beberapa ahli PGSM yang berfahaman Salafi Wahhabiy
KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) semalam membuat kejutan apabila tidak akan menarik balik memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini berkenaan ura-ura perlantikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Presidennya, Mohamad Isa Abdul Ralip berkata, PGSM tetap mempertahankan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang ditandatangani bersama–sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain, malah permohonan maaf secara terbuka juga tidak akan dilakukan. “PGSM hanya menarik balik penyiaran memorandum berkenaan dari laman web rasmi yang telah pun kami lakukan sebelum Dr Mohd Asri mendedahkannya kepada media. “Sebaliknya kami difahamkan bahawa Dr Mohd Asri sendiri yang membuat salinan memorandum berkenaan dan menyiarkannya di dalam blog peribadi beliau serta mengedarkannya kepada pihak media dan pihak-pihak yang lain,” katanya sewaktu sidang media bersama NGO Islam, di Sekretariat PGSM, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini semalam.
Menurutnya, Exco PGSM yang bermesyuarat semalam bersama 10 NGO Islam membuat ketetapan itu setelah kesal dengan tindakan Dr Mohd Asri yang telah memungkiri perjanjian penyelesaian secara musyawarah dan tidak menghormati Menteri yang bertindak sebagai mediator. “Di dalam pertemuan semalam (kelmarin), PGSM telah bersetuju untuk menamatkan konflik yang tercetus demi kemaslahatan dan kepentingan umat Islam secara keseluruhannya. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak memberi sebarang kenyataan media untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini. “Bagaimana perbincangan yang dibuat secara tertutup itu boleh didedahkan kepada media termasuk penyiaran gambar dari sumber pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya
Keputusan itu ternyata berbeza dengan kenyataan Dr Asri selepas pertemuan tertutup membabitkan tiga pihak iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, Presiden PGSM dan beliau sendiri. Hasil pertemuan tertutup itu, Dr Asri berkata PGSM telah memohon maaf dan menarik balik segala tuduhan negatif yang dilemparkan terhadapnya dan persatuan itu telah menulis draf sambil disaksikan oleh Menteri.
Tiada sesi soal jawab terbuka kepada wartawan sebaliknya sidang media (U-Turn) itu bertukar menjadi kecoh apabila beberapa ahli PGSM tidak berpuashati dengan keputusan presidennya yang enggan menarik balik memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini berkenaan tuduhan yang dilemparkan terhadap bekas Mufti Perlis itu.
Ulasan 1:
Saya bersetuju 100% dengan tindakan PGSM untuk mengekalkan pendirian mereka berhubung bantahan pencalonan Dr MAZA sebagi YDP YADIM. Bahkan telah membuat U-Turn terhadap permohonan maaf kepada Dr MAZA yang disaksikan Menteri JPM tempohari. Sebenarnya PGSM tidak menarik balik memo yang telah dihantar kepada YDP Agong. Sebaliknya, hanya menarik balik kesilapan teknikal paparan memo berkenaan di lawan web persatuan itu. Tetapi, Dr MAZA sendiri yang menyiarkan memo berkenaan di laman beliau. Soalnya, apa tujuan Dr MAZA? Adakah dia ingin membantah MEMO 13 NGO Islam @ ingin membantah 'tidak perkenan' YDP Agong. Jika anda ingin membantah NGO Islam secara ilmiah, silakan. Dan jika anda tidak berpuashati dengan keputusan YDP Agong, ertinya anda ingin membantah kuasa Eksekutif Tertinggi Negara. Usahkan YDP YADIM, jawatan Menteri pun jika tidak diperkenankan YDP Agong, ianya boleh dibatalkan. Ternyata, anda tiada semangat 1 Malaysia.
