Wednesday, November 18, 2009

KOMEN TERHADAP ARTIKEL ‘ISLAM: ANTARA NAS DAN PENDAPAT TOKOH’


Penulis asal : Dr Asmadi Mohamed Naim

Saya membaca tulisan Dr Asri bertajuk: Islam: Antara Nas Dan Pendapat Tokoh. Pada saya Dr. Asri mengulas perbahasan kitab-kitab ulama tanpa mengetahui susur galur dan sebab musabab kenapa perbahasan sedemikian muncul. Ini dikeranakan latarbelakangnya pengajian ijazah pertama Bahasa Arab Jordan yang tiada subjek Syariah kecuali terlalu sedikit kerana ia hanya minor (seumpama pelajar sastera Melayu di Malaysia, tidak seperti Kuliah Bahasa Arab di al-Azhar), kemudiannya dia terus terjun dalam pengajian hadith di peringkat Masters (secara penyelidikian dan bukan berguru) dan hanya PhDnya sahaja ada 8 kursus yang perlu dilalui secara berguru. Hubungannya dengan ulama-ulama adalah terlalu sedikit berbanding pembacaan.

Untuk mengkritik kitab-kitab turath, dia memilih satu huraian kitab yang ditulis oleh ulama yang tidak terkenal di kalangan ulama mutaakhirin. Dia tahu dia tidak akan berjumpa perkara sedemikian dalam kitab mutaqaddimun mazhab. Dia tahu, dia sukar untuk mengkritik syarahan Imam al-Shafie, al-Mawardi, al-Nawawi dalam aliran mazhab Shafie. Demikian sukar juga dikutuk pandangan Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar dalam mazhab Hanafi. Sukar juga dikatakan tidak logik pada pandangan pemuka mazhab Malik seperti Ibn Rusyd al-Jad dan Ibn Rusyd al-Hafid dan al-Dasuqi sebagaimana sukar mempertikai Ibn al-Qudamah, al-Maqdisi dalam mazhab Hanbali.

Sesiapa yang mempelajari 'madkhal al-fiqh' (Pengantar al-Fiqh) sepatutnya menyedari adanya budaya 'araaitiyyun' (kalau sekiranya... araaita) di kalangan ulama untuk membahaskan kemungkinan-kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Sekira sangkaan baik ada pada pelajar, ia akan merasakan bagaimana hebatnya seseorang imam itu berusaha mengembangkan perbahasan dalam sesuatu perkara. Itu ijtihad mereka dan sumbangan mereka. Kebiasaan guru-guru Shariah menerimanya sebagai satu usaha ulama-ulama silam memperhalusi setiap perbahasan dan bersangka baik dengan ulama-ulama ini.

Tugas pelajar-pelajar Shari'ah kemudiannya menyaring dan memahami perbahasan tersebut untuk disampaikan kepada masyarakat awam. Bahkan daripada contoh-contoh yang diberi, akan terbentuk kaedah mengeluarkan hukum di kalangan pelajar Shari'ah. Bukan semua orang layak menjadi mujtahid.

Sekali lagi 'isu kecil' berus gigi diperbesarkan utk menunjukkan dan membuktikan kebodohan dan ketidaklogikan ulama silam. Bukankah ada pandangan ulama silam yang tetap membenarkan bersugi selepas zohor?


*Tambahan dari ustaz al muqry : "pandangan ustaz yg menyatakan makruh menggosok gigi"Sebenarnya ia bukannya pandangan ustaz tetapi nukilan ustaz tersebut dari tokoh tokoh ulama2 mujtahid yang muktabar. :


Imam Nawawi di dalam Al-Majmuk menyatakan ia pandangan yang dinaskan sendiri oleh Imam Syafei di dalam kitabnya 'Al-um', dan disebut juga di dalam bab puasa di dalam kitab 'Mukhtasor Muzani' (kitab yang banyak menukilkan pandangan2 Imam Syafei)

Selain ulama dalam mazhab Syafei tokoh-tokoh ilmuan yang lain juga banyak berijtihad dengan ijtihad yang sama. Ibnu Munzir menyatakan bahawa ia merupakan pandangan 'Aatho', Mujahid (keduanya ulama tabien), Imam Ahmad (Imam mazhab/mujtahid mutlaq), Ishaq bin Rahawaih (Ahli hadis terkenal) dan Abu Thaur.

