Friday, November 20, 2009

Budaya Ilmu Kini - Jahil Dalam Disiplin Ilmu

Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief - bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid - mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid'ah sesat?

*************************************************************************************

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Saya teringat kisah imam syafi'e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya - Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie :

'Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.'


Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha' karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.


Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.


Begitulah - sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi - anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi'eyyah karangan al Subki.

SubhanaLLah - mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :
Maksudnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".


Daripada Abu Hurairah dia berkata:


“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".
(Riwayat al Bukhari)

Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.

Sumber rujukan : Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah, K.H AbduLlah Zakiy Al-Kaaf,Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syariat Islam.

Sumber : Http://JomFaham.Blogspot.Com

127 comments:

mohd said...

A'kum,

Ini satu penyakit kronik sesetengah golongan agama nenek moyang yang pantang ada orang berikan pendapat berbeza.

Bilal bin Rabah (R), an Abyssinian, walaupun hanya seorang hamba abdi tetapi disiplin ilmunya lagi tinggi dari semua orang bercakap di sini.

Semata-mata hendak mempertahankan status quo, 'Wahabi' bukan saja dituduh kpd mantan mufti, tetapi juga kpd tokoh pembaharuan sebelum ini. Za’aba pernah dituduh, Prof Hamka juga dituduh dan dalam buku Ayahku, Hamka menceritakan hal ini. Dalam Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, Hamka ceritakan tuduhan seperti ini dan menjawab kes suka menuduh orang Wahabi kerana berbeza beberapa amalan.

tuduhan 'wahabi' adalah siaran ulangan & senjata geng mazhab nenek moyang sejak dulu.

Nampaknya peristiwa zaman dulu semasa pertembungan 'kaum muda vs kaum tua' berulang semula yg mana ada percubaan nak menjadikan agama hak ekslusif golongan Ulama Tradisional.

Dan nampaknya generasi akan datang akan melihat pertembungan yg berlaku sekarang sebagai Kaum Tua menuduh Kaum Muda as 'Wahabi' semata2 tak selesa dgn pembaharuan pemikiran.

Hamba Allah. said...

Salam, teringat kepada ceramah Syeikh Fuad al-Maliki di mana al-Imam as-Syafie mempelajari bahasa Arab di pendalaman untuk memfasihkan kefahaman bahasa tersebut.Malah kata Syeikh Fuad, kalau setakat dapat Phd daripada UIA, kemudian nak menganggap diri sebagai mushtahid mutlak, tak payahlah.Ulama-ulama dahulu, dengan satu dalil boleh mengeluarkan sejuta hukun, namun golongan sarjana hari ini, sejuta dalil pun belum layak lagi nak mengeluarkan satu hukum.Jangan kita mendabik dada dan meletakkan diri kita di tempat yang bukan haknya.Malah kata Syeikh Fuad lagi,kalau ia pun hebat sarjana hari ini, mana dia amal-amal mereka kalau nak dibandingkan dengan Imam yang empat.Jangan kita tertipu dengan sarjana hari ini yang berceramah itu bida'ah, ini bida'ah dan sebagainya.Ditambah lagi kata Syeikh Fuad, golongan sarjana yang tak faham ilmu fiqh dah mendabik dada nak jadi Mufti.Syeikh Fuad bertanya kepada Mufti yg sering membida'ahkan amalan umat islam, berapa banyak hadis yg dia hafal, Quran hafal tak, suruh Tuan Mufti tersebut baca 14 qiraat, sedangkan Imam Ahmad bila ditanya, berapa jumlah hadiskah yg perlu dihafal oleh seseorang yg nak jadi Mufti?Maka dijawab oleh Imam Ahmad, sekurang2nya 400 ribu hadis, malah ada yg meriwayatkan 600 ribu hadis.Syeikh Fuad juga hairan dgn golongan yang tak faham-faham apa itu "Bida'ah", sedangkan orang kampung yg potong getah pun tahu permasalahan "Bida'ah".

mohd said...

hak ekslusif agama hanya utk mufti yg hafal 600 ribu hadis. mufti selangor hafal 600 ribu hadis ke?

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

menghafaz hadith 600 ribu pun belum tentu boleh berfatwa lagi.

Kalau ikut geng mazhab suka hati tak tahulah/wahhabi...

JomFikir said...

Abdullah bin Mubarak (seorang ulama' Hadis dari Khurasan) r.h.l. pernah berkata:

"Jika Allah s.w.t. tidak membantu saya dengan perantaraan Abu Hanifah dan Sufian (dua ulama' Fiqh), nescaya aku sama sahaja seperti orang awam (yang tidak memahami Hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) ".[1]



Sufian bin 'Uyainah r.h.l. pernah berkata:

"Orang yang pertama membantu saya dalam memahami hadis dan menjadikan saya seorang ahli Hadis ialah Imam Abu Hanifah (seorang ulama' fiqh)"[2]

[1] Kitab "Tibyiidh As-Shohafiyyah" m/s 16
[2] Kitab "Jawahir Al-Mudhiyah" jilid 1 m/s 31

Tetapi nak jadik ulamak ekspress boleh, ambik mana suka ikut suka hati.

Sebab tuh ulamak mujtahid dah susun kaedah-kaedah usul feqh bagaimana nak mengeluarkan hukum.

Belajar takda disiplin ilmu, punah la agama. Sesat dan kemudian menyesatkan umat Islam yang lain.

mohd said...

JomFikir said...

menghafaz hadith 600 ribu pun belum tentu boleh berfatwa lagi.

+++++++++++++++++++++++

boleh tolong bagitau nama ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yg hafal 600 ribu hadith?

JomFikir said...

Golongan yang katanya TAJDID ini sebenarnya hendak tajdidkan apa ya ?

Kalau hendak dikata pembaharuan taknampak pembaharuan apa yang dibawa.. Jika nak kata mereka sahaja pegang al Quran dan Hadith... Lagi baguih mazhab nenek moyang sebab ikut al Quran dan Hadith serta IJMAK ULAMAK. Dari dahulu sampai kini sudah ijmak umat Islam mengikut mazhab.

Jika nak kata golongan TAJDID bawa fahaman salafussoleh.. taknampak juga... ada la sikit-sikit. Tetapi fahaman salafussoleh yang ditebuk-tebuk. Soal hukum serah pada golongan TAJDID LAPUK ini. Balik-balik perkara furuk, dah macam takda perkara lain nak dibincangkan. Sungguh membuang masa.

Jika nak kata golongan TAJDID bagus ? Bila lihat.. adab pun fail. Dengarnya di al kulliyah penggerak tajdid bukan main hentam mazhab syafie, kemudian menjerit-jerit mantan Menteri Besar Perlis seperti MALUNYA sudah hilang. Ambil al Quran dan hadith sikit-sikit..

JomFikir said...

nampaknya ahli majlis fatwa kebangsaan semuanya tak layak sebab belum hafal 600 ribu hadith. kelakar la hangpa semua. nak temberang tu biarlah cerdik sikit.
--------

Sebab itulah saya rasa anda ini bebal. Dah tentulah ahli majlis fatwa kebangsaan ini merujuk kepada kitab-kitab rujukan ulamak yang muktabar dalam mazhab syafie.. Anda mungkin dah selidik habis ahli fatwa kebangsaan itu ada tak yang dah habis hafaz 600 ribu hadith..

Kalau setakat suka buat penuduhan seperti Dr Asri tu secara umum. Dah namanya guru borek, anak muridnya pun rintik. Jenis pemalas mengkaji dan suka menuduh.

mohd said...

JomFikir said...
Anda mungkin dah selidik habis ahli fatwa kebangsaan itu ada tak yang dah habis hafaz 600 ribu hadith..

++++++++++++++++++++++++++++

sapa dia ahli majlis fatwa kebangsaan yg hafaz 600 ribu hadith tu? bagi la nama. jgn asyik nak temberang saja. hangpa sendiri yg claim klu tak hafaz 600 ribu hadith tak layak jadi mufti. habis la semua mufti di Msia ni tak layak nampaknya.

wali keramat said...

Budaya Ilmu Kini - Jahil Dalam Disiplin Ilmu. Tajuk ini sesuai dilontarkan kepada Mohd yg tak faham2 apa yg diperbincangkan.Mohd ini mengkritik golongan agama nenek moyang yg dah beratus tahun beramal mengikut acuan ulama muktabar, namun disesat, dibidaahkan oleh Wahabi termasuklah Mohd sendiri.
Nak tanya beliau sikit.Bagaimana amalan moyang,datuk, nenek, bapak, mak beliau?kalau ikut cara Ahli Sunnah dengan berlapang dada dan tak menghukumkan bidaah maka kesian kepada kaum keluarga Mohd yg terdahulu.
Mohd pertikaikan apa yg dikatakan oleh Imam Ahmad dan nak minta pula nyatakan nama ahli majlis fatwa yg hafal 600 ribu hadis.Kalau ada di antara mereka yg hafal, mereka tidaklah mendabik dada seperti Asri, dan kalau mereka tak hafal pun, mereka tak adalah suka2 nak menghukumkan seseorang dengan perkataan syirik, bidaah dan sebagainya.Inilah susahnya bila behujah dengan Mohd yg langsung tak ada ilmu dlm pemahaman mengeluarkan hukum.Semakin banyak yg ditulis oleh Mohd, semakin terserlah kejahilan ilmunya.Agaknya beliau ini belajar agama cuma dari internet ataupun buku2 Wahabi tanpa ada gurunya, maka sebab itulah komennya langsung tak ada nilai sebagai seorang yg berilmu.

wali keramat said...

Mohd menulis:Anda lagi bebal tak boleh diajar. Habis tu larangan tahlil aruah tu bukan ke dirujuk dari kitab nukilan imam as-syafie sendiri? barang siapa yg mengamalkan mazhab as-syafie yg tulen pun pasti tak lepas dari tuduhan WAHABI oleh kaum tua.
Nampaknya Mohd ini tak faham sebab Mohd hanya ikut apa yg disampaikan oleh puak-puak Wahabi.Nak faham kandungan sesuatu kitab perlu ada guru yg bersanad.Larangan Imam as-Syafie ke atas mereka yg meratap-ratap,menangis keterlaluan sehingga tidak meredhakan kematian.Ini berlaku pada zamannya.Begitu juga dgn larangan menziarahi kubur pada mulanya oleh Rasululllah sehinggalah tiadalah perkara2 kurafat berlaku, maka Rasulullah mengizinkan ziarah kubur.Tahlil arwah adanya (1)ucapan Salam,(2)adanya jamuan makan dan (3)adanya hubungan Silaturrahim.Ketiga2 perkara ini disebut oleh Rasulullah sewaktu Baginda mula2 menjejakkan kaki ke Kota Madinah.Maka acara bertahlil ini adalah satu majlis zikir yg disukai oleh para Malaikat.Kalau tak faham tanya, jangan ikut semborono aja guru2 Wahabi.Carilah guru betul2, kesian tengok Mohd ni.

mohd said...

Bila penggerak tajdid membincangkan kekarutan amalan nusantara BERZANJI lalu terus golongan nenek moyang ni terasa hati. Dgn segera penggerak tajdid diwahabikan tanpa soal jawab atau bertanya lagi. Pendek kata apa saja amalan nenek moyang nusantara tak boleh ditegur.

wali keramat said...

salam, Ust Zamihan.Anak murid siapa Mohd,Farhan dengan Jom_Pikiaq2 tu.Bukannya apa, nak kata jahil dalam disiplin ilmu rasanya tidak sebab depa ni semua hujah langsung tak ada ilmu.Ini bukannya jahil, tapi bengap tak boleh diajar.Tapi apa boleh buat, ulama muktabar punya hujah pun diaorang tolak, inikan kita yg masih lagi belajar dan terus belajar.

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum,

Siapakah MOHD ini ya. Sudah diajar dengan cara yang benar dan betul pun tidak masuk dalam hatinya.

Kasihan melihatnya

ibnuadnan said...

mohd ni nak salahkn datuk nenek moyang dia yg kt dlm kuboq ka? kesiannya dpt cucu cicit lagu hang ni mohd..camnilah prangai wahabisme yg suka menyalahkan org dan menimbulkan pecah belah

Pencinta Ilmu said...

Assalamu alaikum wrt. En. Mohd..apa cerita ni..Emosional nampak? jom pi jomfaham.blogspot.com.

mohd said...

wali keramat said...
tajuk ni kene tukar "org jahil yang cube mendisplinkan ilmu"
++++++++++++++++++++++++

sy setuju sgt. mrk dakwa disiplin ilmu mrk cukup hebat. ttp bila didatangkan hujah yg lebih kuat mrk konar ke sana, konar ke mari utk menegakkan benang yg basah.

mrk marah krn pendokong tajdid di Msia berdiskusi tentang amalan nenek moyang mrk yg tiada sandaran nas sahih (atau menyeleweng) spt berzanji, marhaban, bubur asyura 10 muharam, tahlil aruah, air yassin. mrk tahu hujah mrk lemah, ttp mrk pejamkan mata krn mpertahankan kepercayaan nenek moyang adalah lebih utama.

mohd said...

Azzikraa said...
Siapakah MOHD ini ya. Sudah diajar dengan cara yang benar dan betul pun tidak masuk dalam hatinya.
++++++++++++++++++++++
salam saudara Azzikraa, bila diberitahu apa yg terkandung dlm ajaran asal imam as-syafie pendokong amalan nenek moyang menolaknya mentah2. kasihan mrk. mrk mengaku as-syafie tulen, ttp mrk menutupkan telinga thadap apa yg as-syafie beritahu mrk.

mohd said...
This comment has been removed by the author.
mohd said...

(Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).
Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya..
Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu.

mohd said...

cuba kaji manhaj Ahbash & cuba bandingkan dgn pendekatan tradisonalist nusantara. saya sama sekali tdk menuduh golongan tradisonalist nusantara sbg Ahbash. ttp saya sangat sedih klu pendekatan anda semua menghampiri manhaj Ahbash.

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum,

Bila saya kaji pula sebenarnya penggerak tajdid inilah yang mendekati fahaman khawarij.

Sebab banyak pula hukuman-hukuman kafir, sesat dan syirik dijatuhkan kepada majoriti umat dan ulamak Islam.

Ada juga ayat al Quran yang sepatutnya untuk orang kafir musyrikin digunakan oleh penggerak tajdid ini untuk orang Islam yang beriman.

Yang mengaku mazhab syafie tulen adalah shahidan kassim iaitu dikhususkan untuk Perlis. Tetapi yang peliknya di situpun bila ada ulamak yang ingin mengajar kuliah agama. Beliau dihalang, diancam dengan tangkapan.

Jadi yang sebenarnya mengaku mazhab syafie tulen adalah shahidan kassim sendiri.

Dr Yusof al Qardhawi sendiri dihukum sesatkan oleh wahhabi salafi ? Bukankah Dr Yusof al qardhawi adalah ikhwanul muslimin ?

Cuba lihat apa kata ulamak wahhabi terhadap ikhwanul muslimin :

Di dalam artikel ini terdapat hukuman sesat oleh ulamak wahhabi salafi sendiri iaitu Bin Baz :

Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz: “Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”. (Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)

Mengenai ahbash, saya pun tidak tahu. Adakah kerana ahbash pun anti wahhabi maka hendak dikaitkan mereka yang ikut mazhab syafie sebagai ahbash juga. Bagi saya tuduhan itu sudah melampau.

Boleh saya tanya MOHD - Golongan tajdid inikah sahaja yang masuk syurga nanti ?

uranicade said...

huyooo..kuatnya hujah mohd ni.jadinya...masuk neraka ke baca yaasin malam jumaat,baca tahlil,kenduri arwah,berzanji dan sebagainya?pandai pula amik hujah Syeikh Yusof Qardawi tapi buat buta kayu tak nampak hujah beliau berkenaan wahabi ni kan

Sehingga, dalam satu khutbahnya, beliau menjawab tertuduhan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa beliau termasuk dari kalangan golongan Salafi Wahabi dengan katanya: “Ada yang mengatakan saya dari kalangan golongan “Salafiyah Takfiriyah (yang mengkafirkan orang sewenang-wenangnya). Saya ingin jelaskan bahawa, bagaimanalah saya dari kalangan mereka sedangkan mereka sendiri mengkafirkan saya? Saya tetap dengan pendirian saya yang menolak konsep takfir tersebut.” (rujuk dalam website beliau, mengenai khutbah tentang tsunami).

Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang bersifat sederhana (seperti gurunya Sheikh Muhammad Ghazali dan Ustaz Hasan Al-Banna), tidak mengkritik golongan Wahabi secara lantang. Namun, dalam banyak buku-buku karangan beliau, beliau turut menegur sikap golongan Wahabi tersebut dengan mengkritik sikap ta’asub dan jumud mereka dalam memahami syariat Islam.

Dalam buku karangan beliau ‘Ummatuna bainal Qornain’ (umat kita antara dua kurun), setelah menegaskan tentang kepentinga n bersatu, beliau berkata:

“Saya ingin menjelaskan kepada sesetengah golongan yang menyempitkan perkara-perkara khilaf sesempit-sempitnya, di mana mereka ingin mengangkat perselisihan dalam masalah cabang-cabang dalam aqidah dan cabang dalam syariat dari umat Islam, dan ingin menyatukan manusia dalam satu pendapat. Hakikatnya, agenda mereka merupakan suatu igauan, kerana menghilangkan perselisihan dalam umat Islam merupakan suatu yang mustahil, bahkan ianya tidak pernah dituntut oleh syariat untuk melakukannya (menggabungkan umat Islam dalam satu pendapat dalam setiap masalah).

uranicade said...

bila datangkan hujah tak mampu nak jawab mula kata tuduhan wahabi tu senjata ulangan pulak dah.siap label mazhab nenek moyang pula tu.eh...nenek moyang kamu pakat masuk neraka je la yer...

dah tak boleh nak jawab divert plak pakai taktik lain nak alihkan isu.dan kemudian sibuk pula nak tau suruh bagi nama sapa hafai 600 ribu hadis.yg persoalan akar ditanya takmau tengok saja membebaikan diri tanya balik soalan ranting.bila tak boleh nak jawab,pakai taktik tanya balik soalan dan kemudian suruh orang layan soalan dia dulu.

soalan orang lain dia takmau jawab dan kemudian dia sibuk suruh orang jawab soalan dia.tau la ko dan manhaj ko tu "kompom" masuk syurga.tak payah la nak bakhil tak beradab sangat.

