kesimpulan :

1) Isu ijazah bukanlah fokus perbincangan yang perlu diberi tumpuan. Tetapi, isu utama beliau ialah mengajar agama tanpa tauliah adalah satu kesalahan di mana-mana negeri sekalipun di bawah bidang kuasa Sultan. Ia berdasarkan akta dan enakmen yang sedia ada.

2) Sebab utama beliau mengeluarkan kenyataan yang pelik2 adalah berpunca dari dirinya sendiri yang tidak menguasai disiplin ilmu syariah secara lengkap dan menyeluruh berdasarkan ijazah pertamanya. Manakala Ijazah kedua dan doktor falsafahnya hanya tertumpu kepada kajian khusus semata-mata. Bukan beerti anda memilki Masters dan PHD sudah dikira anda sebagi ahli hukum dan mampu berijtihad, mencela atau menghina ulamak. Kalla.

3) Jika anda merasakan saya masih menuduh anda 'memalsukan ijazah' Anda sepatutnya memahami definisi 'palsu' itu sendiri. Saya tidak pernah menuduh anda menciplak, membuat salinan @ membeli ijazah berkenaan. Sebaliknya hanya menghurai status ijazah dan kandungan subjek yang anda pelajari itu berdasarkan fakta yang sah. Moralnya, jangan dilantik seseorang yang bukan ahli kerana dikhuatiri mudharat lebih banyak dari manfaat.

4) Jika anda ingin mengemukakan saman terhadap saya... itu adalah hak anda. Tetapi ingat, saya juga berhak melakukan perbuatan sedemikian disebabkan anda terlebih dahulu meburukkan nama baik Jabatan saya, menyifatkan saya sebagai seorang pegawai yang melakukan fitnah, perbuatan jijik lagi hina. Nasihat saya, Jangan bercakap sesedap hati anda. Saya juga memilki hak yang perlu dipertahankan. Dan sesekali tidak akan teragak-agak untuk bertindak ke atas sesiapa pun yang menceroboh hak peribadi saya. Sila renung kembali kenyataan anda : "Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu. -Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini? Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!"
Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui siapa yang memutarbelit perkataannya. Dan siapa yang lebih sudu dari kuah untuk mengalihkan isu penangkapannya. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah SWT.

140 comments:

Abu Muhammad said...

Salam. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi Ustaz. Tetaplah atas perjuangan menegak kebenaran tanpa gentar. Puak-puak tu dah gelabah dah, sebab tu cbox Ustaz deme serang dengan berbagai cakapan yang kurang sopan dan tidak berakhlak.

Kawe nak tanya satu perkara, Zainul Abidin tu nama bapak Asri ke atau nama Asri sendiri. Sebab dalam sijil tu dia tulis Muhd Asri Zainul Abidin bin Osman.

Salam perjuangan. Allahu Ma`ak.

Unknown said...

Salam Ustaz. Teruskan pejuangan Ustaz membanteras golongan-golongan (pro Wahabi) yang perasan Mujaddid macam Dr Asri, Rasul Dahri, Dr. Abdullah Yassin.

Dr. Asri kebetulan diberikan banyak sangat ruang oleh pihak media. Itu sahaja kekuatan yang dia ada. Didukung oleh pihak yang tak faham/tak mengaji.

Harap Ustaz, jangan sesekali berundur dan mengalah. Biarlah tiada ruang media diberi sekalipun, teruskan perjuangan.

Salam

Ibn Salleh. said...

Salam.Pada 22/5 1954,Hashim Ghani yg mengajar di Masjid Ranjau Hantu Kuala Pilah telah disiasat oleh Jabatan Mufti N.Sembilan kerana mengembangkan fahaman Wahabi menerusi kitab Abu Bakar Asya'ari.Penangkapan Asri adalah ulangan kepada peristiwa di mana Hashim Ghani dibatalkan tauliahnya kerana menyebarkan fahaman Wahabi.
Sepatutnya fahaman Wahabi ini mesti dikekang dengan lebih awal oleh setiap jabatan2 agama.Malangnya kebanyakan jabatan agama/jabatan Mufti masih tidak menyedari kesan buruk daripada fahaman ini.Contoh yg terbaik ialah ada beberapa individu yg berfahaman sebegini duduk dalam jabatan agama/jabatan Mufti dan JAKIM sendiri.Lihat saja kpd individu yg membentangkan kertas kerja seminar Muhammad Ibn Wahab yg menuduh tuan blog sebagai Syiah.Kini Menteri Besar Johor mengizinkan Asri berceramah tanpa perlu meminta tauliah di Johor.Apa dah jadi?Sedangkan jabatan Mufti Johor senantiasa memantau pergerakan individu spt Asri dengan menangkap Rasul Dahri yg sealiran dgn Asri.JAIS sendri sebelum ini tidak mengambil berat betapa bahayanya fahaman Wahabi ini disebarkan.Kehadiran Ust Mahfuz dalam JAIS telah membantu memberi penerangan kepada JAIS betapa fahaman ini harus dikekang dengan serius.Jabatan agama N.Sembilan dan Jab Muftinya juga dilihat masih belum berkesan melaksanakan tanggungjawab mengekang fahaman ini.Contohnya, kehadiran Rasul Dahri di I'tiba as-Sunnah K.Pilah menunjukkan fahaman ini masih aktif dan menyebarkan fahamkannya secara terbuka.Asri menjadi kuat kerana beliau pernah dilantik menjadi Mufti di Perlis.Ini sebenarnya telah mengaburi mata beberapa pihak yg masih tidak nampak kebatilan fahaman ini.Seharusnya jawatan Mufti harus dilakukan perlantikannya oleh JAKIM agar ada keselarasan fahaman untuk setiap negeri.Kemunculan beberapa individu seperti Hafiz Firdaus,Mohd Yaakob Yunus,Rasul Dahri,Husin Yee,Abdullah Yasin dan lain2 harus dipandang serius oleh JAKIM agar fahaman ini tidak terus berkembang.Kelicikan mereka2 ini berhujah dengan Al-Quran dan Hadith telah menjadikan pengikut2nya terpaku sedangkan tafsiran daripada Ijma' Ulama dan Qias diketepikan.Setiap jabatan agama/Mufti mestilah berani dan tegas agar fahaman yg dilihat semakin menular ini dapat dikekang sebelum ia menjadi parah.

cjb said...

Zamihan, on the first place kenapa anda membiarkan sahaja tajuk kepala berita fitnah itu? kenapa hari ini baru mahu mengaku kepala berita itu tak benar? sebaik kepala berita fitnah itu keluar kenapa tuan tak mahu buat penjelasan di blog ini? kenapa perlu membiarkan fitnah itu berhari-hari & kenapa baru hari ini baru nak membetulkan kepala berita fitnah itu. Care to answer? tak usahlah menegakkan benang yg basah.

kenapa selepas BERTAPA beberapa hari baru Zamihan nak buat penjelasan tajuk berita tu tak benar? apa yg anda tunggu sebenarnya?

cjb said...

mari lihat apa yg penyokong2 JAIS katakan kepada Dr Asri tentang penggunaan tangkal azimat dlm islam.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=447292&extra=page%3D1

amat menyedihkan.

pitman said...

Salam,
Ade satu persoalan pendek sahaja wahai "Ust" Zamihan dan pembaca sekaian? ADAKAH anda tahu apa itu fahaman WAHABI dan siapakah Muhammad Bin Abdul Wahab itu? Tolong jawab soalan saya ini. Jika anda tak pernah mengkaji dan memahami apa jasa yg Muhammad Bin Abdul Wahab ini lakukan dahulu maka anda semua tidak layak memalitkan nama baiknya dgn tuduhan yg bukan2. Ingatlah yg fitnah itu besar dosanya disisi Allah! Satu lagi nauzubillah...sepanjang sy mendengar ceramah Dr Asri, saya tak pernah lagi mendengar dia mencemuh mana2 Imam mazhab dan ulama2 silam seperti yg difitnah terhadapnya. sesiapa yg berminat mengikuti rakaman kuliah nya bolehla pergi ke link dibawah. Kalau ade bukti mana2 dia mencela imam, tolong bgtau saya malahan dia sering memuji imam2 mazhab yg 4 itu.Wallahua'lam

pitman said...

sorry...lupa nak letak link kuliah Dr Asri disini
wassalam...

http://drmaza.com/home/?page_id=466

pendekartua said...

Setelah hang sendiri timbulkan isu ijazah palsu, tiba-tiba hang cakap ijazah palsu bukan fokus utama perbincangan?

Senang le cakap...

ibn harun said...

1. yang bodohnya sipenulis ni yang x abih2 pertikai sijil orang asyik2 point ni je terbit dari mulut cabulnya. niat busuk camtulah

2. yang dok herannya, jika lekehnya mat asri tu, 5 jalur sanad hadisnya sampai kat ulama' india. byk universiti dah terlibat dilecehkan oleh tok musang satu di Jordan (yang bagi BA Arab dan Syariahnya) kedua di Malaysia (UIA-yang bagi PHD hadisnya). sapa pulak yang hebat sangat ni nak komen status penarafan sijil negara sendiri dan negara orang?. tok2 guru pondok yang ngajar kitab kuning dikelantan nun byk yang x de khatam sanad, BA pun entah kemana? dianggap pakar syariah pulak. ngajor sane sini. sanad hadis pun x kenal.

hebat tok musang ni mengatasi LAN yang mengiktiraf sijil universiti. LAN tu ada jawatankuasanya. tok musang sekor boleh batalkan pula status sijil yang LAN sahkan dengan ayat putar belitnya. Allah sebaik2 pembuat makar jika tok musang nak bermakar dengan orang ramai.

saya cuba berandaian, mungkin tok musang nak kata : "sijil sebenar yang betul ialah ada cop kat dahi disahkan oleh keturunan saggof tu je".

perangai mcm musang, asyik duk tunggu ayam terlepas je... busuknya hati

cjb said...

Sepatutnya yg bersusah payah membetulkan tajuk berita fitnah itu ialah Zamihan sendiri dari awal. Ini tidak, baru hari ini Zamihan menjelaskan yang wartawan Utusan memutarbelitkan kenyataan beliau. Sepatutnya Zamihan yg buat clarification sejak hari pertama dlm blog ini supaya fitnah itu tidak dipanjangkan. Lebih2 lagi title anda Ustaz sewajarnya gerun kalau2 tersebarnya fitnah yg berpunca dari mulut anda.

Any comment Zamihan?

cjb said...

Dalam kebanyakan blog dan forum sejak awal sudah pun menramalkan yang Zamihan apabila tersepit pasti akan menyalahkan pemberita Utusan sbg memutarbelitkan kenyataan dia.

lihat ini:

palsukan sijil- Ustaz Zamihan Al-Fitnahi mengfitnah Dr Asri
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=446403&extra=page%3D1

n.ajis said...

En Zamihan EL-JUMMUDIY, saya berasa lucu melihat telatah pra-matang anda. Tidaklah perlu anda ulas panjang kelayakan dr MAZA sebaliknya datangkanlah hujah yang bernas (itupun jika ada) untuk membuktikan dr MAZA terkeluar dari ASWJ. Huraian anda panjang lebar tetapi tidak berisi, sama seperti daya fikir anda yang nampak begitu lemah dan tidak bermaya. Sudahlah melakukan perbuatan keji dan maksiat dengan kata dusta dan fitnah, kini anda mahu mengelak dari bertanggungjawab dan memutar belit fakta. Jangan biarkan akal anda terbelit lagi. Berlapang dadalah. Majoriti umat Islam kini kenal siapa anda, ustaz bertopengkan .....masyaallah!

ibn harun said...

kita cadangkan sapa2 yang nak ngajar di malaysia temuduga dengan musang ni... dia hebat ada master tasawwolf??? kat UKM. jika x temuduga dgn dia, sijil akan jadi x berguna.. dia hebat boleh komen sijil2 semua universiti atas dunia ni.. sebab nya dia kaki memfitnah orang

n.ajis said...

En Zamihan EL-JUMMUDIY, saya berasa lucu melihat telatah pra-matang anda. Tidaklah perlu anda ulas panjang kelayakan dr MAZA sebaliknya datangkanlah hujah yang bernas (itupun jika ada) untuk membuktikan dr MAZA terkeluar dari ASWJ. Huraian anda panjang lebar tetapi tidak berisi, sama seperti daya fikir anda yang nampak begitu lemah dan tidak bermaya. Sudahlah melakukan perbuatan keji dan maksiat dengan kata dusta dan fitnah, kini anda mahu mengelak dari bertanggungjawab dan memutar belit fakta. Jangan biarkan akal anda terbelit lagi. Berlapang dadalah. Majoriti umat Islam kini kenal siapa anda, ustaz bertopengkan .....masyaallah!

pitman said...

Salam,
satu fakta yg menarik juga mengenai blog "Ust" Zamihan ni.Saya dapati inilah satu2nya blog "Ustaz" dalam Malaysia ni yg artikel2 nya penuh dengan kutukan kepada ustaz lain terutamanya Dr Asri. Takde modal penulisan lain ke "Ust" ZAamihan? Penat anda belajar di Jordan bertahun2 lamanya dan bila pulang ke Mesia tak dpt memberi manfaat kepada org Mesia melalui dakwah anda. Cuba tengok blog2 Ust Zaharuddin dan SaifulIslam cthnya...Penuh dgn artikel2 berguna. Sayang Zamihan sayang. Ilmu yg anda pelajari sepatutnya dikongsi bersama masyarakat bukan memecahbelahkan masy dgn tohmahan dan fitnah. Insaflah dan ingatlah Allah sentiasa menerima taubat hambanya insyaallah!

p/s: mungkin juga blog ni kene ubah tajuk jadi "Anti_Dr.Asri.blogspot.com" Betul ke??

