Friday, December 4, 2009

WAHHABIY MENGGANAS?

Tragedi pengeboman WTC memberi kesan yg buruk kepada Islam. Apakah doktrin disebalik Modus operandi gerakan al-Qaedah, Taleban dan JI sebenarnya?

Kekejaman bukan sekadar dari Yahudi. Malah ia turut melibatkan golongan Muslim yang memahami agama secara radikal.

Bila dikaitkan fahaman Wahhabiy dengan fahaman pengganas tentu beberapa pihak berkecil hati. Lantas, hati mereka meronta-ronta menunjukkan simpati kepada fahaman ini. Tetapi apabila kita merujuk sejarah, kita dihidangkan dengan peristiwa yang amat menyayat hati. Iaitu peristiwa pembunuhan kejam Wahhabiy ke atas tentera turki Uthmaniyyah, pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan penyembelihan ulamak. Walaupun butiran fakta dari Turki dan Arab Saudi sukar didapati, namun para alim ulamak yang menyelami peristiwa berdarah ini merekodkan sejarah hitam berkenaan dalam biografi peribadi mereka. Sebagai tatapan, renungan dan pengajaran buat semua : betapa bahayanya Ekstremis Agama.


Terdapat beberapa fakta sejarah tentang keganasan yang dilakukan oleh tentera Wahhabiy yang dipimpin oleh Muhammad Abdul Wahhab dan kroninya Muhammad Bin Suud. Setelah kedua tokoh ini kembali kerahmatullah. Legasi pelampau Wahhabiy diteruskan pula oleh anak-cucu-cicit mereka dengan pendekatan yang sama. Bahkan lebih dahsyat dari mereka berdua. Semasa gerakan Wahhabiy menyerang Kota Thaif, Makkah dan Madinah, golongan ini melakukan jenayah perang dengan membunuh dan menyembelih para alim ulamak dan umat Islam yang menentang mereka. Antara ulamak yang dibunuh gerakan Wahhabiy adalah seperti berikut :

1- Mantan Mufti Makkah yang bermazhab al-Syafi'ie iaitu Syeikh Abdullah Zawawi. Beliau telah disembelih dengan kejam dihadapan rumahnya sendiri oleh kumpulan pengganas Wahhabiy. Atas alasan mantan Mufti ini bertanggungjawab membenarkan umat ini melakukan kegiatan syirik secara berleluasa.

2- Syeikh Abdullah Abu Khair al-Qadhi juga turut dibunuh oleh tentera Wahhabiy kerana dituduh bersekongkol dengan Mantan Mufti dalam menganjurkan kesesatan dan kesyirikan.

3- Syeikh Jaafar al-Syaibi dan beberapa ulamak lain juga dibunuh dengan kejam oleh puak pengganas Wahhabiy. Kononya ulamak ini menganjurkan bid'ah, sesat dan khurafat dalam masyarakat.

Peristiwa ini telah direkod berlaku pada tahun 1217H bersamaan 1802M. Fakta berhubung kekejaman Wahhabi ini boleh di dapati dalm kitab sejarah yang berjudul Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah karangan As-Sayyid Ibrahim Ar-Rawi Ar-Rifa'iy pada mukasurat 2-4 percetakan An-Najah di Baghdad : Iraq, cetakan 1345H.

Bayangkanlah, jika mereka sanggup menyerang dua kota suci semata-mata mabukkan kuasa politik dengan membunuh ulamak dan umat Islam..maka siapakah kita dihati mereka?
Jika dilihat kepada kronologi Jamaah Islamiyyah (JI), Abu Bakar Basyir, Abdullah Sungkar, Azhari Husin, Nordin Mohd Top dan lain-lain juga menggunakan metod yang hampir sama untuk merealisasi fahaman mereka. Dan tidak mustahil jika golongan ini menguasai tampuk pemerintahan negara, mereka akan menggunakan prinsip 'divide and rule' yang sama sebagaimana Syeikh Muhammad Wahhab. Iatu berjihad hanya menggunakan senjata walaupun melibatkan pertumpahan darah umat Islam. Nau'zubillah min dzalik.

Sejarah hitam ini juga menyebabkan 'pendakwah Wahhabiy' takut untuk digelar Wahhabiy. Lalu mereka mencari pelbagai jenama untuk logo perjuangan mereka. Maka lahirlah : Salafi (SalahPi) Salafiyyah, Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah, Golongan Sunnah, protaz, kaum muda, Muslim Progresif dan macam-macam ada. Nasihat saya, anda tak perlu keliru dengan jenama. Sebaliknya anda perlu fokus kepada intisari fahaman dan pemikiran mereka.

Setelah anda dihidangkan dengan fakta ilmiah tentang kekejaman Wahhabiy..apakah anda masih simpati kepada golongan ini. Soal rasa..lidah tak boleh bohong. Soal fakta..anda perlu terima dengan terbuka. Anda tidak perlu fanatik dan bertaqlid buta. Sebaliknya..anda perlu sedar bahawa Islam sesekali tidak mengambil kebenaran dengan kekerasan. Jika pada pendapat anda sesuatu hukum itu adalah bid'ah sesat, syirik @ khurafat..mungkin masih ada pendapat ulamak lain yang menghukum bertentangan dengan anda. Jika ketentuan hukum dibuat berdasarkan ijmak..kita sepakat mengiyakannya. Fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk Islam dan umatnya. Wassalam.

48 comments:

Al-Humairah said...

Beirut: Satu gerakan dakwah yang menggunakan nama Islam iaitu kumpulan Ahbash telah diisytiharkan sesat oleh Dr Said Ramadhan Al-Butti dan Dr Wahbah Zuhaili. Ahbash bersempena dengan nama pengasasnya mempunyai pusat pengajiannya di Lubnan.

