Saturday, November 28, 2009

Jangan Segan Untuk Berkata : Aku Tidak Tahu


Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :


ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith di atas memberi pengertian yang besar kepada mereka yang berani membuat fatwa atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu. Entah berapa ramai sekarang ini yang apabila ditanya tentang sesuatu soal agama walaupun tanpa ilmu terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan 'fatwanya' sendiri. Malahan ada yang hanya belajar melalui buku sahaja tanpa pernah ada asas-asas kaedah untuk mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.


Bayangkan seorang yang jahil dalam ilmu kedoktoran kemudian apabila ada pesakit yang selsema dan ia mengatakan pesakit ini harus dibedah perutnya. Inilah kerosakan yang telah dibuat.


Fahamlah, rupanya proses untuk mengeluarkan fatwa itu sendiri bukanlah senang. Kerana ulamak takut untuk mengeluarkan hukum tanpa hak.

Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :

"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.


Dengan menghafaz hadith semata-mata belumlah dikatakan seorang faqih yang dapat mengeluarkan fatwa selagi ia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi syarat-syarat lain untuk berfatwa. Selagi dia tidak mempunyai kemampuan ilmiah untuk membezakan antara riwayat yang maqbul (diterima) dan riwayat yang mardud (ditolak); antara yang sahih (baik) dan ma'lul (cacat). Demikian juga kemampuannya untuk mengambil hukum (istinbat) dan melakukan tarjih (menentukan riwayat mana yang lebih kuat); atau melakukan ta'luq (penggabungan) antara beberapa riwayat yang nampak berbeza, atau penggabungan antara nas-nas yang mengandungi beberapa pengertian dengan maqasid syar'iyyah dan kaedah-kaedah kulliyyah (umum).


Al Hafiz Al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya Al Faqih wa al Mutafaqqih Juz 2 Hlm 157 dari al Imam Syafi'i radiyaLlahu 'anhu berkata :
"Tidak dihalalkan bagi seseorang berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif Kitab ALlah (al Quran), Nasikh Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, Ta'wil dan Tanzil, Nasikh dan Makkiyah dan Madaniyahnya; Apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan. Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith RasuluLlah s.a.w; Nasikh dan Mansukhnya; Pengetahuannya mengenai hadith Nabi s.a.w mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan seluk beluk syair, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran. Disamping itu, dia juga mesti menahan diri daripada (seronok) bercakap. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulama, selain harus memiliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbat). Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram.

Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi tidak dibenarkan untuk berfatwa."


Sukarkah Mengatakan "Aku Tidak Tahu" ?

Ulamak salaf (ulamak yang hidup di kurun ke 3 dan sebelumnya- kurun yang terbaik) melarang keras orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai ilmu dan persediaan yang cukup.

Alangkah, para ulamak muktabar yang benar-benar takutkan ALlah seperti Imam Malik pernah berkata :


Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)".


Ibn al Qasim berkata :

"Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : "Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti".

Ibn Abi Layla pernah berkata :

"Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu 'alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.


Fahamlah di sini, mengapa kita perlu menghormati ulamak muktabar yang terdahulu. Yang telah mengasaskan mazhab dan menulis kitab-kitab, mengajar anak muridnya untuk menyampaikan ilmu yang diajarnya kepada umat Islam yang lain.

Antara Maksum dan Orang Yang Berilmu

Ada pula laungan-laungan dari orang awam atau mereka yang bukan dari kalangan ulamak malahan yang baru menghafaz beberapa hadith mendabik dada mengatakan dirinya adalah tempat dijadikan rujukan. (Sedangkan rujukan dirinya hanya melalui internet semata-mata). Ingatlah bahawa ilmu dan akhlaq akan berjalan seiring. Orang awam seperti kita ini mengatakan pula 'ulamak tidak maksum' terutamanya tuduhan ini ditujukan kepada ulamak yang mengasaskan mazhab, ulamak seperti Imam asy Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Bahkan melekehkan pula orang yang mengikut mazhab yang disampaikan oleh ulamak-ulamak, ustaz ustazah dan guru-guru.


Ya, benar, ulamak tidak maksum (ada membuat dosa dan kesilapan). Tetapi berbanding dengan orang yang bercakap atau ustaz yang selalu memperlekehkan ulamak muktabar. Siapa pula yang lebih berilmu, lebih berkelayakan untuk mengeluarkan hukum? Ulamak yang lebih muktabar jauh lebih tinggi ilmunya, menguasai disiplin ilmu untuk membolehkan mereka mengeluarkan pendapat. Bahkan ulamak muktabar yang mampu berijtihad ia memperolehi 2 pahala jika benar ijtihadnya, dan 1 pahala jika ijtihadnya tersilap. Di sinilah adanya perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, kurang ilmu, faham dan tidak faham, sempurna akal dan yang tidak, dan yang jahil. Sebagaimana firman ALlah :


قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)


Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah az Zumar : Ayat 9)

Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a katanya : Seseorang tidak boleh menawarkan dirinya untuk berfatwa sebelum ada pada dirinya lima perkara :


Pertama : Mempunyai niat ikhlas. Sebab jika tidak ada niat (ikhlas) dia tidak akan mendapat cahaya (petunjuk) dalam melakukan fatwanya.

Kedua : Hendaklah dia mempunyai sifat kasih, rendah hati (tawadhuk) dan ketenangan jiwa.

Ketiga : Mempunyai keyakinan yang teguh dengan tugasnya dan memahami betul soalan yang sedang dihadapinya.

Keempat : Hidupnya dalam kecukupan, kerana jika tidak, dia akan dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan.

Kelima : Mempunyai maklumat yang cukup tentang adat istiadat dan seluk beluk kehidpuan manusia. (Ibn Battutah, disalin oleh Ibn Qayyim dalam , I'lamul Muwaqqi'in' Juz 4 hlm. 199.

Terkadang terfikir juga penuntut ilmu yang cetek akhlaknya, atau mereka yang berfikiran suka melekehkan ulamak muktabar hanya memandang ulamak dari atas kertas sahaja. Mentang-mentang nama-nama ulamak itu sudah acapkali dilihat dan ditulis di dalam akhbar, majalah dan buku-buku, kitab-kitab yang banyak berlegar di pasaran. Mentang-mentang sudah belajar beberapa hadith sahih dan beberapa ilmu yang baru.

Semaklah sejarah semula, jangan dilipat sahaja adab-adab dan akhlaq ulamak muktabar, lihat bagaimana cara mereka berfikir sebelum mengeluarkan pendapat, jenguklah disiplin ilmu yang telah mereka kuasai sebelum berani mengeluarkan fatwa. Luaskan pandangan bagaimana ulamak mendidik jiwa mereka, melihat kepada keadaan, cara hidup dan budaya. Imam Syafie juga menghormati mazhab hanafi apabila datang ke tempat mereka yang mengikut mazhab tersebut.

Untuk akhirnya para fuqaha' selalu berkata "Sesiapa yang tidak pernah mengetahui dan mengerti perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan fuqaha', bermakna dia belum sempat menghidu haruman fiqh..!

Sumber rujukan :

1. Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.

2. http://quranexplorer.com

49 comments:

Daud Mili said...

Ust Zamihan, salam, semenjak saya lihat perkembangan ilmu agama agak sihat sejak kemunculan gerakan yang ustaz gelar fahaman wahabi itu...saya amat gembira kerana kawan2 yang tak sembahyang dah mula sembahyang, yang tak menderma dah mula menderma, ada perubahan walaupun sedikit, biarpun mereka mengikut wahabi...

saya sebelum ni terbabit dalam jemaah tabligh dan akhirnya meninggalkan jemaah itu setelah Dr Asri Zainul Abidin menegur Jemaah ini selalu menukilkan hadis2 yang tidak sahih dan entah dari mana datang nya, tapi dia masih memuji Jemaah ini dan menyuruh mengambil yang baik dari gerakan itu. Dan saya menyedari hal ini kerana Jemaah Tabligh satu Malaysia menggunakan kitab FADHILATUL AMAL nukilan Maulana Zakaria sahaja...Tidak teringin ke nak bukak BUKHARI atau Riwayat lain yang lebih meyakinkan..