-peacemaker05- said...

patut la suka memandang rendah ilmu orang laen.mengaji agama dengan mudah.ada bantuan semua.sekolah2 pondok pandang rendah je.cube jadi org miskin..x dapat bantuan..sekolah pondok la yang dituju.manusia bila dah senang..akan lupe org di bawah.macam kawan2 sy..da dapat banyak bantuan biasiswa..tapi x cukup2 dengan apa yang dapat.lepas tu x hormat orang2 tua di malaysia.kite kene ingat..tanpa mereka xde la kite..lagi satu..rasulullah SAW sendiri dah kata ulama' itu penyambung lidah nya..pastu kata kami taksub..bila dia bentang pasal ulama' kesayangan dia x dikatakan taksub plak.lepas tu suka berdalih2.dalam alquran sendiri Allah x bg samakan sifatNya dengan makhluk..buat je lagi..amalan yang indah dan diterima bukan sahaja ulama'2 terdahulu tapi para sahabat..xnk plak diterima..nak tunggu makam nabi dihapuskan sepertimana makam para syuhada kot baru nak menyesal.cakap mengenai dalil dari quran dan hadis..tapi bila bercakap dengan org awam..hanya cakap daif..sahih..xckp kenapa hadis tu daif.sekurang2nya cakap kenapa baru org terima.inikah pegangan yang dibangga2kan..kemudian bangga ramai penyokong..adakah semua penyokong bertaklid pada die dengan sebenar taklid..atau hanya taklid buta..cakap boleh sebarang cakap..orang utusan pon boleh salah tafsir..inikan orang2 awam yang xtau ape yang jadik sebenarnya..quran dan hadith saja yang diambil kira kunun...pandangan ulama' dan para sahabat yang ditimbulkan bila ade khilaf diambil mana yang suka je..yang x suka ditolak...bukti?albani sendiri pernah membuang hadis2 imam bukhari yang die x suke..ini lah pegangan golongan2 ni..jgn risau ustaz zamihan..apa yang jadik sekarang ni membuka ruang untuk org2 awam seperti saya ni tahu apa yang sebenarnye terjadi..apa itu wahabi..blog ustaz pun maken ramai yang tau.kita x perlu takut sebab apa yang mereka sorok dan kekeliruan tentang apa yang mereka buat org boleh nampak sekarang..insyaAllah..teruskan perjuangan..bukan sahaja terhadap DR ni..malah golongan wahabi/salafi..kalau artikel ustaz yang x penah diusik dulu sebelum perkara ni terjadi...ustaz boleh publishkan semula di blog ni..bukakan mata mereka..dan tunjukkan apa kesan2 buruk pegangan mereka yang dah berlaku dalam dunia ni kepada mereka..di samping memperkenalkan lagi akidah yang telah lama dilupakan mereka..teringat kata2 arwah guruku dulu..waktu perang dahulu..ilmu2 hakikat dicari..bagi mengukuhkan lagi iman di hati..bila da aman..semua dilupakan..wallahualam

ibn harun said...

elok postkan sekali tulisan bertajuk "cinta agama dan ahli bait" tu, biar org tau tok musang ni pakai aqidah syiah mentor dia Helmi Mohd Fuad orang kuat Syiah dalam utusan senior aku kt SMKA Sheikh Abdul Malik dulu

pitman said...

Salam peacemaker-05,

Kalau nak belajar mengenai kenapa sesuatu hadis tu sahih atau daif awak kenela rajin belajar Ilmu hadis. Ilmu perlu dicari dan dikaji, bukan ilmu yg cari kita. Satu lagi jgn hadkan pembelajaran awak hanya dgn seorang ustaz saje, kene belajar dgn byk ustaz dan kemudian barulah kita dpt tau mana pandangan yg lebih kuat dan sbagainya. Itulah satu lagi masalahnya, mcm mana org seperti Dr. Asri nak menyebarkan ilmu hadis sahih/daif yg dipelajarinya kalau nak bagi kuliah kat Selangor pon dia tak deberi taulias..(Harus diingat yg JAIS mmg dari dulu tak memberi Dr Asri tauliah sejak dia jadi Mufti Perlis). Satu lagi opsyen yg ada, awak datangla ke Penang. Kat sini ada Institut Ibn Qayyim. Kami byk belajar pasal hadis dan pandangan semuamazhab dalam Fiqh.Bukan org utara je belajar sini tau, org2 luar yg mana keje kat Penang/Kedah pun selalu datang. Ramai la yg dtg. Kat utara ni open sket. Takde sgt karenah2 birokrasi JAIS la MAIS la yg perlu dituruti. Insyaallah bila awak dah faama nanti awak akan lebih mengenali keindahan Islam dan kenapa dikatakan Perbezaan pendapat dlm Islam itu adalah rahmat! Insyaallah

n.ajis said...

EL-JUMMUDIY, yakinilah majoriti umat Islam di Malaysia akan terus menyokong arus TAJDID. Sesungguhnya hujah dan pemikiran yang kuat akan menewaskan hujah dan pemikiran yang lembab, tidak berisi, terkebelakang, mundur, tidak produktif, lemah, menolak kemajuan, kaki fitnah, menokok tambah seperti yang anda lakukan sekarang. Marilah bersama arus TAJDID, buang jauh-jauh aliran pemikiran beku dan jumud yang tertanam sekian lama di benak anda. Mungkin atas faktor tersebut membuat anda tidak faham tulisan ilmiah dr MAZA sehingga tergamak memfitnah beliau. Mungkin persekitaran anda dibesarkan membuat akal anda beku tidak berfungsi. Masih belum terlambat untuk anda bertaubat. Berubahlah demi kesejahteraan umat Islam. AMIN...

pitman said...

Shiah dan Ahbash...Dua fahaman yg cuba meracuni pemikiran masyarakat muda malaysia sekarang...Tolong war2kan kpd ahli keluarga dan sahabat2kita mengenai Ahbahs ni...Shiah mungkin org biasa dengar. Ble rujuk link dibawah
http://bankahbash.blogspot.com/

cjb said...

Inilah mudaratnya bila ada golongan yg mengamalkan hadith-hadith dhoif & pdpt2 dhoif:

rujuk:

Keharusan menggunakan azimat/tangkal dlm Islam
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=447292&extra=page%3D1

Anonymous said...

BLOG YG PENUH DENGAN TOHMAHAN DAN FITNAH YG TIDAK BERASAS! YG BERPANDUKAN KPD AQAL SEMATA2.. ZAMIHAN NI PENGECUT! APA KATA DIA BUAT KENYATAAN RASMI??!! MANE BOLEH NANTI KANTOI!

cjb said...

Salam, kita cabar Zamihan buat kenyataan rasmi kpd pihak akhbar bahawa wartawan Utusan itu sebenarnya putar belitkan statement awak. Berani ke? Kita tengok apa jawapan balas wartawan tu. Then baru kita tahu siapa yg kelentong.

malik said...

akum ustaz..saya nak mencari kepastian adakah selawat syifaa tu bercanggah dengan aqidah islam sebab saya dengar ceramah dr asri dalam youtube mengatakan selawat syifa tu seperti bidaah je. tapi bila saya mendengar ceramah dr. haron din dia kata bidaah lain penafsirannya.pening2.

cjb said...

Salam semua. ok. paham dah. pesantren akitiano (penyokong kuat Zamihan) ini la yg mengajar TANGKAL & AZIMAT adalah dari ajaran Islam. Nauzubillah minzalik.

http://akitiano.blogspot.com/

akitiano said...

Assalam...

CJB....

pegang kata Sayyidina Umar:

"أنظر لما قال ولا تنظر لمن قال"

Lihatlah pada apa yang dibicarakan bukan pada siapa yang berbicara...

Aku berhujjah berdasarkan dalil-dalil ilmiah...ada hadis...ada rujukan kitab etc...bukan pakai cakap macam hang yag tak berilmu...kalau nak debat masuk la dalam blog aku dan counter pendapat2 aku..Aku akan jawab keraguan ko...

pemakaian Azimat tu ada dalilnya..dari hadis lagi...kalau ko tolak mati2 Azimat, ko berarto tolak hadis..

Yang jelas, azimat harus dipilah2...mana yang haram mana yang boleh...ini ulama dah bahas sejak dulu lagi laa budak jumud!!!

ko berani bagi comment, tak tak bagi pun orang lain comment ko!! show me ur blog, so that aku nak tenggok seberapa dalam ilmu ko tu...

aryna said...

salam..
ada pihak mengatakan saya tidak layak utk bersuara krn bukan dari kalangan ahli agama yang arif tentangnya.. benar, kerana itu saya hanya menyentuh tentang akidah dan akhlak semata-mata..

salah satu perkara yang menyebabkan saya sangat tidak menyenangi dr.asri dalam mendidik masyarakat Islam adalah cara dia menyampaikan pandangan..

dalam kebanyakan hal terutama menyentuh tindakan/perlakuan para agamawan dan jabatan2 tertentu, dr.asri tidak pernah bertanya kepada individu tersebut atau pihak tersebut mengapakah atau apakah yang dimaksudkan dengan kata2 yang dikeluarkan mereka atau kenapa mereka tidak bertindak melakukan ini dan itu atau kenapa mereka buat kenyataan sebegitu rupa..

contoh dalam kes artikel ini, kenapa dr.asri tidak bertanya kepada ust.Zamihan kenapa beliau berkata begitu.. dan apakah bukti yang dapat ust.Zamihan bentangkan dalam dakwaan tersebut, dan lagi tidak melihat kepada tajuk berita tapi perkataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana orang2 yang berfikir panjang seperti rakan2 seperjuangan ust.Zamihan sendiri ramai yang quote kata2 dr.asri dan tidak memberi perhatian kepada tajuk berita yang bertujuan menarik minat umum utk membacanya.

spt juga dlm kes. sheikh Nuruddin dahulu, pernah dr.asri bertanya dengannya apakah maksud kata2 yang disebutkan beliau? kerana kita semua tahu, dalam satu2 pokok perbincangan atau pembentangan pasti huraian amat penting jika tidak, banyak salah-faham berlaku. kerana itu dalam setiap ceramah akan dibuka utk pertanyaan daripada hadirin.

jadi, hal tuduhan melulu ini jika telah dimulai oleh seorang ketua agama yang mendapat tempat di media2, apakah tidak menjadi ikutan kepada kebanyakan masyarakat?!

hal ini sangat saya titik-beratkan kerana penerapan nilai2 negatif terhadap mana2 individu atau jabatan akan menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada pihak tersebut, bahkan pada suatu masa masyarakat akan juga hilang hormat kepada pihak yang mengajar unsur2 negatif ini.
kerana ini, saya sering membuat kenyataan tidak terperinci dengan harapan ada pihak yang akan bertanya apakah maksud kenyataan saya, namun amat sedikit yang berbuat demikian melainkan lebih terjurus terus menuduh dengan cara melulu.Maka, dapat saya rumuskan bahawa berburuk sangka dan melulu adalah sangat mudah bagi kita semua daripada duduk dan berfikir panjang akan maksud kata2 yang disampaikan oleh saudara2 kita dan bertanya sebelum membuat keputusan.

wallahualam.

moga ust.zamihan terus cekal dan diberkati ALLAH SWT dalam setiap perjuangan dirahmatiNYA.. amiiin..

Pelajar said...

Bagaimana dengan tuduhan utz di dalam blog utz yang bertarikh 9-12-2007 yang lalu. Hari ini utz tidak mengakui pulak. Kami sudah cetak hard cover tuduhan ini untuk diberikan kepada Dr Asri.

http://al-ghari.blogspot.com/2007_12_01_archive.html

Dr Asri turut menghebahkan latarbelakang akademik yang sama dalam Berita Harian sehari selepas beliau menerima watikah menjadi Mufti.
Kalau sekadar kesalahan percetakan takkan berulang kali biodata itu diterbitkan. Hakikatnya, Dr Asri tahu.
Tapi sengaja buat tak tahu. Takkan dia lebih rela menipu untuk mencari glamour? Lu mau tipu ka? Haiyya…! Tak elok makan hasil tipu-menipu. Lebih-lebih lagi kredibiliti anda sebagai seorang Mufti.

Perlu diketahui bahawa Universiti Of Jordan ( Universiti Ijazah Pertama Dr Asri) tidak pernah menawarkan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam sekaligus. Hairannya, bagaimana Dr Asri boleh mendakwa beliau berkelulusan B.a Bahasa Arab dan Syariah Islam sekaligus.
Tak percaya, cuba tuan-puan tanyakan graduan yang semasa dengannya. Ataupun minta dilihat ijazah pertamanya itu. Jelas, beliau cuba mencipta mitos dalam memperkasakan jawatannya sendiri.
Tambahan pula, pembelajaran Bahasa Arab di Universiti di Jordan berbeza dengan kurikulum al-Azhar. Skop pembelajaran Bahasa Arab di Jordan lebih memberi fokus kepada tatabahasa, karya sastera seperti Syair (Jahili, Umawi, Abbasi, Moden dll) arudh, qafiah, prosa, kritik sastera dan lain-lain. Cukup ke peralatan ini membantu Tuan Mufti meraih gelaran sarjana tanpa asas pengajian yang kukuh?

Para graduan dari Jordan mengetahui hakikat ini. Tapi Dr Asri sanggup membohongi diri sendiri semata-mata untuk dilihat sebagai seorang sarjana Islam yang benar-benar tulin. Jika anda bermula dengan BA Bahasa Arab, MA (USM) Tesis : Bid’ah dan Phd Tentang Asbab Wurud Hadis (itupun disempurnakan oleh Penyelia anda) adakah anda layak digelar sarjana Islam yang tulin?

Cetusan said...

lambat juga Orang JAIS nak dakwa, banyak mungkin kerja tu. ..nak dengar kes cepat2. baru lega. dakwa dakwa ..

rakyat pembayar cukai sedang menunggu orang gomen buat kerja.

kalau JAIS swasta, tak kisah

Admin said...

Alahai cjb nih,,

orang dah terangkan pun salah, tak terangkan pun salah..

apehal la minda yang begini masih ada..

pitman,

apa itu ahlu sunnah waljama'ah ?

Bila orang jahil berbicara, seolah-olah menyintai ahlu bait itu dosa besar dan terus boleh dihukum sebagai syiah.

Sepatutnya yang jahil inilah belajar, ALlah menyuruh kita menyintai ahlu bait. Bahkan Imam Syafie menyintai ahlu bait, Al Quran dan hadith rasuluLlah yang sahih pun menyuruh kita menyintai ahlu baitnya.


Surah As Syuura ayat 23 yang bererti : Katakanlah wahai Muhammad: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah, tentang ajaran islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih sayang terhadap ahli keluargaku."

RasuluLlah juga bersabda : "Aku mengingatkan kamu kerana ALlah (supaya mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (Riwayat Muslim. at Tirmidzi , Ahmad dan An Nasa'i)

Sabda RasuluLlah lagi : Peliharalah (jagalah) wasiat Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam tentang ahli keluarganya (riwayat bukhari)

Imam Syafie sendiri bersyair dan bernasyid. Al Rabi' berkata :

Ketika kami pergi mengerjakan haji bersama Imam syafi'e, kami melihat beliau tidak akan mendaki suatu tempat yang tinggi dan turun ke kawasan lembah melainkan beliau akan menangis dan bernasyid dengan syair menunjukkan cintanya yang amat mendalam terhadap keluarga RasuluLlah :

"Ahli bait RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Aku berharap kelak (dengan keberkatan mereka) agar dapat diserahkan sahifahku (catatan amalan) dengan tangan kananku. (Diwan as Syafi'e tahqiq Dr Muhammand Abdul Mu'in H 106, dan al bayan fi Mazhab al Imam al Syafi'e Jilid 1 H. 92.

Unknown said...

aryna.. ambe suka dengor Sheikh Muhammad Nuruddin jawab tuduhan maza,berhemah,berdalil,tenang,siap senyum lagi..dok melenting2.
Gitulah sopannya akhlak Ulamak ASWJ.

Cetusan said...

as-salaam,, saya cadang Ustaz zamihan masuk JAIS, JPA(panel Biasiswa) ataupun JAKIM unit penguatkuasa, supaya ada kena mengena, selain latihan ILIM.

dan boleh memberi sidang media tiap hari.

jutawan2010 said...