Ibnu Shabbagh menyatakan bahawa ia juga pandangan Ibnu Umar RA (satu riwayat dlm pandangannya), Imam Auzaie (Mujtahid mutlaq) dan Muhammad bin Al-Hasan (mujtahid dlm mazhab hanafi/ sohib Abu Hanifah) (lihat Al-Majmuk Jil 6 Ms 425 dan Jil 1 Ms 330-333)


Pada saya, ulasan negatif terhadap ulama-ulama tersebut menunjukkan 'tidak cermatnya orang yang memperkecilkan ulama-ulama silam tersebut. Kalau dia melalui pengajian rasmi Shari'ah di University of Jordan yang saya sama universiti dengannya (dan hampir sama tahun pengajian), dia akan berjumpa dengan ramai pensyarah-pensyarah yang menyindir pelajar-pelajar supaya menjaga adab dengan ulama. Bahkan ada yang menyebut:


'Hum rijal wa nahnu zukur' iaitu 'mereka lelaki (yang sebenar) dan kita lelaki (biasa)'


sebagai sindiran kepada mereka yang merasakan setaraf atau lebih hebat dari ulama-ulama silam tersebut walaupun baru setahun dua di Kuliah Shari'ah. Bahkan pengajian saya dengan tokoh-tokoh Salafi Jordan seperti Prof. Dr Umar al-'Ashqar (yang digelar Salafi Tulen Jordan), Prof. Yasir al-Shimali dan lain-lain menunjukkan bagaimana mereka menghormati pandangan Imam-Imam mazhab tersebut dan anak-anak muridnya. Tidak pernah keluar dari mulut Prof. Umar perkataan 'banyak contoh-contoh bodoh atau tidak logik yang dibentangkan oleh ulama Fiqh!'

Demikian juga, malang bagi Dr. Asri apabila semua 'busuk' yang dia lihat pada ulama silam. Takut-takut 'bahtera perubahan' menjadi 'bahtera fitnah'... Pada saya ini sudah menjadi 'keterlanjuran dan fitnah melampau' Dr Asri terhadap ulama! Yang di sebaliknya (seolah-olah) dia menyeru:


'Jangan ikut ulama, tapi ikutlah aku kerana akulah yang paling logik dan akulah paling benar'.


Manakala ulasannya dalam Hashiah al-Bajuri, dia tidak menyatakan mukasurat. Saya lebih cenderung dia tersilap menterjemahkan. Terjemahan asal ialah memasukkan ‘keseluruhan kemaluan’. Kalau benarpun terjemahannya, ia di bawah konsep bahasa Arab yang di sebut ‘lanjutan contoh’ bukan sebagai ‘contoh utama’. Jadi, dia seharusnya lebih memahami perbahasan ulama-ulama fiqh dan seharusnya cuba bersangka baik kepada ulama-ulama tersebut sebagaimana dia boleh bersangka baik kepada Albani walaupun banyak 'tanaqudhat' (pandangan yang saling berlawanan samada dalam kitab yang sama atau kitab berbeza).

Wallahu a’lam.

Allahu musta'an.

Sumber : Http://DrAsmadinet.Blogspot.Com

9 comments:

Arif Omar said...

perkara remeh diperbesarkan. perpaduan tidak mahu dicari. sesama ulama nak tegakkan benang basar dalam perkara cabang. ape le kau orang ni. itu yang islam lemah. sunah kata syiah salah, syiah kata sunnah salah, wahabi begitu, sunnah begini, akhirnya yang rugi islam . sebab iti allah belum makbulkan doa ulama-ulama islam hari ini untuk perintah cara islam. sesama sendiri pun bergaduh. semua sama samada ulama sunnah, syiah, wahabi dan sebagainya. tak ade le nak lihat luar kotak sikit dan secara holistik. jadi apa maknanya. Baik lagi macam kami ini anggap semua islam bersaudarawalau apa mazhab dan aliran pun.tidakkah kita mahu berfikir. kita yang lebih bijak atau ulama sebegini yang bijak. betullah kata tun mahathir.

kami bukan along kami nak tolong said...

Salam,
ustaz ni mcm komen tak habis saja. maksud artikel Dr Asri itu ialah supaya kita tak menyamakan nas sama mcm pendapat tokoh. Contohnya kita sayang & hormat tuan guru Nik Aziz, tapi kita tetap mengatakan sebaik2nya jgnlah menerima tajaan pergi Haji selagi dia memegang jawatan Menteri Besar. Adakah teguran seumpama itu dianggap tiada adab kpd tok guru Nik Aziz?? Pikir-pikirkan.

Baca artikel Dr Asri tu bagi habis. baca yg ni juga:

Kita menghormati tokoh, namun pendapat mereka bukan wahyu yang tidak boleh dikritik atau dibincangkan.

"Kita memberikan pandangan yang berbeza dengan tokoh-tokoh agama tertentu, bukan bererti kita disuruh biadap atau tidak menghormati mereka."

