Monday, November 23, 2009

Perbahasan Berkenaan "إذا صح الحديث فهو مذهبي "

Penulis : Ustaz Nazrul Nasir


Beberapa hari saya tidak menulis, mungkin agak sibuk dengan persediaan peperiksaan yang semakin hampir. Teringin juga jari-jari ini memetik butang key board menulis semula . Tambahan pula semenjak akhir-akhir ini, golongan “mujtahid jadi-jadian” semakin ramai menceburi bidang penulisan ini. Semakin mereka menulis, semakin saya risau melihat masyarakat yang tertipu dengan gaya bahasa yang mereka gunakan seolah-olah menampakkan bahawa mereka benar-benar orang yang berkelayakkan di dalam memperkatakan tentang permasalahan hukum-hakam. Pelbagai pendapat digunakan oleh mereka demi mempertahankan pendapat-pendapat yang boleh kita klasifikasikan sebagai “menegakkan benang yang basah”.

Kalam para ulama Mujtahid yang sering kita dengar seperti :


  • إذا صح الحديث فهو مذهبي
  • لا ينبغي لمن لم يعرف دليلي أن يُفتي بكلامي
  • لا تقلدني و لا تقلد مالكا و لا الأوزاعي و لا غيرهم و خذ الأحكام من حيث أخذوا

Pendapat-pendapat para Imam Mujtahid ini sering disalah gunakan oleh golongan yang gemar mendakwa-dakwi sebegini.Kalam pertama yang bermaksud (( Jika sahih sesebuah hadis maka itulah mazhabku)) digunakan oleh golongan ini dengan mengatakan bahawa, jika kita berjumpa sebuah hadis yang sahih dan mendapati hadis tersebut bertentangan dengan pendapat Imam Mujtahid ( Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hambal radhiyallahu anhum), maka dahulukan hadis yang sahih kerana ini juga merupakan pendapat sebahagian para Imam tersebut.

Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam muqaddimah Majmu’ Syarah Muhazzab:

“ Memang benar al-Imam Syafie menyebutkan :

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه و سلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه و سلم و دعوا قولي


Maksudnya:
Jika kamu semua (para ulama) mendapati di dalam kitab yang aku tulis menyalahi Sunnah baginda sallallahu alaihi wasallam maka keluarkan pendapat kamu semua dengan Sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam dan tinggalkan pendapatku.”


Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan lagi bahawa:
Kata-kata Imam Syafie tersebut bukanlah bermaksud sesiapa sahaja yang menjumpai hadis sahih maka terus mengatakan bahawa ianya merupakan mazhab Imam Syafie itu sendiri.Malah beramal dengan zahir kalam itu semata-mata. Bahkan sebenarnya kalam al-Imam Syafie tersebut ditujukan kepada para ulama yang telah sampai kepada peringkat ijtihad di dalam mazhab seperti yang telah kita sebutkan sebelum ini(rujuk Muqaddimah Majmu’ ). Syarat untuk para yang beramal dengan kalam Imam ini ialah mesti tidak meletakkan sangkaan bahawa al-Imam Syafie radhiyallahuanhu tidak berjumpa dengan hadis ini atau tidak mengetahui bahawa hadis ini tidak Sahih. Syarat ini tidak akan dapat disempurnakan melainkan setelah mengkaji dan mentelaah keseluruhan kitab-kitab karangan al-Imam Syafie , kitab-kitab para ulama Syafieyah yang lain dan yang seumpama dengannya. Inilah merupakan syarat yang agak sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit yang dapat menyempurnakan syarat ini.


Maksud kalam al-Imam Nawawi sangat jelas. Agak menghairankan kita, golongan yang mendakwa kalam al-Imam Syafie kadang-kadang bertentangan dengan hadis ini merupakan dakwaan yang ternyata menyimpang. Bahkan kitab-kitab al-Imam Syafie mereka tidak memahaminya dengan baik (maksudnya memerlukan penguasaan bahasa Arab yang tinggi kerana al-Imam Syafie radhiyallahu anhu merupakan seorang ahli Bahasa Arab yang hebat), apatah lagi membacanya. Ini sepatutnya yang disedari oleh mereka. Tetapi ego dan bodoh sombong yang menyebabkan mereka tidak mahu memahami pendapat ulama sebegini.

Oleh kerana itulah kita katakan, perlu membaca kitab para ulama dengan para alim-ulama yang benar ilmunya, bukan dengan pembacaan secara persendirian tanpa guru yang membimbing. Akan sesat jadinya. Ini asas pertama yang perlu diperbetulkan oleh mereka. Akhir-akhir ini kita melihat mereka juga belajar dengan guru, tetapi guru yang mengajar pula hakikatnya belajar dengan guru yang tidak belajar dengan ulama yang benar ilmunya,bersih pengambilannya serta jauh daripada pendapat-pendapat yang menyalahi jumhur para ulama.

Kata Imam Nawawi lagi menukilkan kata-kata Imam Abu Amru Ibn Salah rahimahumallah:

Kalam al-Imam Syafie tersebut bukanlah boleh diamalkan dengan zahir luarannya semata-mata,Bukanlah semua ulama yang Faqih (hebat dalam ilmu fiqhnya) beramal secara terus daripada hadis yang dirasakan hujah baginya.”


Kata Imam Abu Amru Ibn Salah lagi:
Jika seorang ulama bermazhab Syafie tersebut menjumpai sebuah hadis yang menurutnya bertentangan dengan mazhab yang dipegangnya, Maka perlu dilihat semula kepada keahlian orang tersebut. Jika ulama tersebut telah mencapai peringkat Ijtihad (seperti yang kita sebutkan di dalam keluaran yang lepas) maka tiadalah masalah baginya untuk beramal dengan hadis tersebut. Tetapi jika dia masih tidak mencapai tahap Ijtihad dan menyukarkan baginya menemukan sebab-sebab pertentangan hadis tersebut dengan kalam Imam Mazhab @ Mazhab itu sendiri maka bolehlah baginya beramal dengan hadis tersebut jika terdapat seorang lagi Imam Mujtahid Mutlak selain Imam Syafie(seperti Imam Abu Hanifah , Malik, Ahmad dan lain-lain).”


Kata al-Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani hafizahullah(bukan Syeikh Nasiruddin al-Albani) di dalam risalah kecilnya berkenaan kalam tersebut:

Maksud kalam tersebut ialah:
Kata para imam , kalam tersebut ditujukan kepada para ulama yang benar-benar berkelayakkan di dalam mengeluarkan hukum.Mereka(yang dibenarkan) adalah merupakan para ulama yang hebat di dalam ilmu hadis. Ini bermakna, jika sahih sesebuah hadis sahih tersebut yang bertepatan dengan syarat-syarat pengambilan sesebuah hadis dan kaedahnya berdasarkan mazhab yang mereka gunakan , maka gunakan hadis tersebut. Bukannya kalam tersebut menyuruh setiap kali membaca hadis yang sahih maka tinggalkan beramal dengan pendapat imam mazhab.


Sebaliknya golongan yang sering mendakwa-dakwi ini, menggunakan pendapat ini dengan luarannya sahaja, bukan maksud sebenar kalam tersebut.