Azzikraa said...

Jika hendak mengatakan bahawa traditionalist itu merujuk kepada al ashairah : Majoriti umat Islam adalah asya'iroh dan al maturidiyyah.

Bukankah penggerak tajdid selalu menggunakan perkataan, fatwa albani, sheikh soleh fauzan dan bin baz ?

apa kata mereka mengenai jemaah islam yang lain ? :

Dalam risalah : (Minal itsnain wa sab'iina Firqotan) tulisan syeikh bin baz, nasiruddin albani, soleh fauzan dan Sheikh Bakar Abu Zaid, terbitan Maktabah al Furqon 'Ajman 2001 halaman 14.

Di antara firqoh-firqoh yang sesat yang muncul masakini adalah :

1. Firqah hasan al Banna (al ikhwaniyyah)

2. Firqah Hasan at Turabi (at Turabiyyah)

3. Firqah Sayyid Qutub (al qutubiyyah)

4. Firqah Abdurrahman Abdul Khaliq (at Turatsiyyah)

5. Firqah Muhammad Ilyas (at Tablighiyyah)

6. Firqah Mahmud al Haddad (al Haddadiyyah)

7. Firqoh Muhammad Surur (as Sururiyyah)

8. Firqah al Habasyi (al Habasyiyah)

9. Firqah ahmad Yasin (al Hamasiyah)

10. Firqah-firqah yang lainnya samada yang telah mahupun yang akan ada.

Azzikraa said...

Cuba lihat pendekatan Dr Yusof al Qardhawi jika benar-benar kita suka mengambil beliau sebagai antara ulamak yang menjadi ikutan.

Di dalam bukunya yang bertajuk ‘Ummatuna bainal Qornain’, Dar As-Syuruq, m/s 223-227(umat kita antara dua kurun), setelah menegaskan tentang kepentinga bersatu, beliau berkata:



“Saya ingin menjelaskan kepada sesetengah golongan yang menyempitkan perkara-perkara khilaf sesempit-sempitnya, di mana mereka ingin mengangkat perselisihan dalam masalah cabang-cabang dalam aqidah dan cabang dalam syariat dari umat Islam, dan ingin menyatukan manusia dalam satu pendapat. Hakikatnya, agenda mereka merupakan suatu igauan, kerana menghilangkan perselisihan dalam umat Islam merupakan suatu yang mustahil, bahkan ianya tidak pernah dituntut oleh syariat untuk melakukannya (menggabungkan umat Islam dalam satu pendapat dalam setiap masalah).



“…Para sahabat sendiri berselisih pendapat, seperti dalam masalah solat Asar, pada hari perang Bani Quraidhah dan sebagainya, dan seterusnya, umat Islam terus berselisih pendapat…



“Perselisihan dalam ijtihad (pendapat dalam masalah syariah) merupakan suatu rahmat untuk umat.



“…Oleh yang demikian, orang yang mempunyai sesuatu pendapat, yang mana dia yakin dengan kebenaran pendapatnya, bersikap rendah diri, jauh dari tipu daya dan bangga dengan diri sendiri, kerana ia merupakan antara sebab-sebab kebinasaan yang membinasakan seseorang. Dia perlulah yakin bahawa, pendapatnya merupakan suatu kebenaran (di sisinya), namun ia tidaklah mashum (terpelihara dari kesalahan), kerana ianya masih pendapat seorang manusia biasa (bukan seorang Nabi), yang terdedah kepada kebenaran dan kesalahan.



“…Imam As-Syafi’e berkata: “Pendapatku benar, dan boleh jadi salah. Pendapat orang lain salah (di sisiku), dan boleh jadi benar (di sisi Allah s.w.t.).”



“...Saya mendengar ada yang bertanya: bagaimana pendapatku salah, sedangkan pendapatku berasaskan Hadis Rasulullah s.a.w., dan ia merupakan wahyu? Adakah wahyu boleh salah?”



“Saya menjawab kepada mereka: “ Hadis merupakan wahyu, tetapi kefahaman kamu tentang hadis tersebut bukan wahyu. Bahkan ianya (kefahaman kamu tersebut) merupakan pendapat, yang boleh jadi orang lain bercanggah dengan kefahamanmu tersebut, sepertimana ada antara para sahabat yang bercanggah dengan lafaz hadis dalam kisah Bani Quraidhah, dan mereka solat di pertengahan jalan, dan menurut Ibn Taimiyah, mereka adalah benar (dalam memahami hadis tersebut)…



“…Sesungguhnya, hendaklah kita berbaik sangka dengan orang lain, terutamanya sesama ahli dakwah, dan seboleh-bolehnya kita mentafsirkan sesuatu keadaan orang lain, dengan sebaik-baik kemungkinan dan tafsiran, dan sedaya-upaya mencari ruang untuk bersikap memaafkan sesama mereka, kerana orang yang beriman sentiasa memaafkan sesama insan dan bersikap berlapang dada (dalam keuzuran dan kesalahan seseorang), sedangkan orang yang munafiq sentiasa mencari keaiban seseorang…tidak boleh perselisihan pendapat yang dibolehkan dalam Islam, membawa kepada perpecahan yang dilarang oleh Islam”

mohd said...

nampaknya no komen langsung terhadap tulisan Qaradawi tentang akhlak mereka yg menyesatkan Ibn Taimiyyah dll ulama silam. kembalilah kita kpd perjuangan pemurnian akidah insyaAllah.

Azzikraa said...

Dr Yusof al Qardhawi juga mengajar mengenai fatwa. Cara dan kaedahnya serta disiplin ilmu yang perlu diikuti.

Contoh kitab beliau yang bagus :

Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.

mohd said...

pemurnian akidah bukan perkara kecil. hangpa semua tak sedih ke tengok org islam memakai tangkal, bertawassul dikubur, berzanji marhaban dgn lafaz yg menyesatkan, merekacipta & menambah2 cara ibadah2 yg takda sandaran nas yg sahih?

Azzikraa said...

MOHD - mungkin juga anda patut baca dari penggerak tajdid sendiri iaitu menghukum sesat kepada Ibnu Taimiyyah sendiri ini antara sebutannya :

Sesungguhnya orang-orang yang mentakwil ayat-ayat sifat, dia berada di dalam 4 kesesatan sekaligus, iaitu ta’wil, ta’thil, takyif dan tasybih.

Sedangkan ibnu taimiyyah sendiri mentakwil ayat mutasyabihat. contohnya :

Ketika menjelaskan firman Allah ta’ala –

كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ
Ertinya : Segala sesuatu pasti binasa kecuali wajahNya

(Surah al Qasas : 88).

Ibnu Taimiyyah berkata :

“Maksudnya adalah segala sesuatu itu binasa kecuali amal-amal dan selainnya yang dimaksudkan kerana Allah. Diriwayatkan dari Abil ‘Aliyah bahawa dia berkata: “kecuali sesuatu yang dimaksudkan kerana Allah. Dari Ja’far As Sadiq : “Kecuali agamaNya”. Makna dari 2 penafsiran ini sama.”

- Majmu’ al Fatawa II/427

Ibnu Taimiyyah juga berkata :

Maksud dari (وَجۡهَهُ) pada (– كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ) adalah al Haq. Dari Mujtahid: “Kecuali Dia”. Dari adh Dhahhaq “Segala sesuatu itu binasa kecuali Allah, syurga, neraka dan al Arsy”. Dari Ibnu Kisan : “Kecuali kerajaanNya”.

– Majmu’ Al Fatawa II/428.

Dalam jilid II/428 dan 429 Ibnu Taimiyyah berkata :

Firman Allah – كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ maksudnya adalah : (kecuali) agamaNya, iradahNya dan peribadatan kepadaNya.



Di dalam jilid II/434 ketika menjelaskan firman Allah :

كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧)

Ertinya : Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

(Surah ar Rahman : 26-27)

Ibnu Taimiyyah berkata :

"Sesungguhnya kekekalan wajah ALlah yang disifatkan dengan keagungan dan kemuliaan itu adalah "kekekalan zatNya".

Di dalam jilid VI/394 ketika menjelaskan firman ALlah :


يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٍ۬ (٤٢)

ertinya : Pada hari ketika betis disingkapkan

(surah al Qalam:42). Ibnu Taimiyyah berkata :

"Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan sekelompok lainnya bahawa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut adalah as syiddah (ketakutan). Kemudian dia berkata : "Dan tidak diragukan lagi bahawa zahir al Quran itu tidak menunjukkan bahawa dia itu sebagai bahagian ayat-ayat sifat kerana Allah berfirman : يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٍ۬ (٤٢) iaitu berbentuk nakirah dalam ithbat (bukan nafi) dan tidak diidhafahkan kepada ALlah sehingga tidak dikatakan عَن سَاقٍ۬ (betisnya). Kerana tidak dima'rifahkan dengan idhafah itulah maka ia tidak boleh dikategorikan sebahagian dari ayat-ayat sifat.

mohd said...

jgnlah kita mpertahankan adat resam semata2 krn ianya dah sebati dgn adat orang melayu zaman berzaman. bukan kita nak tolak semua adat melayu, tetapi kita nak perbetulkan mana2 yg tak betul. Baru tegur sikit dah melenting. Susah la nak berdiskusi mcm ni. Contohnya adat Berzanji & Marhaban perlu dibersihkan supaya menepati akidah insyaallah.

mohd said...

sori la sbb terpanggil saudara JomFikir sebagai 'bebal'. Sbb dia yg membebalkan saya terlebih dulu. sori ya. jgn amik hati. buang yg keruh ambil yg jernih.


KEPERCAYAAN NUR MUHAMMAD DI DLM BERZANJI

Dalam kitab berzanji disebutkan, (Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba’i, susunan Zulkifli Mat Isa, hal. 1, Jahabersa). Seterusnya disebutkan, “Maka sekalian para nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam. Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam dari zat-Nya dan alam seluruhnya dijadikan dari Nur Muhammad”.

Zamihan Mat Zain AL-GHARI said...
This comment has been removed by the author.
mohd said...

Azzikraa, bila masa pulak Dr Asri menyesatkan Ibn Taimiyyah?

mohd said...

Zamihan Mat Zain AL-GHARI said...
Saya lebih cenderung kepda "TIDAK MENTAKWIL" kan sifat zat Allah kerana lebih mengundang pemahaman yang berbagai2 sedangkan Allah itu suci dari segala sifat2 yg ditakwilkan oleh MAKHLUKNYA.
+++++++++++++++++++++=

saya pun setuju dgn pandangan ini. tak perlu takwil & tak perlu tanya terhadap zat & sifat Allah. Kerna sekuat mana pun akal kita takkan dpt menggambarkan zat & sifat Allah. So sbg makhluk yg lemah kita terima seadanya apa yg Allah sendiri sebut tentang sifat & zat DIA insyaallah.

Azzikraa said...

Saya mungkin lebih sedih. Selepas menkaji saya melihat rupa-rupanya penggerak tajdid inilah yang sudah meletakkan diri sebagai Tuhan, seolah-olah sudah ada jaminan diri mereka masuk syurga dan kemudian mengatakan diri mereka sahaja masuk ke syurga. Sejak bila ALlah beri jaminan kepada penggerak tajdid pasti akan masuk syurga ?

sebenarnya banyak jawapan yang saya lihat telah diberikan oleh sahabat-sahabat yang lain untuk menerangkan kepada MOHD, tetapi ditolak mentah-mentah.

Saudara MOHD tambah lagi dengan provokasi dan persoalan yang sudah dijawab berkali-kali.

MOHD sekarang membuka lagi isu perkara furuk. Tajdid apa sebenarnya ini ?

----------

pemurnian akidah bukan perkara kecil. hangpa semua tak sedih ke tengok org islam memakai tangkal, bertawassul dikubur, berzanji marhaban dgn lafaz yg menyesatkan, merekacipta & menambah2 cara ibadah2 yg takda sandaran nas yg sahih?

-------------

Jika anda jujur, hendakkah anda mengatakan para sahabat, salafussoleh menambah-nambah ibadah yang tiada sandaran dari nas yang sahih ?

1. Pakai tangkal itu ada perbahasannya, ada syarat-syaratnya dan dalam lingkungan khilafiyyah. Ada ulamak yang mengharamkan, dan ada yang membenarkan.

Jika belajar dengan disiplin ilmu yang benar. Tentu tidak berani mengeluarkan pendapat dengan memandai-mandai semata-mata. Dan perkara seperti ini sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk mengatakan diri sendiri sahaja yang benar sehingga memecah belahkan umat Islam.

Barzanji dan marhaban dengan lafaz menyesatkan ?

Anda sudah buat penuduhan lagi. Permasalahan tawassul itu sudah ada hujjahnya dari hadith soheh :

Para salafussoleh bertawassul di maqam RasuluLlah sendiri.

Diriwayatkan dari Malik Al Dar radiyaLlahu 'anhu, dia adalah bendahara Saidina Umar radiyaLlahu ;anhu, dia berkata :.... kekeringan (kemarau) teruk melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu . Lalu ada seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam dan berkata "Wahai rasuluLlah , mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita).....

(Riwayat Ibnu abi Syaibah, Mushannaf Ibnu abi Syaibah, vol 6 hlmn 356, dan Ibnul Abdil Barr. Al Isti'ab, vol 3, hlmn 1149)

Hadith ini sohih, dinyatakan sohih leh Al Hafiz Ibnu Hajar al asqolani dengan tegas dalam perkataannya.

aryna said...

erm, kita kena takwil sifat allah tu. kalau tak takwil macam mana budak2 nak faham?? nanti terbanyang2 pula "tangan, wajah, kerusi Allah". ape la korang ni..

p/s: eh, tauhid ni untuk budak2 jer ke? erm.. nanti nak pikir.. errrrr

Azzikraa said...

Hendak tahu mana Ustaz Zamihan yang benar dan mana Ustaz Zamihan yang palsu mudah sahaja.

1. telefon beliau sendiri sekarang di mana beliau berada.

2. bandingkan profile si penipu dengan profile ustaz zamihan yang sebenar.

Profile ustaz zamihan yang sebenar sudah dipaparkan sebanyak 6200 kali iaitu di muka hadapan blog ini. :

http://www.blogger.com/profile/07170806664539178035

Manakala profail si penipu lihat profilenya baru 55 kali dipaparkan :

http://www.blogger.com/profile/17868429323569154492

Yang baru komen di dalam ruangan komen ini adalah SI PENIPU. Na'uzubiLlah..

mohd said...

saudara Azzikraa,

saya cenderung kpd pdpt yg mengharamkan tangkal atas sbb2 keselamatan akidah. Biar kita ketat dlm berakidah, ttp tdk mempersulitkan dlm fekah. manakala berzanji & marhaban, yg dipertikaikan ialah lafaz2 yg bahaya spt Nur Muhammad dll.

Buang yg lafaz2 yg karut & ganti dgn lafaz2 yg elok kan ke lebih bagus. Masalahnya lirik asal berzanji/marhaban itu sudah dihafal sebati dgn jiwa org melayu hingga susah mrk nak mengubahnya. Tapi bgmnpun bak kata pepatah, di mana ada usaha, disitu ada jlnnya insyaallah.

mohd said...

Azzikraa said...
Hendak tahu mana Ustaz Zamihan yang benar dan mana Ustaz Zamihan yang palsu mudah sahaja.
+++++++++++++++++++++

sapa la punya kerja ni. saya pun tak setuju sapa2 masuk sini dgn menyamar jadi Zamihan. berdiskusilah dgn elok tanpa menyamar.

mohd said...

KEPERCAYAAN NUR MUHAMMAD DI DLM BERZANJI

Dalam kitab berzanji disebutkan, (Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba’i, susunan Zulkifli Mat Isa, hal. 1, Jahabersa). Seterusnya disebutkan, “Maka sekalian para nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam. Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam dari zat-Nya dan alam seluruhnya dijadikan dari Nur Muhammad”.

Azzikraa said...

Ramai sahaja para salafussoleh bahkan Imam Bukhari sendiri mentakwil ayat mutasyabihat:

Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu: bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…” (Syarah Sahih Muslim 6/36-37)

Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.: “Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya. (Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).

Telah diriwayatkan secara ma’thur bahawa tafsiran sebahagian salafus soleh, terhadap ayat “Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada” dengan makna, bersama makhluk dengan ilmuNya (bukan dengan zatNya).” (Fusulun fil Aqidah: 84).

Dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)

Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328)

Dalam hadis sahih Al-Bukhari di mana Rasulullah s.a.w. menyebut: “Yadhak Allah” (dalam bahasanya bermaksud: Allah telah ketawa), dan Imam Al-Bukhari menta’wilkannya dengan maksud: “Allah merahmati”. Beliau menta’wilkan ketawa dengan makna rahmat. (Fathul Bari 6/123-124)

Imam Mujahid r.a. menta’wilkan perkataan “janbi” (dalam maksud bahasa bererti pada sisi) Allah s.w.t., dalam ayat surah Az-Zumar ayat 56, dengan maksud: perintah Allah s.w.t.. (Tafsir At-Tabari 24/13).

Tafwidh bil makna dan takwil adalah dari salafussoleh juga. Jika menurut Dr Wahbah az Zuhaili, takwil itu lebih bijaksana. Tafwidh itu lebih selamat.

mohd said...

Azzikraa said...
Ramai sahaja para salafussoleh bahkan Imam Bukhari sendiri mentakwil ayat mutasyabihat:
++++++++++++++++++++++++++++

takda masalah. manakala mrk yg berpegang pdpt utk tdk mentakwil jgn pula mrk dikafirkan & disesatkan. mrk juga ada hujah mrk.