Ulasan 2 :
Hasil dari pertemuan ini, anda boleh melihat ketulusan Menteri JPM dan kesungguhan JAKIM untuk menyelesaikan kemelut ini. Tetapi terdapat sesetengah pihak yang tidak jujur dan cuba mengeksploitasi keadaan dan menghebahkan kepada media tentang pertemuan ini. Lalu disebarkan beberapa foto mesyuarat dan memberi ulasan terbuka kepada media. Hal ini mengeruhkan lagi keadaan. Lantaran itu, tidak hairanlah PGSM menarik balik kenyataan permohonan maafnya itu kerana mereka berasa dizalimi oleh pihak kedua. Anda boleh menganalisa, siapa sebenarnya yang lebih ghairah mencari glamour melalui media.-tamat
Ulasan 3 :
Pemerhatian saya mendapati di dalam PGSM terdapat dua kelompok. Kelompok mahasiswa yang berkelulusan syariah dan kelompok mahasiswa yang berkelulusan undang@. Walau begitu, antara dua kelompok ini tiada jurang pemisah besar sesama mereka. Namun, apabila ada segelintir ahli yang 'satu kapal' dengan metod Dr MAZA, maka mereka tampil membantah keputusan PGSM dan membuat kecoh pada sidang media berkenaan. Sahabat saya yang hadir pada majlis itu memberitahu, sikap ahli PGSM senior itu macam keanak-anakan dan tidak layak bergelar peguam syar'ie. Disebabkan keceluparan mereka dalam menutur kata.. lalu mereka dikeluarkan dari sidang berkenaan. Setelah sidang media berjalan seketika, seseorang telah menyampaikan surat tuntutan dari peguam DR MAZA terhadap PGSM. Surat itu menuntut penjelasan berkaitan memorandum dalam tempoh 14 hari. Jika tidak PGSM akan disaman. Adilkah, jika seseorang yang telah meminta maaf kepada anda secara tertutup, anda kemudiannya membuat kenyataan terbuka kepada media. Dan anda pula memanjangkan tuntutan ke atas mereka. Tidak hairanlah jika PGSM melakukan U-Turn dalam kes ini.
Akhirnya, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada PGSM. Anda perlu pertahankan memorandum berkenaan berdasarkan hujjah dan fakta. Jika anda inginkan peningkatan nilai ringgit fakta, anda boleh menghubungi tuan blog untuk mempertahankan hujjah anda di mahkamah nanti. Naik turun mahkamah adalah rutin anda, anda tak perlu gentar jika dicabar. dan percayalah, ada pihak yang ikhlas untuk membantu kita semua. Allah tuje malum..Allah tuje malum.
30 comments:
Us Zamihan al-Ghari, anda ni pun sebenarnya bodoh.. tak layak jadi ustaz. kaji-kajilah sendiri ye.
Teruskan mencela ya akhie. Boleh jadi, Itulah sunnah yang diajarkan oleh guru kamu.Kamu tak untuk menilai orang lain. Syukran
Assalamu'alaikum Ustaz Zamihan,
Terlebih dahulu saya mohon maaf jika pandangan saya ini tidak enta senangi.
Pada pandangan saya, jika enta berada di pihak Ustaz Asri yang dituduh dan difitnah, MUNGKIN juga enta akan mempunyai respons yang serupa.
Bila persetujuan telah dibuat dan mengatakannya telah selesai tiada lagi pertuduhan seperti yang dinyatakan dalam memorendum, enta mesti akan rasa gembira kerana isu itu telah selesai.
Bila ditanya, enta mesti kata 'isu dah selesai'. Sebagai bukti penyelesaian, tentu bukti penurunan tanda tangan persetujuan / gencatan akan enta tunjukkan. Itu kan lumrah.
Apakah keuntungan enta untuk melihat isu isu ini berterusan tanpa penyelesaian?. Kenapa sedaya upaya meng'AIB'kan saudara muslim enta berterusan?.
Islam itu benar, Al quran itu benar, Hadist dan Sunnah Rasulullah itu benar.