Gerakan ini banyak mengkafirkan tokoh-tokoh Islam seperti Syed Qutb, tokoh-tokoh salaf dan ulamak-ulamak yang masih hidup. Gerakan mereka juga dicurigai kerana sikap melampau dalam menghukum, serta sering mengkafirkan para ulamak. Dikatakan gerakan ini sedang meluaskan pengaruhnya sehingga ke Asia Tenggara.

zaki said...

Ni la lawan web Ustaz penyokong gerakan pengkafir ulama, gerakan ahbash.

Tulisan dalam laman ini pun penuh dengan kafir-mengkafir terhadap ulama' yang tidak sealiran dengannya.

Hafiz said...

Hahaha... Tu dia puak wahhabi... Asal kata kat wahhabi ja, kluaq la ahbasy, syiah... Pastu kna tuduh kafirkan Ulama'...

Sdgkan puak2 wahhabi ni yang ska mengkafirkan Ulama'... Ska menghukum org bid'ah dan sesat... Ska memperlekehkan ilmu dan peranan Ulama'... Menganggap hanya dengan ilmu yg sdikit boleh menghukum Ulama' dan mengatakan Ulama' banyak silap... Puak2 hangpa la... Buat xngaku leh...

Tok Guru hangpa kat Malaysia ni yg ska duk hukum org... Bwk kluaq fatwa yang mengelirukan org... Tuduh Ulama' ni syiah, Ulama' tu syiah... Tuduh Ulama' ni gna hadis palsu, tuduh Ulama' ni xsdaq dia buat banyak silap... Sembang kemas... Tuduh banyak hadis palsu dlm kitab ni, banyak kesilapan x disedari... Alasan, Ulama' x maksum(smpai mengkafirkan dan menyesatklan Ulama')... Pastu kata kalo kitab yang Ulama' karang tu sempurna, mana nak letak Al-Quran sbgai kitab yang paling sempurna... Ish3... Mknanya setiap kitab karangan Ulama' ada kesilapan la sbb kalo Qur'an tu sempurna, smua kitab hat Ulama' karang mesti kna ada silap... Bijak sunguh anak didik pak wahab nih... Otak ada xmau pkai... Buta mata hati sunguh...

Al-Humairah said...

Awas dari Ajaran Sesat dan Kumpulan Pelampau AHBASH

Timbul kebelakangan ini para-para penyeru kepada kesesatan dari kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Jam’iyyah al-Masyari’ al-Khairiah al-Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai Ahbash.

Seperti biasa, apabila ada saja pemikiran sesat sudah tentu ada pula pengikutnya. Mereka dari kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang terpengaruh dengan aqidah Ahbash. Hati-hati dari seruan palsu mereka.

Suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka. Bersikap Ekstrim dan Militan menjadi syiar kumpulan mereka.

AWAS dari terjebak….

Terdapat dua golongan yang berinteraksi dengan Ahbash:

1) Golongan yang menanam rasa dendam terhadap kumpulan Wahabi. Lalu mereka menggunakan hujjah-hujjah Ahbash, mereka tidak sedar akan kemerbahayaan Ahbash kepada Umah dan Negara.

2) Golongan yang sememangnya menganut fahaman Ahbash. Mereka suka mengkafirkan sesiapa yang tidak sehaluan. Golongan ini amat bahaya kepada Umat Islam dan Negara Malaysia. Membenterasnya menjadi kewajipan bersama

Hamba Allah. said...

Fahaman Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan pendapat-pendapat mereka seratus persen sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad pertama.
Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal dari kata dasar al-Hasyw iaitu penyisipan, pemasangan dan pemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadits yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadits yang dikaitkan kepada Nabi (s.`a.w) dan para sahabat berdasarkan pengertian dari segi bahasa semata tanpa penilaian semula. Bahkan sekiranya suatu “ hadits “ itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya), mereka tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama sekali apakah ada teks hadits itu sejalan dan selaras dengan al-Qur’an, ataupun hadits yang diakui sahih atau sebaliknya.
Ahmad bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: “ Nama al-Hasyawiyyah digunakan terhadap orang-orang yang meriwayatkan hadits-hadits sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah sebagai sabda Nabi dan mereka menerimanya tanpa adanya interpretasi terdahulu, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadits dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah… Mereka bersepakat mempercayai konsep pemaksaan (Allah berhubung dengan perbuatan manusia) dan tasybih (bahawa Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh …
Al-Syahrastani (467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: “ Terdapat sebuah kumpulan Ashab al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas mengisytiharkan kepercayaan mereka tentang tasybih (iaitu Allah seumpama makhluk-Nya) … sehinggakan mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu ketika, kedua-dua mata Allah kesedihan, lalu para malaikat datang menemui-Nya dan Dia (Allah) menangisi (kesedihan) dengan banjir Nabi Nuh (`a.s) sehingga mata-Nya menjadi merah, dan `Arasy meratap hiba seperti suara pelana baru dan Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat jari di setiap penjuru.”
Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadits atau Ahl al-Hadits dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum,

Bila takda modal, lalu golongan Ahbash pulak dikambing hitamkan.

Sebab wahhabi tahu bahawa ramai ulamak menolak fahaman mereka. Bahkan sebelum ahbash ada lagi.

TUjuannya untuk mengaitkan ahbash dengan tuan blog dan ulamak Islam yang menolak wahhabi.

Cuba tunjuk bukti bahawa blog ni menggunakan hujjah ahbash ?

Setahu saya wahhabi yang suka menghukum sesat dan kafir itulah yang sedang meluaskan pengaruhnya sehingga ke pelusuk dunia. Di mana ada wahhabi yang melampau, di situlah ada perpecahan. Di situlah ada permusuhan yang tidak sehabisnya.

Dah banyak bukti diberikan dengan fakta yang sahih kemudian jalan untuk menutup kejahatan wahhabi adalah mengkambing hitamkan ahbash pulah dan dikaitkan dengan blog ini.

