Sahibus Samahah Prof Dr Syeikh Ali Jumuah : Antara ulamak kontemporari yang lantang mengkritik Wahhabiy
Isu Wahhabiy bukanlah isu picisan khilafiyyah. Sebaliknya merupakan isu global umat Islam. Semenjak kemunculan kontroversi fahaman Wahhabiy, ulamak sentiasa menampilkan hujjah bagi menjelaskan bahaya fahaman ini. Samada melibatkan akidah, syariah mahupun keselamatan negeri. Antara ulamak besar nusantara yang mengkritik fahaman Wahhabiy ialah Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani menerusi kitabnya Hadiqatu al-Azhar wa ar-Rayahin’. Beliau merupakan seorang yang alim, faqih, arifbillah lagi terkenal di dunia Melayu dan Islam, menguasai pelbagai bidang ilmu, mempunyai murid-murid yang tersohor (Tok Kenali dan lain2) dan bergurukan ulamak2 besar yang muktabar.
Beliau menjelaskan : "Dan setengah daripadanya fitnah taifah (puak) Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga memerintah (menguasai) mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i’tiqad yang mudarat (tajsim : mengkhayalkan Dzat Allah SWT).”
Beliau mengulas tentang Muhammad Abdul Wahhab (MAW)dengan katanya : “Dan adalah yang menghantar [penganjur] mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan dia, Muhammad anak Abdul Wahab dan asalnya daripada masyriq [timur: Najd] daripada Bani Tamim. Dan adalah permulaan pekerjaannya bahawa ia setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu di negeri Madinah al-Munawwarah ‘ala sahibiha afdalu as-salati wa as-salam.”
Katanya : “Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh (Syeikh Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Musyarraf) demikian lagi saudaranya (Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab). Dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekelian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawasanya lagi akan jadi daripadanya (MAW) sesat dan menyesat dan zaigh (menyeleweng) dan ilhad (tiada pedoman agama) dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya (Muhamad Abdul Wahhab) dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah (agama). Maka adalah mereka itu menakutkan (menyebabkan orang takut) akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.”
Katanya lagi : “Maka meringkah ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama (ulamak mujtahid) dan menyesat ia (menghukum sesat)akan segala yang jahilin (org awam) dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya (pemikirannya)daripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan kubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW (dgn lafaz sayyidina) dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasanya (Muhammad Abdul Wahhab) mendakwa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu. Dan (konon)Dialah yang membaharukan (melakukan tajdid) bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat (ulasan) dan beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal (bebal). Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian (risalahnya) itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka (awam) itu akan dia (MAW).”
Karamah Imam Nawawi
-
Imam Muhyiddin an-Nawawi (631H - 676H) *radhiyaAllahu `anhu *adalah seorang
ulama besar lagi wali, bahkan quthubnya para wali yang telah dizahirkan
Allah ...
1 week ago
19 comments:
Baru-baru ini UIA meraikan kedatangan tokoh ilmuwan terkenal ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Muhsin al-Turki , Setiausaha Agung, Muslim World League dalam International Conference on Jurisprudence of Minorities in the Light of Maqasid al-Shariah.
Tokoh ini dalam tulisannya Mujmal I’tikad Aimmah al-Salaf memuji akidah dan perjuangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, antaranya beliau menyebut: “Berterusanlah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab menyeru kepada akidah yang bersih dan bersinar. Dengan tauhid, beliau menentang syirik, dengan ilmu beliau menentang khurafat” (m.s. 105, Beirut: Muasasah al-Risalah).
Lain pula kata saudara kandung Shiekh Muhammad bin Abdul Wahhab ya..
Jauhari juga yang mengenal manikam
Sekalipun saya bukan pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, saya tetap tidak akan mengizinkan beliau dicerca, dikafirkan dan dihina. Apatahlagi, kesannya besar. Mereka yang membangkitkan isu kafir dan sesat wahabi ini akan mengheret Negara Arab Saudi secara khusus dan beberapa negara Arab lain sebagai sesat dan mungkin kafir. Mereka ini ada agenda yang tersendiri, yang berpusat di Lubnan dan ada agen-agennya sudah sampai ke negara ini. Rancangan menghidupkan kafir mengkafir sesama umat.
Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: « Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab di Semenanjung Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah).
Jangan dorang ckp yusof qardawhi wahabi jugak lah.
Lain pendapat jer wahabi.
Seorang lagi tokoh fekah yang terkenal di zaman ini, yang banyak pandangannya dirujuk, Dr Wahhab al-Zuhaili menyebut : “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung
(maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85)
, bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).
Ustaz Zamihan, adakah zikir kamu setiap hari ialah pada mengumpul dan mempopularkan cacat cela si mati yang tulang di dalam bumi?
Dah banyak sangat kah pahala kamu?
"Ustaz Zamihan, adakah zikir kamu setiap hari ialah pada mengumpul dan mempopularkan cacat cela si mati yang tulang di dalam bumi?
Dah banyak sangat kah pahala kamu?"
salam. weh, ko tau tak? si zamihan ni mmg ahli kharafi. dia ni kalau 1 hari tak ngata kat org tak boleh duduk. mcm iblis bertopengkan syaitan.
(p/s: nt mesti puak2 bodo ni ckap kita wahabiy!.. ahahaha biarkan...)
salam. weh, ko tau tak? si zamihan ni mmg ahli kharafi. dia ni kalau 1 hari tak ngata kat org tak boleh duduk. mcm [b]iblis bertopengkan syaitan[/b].
(p/s: nt mesti puak2 bodo ni ckap kita wahabiy!.. ahahaha biarkan...)
aik...iblis bertopengkan syaitan?kan ke syaitan itu anak iblis.
kitorang memang bodoh sebab tu kitorang selalu amalkan zikir lepas solat,doa qunut,baca Quran surah Yaasin,tahlil dan sebagainya.sebab kitorang nnti kan masuk neraka sebagaimana wahabi selalu laungkan.korang puak wahabi dah kompom masuk syurga jadi tak payah la kan jadi bodo macam kitorang...
ok...?
salam...
kali ni si arsenalezz ni berjaya buat saya senyum (senyum yg tidak bahagia)..
suka benar dia ni bodohkn orang..
tak bidaah ke membodohkan orang ni?! sunnah ke? Rasulullah SAW ajar ke? zaman Nabi memang ada golongan mcm arsenalezz ni.. golongan jahiliyyah..
cakap dah sama mcm orang2 jahiliyyah.. (jenis yg mengejek2 sahabat2 Rasulullah sewaktu sahabat2 Rasulullah melewati tempat mereka melepak dengan kata2 bodoh,dungu,gila dsb yg tdk beradab.)
kami ni memang bodoh.. pengikut2 Rasulullah dulu pun ramai kalangan orang2 bodoh seperti kami, kerana itu orang2 bodoh ni berlapang dada utk belajar dan mengamalkan perkara2 yg kamu kata bodoh bidaah tu supaya kami dapat jadi bijak..
bukan mcm orang2 jahiliyyah tu yg bijak2 sehingga mereka tertutup akal dan hati dari menerima kebenaran yang Rasulullah SAW bawakan..
maaf.. saya agak berkasar kali ini.
bila peringatan dengan nasihat yang baik dan halus tidak dipeduli, orang2 jahiliyyah ni sesekali perlukan sedikit kekerasan.
hati bila tidak dipenuhi zikrullah.. tidak diisi dengan ALLAH.. maka, fitnah, tohmahan, buruk sangka, amarah, dan banyak sifat2 mazmumah menguasai diri.
kata laillahaillah, berapa kali kamu menyebutnya sehari?
kata cintakan Nabi, berapa kali kamu selawat keatasnya?!
kata kamu ikut sunnah Nabi, berapa kali bagi salam dan pada saudara2 kamu dan doakan mereka setiap hari?!
jika belum lagi setiap darinya, maka tak payahlah kamu nak berdebat dengan kami di sini.
wsalam
Sabarlah tuan-tuan, kita terangkan sahaja dengan ilmu dan hujjah. Biar orang nilaikan siapakah mereka yang menjadi pendokong wahhabi, anak murid Dr Asri ini.
Nazmi said...
