Tuesday, November 17, 2009

Mengapa Fahaman Wahhabiy Mesti Ditolak ?



Saya tertarik dengan Artikel Pandangan Rasmi Jakim Mengenai Wahhabiyyah. Mereka yang Pro Wahhabi akan menggunakan hujjah dari JAKIM untuk menyatakan Wahhabi boleh diajar dan disebarkan di Malaysia atas alasan TIDAK SESAT. Namun mereka yang Pro Wahhabi ini lupa tentang perkataan ini :


Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.

Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.Memang tidak dinafikan fahaman Wahhabi inilah yang telah menimbulkan pecah belah di Malaysia bahkan di seluruh dunia, menghukum sesat majoriti ulamak dan umat Islam. Benarlah seperti yang disebutkan oleh ulamak :

Sesungguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bid'ah.

Pada Hakikatnya bertujuan memelihara kemurnian ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.

Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya "al-Salafiyyah al-Mu'assarah" menulis :



"Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama ALlah... kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan... hingga memporak perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid'ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..."

Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalah gunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh RasuluLlah s.a.w dalam sebuat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:

"Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka."


Ia turut diakui oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali yang pernah menjawat sebagai Ketua Lembaga Pengawasan Da'wah di Dubai. Iaitu golongan yang suka menggunakan nama seperti Firqotun Najiah, Muwahhidun, Salafi ini telah menghukum kafir kepada penduduk di Abu Dhabi dan Dubai hanya kerana mereka bermazhab Maliki dan mengikut aliran Asya'iroh sehingga beliau telah menulis sebuah buku yang menerangkan pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan ini terhadap umat Islam beserta bukti-buktinya.

Contoh pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan Wahhabi Salafi ini ialah :
1. Dalam Mukhtashar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika berkomentar hadith no 2060 tentang turunnya al Masih alaihis salam di akhir zaman. Sheikh Albani berkata :

"Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah, bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya".


Pernyataan Albani ini telah dibidas oleh Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Manshuri di Akhbar Harian 'Ukkaz dalam tiga makalah yang ditampilkan bersiri. Beliau berkata :


"Bagaimana anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang empat berada dalam kesesatan seperti Yahudi dan Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sebagaimana sangkaan anda?

*Sheikh Albani menyamakan Fiqh Hanafi yang dalil dan hujjahnya adalah dari Al Quran dan Sunnah dengan Injil yang terang jelas sudah terpesong.


Pernyataan Albani di atas juga pernah dikritik keras oleh Dr Said Ramadhan Al Buthi dalam kitabnya : Allaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah.

2. Di dalam Akhbar al Muslimin ad Dauliyah : apabila ditanya tentang 2 imam besar iaitu Imam An Nawawi dan Ibnu Hajar (semoga keduanya dirahmati Allah) :


"Sesungguhnya kedua Imam itu memiliki aqidah yang rosak dan melakukan penyimpangan (tahrif) dalam beberapa masalah I'tiqad".


3. Safar al Hawali dalam risalahnya bertajuk Minhaj al Asya'iroh fil Aqidah hal 28 :


"Seandainya dikatakan bahawa al Hafizh Ibnu Hajar adalah orang yang tidak menentu aqidahnya nescaya ia lebih mendekati kebenaran".

Antara bukti golongan wahhabi salafi ini menghukum sesat kepada ulamak Islam dan jemaah Islam yang boleh dibaca secara langsung dari laman web :

1. Menghukum sesat kepada Prof Dr Yusof al Qardhawi, Imam Hassan al Banna, dan Jemaah Ikhwan Muslimin :

http://salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=630

2. Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=375

3. Menghukum sesat kepada golongan Asya'iroh :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715

Dan banyak lagi contoh-contoh hukuman sesat, kafir dan syirik tanpa hak yang dilakukan oleh golongan yang melampau ini.


Kita sudah melihat bibit-bibit berkenaan bagaimana golongan yang mengaku sebagai gerakan tajdid ini di Malaysia contohnya seperti yang dilakukan oleh Dr Asri menghukum Selawat Syifa' sebagai bercanggah dengan aqidah. Terdapat juga blog-blog yang dibangunkan oleh mereka yang berfahaman sedemikian yang turut membawa fahaman tajsim dan tasybih menghukum syirik kepada ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya.