Al-Imam Malik Radhiyallahuanhu menyebutkan kepada para muridnya(yang merupakan para mujtahid) ketika beliau mengeluarkan pendapat di dalam sesebuah hukum,
Kamu perlu mengkajinya semula, ini kerana ianya merupakan pegangan agama kita.Tiada seorang pun boleh diterima pendapatnya bulat-bulat tanpa perlu dikritik, melainkan pendapat yang dikeluarkan oleh pemilik Maqam yang mulia ini( mengisyaratkan kepada Saidina Muhammad sallallahu alaihi wasallam).”


Saya ingin bertanya, adakah Imam Malik radhiyallahu anhu bercakap seorang diri ketika tersebut? Atau adakah beliau mengucapkan pendapat tersebut dihadapan orang awam yang tidak mengerti hukum-hakam? Jawapannya tentu tidak sama sekali. Golongan yang dibicarakan oleh al-Imam ialah merupakan kelompok mujtahid. Seolah-olah al-Imam ingin memberitahu kepada murid-muridnya bahawa mereka juga telah sampai kepada peringkat Ijtihad yang tinggi. Syarat-syarat untuk menjadi seorang mujtahid telah saya terangkan di dalam keluaran yang lalu. Jika syarat sebegini masih tidak jelas, maka bagaimana seseorang tersebut boleh mengaku bahawa dia juga boleh mengeluarkan hukum terus daripada al-Quran dan Sunnah?

Pendapat kedua yang sering digunakan oleh mereka ialah pendapat yang dikeluarkan oleh al-Imam Abu Hanifah radhiyallahuanhu iaitu :

لا ينبغي لمن لم يعرف دليلي أن يُفتي بكلامي

Maksudnya:
Tidak sepatutnya bagi seseorang yang tidak mengetahui dalil yang aku keluarkan untuk berfatwa dengan pendapatku.

Pendapat ini jelas menunjukkan bahawa ianya disebutkan kepada golongan ulama yang benar-benar alim di dalam bidang tersebut. Ini kerana perkataan “ berfatwa” tersebut tidak lain dan tidak bukan semata-mata ditujukan kepada para ulama ahli fatwa,bukannya mujtahid jadi-jadian . Ini perlu difahami dengan baik dan jelas. Perlu juga bagi seseorang tersebut melihat semula kepada syarat-syarat untuk berfatwa yang disusun oleh para ulama . Antara ulama yang menyusun tentang adab-adab fatwa ini ialah al-Imam Abu Qasim al-Soimuri rahimahullah(guru kepada al-Imam Mawardi rahimahullah), al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah, dan al-Imam Abu Amru Ibn Salah rahimahullah. Ketiga-tiga kitab ini telah diringkaskan perbahasannya oleh al-Imam Nawawi rahimahullah dan beliau meletakkan perbahasan tersebut di dalam kitabnya Majmu’ Syarah Muhazzab.

Jika kamu membaca semula syarat-syarat berfatwa dan Mufti, tentulah kamu akan menyedari betapa jauhnya jurang sebenar antara kamu (yang suka mendakwa-dakwi sebegini) dengan para ulama yang benar-benar sampai kepada peringkat mengeluarkan fatwa.Malah al-Imam Nawawi sendiri menyebutkan bahawa bidang fatwa adalah merupakan bidang yang sangat merbahaya diceburi tetapi sangat tinggi kelebihannya(bagi yang layak sahaja).

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu menyebutkan:

ما أفتيت حتى شهد لي سبعون أني أهل لذلك

Maksudnya:
Aku tidak akan berfatwa melainkan selepas disaksikan oleh tujuh puluh orang ulama bahawa aku benar-benar layak di dalam bidang fatwa ini.

Kalam-kalam sebegini tidak pula dilihat oleh golongan sebegini. Mereka hanya mengambil pendapat-pendapat yang luarannya merupakan suatu kelebihan kepada diri mereka untuk meninggalkan berpegang dengan mazhab itu sendiri. Sedangkan langsung tidak memahami maksud kalam itu sendiri.

Jika kita memahami maksud kalam-kalam yang disebutkan dengan baik maka pendapat Imam Ahmad bin Hambal radhiyallahu anhu juga akan mudah bagi kita memahaminya. Maksudnya Imam Ahmad menyebutkan pendapat tersebut bukanlah untuk orang awam melainkan untuk para ulama yang telah mencapai peringkat Ijtihad.

Al-Allamah Syeikh Muhammad Awwamah hafizahullah menukilkan kalam al-Imam Kairanawi radhiyallahu anhu:

Maksud sebenar kalam al-Imam Syafie (Jika sahih sesebuah hadis maka itulah Mazhabku) dan kalam ulama yang lain yang menyebutkan sedemikian ialah tidak lain selain ingin menunjukkan kepada kita hakikat bahawa kalam yang menjadi hujjah adalah kalam Baginda sallallahu alaihi wasallam bukannya kalam kami(para Imam Mujtahid).Seolah-olah Imam Syafie ingin mengatakan: Jangan kamu menyangka kalam aku adalah hujjah berbanding kalam Baginda Sallallahu alaihi wasallam dan aku juga berserah kepada Allah jika pendapat yang aku sebutkan bertentangan dengan Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam.”


Hakikatnya, kalam al-Imam Syafie radhiyallahu anhu adalah merupakan sifat tawaddhuk yang ada pada beliau. Mustahil seseorang Imam tersebut akan mengeluarkan sesuatu hukum dengan hawa nafsunya melainkan setelah dikaji secara terperinci dengan ilmu pengetahuan yang dipelajarinya dan iman yang mendalam.

Oleh sebab itulah al-Imam Ibn Uyainah Radhiyallahuanhu menyebutkan:

الحديث مضلة إلا للفقهاء

Maksudnya:
Hadis adalah sesuatu yang mampu menyesatkan seseorang (yang tidak memahaminya) melainkan kepada para fuqaha(ulama).

Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami radhiyallahu anhu menerangkan maksud sebenar kalam al-Imam Ibn Uyainah radhiyallahu anhu di dalam kitabnya Fatawa Hadisiah mukasurat 521:

“Maksud kalam tersebut ialah Hadis adalah seumpama al-Quran yang mana ianya terkadang merupakan lafaz umum tetapi maknanya khusus, ianyanya juga terdapat Nasakh dan Mansukh, terdapat juga hadis yang tidak diamalkan, dan sebahagiannya jika dipegang dengan zahir maka akan menjadi masalah seperti hadis ينزل ربنا (Allah turun ke Langit pertama disepertiga malam). Jadi maksud sebenar sesebuah hadis tidak akan difahami melainkan diterangkan oleh para ulama.Ini berbeza dengan orang yang tidak mengetahui maksud sebenar hadis tersebut melainkan zahirnya semata-mata, maka akan tersesat jadinya seperti yang berlaku kepada sebahagian ulama terdahulu dan terkemudian seperti Ibn Taimiyah dan pengikutnya”

Bagi menentukan sesebuah hadis sahih tersebut bertentangan dengan pendapat Imam Mazhab maka perlu bagi mereka-mereka yang berkata sedemikian mempunyai dua perkara:

1. Kuat sangkaannya bahawa Sang Imam tidak menemukan hadis yang dia temui.

2. Orang yang mengatakan sedemikian mestilah seorang yang benar-benar pakar di dalam ilmu rijal Hadis, Matan Hadis, cara-cara berhujah dengan hadis, dan cara mengeluarkan hukum daripada hadis tersebut berdasarkan kaedah yang diletakkan oleh mazhab.