Salam,

Ana lihat sudah menjadi kebiasaan ulamak2 atau ustaz2 yang bekerja dengan kerajaan ni....jika ada mana2 ulamak lain yang buat silap, terus dihentam, di siarkan berita dalam akhbar sedangkan beliau bukannya melakukan maksiat atau kemungkaran kepada Allah SWT. tetapi jika menteri2 atau golongan2 VVIP dalam kerajaan yang selalu buat maksiat, yang terlibat dengan judi, arak dan pelbagai jenis kemungkaran yang lain...tidak pula ulamak2 kerajaan ni berani menegur. malah dalam paper pun tak keluar. yang keluar hanya benda2 yang baik jer....inilah sikap ulamak2 yang bekerja dengan kerajaan. rakyat buat salah hangpa berani tegur, tapi bila pemimpin hangpa buat salah, buat sesuatu yang melanggar hukum Allah SWT sepertimana perbuatan meletak bunga di Tugu Negara tu takde pun ulamak2 kerajaan ni bersuara sedangakn benda tu dah difatwakan haram oleh majlis fatwa...tapi hangpa diam seribu bahasa. apa citer?!

JomFikir said...

Salam,

Ana lihat sudah menjadi kebiasaan ulamak2 atau ustaz2 yang bekerja dengan kerajaan ni....jika ada mana2 ulamak lain yang buat silap, terus dihentam, di siarkan berita dalam akhbar sedangkan beliau bukannya melakukan maksiat atau kemungkaran kepada Allah SWT. tetapi jika menteri2 atau golongan2 VVIP dalam kerajaan yang selalu buat maksiat, yang terlibat dengan judi, arak dan pelbagai jenis kemungkaran yang lain...tidak pula ulamak2 kerajaan ni berani menegur. malah dalam paper pun tak keluar. yang keluar hanya benda2 yang baik jer....inilah sikap ulamak2 yang bekerja dengan kerajaan. rakyat buat salah hangpa berani tegur, tapi bila pemimpin hangpa buat salah, buat sesuatu yang melanggar hukum Allah SWT sepertimana perbuatan meletak bunga di Tugu Negara tu takde pun ulamak2 kerajaan ni bersuara sedangakn benda tu dah difatwakan haram oleh majlis fatwa...tapi hangpa diam seribu bahasa. apa citer?!
-----------------------------------

Bila cakap perlu bukti tuan, bukan dengan tuduhan.

Fatwa dah keluar, maka pemimpin perlu akur dengan fatwa. Itu yang sepatutnya.

Tapi payah bila diri sendiri buat-buat tak tahu.

Perlukah setiap kali ada upacara sebegitu nak diberitahu dalam suratkhabar semata-mata ? sedangkan dah jelas termaktub dalam fatwa. Dah digazetkan. Yang bermasalah sekarang adalah mereka yang melakukan.

Sama juga kes rokok, yang tak solat, yang minum arak.

Kita nihla yang sedar pakat sama nasihat menasihatkan. Takkan semua nak tunggu mufti cakap sahaja ?

JomFikir said...

takkan bila timbul isu, mesti tolak menolak, tunding sana dan sini. Yang dah faham, yang dah tahu sama-sama pi sedarkan. Kita semua bertanggungjawab, bukan ulamak atau ustaz atau mufti sahaja yang perlu dibebankan dengan tanggungjawab. Mereka pun ada tanggungjawab lain yang perlu diutamakan.

Jadi sama-sama kita jayakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

Jomlah!

zia-ul-haq said...

Salam..Kenapa Perlu menunding pada orang lain sedangkan 4 jari lagi menunding diri sendiri?
Bagaimana pula golongan Protaz(Profesional Ustaz) seperti Kapten Hafiz Firdaus Abdullah, Dr. Daniel dll? Adakah anda turut akan meminta kreditasi lulusan ke atas mereka? Jika allahyarham Fathi Yakan berasal dr Malaysia adakah anda turut akan mempertikaikannya?
Agama bukan hanya utk golongan seperti anda...tetapi utk semua..Jangan disebabkan ilmu agama yg anda ada, membolehkan anda mendabik dada..Sempurnakah anda sampai boleh menjatuhkan hukum itu n ini? Mengatakan sesuka hati pada org lain?

n.ajis said...

Nampaknya semakin ramai yang membantah En ZAMIHAN EL-JUMMUDIY kerana berleluasa melakukan fitnah terhadap ulama terkemuka negara. Saya ingin mencadangkan JAIS ambil tindakan terhadap pemilik blog kerana mencetuskan keresahan majoriti umat Islam dengan melakukan fitnah dan pendustaan terhadap tokoh ulama terkemuka dan dihormati di dalam negara.

nobody said...

takkan bila timbul isu, mesti tolak menolak, tunding sana dan sini. Yang dah faham, yang dah tahu sama-sama pi sedarkan. Kita semua bertanggungjawab, bukan ulamak atau ustaz atau mufti sahaja yang perlu dibebankan dengan tanggungjawab. Mereka pun ada tanggungjawab lain yang perlu diutamakan.

Jadi sama-sama kita jayakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

Jomlah!

November 8, 2009 7:31 PM
Blogger zia-ul-haq said...

Salam..Kenapa Perlu menunding pada orang lain sedangkan 4 jari lagi menunding diri sendiri?
Bagaimana pula golongan Protaz(Profesional Ustaz) seperti Kapten Hafiz Firdaus Abdullah, Dr. Daniel dll? Adakah anda turut akan meminta kreditasi lulusan ke atas mereka? Jika allahyarham Fathi Yakan berasal dr Malaysia adakah anda turut akan mempertikaikannya?
Agama bukan hanya utk golongan seperti anda...tetapi utk semua..Jangan disebabkan ilmu agama yg anda ada, membolehkan anda mendabik dada..Sempurnakah anda sampai boleh menjatuhkan hukum itu n ini? Mengatakan sesuka hati pada org lain?
November 8, 2009 8:09 PM
----------------------------------
Mesti kena ler tuan, mesti kena tgk kreditasi/lulusan. Ni nak ngajar agama, bukan nak ngajar masak nasi. Nak kena interview dulu, nak tgk ilmu takat mana yg nak ngajar org ni...Nanti kang bawak ajaran sesat plak, nt susah ler umat.Kaedah tauliah ni utk muslihat hal2 yg mcm tu ler, korang x faham sbb korang imosi bukan ilmu(Tlg baca peneragan JAIS ttg hal ni kat BH beberapa hari lepas). Kalau dah semua org boleh ngajar agama ikut suke hati dia(mcm yg dr Asri sbt dlm bharian smalam tu) rosak ler agama, kacau bilau ler masyarakat. Tu bukan agama Islam tu, tu dah jadi agama hawa nafsu korang.

akid said...

apa yg bagusnya bila kita tuduh menuduh sesama islam. Mana akhlak sebagai org Islam. Akhlak itu amat penting. Sebagai muslim dan muslimah....kita lapangkan dada...Islam itu indah. Bukan dgn kata mengata, tuduh menuduh. Jika ijazah itu palsu, maknanya universiti kita semua tu tak betul la. Org yg dpt Master PHD tu semua tak diiktiraf kerana tak pandai baca transcript dan Ijazah. Kenapa zamihan tak kecoh hal sijil nie masa Dr asri dilantik menjadi Mufit Perlis? Kenapa tak keluarkan kepas Astro Oasis pasal hal nie. Kalau terang2 tak bertauliah, tak patut dah keluar TV bagi nasihat. Itula logiknya. Sbbnya tak ada yg salah pun apa Dr asri ckp dan ajar. Sama la Dr abdullah yassin dan Rasul Dahari. Saya amat suka dgr kuliah mereka kerana kuliah mereka penuh dgn nas yg sahih dan ilmiah. Saya pernah pergi kuliah Ustaz yg bukan ASWJ....byk yg salah. Even ada student yg lebih tahu dalilnya dari ustaz2 yg tak berpandukan nas yg sahih.

Case bermula dgn penangkapan..lps tu mula ada suara kata pasal ijazah..lps tu kata pihak media salah ckp. Org lain tak ckp pun pasal ijazah ke apa...ini semua hanya nak cari kesalahan dr asri. Dengki tu bahaya.

Unknown said...

salam,
sejujurnya saya mengetahui nama ust zamihan sejak kebelakangan ini. dr asri saya kenali melalui penulisan bernas beliau di akhbar. saya tidak taksub akan beliau kerana saya membaca dan menerima pandangan pelbagai pihak..jika benar Dr asri bersalah beliau harus di ambil tindakan..tetapi ..setelah meneliti penulisan ust zamihan..aura yang dapat saya rasakan ialah aura anti-asri....berdasarkan artikel blog ustaz sendiri pada 2007

http://al-ghari.blogspot.com/2007/12/perlis-pelopori-gagasan-ulamak-sunnah.html

apa benar si wartawan memutarbelit atau mmg ust sejak dr dulu lg tidak puas hati dgn dr asri??(refer entri ust sejak 2007)
penulisan ust sangat berbau dengki yang saya kira lebih bersudut emosi berbanding ilmiah...mgkinkah ada dendam yang terpendam?

semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua..amiin...

n.ajis said...

Sampai hari ni masih tidak ada pertuduhan dari JAIS? Agaknya wanita-wanita muslimah yang menunggu kes penceraian pun mengalami nasib yang sama. Tidak hairanlah bertahun2 kes tertangguh disebabkan lembabnya orang pejabat agama buat kerja. Contohnya macam Zamihan EL-JUMMUDIY...bila dia buat kerja? Setiap masa sibuk fitnah orang sana sini, tulis blog yang merapu serta tidak ilmiah, melemparkan kata dusta dan nista dan lain2 perbuatan terkutuk yang tidak sanggup untuk saya sebutkan di sini.

aryna said...

saya pun hairan gak... en. n.ajis ni sibuk gak nak kondem sana sini.. bila masa tuan buat kerja hingga pertikai bila masa ust.zamihan buat kerja plak..
sedangkan ust.zamihan tak selalu ada d blog ni..

n.ajis said...

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti. Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!. Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi’i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi’i, terutamanya dalam fiqh muamalat.

n.ajis said...

aryna..saya nak tanya mengapa kalau ditanya kepada mana-mana individu mengenai pejabat agama, pastinya perkara pertama terlintas di fikiran ialah lembab, jumud, tidak menepati masa, banyak makan, kuat sembang, suka fitnah orang, akal pendek, suka maki hamun, selekeh dan macam-macam lagi yang tak sampai hati saya sebut di sini.

Panglima Perang Cyber said...

Syeikh - geng wahabi sedang kepanasan..

saya bersama anda.. Geng Pembela Agama bangsa dan negara (BPN) akan menghapuskan saki baki geng wahabi ini dari terus berleluasa di alam siber.

Ini saat kebatilan akan dizahirkan..

Saya akan hubungi ustaz bagi membolehkan gerakan bersepadu membanteras fahaman songsang ini akan berjaya.

Takbir !!!

Unknown said...

Salam Ustaz Zamihan,

Teruskan perjuangan!

Biarlah puak-puak wahabi ni terjun dengan labu-labunya..

Syeikh YB said...

yang layak jadi mufti sebenarnya as-syeikh zamihan..ijazah sarjana mudanya bidang syariah manakala master dan phd dalam bidang yang sama.pendek kata zamihan layak jadi ketua mufti malaysia..tapi sayang walaupun ilmu dia banyak tapi sikap dan akhlak dia merosot.sombong dan takabur

aryna said...

n.ajis said...
aryna..saya nak tanya mengapa kalau ditanya kepada mana-mana individu mengenai pejabat agama, pastinya perkara pertama terlintas di fikiran ialah lembab, jumud, tidak menepati masa, banyak makan, kuat sembang, suka fitnah orang, akal pendek, suka maki hamun, selekeh dan macam-macam lagi yang tak sampai hati saya sebut di sini.

En.n.ajis,
Saya tak nafikan memang ada individu yang bersikap tidak mesra kepada pelanggan2 mereka terutama kepada pelanggan dari golongan tiada “kuasa” seperti kita. dan ini amat dikesali terutama dari individu2 yang melambangkan imej seorang muslim. Kerana itulah juga kita sering mendengar kisah2 pemuka2 dan pemegang2 amanah, ustadz2 yang ditangkap dan didakwa kerana pecah amanah atau salahlaku.. hal ini terjadi bukanlah disebabkan ilmu mereka tapi, kerana mereka tewas untuk mengekang hawa nafsu samada tamak atau amarah.
Sebenarnya, atas semua ini kita perlu berlapang dada menghadapi mereka dan menerima sebagai ujian yang didatangkan ALLAH SWT untuk menambah kesabaran dan keimanan kita sendiri.
Namun, ada juga sebab2 kelewatan, kelembapan mereka bukan atas kesalahan mereka tapi kerana proses yang panjang.. red tapes yang menyusahkan orang2 awam. Adakala sibuk2 desakan dan menyibuk dan sering follow-up adalah penting untuk mempercepatkan proses.

harap saya menjawab soalan tuan. maaf, jika saya tak menjawab soalan.

Ibn Salleh. said...

Salam. Untuk makluman Tuan Blog dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.Kuliah Rasul Dahri akan diadakan di Madrasah Ittiba Is Sunnah pada 15hb Nov. 2009 jam 10.30 pagi, tajuk Qurban.Pada 21hb Jun 2009 Rasul Dahri pernah ditahan oleh JAINS kerana memberi kuliah tanpa tauliah.Diharap tuan blog dan JAINS memantau dan menyiasat agar Rasul Dahri tidak menyelewengkan ajaran di Kuala Pilah.Bertindaklah JAINS sepertimana JAIS bertindak tegas tentang menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

nobody said...

Hamba Allah. said...
Salam. Untuk makluman Tuan Blog dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.Kuliah Rasul Dahri akan diadakan di Madrasah Ittiba Is Sunnah pada 15hb Nov. 2009 jam 10.30 pagi, tajuk Qurban.Pada 21hb Jun 2009 Rasul Dahri pernah ditahan oleh JAINS kerana memberi kuliah tanpa tauliah.Diharap tuan blog dan JAINS memantau dan menyiasat agar Rasul Dahri tidak menyelewengkan ajaran di Kuala Pilah.Bertindaklah JAINS sepertimana JAIS bertindak tegas tentang menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
---------------------------------

Den setuju!...

aryna said...

n.ajis said...
aryna..saya nak tanya mengapa kalau ditanya kepada mana-mana individu mengenai pejabat agama, pastinya perkara pertama terlintas di fikiran ialah lembab, jumud, tidak menepati masa, banyak makan, kuat sembang, suka fitnah orang, akal pendek, suka maki hamun, selekeh dan macam-macam lagi yang tak sampai hati saya sebut di sini.