Sumber :

1. Kata Pengantar Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, al-Sheikh al-Hafiz al-Fadl Abu Al Fadl AbduLLah al-Siddiq al-Ghumari, Middle East Global ,2003, Selangor
2. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha

8 comments:

Abihaiqal said...

جزاك الله خيرا

almukminun said...

beserta sokongan menteri besar yang dimantankan (kini menjawat jawatan presiden persatuan renang malaysia) bersama-sama muftinya juga dimantankan kerana keceluparan menghina keturunan Sayyiddinna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam..wahabbikah mereka?

http://almukminun.blogspot.com/

Ibnu Muslim said...

Fakta2 ini lama dah ana tahu & ana sudah buat kajian & comparison yg insyaallah rasanya sangat mendalam berkaitan hujah2 mereka mengenai aqidah, mazhab, bidaah & sebagainya.
Jika kita jujur dalam mencari kebenaran, maka akan kita jumpai berbagai kelemahan dalam aspek pandangan golongan Sheikh Wahab & Taimiyah ini.
Tapi mesti perlu jujur iaitu kajian terperinci dengan mendengar, membaca & meneliti dari kedua pihak.
Selagi kita taksub hanya dengar atau baca buku Dr Asri, Azwira, Kapt Hafiz, Mohd Yaakub Yunus, Albani, Al Baaz, Fawzan, Uthaimeen, Salim AlHilali sahaja, memang takkan dapat kefahaman yg sejelasnya tentang permasalahan yg timbul.
Ana tahu nama2 ni pasal ana juga beli buku & baca hujah2 dari golongan ni.
Tapi bila rujuk pada hujah Ramadhan Buti, Alawi Al Makki,Ghumari, Tantawi Ali Jumaah hatta Qaradawi pun, maka baru kita akan faham bahawa corak akidah Asyariyah & amalan di Malaysia adalah masih dalam lingkup sunnah.

Kerana itu ana tak support fahaman geng2 salafi ni.

Anonymous said...

salam....
lawan jgn tak lawan,,,moga2 kita diberikan kemenangan oleh Allah swt ,,,,Takbirrrrrrrrrrrrrrrr.

Ibn Salleh. said...

Al-Kuliyyah di TV3 jam 9.00 malam, 19/11/2009, tajuk Aqidah.Nampaknya Dr Uthman Muhammadiy keseorangan bila digandingkan dengan Dr Asri dan Fauzi Deraman.Sama2 kita saksikan Dr Uthman menenggelamkan kedua-dua mereka ini dalam berhujah.
Esok pagi 19/11 di Awani Astro dan Utusan Malaysia, temuramah bersama Tuan Guru Haji Abdullah dari Pondok Geting Tumpat, mengupas kesesatan puak-puak Wahabi.

Dakwah Orang Awam said...

Lihat photo di mstar online, ada seorang makcik botak sebelah Dr Asri tak pakai tudung.Bila baca artikel barulah tahu, itu bukan makcik, tapi seorang Maknyah yang kerjanya menggosip-gosipkan orang.Nampaknya ramai artis2 sebegini sokong Asri dan menyelar JAIS.Artis-artis marahkan JAIS sebab selalu dok ganggu depa nak bersekedudukan, sedang Dr Asri kata kat JAIS, jangan mengintip depa ni.Kalau Asri jadi Mufti Selangor/Wilayah, senanglah artis-artis ni nak bersekedudukan, tak ada orang kacau.Maka artis-artis ni sokonglah Asri walaupun kerja artis-artis ni dok lawan hukum hakam agama.

akitiano said...

Hamba Allah...

Ana minta anta tolong rakamkan videonya...lalu upload di youtube...supaya kami2 pelajar Malaysia yang merantau ni dapat tengok...

Syukran!!!!

nobody said...

ye tuan Hamba Allah...minta tlg rakamkan dan upload kat utube supaya sama2 boleh tengokk!

Visit Bil.