Ini namanya tuduhan murahan. Orang pun dapat menilai (bagi yang nak menyelidik betul-betul la)

Saudara Zaki,

Saya harap anda ini bukanlah salah seorang dari golongan yang penuduh dan penipu yang hadir dalam blog ini semata-mata untuk beri komen yang tidak berfakta tersebut.

Berikan sahaja bukti yang anda buat secara umum tersebut. Jika tidak memang jelaslah anda berbohong.

Jika begitu cara anda menulis dan berfikir tanpa tahu menyelidik. Maka itulah sebenarnya diri anda sendiri.

abdul rahim said...

Salam ustaz,

Tuduhan ustaz sangat berat. Mengaitkan golongan-golongan tertentu di Malaysia (selain JI yang dikatakan menggunakan kaedah kekerasan) seperti salafi,kaum muda, protaz dan sebagainya sebagai 'pelampau wahabi' yang mengajar dan menggunakan kekerasan dan pembunuhan tanpa bukti yang nyata. Kalaulah ada pun kekerasan yang digunakan oleh 'puak Wahabi' lampau bagaimana ustaz boleh tergamak untuk menyamakannya dengan golongan-golongan ini di Malaysia. Ini bukan soal simpati atau tidak. Janganlah kerana kebencian kita pada mereka membolehkan kita membuat tuduhan seperti ini.

Maaf ustaz penulisan jenis ini adalah sesuatu yang saya tolak. Melainkan ada bukti yang nyata bahawa mereka mengajar supaya orang membunuh atau membunuh sendiri seorang Muslim yang lain kerana berbeza pendapat.

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum warahmatuLlah ,

Sebenarnya pemikiran dan fahaman wahhabi yang melampau boleh membawa kepada tindakan-tindakan yang disebutkan di dalam artikel terbaru ini.

Sekiranya kita menyusuri laman blog wahhabi salafi yang ekstrim, sudah ada bibit-bibit yang boleh membawa ke arah tindakan yang radikal seperti golongan yang didedahkan.

Contohnya menghukum kafir ke atas aliran asya'iroh yang dilakukan oleh Rasul Dahri yang sudah didedahkan dalam komen sebelum ini.


Sila rujuk di sini :

http://4.bp.blogspot.com/_rRS1Og6ei4o/RzLlKaXCWgI/AAAAAAAAANA/00dItQxTU0M/s1600-h/wahabikafirasyairah.jpg

iaitu buku bertajuk Bid'ah menurut Ahli sunnah wal Jama'ah terbitan Jahabersa. Beliau menyatakan bahawa aliran Asya'iroh adalah sesat dan kekal di dalam neraka.

Bermula dari fikrah, dan kemudian dengan tindakan. Ia sudah terjadi sebab itu didedahkan agar berhati-hati.

IzHaR said...

fakta dan keterangan dh jelas...tenangkan diri dan fikir dengan mendalam, dengan ikhlas...harapkan petunjuk Allah jalan mana yang betul dan lurus... pakat2 tambah ilmu, dari ulamak yang muktabar (ASWJ), kebenaran pasti kn muncul selagi mana diri ikhlas mencarinya. apa Ahbash? apa wahabi? cri mklumat yg cukup....baru bt kesmpulan dan ambik tindakan yg sewajarnya. tahniah kepada tuan rumah,sentiasa berusaha cri mklumat dan fakta dan bersungguh sampaikan maklumat berusaha lg... ana sentiasa doakan. i'Allah...fibarakatillah..

akitiano said...

Ini adalah sebuah fakta. Tahun 1997 ana adalah seorang pelajar di Sekolah Kiblah, yaitu sebuah sekolah agama Swasta yang berada di Bangi, Selangor.

Pada awalnya ana tidak tau kalau sekolah ini Wahhabi. tapi ternyata dia adalah sekolah Wahhabi. Waktu itu ana terikut2 juga dengan mereka.

Sebuah fahaman radikal memang tidak bisa hilang dari Wahabi. buktinya, ketika saya awal-awal belajar di sekolah tersebut, ada salah satu ustaz ketika menerangkan tentang pusat2 pengajian tinggi, saya bertanya tentang belajar di Syiria. Dan jawabnya -blablabla-. tapi sampai disatu keterangan dia kata kita kene hati-hati dengan Syria, sebab kat sana tak macam Saudi yang sudah mengamankan dari perbuatan bid'ah. Di Syiria Tarikat2 sufi masih marak. Tunggu saja sampai pada waktu ketika umat Islam yang sejati MENYEMBELIH KEPALA MURSYIDNYA.

Haqqan! ini adalah fakta yang ana mengalami sendiri dari sekolah tersebut. ketika itu, ana selalu dibid'ah2kan dan disesat2kan, karena memang keluarga ana adalah pengikut tarikat Naqshabandi. Padahal ana solat lima waktu sama dengan mereka, juga ikut pafa sesuai mazhab Syafi'i.

Saya bukan tuduh menuduh. tapi ini adalah fakta yang saya alami yang akhirnya saya keluar dari sekolah tersebut dan melanjutkan study di pesantren Sunni lainnya. Jadi apa yang diutarakan oleh si Tuan Blog, adalah kenyataan yang benar. di Indonesia, golongan teroris ini, berasal dari kelompok Wahhabi. Tak percaya baca sendiri buku2 depa!

akitiano said...

al-Humairah: Ahbash memang sebuah fitnah di dalam Sunni. itu saya tidak memungkirinya. Tapi semua orang harus faham satu garis penting! yaitu just because we counter Wahhabi, itu tidak berarti kita ikut aliran Ahbash. So janganlah menuduh kita nie Ahbash hanya sebab kita lwan Wahhabi habis2. Tanpa Ahbash pun, Ahli Sunnah dapat kita perjuangkan dan Wahhabi dapat kita buka kebatilan mereka.

arsenalezz said...

JANGAN KUNJUNGI BLOG INI. PENH DENGAN TUDUHAN DAN KECAMAN TERHADAP ULAMA!! TUAN BLOG, SAYA NASIHATKAN ANDA SUPAYA BERTAUBAT. KITA SAMA2 BERTAUBAT!

nobody said...

abdul rahim said...