Terdapat 4 marhalah (peringkat ) bagi menentukan adakah benar seseorang tersebut benar-benar pakar di dalam Ilmu hadis.(Marhalah ini saya petik secara ringkas daripada risalah al-Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani hafizahullah ):

Peringkat pertama

Di dalam peringkat ini seseorang tersebut perlulah mengetahui kedudukan perawi hadis tersebut samaada ianya Thiqah, Saduq dan sebagainya. Serta perlu juga memerhatikan hafalan dan kekuatan ingatan perawi tersebut.Perlu mengetahui tentang martabat thiqah, tempat mana yang perlu didahulukan jarah dan ta’dil(nama ilmu di dalam Mustalah Hadis bagi menentukan darjat seorang perawi).Mengetahui tentang bilakah tarikh perawi tersebut meninggal duni dan dari manakah asalnya dan sebagainya. Pendek kata kesemua ilmu yang diterangkan di dalam kitab Mustalah Hadis perlu diketahui secara lumat dan mendalam oleh seseorang tersebut.

Peringkat kedua

Peringkat ini lebih sukar daripada sebelumnya.Setelah seseorang tersebut mengetahui secara mendalam tentang mustalah hadis tersebut maka perlu pula baginya untuk mengkaji secara teliti dan mendalam hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Sihah, Sunan, Musnad, Jawami’, Mu’jam, al-Ajza’dan lain-lain kitab hadis bagi mencari sesebuah hadis tersebut adakah benar-benar bertentangan dengan pendapat sang Imam. Perlu juga baginya untuk mengetahui adakah hadis tersebut Mutawatir, Masyhur dan sebagainya. Perlu juga baginya mengetahui adakah hadis tersebut Syaz atau mungkar . Perlu juga baginya mengetahui adakah hadis tersebut marfu’, mauquf atau maqtu’.

Oleh sebab itulah al-Imam Abu Hatim al-Razi rahimahullah menyebutkan: “ Tidaklah seseorang tersebut dikatakan benar-benar pakar di dalam bidang hadis melainkan setelah kami (para ulama hadis )menulis hadis tersebut dengan 60 keadaan dan dia mampu menerangkan satu persatu hadis-hadis tersebut tentang hukumnya sama ada Syaz, Mungkar, Ma’ruf, Mutawatir, Marfu’, Mauquf, Fard dan Masyhur.”

Peringkat ketiga

Peringkat ini lebih sukar daripada kedua-dua peringkat di atas. Setelah benar-benar melalui kedua-dua peringkat tersebut, maka seseorang tersebut perlulah melihat sama ada hadis yang dikajinya terdapat illah(kecacatan) atau tidak. Illah yang tersembunyi menurut para ulama hadis adalah yang paling sukar ditemukan melainkan oleh ulama-ulama yang benar-benar pakar di dalam ilmu hadis. Ini diketahui dengan jelas oleh sesiapa yang mempelajari ilmu hadis dengan baik.

Peringkat keempat

Peringkat ini adalah yang paling sukar ditemukan melainkan para Mujtahid yang sampai ke peringkat mutlak. Ramai ulama hadis yang sukar mencapai peringkat ini walaupun mereka sudah mencapai ketiga-tiga peringkat sebelum ini. Walaupun mereka menghafal hadis tersebut dan mengetahui segalanya tentang ilmu hadis , tetapi di dalam permasalahan hukum hakam tetap mereka serahkan kepada para fuqaha.

Kerana itulah al-Imam al-A’mash radhiyallahu anhu menyebutkan kepada al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu:

يا معشر الفقهاء, أنتم الأطباء ونحن الصيادلة و أنت أيها الرجل أخذت بكلا الطرفين

Maksudnya:
Wahai para fuqaha, kamu adalah doktor yang mengetahui tentang ubat sesuatu penyakit, manakala kami para muhaddith (ulama hadis) merupakan pemilik ubat tersebut.Manakala kamu wahai lelaki( Imam Abu Hanifah ) , kedua-duanya kamu miliki (sebagai seorang doktor dan sebagai seorang pemilik farmasi).

Maksud kalam al-Imam al-A’mash tersebut ialah para fuqaha mengetahui di manakah sumber pengambilan hukum bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan, manakala para muhaddis akan membekalkan hadis-hadis sebagai sumber pengambilan hukum tersebut. Manakala al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mempunyai kepakaran di dalam kedua-dua bidang tersebut(iaitu hadis dan fiqh).

Kesimpulan

Setelah kita perhatikan dan baca dengan teliti perbahasan yang saya tulis ini,jelas lagi bersuluh bahawa menghukumkan sesuatu dengan zahir hadis yang kamu(golongan wahabi) rasakan bahawa ianya bertentangan dengan kalam Imam merupakan suatu tohmahan yang tidak berasas dan tidak mengikut jalur pengajian dan pengkajian yang baik. Perbahasan yang saya buat ini mungkin agak berat bagi sesiapa yang tidak mengetahui istilah-istilah yang digunakan. Jika ada masa, saya akan menerangkannya selepas ini. Tetapi jika “ para mujtahid jadi-jadian” tidak memahaminya maka jelaslah, kamu semua tidak mencapai lagi serendah-rendah martabat tersebut. Maka perlu beristghfar dan memohon keampunan di atas keterlanjuran dan keegoan yang terdapat di dalam diri kamu.

Rujukan:

1. Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Nawawi rahimahullah tahqiq Syeikh al-Allamah Najib Muti’ie .Cetakan Darul A’lam Kutub

2. Risalah إذا صح الحديث فهو مذهبي oleh Syeikh al-Allamah Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani al-Hanafi hafizahullah.Cetakan Darul Iqra’.Cetakan Pertama 2005.

3. Fatawa Hadisiah oleh al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah .Cetakan Darul Taqwa.


MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH,
KAHERAH,MESIR

33 comments:

n.ajis said...

Tatkala, para ulama sedunia telah maju dari segi pemikiran dan membuat kajian kontemporari, Zamihan yang mewakili Jakim menyeru umat Islam agar bersikap taksub mazhab. Ketika ulama Islam muncul dengan Akademi Fiqh Sedunia yang meraikan semua mazhab serta menghasilkan fatwa berkaitan isu kontemporari, Zamihan yang mewakili Jakim mengharamkan penyelidikan Islam serta mewajibkan umat Islam di Malaysia bertaklid kepada kitab tua dan kuning. Sudah tiba masanya untuk para ulama di Malaysia untuk berfikiran terbuka, moden, progresif dan menjauhi taksub dan jumud.

admin_surau said...

Tatkala, para ulama sedunia telah maju dari segi pemikiran, dengan kemampuan membawa pembaharuan, kita masih lagi ikut zaman salaf. Kita masih lagi ingin berpandukan kepada al quran dan hadith sahaja untuk keluarkan hukum.
Dalam dunia moden kita jangan solat ikut nabi tetapi mesti ikut lah solat cara albani. Solat yang diberi jenama solat nabi oleh Albani patut dinamakan semula dengan solat wahhabi untuk menampakkan kemodenan.

Barulah kita dapat jadi moden seperti Taleban dan al Qaeda.