Yang selalu tersasar dari kebenaran adalah JIWA JIWA, HATI HATI DAN 'AQAL 'AQAL yang menjunjung ISLAM, AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH itu sendiri akibat dari runtunan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang sering mengajak kearah permusuhan dan kesesatan.
Maaf sekali lagi . Wassalam...
selamat masuk mahkamah,
saya suker, sebab semua orang yang terlibat suker, masyukk, masuk elauan, cuti bergaji.
bila sesama kakitangan berbalah tak masuk pejabat, gaji masih jalan.
lagi pun bila masuk mahkamah semua Pekung dibuka.ungkit kisah 10 tahun yang lepas2..
as-salaam buat penganut Islam
Ustaz..!!!
SAya sarankan kumpulkan lagi orang2 kita...fight til the end...kita buktikan bahwa Dr. Maza tu memang memiliki ideologi Wahabi atau apapun nama yang dia ingin dipanggil...
Jais perlu disokong...saya kecewa dengan sebagian politician kita yang tak berilmu ikut2 cari sensasi..
Kami santri2 pesantren yang datang dari Malaysia menyatakan 100% setuju dengan PGSM....
Saya juga mewakili Lajnah Bahtsul Masail atau lembaga yang hampir sama dengannya menentang habis Tajdid Wahabi seperti apa yang dilakukan Dr. Maza dan kuncu-kuncunya...
Teruskan mencela dan memfitnah ya akhie. Boleh jadi, Itulah sunnah yang diajarkan oleh guru kamu, ust. zamihan al-ghari.Kamu tak layak untuk menilai orang lain. kamu bukannya lebih dari saya.. apa pun saya yg paling hebat stakat ni..Syukran
zamihan mat zain.. anak peranakan kelantan. buat malu kelantan. tn. guru nik aziz pun skong dr. asri... wahabiy salafi tak habis2. baik ko tutup blog ni drp jd tapak fitnah dan mencela org!
JAHIL2 AKU PUN, RETI JUGAK MANA BETUL MANA SALAH, JELAS SANGAT ko tu jahat..
WEH, MANE YG KO TUDUH SIJIL PALSU TU???????????? TAK NAK BACK-UP KE TULIS 1 ENTRY BARU PASAL PERKARA TU??!!! NAMPAK SANGAT KO FITNAH! JAHAT, ZALIM.
SEKIAN!
Salam akh zamihan,
Sy ade baca satu article di mStar Online, sudah tentu akh puns sudah baca.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/6/mstar_berita/20091106211511&sec=mstar_berita
<<
Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dikemukakan kepada Mohd Asri.
Dalam pada itu Mohamad Isa mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tertutup antara mereka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara semalam tidak didedahkan kepada media.
Bagaimanapun Mohd Asri berkata, isu berkenaan sengaja dibangkitkan oleh Mohamad Isa kerana menurutnya tidak wujud sebarang perjanjian seumpama itu dalam pertemuan semalam.
"Tidak timbul soal mungkir janji kerana tidak ada (perjanjian), sebaliknya mereka yang diminta memaklumkan kepada media.
"Selain itu, yang mula bercakap kepada media ialah menteri," katanya.
>>
Walau bagaimanepun, terime kasih kerane menulis pndgn akh di post ini.
Syukran
Wassalam.
udah2 le tu ustaz zamihan....tak lalu dah teman tengok....biarlah pecambahan pemikiran umat Islam berlaku di Malaysia ni...kalau betul sesat hujahkan sesatnya...Islam tertegak di atas dalil dan hujah....