Azzikraa said...

Satu lagi penjenayah yang menggunakan nick orang lain untuk mengadu domba adalah yang guna nick Aryna :

Aryna yang tulen ini profailnya sudah dipapar sebanyak 1,200 kali :

http://www.blogger.com/profile/18276515932200361536

Dan empunya badan yang menjadi penipu menggunakan nick Aryna, paparan profailnya baru dipapar sebanyak 31 kali :

http://www.blogger.com/profile/13945441555216095034

Na'uzubillah.. jika sampai begitu permusuhan anda kepada mereka ini. Janganlah gunakan nick orang lain. Perbuatan ini tidak bertanggungjawab.

Saudara MOHD sekiranya tuan lebih cenderung kepada hukum haram kepada tangkap, mungkin itu terbaik buat saudara.

Bagi orang lain mungkin berlainan pula. Cuma eloklah diajar bagaimana untuk mengelakkan syirik kepada Allah apabila menggunakan tangkal tersebut.

Saya yakin, dalam kehidupan kita jika diperhatikan, banyak perkataan kita sendiri boleh membawa syirik tanpa disedari : Contohnya :

1. 'Dengan kereta inilah aku sampai ke Kuala Lumpur.'

2. 'Makan kfc nih pun dah kenyang'

3. 'Engkau makan panadol gerenti hilang demam'

Ini antara contoh, sebenarnya banyak lagi. Cuma kita kenalah tanya adakah yang berkata ini benar-benar ber'itiqad bahawa mereka percaya dengan apa yang mereka katakan.

Bagi saya kita pun kena berhati-hati dalam membuat hukuman syirik. Kecuali jelas dari pengakuan, perbuatan jelas seperti menyembah berhala.

mohd said...

saya percaya Azzikraa sendiri tak memakai tangkal dibadan.

arsenalezz said...

macam2 la menyamar tak abih2..
Sedara sklian, knapa kita yakin sgat dengan ilmu yg kita ada? bukan ke ilmu kita tu skit jer...??? jd tak yah la pepandai nak menentukan yg mana betul yg mana salah dlam syariat, segala ketentuan "betul" dan "salah" di tentutkan oleh tuan pencipta syariat iaitu Allah sendri melalui perantaraNya Rasulullah. jd kita ni sape nak takwil sifatNya, nak tentukan hukumnya berdasarkan kepala hotak kita. buat yg benar2 dtg dr allah dan Rasulnya dan tinggalkan apa yang ditegah & diada2kan (tidak bersumber dr syariat islamiyyah). kalau asyik nk dengan khilaf ulama ni mmg banyak, hujah bertimbun2, tp dalil?? mesti yg paling TEPAT. kata2 manusia sehebat mana pun dia, tak leh lawan kata2 Allah dan Rasul...

nak zikir ke nak hape lantak korang la, yg penting jgn PANDAI-PANDAI.....ada pahhhamMMmm!?!?!

arsenalezz said...

kalau nak tahu pasal tangkal ni cuba baca buku Fathul haqqil mubin ada terjemahannya oleh ust. Zulkifli al-qahiry; krangan majlis fatwa tetap saudi.. hukum yg lebih dekat ialah HARAM kerana ditakuti terjerumus kpd syirik - ini bab Aqidah, ia perkara besar, jd pengharamnya adalah LOGIK...

Azzikraa said...

saya percaya Azzikraa sendiri tak memakai tangkal dibadan.

-------

Memang saya tak pakai, tetapi saya tak berani nak menghukum atau menuduh syirik kepada mereka yang pakai tangkal yang mengikut syarat-syaratnya yang ketat itu.

Tuduh orang syirik, nanti kembali kepada diri sendiri. Jika sudah jelas itu lain perkaranya.

Saudara arsenalezz, kita selalu nak menggunakan pendapat paling TEPAT, paling SAHIH. Tetapi mengapa dalam perkara akhlak kita tidak mahu guna yang paling TEPAT dan paling SAHIH tersebut ? Anda lihat perangai sendiri semasa menjawab respon dalam blog orang lain.

Ingat.. ini blog orang lain. Mudah sahaja tuan punya blog nak menghalau atau tidak membenarkan komen langsung di ruangan ini. Nak berikan pandangan sila berikan yang paling beradab. Tunjukkan bahawa andalah yang PALING TEPAT jika mampu. Tetapi malangnya, selagi bernama manusia, tidaklah lepas dari kesilapan.

Sedara sklian, knapa kita yakin sgat dengan ilmu yg kita ada? bukan ke ilmu kita tu skit jer...??? jd tak yah la pepandai nak menentukan yg mana betul yg mana salah dlam syariat, segala ketentuan "betul" dan "salah" di tentutkan oleh tuan pencipta syariat iaitu Allah sendri melalui perantaraNya Rasulullah. jd kita ni sape nak takwil sifatNya, nak tentukan hukumnya berdasarkan kepala hotak kita. buat yg benar2 dtg dr allah dan Rasulnya dan tinggalkan apa yang ditegah & diada2kan (tidak bersumber dr syariat islamiyyah). kalau asyik nk dengan khilaf ulama ni mmg banyak, hujah bertimbun2, tp dalil?? mesti yg paling TEPAT.

-----

Masalahnya bukan berkaitan kepada hotak. Ini berkaitan disiplin ilmu sendiri. Ulamak muktabar yang menafsirkan itupun gunakan pemahamannya dengan disiplin ilmunya. ALlah suruh kita merujuk kepada ulamak/orang yang ahli sekiranya tidak tahu :

Dan bertanyalah kepada orang yang tahu sekiranyua kamu tidak mengetahui. Surah an Nahl ayat 43.

Nabi Muhammad dah ajar pada kita agar jangan memandai-mandai nak mengeluarkan hukum jika tiada ilmu.

Cuba lihat :

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Saya pelik juga kata anda arsenalezz, dalam persoalan tangkal terus rujuk dengan fatwa negara arab saudi. Adakah selepas ini anda boleh gunakan fatwa arab saudi yang mengharamkan wanita memandu ?

Cuba baca balik apa kata Dr Yusof al Qardhawi ini :

“ Hadis merupakan wahyu, tetapi kefahaman kamu tentang hadis tersebut bukan wahyu. Bahkan ianya (kefahaman kamu tersebut) merupakan pendapat, yang boleh jadi orang lain bercanggah dengan kefahamanmu tersebut, sepertimana ada antara para sahabat yang bercanggah dengan lafaz hadis dalam kisah Bani Quraidhah, dan mereka solat di pertengahan jalan, dan menurut Ibn Taimiyah, mereka adalah benar (dalam memahami hadis tersebut)…

mohd said...

memakai tangkal itu sunat, harus atau makruh?

Azzikraa said...

Ulamak yang membenarkan - harus

Boleh saya bertanya : sebenarnya dalam fahaman penggerak tajdid ada istilah sunat, makruh dan harus ? Ataupun sunnah - bid'ah sesat ?

Kalau saudara MOHD merasakan memegang hukum HARAM itu lebih baik. Maka terpulanglah pada saudara MOHD. Manakala yang kata membenarkan HARUS - maka terpulanglah juga.

Berlapang dada. Selesai kan ? Atau masih juga nak berkeras dengan pendapat sendiri dan ajak orang lain untuk mengikut fahaman yang saudara ikuti tu ? Bagi saya tidak akan selesai masalah.

Nanti akan jadi pula mazhab MOHD

mohd said...

kenapa harus? sepatutnya menggantungkan ayat quran sbg tangkal ke badan dpt pahala. klu baca quran pun dpt pahala, sepatutnya gantung tangkal quran ditengkuk/dipinggang lagi dpt pahala.

mohd said...

berapa besar saiz tangkal yg dibenarkan? klu gantung terus Quran ke badan sbg tangkal bagaimana? ada had tak saiz tangkal yg dibenarkan. Dan dimana tangkal itu hendak digantung? dilengan? pinggang? atau tengkuk? Benda ni kena jelas supaya jgn terseleweng.

Azzikraa said...

Mengenai perkara ini saya tidak tahu. Saudara boleh bertanya dengan alim ulamak yang lain.

WaLlahua'lam

aryna said...

salam...

saya tidak menulis sebarang komen sebelum yg ini..
saya terkejut melihat "aryna" menulis sesuatu yg tak akan saya katakan.. masih org2 fasik ini tidak mahu bertaubat..!! Allah hu Allah!!!!

namun, saya lebih terkejut membaca komen2 artikel kali ini dan sebelum yg ini...
masyaALLAH.. tuduhan yang sangat melampau...!!!

perubahan tajdid konon... kaum muda?!
tak ubahnya, perubahan yang dibawa pada tahun 60an-70an dahulu, di mana anak2 muda yang mengaku kaum muda bawa perubahan kepada tradisi nenek moyang kita dengan perubahan2 kebaratan yg dikatakan arus pembangunan moden! maka, kononya pegangan nenek moyang kitalah penghalang masyarakat melayu tidak maju-maju seperti barat!
cuma perkara yang dibawa kali ini adalah berbeda sekali!

apakah dengan hujah2 en.Mohd kali ini bawa maksud, bahawa tajdid kaum muda kali ini adalah membawa kita kepada Islam yang se-benar2 mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW yg benar? apakah nenek moyang kita dahulu tidak tau membeda mana yang benar dan mana yg adat melayu yang bertentangan dengan perintah ALLAH dan rasulNYA?!

apakah, di tanah arab sendiri tiada budaya arab yang bertentangan dengan perintah ALLAH atau sebaliknya?!
bagaimana dengan masyarakat Islam di negara2 lain?!

cjb said...
This comment has been removed by the author.
cjb said...

sepatutnya acara tawasul tahunan mintak hajat di makam wali Pulau Besar Melaka diiktiraf oleh krjn Msia sbb tawassul ni depa kata sunnah Nabi. krjn kena keluarkan garispanduan cara bertawassul di Pulau Besar Melaka.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0519/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg

cjb said...

kita tak boleh doa sendiri kpd Allah sbb doak kita tak makbul. kita kena pi ramai2 ke makam wali mintak hajat di Pulau Besar Melaka, depa kata la.

PakLongChup said...

Mamat Mohd dan yang sekutu dengan tidak pernah bersyukur dengan keislaman dan amalan nenek moyang mereka...tidak terfikirkah mereka kalaulah nenek moyang mereka tak terima Islam dan amalan yang dibawa oleh pendakwah dari hadramaut dulu...berkemungkinan besar mohd dan sekutunya masih lagi berugama Hindu atau tidak berugama...cubalah pelajari ilmu dari ulama yang mantap ilmunya dan pandanglah sesuatu dengan pandangan mata hati...bukan dengan nafsu...wallahu'alam

Azahari said...

Aswb,

Saya nak ajukan satu soalan kepada pendokong-pendokong "wahabi" ni, kenapa apabila membicarakan sesuatu hadith maka sentiasa dirujuk kepada Nasiruddin Albani status hadith tersebut? Seolah-olah beliau shj pakar hadith dan apa yg dinukilkan beliau maka itulah yang muktamad ! Kalau masalah fekah pendapat Ibnu Taimiyah menjadi keutamaan, kenapa? Setelah sekian lama saya mengikuti tulisan DrMaza, kedua-dua tokoh ini shj yg mendapat tempat istimewa seolah-olah menidakkan pendapat atau qaul yang lain, kenapa? Dan soalan terakhir saya, kenapa begitu mudah membidaahkan sesuatu amalan ? Itulah persoalan pokoknya sekarang...

aryna said...

cjb said...
kita tak boleh doa sendiri kpd Allah sbb doak kita tak makbul. kita kena pi ramai2 ke makam wali mintak hajat di Pulau Besar Melaka, depa kata la.


sapa depa tu? leh sebut nama kaa.. atau kenyataan sapa2 ka..?!
arwah ayah saya pernah gak selalu juga la ke makam di p.besar tu..
abang saya pun ngan jamaah dia masih gak suka gi sana..
takdak pulak saya tengok diaorg mintak tolong kat makam wali tu mohon apa2.. doakan wali tu ada la.. selain mrk suka berkumpul dan bermuzakarah, bagi sikit sebanyak muhasabah diri ..
ada kebaikan ziarah tempat2 gini..
selain ingat pada kematian, kita sentiasa beringat, tanpa orang2 seperti wali ini, belum tentu kita jadi Islam sekarang nih..
betapa besar pengorbanan mereka meninggalkan kaum keluarga dan tanah air utk tegakkan Islam..

tapi, orang2 spt cjb ni, dah lah tak mau mengenang budi, berbuat fitnah lagi..!! subhanallah...

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum,

Kita takut sebenarnya di zaman ini yang jahil mengenai hadith sahih kemudian ingin bercakap juga mengenainya seolah-olah sudah habis menguasai ilmu hadith dan bertaraf muhaddith sedangkan sumber rujukan utamanya adalah dari bacaan internet semata-mata dan taqlid buta pada ulamak yang jadian yang menghukum bid'ah sesat/kafir dan syirik tanpa hak.

Apabila lahir golongan seperti inilah yang membuat pendustaan ke atas RasuluLlah, menghina para sahabat, menghina para salafussoleh. Malah sebenarnya telah mengingkari suruhan dari Allah ke atas hambaNya.

Dalam berdoa ALlah menyuruh kita untuk meminta kepadaNya :


“Dan Tuhan kamu berfirman:

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Al-Mukmin:60

Mintalah apa sahaja yang baik, asalkan bukan berdoa untuk perkara yang mendatangkan dosa, maksiat serta yang bercanggah dengan aqidah dan prinsip-prinsip Islam

Tawassul dengan wali Allah, para sahabat, RasuluLlah yang sudah wafat banyak diterangkan dalam dalil hadith2 yang sahih, adalah merupakan satu bentuk doa kepada Allah jua melalui perantaraan.

Samalah juga seperti kita pernah meminta ustaz, alim ulamak mendoakan kita,keluarga, kerana doa mereka dekat dengan Allah itu lebih mustajab. Dibandingkan dengan diri kita ini yang tentu lebih banyak melakukan dosa-dosa kecil dan besar. (tak tahulah ada yang mengatakan diri sendiri adalah maksum).

Prof Dr Ali Jum'ah mengumpulkan jawapan untuk menjelaskan kembali tentang bolehnya bertawassul dengan para nabi dalam kitabnya : Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim:

Ini antara contoh tawassul yang pernah dibuat leh salafussoleh kepada para Nabi yang telah meninggal dunia dari hadith sahih :

HAdith Saidina Anas radiyaLLahu 'anhu yang berkaitan dengan kematian Fatimah binti Asad, ibu Saidina Ali radiyaLlahu 'anhu ini adalah sebuah hadith yang panjang. Pada bahagian akhirnya, disebutkan... dan dia berkata

"ALlah subahanahu wa ta'ala yang menghidupkan dan mematikan, sedangkan Dia Maha Hidup, tidak pernah mati. Ampunilah ibuku, Fatimah binti Asad dan bimbing dia untuk menyampaikan hujahnya (menjawab pertanyaan-pertanyaan malaikat di kubur), serta luaskan baginya pintu masuknya, dengan hak Nabi-Mu dan Nabi-Nabi sebelumnya. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Penyayang daripada para penyayang,"



(Hadith Riwayat Thobrani, Al Mu'jam al Awsath, vol I hlm 68,; Thobrani Al Mu'jam Al Kabir, vol 24, hlm 351; Al Ashfihani, Hilyah Al Awliya, vol 3, hlm 21; dan disebutkan oleh al Haithami di dalam Majma' Al Zawaid, vol 9, hlm 257)

Hadith ini disahkan oleh Ibnu Hibban dan juga Al Hakim di dalam kitab Al Awsath wa Al Kabir, Al Allamah Ibnu Hajar pula menyatakan di dalam Kitab Al Jawhar al Munazzam bahawa ia mempunyai sanad yang baik.

Terdapat kritikan terhadap sanad hadith ini yang menjadi perselisihan para ahli hadith tentang tokoh-tokoh periwayatnya. Hal ini disebabkan, di dalam mata rantai sanad terdapat Rauh bin Shalah. Ibnu Hibban menyatakan (Rauh bin Shalah) orang yang thiqah (terpercaya), sedangkan Ibnu Jauzi memasukkannya ke dalam kelompok orang-orang yang tidak diketahui identitinya.

Oleh itu, terdapat perselisihan pendapat tentang kesohehan dan kelemahan hadith ini. Terutamanya berkenaan status marfu' sanadnya hingga Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam. Namun makna yang terkandung dalam hadith ini adalah soheh.


Ini adalah antara contoh tawassul dari hadith sahih.

abdul rahim said...

Saya tahu ramai yang tidak berapa selesa dengan pendekatan Dr Asri, tetapi untuk bersifat adil padanya, pada pendapat saya dia tidaklah berniat untuk menjatuhkan maruah atau merendah-rendahkan ilmu ulama-ulama seperti Imam As-Syafie.

Isi kandungan utama beliau ialah mengambil ilmu dari kesemua ulama-ulama ini, samada Imam Syafie, Imam Hanbali, Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan sebagainya kerana sebelum ini masyarakat kita banyak terikat pada satu bentuk perbahasan sahaja sedangkan ilmu Islam ini telah dikembangkan oleh begitu ramai ulama di seluruh dunia, asalkan ianya tidak bercanggah dengan nas al-Quran dan Sunnah.

Juga beliau (mengikut pendapat beliau) sedang cuba untuk mengeluarkan masyarakat Muslim di negara ini dari melakukan perkara-perkara yang kurang utama kepada yang lebih utama.

Jika ada dalil untuk sesuatu amalan itu pastinya tiada siapa pun mampu untuk menolaknya, samada para 'ulama' terhebat atau rakyat kecil-kecilan.

aryna said...