Kemudian saya lihat pergolakan antara ustaz Zamihan dan Dr Asri mendapat perhatian umum. Jika Anuar Ibrahim dan Mahathir bertelagah, boleh la kita bawak ceritanya ke kedai kopi, tapi jika ulama' bertelagah, saya rasa tak sedap kalau isu itu saya dengar di kedai2 kopi,...tak nampak cantik la ustaz,...Jadi saya cadang nak menulis disini...

Saya ke Seremban sebelum Raya Aidiladha untuk dengar ceramah Ust Zamihan yang bertajuk LIBERAL & PLURAL DALAM AGAMA di masjid negeri..,setelah mendengar banyak ceramah dan membaca artikel2 Dr Asri, saya juga membaca blog Ust Zamihan, tapi saya tak puas hati kalau tak mendengar ceramah Ust Zamihan sendiri. Itu sebab saya hadir...

Jadi Alhamdulillah, Ust Zamihan seorang yang berilmu, bukan orang sebarangan dalam menyebarkan agama di Malaysia. Namun ceramah ustaz hanya penuh dengan kecaman terhadap beberapa individu yang masih hidup atau pun yang sudah tiada. Ya, ia mungkin kena dengan tajuknya...tidak mengapalah.

Jadi disini, saya mohon...kerana ust Zamihan punyai nama yang besar seperti Ust2 atau Dr2 yang lain.. kenapa kita tidak berani menegur golongan syiah yang sangat ramai di Malaysia sekarang??...

saya punyai kawan rapat,..setelah 3 tahun saya berkawan dengannya ketika diploma, apabila saya tengah ambil degree, saya lebih rapat dengan dia, saya pernah berbual mengenai sejarah agama, dan tiba2 dia mengutuk Abu Hurairah dengan kutukan tidak saya sangka..Saya terperanjat, dan kami terus bertukar pendapat, dan akhirnya dia mengaku, dia sudah lama bermazhab syiah. Saya terkejut, tapi yang lebih memeranjatkan saya, apabila dia mula solat cara yang berbeza dengan kita...Ya Allah, dia dah semakin berani menunjuk siapa sebenarnya dia...ucapan salamnya sudah bertukar kepada tepukan peha...

Selain itu, saya secara personal selalu berbual melalui email dengan beberapa orang rakan Melayu yang bertukar arah kepada syiah... Saya terperanjat kerana mereka mengakui bahawa mereka punyai gerakan yang besar di Malaysia, cuma mereka masih bertaqiah, Saya takut hal ini menjadi semakin luas...dan luas,...

Saya pernah dengar Ust Zamihan lebih terbuka kepada golongan syiah ini. Saya tak pasti la kedudukan ustaz pada golongan syiah di Malaysia...kerana syiah membenci Dr Asri kerana lantang mengharamkan syiah...tapi mereka tidak menyebut akan ustaz Zamihan...Dr Asri Zainul Abidin ataupun Maulana Asri Yusof amat serius dalam mengagalkan dakwah syiah di Malaysia...

Ust Zamihan boleh gunakan cara bagaimana ust Zamihan menghentam wahabi, untuk digunakan dalam menghentam syiah ini..itu pun jika Ustaz Zamihan berani dan betul2 tidak mahukan perpecahan...

Ustaz, sudah la, jangan dirisaukan akan isu tahlil atau bacaan lepas sembahyang sahaja...marilah kita berjuang menentang orang2 yang mencerca abu bakar,umar,uthman, aisyah di dalam sembahyang mereka...

ustaz, sudah la, saya dan rakan boleh tolong apa yang kami mampu untuk halang syiah tersebar, kalau dah tersebar,..lagi la banyak perpecahan akan berlaku...sekian~.

Terompah said...

n.ajis lagi busuk hati,dok habih2 dgn kewahhabian nya meskipun panjang lebar doh penerangan diberi... insaflah.Setelah mwmbaca posting2 yg lepas....
Puak2 wahhabi semakin hanyut jauh dalam kesesatan dgn sifat keAkuan dan menyangka "Akulah" betol.
DAud Mili.. syukurlah ada perubahan dekatilah ulama2 ASWJ semuga diberi petunjuk oleh ALLAH SWT dgn jalan yg benar..amiin.

Hafiz said...

Daud Mili, maknanya mu kata kalo dia wahhabi pn x ksh la asalkan dia smayang??? Gitu ka Daud Mili???

Bkn saja nak besaqkan isu wahhabi ni... Sbb wahhabi nih dah melampau ngat... Hina abis Ulama' ngan Tok Guru... Fitnah habis tanpa bukti... Sbb tu perlu diperjelaskan pasai puak wahhabi nih...

Dh jelas banyak kali dh Ahli Sunnah Wal Jamaah x sama ngan wahhabi... Sbb Nabi kata puak yang slamat Ahli Sunnah Wal Jamaah ja... So, kalo mu kata biaq la aku syiah ka, wahhabi ka asalkan aku smayang pn xbleh gak... Sbb Nabi kata 1 puak tu ja slamat Ahli Sunnah Wal Jamaah...

Bkn xmau terang pasai Syiah... Tapi mmg dh nyata dh puak2 tu sesat... Yg wahhabi ni berselindung dri fakta sbnaq... Ska putaq belit sjarah ngan fakta... Ala macam yang Syahidan Kassim wat tu la... Yg dia ubah sejarah pasal wahhabi tu... Rmai ngat yg terpengaruh dengan wahhabi sbb depa xtau apa2...

Syiah tu mmg org dh tau dh duk hina sahabat... Wahhabi org knai camna??? Sbb depa ngaku depa pejuang sunnah, pemusnah bid'ah... Kata depa ja la... Padahai banyak benda sunnah duk tinggai... Duk maki hamun org, bwak keluaq pkataan lucah, fitnah Ulama', tuduh Ulama' banyak buat silap... Tu sunnah Nabi ka??? Nabi ajaq ka wat lagu tu??? Qur'an ajaq ka kata lagu tu???

Bila mana puak2 wahhabi nih mati hujah, mula la melenting... Kata hadis dhaif tu palsu la... Kata hadis ni paderi kristian la reka... Macam2... Smua tu puak2 ni buat sbb nak tegak benang basah... Bila depa kalah ja, mula la jadi aggresif... Mcm yg kita bca kat cbox blog ni la...

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum,

Di Johor, kami memang ada seminar mengenai Bahaya Syiah, Wahhabi, Islam Liberal dan juga fahaman yang menyeleweng dari ajaran islam.

Fadhailul a'mal itu isinya adalah hadith dhoief yang masih boleh digunakan untuk dijadikan galakan untuk beramal. Ia disusun oleh Maulana Zakaria - beliau adalah ahli hadith.

Anda patut belajar lebih lagi Daud Mili, bukan sahaja dengan Ustaz Zamihan, Dr Asri dan Maulana Asri - belajarlah juga dengan ulamak-ulamak lain. Bahkan belajar jugalah dengan ulumul hadith. Anda patut berkenalan dengan hadith sahih, adakah jumpa terus hadith sahih terus mengamalkannya ? Atau perlu tahu syarahnya dan bertanya dengan mereka yang lebih arif.

Anda patut baca artikel yang terbaharu ini hingga habis. Dengan kefahaman sekali (jika tidak faham, perlu belajar dari asas dan berguru).

Saya juga pelik, mengapa dengan mudah juga Wahhabi menghukum umat Islam yang lain sebagai SYIAH apabila berbeza pendapat dengan fikrah mereka ?

Cuba lihat apa yang Dr Asri lakukan semasa beliau menjadi mufti di Perlis iaitu menghalang seorang ulamak Mazhab Syafie yang ingin memberikan kuliah agama di sana pada bulan November 2007:

Acara direncanakan diadakan di surau pimpinan Assyeikh Al Fadhil Adda’i ilallah Ustaz Yusaini, seorang ulama muda yang sangat gigih menentang ajaran wahabiy di Perlis, acara kami pun terdengar pada mufti, maka mufti mengeluarkan larangan dan menuduh majelis yang akan diadakan ini adalah majelis orang syiah, namun kegigihan Ustaz Yusainiy memperjelas profil kami membuat tuduhan itu tak beralasan, lalu majelis difitnah pula sebagai majelis politik, namun tuduhan itu pun berhasil disanggah oleh Ustaz Yussaine, namun ketika terlihat masyarakat muslimin menyambut hangat majelis akbar ini, maka fihak mufti mempermasalahkan izin masuk dari Imigrasi Malaysia, apakah saya mempunyai izin resmi untuk berdakwah di Malaysia dari Kerajaan Malaysia?, padahal bahwa tak pernah ada undang undang pelarangan dakwah terkecuali yang berdakwah membawa kesesatan dan menentang kerajaan Malaysia.