Sekalipun saya bukan pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, saya tetap tidak akan mengizinkan beliau dicerca, dikafirkan dan dihina. Apatahlagi, kesannya besar. Mereka yang membangkitkan isu kafir dan sesat wahabi ini akan mengheret Negara Arab Saudi secara khusus dan beberapa negara Arab lain sebagai sesat dan mungkin kafir. Mereka ini ada agenda yang tersendiri, yang berpusat di Lubnan dan ada agen-agennya sudah sampai ke negara ini. Rancangan menghidupkan kafir mengkafir sesama umat.
-----------------------------------
HABIS YG WAHABI DOK MENGKAFIR,MENBIDAAH & MENYESATKAN UMAT DLM PERKARA KHILAFIYAH TU APA AGENDANYA?...DARI MULA FAHAM WAHABI NI MASUK KEMALAYSIA, APE ISU APA YG DIBAWA OLEH DIORG?..SOLAT TERAWIH 8 RAKAAT, BIDAAH TAHLIL, KUFUR TAWASSUL, BIDAAHKAN SALAM LPS SOLAT..BIDAAH..SESAT..BIDAAH..SESAT..TU JE YG DIORG TAU...X KE NI LER KEPALA KPD PERPECAHAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA & DUNIA ISLAM NI?
WAHABI NI MMG MCM TU...SBB TU FAHAM NI MMG AMAT MERBAHAYA KAN UMAT...APABILA MEREKA TAK DPT BERHUJAH..MEREKA AKAN MEMBODOH & MENCELA ORANG DGN KATA2 YG KESAT..JD TERSERLAH 'AKHLAK' SEBENAR PARA PENGIKUT MEREKA YG KONONYA MENGAKU BERJUANG MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W...KLU TOK GURUNYA KENCING BERDIRI, ANK MURID MESTI KENCING BERLARI...
Mana ada kenyataan sokongan dari Qaradawi atau Wahbah atau Abd Allah?
Mereka hanya menyatakan modus operandi Sheikh Wahab je (baca la baik2).
Ana tak terkejut dgn perangai geng2 Wahab ni..
Ana dah lama faham perangai khawarij diaorang akibat akhlak rosak kerana berbidaah dalam berdakwah(tak de sifat fatanah Nabi saw).
Dr Asri mengaku sarjana, tapi tulisan dia dalam Mingguan Malaysia tidak pula menunjukkan kesarjanaannya, begitu juga dengan tulisan penyokong-penyokong dia dalam ruangan komen di sini. Dr Asri dan anak buahnya hanya berhujah dengan tiga orang tokoh (dalam tulisannya di Mingguan Malaysia) iaitu Abdullah Bin Abd Muhsin,Dr Yusuf Al-Qardhawi dan Dr Wahbah Az-Zuhaili bagi menunjukkan perjuangan Muhammad Abd Wahab adalah benar. Soalan yang saya hendak timbulkan di sini kepada Dr Asri dan anak-anak buahnya ialah:
a) Kenyataan ketiga-tiga tokoh tersebut bercanggah dengan kenyataan ulama-ulama yang hidup sezaman ataupun yang hampir masanya dengan Muhammad Abd Wahab (spt Syaikh Zaini Dahlan, Ibnu Humaid Al-Hanbali, Syaikh Sulaiman Abd Wahab dll) yang mana mereka menyifatkan Muhammad Abd Wahab sebagai orang yang membawa ajaran yang menyeleweng daripada ahli sunnah wal jamaah. Jadi mengapa Dr Asri dan anak-anak buahnya mengabaikan pendedahan yang dibuat oleh ulama-ulama silam sedangkan mereka lebih mengenali Muhammad Abd Wahab berbanding dengan Abdullah Abd Muhsin, Al-Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili?! Kenyataan daripada orang yang hidup sezaman dan yang hampir masanya dengan Muhammad Abd Wahab sepatutnya lebih utama untuk dijadikan hujah daripada orang yang hidup selepas zaman Muhammad Abd Wahab, bukan begitu Dr Asri dan sekutu-sekutunya?