En.n.ajis,
Saya tak nafikan memang ada individu yang bersikap tidak mesra kepada pelanggan2 mereka terutama kepada pelanggan dari golongan tiada “kuasa” seperti kita. dan ini amat dikesali terutama dari individu2 yang melambangkan imej seorang muslim. Kerana itulah juga kita sering mendengar kisah2 pemuka2 dan pemegang2 amanah, ustadz2 yang ditangkap dan didakwa kerana pecah amanah atau salahlaku.. hal ini terjadi bukanlah disebabkan ilmu mereka tapi, kerana mereka tewas untuk mengekang hawa nafsu samada tamak atau amarah.
Sebenarnya, atas semua ini kita perlu berlapang dada menghadapi mereka dan menerima sebagai ujian yang didatangkan ALLAH SWT untuk menambah kesabaran dan keimanan kita sendiri.
Namun, ada juga sebab2 kelewatan, kelembapan mereka bukan atas kesalahan mereka tapi kerana proses yang panjang.. red tapes yang menyusahkan orang2 awam. Adakala sibuk2 desakan dan menyibuk dan sering follow-up adalah penting untuk mempercepatkan proses.

harap saya menjawab soalan tuan. maaf, jika saya tak menjawab soalan.

nobody said...

Muhd Samsuddin said...."...Tok2 guru pondok yang ngajar kitab kuning dikelantan nun byk yang x de khatam sanad, BA pun entah kemana? dianggap pakar syariah pulak. ngajor sane sini. sanad hadis pun x kenal."
--------------------------------
TOK2 GURU PONDOK NI BUKAN DI KELANTAN JE YG XDA BA, HAMPIR DI SELURUH MALAYSIA PUN MCM TU...SBB DIORG BUKAN BELAJOR AGAMA NAK SIJIL, DIORG BELAJAR AGAMA KERANA ALLAH, BUKAN CARI MAKAN PUNYE..MCM UST. WAHABI YG BONGKAK DGN PHD. MASTER & BA2 KORANG. WALAUPUN TOK2 GURU PONDOK KITAB KUNING YG KORANG HINA2 NI XDA BA, MASTER & PHD....CUBA LER KALAU KORANG BERANI, UJI ILMU DIORANG NI(TOK2 GURU NI) HINA2 KAN TU)..P PANGGIL DR.2 KORANG TU..MAEH KITA TENGGOK HEBAT SANGAT KER PHD KORANG TU...ADA BERANI KA? DASAR WAHABI MMG PENGECUT, BERAPI2 DGN ORG AWAM JE, BERANI BIDAAH KAN ORG, BUAT TUDUHAN MELULU, KAFIRKAN ORG, SYIRIK KAN ORG, TU LA KERJONYA DARI DULU...X HABIS2

JJ said...

zamihan... kenapalah ko biarkan je isu ni jadi camni. Ambiklah tindakan kepada Utusan tu. Ko suka ke gaduh-gaduh?

kalu ko ikhlas, sure ko akan contact Asri tuh... explain kat dia bhw ko tak de niat buat camtuh.

Terus terang lah... aku langsong tak respek dah puok-puok ustat nih. Asri pun sama je... tak gheti nak ckp baik-baik.

Pakai lah songkok/kopiah/serban tu setebal mana pon. Umpat sana sini... Tuduh sana sini... Tak guna!!

Anonymous said...

Zamihan tak payah berdolak dalih lagi, dah salah, masih lagi memutar2 alam nak cari jalan keluar dari dituduh pula. kita yg buat, kita yg tanggung! dosa pahala bukan boleh main sorok2, auta2, pusing sana sini.. bila anda bersalah, akuilah, tak perlu buat kenyataan yg wartawan belit cerita atau sebaliknya..

(kenapa anda baru buat kenyataan tentang sijil tu??? sedangkan berhari2 sudah gempar di media??)

(zamihan lemah bahasa arab.. aqidatul tanzih?)

n.ajis said...

Di Malaysia, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.
Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.
Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.
Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

JomFikir said...

Jom nyatakan sokongan untuk menentang fahaman yang memecahbelahkan umat Islam.

Http://drasri-jomislah.blogspot.com

Sebar-sebarkan.

JomFikir said...

n.ajis.

Oklah kita guna perkataan salafi kalau gitu, ataupun firqatun najiyah ? ataupun team tajdid ? ataupun muwahhidun? ataupun apa lagi ya... apa sahaja yang anda suka ya..

Tetapi tidak lepas dari ciri-ciri ini :

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

JomFikir said...

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

fa li said...

wahhhh asri tak pernah mencemuh ulama dulu rupanya....

yg ni bukan mencemuh ke?

http://jomfaham.blogspot.com/2009/10/wahai-dr-asri-tolong-jangan.html

fa li said...

Kita nilai perkataan-perkataan Dr. Asri ini dalam tulisannya bertajuk ‘Katakan Tidak Pada Wahabi’.

Katanya:
“Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”

Hal ini jelas satu pendustaan. Mustahil “Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'.”

Ayat yang benar ialah:
“Jika seseorang memberikan pandangan agama YANG BUKAN MENJADI PERKARA YANG BIASA diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilabelkan sebagai syiah, ataupun wahabi, ataupun Qadiani, ataupun ajaran sesat ataupun yang lain-lain mengikut asal datangnya pandangan tersebut.”

Teliti baik-baik, anda pasti dapat melihat perbezaannya yang sangat jauh.

Apa permainannya?
Mudah saja!
Dr. Asri cuba menggambarkan betapa antinya umat Islam yang berfahaman tradisional terhadap Salafi Wahabi, dan betapa tertekannya dakwah Salafi Wahabi ‘yang tulus’ itu hinggakan APA SAJA YANG DATANG (yang bertentangan dengan fahaman Islam Tradisional) TIDAK KIRA Syiah, sekular, liberal, ajaran sesat, Qadiani dan lain-lain, SEMUANYA akan dilabelkan sebagai WAHABI.

Betulkah pernyataan Dr. Asri ini?

Jawapan ikhlas anda: ………………..


Katanya:
“Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”
“Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai 'wahabi'; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan.”

Orang awam sudah tentulah begitu. Hal ini tidak boleh kita jadikan hujah.
Cuba kita berdiri di depan masjid selepas solat Jumaat dan buat kajian. Tanyakan kepada orang ramai: “Suka Syiah tak?” majoriti akan menjawab ‘Tak suka.” Kemudian tanyakan, “Apa itu Syiah?”.

Ini soalan definisi. Mampukah orang awam dalam keadaan tidak bersedia begitu memberi pengertian Syiah dengan tepat?
Adakah situasi ini menjadi bukti bahawa ajaran Syiah itu benar? Adakah ia menjadi bukti bahawa umat Islam berfahaman tradisional tidak tahu tentang Syiah lalu mereka kena mengakui kebenaran Syiah? Adakah ini menjadi bukti umat Islam Tradisional berlaku tidak adil kepada Syah?

Ulangi kajian anda dengan bertanya: “Apa definisi elektrik?”, “Apa dia ajaran Qadiani?”, “Apa dia ajaran Ayah Pin” dan lain-lain.

Bertanya kepada orang ramai tentulah macam-macam jawapannya dan tidak tepat. Cuba tanya kepada para ulama!

fa li said...

Kenapa Dr. Asri senaraikan cakap-cakap orang awam sahaja? Kenapa dia tidak menyenaraikan dalam artikelnya itu definisi ‘Wahabi’ oleh para ulama yang menolak fahaman Salafi Wahabi?

Fahami permainannya, tahulah jawapannya.
Mudah saja. Dia cuba menggambarkan yang rata-rata umat Islam di Malaysia ini (termasuklah para ulama) tidak faham apa itu ‘wahabi’ lalu termenentang perkara yang benar.


Katanya:
“Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.”
“Ada yang kata: wahabi tidak tahlil”
“Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi.”
“Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab.”
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab”

Anda bertanya definisi kepada orang awam, sudah tentulah begitu jawapannya. Cuba letakkan sebaris para pendokong fahaman Salafi Wahabi ‘bawahan’ di Malaysia ini (tanpa memberitahu tujuannya kepada mereka), kemudian kita tanyakan, “Apa itu Islam Tradisional?”

Anda rasa mereka boleh memberi satu definisi yang jelas dan hampir-hampir sama semua orang?
Jawapannya tentu lebih kurang sebagaimana cara jawapan yang disenaraikan oleh Dr. Asri di atas tadi. Betul kan?

Cara begini tidak ada kesarjanaan. Sepatutnya ia tidak dimasukkan ke dalam artikel tersebut dalam usaha Dr. Asri hendak membela fahaman Salafi Wahabi. Dia kena menggunakan hujah yang ‘lebih dewasa’.


Katanya:
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya 'Wahhabi'.”

PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB bukanlah Salafi Wahabi yang kita tolak. Yang kita tolak hanyalah fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya YANG SALAH sahaja. Yang samar-samar kita kaji jika berpeluang dan yang lemah kita tinggalkan (kaedah Tajdid Segar ini sudah berulang kali kita jelaskan).

Salafi Wahabi yang kita tolak BUKANLAH (apa yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab, gerakan tentera, para pengikut dan fahaman mereka SAHAJA. Salafi Wahabi yang ditolak itu SEUMPAMA SATU PLANET yang mengandungi beberapa benua. Ajaran (yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya HANYALAH SALAH SATU daripada benua-benua yang ada. Ada lagi benua-benua lain. Antaranya ialah benua IBNU TAIMIYYAH yang mengandungi apa yang salah dan lemah daripada Syeikh Ibnu Taimiyyah (yang benar kita tetap sokong). Ada benua al-Albani dan lain-lain. Kesemua benua inilah yang membentuk sebuah planet bernama SALAFI LAPOK @ SALAFI WAHABI yang kita tolak itu.

Harap jelas dengan penerangan ini. Jadi selepas ini apabila kami menyebut Salafi Wahabi, Salafi Lapok, Salafi Tua, Wahabi, Wahhabi, Salafiah Wahabiah dan seumpamanya, ia merujuk pada Salafi Wahabi yang di atas tadi. Ia tidak terhad ataupun tepat kepada yang tidak qunut Subuh, ataupun terhad ataupun tepat kepada yang tidak mahu bertahlil, yang belajar di Arab Saudi, yang tidak bermazhab, yang menjadi pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.

ibnuadnan said...

merujuk web http://pbaupsi.net/v1/forum/viewthread.php?thread_id=79

sy knl ngn bdk abu ammar ni..nick lama dia imamsamudera..bdk ni aktif kt al-ahkam & al-fikrah..mayb tkesan ngn 2 web 2..bdk ni fakulti sains..dia amek minor je bhs arab

harap ust zamihan boleh saman dia seolah2 merendahkan ustaz

Bisa Biasa-Biasa said...

ustaz, cukup2 lah tu..hentikanlah polemik2 ni..pening dah rakyat Malaysia.

Bisa Biasa-Biasa said...

ustaz, cukup2 lah tu..hentikanlah polemik2 ni..pening dah rakyat Malaysia.

cjb said...

so bila Zamihan nak saman wartawan Utusan yg dikatakan putar belit kenyataan dia sehingga fitnah ni tersebar luas? ada tak initiatif Zamihan nak betulkan kesilapan secara rasmi? Or takut wartawan Utusan tu jawab balik sapa yg putar belit?

pelik said...

seronok tengok telatah2 yg penuh emosi nie yg ada sampaikan heret tuk2 guru pondok pulak tu .Pondok takde sanad?Cuba lihat dalam blog almalakawi@wordpress.com .siap sanad pondok pasir tumbuh .Pernah asri dan dua orang ahli panelnya buat forum di kelantan dan memberanikan diri menjemput pondok2 dalam forumnya .Apabila ditanya mengenai tauhid dari pelajar pondok je itu pun tak boleh jawab . Lepas tu PPB persatuan pondok berhad menjemput beliau dan dua rakan beliau untuk berdebat dengan tuk guru pondok ,tak datang pulak.Jadi jangan bersilat dalam bilik yang gelap sorang2 ,lepas tu keluar kata dialah yg menang .wallahualam

Unknown said...

Assalamualaikum wbt...
Dok cakak nok doh kita kabo tentang wahhabi ni.se..se doh terang,ramai lg dok paham,duk pertahan kewahhabian dia ah, soalan same je mende wahhabi?
ke saje2 wat dok paham sebab keras keng. Pastu kutuk ke Tok2 Guru Pondok

Tuan singalakas... ambe sokong ayat tuan...
"Jadi jangan bersilat dalam bilik yang gelap sorang2 ,lepas tu keluar kata dialah yg menang"

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan

Satu perkara yang saya perasan.. blog Tok Sheh Zamihan ni cenderung mempelopori pandangan syiah... atau elemen berbau syiah

Kenapa Tok Sheh Zamihan tak terus terang dan tentang puak puak syiah dan wahdatul wujud ... majlis fatwa dah jelaskan dengan jelas n its not for people like me to give you pointers wats wrong with kefahaman semacam tu..

ni ko jadi penyambung lidah mereka ato ko bahkan semacam buat dono ajer... when you buat dono... redha ker gamak nya...

Dari Tok Sheh Zamihan asyik nak menuduh pastu memutarbelitkan kata kata ngah harapan akhirnya kami rasa kagum dan tawadhuk Tok Sheh Maksum dan ikhlas semata.. apa kata Tok Sheh perkenalkan diri sebagai Timbalan Pengarah JAKIM kat Utusan n buat kenyataan berhubung dengan ISA, bini pemimpin tak tutup aurat, kilang arak kat Selangor...Shiah... Wahdatul Wujud.. Tarikat yang mengikat :)

Saya pasti Boss Tok Sheh Zamihan akan kata tu pendapat peribadi... sesilap kena pecat nanti...kaloi sebut pasal kilang arak ato bini pemimpin tak tutup aurat...

So elok lah lain kali siang siang buat penjelasan ni pendapat peribadi saya... Boss Jakim pong tanak sokong nanti... pasal kalo saya tak buat kenyataan ni..orang tak tau saya tak wakili JAKIM.. rakyat marhaen akan termakan fitnah saya nie...

After all have been said n done... ur arguments are too shallow and too superficial... n verily ilmu dan pengetahuan yang ghaib tu milik Allah... but i can sense the essence of pro Syiah dan Wahdatul Wujud dari wajah mu yang termangu mangu wahai Tok Syeh Zamihan..

Aku tak kata aku setuju dengan semua apa yang Dr. Asri sebutkan... tapi aku kata aku meluat melihat dendam dan khianat ko tidak putus putus kepada Asri

Aku kata Asri sedang mencuba dan aku kata enko batu penghalang yang berlandaskan emosi dan syak wasangka...

Pliz honey... udah udah lah tu... n semuga Allah dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim dan Al Wadud nya meluruskan hati dan lidah ku... dan juga hati dan lidah mu... selagi sakaratul maut tidak tiba... selagi itu kita punya peluang untuk kembali kedalam sakinah, barakah dan magfirah Allah

wassalam

Pondok Moden said...