PakLongChup said...

Cuba baca bebudak wahabi pegikut asri al-wahabi ni...mmg depa ni mudah terpengaruh dengan budaya fitnah wahabi tu...

http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=9244/postdays=0/postorder=asc/start=0.html

aryna said...

haa.. tepat telahan saya.. mrk ni konon bawak arus permodenan Islam..

en.n.ajis ni ckp pun dah mcm dr.asri dah.. kitab kuning..
takde kitab kuning tu en.n.ajis, entah betul Islam kita ni ntah kan tidak sekarang ni..

menentang wahabi dikatakan menghalang penyelidikan Islam..
sapa taklid buta ni?! kitab kuning tu orang guna utk dikaji dan dipelajari, bukan sekadar diamal tanpa akal tanpa panduan tanpa guru mcm budak2 sekarang belajar kat astro, kat suratkabar, kat internet, kat youtube dan blog2..
patut memusuhi sekolah2 pondok yg dipandang hina dina itu..

majukah orang2 wahabi sekarang ni?
fikir-fikirkanlah..

ibnu rasyid said...

ustd maaf saya mau minta ijin copy paste artikel ini buat di blog saya.

Hamba Allah. said...

n.ajis menulis:Tatkala, para ulama sedunia telah maju dari segi pemikiran dan membuat kajian kontemporari, Zamihan yang mewakili Jakim menyeru umat Islam agar bersikap taksub mazhab.
Masalahnya bukan taksub Mazhab, tetapi kejahilan umat Islam yg kurang ilmunya, maka segala panduan cara beribadat dan sebagainya perlulah kita berpandukan ajaran yg diajar oleh Imam as-Syafie agar tidak tersesat.Pernah saya menulis tentang bagaimana 'alimnya Imam Bahaiqi sehingga boleh mengasaskan mazhabnya sendiri kerana beliau diiktiraf sebagai mustahid mutlak, apalah kita ini yg ilmu tak tinggi,baca Quran pun tak faham,hadis pun tak hafal banyak dan berbagi-bagai lagi kekurangan jika nak dibandingkan dengan Imam Baihaqi yang masih lagi mengikut fahaman Mazhab as-Syafie.Janganlah kita mendabik dada nak condemn kitab kuning, sedangkan tidak ada satu ajaran pun yg dapat kita sampaikan untuk kebaikan umat islam yg ada.Jangan kata nak tulis satu kitab, malah nak mentafsirkan satu ayatpun belum tentu kita boleh.Sedarlah bahawa kitab tua dan kitab kuning itulah yg banyak digunakan oleh para 'alim ulama untuk mengajar umat Islam agar faham betul-betul tentang cara hidup sebagai orang Islam.Kebanyakan yg tidak belajar melalui kitab-kitab ini, maka asas pengajiannya tidak ada sehingga mereka cuba mempelajari pengajian yg lebih dalam tanpa ada asas.Inilah fenomena yang berlaku kini terhadap golongan-golongan tajdid yg mendabik dada kononnya mereka adalah golongan mustahid mutlak.

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum,

saya melihat kebekuan n.ajis di sini. Saya melihat respon yang ditulis oleh n.ajis selalu berbau negatif walaupun artikel yang ditulis dan dibawa memberikan satu input baru dalam memberi penjelasan dan kefahaman.

n.ajis artikel ini bagi saya ia memberi satu kefahaman jelas kepada kita tentang peri pentingnya disiplin ilmu yang selama ini kita mencari-carinya. Bukankah selama ini ramai orang tertipu dengan istilah 'HADITH SAHIH ADALAH MAZHABKU' lalu berani berfatawa dan mengeluarkan pendapat mengenai hukum walaupun jahil.

Ini melanggar sendiri hadith sahih RasuluLlah yang telah banyak kali diberi amaran oleh RasuluLlah s.a.w iaitu :

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila kita diajar untuk beradab dengan ulamak, menghidupkan kembali disiplin ilmu - ada pula suara-suara sumbang mengatakan ia adalah jumud, beku dan kaku. Saya tidak lihat pula selama ini Malaysia terkebelakang dengan mengikut mazhab syafie (dan ada beberapa perkara mengikut mazhab lain mengikut KEPERLUAN bukan talfiq hawa nafsu).

Bahkan Malaysia semakin maju ke hadapan dalam keadaan harmoni, dan senantiasa ada penambahbaikan dalam penghayatan Islam itu sendiri.

Mufti-mufti di Malaysia sudah jauh ke hadapan membincangkan isu semasa umat Islam yang lebih utama contohnya berkaitan bioteknologi (yang tidak pernah lagi ada perbincangan di zaman rasuluLlah, zaman sahabat dan para tabi'u tabien tetapi dasar-dasarnnya adalah berpandukan dari kaedah perundangan Islam yang tersusun secara sistematik untuk dikeluarkan hukum)

Rakan-rakan lain ada menjelaskan perkara ini seperti :

Hukum Penggunaan Alat Direct Current Shock ;

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=51


Hukum penggunaan Hormon Psh-p (Otak Babi)

http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/penggunaan-hormon-psh-p-otak-babi.html

Hukum terapeutik dan penyelidikan cell stem :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/kategori-sosialsyariah-tajuk-hukum.html

Hukum Pengklonan Manusia Dan Perubatan Dari Sudut Syarak :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/hukum-pengklonan-pembiakan-manusia-dan.html

---

Apakah yang dibawa oleh TAJDID? bagi saya TAJDID LAPOK/Wahhabi ?

Yang saya lihat, ada yang menghina melekehkan mazhab, ulamak, mufti. Jika di negara lain selagi ada namanya wahhabi dengan gelaran yang lain - negara itu juga akan diserang mazhab di negara tersebut. Sedangkan kita tahu, para sahabat, dan tabien dan tabi;u tabien tiada masalah pun bila umat Islam mengikut mazhab masing-masing walaupun bertaqlid kepadanya.


Manakala tiada lagi perkara baharu yang disentuh untuk kepentingan dan keutamaan umat Islam melainkan masih lagi berbicara soal tahli, doa qunut, tawassul, talqin, maulidul rasul. Yang hanya banyak membuang masa sedangkan jawapannya sudah ada dan sudah diperjelaskan.

Sedangkan kita sedang berhadapan lagi dengan isu yang lebih besar menuntut perhatian Ulamak Islam dan umat Islam sendiri umumnya.

WaLlahua'lam

nobody said...

ALAH N.AJIS, ULAMA MALAYSIA NI MMG DAH LAMA BERSIKAP TERBUKA, MODEN, PROGRESIF & MENJAUHI TAKSUB & JUMUD. MMG DARI DULU2 LG...YG X PROGRESIF, BERSIKAP TERTUTUP, X MODEN & JUMUD ADALAH USTAZ2 WAHABI & MUFTINYA...MEREKA2 INILAH YG JUMUD & DAN TERUS MENERUS MEMBANGKITKAN POLIMIK PERKARA2 KHILAFIYAH YG MMG DAH 'SETEL' DIBINCANGKAN OLEH ULAMA2 ASWJ LAMA DULU DAH.JD 'APA' PEMBAHARUAN YG DIBAWA OLEH KAUM MUDA NI SEBENARNYA? CUBA CERITA SKIT,DEN NAK DONGAR?