Zamihan EL-JUMMUDIY, anda harus membaca banyak buku ilmiah agar terbuka minda anda dan keluar dari daerah kejumudan yang pekat. Minda yang luas tidak boleh diperolehi hanya dengan makan kismis jampi, tetapi melalui pembacaan, dialog dan berbincang. Zaman berubah pantas, anda juga harus berubah agar lebih terbuka menerima perbezaan pendapat. Jika tidak, anda akan jadi seperti katak bawah tempurung. Jika ada perbezaan pendapat, jangan membuat fitnah dan berdusta kerana ia memperlihatkan anda dalam keadaan sangat tertekan, terdesak serta kelihatan seperti tenggelam punca. Ambillah nasihat saya dan berubahlah agar masyarakat tidak memandang serong perbuatan terkutuk dan keji anda. Wasalam.
Seperkara lagi, ingatlah azab Allah yang keras bagi sesiapa yang cuba menghalang manusia dari mengikuti jalan yang lurus, bersumberkan Quran dan Sunnah. Semoga anda menginsafi kejadian yang berlaku mutakhir ini dan mengambil pengajaran daripadanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ikhlaskanlah hati anda dan buang segala perasaan hasad dan dengki yang berakar umbi, semoga dakwah Islamiah akan terus berkembang di Malaysia. Bersama 1 Malaysia kita menentang kejumudan akal, kesempitan fikiran, kedangkalan perasaan, kebusukan hati, kehasadan minda dan kekeruhan dendam kesumat yang tak sudah. Sekian. Wasalam.
Assalamualaikum Ustaz..saya sokong Ustaz.Taniah PGSM,JAIS
Ramai masih keliru antara yang haq dan batil.
Wahhabi memecahbelah ummah
Assalamualaikum,
Saya heran kenapa masih ade pihak yang suka menuduh and melebel saudara muslimnya 'wahabi'.
Wah hal saudara kita itu tidak pernah mengatakan dirinya sebagai wahabi. Dan dr asri pernah menulis sebuah article dua tahun yg lalu : ''Katakan tidak kepada Wahabi''
Article nya ada dilink bawah
http://drmaza.com/home/?p=796#more-796
Salam ukhwah.
Lalu aku dipanggil WahabiShare
Fri at 6:23am
ku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
Aku semakin bingung siapa itu Wahabi
Aku lalu rasa Zamihan lah yg wahabi.
Sebab dia selalu tudoh orang sebagai wahabi.
Zamihan...zamihan...kau wahabi rupenye..
Salam Ust. Zamihan, Saya ni sebenarnya penyabar orngnya tp disebabkan seorang yg bernama USTAZ ZAMIHAN MAT ZAIN, arini dah hilang kesabaran saya..
Biar saya guna bahasa yang kasar sikit untuk ko zamihan... Ko ni>>
PELAMPAU ISLAM : sebab pandai2 kata wahabi sesat padahal Majlis FATWA xpernah keluar FATWA kata wahabi sesat.
PEMFITNAH BESAR : isu ko cakap pasal MAZA ijazah palsu tu, wlpn ko nafikan tapi ko yg menimbulkan isu fitnah. Ko mula dulu, jd ko la penyebarnye.
MUNAFIQ AGAMA : konon2 nak tegakkan aqidah ahli sunnah n nak tentang penyelewengan agama konon tp padahal isu skrg ko guna agama nak lawan MAZA. Skrg bukan ASWJ vs WAHABI tp ZAMIHAN vs ASRI.
PENGHINA ISLAM : Islam tu syumul, luas jd berbeza pendapat xsalah jnj berpaksikan AQ n AS tp Asri nk bwt percambahan pemikiran skit ko halang walhal die pon guna AQ n AS.
ULAMA SESAT SENDIRI : semua org kagum ngn nik aziz n sepatutnye ko pun sama sbb ko org kelantan tp nik aziz siap sokong asri tp ko ni yg xmengaku salah..sesat sendiri.
BAJET BANYAK ILMU : Imam shafie ckp, makin bnyk dia blaja, makin bnyk die xtahu tp ko bukan blaja bnyk mane sedap2 kate sume org sesat. Siap bangga ngan ilmu ko ade, buktinya, cara penulisan kat blog ko.