Salam

Alah kesian pulak dengan si Adik ni, cuba tukar tajuk pulak..orang tgh dedahkan kedurjanaan wahabi dia timbulkan hal kenapa tak tegur isteri menteri tak tutup auratlah, kilang arak lah, judi lah....abis DR MAZA tu tegur ke Shahidan Kasim memerintah tak ikut hukum Islam? Saya tengok kat perlis kedai jual arak masih ada hatta semasa zaman DR MAZA jadi mufti dulu..tak nampak pun negeri Perlis menonjol dengan imej agama dan 'sunnah' yg diperjuangkan oleh DR MAZa dan bekas MBnya Shahidan Kasim!!Inilah masalah saudara dan orang-orang yang seangkatan dgn saudara yang menulis dalam ruangan komen ni (saya malas sebut nama tapi faham-faham jerlah)..Apabila didedahkan kepincangan ilmu DR MAZA maka tiba-tiba akan ada yg muncul dan bermain dengan perasaan lalu mengatakan: ustaz, tak baik mengata kat orang, ustaz kenapa busuk hati?, ustaz kenapa tak terima perbezaan pendapat....dll, ini semua taktik untuk lari daripadda pokok perbincangan yang sedang dibahaskan. Saya nak bagi tahu, DR MAZA ni bersikap lapang dada kah? Dia boleh terima pendapat orang lain kah? Kenapa masa jadi mufti dulu dia haramkan amalan-amalan umat Islam yg sudah dibuat zaman berzaman spt baca yasin mlm jumaat, berzikir secara berjemaah slps solat dll..kalau betul dia bersikap terbuka dan lapang dada patutnya dia cakaplah: saya tak baca yasin malam jumaat, tapi kalau tuan-tuan nak buat silakan, saya tak buat qunut subuh, tapi kalau tuan-tuan nak buat silakan!! Sebaliknya beliau menlarang terus amalan tersebut dengan mendakwa ia adalah bid'ah yang membawa ke neraka!! sedar tak penyokong DR MAZA akan hal ini? Kami tak kisah kamu tak nak baca yasin malam jumaat, tak nak qunut subuh ke, tak nak talqin mayat ke, tapi kami bantah kenapa kamu hukum perkara tersebut HARAM? sedangkan amalan-amalan tersebut dibenarkan oleh ulama-ulama silam..kenapa kamu tidak berlapang dada dengan menghormati pandangan ulamak-ulamak silam yang tak selari dengan pandangan kamu?! sudahlah, usahlah lagi berselindung di atas nama keterbukaan dan ingin mencari kebenaran, itu semua taktik murahan kamu bagi menagih simpati orang-orang yang tidak mengenali diri kamu..oleh itu saya menyokong usaha tuan blog dan ustaz-ustaz yang lain dalam memerangi fahaman wahabi kerana fahaman ini fahaman songsang dan terseleweng drpd fahamana ahli sunnah wal jamaah.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

AlhamduliLlah, kita dapat lihat siapa yang berhujjah dengan emosi dan taqlid buta serta taksub. Dengan mereka yang dapat memberikan hujjah dan santai-santai sahaja.

Bahaya yang besar bila taksub membuta tuli. Dan benar salah pun dikata benar jugak..

Walau apapepun Jom Sokong PGSM, tolong sebar-sebarkan!

Lawati blog ini :

Jom Cari kebenaran ! : http://drasri-jomislah.blogspot.com/s

la_abwa said...

Salam ust zamihan.

la tahzan allahu musta'an.
la takhof, allahu ma'as sobirin.
Berani kerana benar.

Saya baca komen2 (waduh dah lebih 70 komen), tengok bahasa2 kesat (tak de akai) yg diguna oleh penyokong MAZA, hampeh betui.

Biarlah si luncai terjun dgn labu2nya.

Pelajar said...

Tak ada orang nak tolong jawab ke ?


Bagaimana dengan tuduhan utz di dalam blog utz yang bertarikh 9-12-2007 yang lalu. Hari ini utz tidak mengakui pulak. Kami sudah cetak hard cover tuduhan ini untuk diberikan kepada Dr Asri.

http://al-ghari.blogspot.com/2007_12_01_archive.html

Dr Asri turut menghebahkan latarbelakang akademik yang sama dalam Berita Harian sehari selepas beliau menerima watikah menjadi Mufti.
Kalau sekadar kesalahan percetakan takkan berulang kali biodata itu diterbitkan. Hakikatnya, Dr Asri tahu.
Tapi sengaja buat tak tahu. Takkan dia lebih rela menipu untuk mencari glamour? Lu mau tipu ka? Haiyya…! Tak elok makan hasil tipu-menipu. Lebih-lebih lagi kredibiliti anda sebagai seorang Mufti.

Perlu diketahui bahawa Universiti Of Jordan ( Universiti Ijazah Pertama Dr Asri) tidak pernah menawarkan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam sekaligus. Hairannya, bagaimana Dr Asri boleh mendakwa beliau berkelulusan B.a Bahasa Arab dan Syariah Islam sekaligus.
Tak percaya, cuba tuan-puan tanyakan graduan yang semasa dengannya. Ataupun minta dilihat ijazah pertamanya itu. Jelas, beliau cuba mencipta mitos dalam memperkasakan jawatannya sendiri.
Tambahan pula, pembelajaran Bahasa Arab di Universiti di Jordan berbeza dengan kurikulum al-Azhar. Skop pembelajaran Bahasa Arab di Jordan lebih memberi fokus kepada tatabahasa, karya sastera seperti Syair (Jahili, Umawi, Abbasi, Moden dll) arudh, qafiah, prosa, kritik sastera dan lain-lain. Cukup ke peralatan ini membantu Tuan Mufti meraih gelaran sarjana tanpa asas pengajian yang kukuh?

Para graduan dari Jordan mengetahui hakikat ini. Tapi Dr Asri sanggup membohongi diri sendiri semata-mata untuk dilihat sebagai seorang sarjana Islam yang benar-benar tulin. Jika anda bermula dengan BA Bahasa Arab, MA (USM) Tesis : Bid’ah dan Phd Tentang Asbab Wurud Hadis (itupun disempurnakan oleh Penyelia anda) adakah anda layak digelar sarjana Islam yang tulin?

November 8, 2009 5:52 PM

anak sungai said...

FAKTA : seluruh malaysia akui nik aziz ulama' malah UMNO yang 'kureng' agama pon akui taraf ulama pd Nik Aziz.. Skrg, nik aziz menyokong MAZA dalam isu penangkapan dan isu tuduhan wahabi(zamihan yang tuduh).

Persoalannya....adakah kamu(pengikut2 zamihan yang jumud) ingin mengikut seorang yg diiktiraf sebagai ulama atau seorang yang tidak sekalipun pernah disebut sebagai ulama(zamihan)...????

Ringkasnya, kita ikut sahajalah ulama' yg diiktiraf drpd ikut ustaz jumud..

p/s : kadang2, logik akal pon dah boleh menjawab persoalan..tp, sebaiknya berpaksikan sumber islam yang hak.

Bye2 zamihan...SAY NO TO ZAMIHAN!! Harap jgn balik kelantan sebab tok guru rasenya xsuke org2 pemfitnah jejak kaki kat negeri dia.

aryna said...
This comment has been removed by the author.
aryna said...

kpd aku kaya, saya nak tanya...
jika TGNA sokong dr.asri manakala sekalian tuan2 mufti sebaliknya, tak mo ambil kirakah?
ni bukan soal sapa sokong sapa.. tapi berita mana yang benar untuk disokong..

selidik dulu.. kaji.. pastu buat nilaian sendiri... baru putuskan nak sokong mana.. tapi jika hati dan mata dah tertutup dek kerana hawa nafsu dan sikap berat sebelah, susahlah nak cari kebenaran..

wallahualam bissawab..

nobody said...

cjb said...
Inilah mudaratnya bila ada golongan yg mengamalkan hadith-hadith dhoif & pdpt2 dhoif:

rujuk:

Keharusan menggunakan azimat/tangkal dlm Islam
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=447292&extra=page%3D1

-----------------------------------

BUKAN ORG YG BERAMAL DGN HADITH DOIF TU YG MUDARAT...HANG YG TAK BERAMAL TU YG MUDARAT...LEBIH PARAH LG, DAH LER X BERAMAL, BIDAAHKAN PLK ORG BERAMAL, LARANG PULAK ORG BERAMAL...PI NGAJI LG. NI LE PERNGAI KAUM WAHABI,..TAKSUB & JUMUD, HINA AMALAN ORG, LECEHKAN AMALAN ORG...

n.ajis said...

Zamihan EL-JUMMUDIY,tulisan2 anda menggambarkan adalah "mat pshyco" sbb sekian lama anda tak ada kerja lain selain memburukkan orang lain yang tidak sependapat dengan anda. Macam tersimpan dendam kesumat yang teramat sangat kepada pendokong gerakan TAJDID. Iras wajah anda juga menunjukkan riak dendam yang tidak berkesudahan. Walaupun anda cuba tersenyum simpul, tapi disebaliknya ada perasaan tidak puas hati,dengki dan busuk hati pada orang lain. Jaga-jaga jgn sampai masuk "tanjung" sudahla. Anda memang seorang "mat pshyco"...

Unknown said...

akukaya....
kelantan tu nik aziz punya ke????

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

Mungkin tok Guru tidak tahu bahawa dirinya telah dihukum kafir oleh Dr Asri :

http://www.youtube.com/watch?v=J0Qu0d76cp8

Tok Guru mengamalkan Selawat Syifa' tapi kemudiannya dihukum sebegitu rupa oleh Dr Asri.

http://www.youtube.com/watch?v=BeWR1L5HRNk

AstaghfiruLlah

Bahkan ramai lagi ulamak Islam dan umat Islam dihukum kafir, sesat, atau syirik oleh Dr Asri ini kerana mengamalkan selawat syifa'.

n.ajis said...

ni sorang lagi pengikut zamihan el-jummudiy buat fitnah sesuka hati. sudahla jumud akal, dah takde hujah guna fitnah nak burukkan nama orang. masyaallah!

Unknown said...

Assalamualaikum wbt..
Kalau Almarhum Dr.Burhanuddin Helmi pengasas parti PAS masih hidup pasti beliau tolak Dr.asri.

Maafkan kami....
Ampunkan kami....

muslim said...

salam ust zamihan dan pendokong ahlisunnah waljamaah semua.

KAMI MENYOKONG SEGALA USAHA MEMBENTERAS WAHABI KHUSUSNYA DI BUMI MALAYSIA INI.

TERUSKAN USAHA-USAHA MEMBENTERAS AKIDAH SONGSANG.

MOGA ALLAH MEMPERKUATKAN TALI PERSAUDARAAN KITA MENENTANG WAHABI.

wassalam.

ramli sam sam said...

salam para ustaz2 dan ustaz to be.

akidah songsang tu jatuh hukum sesat tak? sesat = neraka?

hmm...ramai sungguh umat islam didunia ni sesat kan..wallahualam...(kalau ikut tafsiran yang dibaca kan sini la..)

Unknown said...

So lets go back to square one...

1: Pesal apa Tok Sheh Zamihan tuduh Asri memalsukan sijil kelayakan dia.. cakap tanpa beralas dan tidak dimintak pulak pandangan dia dan kata Boss Jakim... tu pandangan peribadi dia...

Bukankah Rasulullah berpesan..

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat.. maka berkatalah yang baik atau diam... "

Kalo cecakap leh jatuhkan air muka.. baik diam... kalo benar bagai di kata.. ada medan dan cara lain yang lebih berhikmah dan bersopan dan kalo cakap tu tak benar maka fitnah lah ia...

Teguran dan Pembetulan Tok Syeh Zamihan diperlukan.... :)

2: Tok Syeh Zamihan ni tak berapa jelas sikap dia tentang Syiah... kalo ikut angin yang lalu... Tok Syeh Zamihan ni Pro Syiah.. secara maknawi mahu pong majazi... sebab Al Saqqaf tu kabornya memang Syiah yang mengkafirkan sahabat... yang mengamalkan taqqiyah... kot Tok Syeh Zamihan juga guna taqqiyah...

Teguran dan Pembetulan Tok Syeh Zamihan diperlukan.... :)

3: Tok Syeh Zamihan agak tak berapa jelas dalam menjelaskan sikapnya terhadap Wahdatul Wujud.. hingga ada yang mengaitkan a dan b dan c bersikap berlapang dada dengan puak puak Wahdatul Wujud....

Teguran dan Pembetulan Tok Syeh Zamihan diperlukan.... :)

So Tok Syeh Zamihan tolong la jawab ok... kalo setakat gurkha gurkha Tok Syeh yang menjawab itu hanya memanjangkan polemik.. kita nak jawapan dari batang tubuh Tok Syeh Zamihan sendiri memberikan pandangan dan jawapan....

Kot ya pong ... kalo gurkha gurkha Tok Syeh yang konon nya memperjuangkan ASWJ tu selidik dan kaji hubung kait Al Saqqaf tu... selaku rujukan dan Tok Guru Tok Syeh Zamihan dunia akhirat... mahu depa balon Tok Sheh sekiranya benar telahan Tok Syeh Zamihan bergurukan dengan Tok Guru Shiah dan mengimani apa yang mereka imani... mungkin sebahagian saja kot falasafah dan sampah Syiah yang Tok Syeh Zamihan pegangi ... susah nak cakap... pesal taqqiyah laaa... tapi bertahun gak Tok Syeh Zamihan berguru ngan dia kaaaan kaaan kaan kan.. sehingga di ijazahkan laaa...

Sementara nunggu tu elok gak kita baca dan nilai seadilnya nukilan dibawah

Akhirul kalam..illal liqaaq wassalamu alaikum warah matullahi wabrakatuh..

Lihat dalam ati sendiri jangan syak wasangka ati orang... kita tidak dihukum atas apa yang ada dalam ati orang tapi kita dihukum atas apa yang ada dalam ati sendiri...

babaii honey

kingkong said...

United Malaysia Muslim SUPPORT Ustaz ZAMIHAN AL GHARI. SUbhanallah!

As a Muslim, Ustaz Zahima have done the GERAT JOB! So the question is why the Young Wahabies among us is too Angry to Ustaz Zamihan Ynag dirahmati ALLAH?

Then, the ANWER is simple. The is because their are Wahabies Jumud Bloody Moron.

Simple as that huh!


Perhaps all this Wahabi Moron will bertaubat nasuha and ask forgiveness from Ustaz Zanihan Ak Ghari.

Allah knows...

kingkong said...

United Malaysia Muslim SUPPORT Ustaz ZAMIHAN AL GHARI. SUbhanallah!

As a Muslim, Ustaz Zahiman have done the GERAT JOB! So the question is why the Young Wahabies among us is too Angry to Ustaz Zamihan Ynag dirahmati ALLAH?

Then, the ANSWER is quite simple. That's because they are Wahabies Jumud Bloody Moron. Wahabie like we all pretty knows, always telling lies.

Simple as that huh!


Perhaps all this Wahabi Moron will bertaubat nasuha and ask forgiveness from Ustaz Zanihan Ak Ghari.

Allah knows...

cjb said...