Akhir keputusan adalah larangan mutlak dari fihak Perlis bagi saya untuk berbicara pada acara tersebut, dan perintah penangkapan atas saya jika Ustaz Yussaine masih bersikeras mengajukan saya untuk menyampaikan taushiyah di Majelis Tablig Akbar tersebut, Maka saya berbicara dengan lembut pada Ustaz Yusainiy, saya tak risau ditangkap, karena saya akan menghubungi fihak Mabes Polri di Jakarta untuk meminta fihak Mabes Polri menjamin kebersihan dakwah saya dibawah jaminan Mabes Polri, namun tampaknya para pemuda kita disana risau dan tak ingin sesuatu menimpa saya, maka majelis dibatalkan. Hadirin berdatangan sekitar seribu personil, mereka sudah siap untuk hadir dan mendengarkan, maka ketika diumumkan dengan lugas oleh Ustaz Yussaine bahwa pembicara dilarang berbicara oleh fihak perlis, hadirin kecewa dan bubar, Jumat pagi saya menuju Kualalumpur.

- Petikan dari Majelis Rasulullah :

http://www.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=114&Itemid=1&lang=en

arsenalezz said...

tahniah kpd Daud Mili.. saya sangat2 setuju dengan pendapat & kisah anda. sama2 kita mengambil manfaat, insyallah..

Daud Mili said...

n.ajis, susah la kalau kita tak berenti menyelar orang lain...relax...sabor...cuba cari persefakatan, insyaALLAH, mesti ada jalan...

Terompah, alhamdulillah, memang dari kecil kita dah di didik, ulama Ahli Sunnah??...wah, istilah tuh sangat besar untuk kita mengaku berada di dalamnya...

hafiz, aku tertarik dengan ayat kamu......:

"Bkn saja nak besaqkan isu wahhabi ni... Sbb wahhabi nih dah melampau ngat... Hina abis Ulama' ngan Tok Guru... Fitnah habis tanpa bukti... Sbb tu perlu diperjelaskan pasai puak wahhabi nih..."

Aku memang setakat ni ada hadiri kuliah ustaz Fathul Bari di Area shah alam, kemudian ustaz Bahtiar di kuala pilah, juga ustaz Rasul Dahri, dia pernah datang kuala pilah, jadi aku pernah hadir kuliah mereka, dan kuliah2 orang yang di cop wahabi yang lain la,..aku tak jumpa mereka menghina ulama'??...kalau ust Zamihan menghina ibnu Taymiyyah tu aku jumpa...haaa,itu cara aku membezakan la, aku tak cakap aku sokong mana2, aku hanya cakap apa yang aku lihat dan dengar, bila kita masuk dalam satu golongan tu, baru kita faham apa diorang buat...jadi syor aku cuba la sekali sekala masuk jemaah lain, tengok apa mereka ceramahkan, baru nampak...~

IbnuNafis, ....ayat kamu:

"...Fadhailul a'mal itu isinya adalah hadith dhoief yang masih boleh digunakan untuk dijadikan galakan untuk beramal. Ia disusun oleh Maulana Zakaria - beliau adalah ahli hadith...."

ya, kedudukan hadis itu sudah menjadi satu masalah, ok lah,...masalahnya adalah bila mereka berbayan, dan saya juga pernah berada dalam situasi itu ketika saya masih bersama mereka, bayan mereka bukan berlandaskan FADHILATUL AMAL pun,...jangan nak pusing la, kita semua pernah dengar mereka berceramah,...mereka main tarik jek..."ULAMA SELALU SEBUT bla bla bla.."..."NABI PERNAH KATA bla bla bla..".."SEHARI DI JALAN ALLAH bla bla bla.."...aku tak pasti mana datang hukum2 tuh, mungkin betul kata kamu, aku kena belajar lagi, insyaALLAH, sama2 doa kita akan dapat kefahaman,...tentang isu Assyeikh Al Fadhil Adda’i ilallah Ustaz Yusaini tuh, tak pasti la...kamu lebih tahu...

arsenalezz, alhamdulillah, ada juga yang faham,...syiah ni sebenarnya kesian kat kita, dia kata sunnah ni sesat,...mereka suruh kita kembali ke pangkal jalan... mereka kesian kat kita,...kadang2 kita dengar lucu, tapi itu la hakikatnya, dakwah mereka konsisten...aku risau orang takder pengetahuan boleh terbabas kesana...semoga ALLAH masukkan mereka dan kita ke jalan yang benar...amin~

anawahabi said...

Daud Mili tulis:Aku memang setakat ni ada hadiri kuliah ustaz Fathul Bari di Area shah alam, kemudian ustaz Bahtiar di kuala pilah, juga ustaz Rasul Dahri, dia pernah datang kuala pilah, jadi aku pernah hadir kuliah mereka, dan kuliah2 orang yang di cop wahabi yang lain la,..aku tak jumpa mereka menghina ulama'??...kalau ust Zamihan menghina ibnu Taymiyyah tu aku jumpa...haaa,itu cara aku membezakan la, aku tak cakap aku sokong mana2, aku hanya cakap apa yang aku lihat dan dengar, bila kita masuk dalam satu golongan tu, baru kita faham apa diorang buat...jadi syor aku cuba la sekali sekala masuk jemaah lain, tengok apa mereka ceramahkan, baru nampak...~
Anta dengar ceraman ana di k.Pilah?Tahniah.Masa tu ana kena tangkap dengan Jabatan Agama Kuala Pilah.Ana tulis buku tentang kebathilan berzanji maknanya Syeikh Jaafar al-Barzanji tu tak betul sebab buat kerja syirik.Terima Kasih sebab tak perasan macamana caranya ana hina ulama seperti Syeikh Jaafar al-Barzanji.

anawahabi said...

Lagi satu untuk Daud Mili, ana sering mengatakan siapa yang buat tahlil,kenduri arwah, baca Yasin pada orang dah mati hukumnya haram.Anta lihat sendiri berapa ramai ulama-ulama terdahulu yang buat kenduri arwah, baca Yasin pada orang mati,tahlil, maka maksudnya kerja mereka tu semuanya haram dan berdosa.Itu pun anta tak perasan lagi cara kami menghina ulama.Baguslah anta ni.

Ibnu Muslim said...

Lebih baik geng tabligh dari geng merempit.
Lebihkan tumpuan pada masalah geng hedonism, bukannya cari kekurangan jemaah yg lain dari ikutan kita.
Cara Daud Mili cerita..mintak maaf la, ana agak sangsi dia ni bekas tabligh.

anawahabi said...

Baguslah Daud Mili ni.Dalam blog dia "cerita ini cerita aku" ada dipromosikan buku Sifat Shalat Nabi tulisan Nasiruddin Al-albani.Nanti kalau balik Tanjung Ipoh, K.Pilah bolehlah anta promosikan buku ni.Lepas tu anta cakap pada orang-orang tua yang ada kat surau,masjid K.Pilah, jangan buat tahlil,jangan baca Yasin kat orang mati, jangan buat kenduri arwah, itu semuanya haram, tengok apa orang Pilah cakap kat anta.Anta ajar orang2 kampung tentang sifat shalat albani, kalau boleh ajar diaorang cara goyangkan jari waktu tahiyyat,tengok apa diorang cakap.Kalau nak terror lagi anta pergi jumpa mantan Mufti N.Sembilan, Dato' Sheikh Murtadza cerita apa yang anta dah belajar.Nampaknya tak sia-sia ana turun ke K.Pilah sebab dah dapat pengikut macam anta.Ana ucapkan "Selamat Datang Ke Wahabi World".

Hafiz said...

Xhina Ulama' apanya... IMAM GHAZALI kna tuduh gna hadis palsu... Tu pn dh kira menghina ULAMA' la tu... Puak2 wahhabi duk tuduh IMAM GHAZALI gna BANYAK HADIS PALSU dalam KITAB IHYA" ULUMUDDIN.... Dh puak2 wahhabi kata Imam Ghazali gna banyak HADIS PALSU... Tu maknanya menyesatkan IMAM GHAZALI la tu... Tu bkn menghina ULAMA' ka??? Gna HADIS PALSU sesat la... X kan hat tu pn xreti pkiaq....