PakLongChup said...

Kalau nak tengok betapa dangkalnya fikiran bebudak wahabi macam n.ajis tu boleh kita surf dalm al-fikrah tu. Budak2 mentah yang masih lagi kat IPTA/IPTS yang bukan belajar agama nak kondemn para ilmuan Islam ibarat budak kecik nak sampuk cakap orang tua atau budak umur 6 bulan nak makan nasi paprik...tak ke pedas jadinya...skrg kita dah tak boleh bagi muka lagi dah kat budak2 ni,,,kalau kita bagi dalil berjuta pun bukannya boleh depa nak terima..sebab mental depa dah dirosakkan oleh orang2 macam Asri...

Pencinta Ilmu said...

A'kum wrt. Terima kasih atas artikel yg jelas dan ikhlas. Demi Islam, penulis sanggup luang masa utk rekod artikel penting di sini. Nak tanya, n. Ajis tu baca tak artikel ni. Lari dari topik . :)

gagasan_warisan said...

Tulisan dan penjelasan yang cukup mantap hanya org2 yang buta hati...gelap mata dan bodoh akhlak yang tak paham2. Ermm kesian....

The Stranger said...

Atlast a very good article posted compared with the previous posts that is fill with hatred, anger and lies.

Thanks for sharing the article ustaz. :)

The Stranger said...

Ustaz zamihan, thanks for sharing the hadith where the prophet mention:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

After posting that i still see alot of labeling like turning albani book and changing its title of the book to sifat solat wahabi and relating them with alqaeda. I wonder if this people have read the book which they critizise.


Pertaining to the above hadith,

I really hope it works both way. Whether he is pro salafi or sufi.
Pro Asri or Zamihan.
I hope the insults, mongerings, fitnah should stop.
if not it just shows me that your paper qualification is just paper and that u dont walk the talk. Same goes to any commneter here including me.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum The Stranger,

Bukan tiada mereka yang menghukum Ustaz Zamihan sebegitu rupa bahkan dilabel sebagai ahbash pun ada. Cuma ia telah didelete.

Mengenai albani - anda boleh baca sendiri respon berkenaan dan lihat pada link yang telah diberikan. Itu namanya mengkaji kebenaran.

arsenalezz said...

saya setuju pendapat n.ajis!! semoga allah memberi hidayah kpd sdr. zamihan..

n.ajis said...

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga pemilik blog dapat menghayati apa yang dituliskan di atas. Ini kerana apa yang sedang dia lakukan hanya akan memecahbelahkan masyarakat Islam yang sebelum ini tenang biarpun berbeza mazhab. Mujurlah yang membaca blog inipun tidak seramai mana berbanding bahan bacaan penggerak tajdid dan sunnah tulen yang disiarkan di media serta televisyen perdana negara. Buat pengikut setia al ahbash, teruskanlah berdebat sesama sendiri sehingga anda bosan kerana hidup seperti katak di bawah tempurung. Hidup anda pun hanya berkisar tentang mazhab syafie nusantara yang entah dari mana datangnya. Teruskanlah baca kitab kuning kerana arakian demikianlah tersebutlah maka dengan kisah yang mafhumnya pada zaman dahulukala lagi purbakala zaman batu sang imam...

aryna said...

n.ajis said...
Semoga pemilik blog dapat menghayati apa yang dituliskan di atas. Ini kerana apa yang sedang dia lakukan hanya akan memecahbelahkan masyarakat Islam yang sebelum ini tenang biarpun berbeza mazhab. Mujurlah yang membaca blog inipun tidak seramai mana berbanding bahan bacaan penggerak tajdid dan sunnah tulen yang disiarkan di media serta televisyen perdana negara. Buat pengikut setia al ahbash, teruskanlah berdebat sesama sendiri sehingga anda bosan kerana hidup seperti katak di bawah tempurung. Hidup anda pun hanya berkisar tentang mazhab syafie nusantara yang entah dari mana datangnya. Teruskanlah baca kitab kuning kerana arakian demikianlah tersebutlah maka dengan kisah yang mafhumnya pada zaman dahulukala lagi purbakala zaman batu sang imam...


pertama, tuduhan berat dr tuan bahawa tuan punya blog adalah orang yang memulai memecahbelah umah... tuan berdusta tanpa bukti!

kedua, kenyataan tuan mendakwa sebelum ini aman! ini juga dusta!
sila buktikan jika ini bukan dusta!

ketiga, tuan menuduh kami ahbash!
mana bukti?! atas dasar apa kami ahbash?!

keempat, tuan menuduh kami yang mengikut Imam Syafie sebagai katak bawah tempurung! ini satu penghinaan terhadap Imam Syafie.

kelima, tuan menghina alim ulamak silam yang banyak berjasa kepada umat Islam pada waktu ini, jika tidak belum tentu tuan seorang Islam..!
buktinya, tuan menghina kitab kuning yang menjadi guru kepada kita selama ini, maka tuan orang yang tidak berbudi!

keenam, tuan seorang yang bongkak lagi sombong. Ini satu penyakit hati, maka kembalilah dengan sifat yang tawadhuk..

jika telah hilang hujah, maka ayat yang tuan quote utk tuan blog dan kami ini adalah juga kepada tuan sendiri.

wallahualam..

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum n.ajis,

Saya perhatikan anda mengulang-ulang perkara yang sama sehingga banyak juga respon anda didelete. Takkan tak sedar kot mengapa ia didelete ?

Anda sebut :

Semoga pemilik blog dapat menghayati apa yang dituliskan di atas. Ini kerana apa yang sedang dia lakukan hanya akan memecahbelahkan masyarakat Islam yang sebelum ini tenang biarpun berbeza mazhab. Mujurlah yang membaca blog inipun tidak seramai mana berbanding bahan bacaan penggerak tajdid dan sunnah tulen yang disiarkan di media serta televisyen perdana negara. Buat pengikut setia al ahbash, teruskanlah berdebat sesama sendiri sehingga anda bosan kerana hidup seperti katak di bawah tempurung. Hidup anda pun hanya berkisar tentang mazhab syafie nusantara yang entah dari mana datangnya. Teruskanlah baca kitab kuning kerana arakian demikianlah tersebutlah maka dengan kisah yang mafhumnya pada zaman dahulukala lagi purbakala zaman batu sang imam...
---

Cuba anda semak balik kitab apa yang diguna oleh golongan TAJDID yang digunakan. Mereka akan quote kembali kitab kuning yang anda lekehkan itu. Kitab Imam al Ghazali juga diguna, Kitab Ibnu Taimiyyah juga diulang-ulang. Jadi apa bezanya? Bukankah kena kembali kepada muka anda sendiri dan puak TAJDID ?

Jadi yang anda ambil dari golongan yang mengaku TAJDID dari mana asalnya ? Saya minta anda datangkan sanad pengajian yang diambil dari tokoh-tokoh TAJDID yang anda taksubkan tersebut sampai atau tidak kepada RasuluLlah.(bukan sanad hadith ya)

Yang membaca blog ini pun ramai, yang membaca blog lain pun ramai selain mereka baca blog TAJDID TULEN. Anda buat penilaian rambang ini tidak dapat diterima. Terlalu lemah.

n.ajis menyebutkan :

Ini kerana apa yang sedang dia lakukan hanya akan memecahbelahkan masyarakat Islam yang sebelum ini tenang biarpun berbeza mazhab.