Salam,
betul ke SEGELINTIR geng2 pondok jumud marahkan Asri krn mrk bermatian pertahankan amalan tangkal & azimat sebagai ajaran Islam?

rujuk: KEHARUSAN MENGGUNAKAN TANGKAL DALAM ISLAM?
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=447292&extra=page%3D1

suluk said...

Maza menghina Ilmu Aqidah(sifat 20) dan Iman Asya'arie dan Tok2 Guru yang mengajar Ilmu Aqidah.
Sikap tidak mahu memuliakan orang Alim merupakan sikap org yg takabbur.
Firman Allah yg bermaksud "Maka seburuk2 tempat bagi org yg takabbur iaitu neraka jahannam"
Sah dah memang dia Wahhabi.
Sesiapa yg menyokong maza, tak kira taraf tok guru ke, Pas, PKR,Umno ke... kami tolak.
Insaflah..bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup.

Anonymous said...

AKU CABAR ZAMIHAN, TULIS 1 ENTRY MENGENAI "WAHABI" SECARA TELUS DAN BERFAKTA, START DRPD SEJARAH, PERKEMBANGAN SAMPAI SEKARANG!!!!!!!!!!!! JGN MENAMBAH2 DAH, PUAK2 KORANG NI BAB MENOKOK TAMBAH GEMAR BENAR!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

arsenalezz... dok payoh suroh Ust. Zamihan tulih pasal wahhabi
gi baca kat http://bahrusshofa.blogspot.com/ baca puas2,buka gok minda skek.
Kuat sungguh fahaman wahhabi mu sorang ni..!!
maaf deh...

JomFikir said...

Assalamu'alaikum cjb.

Saya tak tahu pula jika anda ini malas membaca. Sepatutnya artikel yang ada di dalamnya perkara tentang azimat dan tangkal itu dibaca sehingga habis.

Supaya lebih hadam dan faham, apa perbuatan dr asri yang diperjelaskan.

Tapi malanglah jika jenis suka baca sekerat-sekerat ini.

Pertamanya anda kena baca full version artikel tersebut di sini :

http://akitiano.blogspot.com/2009/04/tanggapan-artikel-kembara-ilmu-ke-india.html

Keduanya : bila ada orang yang hanya bawa satu isu sahaja dalam mforum tersebut. Maka tuan punya blog (beliau nih berilmu) menjawab pula di sini :

http://akitiano.blogspot.com/2009/11/tanggapan-pernyataan-seorang-pentaksub.html

Dan akhirnya beliau membahaskan pula mengenai persoalan azimat itu bila beliau sendiri tidak dapat membalasnya dalam forum tersebut di sini :

http://akitiano.blogspot.com/2009/11/menolak-kesalah-fahaman.html

Pengajaran : Diharap pada masa akandatang sila baca dengan penuh jangan main serkap jarang sahaja.

Lihat dalam artikel full version tersebut di mana Dr Asri telah menghina sistem pengajian pondok, serta sekolah pondok itu sendiri.

Marilah kita cari kebenaran..

JomFikir said...

Dr Asri pun rupanya pernah halang ulamak dari berceramah semasa menjadi Mufti Perlis, bahkan pernah hendak bertindak menangkap ulamak besar tersebut :

http://drasri-jomislah.blogspot.com/2009/11/jangan-lupa-dr-asri-pun-pernah.html

Jom cari kebenaran!

Anonymous said...

woi, trompah buruk! aku baca dah! fakta tak berapa tepat!! bahkan ada yg disalah tafsir.. banyak ambil dari ulama sufi (yg memang menentang sunnah suci)!!!

aku nak tanya zamihan!!! aku tak nak tanya org lain!!! ada paham terompah buruk??!!!

(terompah buruk dahagakan kesufian. biar pun datang dari jalan yg tak betul..)

Anonymous said...

"Orang Wahabi menerimanya secara literal dan hakiki, kalau disebut Tuhan ada tangan, tanganlah, kalau kaki, kakilah, kalau jari maka jarilah. Ini membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk. Nauzu billahi min zalik"

(dipetik dari bahrussofa.blogspot.com)

fakta?????? ada bukti?? datangkan satu bukti kata2 ulama yg ko anggap "wahabi" cakap ini macam!!!!

jgn nak jd tambi poorrennggeee.. aa

Anonymous said...

"Dalam Ahli Sunnah, ulamanya mengajarkan bidaah ada yang baik dan ada yang buruk, tetapi Wahabi mengajarkan semua bidaah tidak dibolehkan; talkin, berwirid ramai-ramai selepas sembahyang, qunut subuh, tahlil arwah, majlis Maulud Nabi dan membaca Yassin pada malam Jumaat"

(dipetik daripada bahrussofa.blogspot.com)

siapa yg membahagikan bidaah ada baik ada buruk pulak???? kamu salah faham terhadap al-imam assyafie rh... Rasulullah cakap ke bid'ah tu ada baik buruk...??

hadith yg fames pasal tu pun ada kan? tak kan tak pernah dengar kottt.. "setiap yg diada-adakan itu (dlm ibadat, tasyri' dsb.) adalah tertolak"...

sapa kata tak boleh baca yasin malam jumaaat????? baca lah, dpt pahala baca quran!!!!! yg salah ialah "yasin" dijadikan surah keramat pd malam tu. yg salah ialah beranggapan bahawa ada fadilat baca malam tu. yg salah ialah menolak hadith sahih surah al-kahfi dibaca pd mlm jumaat... tak der pulak baca al-kahfi malam jumaat......pelik tak? hadith SAHIH boleh dipilih2, utamakan hadith sahih drpd yg dha'if..

aryna said...
This comment has been removed by the author.
aryna said...

arsenalezz said...
AKU CABAR ZAMIHAN, TULIS 1 ENTRY MENGENAI "WAHABI" SECARA TELUS DAN BERFAKTA, START DRPD SEJARAH, PERKEMBANGAN SAMPAI SEKARANG!!!!!!!!!!!! JGN MENAMBAH2 DAH, PUAK2 KORANG NI BAB MENOKOK TAMBAH GEMAR BENAR!!!!!!!!!!!!November 10, 2009 8:13 AM



marah2 naper hal ni encik? orang yg suka marah2 tak tentu hala ni ada masalah hati ni..

saya dah cakap banyak kali.. jangan dok tuding jari je.. siasat dulu... carik dulu.. dan jangan cuma tau nak "spoon feed" je..
tengok dulu apa hidangan yang telah disediakannya tuan rumah dulu.. baru lah tanya jika ada lauk tambah ke, sambal belacan ke, budu ke!

ni haa... ust.Zamihan dah lama huraikan dah.. baca dan fahamkan baik2 dulu, baru komen cara ilmiah kerana tuan lebih arif dari saya yang bodoh ni..

http://al-ghari.blogspot.com/2007/12/hakikat-sebenar-fahaman-al-wahhabiyah.html

wassalam..

aryna said...

arsenalezz said...
"Orang Wahabi menerimanya secara literal dan hakiki, kalau disebut Tuhan ada tangan, tanganlah, kalau kaki, kakilah, kalau jari maka jarilah. Ini membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk. Nauzu billahi min zalik"

(dipetik dari bahrussofa.blogspot.com)

fakta?????? ada bukti?? datangkan satu bukti kata2 ulama yg ko anggap "wahabi" cakap ini macam!!!!

jgn nak jd tambi poorrennggeee.. aa

November 10, 2009 10:33 PM


encik ni wahabi ke? marah2 mcm orang tak belajar aqidah je..

ni.. saya bawakan jawapan ust.Zamihan (yg telah lama dihidangkan di blog ini) dan bukti yang encik mahukan. tengok baik2, kut tak mau terima juga, dah tak leh dah den nak nolong eh dah:-

http://al-ghari.blogspot.com/2008/01/bukti-rakaman-video-wahhabi-kata-allah.html

wsalam...

cjb said...

Perihal tangkal azimat ni majoriti ulama melarangnya & umat islam perlu meninggalkannya jauh2. perlu ambil pendekatan strict dlm berakidah tetapi memberi keringanan dlm fekah. bukannya the other way around.

Dr Amran Kasimin menulis panjang lebar tentang perkara2 khurafat & buku2 berkaitan tangkal azimat spt Kitab Taj Al-Mulk, Kitab Senjata Dunia, 1000 Hikmat, Kitab Mujjarobat Melayu dan byk lagi.

Anonymous said...

oh itu rupanya wahabi... tp korang tak paham, yg ust. dahri maksudkan ialah "tidak boleh mentakwil" bukan dia tunjuk tangan allah tu macam tangan kita.. ish2 bodoh tul la aryna ni. budak kecik pun paham.....................

Unknown said...

salam arsenalezz.
Wahhabi sungguh ke kau ni...!?
Bekeng sungguh...!!! mu telefon je ke Ust.Zamihan,tanya sini ramailah org tolong jawab.
Susah nak buleh pangkat sufi lening eh,kena mujahadah buang mazmumah.. cari guru Mursyid ambik wirid cuci hati,amal sampai mati kena istiqamah,nadah kitab Usuluddin,feqah,Tasawwuf dokleh tinggal sampai ke mati.makan minum cakap kabo kena jaga.Orang nak buat amal biar ah, kita jagn maroh,hadith doif dokleh wat hujah tapi amal buleh..
Allah suka tengok hambaNYa berbuat baik/ibadah kerana Dia..bukan nak pahala,kan kita ni hamba..

Teruskan perjuangan wahai pembela Ahli Sunnah Waljamaah

suluk said...

Tangan ALLAH tu macammana, macam tangan basikal...
Apa yang terbayang di kepala kita agak2 nya.SubhanAllah
Mahasuci ALLAH dari menyerupai sesuatu.Tulah kena ngaji sifat 20 supaya hati ini tidak syak,zhon dan waham

cjb said...

mcmn para sahabat memahami ayat2 Quran? melalui ilmu falsafah & takwil? bagaimana para sahabat yg bekas2 hamba paham Quran? kena belajar ilmu falsafah & takwil terlebih dahulukah?

cjb said...

pernahkah Dr Asri menyesatkan mrk yg memahami akidah melalui sifat 20? kalau ada buktikan.

cjb said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

BERBEZA MANHAJ TIDAK MESTI SESAT

Apakah manhaj penyampaian tauhid oleh Nabi SAW kepada para sahabat?

Dari sudut sejarah, pendekatan penyampaian akidah tauhid kepada para sahabat pada zaman Rasulullah SAW bersifat mudah dan padat. Maksudnya, menggunakan terus pendekatan al-Quran menerusi wahyu Allah.

Jika ada sebarang pertanyaan yang menuntut penjelasan dari Rasulullah, baginda memberi penerangan terus atau menunggu wahyu Allah. Corak jawapan kepada persoalan tersebut berbeza-beza tahapnya bersesuaian dengan tahap pertanyaan dari siapa dan keadaan semasa.

Penjelasan Nabi SAW dengan bait katanya pula menjadi sunnah ikutan dalam hal berakidah. Oleh sebab itu, pendekatan zaman awal Islam boleh dikatakan sebagai menggunakan pendekatan al-Quran dan al-Sunnah.

Pada zaman itu, masyarakat Islam menerima apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah tanpa banyak soal. Mereka beriman sepenuhnya dengan apa yang diajar kepada mereka oleh Nabi SAW.

cjb said...

sambungan..........

Adakah ini bermakna, suasana perbahasan ketika itu tenang daripada polemik?

Ringkasnya, suasana perbahasan pada zaman Rasulullah amat tenang daripada pertelingkahan pendapat khususnya dalam masalah akidah. Mereka menolak perdebatan dan perbahasan panjang tentang persoalan Ilahiyyat.

Rasulullah adalah sumber rujukan utama. Mereka juga menerima agama daripada riwayat yang benar dan athar yang diriwayatkan dari dalil orang adil dan thiqah (dipercayai) sehingga sampai kepada Rasulullah.

Mereka memahami apa yang diterangkan oleh Rasulullah dan memilih untuk berdiam diri dari berdebat tentang sifat-sifat Allah. Mereka juga tidak pernah membeza-bezakan sifat-sifat tersebut menjadi sifat zat dan sifat fi'l, melainkan mereka menetapkan sifat-sifat azali bagi Allah.

Mereka juga memutlakkan makna yang telah dimutlakkan Allah sendiri bagi diri-Nya, seperti wajah, tangan dan sebagainya dengan menafikan kesamaan sifat itu dengan makhluk. Mereka menetapkannya tanpa tasybih dan mensucikannya tanpa ta'til.

Mereka bersepakat mengakui sifat-sifat Allah sebagaimana diajar dan tidak ada yang pernah mengambil cara-cara ilmu Kalam dan juga falsafah. (Abu al-Hasan 'Ali bin Isma'il al-Asy'ari, 1999:8 & 9)

cjb said...

Apakah pula pendekatan mengajar tauhid selepas wafatnya Nabi SAW?

Pada zaman kemudiannya, ketika mana unsur falsafah dan ilmu kalam meresap masuk dalam ilmu tauhid, pendekatan pengajaran tauhid turut menggunakan kaedah falsafah dan ilmu kalam khusus dalam menjawab penyelewengan yang timbul dalam aspek akidah.

Pada masa yang sama, golongan salaf terutamanya ahli hadis membuat bantahan terhadap kaedah yang diguna pakai oleh ahli Ilmu Kalam. Mereka berpendapat, al-Quran dan al-Sunnah sudah memadai dalam mencari jawapan terhadap persoalan akidah dan tidak perlu kepada dalil akal atau menggunakan kaedah falsafah.

Para sahabat dan tabien menutup rapat pintu ta'wil dalam soal Ilahiyyat misalnya ta'wilan dan tafsiran yang membawa kekeliruan dan salah faham tidak mendapat tempat di sisi mereka. Soalan yang berbentuk bagaimana dan kenapa adalah perkara yang dijauhi dan dianggap suatu perkara bidaah dalam hal Ilahiyyat. ('Irfan Abd al-Hamid, 1967:126)

cjb said...

Bila pula munculnya tauhid berasaskan Sifat 20?

Pada zaman mutakhir, tatkala umat Islam diserang pemikiran akidahnya dan bercampur baur pemahaman akidahnya dengan unsur falsafah yang menyesatkan, muncul Muhammad Yusuf al-Sanusi (w.896H / 1490M) dengan pendekatan baru iaitu pendekatan Sifat 20 dalam kitabnya yang masyhur iaitu Umm al-Barahin.

Pendekatan ini tersebar luas sehingga ke nusantara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pendekatan sifat 20 ini dalam memahami akidah kemudiannya dikembangkan dalam bentuk terjemahan oleh ulama nusantara dalam kitab-kitab jawi atau juga dikenali sebagai kitab-kitab kuning.

Pada tahun 1757M. iaitu pada abad ke 18M. misalnya, Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin telah menterjemah serta mengubah suai kitab al-Sanusi yang bertajuk Umm al-Barahin yang membincangkan persoalan berkaitan dengan ajaran Sifat 20. Kitab tersebut kemudiannya dinamakan Bidayah al-Hidayah. (Kamarul Bakri bin Abd. Aziz, 1999:80 & 81)

cjb said...