Ulama' banyak yang amal tarikat... Geng2 wahhabi duk tuduh tarikat ni sesat, syirik, syiah la... Mcm2 duk tuduh... Tu x hina Ulama' ka??? Geng2 wahhabi nih meletakkan Ulama' yg x skepala dgn depa kat bwh skali dan menghukum sesat dan bid'ah... Tu x hina Ulama' lagi???

Geng2 wahhabi duk tuduh ULAMA' dan USTAZ yg menentang WAHHABI tu sbagai SYIAH... Tu x hina org lg????

Ada sesetangah tu plak kata Nabi khianat bangsa... Tu xhina Nabi ka tu??? Sdgkan NABI tu sifat wajib bagi dia AMANAH... Mcm na yg bleh duk kata dia khianat bangsa plak??? Tok Guru hangpa kata camna pn hangpa skong ja... Nk ikt sesat mcm Tok Guru hangpa??? Xcukup hina Ulama', p hina Nabi plak...

Tu xkira lg yg duk putaq belit sjarah... Pinda kitab... Fitnah ULAMA' mcm2 lagi... Banyak penipuan puak wahhabi nih... Kalo rajin siasat dan ngaji tau la... Kalo malas dan nak smua cara mudah, smpai bila x slesai masalah... Pkiaq la sama...

aryna said...

salam..
maaf, saya yg dhaif lagi bodoh ni mencelah sikit..
bila kita kata menghina ulamak, ia bukanlah menjurus kepada sebutan secara terus-terang dengan mengatakan, si fulan itu begitu begini..
pendakwah2 seperti dr.asri n de gang ini pandai menyindir dan menyampaikannya secara sangat halus dengan kata-kata yang lunak (bagi saya ini kelebihan daya tarikan mereka diminati) sehingga kita tak sedar bahawa ajaran2 yg menafikan dan membidaah menyesatkan ajaran2 ulamak terdahulu itulah sebenarnya yang SAMA MAKNANYA MENGHINA ULAMAK..

sebahagian dari orang2 kurang ilmu seperti saya ni menerima ajaran dan pengajian begini secara terus dan tulus dan termakan enak dengan kelunakannya, manakala sebahagian lain akan pulang dan bertanya guru atau merujuk kepada kitab2 yang ada penjelasan mengenainya.

saya tidak hairan apabila ada yang mengaku mengikuti tabligh dan beralih kepada fahaman wahabiyyah ini kerana sejak setahun ini ada beberapa saudara yang mencari saya dan bertanya hal2 yang mereka tidak mendapatkan dari pengajian jemaah tabligh/tarekat yang mereka tinggalkan kerana kekesalan. (pada saya, bukan salah pengajian tabligh...tapi diri sendiri).

wallahualam..

Daud Mili said...

anawahabi, hinanya tindakan kamu dengan berpura-pura menjadi ustaz Rasul Dahri... biar berbeza mana pun di pandangan kamu terhadapnya, tapi bukan ini caranya...ya, aku berasal dari kuala pilah, aku tidak menyorokkan apa-apa mengenai latar belakang aku..untuk apa aku menipu??..."..berkatalah benar di dalam susah dan senang.."

Ibnu Muslim, aku amat menghormati tabligh, tetapi tabligh di eropah, arab dan amerika mempelbagaikan kitab taklim, tidak hanya hanya beregang kepada fadhilatul amal...


Hafiz, bagi saya, maafkan jika saya silap, dia tidak menghina Al-Ghazali, namun ust wahabi ni kata, mungkin Al-Ghazali tersilap, dan manusia tidak terlepas dari kesilapan,,,,jika kitabnya begitu sempurna, di mana kita nak letak kedudukan Al-Quran yang Allah swt pelihara isinya,...itu sahaja, kita semua boleh fikir, tiada yang maksum kecuali Nabi SAW...


Aryna, terima kasih,..dari pengalaman yang kamu hadapi, kita boleh kongsi bersama,..aku tak kata aku wahabi atau apa,... maafkan aku, aku datang kesini nak mengesyorkan Ust Zamihan dan kawan2 semua agar menentang syiah, itu aje,...kerana aku agak tertekan dengan dakwah mereka disini,...mungkin yang tuan-tuan disini tiada lagi pengalaman kawan2 atau sahabat baik tuan-tuan terjerumus ke dalam syiah, jadi mungkin mereka tak dapat rasa apa yang aku rasa,..Saya melihat kaum tua dan kaum muda bertelagah,...dan membentuk dua jurang yang sangat luas,..saya kira ini amat bahaya dan musuh sebenar Ahli Sunnah iaitu syiah gembira di luar sana...mungkin kita tak dapat bersatu melalui pemikiran dan pendapat yang sama, bersatulah sementara untuk menentang fahaman Syiah ni...berani atau tidak??..~

anawahabi said...

Ana sukalah Daud Mili ni.Orangnya lembut dalam berbicara, macam ana juga kena lembut gaya percakapan, barulah orang terpesona.Ana nak ceramah kat Masjid Ranjau Hantu Kg Parit tak boleh, jadi terpaksalah ana pergi ke I'tibba as-Sunnah.Anta jangan pergi Masjid Ranjau Hantu Kg Parit sebab pengasas I'tiba as-Sunnah iaitu Hashim Ghani kata, mereka tu pelaku bidaah yg sesat,tak sah solat Jumaatnya.Kalau Hari Jumaat anta balik Pilah boleh solat Jumaat di I'tiba as-Sunnah macam Ust Hashim Ghani buat dulu.Lagi satu anta seluduplah ana ke Tanjung Ipoh ke, Terachi ke,Sri Menanti ke,Beting ke,kilang roti Azan kat Dioh tu ke dan banyak lagi tempat kat Pilah tu ana belum masuk.Kalau dapat kita wahabikan orang Negeri Sembilan semuanya baru best.Tapi yg lecehnya ada Syeikh Fuad al-Maliki dok tentang kita di Yayasan Sofa.Itulah ana rasa susah sikit.Nanti ana masukkan gambar anta dalam blog ana sebagai salah seorang penyokong yang menyanjung ana.

wali keramat said...

Kepada Daud Mili, doreh-doreh balik Pilah, dah kono gompo bumi dah tu.Bawak sekali Ust Rasul Dahri kau tu kek I'tiba as-Sunnah baco doa banyak-banyak.Dio tu kan ulamak bosa yang kau pujo bonar.Kalau apo-apo jadi kek Kolo Pilah, ini semuo pasal ajaran yang kau ikut tu tak boto.Selamo no tak ada apo-apo pun jadi kek Pilah.Den dah koba jangan dibawak masuk ustaz sosek tu, kau dogil.

Daud Mili said...

Fitnah ini sangat teruk...isu syiah sudah padam....hapus terpadam...aku ajak kamu semua agar menghapuskan syiah...ini pula jadinya...

anawahabi said...

Sabarlah Daud Mili.Cuba anta tonton video ana di youtube yang bertajuk "Menyingkap Rahsia Sihir,Dukun & Paranormal 11 bahagian 3/5.Dalam video tu ana ada katakan bahawa seorang Dr atau Profesor (ana tak sebut nama tapi semua orang tahu itu Dr Haron Din) seorang bomoh yang tempatnya ana sebut Darussyifa sebagai tempat mungkar melakukan kesyirikan.Anta kalau sakit jangan ke Darissyifa sebab ana dah sebut dalam Youtube sebagai tempat mungkar yang melakukan kesyirikan.Kalau anta tak percaya cuba dengar apa yang ana katakan dalam Youtube.Ini betul-betul....bukan cubaan.....

Daud Mili said...

anawahabi, aku nampak tuan menganggap aku pengikut wahabi tegar, sedangkan tuan sedar dimana kedudukan aku,..ust harun din menghalang perdebatan DR ASRI & DR AZIZ, aku bersetuju dengan ust harun din, tetapi perdebatan itu tetap berlaku, aku agak kurang senang dengan suasana itu, ...orang kata aku atas pagar pun atas pagar la... aku masih lagi mahu mengajak kamu menghentam syiah...mari lah,..jika kamu mahu...~..