----------

Benarkah ? Yang saya lihat golongan yang mengaku TAJDID itu yang mendatangkan pecah belah. Sama seperti peranan anda dalam blog ini.

Mufti-mufti pun dah sebut siapa yang mendatangkan perpecahan sebenarnya. Ulamak dari luar negara pun dah beritahu.

Jika anda dapat baca sampai habis artikel terbaru ini, tentu anda baca bukan sahaja kalam Imam Syafie yang disebutkan, bahkan termasuk Imam Malik serta penjelasan dan kefahamannya. Namun saya nampak anda GAGAL membaca artikel terbaru ini dengan baik.

Sebab telah dijumudkan dan dibekukan oleh minda tajdid lapuk.

Azzikraa said...

Apapun jika kita lihat betul-betul kebanyakan hujjah bagi mereka yang benci kepada ustaz zamihan, yang pro TAJDID/WAHHABI/Atau apa sahaja namanya dalam blog ini ialah :

Mereka hanya dapat menghentam, dan menuduh tanpa dapat memberikan bukti dan hujjah yang ada nilaian ilmiyyah serta adab. Jika ada hujjah itupun menyeleweng dari topik artikel yang diberi.

Itu yang dapat saya lihat sepanjang mengikuti perjalanan blog ini.

nobody said...

n.ajis said...

Ramai marah apabila saya menuduh tanpa bukti. Tapi sedarkah anda semua itulah sikap zamihan al ahbash. Sejak beberapa bulan yang lepas si al ahbash ni sibuk menghentam individu tanpa mendatangkan bukti. Sedang masyarakat secara amnya, dan golongan profesional serta terpelajar khususnya meraikan keluasan pandangan dan pendapat tokoh tersebut, si al ahbash sibuk menghalang. Saya teringin nak tengok al ahbash ni live berdebat tentant isu yang dia tak puas hati. Jangan jadi macam geng el-muhammady sudahla, sampai takut nak benarkan siaran live debat di TV jumaat lepas.
------------------------------
PENYAKIT JIWA YG TERUK HANG NI...KENA BERUBAT CEPAT! NI LE JD KLAU DAH BELAJAR DGN TOK GURU YG CELUPAR TUDUH ORG TAMPA USUL, MAKA ANAK MURID PUN MESTI JD CELUPAR TAMPA USUL.MAKA MMG BENAR TINDAKAN JABATAN AGAMA, MEWAJIBKAN ORG NAK NGAJAR AGAMA KENA ADA TAULIAH, KLU TAK KUCAR2 KACIR UMAT DGN FAHAM2 KARUT YG DIBAWA2 OLEH GOLONGAN MUJTAHID JADI-JADIAN INI YG BERFATWA HANYA BERASASKAN KEDUNGUAN & KEBEBALAN!

uranicade said...

so..katakanlah kalau dah lepas berdebat tu...apa pula tindakan selanjutnya?

semua rakyat malaysia ni paham betui agama setaraf mujtahid ke sampai mereka lagi berhak untuk menilai siapa yang betul atau salah berbanding golongan ulama?

orang lain dah bagi hujah,bebuat buta kayu tak nampak.lepas tu bising pusing ke bab lain pula.dan kemudian bermain psikologi balik kata orang tak dapat jawab hujah dia.

takpe la...n.ajis ni golongan ahli syurga sebab dia slalu buat amalan Nabi...kan?

Pemuda said...

Berkata Imam Syatibi dalam kitabnya Al-I'tisham :

Tujuan orang yang membuat bid'ah adalah menyerupakan hal-hal yang dibuatnya itu dengan Sunnah, sehingga lebih mudah bercampur antara ajaran yang satu dengan yang lainnya. Kerana, tabiat manusia adalah mengikuti suatu perkara yang menyerupai tatacara yang telah ditetapkan syariat. Jika tidak demikian (tidak buat ikut tatacara)maka hal itu tidak mendatangkan manfaat, tidak menolak keburukan, serta tidak ada satu orang pun yang mahu menerimanya.
Oleh kerana itu, Anda akan mendapatkan seorang pelaku bid'ah membela diri dengan perkara-perkara yang dianggap ada dalam syariat meskipun hanya dengan alasan mengikuti si Fulan yang telah masyhur dan termasuk orang yang baik.

**kalau tengok sifat2 yg dinyatakan Imam Syatibi ni, mmg ada dalam diri Zamihan yg taksub pada guru-gurunya...

Wallahu a'lam..

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum,

Memang begitulah, jika dalam perkara bid'ah akan digunakan pendapat imam as syatibi seorang. Dan kemudian mengabaikan pendapat ulamak muktabar yang lain. Pendapat imam asy syafie, imam ibnu hajar, imam izzuddin abdissalam, imam an nawawi, dan ramai lagi.

Biasanya pendapat ulamak-ulamak ini digunakan untuk kepentingan golongan sendiri hanya untuk perkara tertentu.

Cuba lihat apa pendapat Imam Asy Syatibi hukum taqlid bagi orang awam :

Syeikh Asy syatibi berkata seperti berikut :

Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqollid) adalah sama sahaja kerana mereka sedikit pun tidak mampu mengambil faedah darinya. Jadi masalah meneliti dalil dan istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan sungguh ALlah subahanahu wa ta'ala telah berfirman (yang bererti) :


Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui (Surah an Nahl :43)



Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahli ilmu. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya urusan hukum agama secara mutlak. Jadi kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti syarak. (Al Muwafaqah, Karya Asy SYatibi, Jilid IV hlmn 290)

Orang yang alim tentang masalah syariat bila diikuti orang lain adalah kerana ilmunya tentang syariat bukan kerana segi lain. Jadi, pada hakikatnya dia menyampaikan apa yang diterima dari RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam, sedangkan beliau sallaLlahu 'alaihi wasallam menyampaikan apa yang diterima dari ALlah azza wa jalla.

Selanjutnya Imam Asy Syatibi rahimahuLlah berkata : Dengan demikian keadaan mukallaf yang dibebani hukum syariat terbahagi kepada 3 macam iaitu :

1. Seorang mujtahid, kewajibannya ialah melaksanakan hasil ijtihadnya.

2. Seorang muqallid yang murni, iaitu tidak mengetahui apa-apa tentang hukum. Kewajipannya ialah harus ada orang yang membimbingnya dan menuntunnya kemudian ia mengikutinya. Sudah tentu ia ikut kepadanya kerana faktor ilmunya.

Kalau kemudian ia mengetahui atau mempunyai dugaan yang kuat bahawa orang yang diikutinya bukan ahli ilmu, dia tidak boleh mengikutinya dan tunduk kepadanya. Bahkan, sedikit pun tidak boleh ada bisikan hati untuk taqlid kepadanya. sebagaimana tidak mungkin orang sakit menyerahkan dirinya kepada seseorang yang bukan doktor. Kecuali kalau pesakit itu sudah kehilangan akal (gila). Dengan demikian, kesimpulannya bahawa seorang mufti diikuti fatwanya kerana faktor ilmunya, bukan faktor peribadi sebagai seorang manusia.