BODOH : kalo kate wahabi sesat, knp berjuta org g haji? guna logik akal pon sume org faham la ko ni...pastu ko jgn g haji sbb kat mekah bnyk imam2 wahabi nt, cnfrm2 ko xdapat haji mabrur. ko buat haji kat ILIM je cukup!!
BAJET BEST : ko komen org kat blog ko konon2nye ko baik sgt xmencela org tp jelas dh tulisan ko dlm blog ni mencela ASRI siap sebut nama dia lg. Si MAZA tu ade ke sebut nama ko dlm blog dier? fitnah ko, lg la xpenah...sapela jd anak murid ko nt
PEKAK : aku tau, ko akan kate aku taksub kat asri tapi xpe sbb bile ko kate gitu, aku dah ade fakta yg ko nih pekak ngan tuli xnk dgr org len bg nasihat. nasihat org pandai sgt.
BENGONG : spttnye ade ilmu agama, g la berdakwah tp mase ko habis bnyk g cari kesalahan org len, g cari kesalahan wahabi. aku rase ko ni tok guru wahabi sbb expert dh wahabi punye idealisme sdgkan MAZA xtau wahabi.
MULUT SUMBANG : dulu masa kitorg bwt seminar kat ILIM, zamihan ni marah kwn2 aku sbb lambat sampaikan diam dewan dgr dia marah ngn membebel tapi Allah Maha Besar sbb esoknye bile slot die, zamihan lambat 30minit..sumaph dgn nama Allah aku xtipu..Mntk maaf zamihan xpandai sbb tgk la kes skrg,ade dia mtk maaf? jgn harap
Nak nasihat bnyk2, cara baik bukan zamihan dgr sbb Asri yg berhemah tu pon die xdgr jd biarla aku ni kurang hajar walaupun lepas ni aku tau berduyun2 puak bajet diri mereka xsesat (pengikut zamihan) ni komen ngan bangkang aku..aku tau, aku xsalahkan korg sebb tok guru korg pon bukan pandai mintak maaf jd aku xnak jgk la mintak maaf..
Harap zamihan bertaubat sbb sukati kata org lain menyeleweng, sesat, patu bangga g perbetul aqidah pengikut kahar padah diri sendiri jumud... Boleh bla la zamihan.
Aku bukan pengikut asri yg fanatik sbb asri ajar aku guna AQ & AS. Jadi, berdasrkan 2sumber tu, aku pon tau menilai org ye si zamihan.
PENYEBAR FITNAH MUNCUL DIAKHIR ZAMAN SEBAGAI TANDA2 KIAMAT >>>DALAM BENTUK ZAMIHAN MAT ZAIN
Wah! teruk ustaz kena kutuk dgn wahabi kat sini...tp xpa ustaz, biasa ler tu...sabor je ler...dah tok guru kaum wahabi ni mmg ngajor mcm tu, mulot celupor...nak berhujah xdo ilmu, so keluor ler pe yang sebenornya dlm hati perut. Sesunguhnya 'baik' itu tidak2 boleh di'lakon2kan'...
AKITIANO!..walaupun den bukan dari pasenteren...den sokong seranan tuan...FIGHT TIL THE END!!
Hasbullah enta ni kena gi ngaji lg bab aib mengaibkan & fitnah mengfitnah ni...
nobody,
'Aqal enta celaru. Jangan 'ujub dengan ilmu enta.
Akhirnya setelah membaca diskusi diskusi dalam blog ini saya dapati 'too much rubbish'. dah tak boleh dinasihatkan lagi.
Diskusi forum ini menjadi medan pertempuran Zamihan Vs. Asri,
bukanya ASWJ Vs. Wahabbi
Enta boleh lah bertaqlid dan bersekongkol dengan Us. Zamihan mengintai intai dan mengaibkan ustaz Asri dan bicaralah mengikut yang anda fikir itu haq enta sebagai manusia, tapi ingat kita semua akan ditanya di Akhirat nanti.