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum Daud Mili,

Nampaknya tuan masih belum kenal siapa Rasul Dahri.

Beliau menghukum sesat kepada Ikhwanul Muslimin, bahkan diikuti juga dengan anak muridnya(jika anda kenal blog an nawawi, fiqh sunnah, bahaya-syirik). Beliau juga menghukum sesat/kafir kepada asya'iroh.

Malanglah jika hanya kenal pada luaran, tetapi buku-bukunya anda masih belum hadam lagi.

Sila rujuk di sini :

http://4.bp.blogspot.com/_rRS1Og6ei4o/RzLlKaXCWgI/AAAAAAAAANA/00dItQxTU0M/s1600-h/wahabikafirasyairah.jpg

iaitu buku bertajuk Bid'ah menurut Ahli sunnah wal Jama'ah terbitan Jahabersa. Beliau menyatakan bahawa aliran Asya'iroh adalah sesat dan kekal di dalam neraka.

Tabligh ? Ia bukan masalah jemaah, tetapi adalah individu di dalam tabligh itu sendiri. Untuk menghukum sesat kepada tabligh sebagai satu jemaah. Saya tak berani.

WaLLahua'lam

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

Jauh sangat komen-komen yang diberikan dengan artikel yang dipaparkan. Saya cadangkan kepada ustaz zamihan agar delete mana-mana komen yang tidak berkenaan dan hanya menjadi komen yang berulang-ulang. Seolah-olah tidak membaca isi blog yang lain.

IbnuNafis said...

Daud Mili, cerita tentang Ustaz Yussani itu bukan cerita beliau.

Anda boleh klik sumber rujukan. Sebab itu saya berikan linknya untuk dirujuk, jadi siapa yang buat pengakuan tersebut kita boleh baca.

p/s : selalu yang kita lihat ramai yang bila diberi hujjah, ia malas nak kaji dan selidik sendiri.(bukan ditujukan pada anda Daud Mili) Kemudian terus tolak bulat-bulat.

wali keramat said...

Salam Daud Mili,den baco blog kau macamano yang dikobakan oleh anawahabi ada promosi buku sifat shalat nabi cara nasiruddin al-bani.Kalau orang cakap kau wahabi kau marah, tapi buku yang kau promosikan tulah buku ulama wahabi.Kalau nak belajar sembahyang cari guru boto-boto, bukan eh baco buku nasiruddin al-bani.Apo kek masjid Pilah tu tak ado ko ustad yang nak ajar caro sembahyang boto-boto?Yang nak ikut nasiruddin al-bani tu buek apo?Ekau ni corodik tapi yang tak corodik eh bila pilih buku wahabi.memanglah kau ni ateh pagar tapi mirip kau tu dokek bona dengan wahabi.ekau risau an syiah kiro oklah tu, tapi majlis fatwa dah hukum an sosek, apo yang nak dirisau an laiiii.Syiah ni tak berani ceramah torang-torang sobab dio tahu confirm kono tangkap punyo.Tapi Wahabi ni caro dio ado strategi sampai ramai orang tak perasan main ikut ajo.
anawahabi ni pun ontah sapo-sapo deh.Tapi tak apolah sobab sobolum ni den tengok yang menyamar jadi Zamihan puan ado, jadi aryana pun ado, memang dah padanlah tu.Den nasihatkan kau cari guru boto-boto kek mosojid Pilah ko, Pelangai ko,Soromban ko barulah kau paham.Kau sanggup ko tengok Dr Asri,Rasul Dahri hukumkan orang buek kenduri arwah, baco tahlil,baco selawat syifa',baco berzanji sebagai orang syirik?Kek Pilah tu ramai warikh-warikh kito buek amalan kono tuduh sosek,mungkar,syirik kek Dr Asri,Rasul Dahri dll.Pikir jang boto-boto kato-kato den ni.Den sian kek kau ni, belajar tinggi-tinggi tapi kono akar an kek orang yang mengaku ulama salaf.Jangan malu an orang Pilah sobab den orang Pilah gak belajar kek Sek. Dato' Abd Razak tahun 1979.

Hamba Allah. said...

Fahamlah, rupanya proses untuk mengeluarkan fatwa itu sendiri bukanlah senang. Kerana ulamak takut untuk mengeluarkan hukum tanpa hak.
Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :
"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.
Memang ada kebenaran apa yang ditulis oleh Ust Zamihan.Ini juga pernah disyarahkan oleh al-Fadhil Syeikh Fuad al-Maliki di mana untuk mengeluarkan fatwa bukannya kerja mudah.Maka inilah yang beliau maksudkan kepada Mufti yang sewenang-wenangnya menfatwakan sesuatu walaupun belum sampai ke tahap mustahid mutlak.

Daud Mili said...

Maafkan saya ust Zamihan, saya tak bermaksud untuk mengotorkan ruang komen ini,...saya datang bukan sebagai 'orang yang tidak dikenali'..saya datang nak belajar...maafkan saya... terima kasih IbnuNafis , wali keramat dan Hamba Allah. ...mungkin saya telah lakukan kesilapan... harap semua memaafkan...maafkan saya...~Assalamualaikum..

hisyam said...

Wali Keramat said:

"Salam Daud Mili,den baco blog kau macamano yang dikobakan oleh anawahabi ada promosi buku sifat shalat nabi cara nasiruddin al-bani.Kalau orang cakap kau wahabi kau marah, tapi buku yang kau promosikan tulah buku ulama wahabi.Kalau nak belajar sembahyang cari guru boto-boto, bukan eh baco buku nasiruddin al-bani.Apo kek masjid Pilah tu tak ado ko ustad yang nak ajar caro sembahyang boto-boto?Yang nak ikut nasiruddin al-bani tu buek apo?Ekau ni corodik tapi yang tak corodik eh bila pilih buku wahabi.memanglah kau ni ateh pagar tapi mirip kau tu dokek bona dengan wahabi.ekau risau an syiah kiro oklah tu, tapi majlis fatwa dah hukum an sosek, apo yang nak dirisau an laiiii.Syiah ni tak berani ceramah torang-torang sobab dio tahu confirm kono tangkap punyo.Tapi Wahabi ni caro dio ado strategi sampai ramai orang tak perasan main ikut ajo."

Slm akhi wali keramat n my other brothers and sisters.

Maaf akhi tp ana pd mulanya sekadar ingin menjadi spectator shj. Tp ana merasakan komen akhi terlalu melampau skali. Maka izinkan ana untuk menegur akhi.

Pertamanya, ana ingin bertanyakan kepada akhi di manakah silapnya brother Daud Mili untuk merujuk kitab sifat solat nabi? Klu nya pun enta merasakan buku itu tidak sesuai ngan citarase akhi, jgnlah smpai menghalang orang lain untuk menimba ilmu yang lebih drpd akhi. Dia bukanlah bodoh sngt smpai tak dpt bezakan yg mane yg benar dan yg mane yg salah.

Ana juga merujuk kepada kitab sifat solat nabi tersebut. Tidak bijakkah tindakan ana? Ana membaca kitab2 Syeikhul Islam Ibn Taimiyah yg enta kategorikan sesat. Adakah itu akhi kira tidak bijak drpd pandangan enta?

Nampaknya negara kita akan dipenuhi dgn orang2 yg "kurang bijak" tak lama lg,sbb pada hemat ana, sudah brape rmai kalangan professional yg sebaya ana yg ana kenal merujuk kitab2 yg ana sebutkan di atas. No offense to you akhi. But don't u think that it IS U who should just sit down, open up ur mind and look at the world as to how wahabi's can most of us get...

Perasan main ikut jo, pada pandangan akhi? Sorry lah akhi. That is an utterly baseless accusation which I find funny and at the same time stupid. Ana main ikut jer? TIDAK SAMA SEKALI wahai akhi. Hanya Allah sahaja yg tau bagaimana sejauh mane tahap ketelitian ana dlm menimbu ilmu especially ilmu agama.