3. Ia belum mencapai tingkat ijtihad tetapi mampu memahami dalil dan mampu melakukan tarjih. Untuk golongan ketiga ini, kita perlu melihat keadaannya. Bila berkemampuan tarjihnya dapat dianggap memenuhi syarat, bererti ia adalah mujtahid sebab hakikat mujtahid hanyalah mengikuti ilmu dan menganalisisnya. Jadi orang yang mampu melakukan tarjih dan dapat diterima hasil tarjihnya adalah seorang mujtahid.

Akan tetapi, bila tarjihnya masih belum dapat diterima, keadaannya adalah sama dengan orang awam. Hal ini kerana orang awam mengikut mujtahid untuk mendapatkan kebenaran ilmu yang tidak mampu ia lakukan sendiri. Demikianlah halnya orang yang tarjihnya masih belum diterima . ( Al I'tisham, susunan Imam Asy Syatibi, jilid III, hlmn 250)

Pemuda said...

Saya nak tanya, salahkah kita amalkan sesuatu hadith yang tidak terdapat dalam mazhab fiqh?

Contoh Hadith :
Apabila kamu duduk pada setiap 2 rakaat, maka hendaklah kamu baca : attahiyatulillah.....kemudian seseorang kamu pilihlah doa yang paling disukainya.."

Hadith ini soleh riwayat Nasa'i, Ahmad b Hanbal, Ibn Khuzaimah, Ibnu Hibban..

Tetapi tidak ada satu pun mazhab fiqh yang memuatkan hadith ini dalam kitab mazhabnya, terutama mazhab syafie..

Salahkah kita nak amalkan kerana tidak ada dalam mazhab kita?

Atau kita nak jd jumud dengan hanya membiarkan sahaja hadith ini kerana taksub pada mazhab semata-mata???

Pemuda said...

Saya nak tanya, salahkah kita amalkan sesuatu hadith yang tidak terdapat dalam mazhab fiqh?

Contoh Hadith :
Apabila kamu duduk pada setiap 2 rakaat, maka hendaklah kamu baca : attahiyatulillah.....kemudian seseorang kamu pilihlah doa yang paling disukainya.."

Hadith ini soheh riwayat Nasa'i, Ahmad b Hanbal, Ibn Khuzaimah, Ibnu Hibban..

Tetapi tidak ada satu pun mazhab fiqh yang memuatkan hadith ini dalam kitab mazhabnya, terutama mazhab syafie..

Salahkah kita nak amalkan kerana tidak ada dalam mazhab kita?

Atau kita nak jd jumud dengan hanya membiarkan sahaja hadith ini kerana taksub pada mazhab semata-mata???

IbnuNafis said...

Saya nak tanya, salahkah kita amalkan sesuatu hadith yang tidak terdapat dalam mazhab fiqh?

Contoh Hadith :
Apabila kamu duduk pada setiap 2 rakaat, maka hendaklah kamu baca : attahiyatulillah.....kemudian seseorang kamu pilihlah doa yang paling disukainya.."

Hadith ini soheh riwayat Nasa'i, Ahmad b Hanbal, Ibn Khuzaimah, Ibnu Hibban..

Tetapi tidak ada satu pun mazhab fiqh yang memuatkan hadith ini dalam kitab mazhabnya, terutama mazhab syafie..

Salahkah kita nak amalkan kerana tidak ada dalam mazhab kita?

Atau kita nak jd jumud dengan hanya membiarkan sahaja hadith ini kerana taksub pada mazhab semata-mata???

---------

Anda dah habis semak habis ke semua kitab mazhab ni ? Saya nak tanya - adakah anda sudah mahir ulumul hadith ? Dan cukup ilmu mengenainya ?

Bukan apa.. saja nak mengingatkan hadith boleh menyebabkan sesat jika bukan pada ahlinya. Sebab itu ahlu hadith pun dia tanya dengan ulamak feqh untuk pemahaman. Bukankah hadith itu ada am dan khasnya, nasikh dan mansukhnya, asbabun wurudnya. Jadi boleh anda jelaskan status hadith itu berdasarkan perkara-perkara ini ? Terima kasih.

anawahabi said...

Salam Ikhwan semua. antum-antum.Mari kenal ana, lawat blog ana.

Ibnu Muslim said...

Sebenarnya umat Malaysia memang aman dari segi amalan ibadah sehinggalah golongan Wahabi ni muncul kempen kata amalan umum Malaysia ni tak betul.
Sejak dulu pun Perlis dah lama amalan berlainan dari negeri lain tapi tiada masalah kerana fahaman tersebut tidak dijaja ke negeri2 lain.
So siapa yg bawa perpecahan sebenarnya?

Tentang nak guna Ai-Quran & Hadis ni kena tanya ahlinya.
Ada ayat/hadis yg dianggap mansukh oleh Imam-imam Mazhab.
Kalu gitu jika ada yg jumpa hadis shahih yg nyatakan kena bunuh orang yg lintas depan kita yg sedang shalat; elok la kita bunuh orang lintas tu sebab nak ambik makna zahir hadis?
Atau tafsir sendiri je la makna ayat boleh kahwin 1,2 3 & 4 maka jumlahkan jadi 10 kali boleh kahwin?
Kan banyak penyelewengan berlaku kerana faham sendiri ayat2 Quran?
Maka Hadis pun tak terkecuali, tak leh pandai sendiri kecuali memang dah mahir ilmunya.

Kalu tak nak akur lagi maka apa nak buat; serah pada Allah je la golongan ni..

abdul rahim said...

Saya ingin bertanya pada Ustaz Nazrul (tak pasti samada disini adalah tempat yang sepatutnya) atau sesiapa yang memahami tentang kenyataan ini;

"Oleh sebab itulah al-Imam Ibn Uyainah Radhiyallahuanhu menyebutkan:

الحديث مضلة إلا للفقهاء

Maksudnya:
Hadis adalah sesuatu yang mampu menyesatkan seseorang (yang tidak memahaminya) melainkan kepada para fuqaha(ulama).

Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami radhiyallahu anhu menerangkan maksud sebenar kalam al-Imam Ibn Uyainah radhiyallahu anhu di dalam kitabnya Fatawa Hadisiah mukasurat 521:

“Maksud kalam tersebut ialah Hadis adalah seumpama al-Quran yang mana ianya terkadang merupakan lafaz umum tetapi maknanya khusus, ianyanya juga terdapat Nasakh dan Mansukh, terdapat juga hadis yang tidak diamalkan, dan sebahagiannya jika dipegang dengan zahir maka akan menjadi masalah seperti hadis ينزل ربنا (Allah turun ke Langit pertama disepertiga malam). Jadi maksud sebenar sesebuah hadis tidak akan difahami melainkan diterangkan oleh para ulama.Ini berbeza dengan orang yang tidak mengetahui maksud sebenar hadis tersebut melainkan zahirnya semata-mata, maka akan tersesat jadinya seperti yang berlaku kepada sebahagian ulama terdahulu dan terkemudian seperti Ibn Taimiyah dan pengikutnya”

Adakah ini menunjukkan bahawa Ibn Taimiyyah dan pengikutnya itu telah tersesat dan tidak tergolong dalam golongan para fuqaha (ulama) walaupun saya banyak dengar dan baca bahawa Ibn Taimiyyah itu tinggi ilmunya dan merupakan seorang pejuang dan ulama Islam sehingga ada yang menggelarnya Sheikhul Islam. Adakah pendapat-pendapatnya dan fatwa2nya yang boleh digunapakai atau tertolak semuanya?