b)Jawapan Dr Asri terhadap persoalan yang saya timbulkan di atas mudah sahaja, biasanya beliau akan mengatakan begini: "Mereka yang hidup sezaman dengan Muhammad Abd Wahab merasa dengki dan iri hati dengan dakwah pembaharuan yang dibawa oleh Muhammad Abd Wahab kerana bimbangkan pengaruh dan kedudukan mereka tergugat" (Dr Asri akan beri contoh beberapa ulama silam seperti Imam Al-Bukhari yang difitnah oleh beberapa ulama zamannya-kononnya nasib Muhammad Abd Wahab sama seperti nasib yang menimpa Imam Al-Bukhari). Jika Dr Asri boleh bersangka buruk dengan ulama silam yang tidak bersetuju dengan Muhammad Abd Wahab, adakah beliau izinkan saya untuk 'bersangka buruk' dengan ketiga-tiga tokoh tersebut (Abdullah Abd Muhsin, Al-Qardawi, Wahbah Az-Zuhaili) apabila saya mengatakan: "Ketiga-tiga tokoh tersebut telah dibayar oleh kerajaan Saudi supaya memuji Muhammad Abd Wahab!"- saya yakin beliau tidak akan dapat menerima hujah yang sebegini, beliau akan kata ini adalah satu fitnah, ini hujah yang tidak menunjukkan kesarjanaan..!
c) Adakah Dr Asri tahu maksud fitnah? Dalam bahasa yang mudah, fitnah ialah kita sandarkan kepada seseorang perkara buruk yang dia tidak melakukannya. Dr Asri sering menuduh ulama silam memfitnah Muhammad Abd Wahab. Namun apabila kita teliti apa yag diperkatakan oleh ulama silam tentang Muhammad Abd Wahab dan kita bandingkan dengan apa yang tertulis di dalam buku beliau dan para pengikutnya, maka kita akan dapati apa yang diperkatakan oleh ulama silam tentang beliau adalah benar (seperti mengharamkan tawassul, menghukum bid'ah kerhadap perkara khilafiah, akidah tajsim dan sebagainya), jadi dimanakah FITNAH seperti yang didakwa oleh Dr Asri tersebut? Tidakkah ini bermakna Dr Asri hendak menegakkan benang yang basah? Inikah sikap seorang sarjana? Inikah sikap seorang mufti yang mahukan kebenaran? Inikah sikap seorang pendokong sunnah yang lebih suka mempercayai orang yang dipertikaikan kredibilitinya daripada mempercayai para ulama yang masyhur dan terkenal dengan keilmuannya di dunia Islam? Enta fikirlah sendirii!!
Juru komen kat bawah ini adalah wahabi jahil. Mereka melihat org hanya berpandukan kemasyuran sahaja bukan kerana ilmu seseorang dan hujah. Mereka hanya hendak ikut nafsunya sahaja:
-Nazmi
-The Stranger
-Mat penang
-Arsenalezz
Berbeza pendapat dan pandangan lalu aku ditudoh wahabi.
Suke benar label orang.
Penyebar sunnah yg benar tidak akan melabel org bukan2.
salam kepada pelayar2 blog ini.
ilmu dan hidayah milik mutlak Allah Jalla waala.
hasil pemerhatian saya di setiap ruangan blog ini seperti berikut:
1) tiada sebarang ilmu yang dicurahkan disini, ianya lebih kepada membongkarkan keaiban kaum lain.
2) Tuduhan yang agak melampau terhadap kaum yg tidak sefahaman terus dihentam terutaman isu lapuk wahabi.
3) Penulis langsung tidak menjelaskan siapa wahabi, apa itu wahabi dan kenapa wahabi bahaya, adakah wahabi ini pembawa fahaman wahabi?
4) Saudara Zamihan, sepatutnya lebih berkenalan dengan sejarah dan sunnah, kerana sesuatu hadis itu/riwayat itu bersebab, demikian juga peristiwa dizaman syeikh mohamad bin abdul wahab mungkin bersebab.
5) disuatu ruang lagi, blog ini turut menghentam TG nik aziz/hadi. apakah ini ilmiah baik/dakyah.
6) yang mana satu apabila bertembung, menyusahkan umat dan memudahkan umat perlu kita utamakan. selagi mana "mudah" itu tidak terbabas dari tali Allah, apakah ia perlu dihukum sesat??
7) tauhid 3 serangkai yang agak sinis ayatnya tertulis disini, apakah memang ter"""tulis atau plan nak menulis? apakah benar ibn taimiyah itu sesat, sehinggakan puluhan ribu university menerima pakai tauhid ini.