Salam ustaz,

Tuduhan ustaz sangat berat. Mengaitkan golongan-golongan tertentu di Malaysia (selain JI yang dikatakan menggunakan kaedah kekerasan) seperti salafi,kaum muda, protaz dan sebagainya sebagai 'pelampau wahabi' yang mengajar dan menggunakan kekerasan dan pembunuhan tanpa bukti yang nyata. Kalaulah ada pun kekerasan yang digunakan oleh 'puak Wahabi' lampau bagaimana ustaz boleh tergamak untuk menyamakannya dengan golongan-golongan ini di Malaysia. Ini bukan soal simpati atau tidak. Janganlah kerana kebencian kita pada mereka membolehkan kita membuat tuduhan seperti ini.

Maaf ustaz penulisan jenis ini adalah sesuatu yang saya tolak. Melainkan ada bukti yang nyata bahawa mereka mengajar supaya orang membunuh atau membunuh sendiri seorang Muslim yang lain kerana berbeza pendapat.
--------------------------------

EN ABDUL RAHIM...SEKARANG NI MMG LE MSH BELUM LG TAHAP MEMBUNUH, SBB PUAK2 WAHABI MSH LEMAH...TP BUNGA2 KEARAH ITU SUDAH KELIHATAN..IANYA JELAS PADA KERASNYA & KASARNYA PUAK INI TERHDP GOLONGAN YG TDK BERSEPENDAPAT DGN DIORG, WALHAL CUMA DLM PERKARA FURU...PERKATAAN2 SESAT, BIDAAH,BAHKAN KAFIR YG DITUJUKAN KPD KAUM MUSLIMIN, MELUNCUR DARI MULUT KAUM INI SECARA SOMBRONO & MUDAH2 SEKALI..APABILA DINASIHATI & DIBERI HUJAH, MEREKA INI MENOLAKNYA DISBBKAN KEBEBALAN & KERAS KEPALANYA, BKN DISBBKAN OLH KEBENARAN.

SEKIRANYA MEREKA BERANI MELAKUKANYA(MEMBUNUH ULAMA&KAUM MUSLIMIM) DITANAH SUCI MEKAH & MELAYAN ULAMA2 KAUM MUSLIMIN SEDEMIKIAN RUPA, APAKAH PULA YG DPT MENGHALANG MEREKA UTK BERTINDAK SERUPA APABILA SUDAH BERADA DIPUNCAK KUASA?

APAKAH KITA TIDAK LIHAT LAYANAN WAHABI INI TERHDP ULAMA YG TDK BERSEPENDAPAT DGN DIORG CONTOHNYA LAYANAN KAUM INI TERHDP HABIB MUNZIR SEWAKTU INGIN BERDAKWAH DI PERLIS? APAKAH KITA TIDAK LIHAT BAGAIMANA KAUM WAHABI INI BERFATWA SEMBRONO MENGATAKAN BERZINA DLM TAHLIL? AJARAN APAKAH INI?...INI ADALAH SEKELUMIT CONTOH2 TERBAHARU SUMBANG WAHABI TERHDP UMAT INI....

SEKADAR UTK INGATAN...SEKIRANYA UMAT HARI INI BENAR2 MENGHAYATI AGAMA INI & MEMPUNYAI BAIK SANGKA KPD PARA ALIM ULAMA...SUDAH PASTILAH MEREKA TDK MENCELA GOLONGAN TERDAHULU(ALIM ULAMA) KERANA MEREKA TAU SEPASTI-PASTINYA BAHWA BESARNYA SUMBANGAN GOLONGAN INI (ALIM ULAMA DAHULU,-TERMASUK ULAMA2 MELAYU/NUSANTARA)TERHADAP AGAMA INI..BERBANDING KAUM WAHABI INI YG HANYA MENYUMBANGKAN PERKATAAN BIDAAH,SESAT, BIDAAH,SESAT SHJ.

HAI SAUDARA KAMI! BERHATI2 & PERHATIKAN DGN SUNGGUH2 DGN SIAPA2 YANG KITA AMBIL AJARAN AGAMA INI....WAALLAHUALAM!

nobody said...

RALAT...
"...BERZINA DLM TAHLIL?" Sepatutnya..."BERZINA DLM MASJID LEBIH BAIK DR BUAT TAHLIL?".

HARAP MAKLUM

Azzikraa said...

JANGAN KUNJUNGI BLOG INI. PENH DENGAN TUDUHAN DAN KECAMAN TERHADAP ULAMA!! TUAN BLOG, SAYA NASIHATKAN ANDA SUPAYA BERTAUBAT. KITA SAMA2 BERTAUBAT!

-------

Assalamu'alaikum,

Bukankah anda sendiri selalu melawat blog ini ? kemudian menghasut orang lain dengan tuduhan ?

Belajarlah menyelidik dan mengkaji untuk mencari kebenaran.

Frank said...

Assalamualaikum ustaz Zamihan.

Saya dengan rendah diri memohon agar al-fadhil al-ustaz boleh kemukakan bukti atas dakwaan2 yg dilemparkan kepada gerakan dakwah sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab.

Jika tiada bukti, maka tidak pantas disebarkan. Boleh jadi ia hanya fitnah. Tahukah al-fadhil al-ustaz apakah hukum muslim yg memfitnah muslim lain? Ustaz tentu lebih mengetahui akan hal itu.

Kalau ustaz tidak mampu membawakan bukti, maka saya harap ustaz menarik kembali setiap fitnah2 yg telah dilemparkan. Ini lebih selamat utk diri dan agama al-fadhil al-ustaz, dan insyaALLAH akan menjadi hujah bagi ustaz di akhirat kelak.

Semoga ALLAH kurniakan hidayah buat saya dan juga al-fadhil al-ustaz untuk sentiasa berada di atas jln kebenaran. Amin.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum Frank,

Anda lebih kasihan. Masuk ke sini kemudian suruh tuan blog datangkan bukti tentang wahhabi sedangkan sudah diberikan bukti ?