Tiga manhaj pendekatan Akidah:

1. Berdiam diri dari berdebat tentang sifat-sifat Allah. Memutlakkan makna yang telah dimutlakkan Allah sendiri bagi diri-Nya, seperti wajah, tangan dan sebagainya dengan menafikan kesamaan sifat itu dengan makhluk.

2. Pendekatan Tauhid Tiga Serangkai iaitu rumusan tauhid berdasarkan kepada Tauhid Rububiah, Uluhiah dan Asma' wa Sifat oleh Ibn Taimiyyah (m.728H)

3. Pendekatan Sifat 20

cjb said...

Malangnya perbezaan pendekatan itu mendorong sebahagian kita melabel manhaj yang lain sesat? Bolehkah?

Ketiga-tiga cara penyampaian akidah tauhid di atas sama ada melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah, pendekatan Tauhid Tiga Serangkai dan Sifat 20 merupakan cara atau manhaj yang digunapakai dalam sejarah perkembangan ilmu penyampaian akidah tauhid.

Kesemua cara tersebut bermatlamat hendak mengenalkan Allah kepada masyarakat. Oleh itu, membuat tuduhan bahawa pendekatan sesetengah pihak sesat dan bidaah adalah tidak wajar. Isunya di sini adalah apa yang digunakan itu adalah satu bentuk pendekatan.

Matlamatnya tetap sama untuk menyeru manusia beriman kepada Allah. Berbalah dalam isu pendekatan hanya merumitkan keadaan dan menyebabkan masyarakat keliru dengan pegangan pendekatan yang digunakan.

Ahli Sunnah wa al-Jamaah bukan sahaja melarang kita membudayakan isu kafir mengkafir bahkan tidak menggalakkan kita sesat menyesatkan antara saudara seagama tanpa asas yang kukuh.

Malah kedua-dua tindakan itu hampir sama. Begitu juga, seandai sesetengah pihak menuduh Ibn Taimiyyah sesat dalam kaedahnya, maka banyak yang perlu disemak dalam kurikulum pendidikan negara di peringkat sekolah menengah dan universiti.

Begitu juga andainya pihak yang lain pula menuduh Sifat 20 itu sebagai bidaah, maka banyak pula kitab-kitab ulama nusantara yang masyhur di sisi orang Melayu wajib ditinggalkan.

Berbalah dan berselisih dalam hal pendekatan pengajaran ini haruslah dielakkan demi keharmonian masyarakat awam dalam memahami akidah Islam yang sebenar.

JomFikir said...

cjb,

Bila anda banyak bercakap, saya rasa makin terserlah kejahilan anda terhadap perkara aqidah.

Anda kata begini :

mcmn para sahabat memahami ayat2 Quran? melalui ilmu falsafah & takwil? bagaimana para sahabat yg bekas2 hamba paham Quran? kena belajar ilmu falsafah & takwil terlebih dahulukah?

----------------------------------

Anda tahu tak apa yang anda sedang cakapkan nih ?

Para sahabat dah lama mentakwilkan ayat ALlah, bahkan imam Bukhari pun mentakwilkan, bahkan Ibnu taimiyyah pun mentakwilkan ayat mutasyabihat.

Tahukah anda :

Daripada Abu Hurairah RadiyaLlahu 'anhu bahawa RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

يضحك ألله إلى رجلين يقتل أحدهما الأخر كلاهما يدخل ألجنة, فقالو كيف يا رسول الله؟ قال : يقاتل هذا في سبيل الله فيستشهد ثم يتو ب الله على القاتل فيسلم فيقاتل في سبيل الله فيستشهد

Ertinya : ALlah merahmati dua orang lelaki; salah seorang di antara keduanya membunuh yang lain, lalu kedua-duanya masuk syurga. Para sahabat radiyaLlahu 'anhum bertanya, Bagaimanakah boleh jadi begitu , wahai RasuluLlah?" Jawab baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam, "Lelaki ini telah terbunuh pada jalan Allah, maka dia mati syahid. Kemudian si pembunuh tadi bertaubat kepada ALlah dan memeluk Islam, maka ALlah menerima taubatnya. Selepad itu dia pergi berperang pada jalan ALlah, maka dia mati syahid.

Imam al Bukhari telah mentakwilkan perkataan الضحك yang pada bahasa adalah ketawa dengan makna الرحمة rahmat (Al Asma' wa As Sifat, H 470, Dar Ihya' Al Turath al Arabi. Fath al Bari bi Syarh Sohih Al Bukhari Jilid 6 H : 123-124. Sahih Muslim bi Syarh Imam An Nawawi Jilid 15 H : 32-33.

Contoh sahabat yang mentakwilkan ayat al Quran :

Dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)

Contoh Ulamak salafussoleh mentakwilkan ayat mutasyabihat :

Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu: bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…” (Syarah Sahih Muslim 6/36-37)

JomFikir said...

Perihal tangkal azimat ni majoriti ulama melarangnya & umat islam perlu meninggalkannya jauh2. perlu ambil pendekatan strict dlm berakidah tetapi memberi keringanan dlm fekah. bukannya the other way around.

-----------------------------------

MAJORITI ? Beri nama kitab yang mengatakan majoriti Ulamak Islam melarangnya ? Silakan.


Cjb kata :

Dr Amran Kasimin menulis panjang lebar tentang perkara2 khurafat & buku2 berkaitan tangkal azimat spt Kitab Taj Al-Mulk, Kitab Senjata Dunia, 1000 Hikmat, Kitab Mujjarobat Melayu dan byk lagi.

Jangan baca sahaja untuk perkara khurafat dan azimat, tapi perhatikan juga apa pendapat Dr Amran Kasimin mengenai selawat syifa' yang Dr Asri kata bercanggah dengan aqidah tuh.

Harapnya taklah diguna nama ustaz nih hanya untuk taksub dan taqlid buta pada Dr Asri nih..

Na'uzubiLlah.

JomFikir said...

Nih contoh Ibnu Taimiyyah mentakwilkan ayat mutasyabihat :

Ketika menjelaskan firman Allah ta’ala –
Quote
كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ
Ertinya : Segala sesuatu pasti binasa kecuali wajahNya

(Surah al Qasas : 88).

Ibnu Taimiyyah berkata :

Quote
“Maksudnya adalah segala sesuatu itu binasa kecuali amal-amal dan selainnya yang dimaksudkan kerana Allah. Diriwayatkan dari Abil ‘Aliyah bahawa dia berkata: “kecuali sesuatu yang dimaksudkan kerana Allah. Dari Ja’far As Sadiq : “Kecuali agamaNya”. Makna dari 2 penafsiran ini sama.”

- Majmu’ al Fatawa II/427

Ibnu Taimiyyah juga berkata :
Quote
Maksud dari (وَجۡهَهُ) pada (– كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ) adalah al Haq. Dari Mujtahid: “Kecuali Dia”. Dari adh Dhahhaq “Segala sesuatu itu binasa kecuali Allah, syurga, neraka dan al Arsy”. Dari Ibnu Kisan : “Kecuali kerajaanNya”.

– Majmu’ Al Fatawa II/428.

Dalam jilid II/428 dan 429 Ibnu Taimiyyah berkata :
Quote
Firman Allah – كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ maksudnya adalah : (kecuali) agamaNya, iradahNya dan peribadatan kepadaNya.



Di dalam jilid II/434 ketika menjelaskan firman Allah :
Quote
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧)

Ertinya : Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

(Surah ar Rahman : 26-27)

Ibnu Taimiyyah berkata :
Quote

"Sesungguhnya kekekalan wajah ALlah yang disifatkan dengan keagungan dan kemuliaan itu adalah "kekekalan zatNya".

Di dalam jilid VI/394 ketika menjelaskan firman ALlah :

Quote
يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٍ۬ (٤٢)

ertinya : Pada hari ketika betis disingkapkan
(surah al Qalam:42). Ibnu Taimiyyah berkata :
Quote

"Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan sekelompok lainnya bahawa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut adalah as syiddah (ketakutan). Kemudian dia berkata : "Dan tidak diragukan lagi bahawa zahir al Quran itu tidak menunjukkan bahawa dia itu sebagai bahagian ayat-ayat sifat kerana Allah berfirman : يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٍ۬ (٤٢) iaitu berbentuk nakirah dalam ithbat (bukan nafi) dan tidak diidhafahkan kepada ALlah sehingga tidak dikatakan عَن سَاقٍ۬ (betisnya). Kerana tidak dima'rifahkan dengan idhafah itulah maka ia tidak boleh dikategorikan sebahagian dari ayat-ayat sifat.

Anda nak kata apa dengan Ibnu Taimiyyah atas takwilan/tafsiran ini ?

akitiano said...

Perihal tangkal azimat ni majoriti ulama melarangnya & umat islam perlu meninggalkannya jauh2. perlu ambil pendekatan strict dlm berakidah tetapi memberi keringanan dlm fekah. bukannya the other way around.

-----------------------------------

Mana ada majority...malah dalam kitab-kitab tertulis black and white ijmak!! dengan syarat2 tertentu seperti saya tulis dalam blog saya...:

akitiano.blogspot.com

kalau tak percaya...you guys buka kitab reliance of the traveler .... terjemahan kepada Umdat al-Salik....Malah if korang2 nie yang baru belajar, baca kitab Imam Suyuthi... dan fatwa Kebangsaan juga da menyatakan 3 syarat bolehnya azimat...its a fact....so hati2 laa kalau berkata2....nanti korang yang sesat...

cjb said...

so betullah apa yg JomFikir kata.

Malangnya perbezaan pendekatan itu mendorong sebahagian kita melabel manhaj yang lain sesat? Bolehkah?

Ketiga-tiga cara penyampaian akidah tauhid di atas sama ada melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah, pendekatan Tauhid Tiga Serangkai dan Sifat 20 merupakan cara atau manhaj yang digunapakai dalam sejarah perkembangan ilmu penyampaian akidah tauhid.

rayzief said...

aduhai..nampak sangat hati busuk/dendam/benci..jaga penulisan anda wahai ustaz.

cjb said...

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=234&newlang=mas

Fatwa Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato Said Alwie Bin Tahir Al-Hadad


2. Bahawa azimat itu bagaimanapun rupanya sekali-kali tiada boleh menolak takdir Allah Taala, barangsiapa percaya yang azimat itu boleh menolak takdir Tuhan dengan kekuatan kebalnya nescaya ia jadi kafir.

3. Hadis sahih daripada Rasullullah melarang pakai azimat, tamyah, daah dan haraz dan sebagainya, sabda Rasullullah barangsiapa yang menggantungkan kepada dirinya azimat maka ku pohonkan kepada Tuhan supaya tiada disempurnakan kehidupannya, dan sabdanya barangsiapa menggantungkan wadaah aku pohonkan kepada Tuhan supaya jangan menjaga kepadanya, sabda Rasullullah:

Ertinya: Barangsiapa menggantungkan (barang yang tersebut) nescaya ia jadi syirik. Dan sabda Rasul lagi bahawa bacaan dukun, azimat, dan azimat mahabbah antara suami isteri semuanya syirik. Syeikh Ibn Hajar berkata di dalam kita Zawajir bahawa Tamimah, azimah dan lain-lain yang diharamkan itu yang dipakai sebelum kena apa-apa supaya selamat, maka itulah yang menjadikan berdosa besar atau kufur menurut hadis sahih maka jika bacaan itu setelah orang-orang terkena bala atau sakit dengan ayat-ayat quran atau nama Allah tidak mengapa, tetapi jika bacaan itu dengan nama syaitan seperti yang ada banyak di dalam kitab azimat seperti kitab (شمس المعارف الكبري) maka adalah haram, berdosa besar atau kufur menurut rupa bacaan itu. Ulama berkata berkenaan dengan kitab itu bahawa kitab itu haram dibaca atau dipercayai kerana kitab itu ada mengandungi banyak perkara-perkara sihir dan karut.

cjb said...

Jumhur ulama melarang tangkal.

http://www.youtube.com/watch?v=miZSBF7w3fg

akitiano said...

cjb said:

2. Bahawa azimat itu bagaimanapun rupanya sekali-kali tiada boleh menolak takdir Allah Taala, barangsiapa percaya yang azimat itu boleh menolak takdir Tuhan dengan kekuatan kebalnya nescaya ia jadi kafir.

-------------------------------------

Again and again...
cjb, kau kene faham fatwa-fatwa tu..semua specific melarang memakai azimat dan akan jadi kafir KETIKA KITA PERCAYA AZIMAT YANG MEMBERIKAN HASIL/etc.

Saya dah cakap dah, selagi kita menetapi 3 syarat yang diberikan ulama, maka ia tetap boleh. Dalam fatwa itu adalah azimat yang tidak menetapi syarat yang diberikan. Dan ketetapan 3 syarat itu pun ada dasar ulama. salah satu yang kuat ada hadis diriwayatkan oleh Imam al-Dzahabi dalam kitabnya yang berjudul "al-Thibb al-Nabawi" Page 167 Istanbul (مكتبة إسيك كتابيوي) tahun 1976:

عن عبد الله بن عمر أن رسول الله صلعم قال إذا فرغ أحدكم من نومه فليقل أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه ، وعقابه ، وشر عباده ، ومن همزات الشياطين ، وأن يحضرون فإنها لا يضره وكان عبد الله بن عمر يعلمها من بلغ من ولده ومن لم يبلغ كتبها في صك ثم علقها في عنقه

Terjemahan ringkas bagi orang-orang yang belum cukup ilmu tapi sebuk nak berhujjat: Dari Abd Allah bin Umar bahwa Rasulullah SAW bersabda: ketika salah satu dari kamu semua telah selesai dari tidurnya; maka katakanlah "أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه ، وعقابه ، وشر عباده ، ومن همزات الشياطين ، وأن يحضرون فإنها لا يضره". Dan adanya Abd Allah bin Umar mengajarkan doa tersebut kepada anak-anaknya yang telah baligh. dan bagi orang yang belum baligh, beliau menulisnya di atas kertas lalu menggantungkannya di leher orang tersebut.

Sedangkan pernyataan Ibn Hajar al-Haitami dalam kitab Zawajirnya itu adalah tangkal yang tidak sesuai dengan syarat2 yang diberikan. tersebut dalam kitab Faidl al-Qadir Juz 6 page 180-181 Syarah Jami' shoghir bahwa Ibn Hajar al-Asqalani berkata begitu juga dengan ulama yang lain, bahwa hadis pelarangan tamimah (tangkal) itu adalah ketika ia tidak mengandungi al-Qur'an atau yang menyamainya (sama yaitu tidak sesuai syarat2 tsb.)

Bukan tidak berdasar. semuanya berdasar. Sedangkan kitab Syamsul Ma'arif itu lain...bukan semua azimat pakai kitab Syamsul Maarif.