Juga beliau (mengikut pendapat beliau) sedang cuba untuk mengeluarkan masyarakat Muslim di negara ini dari melakukan perkara-perkara yang kurang utama kepada yang lebih utama

oleh yg demikian, menurut pendapat beliau itu, apakah perkara utama yg lebih diutamakan itu?
selain hanya menyelar ulamak2 dan menyalahkan jabatan2 agama yg menangkap org2 berkhalwat, menuduh mrk makan gaji buta tidak bekerja dan sebagainya..
apa perkara yg lebih utama itu? maaf, saya belum nampak... barangkali tuan2 yg lain nampak akan perkara lebih utama itu?!

abdul rahim said...

'Menyelar ulamak' itu satu perkataan dengan maksud yang kuat. Berbeza pendapat itu mungkin lebih lunak dan saya berpendapat itu dibenarkan.

Dalam hal berbeza pendapat atau mengkritik pejabat agama dan sebagainya, saya rasa ianya tidak salah malah mungkin pada satu peringkat patut digalakkan. Ianya semacam 'check and balance' untuk memastikan matlamat Islam tercapai. Kalau kita boleh terima 'check and balance' dalam pentadbiran kerajaan, saya tak nampak bezanya dalam pentadbiran agama.

Dalam kes khalwat (kerana aryna telah beri contoh ini), saya mendengar pendapat Dr Asri, yang beliau berbeza itu bukanlah untuk membenarkan perbuatan tersebut, tetapi yang dipersoalkan ialah persoalan mengintip. Adakah kita dibenarkan mengintip dalam hal ini?

Beliau memberi hujah mengapa mengintip maksiat yang tertutup dan mendedahkan kepada seluruh negara sedangkan maksiat yang terang-terangan berleluasa. Mengapa pejabat agama tidak membanteras bersungguh-sungguh.

Beliau juga saya rasa menyatakan rasa tidak bersetujunya dengan pengagihan zakat. Bagaimana zakat ini diagihkan sepanjang tahun, hinggakan tak pernah putus-putus cerita-cerita kemiskinan dan sebagainya dalam negara.

Kalaulah pegawai-pegawai agama ini telah merasakan yang mereka telah menjalankan tugas dengan sebaiknya kita ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka.

Azahari said...

Perkara kurang utama kepada yang utama ? Byk perkara yg di timbulkan tlh lama di perbahaskan oleh ulamak2 terdahulu samada menyetujui atau menolaknya spt tahlil, qunut, maulidur rasul dsbnya. Persoalannya, kenapa di timbulkan kembali ? Kalau nak meluruskan sesuatu bukan dgn mengecam amalan-amalan itu bidaah sedangkan tlh byk kitab2 yg membicarakannya, cumanya nk tunjuk pendapatnya sj yg benar, itulah masalahnya. Sbg contoh, bidaah ada dua, dholalah & hasanah, yg sana kata tak ade, bidaah tetap masuk neraka. Itu bukan tajdid namanya. Semoga kita berbalik kpd disiplin ilmu itu sendiri, menghargai pendapat org lain, sama spt Imam Ahmad, Hanbali, Malik & Syafie yg tidak pernah mengecam antara satu sama lain.

nobody said...

mohd said...

Bila penggerak tajdid membincangkan kekarutan amalan nusantara BERZANJI lalu terus golongan nenek moyang ni terasa hati. Dgn segera penggerak tajdid diwahabikan tanpa soal jawab atau bertanya lagi. Pendek kata apa saja amalan nenek moyang nusantara tak boleh ditegur.
-----------------------------
TAJDID? Tajdid apa?..berpuluh2 tahun dok bincang perkara khilafiah...bidaahkan sana, bidaahkan sini, kufurkan sini ,syirikkan sini...tajdid po bondo lagu tu?....Po bondo yang di tajdidkan oleh puak wahabi ni?...mengelirukan org awam ada la....tu la je yang puak2 wahabi ni pandai....

cjb said...

aryna said...
arwah ayah saya pernah gak selalu juga la ke makam di p.besar tu..
abang saya pun ngan jamaah dia masih gak suka gi sana..
takdak pulak saya tengok diaorg mintak tolong kat makam wali tu mohon apa2..
------------------------
bukan ke bertawassul di makam keramat tu sunnah Nabi? sepatutnya abang you mohon hajat kpd wali makam tu utk doakan sesuatu hajat krn doa manusia biasa Allah susah makbul. klu kat Msia ni lebih afdal bertawassul di pulau besar melaka.

nobody said...

mohd said...

Azzikraa said...
Siapakah MOHD ini ya. Sudah diajar dengan cara yang benar dan betul pun tidak masuk dalam hatinya.
++++++++++++++++++++++
salam saudara Azzikraa, bila diberitahu apa yg terkandung dlm ajaran asal imam as-syafie pendokong amalan nenek moyang menolaknya mentah2. kasihan mrk. mrk mengaku as-syafie tulen, ttp mrk menutupkan telinga thadap apa yg

-------------------------------
MOHD faham amalan Imam Syafie yang sebenar?...ISKKK!!!!ralat!!!..wahabi ni betul2 perasaan la...syok sendiri....

cjb said...

nobody said...
TAJDID? Tajdid apa?..berpuluh2 tahun dok bincang perkara khilafiah...bidaahkan sana, bidaahkan sini,
------------------------
saudara, perkara akidah bukan perkara main2.

AKIDAH NUR MUHAMMAD DALAM BERZANJI (SEMUA NABI2 DICIPTA DARI NUR MUHAMMAD)
Dalam kitab berzanji disebutkan, (Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba’i, susunan Zulkifli Mat Isa, hal. 1, Jahabersa). Seterusnya disebutkan, "Maka sekalian para Nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam dari zat-Nya dan alam seluruhnya dijadikan dari Nur Muhammad”.

Azahari said...

Sebelum berbicara persoalan akidah, tahukah anda apa itu Nur Muhammad ? Pernahkah anda bertanya ulamak2 yg arif mengenainya sebelum mengatakan ianya sesat ? Carilah jwpnnya dulu, jgn bertanya kpd yg menolaknya tp carilah yang menerimanya, teliti dulu hujjah2nya dan suluhlah dgn ilmu dan solatlah dua rakaat utk kepastian, jgnkan kail pjg sejengkal, lautan dlm hdk di duga.....

Azzikraa said...

Beliau memberi hujah mengapa mengintip maksiat yang tertutup dan mendedahkan kepada seluruh negara sedangkan maksiat yang terang-terangan berleluasa. Mengapa pejabat agama tidak membanteras bersungguh-sungguh.

------------

Hujjah pun betul juga, namun begitu cara yang beliau kata itu tidak betul. Malah mengundang kepada memperlekehkan penguatkuasaan terhadap perkara maksiat.

Jika di negeri Perlis dahulu bagaimana ya ? Perfect cara penangkapannya ? Ulamak pun tidak dibenarkan memberi kuliah, bahkan diancam untuk ditangkap oleh Dr Asri.

Janganlah main rasa-rasa perkara yang tidak pasti. Baik cakap sahaja tidak tahu itu bukankah lebih selamat.

Bezakan di antara mengintip dan juga menyelidik. Penguatkuasa hanya akan mengadakan siasatan apabila ada mendapat maklumat dari orang ramai. Takkan la nak main sergah pula tanpa bukti.

Ini jelas dari firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! sekiranya datang kepadamu berita (laporan atau aduan) dari mereka yang fasik (jahat) maka hendaklah kamu selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, nanti kamu akan bertindak terhadap suatu kaum itu tanpa pengetahuan, lalu kamu akan menyesal terhadap tindakan kamu itu (al-Hujurat ayat 6).

Siasat... selidik, jangan terus buat hukuman tanpa bukti. Dr Asri telah banyak melakukan hukuman, tuduhan tanpa bukti.

Isu berus gigi masa bulan Ramadhan pun beliau berani 'memandirkan' ustaz yang menukil dari pendapat ulamak muktabar dan juga para salafussoleh. Sedangkan ia adalah hasil ijtihad ulamak muktabar tersebut.

Ya, atas kapasitinya ada PhD. Tapi ALlah pandang taqwa..

Azzikraa said...

AKIDAH NUR MUHAMMAD DALAM BERZANJI (SEMUA NABI2 DICIPTA DARI NUR MUHAMMAD)
Dalam kitab berzanji disebutkan, (Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba’i, susunan Zulkifli Mat Isa, hal. 1, Jahabersa). Seterusnya disebutkan, "Maka sekalian para Nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam dari zat-Nya dan alam seluruhnya dijadikan dari Nur Muhammad”.

---------

Perkara ini ada perbahasannya oleh para ulamak. Jangan tergopoh-gopoh. Jika tidak tahu jangan memandai menghentam itu namanya melawan arahan Allah. Baik kata TAK TAHU :


Wahai orang-orang yang beriman! sekiranya datang kepadamu berita (laporan atau aduan) dari mereka yang fasik (jahat) maka hendaklah kamu selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, nanti kamu akan bertindak terhadap suatu kaum itu tanpa pengetahuan, lalu kamu akan menyesal terhadap tindakan kamu itu (al-Hujurat ayat 6).

mohd said...

PakLongChup said...
Mamat Mohd dan yang sekutu dengan tidak pernah bersyukur dengan keislaman dan amalan nenek moyang mereka...
-------------------------
bersyukur, bukan tak bersyukur saudara. alhamdulillah mrk islam maka kita pun islam. tapi sepatutnya kita islam bukan setakat islam warisan ajer. malah nenek moyang kita mesti lebih berbangga klu anak cucu mrk memperbaiki lagi apa2 yg salah & silap. lahir sbg islam sbb mak pak kita islam bukanlah lesen utk tdk boleh bertanya langsung klu nenek moyang kita ada buat silap dlm amalan mrk.

Azzikraa said...

Isi kandungan utama beliau ialah mengambil ilmu dari kesemua ulama-ulama ini, samada Imam Syafie, Imam Hanbali, Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan sebagainya kerana sebelum ini masyarakat kita banyak terikat pada satu bentuk perbahasan sahaja sedangkan ilmu Islam ini telah dikembangkan oleh begitu ramai ulama di seluruh dunia, asalkan ianya tidak bercanggah dengan nas al-Quran dan Sunnah.

--------

Mana ada ambik.. beliau ambik sikit-sikit. Pada satu masa digunakan pendapat ulamak untuk menyokongnya, pada masa yang lain digunakan untuk melekehkan ulamak ini (khusus untuk Imam al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Syafie).

Contohnya semasa rakaman al Kulliyah : Hadith sahih adalah mazhabku kalam dari Imam Syafie - ayat ini digunakan sewenang-wenangnya diumumkan untuk orang awam.

AlhamduliLlah, diterangkan oleh Ustaz el Muhammady yang menyatakan bahawa ianya adalah untuk ulamak mujtahid bukan untuk orang awam.

Kita ada penjelasannya dari Imam an Nawawi sendiri apakah kehendak kalam Imam Syafie ini.

mohd said...

saudara2 semua,
klu kita peratikan nenek moyang kita tak pakai tudung pun, mrk pakai selendang letak atas kepala ajer. tapi kita tak pulak menuduh mrk sesat. sama sekali tidak. kita cuma habaq bertudung tutup rambut dgn lengkap itu lebih menepati ajaran Islam. itu jer. pls be open minded saudara2 semua insyaallah.

mohd said...

takda sapa yg nak komen pasal bertawassul di Pulau Besar Melaka ke? mrk bercerita pasal abang & ayah mrk yg berkunjung ke makam keramat Pulau Besar Melaka. ceritalah dgn lebih lanjut. boleh la kita ramai2 berkunjung ke Pulau Besar Melaka lepas ni.

Azzikraa said...

bersyukur, bukan tak bersyukur saudara. alhamdulillah mrk islam maka kita pun islam. tapi sepatutnya kita islam bukan setakat islam warisan ajer. malah nenek moyang kita mesti lebih berbangga klu anak cucu mrk memperbaiki lagi apa2 yg salah & silap. lahir sbg islam sbb mak pak kita islam bukanlah lesen utk tdk boleh bertanya langsung klu nenek moyang kita ada buat silap dlm amalan mrk.

------------

Tiada masalahnya bertanya, tetapi bukan menuduh, bukan menghukum tanpa hak. Bukan hanya dengar sebelah pihak kemudian tidak mahu mengkaji dan menyelidik lagi.

Kata-kata 'siapa yang bertanya nescaya lemahlah imannya' - yang ini adalah satu perkataan yang tiada bukti.

Guru saya pun tak pernah cakap begini. Malah disuruh untuk bertanya.

Oleh itu, pernyataan Dr Asri adalah satu hasutan kerana dibuat secara umum. (bagi saya)

ALlah dan RasulNya mengajar kita beradab. Bukan BIADAP.

nobody said...

mohd said...
pemurnian akidah bukan perkara kecil. hangpa semua tak sedih ke tengok org islam memakai tangkal, bertawassul dikubur, berzanji marhaban dgn lafaz yg menyesatkan, merekacipta & menambah2 cara ibadah2 yg takda sandaran nas yg sahih?

-----------------------------------
YANG TAK JUMPA NAS NI PUAK WAHABI JE, KAMI DAH LAMA JUMPA...MAJORITI UMAT ISLAM SEJAK DARI DULU DAH LAMA JUMPA..MASALAH2 YG DIBICARAKAN SPT DIATAS ALHAMDULILLAH DAH DISELESAIKAN OLEH PARA ALIM ULAMA ASWJ SEJAK BERATUS2 BAHKAN RIBUAN TAHUN YG LALU...YANG TAK JUMPA2 NAS NI KAUM WAHABI JE...SB KAUM NI DOK SIBOK CARI NAS NAK BIDAAHKAN ORG,SESATKAN ORG, KAFIRKAN ORG...DAN JG SEBAB XNAK MENGAKU DIRI JAHIL!..

Azzikraa said...

saudara2 semua,
klu kita peratikan nenek moyang kita tak pakai tudung pun, mrk pakai selendang letak atas kepala ajer. tapi kita tak pulak menuduh mrk sesat. sama sekali tidak. kita cuma habaq bertudung tutup rambut dgn lengkap itu lebih menepati ajaran Islam. itu jer. pls be open minded saudara2 semua insyaallah.

----------------

:), Cuba cermin balik perkataan saudara MOHD sebelum ini. Sudah tarik balik ke belum ?

Sahabat yang lain sudah jelaskan, pengamalan dan pemahaman Islam di Malaysia ini senantiasa ditambah baikkan. Penambahbaikan yang dilakukan lebih cermat, lebih berhikmah.

mohd said...

Azzikraa said...
Perkara ini ada perbahasannya oleh para ulamak. Jangan tergopoh-gopoh. Jika tidak tahu jangan memandai menghentam itu namanya melawan arahan Allah.
------------------------------
saudara, bukan sy nak menhentam amalan berzanji. tapi lafaznya sangat mengarut. apakah nas mengatakan roh muhammad dicipta dari ZAT ALLAH? sebab tu sy kata perkara pemurnian akidah ni tanggungjwb besar kita semua.

(KESESATAN MENDAKWA ROH MUHAMMAD DICIPTA DARI ZAT ALLAH)
Dalam kitab berzanji disebutkan, (Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba’i, susunan Zulkifli Mat Isa, hal. 1, Jahabersa). Seterusnya disebutkan, “Maka sekalian para nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam. Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam dari zat-Nya dan alam seluruhnya dijadikan dari Nur Muhammad”.

mohd said...

Mungkin kerajaan Malaysia patut mengisytiharkan hari Tawassul Peringkat Nasional kat Pulau Besar ni... bina kubah indah kat makam keramat Pulau Besar ni... pastu sapa nak masuk kena bayar... macam bayaran dikenakan untuk mereka yang nak tawassul di perkuburan Baqi' sebelum 'WAHABI' memerintah Hijaz....

bayaran ni insyaallah boleh menjanakan ekonomi negeri Melaka....

aryna said...

tidakkah kita berfikir bahawa kita ni siapa yang nak tentukan benar salah?? kita kalau nak dibandingkan dengan al-imam as-syafie r.h tahap mana kita ni? ulama lagi hebat dari kita. sedarla.. kaum muda tak perlu mendabik dada. mereka langsung tidak berilmu. malah memporak perandakan islam!

nobody said...

Puak2 Wahabi ni! masalah2 tawasul yang simple ni pun masih xdpt nak nak faham2...cam no nak gali hukum terus dari Quran & Hadith?..Iskk ! ralat...ralat...org kampung kerja bendang pun faham...

PakLongChup said...

bersyukur, bukan tak bersyukur saudara. alhamdulillah mrk islam maka kita pun islam. tapi sepatutnya kita islam bukan setakat islam warisan ajer. malah nenek moyang kita mesti lebih berbangga klu anak cucu mrk memperbaiki lagi apa2 yg salah & silap. lahir sbg islam sbb mak pak kita islam bukanlah lesen utk tdk boleh bertanya langsung klu nenek moyang kita ada buat silap dlm amalan mrk.