Soalan apakah ini ?

Setiap orang akan bertemu dengan ALlah termasuk anda Frank. Tak perlu bawak lagi hujjah seperti ini. Kita semua pasti akan ditanya tentang amalan masing-masing. Jika anda kurang senang dengan pendedahan dari blog ini, silakan sahaja pergi ke tempat lain yang memuji-muji wahhabi. Yang menyelindungkan kejahatan wahhabi.

Hakikatnya mengenai wahhabi sudah dibongkarkan oleh para ulamak sejak dari dahulu lagi.

p/s : teringat satu komen : seorang lelaki nampak dan tahu bahawa seorang pencuri sedang mencuri. Lalu dia kata : Oi pencuri, engkau sedang mencuri ye ? Lalu pencuri pun melarikan diri dengan barang yang dicuri. Lelaki itu pun kata : oh lelaki itu bukan pencuri.

ibnuadnan said...

bila sebut kisah pencuri teringat kata-kata ni:
"saya bkn penyamun, apa itu penyamun?"

p/s: "penyamun" dibaca dengan "wahabi"

Frank said...

Wa'alaikumussalam wbt akhi jomfikir,

Haruskah jika dtg suatu berita kpd kita, terus saja menerima? Al-Quran mengajar kita apabila mendengar perkataan, hanya yg benar diikuti. Islam mengajar kita untuk menapis dengan ilmu, bukan menelan bulat2 apa yg dikata walaupun yg membawa berita adalah seorg ustaz.

Dlm artikel ini, al-fadhil al-ustaz hanya quote satu sumber saja iaitu kitab al-Awroq. Sedangkan tidak pula dibawakan tahqiq dan ulasan ulama lain ttg buku itu. Lantas, bagaimana dipastikan samada sumber itu diterima di sisi ulama atau tidak?

Ana juga berharap kita semua dapat menahan diri daripada ucapan kita terhadap muslim2 lain. Terlebih lg buat mereka yg telah meninggalkn kita.

"dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya" [al-Isra' ayat 36]

Wallahua'lam

abdul rahim said...

Saudara nobody,

Respon asal saya adalah berkenaan posting asal sahaja. Bukan hal berbeza 'wahabi', 'sufi', 'salafi', 'tasawwuf' atau sesuatu seperti itu.

Kepada respon saudara, saya katakan janganlah kita membuat anggapan-anggapan begini hanya kerana kita rasa satu hari mereka akan melakukan pembunuhan atau sesuatu seperti itu. Lebih-lebih lagi dengan membuat tuduhan secara umum. Bukankah kita tidak suka jika pihak kuffar di Amerika dan Israel menuduh orang-orang Islam itu pengganas hanya kerana 2-3 kerat yang melakukannya? Tuduhan umum adalah tidak patut, tetapi jika ada bukti ia telah menjadi spesifik dan boleh dibuat pertuduhan, dan sesiapapun memang patut dihukum jika dia membunuh seorang lain atau mengajar orang lain membunuh tanpa hak.

Hal berkasar dalam perbahasan seperti yang saudara berikan contoh (sesat, bidaah, kafir) bukannya eksklusif untuk puak yang saudara tentang sahaja. Mungkin juga ada dalam kumpulan yang saudara sokong. Adakah ini boleh menjadi hujah untuk membuat tuduhan bahawa semua orang yang tidak bersetuju itu mahu membunuh antara satu sama lain?

Sekali lagi saya katakan tindakan pembunuhan atau pelanggaran undang-undang, jika ada, yang dilakukan oleh orang lain, dahulu ataupun masakini, kalaupun sama kumpulannya tidak membolehkan kita membuat tuduhan umum kepada orang lain dalam kumpulan tersebut. Setiap orang bertanggungjawab atas perbuatan diri sendiri. Sebagai perbandingan jika halnya bukan sebegitu, ada seorang yang mengaku Muslim melakukan pembunuhan atau mengajar orang untuk membunuh di Amerika, kerana dia mengatakan yang Amerika itu kafir, maka habis semua orang Islam akan dituduh sebagai pelampau yang suka membunuh oleh Amerika untuk menjustifikasikan tindakan seterusnya.

Hal Habib Munzir dan 'fatwa-fatwa' yang saudara sebutkan itu saya pun tidak mahu komen, perlulah ditanya pada orang yang menghalang mengapa dia menghalang dan orang yang berfatwa mengapa dia berfatwa. Jika terbukti ada kesalahan boleh dirujuk pada pemerintah untuk diambil tindakan.

Hal cela-mencela sama seperti hal berkasar dalam perbahasan, ia tidak eksklusif pada satu pihak dan tidak patut digunakan tanpa hak.

Tuduh-menuduh secara umum adalah sangat berat dan tidak wajar.

admin_surau said...

Soalan: Apakah bukti ajaran wahhabi itu menjana keganasan?
Jawapan: Abu Bakar Bashir, Dr Azahari, Noordin Mat Top semuanya mengikut fahaman wahhabi

n.ajis said...

TERNYATA ZAMIHAN AL-AHBASH BERWAJAH ASWJ. HATI-HATI DENGAN ZAMIHAN EL-AHBASH!!DI SEBALIK WAJAH PSCHYCO NYA, ADA DENDAM YANG MEMBARA!!

aryna said...

en.n.ajis si pengadu domba namimah yang jelas sedaya upaya mencetus kemarahan antara dua pihak. tingkah seperti seorang munafik! semoga, usaha anda tidak berhasil dengan pertolongan dan perlindungan dari ALLAH SWT..

N.AJIS, KAMU lupa pada peringatan ALLAH dalam surah Al-Hujuraat ayat 6-12

n.ajis said...