8) bermuhasabahlah....
Assalamu'alaikum,
Kepada saudara Rosly,
Maaf cakap ya, saya nampak anda ini 'MALAS'membaca sebenarnya. MUNGKIN gamaknya membaca sikit-sikit dan kemudian terus buat kesimpulan singkat.
Soalan anda :
1. Penulis langsung tidak menjelaskan siapa wahabi, apa itu wahabi dan kenapa wahabi bahaya, adakah wahabi ini pembawa fahaman wahabi?
Jawapan
Ia sudah dijawab. Anda sendiri perlu lebih RAJIN, tetapi malanglah sekiranya apabila ada kecenderungan lain iaitu memang dalam fikiran anda sudah menolak awal-awal penerangan dalam blog ini. (yang ini memang tak dapat ditolong juga).
Soalan anda :
1) tiada sebarang ilmu yang dicurahkan disini, ianya lebih kepada membongkarkan keaiban kaum lain.
Jawapan
Jika anda merasakan tiada ilmu, itu juga satu pembohongan. Banyak ilmu dan pendedahan, kefahaman dan penjelasan yang diberikan.
Ada dijelaskan tentang Fenomena Istiwa Matahari di Kaabah,
Kecuali memang ada yang benar-benar terasa dengan pendedahan tersebut lalu ia dipanggil sebagai AIB - semata-mata untuk menolak terus blog ini.
Di blog ini ada menyentuh tentang ajaran sesat, ada menyentuh tentang ajaran Islam Liberal, ajaran sesat Rasul Kahar. Adakah ini dipanggil aib oleh anda Rosly ? Atau sebenarnya perkara yang amat penting untuk menjaga aqidah umat Islam ? Dan banyak lagi ilmu yang telah diberikan oleh Ustaz Zamihan.
Pernyataan anda :
disuatu ruang lagi, blog ini turut menghentam TG nik aziz/hadi. apakah ini ilmiah baik/dakyah.
Jawapan :
Bahagian mana yang menghentam Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi ? Bawak pertuduhan tapi tiada diberikan bukti. Ini minda ilmiyyah ke namanya ? Ada manfaat ? Nak berikan komen pun biarlah berilmiyyah juga.
Pernyataan anda :
Saudara Zamihan, sepatutnya lebih berkenalan dengan sejarah dan sunnah, kerana sesuatu hadis itu/riwayat itu bersebab, demikian juga peristiwa dizaman syeikh mohamad bin abdul wahab mungkin bersebab.
Jawapan :
Mengapa tidak juga memandang kepada ulamak yang hidup sezaman Muhammad Bin Abdul Wahhab yang menolak Wahhabi sebagai bersebab juga ? Penilaian yang adil bagi anda sebenarnya bagaimana ? Terus menerima wahhabi ? Yang baik sahaja tentang wahhabi ? Ketahuilah, jika wahhabi itu benar dan bagus - tentunya ramai ulamak tidak menolaknya. Bahkan tidak timbul isu penolakan terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab (pada zaman beliau MUNGKIN dah betul)tetapi bagaimana dengan pengikutnya yang lebih melampau ? Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri mengikut mazhab, menghormati ahlul bait, tidak pernah lagi memperlekehkan aliran asya'iroh/almaturidiyyah. Tetapi apa yang terjadi pada penyokong-penyokongnya Muhammad bin Abdul Wahhab. ?
Seterusnya - kita semua haruslah bermuhasabah, termasuklah diri anda sendiri, diri saya dan umat Islam keseluruhannya. Jangan ingat diri kita sudah suci dari dosa dan sudah betul belaka sehingga tiada apa yang perlu diperbetulkan.
Ikutlah majoriti Ulamak Islam lebih selamat. (ini ajakan sahaja).
Nasihat ikhlas -sebelum beri komen yang sembrono dan membuat pertuduhan yang sebenarnya membuka 'aib' diri sendiri, bukankah lebih baik anda menyelidik dan membaca habis terlebih dahulu.
Saya tidak tahu apa tujuan anda memberi komen yang semuanya negatif ini. Semoga terbukalah mata hati dan minda.
Post a Comment