So adakah Dr Asri suruh kita bersikap biadap? baca artikel tu bagi habis. Jgn ambil sekerat2.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

saya lihat ada orang yang tidak baca habis apa yang diterangkan dan dijelaskan dalam artikel ini.

Kasihan yang taksub pada Dr Asri ini, memang diajar begitu adabnya pada ulamak lain.

Ulamak muktabar mengkritik ulamak takda perkataan 'pandir/bodoh'. Inikan pulak Dr Asri ? Berapa ratus kitab yang ia sudah tulis ? Berapa ratus ribu hadith yang ia sudah hafaz ? hingga sebenarnya yang ia kata pandir itu ditujukan kepada ulamak silam iaitu Imam Syafie, para sahabat seperti Saidina Umar sendiri.

Takut juga ada kebebalan pada yang taksub itu. Jelas ada yang dah nak 'memaksumkan' Dr Asri rupanya.

Memang anak murid Dr Asri diajar suka membodohkan ulamak silam ke ? Dan tidak tahu menghormati perbezaan khilafiyyah ? Sama macam Dr Asri ?

JomFikir said...

"Kita memberikan pandangan yang berbeza dengan tokoh-tokoh agama tertentu, bukan bererti kita disuruh biadap atau tidak menghormati mereka."

Dalam masa lain :

Baca juga apa katanya :

Sebahagian mereka mungkin menjawab: ‘dah ulama cakap macam tu, atau kitab cakap macam itu, terima sahajalah’. Ini tentulah satu jawapan yang boleh dianggap ‘pandir’ dan dangkal sekali.

-----------------

Yang berpendapat begini makrud menggosok gigi itu siapa ?

Imam Nawawi di dalam Al-Majmuk menyatakan ia pandangan yang dinaskan sendiri oleh Imam Syafei di dalam kitabnya 'Al-um', dan disebut juga di dalam bab puasa di dalam kitab 'Mukhtasor Muzani' (kitab yang banyak menukilkan pandangan2 Imam Syafei)

Selain ulama dalam mazhab Syafei tokoh-tokoh ilmuan yang lain juga banyak berijtihad dengan ijtihad yang sama. Ibnu Munzir menyatakan bahawa ia merupakan pandangan 'Aatho', Mujahid (keduanya ulama tabien), Imam Ahmad (Imam mazhab/mujtahid mutlaq), Ishaq bin Rahawaih (Ahli hadis terkenal) dan Abu Thaur.

Ibnu Shabbagh menyatakan bahawa ia juga pandangan Ibnu Umar RA (satu riwayat dlm pandangannya), Imam Auzaie (Mujtahid mutlaq) dan Muhammad bin Al-Hasan (mujtahid dlm mazhab hanafi/ sohib Abu Hanifah) (lihat Al-Majmuk Jil 6 Ms 425 dan Jil 1 Ms 330-333)

--------

Yang memberi pandangan adlah mujtahid mutlaq iaitu Imam Syafie, PANDANGAN SAHABAT iaitu Ibnu Umar dan mujtahid mutlaq yang lain.

Jika salah ijtihadnya akan dapat satu pahala, jika benar ijtihadnya mendapat 2 pahala.

Harapnya sekira ada yang taksub dengan Dr Asri boleh buka balik al Quran dan sunnah yang membicarakan mengenai akhlak, dan nilai sikap sendiri yang membela membuta tuli. Yang salah dan perlu diperbetulkan pun dikatanya sudah benar.

Yang kata pandir dan membela membuta tuli anda dapat apa ? Inikah pengikut Dr Asri ? Anda meletakkan al Quran dan Sunnah di mana sebenarnya ? Betul la memang sudah terkena virus taqlid buta.

Kepada saudara ArifOmar - anda berkata melalui ? Pandangan politik ? Mungkin tuan perlu cermin diri sendiri apa yang tuan poskan dalam blog tuan sendiri, adakah sebenarnya membawa perpaduan ?

Sekurang-kurangnya tulisan Dr Asmadi itu ingin membetuli Dr Asri sendiri, supaya jaga adabnya dengan para ulamak.

Anda mengajar apa dalam blog anda sendiri ?

mohd said...

Ibnul-Haj as-syafei ni korang rasa akan dilabelkan wahabi tak oleh golongan mazhab nenek moyang ni?