Pencinta Ilmu said...

A'kum wrt. Tak mudah keluarkan hukum hakam. Tidak semua suruhan jadi wajib. Ada yg sunat atau harus. Tidak semua tegahan jadi haram, kadang2 makruh je. Semua ni dpt diketahui jika didalami ilmu usul fiqh, qawaid fiqhiah dan lain2 disiplin ilmu. Tak jumpa tak mesti tak ada, mungkin kita tidak ihathoh dgn ilmu. Waspadalah . Jgn duk hina kitab tua tu. Mungkin gaya bahasa berlainan dan sesuai dgn zaman tu. Alhamdulillah, usaha mengalih bahasa kitab tu sudah berjalan . Bahkan diterjemah terus dari kitab asal berbahasa Arab. Itupun hanya yg kuasai disiplin ilmu dan istilahnya dapat terjemah dgn tepat. Walaupun begitu alhamdulillah, usaha itu moga diberkati. Apalah dosa ulama' spt syeikh daud dan ahmad fathoni itu sehingga kitab kuning karangan mereka matla'ul badrain, hidayatul salikin, siyarul salikin dll (hanya contoh) diperhinakan begitu? Moga para ulama Malaysia terus bertegas dgn golongan penghina ini.

Shafie School said...

pemuda kata:

Saya nak tanya, salahkah kita amalkan sesuatu hadith yang tidak terdapat dalam mazhab fiqh?

Contoh Hadith :
Apabila kamu duduk pada setiap 2 rakaat, maka hendaklah kamu baca : attahiyatulillah.....kemudian seseorang kamu pilihlah doa yang paling disukainya.."

Hadith ini soheh riwayat Nasa'i, Ahmad b Hanbal, Ibn Khuzaimah, Ibnu Hibban..

Tetapi tidak ada satu pun mazhab fiqh yang memuatkan hadith ini dalam kitab mazhabnya, terutama mazhab syafie..

Salahkah kita nak amalkan kerana tidak ada dalam mazhab kita?

Atau kita nak jd jumud dengan hanya membiarkan sahaja hadith ini kerana taksub pada mazhab semata-mata???

................................

a.Kata-kata saudara bahawa tiada kitab fekah mazhab yang memuatkan hadis tersebut memberi gambaran bahawa saudara seolah-olahnya telah meneliti kesemua kita-kitab fekah mazhab. Boleh saudara namakan kitab-kitab tersebut?

b. andai kata semua kitab fekah mazhab saudara dah teliti dan saudara tidak menjumpai hadis tersebut, itu tidak bermakna ulama-ulama mazhab menolak hadis tersebut. Mana mungkin para ulama hendak memuatkan semua hadis berkenaan dengan sesuatu amalan apatah lagi jika amalan tersebut hanya sunat sahaja. Jadi memadai ulama-ulama mazhab memberi garis panduan umum dengan mengatakan misalnya: "Disunatkan membaca doa-
doa yang matsur daripada Rasulullah".

c. Adakah terdapat ULAMA yang melarang saudara beramal dengan hadis tersebut? Saya kata ulama sebab banyak orang yang sealiran dengan saudara menjadikan orang awam yang jahil sebagai 'batu loncatan' untuk menghentam mazhab Syafi'e sebagai jumud dan sebagainya. Jika tiada ulama yang menghalang saudara daripada beramal dengan hadis tersebut, maka tidak perlulah saudara marah-marah dan menyalahkan mazhab syafi'e secara sewenang-wenangnya.

c. Bagaimana dengan penjelasan yang diberikan oleh Sdr Azzikraa tentang perlunya orang awam bertaklid kepada ahli ijtihad yang dinukil daripada As-Syatibi yang saudara petik kata-katanya sebelum itu untuk menghentam Us zamihan? Kalau faham, tolong sampaikan kepada sahabat-sahabat saudara yang sering mengajak orang awam 'berijtihad'.Wassalam

Abu Muhammad Haikal said...

Dalam Fath al-Bari Jzk 3, ms 98 iaitu:

وَأَمَّا كَوْنُهُ مَذْهَبًا لِلشَّافِعِيِّ لِكَوْنِهِ قَالَ : إِذَا صَحَّ الْحَدِيثُ فَهُوَ مَذْهَبِي فَفِيهِ نَظَرٌ . اِنْتَهَى . وَوَجْهُ النَّظَر أَنَّ مَحَلَّ الْعَمَلِ بِهَذِهِ الْوَصِيَّةِ مَا إِذَا عُرِفَ أَنَّ الْحَدِيثَ لَمْ يَطَّلِعْ عَلَيْهِ اَلشَّافِعِيّ ، أَمَّا إِذَا عُرِفَ أَنَّهُ اِطَّلَعَ عَلَيْهِ وَرَدَّهُ أَوْ تَأَوَّلَهُ بِوَجْهٍ مِنْ الْوُجُوهِ فَلَا


Maksud kata Imam Ibn Hajar : Kata-kata Imam Syafie ini terpakai terhadap hadis yang tidak ditemui oleh Imam Syafie. Sekiranya sesuatu hadis itu diketahui oleh Imam Syafie, lalu beliau menolaknya atau mentakwilkan dengan sesuatu takwilan, maka kata-kata beliau itu adalah tidak terpakai...

apa komen ustaz. maaf sy dikalangan pelajar harap diberi penjelasan.

Azzikraa said...

Dalam Fath al-Bari Jzk 3, ms 98 iaitu:

وَأَمَّا كَوْنُهُ مَذْهَبًا لِلشَّافِعِيِّ لِكَوْنِهِ قَالَ : إِذَا صَحَّ الْحَدِيثُ فَهُوَ مَذْهَبِي فَفِيهِ نَظَرٌ . اِنْتَهَى . وَوَجْهُ النَّظَر أَنَّ مَحَلَّ الْعَمَلِ بِهَذِهِ الْوَصِيَّةِ مَا إِذَا عُرِفَ أَنَّ الْحَدِيثَ لَمْ يَطَّلِعْ عَلَيْهِ اَلشَّافِعِيّ ، أَمَّا إِذَا عُرِفَ أَنَّهُ اِطَّلَعَ عَلَيْهِ وَرَدَّهُ أَوْ تَأَوَّلَهُ بِوَجْهٍ مِنْ الْوُجُوهِ فَلَا


Maksud kata Imam Ibn Hajar : Kata-kata Imam Syafie ini terpakai terhadap hadis yang tidak ditemui oleh Imam Syafie. Sekiranya sesuatu hadis itu diketahui oleh Imam Syafie, lalu beliau menolaknya atau mentakwilkan dengan sesuatu takwilan, maka kata-kata beliau itu adalah tidak terpakai...

apa komen ustaz. maaf sy dikalangan pelajar harap diberi penjelasan.

---------

Assalamu'alaikum Abu Muhammad. Boleh beri keseluruhan syarahan tersebut. Terima kasih.

Nanti kita boleh tanyakan orang yang arif mengenainya. Ambil sikit-sikit nih payah jugak.. Tak dapat kefahaman nanti.

Visit Bil.