Ribuan maaf sebelum mengundur diri. Wassalam.....
nobody, ustaz kene terok2 cuz hes asking for it. Apa yang dikatakan terhadap zamihan mmg fakta walaupun saya tak berapa minat dgn cara bahasa yg digunakan. Maybe sebab dah tak boleh angkat dengan perangai zamihan.
Sabo ustaz deh... base dia doh org berfahaman Wahhabi ni,cakapkabo mereka takdok adab langsung,macam org takdok ugama. Bodo lah ,mulut sumbanglah,bengonglah macam2 lagi. Kita bukan wat fitnah, kita nak terang je mane hak betol,mane hok saloh, takboh ikut sudoh ah.. tak ape ah mulut dok makan pasir lg.
Ikut gok Almarhum Dr.Burhanuddin pengasas PAS, baca sejarah beliau dari kuat kaum muda(fahaman wahhabiah) alih2 jadi Khalifah Tarikat Naqsyabandiah, alim,tawaduk,ASWJ lagi
Bacalah risalah "SIMPOSIUM TASAWWUF &TARIQAH".
Hasbullah... cari deh, sie ke demo... kaji2 deh moga2 dok terbabas.
akitiano kawe sokong demo 1000%.
Salam semua. ok. paham dah. pesantren akitiano ini la yg mengajar TANGKAL & AZIMAT adalah dari ajaran Islam. Nauzubillah minzalik.
http://akitiano.blogspot.com/
Salam cjb,bukan tangkal dan azimat hok beri bekas, Allah Taala yag memberi bekas.Kenalah nadah kitab Usuluddin.Jangan hina ulamak pondok nanti kita jatuh dalam golongan orang yang memusuhi Wali Allah spt hadith Qudsi "Sesiapa yg meyakiti bagiKu waliKu,maka Aku memaklumkan peperangan dengan mereka". Banyak2 Istirghfar deh..
WAHABI itu ialah "MANUSIA YANG MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):
Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.
Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.
Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa, al-Fikrah.net dan lain-lain.
Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.
Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.
Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.
Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)
Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.
Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.
Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.
Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.
Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.
Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah dan Ahbash.
Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.
sambungan
Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.
Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.
Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.
Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.
Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.
Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.
Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).
Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.
Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah SAHAJA.
(*inysaallah akan ditambah dan diperbaiki dari semasa ke semasa)
KESUDAHANNYA
Selepas ini janganlah ada lagi ‘MADAH BERHELAH’ seperti:
“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”
Kayu ukur kami bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur kami ialah SENARAI CIRI-CIRI WAHABI sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika seseorang itu memiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN, bukan yang lain.
INILAH DEFINISI WAHABI.
23 DISEMBER 2007
13 ZULHJJAH 1428
AKU DITIPU SALAFI TANAHAIRKU
Dulu aku salafi
Aku salafi melalui forum salafi terbesar di negara ini
Kononnya mereka kembali kepada sumber yang asal
Tapi…
Aku tertipu!
Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Kitab dan Sunnah
Tapi azan mereka berlagu, berdondang sayang
Adakah azan zaman Nabi berlagu?
Mereka bangga dengan azan Masjidil Haram
Yang masyhur itu
Yang Wahhabi itu
Betulkah Saidina Bilal dulu mendendangkan azan berlagu?
Kalau betul azan untuk dilagukan,
Tentu Nabi dan sahabat sudah buat dulu
Tapi malangnya tidak!
Mereka dakwa jemaah Tabligh sesat
Tapi sekurang-kurangnya
Azan jemaah Tabligh sama dengan azan zaman Nabi,
Tidak berlagu
Tak macam azan bilal Masjidil Haram
Yang mereka banggakan itu
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal!
Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Kitab dan Sunnah
Akupun kembalilah
Macam yang mereka dakwakan itu
Aku ditipu lagi!