************************************
Mana kau tau depa berbangga? Mungkin juga mereka didalam kubur sedih mengenangkan anak cucu depa menghina dan megutuk pegangan mereka...mungkin ada kekesalan pada mereka kerana melahirkan kalian...ko dah ada berapa org anak...apa perasan ko kalau anak ko sendiri nanti menghina dann mengeji pegangan kau?

aryna said...

bukan ke bertawassul di makam keramat tu sunnah Nabi? sepatutnya abang you mohon hajat kpd wali makam tu utk doakan sesuatu hajat krn doa manusia biasa Allah susah makbul. klu kat Msia ni lebih afdal bertawassul di pulau besar melaka.

jgn berdusta tuan cjb...
pernah kamu ke sana? atau kamu hanya tau menuding jari spt biasa?!
patutlah ramai sekarang org takut nak ziarah makam dan kuburan..
mrk mudah mengatakan memohon didoakan yg kemudian sudah tentu jd amalan khurafat.. itu syirik ya tuan... jgn dusta.. jgn putar-belit hingga sendiri terbelit nanti..

kebanyakan orang takut ke kuburan kerana ramai takut bila diingatkan tentang MATI...
sebab itu byk amalan melibatkan majlis2 kematian juga dibidaahkn agar masyarakat tidak mengingati MATI!

en.Mohd nak tau ttg apa mrk buat d pulau Melaka, pergi ke sanalah tengok sendiri.. bukan tengok saja, dan bukan hanya memerhati saja... tapi saya tak nafikan adanya segelintir golongan yg merosakkan dan mensyirikkn ALLAH di sana.. wallahualam..

aryna said...

saya harap tuan2 tidak terpedaya dgn aryna palsu di sini atau di cbox.. orang ini telah cuba merosakkan nama saya agar tidak dipercayai sesiapa, bahkan telah banyak kali menyamar sbg penghina, penfitnah bahkan konon sahabat saya.
moga dia dan kawan2nya mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH SWT hendaknya kerana peringatan dari ALLAH tidak berguna buat mereka..

masyaALLAH...

nobody said...

mohd said...

PakLongChup said...
Mamat Mohd dan yang sekutu dengan tidak pernah bersyukur dengan keislaman dan amalan nenek moyang mereka...
-------------------------
bersyukur, bukan tak bersyukur saudara. alhamdulillah mrk islam maka kita pun islam. tapi sepatutnya kita islam bukan setakat islam warisan ajer. malah nenek moyang kita mesti lebih berbangga klu anak cucu mrk memperbaiki lagi apa2 yg salah & silap. lahir sbg islam sbb mak pak kita islam bukanlah lesen utk tdk boleh bertanya langsung klu nenek moyang kita ada buat silap dlm amalan mrk.
-----------------------------------
TANYA XPA JGN BIDAAHKAN DAN SESATKAN!..SB KAMI MMG NAMPAK SEMUA AMALAN YG DIAMALKAN OLEH UMAT ISLAM;MALAYSIA NI AMNYA YG DIBIDAAHKAN OLEH WAHABI NI ADA DALILNYA. DAN KAMI PUN DAH MELIHAT DALIL YG DIBAWA OLEH WAHABI DALAM MEMBIDAAHKAN PERKARA INI..DAN KAMI DAPATI HUJAH2 WAHABI NI AMAT LEMAH, CUMA BERDASARKAN KESILAPFAHAMAN DIORG DLM MENGAMBIL DALIL SEMATA2& KERANA KURGNYA ILMU & ADAB. KITA SEDIH KERANA FATWA2 KARUT KAUM INI MEMECAH BELAHKAN UMAT INI & MEMANJANGKAN PERTELINGKAHAN2 DLM PERKARA2 YG DAH PUN SELESAI BERATUS TAHUN DAHULU!..JD KEUTAMAAN YG MANAKAH YG DR. ASRI & GOL. YG MENDAKWA TAJDID NI BAWAK SEBENARNYA?...

Azzikraa said...

Ini jawapannya :

Jika belajar kerana ALlah, maka ilmu itu menjadi cahaya, tetapi sekiranya belajar untuk memuaskan nafsu aku betul, mencari jalan untuk menghina, menuduh - jawablah nanti di hadapan ALlah (ingatan untuk diri sendiri)

Belajar untuk meluaskan pengetahuan, tak rugi belajar dari asas sebelum belajar kepada perkara yang lebih mendalam. Tidak rugi kita belajar merendahkan diri sebab hakikatnya ilmu kita adalah milik ALlah jua.

Hormatilah ulamak muktabar dan jasa mereka, jangan sampai diri kita ini menjadi biadap seolah-olah ALlah dan RasulNya tak pernah mengajak soal akhlak kepada kita.

jawapan dari Al Muhaddith Prof Dr Ali Jum'ah :

Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam merupakan nur adalah sohih. Firman ALlah yang bererti :

"Wahai ahli kitab! sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) dengan menerangkan kepada kamu banyak (dari keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kami sembunyikan dari Kitab Suci. Dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan), Sesungguhnya telah datang kepada kamu NUR (Nabi Muhammad s.a.w) daripada ALlah s.w.t, dan sebuah Kitab (al Quran) yang jelas nyata keterangannya (al ma'idah -15)

Dalam firman ALlah yang bererti : "Dan (Muhammad s.a.w) juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah s.w.t dengan taufiq yang diberiNya dan sebagai lampu menerangi (Al ahzaab : 46)

Baginda adalah nur dan penerang. Tidak mengapa jika kamu mengatakan bahawa Sayyiduna Muhammad s.a.w adalah nur selama ALlah s.w.t telah menyifatkan Baginsa s.a.w sedemikian dan menamakannya NUR.

Bahkan telah thabir di dalam Sunnah bahawa sahabar radiyaLlahu 'anhum menyatakan sesungguhnya wajah Baginda s.a.w seumpama bulan purnama. Begitu juga dengan athar-athar dan hadith-hadtih lain yang menerangkan bahawa Baginda s.a.w adalah nur.

Yang paling selamat ialah dengan menetapkannya apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi NabiNya iaitu NUR yang menerangi tanpa perlus ebarang tafsil (perincian) dan tanzir (pengkajian).

Prof Dr Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki memberikan komentar tentang Nabi Muhammad dengan mendatangkan hadith jabir yang mahsyur.

Jabir r.a bertanya : "Wahai RasuluLlah! Demi ibu dan ayahku, beritahulah kepadaku tentang perkar ayang pertama dicipta oleh ALlah s.w.t sebelum segala sesuatu. RasuluLlah bersabda : Wahai Jabir! Sesungguhnya ALlah s.w.t mencipta sebelum segala-galanya nur nabiMnu daripada nur (ciptaanNya).

(Riwayat Abdur Razzaq al Sona'i dengan sanad daripada Jabir r.a (-dalam al Mawahib al Laduniyyah).

Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki berkata : hadith ini diperselisihkan oleh ulama' akan darjatnya. Ada yang menerima dan ada yang menolak.

gagasan_warisan said...

Ulama Melayu mengadakan majlis bacaan Yassin itu hanyalah KAEDAH DAKWAH mereka untuk menarik orang kampung datang ke surau dan masjid.Biasanya selepas bacaan Yassin,orang kampung akan dijamu dengan jamuan kecil.Bukankah ini akan melembutkan hati mereka supaya dekat pada agama?Ini sama seperti ulama India atau Urdu yang mengadakan majlis Tasykil atau Bayan dan selepas itu ada majlis makan-makan.Setiap ulama di negara masing-masing ada kaedah dakwah mereka yang tertentu.


Dalam seminggu orang kampung tidak buka AlQuran,sekurang-kurangnya malam jumaat mereka buka kitab,baca Yassin.Ini adalah kaedah dakwah ulama-ulama Nusantara.Tidak perlu bertegang leher keluarkan dalil-dalil dan hujah.Memang tiada hadis nabi yang suruh baca Yassin malam jumaat.Noktah.


Tidak ada salahnya mengadakan majlis baca Yassin.Haramkah?Sampai menuduh orang lain sesat.Yang salah ialah mengatakan ada hadis yang suruh buat majlis baca Yassin.


Jangan keliru.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH.Kaedah dakwah yang sudah bersebati dengan jiwa umat Islam Nusantara sehingga menjadi amalan.Bayangkan,ulama nusantara berjaya mendakwahkan orang Melayu supaya membaca AlQuran sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Ini samalah seperti orang yang bertekak dan bertegang leher mengatakan sambutan maulidurrasul adalah bida'ah dan sesat.Ada yang mengatakan ia amalan Syiah.Orang yang berkata seperti ini biasanya orang yang mengikuti jemaah-jemaah luar negara seperti dari Arab atau dari India.Orang seperti ini ada di antaranya tinggi ilmu agamanya dan menghafal hadis-hadis.Ada yang mengaku menganut ajaran Salafussoleh dan jalan nabi Muhammad s.a.w yang suci dari perkara yang diada-adakan.


Tinggi ilmu tetapi kurang kepekaan.

Kesilapan golongan yang kononnya sebagai Wahabi,Salafi dan seangkatan dengannya ialah menuduh kaedah dakwah orang lain sebagai sesat tanpa mahu mengkaji bagaimana amalan itu muncul.Bagaimana pula dengan kaedah dakwah Wali Songo yang menggunakan kuda kepang mengajak orang ramai kepada Islam?Mungkin jika dilihat oleh ulama Arab dan India pesta tarian kuda kepang ini,mereka menyangkakan Wali Songo ini sesat dan kafir!

Azzikraa said...

Al Zurqani berkata : Hadith ini diriwayatkan juga oleh al Baihaqi dengan beberapa perbezaan . Namun hadith ini tidak bercanggah dengan hadith al Tirmizi :

"Yang pertama ALlah s.w.t ciptakan adalah Qalam"

Ini kerana hadith ini boleh disatukan apabila yang pertama diciptakan adalah Qalam dengan dinisbahkan kepada selain Nur Muhammad.

Ada pendapat menyatakan "yang pertama dari segala benda " - dengan dinisbahkan kepada jenisnya. Maka maksudnya "yang pertama diciptakan oleh Allah s.w.t dari jenis cahaya-cahayaNya ialah cahayaku"

Di antara hadith yang menthabitkan Nur Muhammad ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ali ibn al Hussain daripada ayahandanya daripada nendanya, bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda "

"Aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku"

Hadith ini disebut oleh al Hafiz Abu Hasan Ali ibn Muhammad al Qattan dalam kitab AHKAM. Beliau merupakan antara pengkritik hadith yang mahsyur dan di antara ulama' yang tegas dan memberikan perhatian yang serius terhadap periwayatan dan penjagaan sesuatu hadith.

Di antara dalilnya juga ialah hadith yang banyak menyebut tatkala Baginda s.a.w dilahirkan, bondanya melihat cahaya dan keluar bersamanya cahaya yang menerangi istana-istana Syam. Ibnu Hajar berkata sedemikian dan mensohihkan hadith ini, Begitu juga Ibnu Hibban dan al Hakim.

WaLLahua'lam

Azzikraa said...

MOHD menulis :

Mungkin kerajaan Malaysia patut mengisytiharkan hari Tawassul Peringkat Nasional kat Pulau Besar ni... bina kubah indah kat makam keramat Pulau Besar ni... pastu sapa nak masuk kena bayar... macam bayaran dikenakan untuk mereka yang nak tawassul di perkuburan Baqi' sebelum 'WAHABI' memerintah Hijaz....

bayaran ni insyaallah boleh menjanakan ekonomi negeri Melaka....

-----------

Saya tak tahu pula ada yang benar2 nak jadik wahhabi, bukan sahaja kuburan para sahabat dihancurkan, malahan segala peninggalan RasuluLLah pun hendak dihapuskan juga.

Saya faham, pernyataan anda ini berbentuk PROVOKASI dan BATU API tanpa mahu berlapang dada dan bertoleransi menerima hadith sahih yang membolehkan tawassul kepada wali, ulamak, RasuluLLah yang sudah wafat.

Saya berharap anda ini bukan ANTI HADITH SAHIH.

Selidikilah dengan benar. Jika JELAS salah perbetulkan dengan cara yang benar dan cermat.

almukminun said...

Presiden Persatuan Renang Malaysia dan Mufti Perlis Yang sama-sama dimantankan....APAKAH PERSAMAAN MEREKA?

http://almukminun.blogspot.com/2009/11/apabila-presiden-persatuan-renang.html

abdul rahim said...

Azahari,

Saya tidak pasti mengapa perlu ditentang golongan yang tidak mahu bertahlil, qunut dan sambut maulidur rasul kerana saudara sendiri menyatakan ada ulama terdahulu yang bersetuju dan tidak bersetuju dengannya. Ia bukan masalah yang ditimbulkan kembali tetapi ia sentiasa ada.

Dalam hal majlis tahlil misalnya, yang menjadi isu bukan majlis tahlil atau kenduri untuk makan2 itu, tapi isunya kebanyakkan dari masyarakat kita telah menganggap ia seperti sesuatu yang wajib. Kita katakan; adakah membuat kenduri tahlil itu dengan mengambil hak anak-anak yatim (yang kematian bapa misalnya) untuk dijadikan kenduri makan2? Manakah yang lebih utama, mengadakan kenduri atau memelihara hak anak yatim? Sepatutnya kita yang pergi membantu keluarga si mati dan anak-anak yatim itu.

Perkara qunut dan maulidur rasul ini pun masing-masing ada hujahnya. Kalaupun ia ditimbulkan kembali supaya orang ramai dapat mengetahui bahawa sememangnya ada perbezaan-perbezaan pendapat tertentu dan sebab-sebabnya, adakah kita perlu menghalang? Kalau tak dicerita pun orang nak tahu juga sebabnya. Tidak layak orang berilmu itu simpan sesuatu ilmu itu untuk dirinya sendiri.

Kalau ada kekeliruan sememangnya kita kena kembali kepada Al-Quran dan Sunnah untuk memastikan amalan kita adalah seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya.

Azzikraa said...

Saya tidak pasti mengapa perlu ditentang golongan yang tidak mahu bertahlil, qunut dan sambut maulidur rasul kerana saudara sendiri menyatakan ada ulama terdahulu yang bersetuju dan tidak bersetuju dengannya. Ia bukan masalah yang ditimbulkan kembali tetapi ia sentiasa ada.

----------

Yang ditentang bukannya mereka yang tidak mahu bermaulid, bertahlil. Taknak buat takpe.. silakan. Memang kita faham ia adalah khilaf. Dan jika nak beri hujjah tak boleh pun takpa. Orang pun makin hendak tahu sebab apa tak boleh. Dan ada yang akan tanya juga mengapa dibenarkan. Apakah kebaikan dari maulid nabi ini ?

Cuma jaga perkataan dan mulut - Jangan bermudah kata ia adalah BID'AH SESAT.

Sudah JELAS sahabat lain yang memberi komen dalam blog ini mengapa Wahhabi ditolak. (silalah skrol)

Tak perlu diulang-ulang bahawa mesti kembali kepada al Quran dan Sunnah. Memang wajib kita kembali kepada al Quran dan Sunnah.

Tapi jangan lupa apa yang al Quran kata :

Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.

p/s: saya yakin saudara abdul rahim ini faham perkara ini tetapi janganlah buat-buat tak faham.

abdul rahim said...

Azzikraa,

Mungkin juga beliau terlalu berterus terang sehingga ada yang terasa hati. Ini mungkin sesuatu yang akan berlaku bila kita tegur-menegur antara satu sama lain. Tetapi saya rasa samada pihak Dr Asri ataupun tokoh-tokoh atau pegawai-pegawai yang berteguran itu tidaklah mereka bergaduh habis-habisan, cumanya ada sesetengah 'pendokong2' mereka yang suka membuat provokasi-provokasi.

Tokoh-tokoh yang begitu hebat berbeza pendapat pun kadang-kadang kita lihat tiba-tiba boleh bermesra. Tetapi 'penyokong2' mereka membujur lalu melintang patah. Tak kiralah dalam hal 'agama' atau politik.

Berkenaan penangkapan di negeri Perlis saya sendiri tidak tahu, mungkin ada orang-orang dari Perlis yang lebih tahu. Bab ulama dihalang sudah pastinya kita tidak setuju jika terbukti ajaran tidak bercanggah dengan Islam.

'Rasa-rasa' itu adalah pendapat saya sahaja, kalau saya ada sebut tak tahu maknanya saya memang tak tahu.

Tidaklah salah 'menyelidik' untuk mengurangkan maksiat, tetapi dalam negara kita, saya percaya saudara sendiri mengakuinya, terlalu banyak perkara terang-terangan yang berlaku tapi tiada siapa yang sanggup nak selidik dan membanterasnya. Adakah seharusnya jabatan agama menggunakan banyak sumber-sumbernya untuk selidik kes-kes khalwat sahaja, kerana itulah yang sering kita dengar dan kaitkan dengan pejabat agama. Inilah peluang pejabat agama untuk keluar dari kepompong itu.

Jelas dari firman Allah yang saudara nyatakan, selidik dahulu berita-berita atau aduan-aduan yang diterima, takut-takut nanti tersilap langkah tertuduh pula kepada orang-orang yang tak bersalah.

Saya bersangka baik bahawa Dr Asri ada mengemukakan bukti bahawa terdapat hadis nabi yang melarang umat Islam mengintip dan mendedahkan keburukan peribadi seorang Muslim yang lain. Tidaklah itu bermakna kita menyetujui perbuatan mereka. Adakah sama kes menyelidik khalwat dan zina?

Saya tidak setuju jika ada istilah 'mencerca', 'menghina', 'melaknat' dan ada pula 'memandir' bila kita bercakap secara tidak mempersetujui antara satu sama lain. Adakah beliau menyatakan secara spesifik mana-mana ulama Sunnah sebagai 'bodoh', tolol' dan seperti itu.

Tak kiralah jika dia ada Phd atau tak belajar sekolah langsung, seseorang yang mengata tidak benar terhadap seorang Muslim lain takkanlah kita hendak setuju.

Azzikraa said...

Tidaklah salah 'menyelidik' untuk mengurangkan maksiat, tetapi dalam negara kita, saya percaya saudara sendiri mengakuinya, terlalu banyak perkara terang-terangan yang berlaku tapi tiada siapa yang sanggup nak selidik dan membanterasnya. Adakah seharusnya jabatan agama menggunakan banyak sumber-sumbernya untuk selidik kes-kes khalwat sahaja, kerana itulah yang sering kita dengar dan kaitkan dengan pejabat agama. Inilah peluang pejabat agama untuk keluar dari kepompong itu.

-----------

Sebab yang kita baca hanya dalam akhbar dan media masa.

Untuk tahu perkara yang lebih jelas, duduk dalam jabatan agama. Selusuri laman web mereka. Mungkin boleh langgani majalah yang diterbitkan oleh pihak terbabit. Baru kita keluar dari kepompong 'hanya pandai menuduh'.

WaLlahua'lam

mat penang said...