Kasihan aryna, munafik zamihan el-ahbash dia tak nampak. Buka mata anda luas-luas. Jangan sampai masuk perangkap ahbash yang mahu menyesatkan umat Islam dengan menerapkan unsur-unsur kemunduran dalam berfikir serta menyeru taqlid buta pada sheikh el-ahbash yang mengkafirkan umat Islam berbeza pendapat.

Azahari said...

n.ajis,

Semoga anda bertanggungjawab dgn tuduhan anda itu... Tahukah anda, seseorang munafik itu akan kekal dalam neraka? Betapa mudahnya anda menghukum seseorang, bagi saya apa yg utarakan Us Zamihan berdasarkan hujjah serta fakta, terpulanglah pada anda utk menerimanya atau tidak..

JomFikir said...

Assalamu'alaikum frank,

Sebab itu dari awal lagi, bahkan dalam komen sebelum ini ramai sahabat mengajak agar membaca keseluruhan blog ini.

Malanglah kalau hanya baca artikel yang terkini sahaja. Dan kemudian artikel yang terdahulu tidak disemak. Kemudian terus buat kesimpulan bahawa ia adalah tuduhan tanpa bukti ?

Begitu ramai kalam ulamak di depan blog ini perkataan mereka mengenai bahaya wahhabi. Kemudian kata tiada bukti ? Sudah diberikan bukti mereka yang berfahaman wahhabi mengkafirkan, menghukum sesat kepada umat Islam, lalu ditanya lagi tiada bukti ? Dalam kitab mereka sendiri pun ada yang sudah discan lalu dikata tiada bukti ?

Bacalah jangan malas!. Saya meminta tuan blog agar delete sahaja komen mereka yang malas hendak membaca tulisan dan bukti yang telah didedahkan dari blog ini kemudian terus berulangkali tanya di mana bukti.

JomFikir said...

"dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya" [al-Isra' ayat 36]

Terjemahan ayat ALlah ini saya pulangkan kepada anda juga FRANK.

Jangan ingat orang lain tidak mengkaji dan menyelidik sebelum mengeluarkan pernyataan. Sebagaimana juga wahhabi yang menghukum bid'ah sesat, kafir dan musyrik pada umat Islam - mengapa tidak diajak mereka ini dengan peringatan dari ALlah sebagaimana anda ingatkan kepada tuan rumah ?

aryna said...

sikap dan kata2 en.n.ajis (termasuk yg telah kena delete) tlh mengingatkn saya pada peringatan Allah dlm ayat2 Surah Al-Maaidah:ayat 41-42 berikut:-

"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

surah Al-Maaidah: ayat 48-49:-
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

wallahualam..

aryna said...

kpd en. n.ajis,
usahlah kamu seperti kata2 peringatan ALLAH ini:-
Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana, lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan. (Al-Maaidah:ayat71)

Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maaidah: ayat74)

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul" (Al-Maaidah: ayat77)
cth: menuduh tanpa hak, memfitnah tanpa takut pd ALLAH, cakap tidak berhemah, mencela, suka memaki dsb adalah sikap melampau..)

maka, turutilah akan kata2NYA pada:-

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. (Al-Maaidah:ayat92)

Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Maadiah:ayat93)

Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya). (Al-Maaidah:ayat98)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah:ayat100)

Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".(Al-Maaidah:ayat119)

AyKay said...

salam kepada semua pengunjung setia blog ini dan kpd ust Zamihan.

sudah2lah bertelingkah dan sesat menyesatkan sesiapa. kan elok jika tenaga dan kepakaran yg ada digunakan utk mengimmarahkan lagi institusi masjid, penuh dan rapatkan saf2 semasa solat jemaah, gerunkan kaum lain dengan hebatnya kita semasa solah subuh dengan laungan 'amin' sehingga mereka terjaga dari tidur....

kerana...sedar atau tidak, dalam kita sibuk mencari siapa itu dan siapa ini, kaum lain sedang hebat memperkemaskan aturcara merosakkan aqidah anak2 muslim, saudara mara kita sendiri.

n.ajis said...

Inshaalah umat Islam akan maju ke depan...itupun setelah pemikiran jumud dan lapuk ala zamihan el ahbash berjaya disekat. Alhamdulillah, setakat ini hanya beberapa kerat sahaja yang masih memandirkan pemikiran mereka dengan mengikuti siri fitnah dan dusta zamihan el ahbash. Majoritinya bersama gagasan TAJDID bagi membersihkan minda masyarakat kepada Islam yang tulen. No worries...umat Islam Msia akan maju semula.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum

n.ajis.

Setelah melihat perangai dan sikap anda dalam blog ini, saya yakin semakin ramai yang sedar hasil TAJDID dan PEMBAHARUAN seperti anda. Iaitu suka menghina, menuduh dusta dan sebagainya.

Perkataan n.ajis (ini nama anda atau sekadar nick ya?) :

Inshaalah umat Islam akan maju ke depan...itupun setelah pemikiran jumud dan lapuk ala zamihan el ahbash berjaya disekat. Alhamdulillah, setakat ini hanya beberapa kerat sahaja yang masih memandirkan pemikiran mereka dengan mengikuti siri fitnah dan dusta zamihan el ahbash. Majoritinya bersama gagasan TAJDID bagi membersihkan minda masyarakat kepada Islam yang tulen. No worries...umat Islam Msia akan maju semula.

-------------------------------

Setelah tidak berjaya mendatangkan bukti kukuh untuk mengaitkan ustaz Zamihan dengan ahbash, anda tetap meneruskan pemikiran suka menuduh tanpa menyelidik bawaan fahaman TAJDID LAPOK tersebut. Saya yakin anda akan terus melekat di blog ini dan blog yang menerangkan tentang bahaya wahhabi untuk membawa fitnah lain untuk mengaburi mata orang lain (termasuklah di laman che det tersebut)

Saya yakin anda ini tidak mampu sebenarnya untuk berbahas dengan dalil dan hujjah. Hanya memberi komen umum yang tidak berkualiti di blog ini.