Zaman Nabi mana ada jemaah-jemaah!
Semua orang satu jemaah.
Tak ada Tabligh, tak ada Hizbut Tahrir
Tak ada PAS, tak ada Ikhwan
Tak ada ABIM, tak ada JIM
Tapi…
Mereka haruskan jemaah-jemaah itu!
Bahkan mereka puja Qaradhawi,
Mereka kagum al-Banna
Itukan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin?
Memang penipu!
Sumber asal mengatakan umat Islam satu jemaah
Hanya satu golongan saja yang selamat daripada 73 golongan
Iaitu golongan salafi
Begitulah juga kata Albani
Begitulah juga kat Ben Baaz
Siapa buat pelbagai golongan, semuanya tidak selamat
Bagaimana mereka di forum itu mengaku salafi,
Tapi membenarkan umat Islam berpecah-belah
Membentuk pelbagai golongan
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal
Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Zaman Nabi dan sahabat
Zaman itu tidak ada mazhab
Siapa yang buat mazhab
Bererti dia melakukan bid’ah
Sebab Nabi tak pernah buat, sahabat pun tidak
Tapi…
Tipu lagi.
Mereka ajar kitab asy-Syafie, mereka puja dia
Bukankah sumber asal menunjukkan dia berbuat bid’ah?
Dia buat mazhab, Nabi tak buat
Sanggup mereka sanjung seorang tokoh ahli bid’ah!
Hukum orang tu bida’ah, orang ni bid’ah
Alih-alih mereka puja tokoh bid’ah
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal
Mereka dakwa hanya salafi satu golongan yang terselamat
Daripada 73 golongan.
Tertipulah aku lagi…
Aku kaji situasi di dunia Arab.
Rupanya ada banyak kumpulan yang mengaku Salafi
Sesama mereka saling sesat-menyesat pula
Macam mana forum itu mendakwa
Hanya Salafi mereka yang terselamat?
Salafi lain pun nak selamat juga
Tapi saling menuduh sesat
Dan saling mengaku
Puak aku paling selamat
Puak akulah satu golongan yang terselamat itu
Lucunya
Ulama-ulama Salafi Saudi yang aku sanjung
Menghukum halal tentera Amerika bertapak di Saudi
Tiba-tiba orang forum kata tak boleh!
Padahal ulama-ulama itu tokoh Salafi utama dunia
Mereka lebih faham Salafi daripada orang-orang di forum
Tokoh-tokoh itu dah kaji
Dah kembali kepada sumber yang asal
Dan jawapannya boleh letak musuh Islam dalam negara
Untuk serang negara Islam lain si Iraq
Bila aku ikut fatwa ini
Mereka kata aku salah
Jadilah aku serba salah.
Sebenarnnya, mereka sendiri tidak kembali kepada sumber yang asal.
Pengakuan di mulut saja.
Aku lebih percaya Albani, Ben Baaz, Fauzan dan lain-lain.
Takkanlah mereka di forum lebih faham Salafi
Daripada ulama-ulama ini!
Betul tak?
Ini Salafi perasan.
Mereka bukan Salafi.
Mereka Salafi syok sendiri, buatan sini.
Cakap mereka di luar negara tidak siapa memandang
Tapi cakap ulama Saudi seluruh dunia pandang
Masuk saja laman Salafi Indon
Mereka mengutuk habis Salafi buatan sini
Kerana Salafi buatan sini
Menyokong ahlul bid’ah
Seperti al Banna, Tilmisani, Qardhawi, Syed Qutb
Salafi sini sokong Ikhwan
Itukan bid’ah yang nyata?