Saya rasa Ustaz Zamihan ni terpengaruh dengan gerakan Ahbash oleh Abdullah al-Harari ni.

Tak habis-habis sesatkan wahhabi.


"Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harari, Pengasas dan Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal dunia di Lubnan ketika umurnya 98 tahun. Kematian al-Harari tidak menghentikan perdebatan tentang keperibadiannya dan tentang kemunculan gerakan al-Ahbash ini yang dinamakan sebagai Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiah al-Islamiah. Al-Harari (Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M, seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab sebelum menetap di Lubnan pada tahun 1950M, beliau sering mengkafirkan para ulama umat Islam." (Akhbar al-Watan: Rabu 3 Ramadhan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil. 2896 tahun kelapan)

mohd said...

sy rasa tak wajar menuduh golongan tradisionalist ini sbg gerakan al-Ahbash. tapi mcmn pun golongan tradisionalist ini perlu muhasabah diri mrk, takut klu2 menyerupai akhlak kaum al-Ahbash yg mengkafirkan Ibn Tamiyyah & ulama2 silam. Nauzubillah minzalik.

mohd said...

Azzikraa said...
Sahabat yang lain sudah jelaskan, pengamalan dan pemahaman Islam di Malaysia ini senantiasa ditambah baikkan. Penambahbaikan yang dilakukan lebih cermat, lebih berhikmah.
+++++++++++++++++++++++++++

alhamdulillah, sama2lah kita melakukan penambahbaikan dan kembali kpd ajaran asal nabi Muhammad pesuruh Allah. bayangkan betapa indahnya dunia islam di Msia ini jika tiada lg org bertawassul di makam keramat Pulau Besar Melaka, tiada lg lafaz2 karut marut dlm berzanji marhaban, tiada lg umat islam yg bergantung harap kpd tangkal menangkal. Moga kita semua benar2 beriman & bertakwa semata2 hanya kpd Allah. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Amin Ya Allah.

Al-Humairah said...

Penatlah baca tak habis-habis bertengkar. Saya nak tahu betulkah Ustaz Zamihan tu dari kelompok Ahbash? Kalau tidak, dia perlu tulis artikel menafikan..

Azahari said...

Sdr Ab. Rahim,

Saya hrp sdr fhm pokok persoalan iaitu perkara2 yg disebutkan tlh ada perbahasannya, setuju atau tidak, ttp puak2 tertentu begitu mudah membidaahkannya, ini yg menjadi masalahnya. Mmg pun sy bersetuju bhw ada yg menjadikan tahlil khenduri itu sbg adat atau upacara agama, itu kita bicara bab lain. Tp adakah mengadakan khenduri tahlil itu bidaah ? Itu sj, jgnlh sdr berhujjah hal-hal yg bersangkutan dgnnya, selesaikan satu bab dulu.

Apabila puak2 yg 'terlalu' lantang membidaahkan bukan shj tahlil malahan yg lain2 sehinggakan bertegang leher yg menjurus kpd pergaduhan, apakah ini yg dimahukan?

Tiap sesuatu yg ditimbulkan pasti ada yg mempertahankannnya berdasarkan hujjah, tetapi siapa yg mulakan dulu dgn berkeras melalui corong2 media, masjid dsbnya dan sudah tentu yg mengamalkannya terasa hati, itu lumrah, bahkan puak2 ini pun akan terasa juga apabila kita berhujjah kembali. Bolehkah puak2 ini memberi jaminan bhw ianya benar2 bidaah?

Kita perlu berlapang dada, jgn penting pendapat sendiri shj, cuba tuan fikir, para ulama yg membincangkan perkara ini terlalu ramai cuma kita pilihlah mana yg bersesuaian...

Setelah kita pilih maka kita hormatilah pendapat lain semoga ALLAH memberi rahmat pada kita.

Azzikraa said...
This comment has been removed by the author.
Azzikraa said...

Assalamu'alaikum,

Saudara MOHD,

alhamdulillah, sama2lah kita melakukan penambahbaikan dan kembali kpd ajaran asal nabi Muhammad pesuruh Allah. bayangkan betapa indahnya dunia islam di Msia ini jika tiada lg org bertawassul di makam keramat Pulau Besar Melaka, tiada lg lafaz2 karut marut dlm berzanji marhaban, tiada lg umat islam yg bergantung harap kpd tangkal menangkal. Moga kita semua benar2 beriman & bertakwa semata2 hanya kpd Allah. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Amin Ya Allah.

-----------------

Kita sudah membahaskan perkara di atas. Anda boleh baca hujjah-hujjahnya. Dan tidak perlu lagi membuka persoalan khilafiyyah. Saya anggap perkara di atas yang anda timbulkan sudah selesai.

Saya sudah memberikan penjelasan dari pendapat para ulamak sendiri.

Tetapi terpulanglah sekiranya masih ada dalam fikiran anda yang suka membuat permusuhan sesama umat Islam dan suka minda tajdid yang bebal pada pemahaman.

Fahaman ahbash ? Wahhabi sebenarnya anti pada AHBASH, SYIAH dan MAJORITI ULAMAK DAN UMAT ISLAM.

Bila dilihat pada hujjah dan bukti yang ada di dalam blog ini, saya lihat Fahaman WAHHABI ada persamaan dengan AHBASH. Iaitu suka mengkafirkan umat Islam, menghukum sesat dan syirik pada majoriti ulamak Islam dan umat Islam.

Siapa boleh menafikan pendedahan dalam bukti yang telah dijelaskan di sini :

http://al-ghari.blogspot.com/2009/11/mengapa-fahaman-wahhabiy-mesti-ditolak.html

Saya melihat, MOHD ini sedang berusaha untuk memaksa orang lain menerima dan bertaqlid dengan pendapatnya.

Hafiz said...
This comment has been removed by the author.
Hafiz said...

para ahli sunnah sekalian berhati hati dalam mengambil info dari golongan wahabi tentang syekh Abdullah al Harari rahimahullah.

Wahabi banyak memesongkan fakta mengenai Syeikh Abdullah al Harari. Wahabi memang cuba sedaya upaya memfitnah Syekh Abdullah al Harari kerana mereka sangat takut penyelewengan mereka dalam perkara akidah dibongkar, harap berhati hati supaya anda tidak memfitnah.

Sebelum ni ada wahabi bernama abu syuaib terbukti menipu dan berdusta dalam menulis tentang syekh Abdullah al Harari.Lihat sini
http://jihadwahabi.blogspot.com/2008/02/pendustaan-abu-syuaib-dibongkar.html

Syekh Abdullah al Harari adalah muhaddits yang disegani, malah beliau dipuji oleh Tuan Guru Haji Hasyim Pasir Tumbuh, beliau juga dipuji oleh Syekh Nuruddin al Banjari dan ramai lagi ulama.

Beliau juga bersahabat baik dengan Syekh Yasin Padani serta Syekh Abdullah al Ghumari. Sila kaji semula memgapa mereka menentang wahabi? Bagi mereka yang faham akidah ahli sunnah wal jamaah tentu mereka dapat jawapannya..


Mengkafirkan wahabi?

Sedangkan Habib Munzir Musawa juga mengkategorikan wahabi yang mejisimkan Allah dan mentashbihkan Allah sebagai MUYSRIK!!! Adakah habib munzir musawa itu ahbash ?

Kalau begitu imam syafii , imam abu hanifah, imam malik dan ramai lagi ulama muktabar adalah ahbash kerana menghukumkan mujasim dan musyabih terkeluar dari Islam.

Teliti sebelum menulis.Jangan ambil sebarang maklumat terutamnya dari website wahabi kerana tiada kethiqahan.

Azzikraa said...

Saya pelik dalam blog bank ahbash ada nama ini :

http://bankahbash.blogspot.com/2008/01/fatwa-samahatu-al-syeikh-ibn-baz.html

Fatwa Samahatu al-Syeikh Ibn Baz Rahimahullahu Ta'ala Tentang Ahbash

Terhadap Kumpulan Al-AHBASH

Siapakah sheikh ben baz ini ?

Saya mendapat maklumat beliau ini juga menghukum sesat kepada Ikhwanul Muslimin, Imam hasan al banna dan juga dr yusof al qardhawi :

Rujuk fatwanya :

Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz: “Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”. (Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422

Siapakah antara ulamak dalam jemaah ikhwanul Muslimin ?

1. Dr Yusof al qardhawy
2. Dr Muhammad al Ghazali
3. Fathi Yakan
4. Seluruh jemaah Islam seperti PAS, JIM, ABIM - mereka menggunakan usul Imam Hasan al Banna.

Dan ramai lagi.

p/s : Sebenarnya siapakah di sebalik pembangun blog tersebut ? Saya yakin ada yang membawa fahaman wahhabi.

aryna said...
This comment has been removed by the author.
daus said...

saudara zamihan menulis: Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk ) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!.

HURAIAN: Rasulullah pernah bersabda: "Sesungguhnya barangsiapa yang hidup di antara kalian akan melihat perselisihan yang banyak." -apakah obat penyakit ini- beliau bersabda: "Wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafaurrasyidin setelahku, peganglah dan gigitlah dengan gigi geraham kalian, hati-hati kalian dari perkara yang diada-adakan karena semua perkara yang baru adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah adalah sesat."

dalam kes syafie diatas syafie bukanlah bertujuan berbeza pendapat, tetapi utk kembali kpd ajaran Islam yang lebih menghampiri konteks alQuran dan Sunnah. itulah tujuan mengistinbath hukum. Namun saudara Zamihan kerap memutarbelit fakta dan memeningkan pembaca. Saya lihat blog ini dipenuhi dgn fitnah dan penipuan namun bersembunyi disebalik luaran yg kelihatan islamic. Zamihan al ghari sangat bahaya.

uranicade said...

aik..si bebai daus ni buat buta kayu tak nampak pulak.yang ditulis ialah Imam Syafi'e tak pernah pun cakap gurunya iaitu Imam Malik buat perkara bidaah tetapi sebaliknya hanya mengomen kalau ada pendapat gurunya yang lemah.

yang sibebai puak wahabi pulak slalu cakap segala amalan bidaah sesat masuk neraka.padahal segala amalan mempunyai dalil.dua konteks berbeza daripada maksud Imam Syafi'e tu.dah tu tetiba plak dia nak buat ayat pening.

dah la tak hormat langsung sebut dengan nama Imam Syafi'e dgn tidak meletakkan gelaran Imam dihadapannya.dan kemudian berani betui buat fitnah terhadap beliau kan.

kira hang ni daus sama taraf dengan Imam Syafi'e la kan main panggil nama beliau macam tu saja.mana mazhab daus kat dunia ni tak pernah dengar pun...?

dengan ulama seperti Imam Syafie pun tak beradab dan dia boleh kurang ajar,apantah lagi nak harapkan puak wahabi bebai ni dengan orang awam yang lain.

daus said...

salam. sy x pernah pakai pun mana2 petikan karangan/tulisan apa shj dr muhammad bin wahab(pengasas wahabi). mcmana saudara boleh tuduh sy wahabi? jelas di sini saudara hanya berckp dgn membuta tuli.

Byk masalah dlm komen uranicade p sy akan try balas satu2.

pertama mmglah syafie xpernah ckp imam malik buat perkara bidah sbb imam malik dan imam syafie dihaluan yg sama,mengistinbath hukum utk umat islam. jadi x timbul soal bid'ah dalam berbeza pendapat selagi masih menggunakan mata pandangan alQuran n Sunnah. Tambahan pula dizaman syafie n maliki, menggarap ilmu itu sangat terbatas. tiada kemudahan telefon, internet, d sbgnya utk merungkai masalah. inilah punca berbeza pendapat mereka. imam syafie mungkin meneliti suatu masalah dgn lebih dlm berbanding imam malik. namun masih dlm konteks AlQuran n sunnah. Masalah bid'ah HANYA timbul jika tiada nas@dalil berkenaan suatu amalan namun amalan itu tetap diteruskan dgn harapan amalan ini mendekatkan diri kpd tuhan. inilah bid'ah. diharap dpt difahami.

kedua saudara menyatakan semua amalan2 ini dan itu ada dalil. dgn maksud semua amalan yang puak wahabi tolak mempunyai dalil utk diamalkan( yakni nas sahih dari rasul junjungan). ok sekarang sy minta saudara nyatakan dlm mana2 hadis nabi junjungan kita membenarkan amalan2 ini(amalan yg wahabi tolak).saya minta dalil/nas dr saudara.

ketiga soal panggilan imam. ini bukanlah isu besar kerana imam syafie manusia biasa dan gelaran imam bermaksud ketua. bukan fizikal/panggilan/jawatan n sebagainya yg harus kita teliti, tapi kata2 syafie itu sendiri. bukan fanatik dgn batang tubuh imam syafie. tiada kata2 yg lebih benar utk diikuti melainkan Nabi junjungan kita hatta imam syafie itu sendiri bukanlah maksum. namun kita sanjungi ketokohan beliau dan segala masalah yg timbul dlm kata2 beliau kerana berbeza dgn sunnah marilah kita sama2 kembali kpd kata2 Nabi Muhammad SAW.

bukan mahu gaduh. mahu islam yg suci sampai kpd pengetahuan semua. salam.

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum warahmatuLlah,

HURAIAN: Rasulullah pernah bersabda: "Sesungguhnya barangsiapa yang hidup di antara kalian akan melihat perselisihan yang banyak." -apakah obat penyakit ini- beliau bersabda: "Wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafaurrasyidin setelahku, peganglah dan gigitlah dengan gigi geraham kalian, hati-hati kalian dari perkara yang diada-adakan karena semua perkara yang baru adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah adalah sesat."

-------

Jika difahami secara zahir hadith ini, maka khulafa' ur rasyidin adalah Saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali RadiyaLlahu 'anhum. Dan tidak boleh berpegang dengan apa sahaja pendapat sahabat yang lain, dan juga selepas mereka iaitu ulamak-ulamak yang hidup di zaman salafussoleh, serta ijtihad yang berkaitan ibadah. (jika inilah fahaman yang digunakan oleh Daus).

Tetapi kefahaman yang lebih jelas sebenarnya Allah telah menyuruh kita untuk bertanya dengan orang yang lebih mengetahui sekiranya tidak tahu sebagaimana yang telah disuruh ALlah dalam surah an Nahl ayat 43.

Memahami persoalan bid'ah yang sempit pada pemahaman Daus akan menyebabkan hukuman bid'ah sesat kepada lebih ramai lagi ulamak Islam dan para salafussoleh juga termasuk ulamak mujtahid yang dibenarkan untuk berfatwa oleh RasuluLlah dalam perkara ibadah. (bukan ibadah khusus yang telah berlaku ijmak dan qot'ie).

Antara contoh ijtihad dalam ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh RasuluLlah dan khulafa' ar rasyidin tetapi dilakukan oleh para sahabat dan juga salafussoleh serta ulamak mujtahid :

1. Jumhur ulama mengharuskan dua solat sunat yang bersebab pada waktu yang makruh diqiyaskan dengan solat sunat selepas Zohor yang diqadha' oleh RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam selepas Solat Asar ( Lihat al Nawawi, Syarah sahih Muslim: 6/111)

2. Sebilangan besar pada ulama berpendapat, menyapu tangan sampai ke siku ketika tayammum adalah wajib diqiyaskan dengan membasuh kedua tangan ketika berwudhuk. (Lihat Mughni al Muhtaj:1/99 dan al Mughni: 1/204)

3. Bagi ulama yang berpendapat bahawa solat sunat sebelum Solat Jumaat adalah sunat muakkad mengqiyaskan dengan solat sunat sebelum Zohor. Manakala sebilangan ulama lain di antaranya Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpendapat bahaya ia adalah sunat (sunat mutlak bukannya sunat muakkad) mengqiyaskannya dengan solat sunat hari raya yang tidak ada solat sunat (muakkad) sebelum solat tersebut. ((Al Fatawa: 24/194)

4. Sesetengah ulama bermazhab Hanafi mengqiyaskan air yang banyak yang tidak terjejas apabila jatuh najis ke dalamnya dengan air laut dari segi banyaknya. (al Mushili, al Ikhtiyar: 1/14)

IbnuNafis said...

5. Para ulama bermazhab Hambali mengharuskan ganti dengan memberi makanan sebagai kaffarat bunuh (yang tidak sengaja), kerana mengqiyaskannya dengan kaffarat zihar dan kaffarat jimak pada siang hari Ramadhan (Al Mughni: 8/97)

6. Menurut Imam Ahmad dalam satu riwayat daripadanya, dibasuh setiap benda yang terkena najis sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan air tanah, kerana beliau mengqiyaskannya dengan sesuatu yang terkena najis anjing atau babi (Al Mughni: 1/54-55)

7. Menurut Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, diwajibkan berdiri sekadar yang termampu bagi sesiapa yang tidak mampu berdiri dengan sempurna ketika solat samada kerana ketakutan atau kerana atap hendak roboh diqiyaskan dengan hukum berdiri seorang yang bongkok. (Al Mughni: 2/144)

8. Imam Malik berpendapat, diharuskan melewatkan solat bagi mereka yang ketiadaan air diqiyaskan dengan seorang perempuan yang kedatangan haid yang diharuskan melewatkan solatnya (al Mughni: 1/250)

9. Imam Abu Hanifah dan Imam asy Syafie berpendapat, sah tayammum bagi seorang yang berhadas besar dengan niat mengangkat hadas kecil diqiyaskan dengan sahnya wudhuk selepas membuang air kecil atau besar (walaupun tanpa niat untuk mengerjakan solat). (Al Mughni: 1/267)

10. Imam Malik membolehkan qadha' solat malam yang terluput, iaitu dikerjakannya selepas terbit fajar sebelum solat Subuh diqiyaskan dengan solat witir. Tetapi ini adalah salah satu pendapat Imam Malik berhubung dengan masalah ini. (al Mughni:2/120)

11. Imam Abu Hanifah, Ath Thauri dan Al Auza'ie membolehkan lewat solat bagi mereka yang tidak menemui air dan tanah sehinggalah menemuinya, kemudian mengqadha'nya diqiyaskan dengan melewatkan puasa bagi wanita yang kedatangan haid (Al Mughni: 1/267)

12. Ibnu Umar radiyaLlahu anhu berpendapat, solat Sunah Dhuha tidak digalakkan di dalam syariat Islam melainkan bagi mereka yang tiba dalam permusafiran. Beliau hanya mengerjakannya ketika tiba di Masjid Quba. Ini diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Mauriq katanya :

"Aku pernah bertanya kepada Ibnu Umar RadiyaLlahu 'anhu." Adakah kamu bersolat Dhuha? Beliau menjawab "Tidak", Aku bertanya lagi "Adakah Umar mengerjakannya?" Beliau menjawab "Tidak". Aku bertanya lagi " Abu Bakar?" Jawabnya: "Tidak" Aku bertanya lagi: "RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam?" Jawabnya "Aku tidak pasti".