Ulamak muktabar, ulamak nusantara dari dahulu sudah bawa Islam Tulen (ada jugak istilah ini yang sebenarnya di bawa DR ASRI (Ulamak 'terlebih adab') - Sejak bila majoriti ulamak Islam membawa Islam palsu ?

Saya berpendapat gerakan TAJDID LAPOK ini sudah melampaui batasannya jika mereka mengaku golongan mereka sahaja yang bawa ISLAM TULEN. Boleh buktikan para sahabat, para salafussoleh pernah mengatakan diri mereka sahaja bawa Islam Tulen ? Jika tiada n.ajis ini dan golongannya telah bawa satu lagi fahaman baru di dalam dunia Islam.

mu'allim said...

cukup2 la 2...jom kita p dakwah kat taman-tman permainan ke, kelab malam ke???baru best...ramai perlukan kita di waktu2 genting ni...yg ni cnfrim se cnfrimnya x bid'ah

aryna said...

en.n.ajis, saya tak tau apa nama kamu guna.. sengaja atau tidak..
kdgkala, saya hampir terlupa nak taip tanda titik antara n dan a itu...
dan, apakah kamu sengaja menaip InsyaALLAH sbg inshaalah...
saya sedang berusaha bersangka baik bahawa kamu tidak sengaja melakukannya..

kpd en.muallim,
mu'allim said...
cukup2 la 2...jom kita p dakwah kat taman-tman permainan ke, kelab malam ke???baru best...ramai perlukan kita di waktu2 genting ni...yg ni cnfrim se cnfrimnya x bid'ah


sejauh mana benarnya mereka yang memerlukan kita di tempat2 maksiat itu? kenapa pula memerlukan kita mencari mereka di sana sekiranya kebenaran dan cahaya Ilahi yang mereka perlukan? ataukah.. ?!

saya telah pernah libatkan diri dengan orang2 sebegini. kebanyakan mereka hanya mahu mengambil kesempatan.. lihatlah.. cubalah..
kerana pada saya, sekiranya mereka dahagakan cahaya Ilahi, mereka akan berusaha mendapatkannya, setidak-tidaknya menjauhi maksiat bukan sebaliknya. wallahualam..

ada cara utk orang2 seperti itu dan ada orang yang dapat melakukannya dengan hikmah dari ALLAH SWT dengan keimanan yang tidak berbelah bagi.. tapi, jangan pula ramai pendakwah berfikiran dan cuba mengikut jejak langkah dr.asri utk berbuat demikian sehingga penuh tempat2 maksiat dengan orang2 seperti ini dengan alasan utk "berdakwah"..

wallahualam..

Aufa said...

Syabas ust Zamihan...biarkan geng wahabi dgn labu2nya...tak sangka blog ustaz ni yang dikatakan kononnya penuh fitnah tetapi dilawati jua oleh mereka...maknanya femes jugak la blog ni...walaupun mereka datang utk menabur fitnah...saya pun pelik...dia kata blog ni fitnah...yang diaorang dok fitnah x nampak plak...biasa la tu manusia...suh pulak datangkan bukti...padehal bukti dah ada..saja membutakan mata yg celik kerana mata itu sudah taksub dgn wahabi..hehehe...

PakLongChup said...

Wahabi dah mula marah bila kita pertikaikan aqidah depa...insyaallah ISU ASRI ni akan menyerlahkan kebejatan ajaran Wahabi yang sebenar...

http://www.al-fikrah.net/News/article/sid=850.html

n.ajis said...

Buat Aryna, don't get too emotional. You have to accept the fact that selagi ada orang seperti zamihan el-ahbash, selagi itulah umat Islam di Msia akan kekal mundur dan ketinggalan. Lihatlah imej Islam hari ini apabila yg diberi amanah adalah "pak jumud" seperti zamihan el-ahbash. Tanyalah bukan Islam apa pendapat mereka tentang institusi umat Islam baik. Anda pasti malu mendengarnya. Inilah bahaya taklid buta sehingga akal menjadi mandul dan ruang berfikir ditutup. Ibarat kata ustaz jumud "barangsiapa banyak bertanya maka lemahlah imannya". Maka tak siapa berani bertanya apatah lagi mempersoalkan ustaz jumud biarpun apa yang dilakukan ustaz jumud kelihatannya bodoh dan lucu.

aryna said...

kemunduran apa yg dibawa ust.zamihan ni, en.n.ajis?
saya tak faham kamu..

kat sekeliling saya ni ramai org bukan muslim.. mereka tak pernah pula nak perlekehkn institusi Islam kat negara kita.. tak puas hati dengan pentadbiran parti politik ada la..
lagipun, kenapa perlu nak dapatkn pandangan mereka tentang agama kita dalam pentadbiran dan dakwah agama kita pula? siapa mereka sehingga nak diberikan perhatian sebegitu? elokkah agama mereka pula mentadbir?

jumud apa dan bahagian mana yang kamu maksudkan ini.. janganlah kamu ini terlalu keras hati sehingga tutup mata, telinga dan sebahagian besar anggota dari menerima kebenaran..

lebih banyak kamu cakap, lebih kamu serlahkan akhlak, kejahilan dan ucapan2 yang akan dituntut hak kamu oleh ALLAH dan orang2 yang kamu aniaya di akhirat kelak.

elok baca baik2 peringatan tuan blog di kepala komen atas ni..

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

aryna said...

dan... selagi ada orang seperti en. n.ajis ni, selagi itulah kita tak dapat tunjukkan betapa Islam ni agama yang lengkap dengan segalanya merangkumi akhlak, ilmu, pengetahuan dan segala keindahan yang menjanjikan kemajuan ummah, ketenangan jiwa, kerukunan dan sentiasa berjalan di jalan kebenaran, yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak..