Jelas
Salafi forum itu hanya perasan sendiri
Jemaah Salafi sendiri tidak mengaku mereka satu kumpulan
Tapi penyokong ahli bid’ah
Maksudnya Salafi sini sama saja dengan pembuat bid’ah
Kawan-kawanku sedarlah
Carilah Salafi sebenar
Bukan Salafi forum
Kembalilah kepada sumber yang asal
Bukan taqlid buta kepada mufti
Salaf iaitu kurun yg nabi akui sebaik2 kurun ya'ni abad 3 setengah kata abad 5 .4 mazhab dan abi hassan Alassyaa'ri dan abu mansur almaturidi adalah diantara kurun itu .Oleh kerana itu ,Imam ghazali tidak membuka mazhab sendiri kerana imam ghazali bukan diantara kurun yg nabi akui itu ,lalu beliau pun bermazhab Imam syafei bahkan beliau digelar hujjatul islam itu pun masih bermazhab .Adapun kaum yg mengaku mengikut ajaran salafiyah mengikut ajaran ibnu taimiyah sedangkan ia abad yg 7 dan muhammad wahabi abad 12 .jadi mana salafnya .satu hari saya pernah mewakili pondok untuk ziarah di pondok indonesia .penganjurnya adalah dikalangan politik pas yg juga ada dikalangan mereka itu wahabi .apabila saya tanya pondok mana yg nak diziarah ? ia kata pondok amalan salafiyah .saya pun mula khuatir takut sama salafiyah puak ni .sangkaan saya meleset apabila saya lihat setelah sembahyang jumaat ada zikir ramai2 dan doa .sebelahnya ada kubur dan ramai yang baca alquran disisinya dan mengaji kitab2 kuning termasuk kitam imam ghazali minhajul abidin .kesimpulan mana2 yg tidak bermazhab antara yg 4 itu dan ikut aqidah abi hassan Alassyaa'ri dan abu mansur almaturidi itu maka dia bukan golongan sunnah waljamaah .wallahualam .Bg Ust Zamihan , saya Ust Rahim dan ust2 dari Persatuan khairul Ummah yg terdiri dari Pondok Pasir tumbuh insyaallah akan bersama tuan dalam membasmikan gejala2 wahabi . harap banyak bersabar ya Ust .Perjuangan Ust terlalu besar .
Salam, saya sokong 100% Dr Asri kemukakan saman ke atas Zamihan. Kes memang kuat. Insyaallah boleh menang saman.
to pengejek2 dan pengutuk2 yang mengutamakan hawa nafsu dan ketandusan hujjah....
korang kutuk jelah ustaz Zamihan dan para 'ulama ASWJ, nanti korang akan ketulahan... itulah dasar orang yang ketandusan hujjah, mesti menyerang dan mentohmah peribadi dan itulah dasar Wahhabi.
kalau korang nak, jumpalah depan2 mereka yang menolak virus wahhabi! setiap negeri ada! bukan ustaz Zamihan sorang! ASWJ bukan macam kome yang takda orang lain, taksub dan fanatik akan asri! melarang orang bertaqlid, tapi diri sendiri bertaqlid pada asri yang jahil dalam syariah.
Orang2 yang menolak asri dan pahamannya amatlah banyak, pick one yang boleh kome debatkan (itupun kalo berani lah... tak tanya sesat jalan)...
antaranya (yang korang leh kenal ler):
-Dr Uthman el-Muhammady
-Mufti seluruh negeri kecuali Perlis
-Syeikh Fuad Rembau
-Dr Abdul Aziz Hanafi
-Dr Harun Din (yang asri kata selawat Syifa' tu melanggar aqidah, Dr Harun Din antra pengamalnya, PhD Al-Azhar lagi, apalah nak dbanding PhD asri)
-Dr Badrul Amin
-Yusri Muhammad (Bekas Presiden ABIM)
-Syeikh Afifuddin al-Jilani
dll x larat aku nak type...
jangan main terjah macam krew terjah melodi... kan korang ikut sunnah sangat? nape takda akhlaq? tanyalah... kalo ko takda tempat bertanya, PM aku. aku tolong carikan.
Post a Comment