Menurut al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani:

"Sebab tawaqqufnya Ibnu Umar pada masalah itu kerana beliau pernah mendengar daripada orang lain bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah mengerjakannya tetapi beliau tidak begitu mempercayai perkara itu daripada seorang yang menyebut kepadanya.".



Maka, beliau menganggap solat Dhuha adalah di antara bid'ah yang baik sepertimana yang diriwayatkan oleh Mujahid daripada beliau (Ibnu Umar).

Menurut Al A'raj:

“Aku pernah bertanya Ibnu Umar berkenaan Solat Sunah Dhuha? Beliau menjawab: “Ia adalah bid’ah dan sebaik-baik bid’ah”

. (Fath al Bari: 3/52)

Saya yakin dan pasti, jika digunakan kefahaman daus - para sahabat, ulamak salafussoleh dan ramai lagi ulamak mujtahid dihukum sesat berdasarkan hadith yagn diquotenya (atas pemahaman yang jahil)

IbnuNafis said...

tiada kata2 yg lebih benar utk diikuti melainkan Nabi junjungan kita hatta imam syafie itu sendiri bukanlah maksum.

-----

Dengan ini pendapat Daus yang tidak maksum malahan jahil saya tolak terus.

Pendapat imam Syafie yang berstatus MUJTAHID MUTLAQ samada benar atau salah ijtihadnya akan dapat pahala. Dan beliau tidak berdosa. Dan kita sebagai orang awam tidak berdosa bila mengikut pendapat Imam Syafie serta ulamak mujtahid, ulamak yang mengikuti mereka ini sehingga sampailah kepada kita sekarang ini.

Tiada siapa yang berhak untuk mengatakan pendapat ulamak mujtahid ini salah dan benar sehingga diputuskan sendiri oleh ALlah di akhirat nanti.

Bahkan jelas, Imam Syafie hidup di zaman salafussoleh serta tidak menghalang untuk anak muridnya menyebarkan ilmunya serta diamalkan.

Adakah anda sudah setaraf dengan Imam Syafie Daus ? Berapa ratus ribu hadith yang anda sudah hafaz dan sudah cukupkah disiplin ilmu yang anda ikuti sekarang ini dalam menguasai al Quran dan Hadith ?

Terima kasih.

Pencinta Ilmu said...

Teruskan berjihad menyampaikan kebenaran. Membetulkan fahaman mujassimah yg silap, membetulkan fahaman semua perkara bid'ah adalah sesat, membetulkan fahaman bahawa isme politik, ekonomi dari barat adalah sesuai dgn zaman moden, membetulkan ustaz2 yg dok sibuk mengajak org ramai tak buat itu dan ini kerana katanya bukan sunnah walhal dia tak tahu dalil dan kaedah keluarkan hukum... Teruskan tapi 'dan bermujadalahlah tapi dgn cara terbaik'.. Alhamdulillah dah ramai yg mengaku silap berhukum dgn apa yg dia tak tahu.. :)

daus said...

Ibnu Nafis menulis: Tetapi kefahaman yang lebih jelas sebenarnya Allah telah menyuruh kita untuk bertanya dengan orang yang lebih mengetahui sekiranya tidak tahu sebagaimana yang telah disuruh ALlah dalam surah an Nahl ayat 43. __________________

Salam. Terjemah-Dan Kami tidak mengutus sblm kamu, kecuali orang-orang lelaki yg Kami beri wahyu kepada mereka;maka bertanyalah kpd orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui(an-Nahl 43)

Benar Allah menyuruh bertanya. Tetapi dlm ayat tersebut Allah mnyuruh utk bertanya HANYA kpd org yg tahu. tujuannya jelas, agar x tertipu dengan hujah org2 yg jahil. Saya lihat Ibnu Nafis kerap membelakangkan hadis sahih dari Rasulullah dan cuba utk menunjukkan adanya ibadah lain walaupun nabi x buat HANYA KERANA ada imam besar yang buat.Jelas sekali setujunya ibn nafis thdp ibadah itu datangnya dari persangkaan(rasa2) sahaja. tiada dalil sahih dari mana2 riwayat Rasulullah. Allah berfirman-

Terjemah-Katakanlah: “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan mereka yang paling rugi amalannya? (Iaitu) mereka yang telah sia-sia kerja buatnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka (dengan akal sendiri) bahawa mereka melakukan amalan yang baik”. (Surah al-KahfI: 103-104).

"Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-menduga sahaja". (QS. Al Jasiyah, 45:24

BUKANKAH LEBIH MUDAH MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH BERBANDING MEMIKIRKAN BOLEH-X BOLEH UTK AMALKAN SUATU IBADAH WALAUPUN NABI X BUAT KERANA ADANYA IMAM BESAR@MUJTAHID YG MELAKUKANNYA? ini kerana agama itu sudahpun SEMPURNA pada zaman rasulullah.Bermaksud bagaimana agama pada zaman rasulullah maka begitulah agama dizaman skrg, dan apa yg bukan dan x nabi tunjuk maka tiadalah ianya dikira agama sampai bila2.

Terjemah- Pada hari ini telah KuSEMPURNAKAN untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu(Al-Maidah 5:3)

Lebih2 lagi bab ibadah.kerana agama adalah milik mutlak Allah dan x boleh ditambah campur dgn rasa2 boleh oleh manusia. Jika ibadah agama itu ditambah campur dgn ibadah yg nabi x tunjuk, maka jadilah ia spt agama islam yg nabi isa bawa dahulu, ditokok tambah akhirnya terpesong dan menjadi agama baru(kristian). Bukankah mengikuti ajaran Rasulullah itu sudah cukup sempurna? Tidak perlu lg utk fikir boleh-x boleh buat satu ibadah yg nabi x buat hanya kerana ada imam besar buat, kerana Islam sudah sempurna dizaman nabi. Maka tiap tambahan dlm ibadah itu jelaslah bid'ah. melainkan adanya dalil sahih boleh utk dilakukan drpd rasulullah. usah peningkan kepala. balik kepada asas RUJUKAN alQuran dan assunnah.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (dalil yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (surah al-Nisa 115).

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kepada apa yang telah diturunkan Allah dan kepada Rasul, maka mereka menjawab: Cukuplah kami meniru apa yang kami jumpai pada nenek-nenek moyang kami; apakah (mereka tetap akan mengikutinya) sekalipun nenek-nenek moyangnya itu tidak berpengetahuan sedikitpun dan tidak terpimpin?" (al-Maidah : 103-104)

daus said...

IBN NAFIS MENULIS- Pendapat imam Syafie yang berstatus MUJTAHID MUTLAQ samada benar atau salah ijtihadnya akan dapat pahala. Dan beliau tidak berdosa. Dan kita sebagai orang awam tidak berdosa bila mengikut pendapat Imam Syafie serta ulamak mujtahid, ulamak yang mengikuti mereka ini sehingga sampailah kepada kita sekarang ini. --------------------------------- memanglah x berdosa jika mengikut pandangan imam mujtahid tetapi apa yg saya ingin sampaikan ialah apabila adanya dalil berdasarkan AlQuran n Sunnah utk suatu masalah maka ianya lebih kuat berbanding pandangan seorang imam mujtahid. Benar kata2 saya juga tidaklah semestinya benar namun saya mengeluarkan dalil AlQuran n Sunnah dlm tiap hujah saya. tidak dicampur dgn persangkaan saya untuk boleh-xboleh suatu ibadah.

Firman Allah- Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisaa', 4:59)

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (dalil yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (surah al-Nisa 115).

Dalam hujah saya tidaklah pernah saya merendahkan mana2 imam besar spt tuduhan ibn Nafis yg pendek akal. Bg sy sumbangan mereka sangat besar & mrk sgt2 sy hormati namun menjadi imam besar bukanlah syarat utk tidak melakukan kesilapan. Hatta IMAM2 INI TURUT MENYEBUT AGAR TIDAK DIIKUTI BULAT2 KATA2 MEREKA KERANA BIMBANG AKAN KESILAPAN SBG SEORANG INSAN. DAN MEREKA BERPESAN HANYA BOLEH IKUT2 BULAT2 KATA2 RASULULLAH KERANA BAGINDA ADALAH WAKIL ALLAH YG SAH.

"Berkata Imam as-Syafie: Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan qaulku (kata-kataku)".] Lihat: اعلام الموقعين (17) Ibn Qaiyyim al-Jauzi.

Imam ahmad bin Hambal berkata: “Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

Imam Syafie r.h berkata:‘‘Apabila hadis itu sahih, itulah mahabku.” Tambahnya lagi: “Umat Islam telah berijmak, tidak boleh meninggalkan sesuatu yang telah pasti dan menepati sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan semata-mata berpegang pada pendapat seseorang.”Lihat: اعلام الموقعين (17) Ibn Qaiyyim al-Jauzi.

Imam Abu Hanifah berkata: “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam Malik berkata: “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

wallahu'alam...

IbnuNafis said...

Semua hujjah2 ini telah dijawab. Dan ia digunakan bukan untuk orang awam. Anda patut belajar siapakah yang mengambil kalam ulamak tersebut. Adakah terdiri dari orang awam sendiri ? Beliau adalah Ibnu Abdil Barr, Ibnu Qayyim. Takkan anda tak kenal latarbelakagn mereka dan apa disiplin ilmu mereka. Adakah mereka ini orang awam macam anda ? yang hanya pandai ambil sikit-sikit tanpa mengetahui latar belakang dan disiplin ilmu mereka ?

Sebab itu saya bertanyakan kepada mereka yang kononnya seolah-olah sudah hebat dalam bahasa arab, al Quran dan hadith. Apa kelayakan anda untuk mengeluarkan hukum ?

Anda sudah kuasai bahasa arab daus ? Ulumul Quran dan Hadith Daus ? Harapnya DAUS dapat menjawab lah ye.

Dr Yusof al Qardhawy yang mengikuti Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dan lebih kenal manhaj mereka (tetapi bukan taksub dan taqlid buta) sendiri sudah menerangkan mengenai peri pentingnya disiplin ilmu, dan jangan bermudah-mudah mengeluarkan hukum tanpa mengetahui ilmu alat.

Tuduhan anda :

Saya lihat Ibnu Nafis kerap membelakangkan hadis sahih dari Rasulullah dan cuba utk menunjukkan adanya ibadah lain walaupun nabi x buat HANYA KERANA ada imam besar yang buat.Jelas sekali setujunya ibn nafis thdp ibadah itu datangnya dari persangkaan(rasa2) sahaja. tiada dalil sahih dari mana2 riwayat Rasulullah. Allah berfirman-

--------

Siapa yang lebih dekat zamannya dengan RasuluLlah. Anda kah atau imam-imam besar yang mempunyai disiplin ilmu tersebut ? Apa anda tidak terbaca bahawa kurun yang terbaik selepas RasuluLlah adalah kurun siapa ?

Dan kemudian anda gunakan ayat al Quran lagi sebagai dalih untuk membenarkan perbuatan anda sendiri iaitu di gunakan Surah
surah al-Nisa 115, Adakah surah An Nahl itu bukan dari Al Quran ?

Kemudian anda gunakan pula ayat al Quran (memang ayat ini selalu digunakan oleh golongan wahhabi/salafi yang berlagak seperti mujtahid untuk menghukum sewenang-wenangnya kepada umat Islam)

iaitu :


Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kepada apa yang telah diturunkan Allah dan kepada Rasul, maka mereka menjawab: Cukuplah kami meniru apa yang kami jumpai pada nenek-nenek moyang kami; apakah (mereka tetap akan mengikutinya) sekalipun nenek-nenek moyangnya itu tidak berpengetahuan sedikitpun dan tidak terpimpin?" (al-Maidah : 103-104)

------------

Sejak bila Imam-imam yang muktabar itu tidak berpengetahuan berbanding dengan diri anda ? Adakah anda tahu bahawa ayat ini diturunkan untuk siapa sebenarnya ? Adakah untuk umat Islam yang beriman yang mengikut pemahaman ulamak yang menguasai disiplin ilmu dan lebih selamat berbanding diri anda sendiri ?

Setahu saya ayat ini ditujukan bukan untuk umat islam. Bahkan ia diturunkan kepada orang kafir. Mengapa anda berani menggunakan ayat ini untuk umat Islam dan ulamak islam yang beriman tersebut ?

IbnuNafis said...

Lihatlah bila orang yang jahil pun hendak berbicara tentang hukum sehinggakan berani menggunakan ayat al Quran yang sepatutnya untk orang kafir musyrikin tetapi telah digunakan untuk orang Islam yang beriman.

Nampaknya sudah ada bibit-bibit khawarij yang dibawa oleh Daus ini :

Tersebut dalam kitab Hadith Bukhari, bahawa sahabat Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam, bahawa sahabat Nabi Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu berpendapat, bahawa orang-orang khawarij dan i'tiqadnya adalah orang-orang yang paling buruk. Kami nukilkan di bawah ini apa yang disebut dalam Kitab Bukhari yang bererti :


Dan adalah sahabat Nabi Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu berpendapat bahawa makhluk ALlah yang paling jahat, mereka mengambil ayat-ayat al Quran yang sebenarnya turun untuk orang kafir, tetapi digunakannya kepada orang Mukmin

(Fathul Bari XV halaman 313), Sahih Bukhari no 6531.

Dalam menerangkan perkataan Ibnu Umar ini, Imam Ibnu Hajar Asqalani menyatakan bahawa dalam hadith yang dirawikan oleh Imam Tabari menerangkan bahawa seorang Asyaj bertanya kepada Nafi'i - bagaimana pendapat Ibnu Umar tentang orang-orang Khawarij yang berkumpul di Hururiyah? AbduLlah bin Umar menjawab,

bahawa mereka adalah makhluk yang paling buruk, kerana mereka menggunakan ayat-ayat al Quran yang sebetulnya menerangkan hal-hal orang kafir dan digunakannya kepada orang Mukmin


(Fathul Bari Juzuk 15 halaman 313)

IbnuNafis said...

Saya berlindung dari Daus dan orang yang sepertinya ini yang benar-benar telah melanggar hadith dan sunnah RasuluLlah iaitu walaupun tiada dasar ilmu dan kemudian berani ingin berfatwa. Sedangkan sudah banyak contoh diberikan bagaimana para sahabat dan para ulamauk salafussoleh tidak berani untuk berfatwa perkara yang tidak mereka ketahui.

Pandai pula si DAUS ini menggunakan perkataan ibnu Qayyim, Imam Syafie serta ulamak lain. Dan kemudian selepas itu menghina ulamak-ulamak mujtahid mutlaq dengan mengatakan mereka ini bersangka-sangka dalam mengistinbat hukum. Sedangkan mereka mengeluarkan hukum itu semuanya dengan ijtihad berdasarkan penguasaan mereka di dalam DISIPLIN ILMU.

Jika anda jahil dalam usul feqh, disiplin ilmu paling kurang tahulah untuk belajar merendahkan diri.

Anda salah mengeluarkan hukum, anda adalah berdosa berlainan dengan ulamak mujtahid yang mendapat pahala samada tersilap atau tidak. Apa jaminan untuk anda yang tiada disiplin ilmu ?

Takkan menolak hadith RasuluLlah yang bererti :

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saya berlepas diri dari DAUS ini. Sudahlah persoalan yang saya timbulkan tidak dapat dijawab. Kali ini berani pula menghukum ulamak dan umat Islam dengan menggunakan ayat al quran yang sepatutnya untuk kafir musyrikin.

Na'uzubiLlahi min zalik.

p/s : patutnya DAUS anda tidak perlu gunakan satupun perkataan ulamak-ulamak salaf mahupun ibnu qayyim tersebut. Memandangkan anda sudah mengatakan begini :

BUKANKAH LEBIH MUDAH MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH BERBANDING MEMIKIRKAN BOLEH-X BOLEH UTK AMALKAN SUATU IBADAH WALAUPUN NABI X BUAT KERANA ADANYA IMAM BESAR@MUJTAHID YG MELAKUKANNYA?

----

Malulah pada diri anda sendiri wahai DAUS, dalam perkara tertentu anda gunakan kalam ulamak. Dan kemudian dalam perkara yang lain anda melekehkan ilmu mereka kerana kejahilan anda sendiri dalam disiplin ilmu. Inilah salah satu contoh orang yang berlagak ingin menjadi mujtahid walaupun jahil dalam disiplin ilmu. Jelasnya sekiranya anda meneruskan juga perbuatan anda ini tanpa disiplin ilmu - anda telah melanggar amaran RasuluLlah.

daus said...

Ibnu Nafis menulis: Semua hujjah2 ini telah dijawab. Dan ia digunakan bukan untuk orang awam.
-------------------------------
Bukan utk org awam? Maka adakah agama hanya utk golongan tertentu? Inilah yg berlaku dizaman revolusi perancis apabila berlaku pertembungan agama dan kemajuan. Apabila wujud pemikiran seperti ini maka agama itu dipandang sbg cerita karut dan penipuan golongan atasan kepada org awam atas tujuan tertentu. Agama itu utk semua. Bukan utk kamu sahaja ibnNafis. Jikalau kamu benar, biarlah semua mengerti akan kebenaran itu. Bukan golongan "tertentu" sahaja.