Bagaimana senangnya enta men"deny"kan fakta mengenai syiah yg mmg betul2 di depan mata. Mungkin ini kes nmpak kuman di seberang, tp tak nampak gajah di depan mata kot? I don't know. Mungkin insight enta lebih powerful drpd insight ana? Sedangkan ajaran ayah pin yg mmg terang2 sesat pun orang ikut, apatah lg syiah yg ana kira antara paling hampir amalan spiritual (not belief) ASWJ. Correct me if I'm wrong. Tok2 guru kita di Majlis Fatwa Kebangsaan pun masih lg dlm grey area berkenaan isu wahabi ni. Enta pulak nk lebih2.

And here I thought that akhi is one of those guys yg tak boleh lebih drpd tok2 guru kita? Opps...

Akhi also said:

"anawahabi ni pun ontah sapo-sapo deh.Tapi tak apolah sobab sobolum ni den tengok yang menyamar jadi Zamihan puan ado, jadi aryana pun ado, memang dah padanlah tu."

This is precisely the attitude which initially sparks the rift between the so called kaum muda n kaum tua. Yakni attitude: Ehh, dia serang kita, pesalah kita serang dia balik?

Ini dia akhlak tasauf yg enta banggakan? You can do much better akhi.

Sorry for my rambling. Mungkin akhi2 sekalian rase ana kali ni agak emosi sket. Bkan ape, pada pandangan ana yang tidak seberapa ni, cakap biar berlapik dan ade isi. Kerana setiap perkataan kita akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat nnti. Ana juga masih lg blaja dan harap ditunjukkan di mana kesilapan ana. Before I end this, kepada ust. Zamihan, I think ur last few posts carry a different breath of air as compared to ur usual ones. Keep up the good work sir. May Allah bless us all.

WaAllahua'lam.

Azzikraa said...

Akhi Hisyam,

paling kurang kenali siapakah sheikh Albani tersebut. Mengapa banyak kritikan terhadap beliau. Mengapa sifat solat albani itu ada masalahnya kerana ketidaktelitian albani sendiri dalam perkara hadith.

Sebenarnya sudah ada pendedahan mengenai sheikh Albani di blog ini.

Pelik juga, mengapa taklid pada sheikh albani dalam solat (seolah-olah beliau melihat sendiri bagaimana RasuluLlah solat) yang hidup di zaman khalaf (zaman kemudian ini). Mengapa tidak mengikut salafussoleh yang dekat dengan zaman RasuluLlah ?

Begitu juga mengapa tidak memerhatikan latarbelakang dengan siapa kita belajar selama ini ? Ingin ikut salaf, tetapi sebenarnya ikut khalaf ?

wali keramat said...

Salam Daud Mili, den pun nak minta maaf kek kau, tak sodap pulak kito sekampung bergaduh.
To brother Hisyam,(kono cakap omputih),I would like to suggest you read the book wrote by Syeikh Hassan Ali Aseegaf (Imam Al-Nawawi House Postbus,Aman Jordan).
Kitab tersebut bertajuk kalau Arabnya,"Tanaqudlaat Albany al-Waadhihah fi'ma waqo'a fi tashhihi al-Ahadiths wa tad'ifiha min akhtho 'wa gholath".Bahasa Malaysianya ialah "Kontradiksi Al-Albani Yang Nyata Terhadap Penshahihan Hadis2 Dan Pendhaifannya Yang Salah Dan Keliru.
Anyway if you want to read in English, you can find the title "Al-Albanis' Weakening Of Some Of Imam Bukhari & Muslim Hadith".You can asked Ust Zamihan to find this kitab for you.

tagskie said...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

Azahari said...

ASWB,

Mohon mencelah, setelah beberapa posting sy baca, dptlah di buat kesimpulan bhw Daud Mili terlalu bersandar kpd Nasiruddin Albani, itu nyata, seolah-olah tiada kitab lain yg boleh dibuat rujukan sbg perbandingan. Jgnlah hanya bersandarkan kitab2 beliau shj sdr dan dlm pada itu byk kitab yg menyanggah beliau.

Ihya Ulumuddin krgn Imam Ghazali tlh dinukilkan byk menggunakan hadith lemah @ palsu, tetapi sejauh mana sdr berani mengatakan begitu? Cuba sdr bandingkan Imam Ghazali dgn Nasiruddin Albani ?

Cuba perhatikan disini, perkara furuk ni mmg payah bg mereka yg tidak benar-benar fhm hujung pangkalnya apatah lagi pautan hadith serta hujjah yg dinukilkan.

Oleh yg demikian, tak usahlah kita cuba mengetengahkan di tgh masyarakat yg harmoni ini berbagai persoalan furuk ini, klu sdr rasa sdr yakin fahaman itu, ikutlah jgn pula cepat membidaahkan yg lain sbb mereka pun ada hujjah, dan tidak semestinya hujjah sdr betul smentara di pihak lain tak betul begitulah sebaliknya. Yg akan menjadi mangsa ialah masyarakat itu sendiri.

Peminat Ust Zamihan said...

Tu la..Aku pon rasa watpe nak menentang syiah. Syiah tu dah jelas dah tak betulnya. Tp aku pon nak cadangkan kepada Ustaz Zamihan al-Ghari dgn geng2nya, lagi baik kita lawan musuh yang tersembunyi macam Al-Ahbasy. Aku pun ada pengalaman macam Daud Mili juga. Ada sorang junior aku masa study dulu. Mula2 kitorang borak, dia dok ckp psl Laknatullah Ibn Taimiyah semua.Takde la aku terkejut sangat. Tp yang aku terkejut bila dia kata Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti pun kafir. Qaradhawi dia kata sesat. Tuan Guru Nik Aziz pon dia nak kata kafir juga. Terkejut gak aku. Baru aku tau yang dia ni Ahbasy.Jadi aku rasa Ust Zamihan pon kena fokus hentam group ni jugak. Sbb nampak sangat diorang ni ada agenda..

n.ajis said...

zamihan ni la pengikut al ahbash. sbb dia antara yang mengkafirkan ibn taymiyyah. sedangkan jasa ibn taymiyyah cukup besar merangkumi semua bidang dan disiplin Islam. sbb tu kita semua kena hati-hati dengan zamihan el-ahbash.

aryna said...

en.n.ajis usah buat fitnah...
jika kata2 ust.zamihan dan sekalian rakan2 seperjuangan beliau di sini dah buat en.n.ajis terasa kebenaran yang dibawa, usah nafikan dengan fitnah pulak..
dah banyak kali tuan memfitnah.. dan biar artikel demi artikel yang baru dengan teguran dan nasihat yang membina diminta baca utk muhasabah diri, tuan masih tetap seperti batu..

sila berikan bukti bila ust.zamihan kafirkan ibn.Tamiyyah..
sedangkan dalam kitab Wahabiyyah Salafiyyah satu Penilaian pun tiada kata dari ust.zamihan yang mengkafirkan Ibn Tamiyyah..

tuan tidak membaca? tidak menilai? atau hanya buta mata hati utk melihat?!

usahlah melampau kerana sikap tuan dan orang2 seperti tuanlah yang akhirnya menuduh kami ini tidak lunak, tidak bertolak ansur oleh sebahagian yang lain hanya kerana mereka tidak melihat sikap orang2 seperti tuan yang melampaui batas..

semoga tuan dan rakan2 tuan mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH SWT hendaknya. begitu juga kami.. amiinn..

Peminat Ust Zamihan said...

ntah n.ajis ni. bila pulak ust zamihan kata Ibn Taimiyah kafir??! Setau aku dia kata Ibn Taimiyah mujassim jer...

Hafiz said...

kata Daud Mili:
Hafiz, bagi saya, maafkan jika saya silap, dia tidak menghina Al-Ghazali, namun ust wahabi ni kata, mungkin Al-Ghazali tersilap, dan manusia tidak terlepas dari kesilapan,,,,jika kitabnya begitu sempurna, di mana kita nak letak kedudukan Al-Quran yang Allah swt pelihara isinya,...itu sahaja, kita semua boleh fikir, tiada yang maksum kecuali Nabi SAW...
----------------------------------

Hmm... Tersilap??? Masalahnya dia dituduh menggunakan hadis palsu dengan banyak... Saya ulangi BANYAK HADIS PALSU(tuduhan tidak berasas)... Malas den nak hujah panjang2... Pkiaq la sndiri Perbezaan taraf antara ASRI WAHHABI yang hapai hadis brapa kerat ja tu dengan IMAM GHAZALI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH... Banyak beza depa tu... Sorang memeningkan kpala orang2 awam, sorang lagi membela Islam dengan ikhlas...

abdul rahim said...