Masalah Fatwa Ust Azhar. Ana tak kenal siapa dia. but ana berpendapat bahwa syarat2 yang diberikan itu merupakan sebuah kesepakatan ulama. berikut ibarat dalam kitab "التاج الجامع للأصول في أحاديث الرسول":

"قد أجمع العلماء على جواز الرقى عند اجتماع ثلاثة شروط ....و التميمة كالرقية في هذا والله أعلم (ج 3 ص 219)"

Benar2 telah ijma’ ulama terhadap diperbolehkannya jampi ketika terkumpul 3 syarat tersebut....dan azimat adalah seperti jampi tentang ini...

So...saya sarankan anta hati-hati kalau berpendapat...baca pernyataan ulama tu kene PEKA..ada ilmu dia..tak pakai baca jer...belajar dengan guru yang ada silsilah biar keterangan ulama tu tak salah faham..sememangnya golongan Wahabi or apa pun nama dia..selalu mentahrif pendapat ulama..macam Rasul Dahri yang pakai terjemah dan tafsir jer pendapat ulama2 Syafi'iyyah tentang Tahlil Arwah etc. Memalukan ketika mereka salah faham termin-termin khusus dalam kitab2 syafi'i...sebab itu di Pondok2 ni kita belajar ilmu istilah yang dinamakan mustholah fiqh...

cjb said...

yg asyik dok ulang nama Rasul Dahri dia mana ngam dgn Dr Asri.

aryna said...

arsenalezz said...
oh itu rupanya wahabi... tp korang tak paham, yg ust. dahri maksudkan ialah "tidak boleh mentakwil" bukan dia tunjuk tangan allah tu macam tangan kita.. ish2 bodoh tul la aryna ni. budak kecik pun paham.....................

November 11, 2009 12:49 AM


alhamdulillah.. segala pujian buat ALLAH SWT, yang baik datang dariNYA, yang buruk semestinya dari saya yang serba kekurangan dan hina..

saya memanglah bodoh en/cik arsenalezz krn itu saya TAK BOLEH dan TAK BERANI nak memandai-mandai.. dan kerana itu saya belajar, faham dan amalkan apa yg saya peroleh dari ulamak2 yang telah mewarisi ajaran Nabi kita sejak berkurun lamanya.. bukan dari yg didakwa "tajdid" yg melapukkan ulamak2 silam. hal ini sgt jelas membedakan aqidah dan adab antara kita.

saya cuma tertanya-tanya, apabila sifat2 ALLAH yang disebut tangan, kaki, mata dan sebagainya tidak boleh takwil, itu kata mulut, tapi bagaimana kata hati dan perasaan ketika meyakininya?!
dan, bagaimana penerimaan anak2 dan murid kalian yang menerimanya?!
mereka tidak takwil (kata mulut) tapi bagaimana penerimaan hati dan apatah lagi melarang dari membayangkannya. hal ini sangat sulit bukan?! kerana peranan hati dan akal sangat berkait antara satu dengan lain.
atas sebab ini penerimaan hati dan pemahaman oleh murid tentang sifat ALLAH ini sangat dikhuatiri oleh para ulamak ASWJ (yang benar) akan menyesatkan mereka kerana tanpa sedar peranan hati telah mensyirikkan ALLAH dengan sifat makhluk.
atas sebab2 itu sifat20 adalah jalan terbaik dan paling selamat buat kita semua untuk memahami siapakah Tuhan yang kita sembah.

maka, usahlah dikaji dzat ALLAH, cukup dengan mengenal sifat2 ALLAH agar tidak dibawah sedar kita sebenarnya telah mensyirikkan ALLAH.

jika tak faham juga, cuba2 belajar dengan guru2 pondok yang mengajar sifat20 ni.. takpun mintak Datuk Harun Din jelaskan..

wallahualam

Unknown said...

Salam, Got this email from a muslim friend.....

Salaam to all. When I saw discussion here on Wahhabi, I remembered an article I read some time back on the persecution of Muslims in Russia's southern republic of Ingushetia. The Russian military labeled our young Muslim brothers as Wahhabis before they proceeded to assassinate them.

I managed to locate the article -- "Ingushetia in the state of civil war." Please read and ponder ...

http://news.bbc.co.uk/2/hi/7743551.stm

cjb said...

Amerika juga memanggil muslim2 yg menentang mrk sebagai wahabi.

Yusoff bin Ishak said...

Memang betul pun apa yang amerika kata tu..hakikatnya bukannya menentang amerika sangat pun. Cuba tengok Al-Qaeda, JI dan yang dok bom2 orang kat Iraq tu...fahaman dia orang semuanya Wahabi...tak caya cuba kaji...

cikgu73 said...

Asslmkm Ust Zamihan,

sy x faham knapa aqidah uluhiyyah, rububiyyah dan asma` was sifat ni menyesatkan. Mohon pencerahan ustaz

wassalam

cjb said...

tak semua yg menentang amerika itu al-qaeda, JI. dan tak semua yg berkawan dgn amerika itu syiah.

Musa Mohamad said...

ni jawapan dari ust Khairuddin Aman Ghazali at-Takiri

http://syeikh-takiri.blogspot.com/2009/11/kenapa-dr-asri-ditangkap.html#comments

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

memang rakan Dr Asri selalu berhikmah dan beradab bila berkata-kata.

Tak macam Dr Asri tu.. suka menlekehkan ulamak, membuat fitnah kepada pengajian pondok, dan macam-macam lagi.

Bila bekas mufti pun mengajar macam tuh.. camane pengikutnya yang taksub dan taqlid buta tak mengikut...

Eh... saya tertanya dalam hati.. mengapa SIS beriya-iya benar menyokong Dr Asri ye ? Ada apa-apa ke ? Kemungkinan akan memudahkan fahaman mereka disebarkan ?

Jom kita bincangkan..

cjb said...

MAZHAB DALAM ISLAM?

Bismillahirrahmanirrahim

Ilmu yang hendak kita bincangkan kali ini ialah mengenai persoalan MENGAPA BOLEH TIMBUL MAZHAB DALAM ISLAM?

Sama ada mazhab yang hak mahupun yang batil. Mazhab yang hak hanya ada 11 mazhab,tapi yang terkenal hanya ada 4 sebab kitabnya masih ada hingga kini. Mazhab yang sesat ada 72. Mazhab Auzai, Hasan Basri dan lain lain tidak diamalkan lagi sebab ilmunya sudah habis, mungkin ilmunya telah dibakar sewaktu orang Monggol melanggar Kota Baghdad. Mazhab yang hak saja yang dibincangkan dan diceritakan dalam kuliah ini.

Mengapa timbul mazhab dalam Islam, padahal Islam itu satu sahaja daripada Allah dan disampaikan kepada Rasulullah dengan melalui Quran dan Hadis.

Kenapa timbul? Sedangkan semuanya dari sumber rujukan yang satu, iaitu Al Quran dan Hadis. Semuanya rujuk kepada Rasul, jadi sepatutnya tak timbul mazhab.

cjb said...

sambungan....

Pada zaman sahabat r.a. tidak ada mazhab, mengapa?
Umumnya orang sangat yakin dengan para sahabat, seolah-olah lihat Rasul.
Tapi zaman tabiin, atau tabiut tabiin, orang bergantung dengan ilmu sahaja sebab sahabat dah tak ada.Kalau ada masalah, lepas Al Quran dan Hadis, mereka ijtihad. Hanya bersandar kepada ilmu yang dalam Al Quran dan Hadis. Generasi ke 3 ke 4 baru ada mazhab.
Akan diterangkan secara ringkas, mengapa terjadi mazhab, bagaimana boleh terjadinya berlainan pendapat, sedangkan semua rujuk Al-Quran dan Hadis, yang tak ada hanya Rasulullah, sahabat dan tabiin. Jadi mereka hanya bersandar dengan ilmu, tanpa bersandar kepada peribadi Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin. Jadi mereka di zaman itu terpaksalah berijtihad, dengan kaedah ilmu alat yang ada.
Apa maksud ilmu alat?
Ilmu untuk melahirkan ilmu, untuk memahami Al Quran dan Hadis. Contohnya ilmu nahu, saraf, bahasa Arab ,sastra Arab, ilmu mantik atau lojik, ilmu usul fiqah,usuluddin. Semuanya contoh-contoh itu adalah ilmu alat.

aryna said...
This comment has been removed by the author.
aryna said...

aryna said...
salam..

cjb, dari kenyataan anda, anda tidak bermazhab lah ye...?!
antara sebab adalah zaman Nabi tiada mazhab, spt kata anda berikut:-
cjb said...
sambungan....

Pada zaman sahabat r.a. tidak ada mazhab, mengapa?

soalan anda ini bukan saja tidak berasas, bahkan menunjukkan kejahilan anda sendiri dalam memahami makna mazhab itu sendiri.

Di zaman Nabi, Rasulullah SAW masih hidup. Para sahabat adalah pewaris yang menyambung tugas baginda (selepas baginda wafat) dalam menyampaikan risalah2dan ilmu kepada umat Islam..

Mazhab ini perlu selepas zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.
Apa tujuan kena ada mazhab bagi umat Islam dalam mempelajari dan memahami, justeru mengamalkan segala perintah ALLAH?!
Mazhab adalah sebagai pembimbing kepada kita dalam memahami A-Quran dan Al-Hadith dan pembimbing dan panduan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
maaf, saya agak kasar mengatakannya..

bermazhab ini dapat saya andaikan seperti belajar Al-Quran dan Sunnah..
kenapa ada banyak kitab2 rujukan?!
kenapa tidak berlandaskan saja kepada Al-Quran dan Al-Hadith?!

fikir-fikirkan lah..

harap tuan2 lebih arif dlm bidang ni dapat berikan huraian dan hujah lebih ilmiah. syukran.

wallahualam..


wassalam..

November 12, 2009 5:07 PM

JomFikir said...

Zaman Para Sahabat tiada mazhab ?

Ini jawapan dari Dr Said Ramadhan Al Buthi dari Ibnu Khaldun :

Dari kalangan sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam, mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum fiqh, riwayat, dan kemampuan istinbath (mengeluarkan hukum). Yang paling mahsyur di kalangan mereka ialah para Khulafa'ur Rasyidin (Abu Bakar, 'Umar, Uthman dan Ali bin Abi Talib radiyaLlahu 'anhum), AbduLlah bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu, Abu Musa al Asy'ari radiyaLlahu 'anhu, Mu'az bin Jabal radiyaLlahu 'anhu, Ubay bin Ka'ab radiyaLlahu 'anhu dan Zaid bin Tsabit radiyaLLahu 'anhu. Ada pun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.

Dah memang jelas ada mazhab pada zaman sahabat.

Jangan bawak kejahilan anda dalam ruangan komen ini cjb jika bukan ahlinya.

JomFikir said...

Tambah lagi sikit, disebabkan yang menyatakan adalah Ibnu Khaldun iaitu tokoh sejarah, Tokoh Islam dalam politik, ekonomi serta dihujjahkan pula oleh Dr Said Ramadhan Al Buthi, maka kita terimalah dari pendapat yang lebih sahih ini kerana mereka ini lebih pakar :

Bagaimana pula dalam zaman tabi'ien dan tabi'u tabi'ien ? :

Selanjutnya, pada zaman tabi'in daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum Muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku) pada 2 mazhab yang utama iaitu :

1. Mazhab ahli hadith
2. Mazhab ahli ra'yu

kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukilkan keterangan Ibnu Khaldun RahimahuLlah.

Tokoh-tokoh mazhab ahli hadith di Hijjaz ialah sa'id Ibnul Musayyab Al Makhzumi, Urwah Ibnul Zubair, Salim bin AbduLlah bin 'Umar, Sulaiman bin Yasar, dan Nafi' budak AbduLLah bin 'Umar RadiyaLLahu anhum. Pada umumnya penduduk Hijjaz dan sekitarnya taqlid kepada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.

Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra'yu di Iraq ialah AlQamah bin Qais an Nakha'i. Masruk bin Ajda' Alhamdani Ibrahim bin Zaid An Nakha'i dan Sa'id bin Jubair RadiyaLlahu anhum. Sebahagian besar penduduk Iraq dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.

Di antara tokoh kedua-dua mazhab ini terjadilah diskusi dan perdebatan hebat pada suatu saat. Tetapi di kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatannya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu tidak mempedulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa sahaja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggungjawab bagi orang-orang yang bodoh (awam).

JomFikir said...

Sila rujuk dalam kitab beliau : Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi

JomFikir said...

Pendedahan terbaharu mengenai Dr Asri :

Mengapa Sister In Islam menyokong Dr Asri ?

http://drasri-jomislah.blogspot.com/2009/11/mengapa-sister-in-islam-menyokong-dr.html

Ibnu Muslim said...

Orang yg ngaji tak habis je yg tuduh bidaah amalan majoriti kat Malysia ni.
Contohnya kata tahlil bidaah sebab Syafie kata; tapi Syafie berpandangan tak sampai pahala pada si mati bukannya kata bidaah.
Malah Hanafi & Hambali kata sampai pahala pada si mati (maknanya tiada masalah untuk bertahlil berdasar ijtihad mereka).
Maknanya bukan isu aqidah; nak buat boleh tak buat pun tak de masalah.
Yg condemn orang yg buat tu pasal ape?
Jahil wal bahlol betul.
Bukankah ini angkara jahil tak ngaji habis-habis kemudian jumud dengan mazhab bidaati mereka??
Elok la pulak sokong sekali dengan Sister In Islam tu..memang elok la biar je Dr Asri ngajar, biar kacau-bilau masyarakat Islam di Malaysia.
Awat nak jadi macam Indonesia ke geng penyokong Dr Asri ni??
Saya sarankan penyokong2 ni pakat pindah la ke Perlis atau lagi baik ke Saudi, then antum boleh praktiskan apa pun antum nak buat kat sana tiada siapa yg larang..antum nak sebat orang buat tahlil pun boleh!

shazlig said...

Salam Ustaz,
Saya mungkin tak setuju dengan beberapa hujah-hujah tuan tetapi saya hormati pendirian Ustaz yang lebih alim dalam bidang Agama dan sanggup terima pelbagai komen-komen.
Saya tidak setuju para-para blogger yang hina mana-mana Ustaz (seperti Ust Zamihan dan Dr Maza) sebab Ulama adalah penyambung lidah Nabi s.a.w.
Saya harap dari episod ini semua Umat Islam dapat nilai yang mana benar dan palsu.

Salahuddin Ayyubi said...

Salam

Laisal Khabru Kal Mua’aayanati

Berita yang didengar itu sebenarnya lain dari apa yang dilihat sendiri.

lawat-lawat blog saya

http://barahinahmadi.blogspot.com/
http://persoalannabiisa.blogspot.com/

Wassalam

fadz said...

Salam,

Saya rasa gembira bila hujah2 pro Asri yang literal (gaya cut and paste) dibalas dengan hujah2 berilmu dan ber-nas dan penuh analitikal oleh kalian, tahniah, pencerahan yang amat mengharumkan.

Visit Bil.