Ibnu Nafis menulis: Apa kelayakan anda untuk mengeluarkan hukum ?...... Yusof al Qardhawy yang mengikuti Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dan lebih kenal manhaj mereka (tetapi bukan taksub dan taqlid buta) sendiri sudah menerangkan mengenai peri pentingnya disiplin ilmu, dan jangan bermudah-mudah mengeluarkan hukum tanpa mengetahui ilmu alat.
----------------------------
Persoalan saya adakan saya mengeluarkan hukum? Adakah sy menyatakan suatu perkara yg berbeza dgn AlQUran dan sunnah? Sila nyatakan kalau ada. Nauzubillah. Byk benar tuduhan Ibn Nafis kpd saya. seolah2 langsung tiada kesamaan pemahaman dlm agama yg kita anuti. Biasalah, inilah pejuang islam yg dicari2. Merasakan dirinya paling benar dan tiada yg lebih benar.Sy juga seperti kamu ibnunafis, menggunakan bahan rujukan, namun sy memilih yg lebih hampir konteks pemahamannya kpd AlQuran dan Sunnah. Yg tidak memilih bulu. Yang JELAS sahih dan merupakan amalan rasul junjungan kita. adakah ini salah seperti tuduhan ibnNafis?


IbnNafis menulis:
Dan kemudian anda gunakan ayat al Quran lagi sebagai dalih untuk membenarkan perbuatan anda sendiri iaitu di gunakan Surah
surah al-Nisa 115, Adakah surah An Nahl itu bukan dari Al Quran ?
----------------------------------
Persoalan saya membenarkan perbuatan apa? Adakah saya menyeru kpd sesuatu yg bercanggah dgn AlQuran n Sunnah? Jika dibanding kamu lebih membelakangkan Sunnah kerana lebih cenderung kpd ibadah selain yg nabi tunjuk.


IBN Nafis menulis: Sejak bila Imam-imam yang muktabar itu tidak berpengetahuan berbanding dengan diri anda ?
----------------------------
Adakah sy menyatakan mana2 Imam muktabar ini tidak berpengetahuan? lebih2 lg berbanding saya yg kerdil ini? sila tunjukkan mana tulisan saya yg menyatakan sedemikian. Saya hairan terhadap tuduhan2 kamu. Penuh dgn tokok tambah dan kelihatan berunsurkan emosi dan bukan atas dasar ilmu. Tolong jangan menipu. Saya x pernah menghina mana2 imam besar sedemikian rupa. Kata2 kamu sangat keji.

IbnNafis menulis: Nampaknya sudah ada bibit-bibit khawarij yang dibawa oleh Daus ini
----------------------------------------------
Ini adalah 1 tuduhan. Kenalkah kamu ciri2 khawarij? Mereka adalah golongan kuat ibadat namun gemar membelakangkan ajaran AlQuran dan kata2 nabi.

“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Namun mereka membaca al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Khawarij itu kata2nya kedengaran sangat benar. Sebenar2 kata2. Namun hakikatnya kosong. Tiada input. Dan bercanggah dgn ajaran Islam(AlQuran dan Sunnah).

“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).

Jika diteliti, kamu yang lebih berbaur khawarij.

daus said...

dalam komen terakhir ibnNafis banyak sekali menipu.

IbnNafis menulis: Saya berlindung dari Daus dan orang yang sepertinya ini yang benar-benar telah melanggar hadith dan sunnah RasuluLlah iaitu walaupun tiada dasar ilmu dan kemudian berani ingin berfatwa.
-----------------------------
saya tidak berfatwa/membuat hukum. Saya cuma bercakap berdasarkan dalil AlQuran dan Sunnah. Saya cuma menjelaskan apa yg nabi buat dan apa yg nabi x buat. Padahal kamulah yg kerap mengeluarkan hukum yg tiada dlm AlQuran n Sunnah dan membenarkan ibadah yg nabi x buat.

Saya tawar hati utk menjawab tulisan ibnNafis yg bawah2 lagi kerana kata2 kamu sangat kosong. Mungkin kamu x faham mengenai ulamak. Nabi pernah berkata ULAMAK pewaris nabi. PEWARIS NABI BERMAKSUD MEWARISI SEMUA KATA2, PERBUATAN,AMALAN NABI. Jika org tertentu dipanggil ulamak, namun membawa ajaran yg bukan dari nabi, bukanlah dia dipanggil pewaris nabi.

Apa yg saya utarakan ini HANYA utk PEMAHAMAN IbnNafis yg sempit. Sy tidak mengkritik mana2 ulamak, kerana saya tahu ulamak2 yang solleh telah berusaha mengistimbath hukum dgn sebaik2 usaha. Bukan seperti IbnNafis yg hanya tahu berckp kosong, memfitnah dan terus menuduh dan menuduh.

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum,

Kata DAUS :

Bukan utk org awam? Maka adakah agama hanya utk golongan tertentu? Inilah yg berlaku dizaman revolusi perancis apabila berlaku pertembungan agama dan kemajuan. Apabila wujud pemikiran seperti ini maka agama itu dipandang sbg cerita karut dan penipuan golongan atasan kepada org awam atas tujuan tertentu. Agama itu utk semua. Bukan utk kamu sahaja ibnNafis. Jikalau kamu benar, biarlah semua mengerti akan kebenaran itu. Bukan golongan "tertentu" sahaja.

--------

1. Mungkinlah anda ini terlebih cerdik,urusan agama berkaitan hukum hakam semuanya adalah atas urusan ulamak yang berkelayakan untuk mengistinbatkannya. Sebab itu saya tegur dari awal lagi dan saya jelaskan melalui ayat al Quran surah an Nahl ayat 43 tersebut.

Saya mengajak anda untuk belajar mengikut disiplin ilmu, sebagaimana yang sudah dijelaskan dalam blog ustaz Zamihan ini dari artikel ini hinggalah artikel yang terkini. Betapa pentingnya disiplin ilmu.

2. Tetapi bila makin diajar, nampaknya anda makin tak belajar. Bila saya tanya kefahaman tentang hadith bid'ah tersebut. ANDA SENDIRI KONAR BARING TAK DAPAT JAWAB. Kerana anda berpegang pada hadith zahir sahaja. Ini menunjukkan kejahilan anda sendiri dalam hadith tersebut.

3. Dan bila saya datangkan contoh yang dibuat sendiri oleh para salafussoleh dan para sahabat ijtihad dalam ibadah yang tiada dicontohkan oleh RasuluLlah, anda pun kata saya ikut berdasarkan sangkaan pula. Sedangkan dari awal lagi saya dah katakan bahawa pemahaman anda dalam hadith bid'ah itu adalah salah.

Dengan hadith itu menyebabkan anda boleh menghukum para sahabat dan salafussoleh itu sesat.

anda bawak pulak perkataan ulamak untuk menguatkan pandangan anda supaya boleh beramal dengan al Quran dan Sunnah walaupun jahil dengan disiplin ilmu. Lalu anda datangkan perkataan dari kalam ulamak-ulamak tersebut. Sedangkan anda sendiri latarbelakang yang berkata itu sendiri. Anda tak kaji disiplin ilmu mereka. Dan mereka itu sendiri ikut mazhab. Imam Syafie sebelum menjadi mujtahid mutlaq, beliau adalah anak murid Imam Malik bin Anas dan mengembangkan mazhab Maliki dan kemudian baharu mengasaskan mazhab Syafie.

---------

Daus - anda lihat apa yang anda sebutkan sebelum ini :

Saya lihat Ibnu Nafis kerap membelakangkan hadis sahih dari Rasulullah dan cuba utk menunjukkan adanya ibadah lain walaupun nabi x buat HANYA KERANA ada imam besar yang buat.Jelas sekali setujunya ibn nafis thdp ibadah itu datangnya dari persangkaan(rasa2) sahaja.

jawapan saya :

Lihat tuduhan anda sendiri, anda menuduh saya membelakangkan hadith sahih ? Saya memberikan pandangan semuanya dari pemahaman ulamak yang pakar dalam hukum dan menguasai disiplin ilmu dari Bahasa Arab, al Quran dan Sunnah.

Bila saya datangkan hadith sahih mengenai khawarij, apa sendiri kata anda ? Bukankah anda sendiri menggunakan ayat al Quran untuk membuat penuduhan kepada mereka yang mengikut para ulamak ? IJTIHAD dalam ibadah itu sendiri adalah tambahan dalam ibadah yang tidak dibuat oleh RasuluLlah (bukan berkenaan ibadah khusus).

Saya berikan contoh-contoh ijtihad dalam ibadah.

IbnuNafis said...
This comment has been removed by the author.
IbnuNafis said...

Kemudian DAUS berhujjah begini :

Lebih2 lagi bab ibadah.kerana agama adalah milik mutlak Allah dan x boleh ditambah campur dgn rasa2 boleh oleh manusia. Jika ibadah agama itu ditambah campur dgn ibadah yg nabi x tunjuk, maka jadilah ia spt agama islam yg nabi isa bawa dahulu, ditokok tambah akhirnya terpesong dan menjadi agama baru(kristian). Bukankah mengikuti ajaran Rasulullah itu sudah cukup sempurna? Tidak perlu lg utk fikir boleh-x boleh buat satu ibadah yg nabi x buat hanya kerana ada imam besar buat, kerana Islam sudah sempurna dizaman nabi. Maka tiap tambahan dlm ibadah itu jelaslah bid'ah. melainkan adanya dalil sahih boleh utk dilakukan drpd rasulullah. usah peningkan kepala. balik kepada asas RUJUKAN alQuran dan assunnah.

-----

ANDA NAMPAK APA YANG ANDA TULISKAN SENDIRI? Sebagai jalan untuk menuduh Imam-imam besar yang berkelayakan untuk berijtihad tersebut (dimana amalan yang diijtihadkan diikuti oleh umat Islam). Lantas anda kaitkan dengan Kristian ? Sejak bila Imam-imam besar itu sama ajarannya dengan agama kristian yang jelas kafir itu dan menggunakan hujjah injil lalu dibuat hukum ?

Bukankah sudah dijelaskan dari awal, ulamak mujtahid mutlaq itu sumbernya adalah dari al Quran dan Sunnah, dan mereka ini lebih memahami al Quran dan Sunnah dari anda sendiri ?

Bid'ah bagi pemahaman anda dah memang jelas iaitu SESAT. Jadi anda sendiri menghukum Imam-imam ini melakukan kesesatan. Sudah jelas lagi bersuluh. Anda sendiri tulis kemudian TIDAK MENGAKU PULA !.

Selepas itu anda gunakan pula ayat al Quran ini untuk mengukuhkan hujjah anda yang dangkal itu :

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kepada apa yang telah diturunkan Allah dan kepada Rasul, maka mereka menjawab: Cukuplah kami meniru apa yang kami jumpai pada nenek-nenek moyang kami; apakah (mereka tetap akan mengikutinya) sekalipun nenek-nenek moyangnya itu tidak berpengetahuan sedikitpun dan tidak terpimpin?" (al-Maidah : 103-104)

Lalu saya katakan bahawa ayat ini adalah untuk orang KAFIR MUSYRIKIN. Mengapa pula anda gunakan ia untuk umat Islam yang mengikut IMAM-IMAM BESAR YANG BERIMAN KEPADA ALLAH TERSEBUT ?

Sedangkan ia jelas-jelas dari hadith sahih menyebutkan ia adalah perbuatan KHAWARIJ!.

Anda baca balik hadith sahih tersebut.

Kemudian anda mengatakan saya menokok tambah ? Sedangkan anda sendiri yang membawa pertuduhan tersebut ?

WaLlahua'lam

daus said...

lantak kau la ibnuNafis. makin diajar makin bodoh. balik2 guna tuduhan sama. x berasas.

sy bg contoh bhw imam2 besar pernah melakukan kesilapan dlm fatwa mereka.Bahkan sesetengah riwayat ada menunjukkan mereka x tahu beberapa perkara penting dlm urusan agama.

Albani pernah tersilap membuat fatwa agar org2 palestin keluar secara total dari bumi palestin. Kita tahu jika semua keluar maka mudahlah israel menawan palestin.

Saidina Umar pernah tersilap ketika membuat tajassus.

Dalam kitab Ihya ‘Ulum karangan al-Imam al-Ghazali, beliau memuatkan sejumlah hadis batil yg diambil dr golongan sufi. padanya banyak hadis yang gharib, munkar, dan palsu.

Saidina abu Bakar pernah tidak tahu mengenai pembahagian harta pusaka kepada nenek.

Dr Yusuf al-Qaradawi pernah mengkritik fahaman kita tentang pemahaman zakat di Malaysia melalui ijtihad as-shafie.Mazhab al-Syafi’i tidak mewajibkan melainkan apa yang menjadi makanan asasi sahaja, dan tidak selain itu.

ulama seperti al-Imam Hasan bin ‘Ammar al-Syurunbulali (meninggal 1069H) menyebut dalam kitabnya Maraqiy al-Falah menambah ciri-ciri lain yang tidak disebut oleh hadis sehingga kedengaran tidak logik.

banyak lg KEKHILAFAN dlm ijtihad2 mujtahid besar kita. Bukan sy menuduh mereka sesat, cuma mereka tersilap. yg IbnuNafis x habis2 mereka lebih pandai dr saya la apa la. Lepas tu pusing2 lari dr topik. Bgtau sy x hormat la apa la. Yang silap silap la. Sy tetap menghormati ijtihad mereka. paling teruk jika berkeras xnak ubah kesilapan. biar ditakok lama. BODOH. Kembali lah kpd ajaran kalau tau ada khilaf dikalangan ulamak.

Kamu ingat tokoh2 besar x pernah dituduh sesat seperti kamu menuduh saya?

Al-Imam al-Bukhari (194-256H) atau namanya Muhammad bin Ismail yang agung dalam hadis itu, semasa hayat dituduh menganut ajaran Muktazilah dan sesat, bahkan dikafirkan. Beliau terpaksa keluar meninggalkan negerinya Naisabur. Tuduhan bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk bukan sahaja mempengaruhi orang awam, bahkan mempengaruhi tokoh-tokoh ilmuwan hadis besar pada itu seperti Abu Hatim dan Abu Zur’ah. Tuduhan ini datang dari gurunya sendiri Muhammad bin Yahya al-Zuhli

nak tulis hujah panjang lg. tapi biasalah, IbnuNafis akan nafikan semua. cukuplah sy bg huraian diatas. sy tahu ibnuNafis penyokong kuat Zamihan al-ghari. Si Zamihan pulak berguru dgn Hasan Ali Al-Saqqof. Siapa yg x kenal beliau(al-saqqof) yg byk kali ditempelak oleh ulamak kontemporar kerana terlalu byk bercanggah dgn pendapat ulamak sunni dlm terlalu byk perkara(lebih2 lagi bab akidah).Dan beliau juga kerap mengkafirkan ulamak2 salaf.

daus said...

Sy gemar menggelarnya(zamihan) syeikhul fitnah zamihan kerana byk kali dibuktikan berdusta dan memfitnah dlm berhujah(sama seperti tok gurunya).

rujuk:
1) Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah, Syaikh Murad Syukri (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

2) Pembongkaran Jenayah Ilmiyah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian Zamihan Mat Zain al-Ghari, Hafiz Firdaus Abdullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

3) Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Karya Bestari Sdn Bhd, Selangor).

ada banyak lagi pembuktian terhadap pendustaan beliau. tapi biarlah. IbnuNafis akan terus berdalih dan pusing sana sini. Sy nak menumpang ilmu dari hujahnya pun semakin saya tawar hati. hujah yg kerap kali melmparkan tuduhan kosong dan tidak berasas. sy tidak menuduh sesat mana2 mujtahid besar cuma yg silap silaplah. hormat tetap hormat. sy letakkan Allah dan Rasul lebih tinggi dari para mujtahid ini. inilah yg lebih tepat. kerana Nabi xmungkin silap. tetapi para mujtahid ini MUNGKIN ada silapnya.

Sebagai muslim, kita berhak bertanya dan mencari yang lebih tepat sesuai dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita. Kita hormati tokoh, tapi dalam masa yang sama kita tidak akan menggadaikan kebenaran. Kita patut bezakan antara nas Allah dan rasulNya, dengan pandangan tokoh yang mungkin betul, mungkin salah, mungkin patut disemak semula, mungkin juga melepasi batasan keperluan dan kemunasabah untuk umat.

Kepada IbnNafis, pertentangan terhadap kebenaran dlm Islam akan berlaku, sudah pasti, para nabi pun tidak dapat mengelakkannya, namun perjuangan akan terus berlangsung di setiap zaman. Jangan jumudkan fikiran kamu dgn ajaran tok guru kamu sahaja. Pergilah lebih jauh utk kebenaran.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (dalil yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (surah al-Nisa 115).

abunor said...

A'kum. Kenapa jadi macam ni. Tuduh-tuduh. Kata-mengata. Masing-masing puak kata dia saja yang betul. Walhal sama-sama Islam.Jika ada perkara dalam kitab atau syarah yang salah betulkan sahajalah.Tak perlu canang keburukan orang. Nanti aib sendiri yang timbul. Apa salahnya kita doakan orang yang kita kata sesat, salah dan terkeluar dari agama itu agar apa kiranya Allah ampunkan dosanya. Kita beranggapan mereka tu tersilap atau paling tidak pun atas kemuslihatan umum terpaksa fatwa sebegitu dikeluarkan. Saranan saya agar senaraikan kesilapan dan kesalahan yang terutamanya dalam kitab berzanji dan tahlil yang sering dikatakan salah lagi syirik itu. Kemudian cipta yang sudah dimurnikan. Minta KDN haramkan yang salah tu. Sambil tu keluarkan yang benar sahaja.TQ

Visit Bil.