Berdasarkan posting Ustaz Zamihan, memang berat untuk memberikan fatwa-fatwa malahan untuk mereka yang bertaraf ulama mahupun yang ada PHD.

Adakah dari kalangan ulama-ulama dari Majlis Fatwa Kebangsaan atau dari JAKIM sendiri yang telah mencapai taraf tersebut? Ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM sendiri adalah menjadi tempat sumber fatwa-fatwa di negara ini termasuk dalam isu-isu kontemporari.

Nampaknya kita tak perlu sangat risau pada 'ulama jadi-jadian' yang muncul dikalangan orang awam kerana tiadalah pendapat mereka itu terlalu meluas melainkan selalunya untuk diri mereka sendiri sahaja, tetapi kita patut lebih risau berkenaan para ulama, ustaz-ustaz, pemegang-pemegang PhD agama dan pihak autoriti agama kerana mereka ini menjadi tempat rujukan utama. Kerana jika menurut disiplin ilmu mengeluarkan fatwa seperti posting ustaz zamihan yang sememangnya ketat, rasanya di Malaysia ini tiada siapalah yang sepatutnya mengeluarkan fatwa melainkan mungkin hanya orang-orang seperti Qaradhawi (itu pun saya tak pasti jika cukup syarat) dan ilmuwan-ilmuwan dunia Islam yang lain. Tetapi adakah mereka ini dapat memahami isu-isu di Malaysia untuk berfatwa di sini?

Bolehlah kita katakan kebanyakkan 'fatwa' yang keluar di Malaysia tidaklah lebih daripada pendapat-pendapat para ulama sahaja, dan bila kita kata 'pendapat' mungkin tiada salah untuk menerima atau menyokong.

Maaf, saya tidak tahu.Wallahualam.

n.ajis said...

Inilah masalahnya apabila kita membekukan akal daripada berfikir kerana takut "biadap terhadap para ulama". Kita mengatakan kita menghormati para ulama di samping kita tidak memandulkan fungsi akal supaya berfikir tentang pendapat2 tersebut. Kepada para ulama, bentangkanlah Quran dan Sunnah di hadapan orang awam, lalu biarkanlah mereka menilai pendapat mana yang lebih kuat. Ini lebih baik daripada kita membuat tuduhan palsu "orang itu wahhabi kerana pendapatnya lain daripada JAIS". Bukan niat saya nak mempertikaikan badan agama tetapi ternyata mereka adalah badan yang bukan sahaja gagal membentuk umat Islam menjadi umat yang terbilang, malah turut gagal memperkenalkan Islam yang indah kepada bukan Islam. Sbb itu ketika Islam berkembang pesat di benua Amerika dan eropah, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka menolak pendapat tokoh lain dan mem"wahabi"kan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka. Sudahlah gagal, tidak mahu pula mendengar pendapat alternatif. Senang kata, sudah lah bodoh sombong pula. Badan agama harus bersikap terbuka mengakui kegagalan mereka. Mereka juga turut harus mengakui selama ini golongan muda tidak pernah ambil peduli terhadap Islam sehinggalah munculnya golongan pro-tajdid yang dipelopori Sdr Asri. Tidak pernah dalam sejarah program agama mendapat rating 3 juta penonton seperti mana berlaku pada Bahtera Perubahan di Astro Oasis. Tidak seperti program badan agama yang banyak dihadiri golongan pencen serta tiang2 masjid.

Peminat Ust Zamihan said...

Tu la..Aku pon rasa watpe nak menentang syiah. Syiah tu dah jelas dah tak betulnya. Tp aku pon nak cadangkan kepada Ustaz Zamihan al-Ghari dgn geng2nya, lagi baik kita lawan musuh yang tersembunyi macam Al-Ahbasy. Aku pun ada pengalaman macam Daud Mili juga. Ada sorang junior aku masa study dulu. Mula2 kitorang borak, dia dok ckp psl Laknatullah Ibn Taimiyah semua.Takde la aku terkejut sangat. Tp yang aku terkejut bila dia kata Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti pun kafir. Qaradhawi dia kata sesat. Tuan Guru Nik Aziz pon dia nak kata kafir juga. Terkejut gak aku. Baru aku tau yang dia ni Ahbasy.Jadi aku rasa Ust Zamihan pon kena fokus hentam group ni jugak. Sbb nampak sangat diorang ni ada agenda..

Chop!! Tak habis citer pasal Ahbasy lagi. Diorang ni suka kafir-kafirkan orang kan. So, tak bagus lah kan. Pengasas dia Syeikh Abdullah Harari ek?

Hafiz said...

Tu la umat zaman ni... Xdak disiplin ilmu... Pastu Ulama' dilekehkan mcm xdak fungsi... Hina Ulama'... Xdak adab ngan Ulama'... Fitnah Ulama'... Pastu kita golongan yang hormat ngan Ulama' ni dikata taksub... Tu la hujah puak2 wahhabi jahiliah ni... Sbb tu buta mata hati abis puak2 ni...

Akal Allah bagi bkn nk guna... Pkiaq la sama... Asai x skpala dengan puak wahhabi ja, syiah... Asal pndapat x sama wahhabi ja, geng JAIS... Mcm la JAIS ja yg menentang wahhabi... Brapa banyak tok guru, ulama' yang menentang wahhabi sbb puak2 ni bodoh sombong... ish3... Mmg puak2 yg buta mata hati ni ketegaq sungguh...

Takat rating ja tingi buat pa... Rating tingi tp bwk ajaran pak wahab pn xdak guna gak... Kalo da org wat program syiah pn, kalo 3-4 juta penonton pun nk wat pa... Wahhabi ni bkn Ahli Sunnah pun... Ahli Sunnah penipu ja...

abdul rahim said...

Saya ingin bertanya pada ustaz atau pada sesiapa yang tahu, siapakah ulama pada zaman Imam Ahmad yang menyebut perkara ini? penjelasan saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.

>>Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :

"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya. <<

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum Abdul Rahim,

Tuan boleh rujuk pada sumber yang telah diberikan.

Iaitu dari Kitab yang ditulis oleh Dr Yusof Al Qardhawi sendiri.

WaLlahua'lam

abdul rahim said...

Saudara Azzikraa,

Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Tujuan saya bertanya hanyalah kerana ingin tahu setelah selalu terbaca kenyataan tersebut apabila para pendakwah membincangkan hal memberi fatwa.

aryna said...

n.ajis said...
Inilah masalahnya apabila kita membekukan akal daripada berfikir kerana takut "biadap terhadap para ulama". Kita mengatakan kita menghormati para ulama di samping kita tidak memandulkan fungsi akal supaya berfikir tentang pendapat2 tersebut. Kepada para ulama, bentangkanlah Quran dan Sunnah di hadapan orang awam, lalu biarkanlah mereka menilai pendapat mana yang lebih kuat.

Inilah bahayanyer orang2 jahil apabila mau jadi juri..

Sedangkan kita yang awam ini sepatutnya menuntut ilmu dengan mereka bukan mengadili mereka. Kerana itu, kita sering disuruh berguru dengan ramai tok guru agar kita dapat menambah ilmu dan membuat pilihan ajaran mana satukah atau duakah yang sesuai dengan kita.

aryna said...

n.ajis said...
Ini lebih baik daripada kita membuat tuduhan palsu "orang itu wahhabi kerana pendapatnya lain daripada JAIS". Bukan niat saya nak mempertikaikan badan agama tetapi ternyata mereka adalah badan yang bukan sahaja gagal membentuk umat Islam menjadi umat yang terbilang, malah turut gagal memperkenalkan Islam yang indah kepada bukan Islam. Sbb itu ketika Islam berkembang pesat di benua Amerika dan eropah, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia.