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum mu'allim,

cukup2 la 2...jom kita p dakwah kat taman-tman permainan ke, kelab malam ke???baru best...ramai perlukan kita di waktu2 genting ni...yg ni cnfrim se cnfrimnya x bid'ah

-----------

Hah, betul ke tak bid'ah ? Cuba anda tanyakan apa erti bid'ah pada wahhabi ? Confirm mereka akan kata zaman RasuluLlah dulu ada tak dakwah di taman-taman permainan dan kelab malam ?

Walaubagaimanapun, untuk berdakwah ke tempat ini perlu satu perancangan strategik dan tersusun. Kaedah bagaimana untuk berdakwah, golongan sasarannya. Cuba anda menyertai ABIM, mereka juga pernah buat usaha dakwah ini, semasa saya belajar dahulu pun pernah berdakwah dengan mereka yang suka melepak di KLCC tetapi dengan membuat sesi temuramah.

n.ajis said...

Aryna...kalau ada akal pakailah, ada telinga dengar, ada mata lihatlah. Setelah ratusan juta dibelanjakan kerajaan kpd institusi umat Islam, lihat apa kesudahannya. Bohsia, bohjan, mat rempit, mat dadah, murtad, golongan yg lalai dari solat, penzina, anak luar nikah, hardcore poor, academics ketinggalan, mat disco, mat pshyco etc. (long list lagi lah) semua dikuasai oleh umat Islam. mengapa? kerana sikap jumud orang seperti zamihan el ahbash yg sibuk memfitnah segolongan alim yang berbeza pendapat. Sepatutnya pergilah sibukkan diri selesaikan masalah umat. Bukan cari dengki tak tentu pasal bila tengok aliran TAJDID mendapat sambutan meluas. ini penyakit jiwa namanya.

aryna said...

waah.. en. n.ajis..
tuduhan anda sgt berat ni..
dah tuduh ust.zamihan dan kami ni sbg penyebab orang2 Islam buat maksiat la pulak..

sudahlah... en.n.ajis memang telah hilang segala deria utk dapat taufik dan hidayah dari ALLAH...
tapi, saya doakan moga jika tidak anda, moga isteri dan anak2 serta keturunan anda nanti benar2 tergolong dalam golongan orang2 yang mendapat rahmat dan pertolongan dari ALLLAH..

Aufa said...

Buat ustaz Zamihan...teruskan perjuanganmu...usah didengar suara taksub puak2 wahabi kerana mereka itu terlalu taksub dengan kewahabian mereka...kalau dia fitnah ke apa...biarkan dengan fitnah mereka...kalau mereka menggelarkan "pak jumud" ke apa...biarkan...kerana dalam diri mereka sudah ternyata ada dendam kesumat...dalam diri mereka ada penyakitt...penyakit yg sudah x boleh diubati lagi......:)

tempayanbudu said...

Salam..

Meriah betul kat sini..lama ana tak singgah..tuan rumah xder pulak bersuara..orang lain yang duk bercakaran ni..apa cerita..ni lar antara contoh fikrah Al-Ahbash..buat cerita sana sini..orang lain yg duk bergaduh..ish3..

Aufa said...

cakar jgn tak cakar...wahabi mmg suke cakar orang...jgn tak tauu...alahh biasa la tu..wahabi...kekekeke...

mat penang said...

Untuk pemilik blog:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada terus memfitnah Sheikh Ibn Abdul Wahhab, saya sarankan ustaz diamkan diri dan bertaubat.

Jongos D Macho said...

Sekadar Seloka...
Wednesday, November 11, 2009
Sikit-sikit Wahhabi
Wahabbi itu satu misteri
Kalau ditanya apa itu Wahabbi
Kalau kritik ustaz dialah Wahabi
Tak qunut tak buat sujud sahwi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak ikut Mazhab Shafie
Engkau pengikut Wahhabi
Niat solat tanpa ussali
Engkau pengikut Wahhabi
Tak buat kenduri orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Tak baca talqin untuk orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak berarak Maulid Nabi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak kisah wali dan sufi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak keramat dan misteri
Engkau pengikut Wahhabi
Kau benarkan Chong dan Ramasamy
Masuk dalam masjid yang suci
Engkau pengikut Wahhabi

Bila Pak Lah buat Islam Hadari
Pihak berkuasa agama diam diri
Nak tegur salah pun tak berani
Walhal mana ada Islam Hadari
Islam yang benar Islam yang ori
Kenapa nak tambah jadi Hadari
Sebabnya ia idea Perdana Menteri
Kalau tegur hilang jawatan mufti
Kerusi empuk dan bergaji tinggi
Ada driver nak ke sana ke mari
Tak berani macam Maliki dan Hanbali
Imam-Imam dulu memang berani
Sanggup dipenjara dikerat jari

Buanglah ego dan bangga diri
Jangan guna kuasa sesuka hati
Tauliah apa lagi kalau bekas mufti
Habis tu main fitnah orang lagi
Tuduh dulu baru nak cari bukti
Kaedah fiqh mana yang enta pakai ni

Keris Silau
11 November 2009

AmirsYafiq said...

cik aryna tulis
"ada cara utk orang2 seperti itu dan ada orang yang dapat melakukannya dengan hikmah dari ALLAH SWT dengan keimanan yang tidak berbelah bagi.. tapi, jangan pula ramai pendakwah berfikiran dan cuba mengikut jejak langkah dr.asri utk berbuat demikian sehingga penuh tempat2 maksiat dengan orang2 seperti ini dengan alasan utk "berdakwah".."


saya tulis..
adeh...
saya nie memang x sokong dr MAZA bahkan saya jugak x sokong aliran yg dibawanya..
tp kan..
kalau semua orang x ada fikir macam nie..

kesian la orang yg mcm saya..
nasib baik ada orang yg sanggup jumpa saya..
klu x...
Wallahualam

macam nie la..

apa2 yang dr MAZA buat salah kita akan tegur..
tapi klu apa yang dia buat tue ada kebaikan(???) kenapa kita x boleh berlapang dada sahaja...


Wallahualam

Visit Bil.