Ibnul-Haj as-Syafei dalam kitabnya Al-Madkhal’:
“ Dan keburukan-keburukan mafsadah-mafsadah itu terwujud dalam berkumpul
( di rumah ahli mayit)
pada hari ketiga dan ketujuh dan sempurnanya sebulan dan sempurnanya satu tahun. Dan di tempat mana saja orang mengerjakan seperti itu, di rumah, di kuburan atau di tempat lainnya, semuanya itu adalah terlarang. Dan demikian juga dilarang bid’ah yang diamalkan orang, iaitu tahlil-tahlilan untuk mayit-mayit mereka, dan berkumpul mereka dengan jumlah yang besar untuk keperluan itu.”

“ Dan mereka berbuat demikian itu, beralasan dengan hikayat-hikayat (dongengan-dongengan) dari syeikh-syeikh dari kalangan orang-orang mutaakhirin, bahawa ia melihat di dalam mimpinya, sebahagian mayit-mayit disiksa ( di dalam kubur), kemudian ia menyebut laa ilaaha illallah 70,000 kali, lalu dihadiahkan pahala bacaannya itu kepada mayit-mayit tadi, kemudian dilihatnya di dalam mimpinya di kemudian hari, bahawa mayit tadi dalam keadaan bagus. Kemudian ia tanya sebab-sebabnya demikian, maka ia memberitahukan, bahawa ia telah diampuni dengan pengiriman pahala bacaan 70,000 kali tadi “

mohd said...

adakah Ibnul-Haj as-Syafei ni tiada adab bila mengatakan

"Dan mereka berbuat demikian itu, beralasan dengan hikayat-hikayat (dongengan-dongengan) dari syeikh-syeikh dari kalangan orang-orang mutaakhirin.."

JomFikir said...

Anda ambil sedikit-sedikit perkataan Ibn Haj Asy Syafie itu untuk apa sebenarnya ? Jika sekadar untuk menyokong pendapat golongan anda sendiri kemudian takda kaitan dengan artikel di atas ini. Baik anda simpan perkataan tersebut. Sebab anda dah salah tempat ni.

Sebab dalam mazhab syafie pun ada pendapat yang membenarkan dengan bersyarat perkara tersebut. Dan kita pun perlu menyelidik pernyataan ibn haj ini benarkah sebagaimana yang disebutkan, yang ini - mereka yang mendalami mazhab syafie bolehla mensahihkan perkara ini.

JomFikir said...

adakah Ibnul-Haj as-Syafei ni tiada adab bila mengatakan

"Dan mereka berbuat demikian itu, beralasan dengan hikayat-hikayat (dongengan-dongengan) dari syeikh-syeikh dari kalangan orang-orang mutaakhirin.."

------------------------

Bagi saya tiada masalah pun perkataan di atas, dan perkara ini perlu juga diselidiki. Sebab saya lihat anda ambil pun sikit-sikit penyataannya.

Kemudian perkataannya atas dasar apa dan ditujukan kepada siapa ?

ibnu haj tak macam dr asri - membodohkan ulamak silam bahkan sahabat pun kena tempiasnya.

Boleh anda berikan perkataan keseluruhan dalam kitab ini ? Mungkin untuk dikoreksi oleh sahabat yang lebih arif lagi ?

JomFikir said...

tetapi kalo di nusantara anda adalah wahabi......mazhab nusantara menetapkan mana² amalan yang bercanggah dengan amalan mazhab nusantara adalah wahabi....sebagai contoh seseorang itu berzikir selepas solat secara sirr (perlahan) maka dia adalah wahabi walaupun hakikatnya dia adalah bermazhab syafie dan mengikuti cara2 mazhab syafie yang mengajarkan zikir selepas solat adalah secara sirr (perlahan)....

itulah kaedah mazhab nusantara dalam menetapkan sesuatu fakta....mudah,pantas dan tuntas....tidak perlu kepada pencarian hujah,fakta dan dalil yang tulen....

------------

Anda tak bawa bukti yang diminta, kemudian bawak lagi tuduhan.

Kalau anda 'rajin' selusuri artikel dalam blog nih di ruangan komen, tentang wahhabi dan siapa mereka dah banyak direspon.

Jika anda rajinlah. Tapi nampaknya anda bukak isu lain.

Kalau anda hidup sebelum datangnya fahaman wahhabi. Memang takda masalah pun orang yang nak baca atau tidak baca qunut. yang tak doa lepas solat pun atau berzikir berjemaah pun takda masalah. Nak bertahlil, tak buat tahlil. Nak baca yasin, yang tak baca yasin. Takda isu apa-apa pun.

Wahhabi sudah disebutkan ciri-cirinya. Nak rajin sila selusuri.

Dan sudah banyak dijawab. Kecuali memang anda suka masuk blog dan terus beri respon tanpa selidik dahulu. Itu tak dapat nak ditolong jika memang fikrah memang begitu.

Walahua'lam.

Visit Bil.