Sejauh mana kebenaran kenyataan kamu ini? Jika badan2 agama di Negara kita gagal membentuk umat islam yang terbilang, sudah tentu kita dah lama di bawah perintah agama kristian atau hindu atau budha..
Nampaknya saudara ini masih ketinggalan ataukah saudara tidak melihat sekeliling atau tidak pernah tau bagaimana jabatan2 agama kita menjalankan tugas sehingga tidak tau berapa bilangan umat islam yang berjaya dalam pelbagai bidang dan yang telah diislamkan di Negara kita? Tidak pernah baca makalah2 yang diedarkan jabatan2 agama negerikah?! Dari mana maklumat yang saudara peroleh sehingga memperlekeh dan menuduh jabatan2 agama kita, dari dr.asri sajakah atau dari dakyah2 di media dan internet? tak selidik sendirikah?

aryna said...

n.ajis said...
Keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka menolak pendapat tokoh lain dan mem"wahabi"kan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka. Sudahlah gagal, tidak mahu pula mendengar pendapat alternatif. Senang kata, sudah lah bodoh sombong pula. Badan agama harus bersikap terbuka mengakui kegagalan mereka.

Siapa yang bodoh sombong di sini? Kami telah banyak berlapang dada dan membuang masa melayan orang2 seperti saudara tapi apa yang dibalas buat kami apabila kami berlunak? Akhlak yang sangat buruk!
Apabila telah hilang hujah, peribadi kami dan ulamak2 kami diselidik (contoh: pengarah JAIS), aib kami ditebarkan agar hilang keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap kami dan ulamak2 kami.. tak cukup itu, sanggup menyamar dan membuat fitnah. Kata2 kami diputar-belit hingga jauh terpesong dari kenyataan sebenar.

Sedangkan pernah kah saudara2 dan rakan2 saudara berjumpa dengan pegawai2 di jabatan agama utk mendapat sebarang nasihat atau pandangan? Atau setidak-tidak mencari buku2 yang dikeluarkan mereka atau mendapatkan makalah2 bulanan mereka? (sendiri lah jawab… kerana ramai yang pandai cakap tapi tak pernah menyelidik hal ini, hanya mengambil mudah percaya dengan kata2 dr.asri n gang dan media2 yang kebanyakannya tidak suka dengan jabatan2 agama yang membenteras maksiat. Yang saudara2 tau hanya selidik aib orang2 yang tuan sangka tidak amanah itu.

aryna said...

n.ajis said...
Mereka juga turut harus mengakui selama ini golongan muda tidak pernah ambil peduli terhadap Islam sehinggalah munculnya golongan pro-tajdid yang dipelopori Sdr Asri. Tidak pernah dalam sejarah program agama mendapat rating 3 juta penonton seperti mana berlaku pada Bahtera Perubahan di Astro Oasis. Tidak seperti program badan agama yang banyak dihadiri golongan pencen serta tiang2 masjid

Saudara, rating tinggi tu adakah bukti bahawa masyarakat kita telah celik mata dengan agama? Benarlah.. tapi apakah celik mata itu bermakna bahawa dr.asri telah membawa kemajuan atau orang celik mata apabila ada seorang agamawan yang berani menentang arus, maka orang2 yang menonton 3 juta tu terbahagi kepada 3 kelompok iaitu, 1. orang2 yang suka kepada hukum hakam yg ringan (yakni yakin kepada betapa Islam itu mudah yang dipermudahkan –shortcut to heavan, tak mcm ulamak2 kita yg banyak anjuran utk beribadah dan banyak larangan yang mengikut ketat mazhab syafie ?! golongan ke2 adalah golongan yang suka kepada isu2 penentangan seperti yang dr.asri sering timbulkan, dan golongan ke3 adalah agamawan2 yang ingin melihat, memerhati dan memikir akan kata2 dr.asri dan dapat dibahaskan dan diluruskan segala kekeliruan yang dibawakannya seperti yang berlaku sekarang ini.
Sejauh mana dr.asri dapat mentarbiyyah masyarakat kita untuk lebih beradab, berakhlak dan menghormati para ulamak dan institusi agama kita? Yang saya lihat semakin banyak perpecahan berlaku sejak beliau bersuara. Dan yang lebih menyedihkan, meskipun ada perubahan orang2 yang telah rajin solat, tapi masjid semakin kosong! Kenapa? Benarkah mereka ini rajin solat atau hanya solat di depan kita saja atau cakap saja solat?!

wallahualam bissawab..

kzadzikry said...
This comment has been removed by the author.
nobody said...

n.ajis said...
Inilah masalahnya apabila kita membekukan akal daripada berfikir kerana takut "biadap terhadap para ulama". Kita mengatakan kita menghormati para ulama di samping kita tidak memandulkan fungsi akal supaya berfikir tentang pendapat2 tersebut. Kepada para ulama, bentangkanlah Quran dan Sunnah di hadapan orang awam, lalu biarkanlah mereka menilai pendapat mana yang lebih kuat. Ini lebih baik daripada kita membuat tuduhan palsu "orang itu wahhabi kerana pendapatnya lain daripada JAIS". Bukan niat saya nak mempertikaikan badan agama tetapi ternyata mereka adalah badan yang bukan sahaja gagal membentuk umat Islam menjadi umat yang terbilang, malah turut gagal memperkenalkan Islam yang indah kepada bukan Islam. Sbb itu ketika Islam berkembang pesat di benua Amerika dan eropah, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka menolak pendapat tokoh lain dan mem"wahabi"kan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka. Sudahlah gagal, tidak mahu pula mendengar pendapat alternatif. Senang kata, sudah lah bodoh sombong pula. Badan agama harus bersikap terbuka mengakui kegagalan mereka. Mereka juga turut harus mengakui selama ini golongan muda tidak pernah ambil peduli terhadap Islam sehinggalah munculnya golongan pro-tajdid yang dipelopori Sdr Asri. Tidak pernah dalam sejarah program agama mendapat rating 3 juta penonton seperti mana berlaku pada Bahtera Perubahan di Astro Oasis. Tidak seperti program badan agama yang banyak dihadiri golongan pencen serta tiang2 masjid.

--------------------------------
INI KESAN DR ASUHAN WAHABI...BIADAP & MENGANGGAP USAHA ORG LAIN REMEH TEMEH!..USAHA DIA AJE YG HEBAT!ULAMA DIA AJE YG BAGUS & BESAR SUMBANGAN! WOIII SEDARA! WAHABI TU MERAPATI KAUM MUDA BKN SBB NAK AMBIL PEDULI..TP NAK AMBIL KESEMPATAN TERHDP GOLONGAN YG JAHIL..SUPAYA MUDAH MENANAMKAN FAHAM WAHABI TU...WAHABI X TAK BERANI NAK RAPAT KAUM TUA, SBB WAHABI TAU, GOLONGAN NI KUAT PEGANGAN ASWJ.
DR. ASRI NI XDA SUMBANGAN(KORG JE PERASAN), MELAINKAN SUMBANGAN BELIAU ILAH MENGELIRUKAN ORG AWAW DGN PDT BELIAU...CKP MMG SEDAP DGR/BERDEGAR2 BUNYINYA...'TONG KOSONG' BIASA LA...TAPI SEBENARYA 'KOSONG'....'KOSONG'ROH!...ORG YG MEMPELAJARI AGAMA INI DGN SEJUJURNYA & MENCARI KEBENARAN PASTI AKN BERTEMU HAKIKAT INI....

n.ajis said...

Ramai betul yang marah dengan komen saya...alhamdulillah..itu menandakan tekanan perasaan geng al ahbash kerana tidak mendapat tempat di hati masyarakat Msia. Bila marah maka terkeluarlah segala kenyataan merapu dan tidak berakal. Jangan sampai jadi mat pschyco seperti zamihan el-ahbash sudahla...

aryna said...

KHAS kepada en. n.ajis,
sekiranya anda lupa, saya tolong ingatkan sesuai dgn kehendak ALLAH dlm surah Al-Asr..

fahami makna berikut:-
"Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (QS Yusuf, 12:53)

tindakan en.n.ajis seperti yang didakwanya dengan sengaja mahu mendatangkan kemarahan kepada kita adalah atas ikutan kehendak hawa nafsu semata-mata seperti mana yang diterangkan dalam ayat di atas..
n.ajis jelas bukan mencari atau membawa kebenaran melainkan untuk mencetus api kemarahan dan mengadu domba..

seperti perintah ALLAH berikut,
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."(QS:Al-Maaidah:ayat 8)

wallahualam bissawab...

moga ALLAH berikan kita semua taufik dan hidayahNYA dan terlepas dari fitnah orang2 yang merosakkan agama yang indah dan suci ini..

Visit Bil.