Artikel ini secara jelas membuktikan : asri menuduh ulamak kita sebagai ulamak 'konservatif' dan 'takut' lakukan perubahan. Padahal bahtera perubahannya itu sebenarnya 'bahtera fitnah'Saya tersenyum sendirian apabila membaca artikel 'Bekas mufti: 'Imam Wahabi pun diberhentikan' yang disiarkan oleh saudara Jimadie Shah Othman di http://www.malaysiakini.com/news/113826 pada : Sep 29, 09 3:09pm lalu. Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pertukaran atau pemecatan imam di negeri itu dibuat bukan berdasarkan aliran agama mereka, tetapi sebaliknya mungkin kerana masalah sikap."Dulu di zaman saya, Imam Sunnah (Sebenarnya Wahhabiy) pun pernah diberhentikan kerana terlalu kuat, keras dan garang dengan pandangannya. "Masalahnya (mengenai) sikap,"
Ulasan :
Berdasarkan kenyataan di atas, Dr asri sendiri mengiktiraf bahawa seorang Imam Wahhabiy pernah dipecat kerana terlalu kuat, keras dan garang. Tetapi Dr asri tidak melabelkan imam tersebut sebagai Wahhabiy. Sebaliknya dijenamakan sebagai imam Sunnah. Soalnya, sunnah siapa tu.?Sunnah Rasulullah SAW ke? Sunnah imam ke? Atau Sunnah Wahhabiy yang menyebabkan Imam tu terlalu kuat, keras dan garang. Kalau Imam tu benar2 mengamalkan Sunnah Nabi SAW...nescaya sikapnya tidak begitu. Anda boleh andaikan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan fahaman ini. Manusia jenis ini jika dipecat pun suka memberi musibah pada masyarakat. Termasuklah tuan punya kenyataan di atas.- intaha
Malaysiakini melaporkan, Dr Mohd Asri turut didakwa menjadi pemula usaha pengembangan tersebut, yang kemudiannya diteruskan oleh penggantinya, Dr Juanda Jaya. Dua imam terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut. Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu.
Ulasan :
Sememangnya terdapat banyak bukti kukuh mengaitkan Asri dan Juanda dengan penyebaran pemikiran Wahhabiy. Kami mempunyai bukti-bukti yang jelas hasil tulisan mereka. Anda juga boleh menganalisis secara bebas jika anda mengenal metodologi pemikiran kontemporari. Kita bukan menuduh. Tetapi, setiap dakwaan..pasti ada buktinya. Insya Allah, kami telah paparkan dan akan paparkan satu persatu sebagai penjelasan bahawa kedua mereka cuba menghidupkan pemikiran Wahhabiy atas nama Sunnah@Salafi-intaha.
Dalam kenyataan kepada malaysiakini, Dr Asri cuba mengalih isu. Asri berkata :"Mungkin masalah peribadi, macam-macam boleh jadi. Takkan majlis agama nak cerita perkara itu kepada media," katanya yang kini dilantik sebagai ahli mesyuarat MAIPs."Selama ini pun kita tidak ambil tindakan apa-apa. Ada imam buat (solat) tarawih 20 rakaat pun tidak ada apa-apa. "Cuba kalau di Selangor, saya dengar dulu ada yang dikenakan tindakan apabila tidak buat (solat) tarawih 20 rakaat. (Negeri mana) yang mana lebih jumud?" soalnya.
Ulasan :
Jika imam berkenaan ada masalah peribadi. Menurut prinsip perkhidmatan, jabatan boleh mengarahkan imam berkenaan : 1) Mengemukakan surat tunjuk sebab. 2)Memberi amaran. 3) Mengenakan surcaj. 4) Mengenakan tindakan tataertib. Ini tidak.. terus arahkan bertukar, pressure..akhirnya terpaksa 'letak jawatan'. Seterusnya bawa imam yang dibenci jamaah. Pada hemat saya, langkah ini bukan sekadar tak islamik, tetapi langsung tak profesional.
Sebenarnya Imam berkenaan tak perlu letak jawatan. Kekal dengan amalan biasa je. Tunggu pemecatan dan ambil tindakan mahkamah. Kenapa, sebabnya..arahan Sunnah tu sekadar arahan luar. Sunnah di Perlis sebenarnya bukanlah sesuatu yang telah diperkanunkan dalam mana-mana akta @ enakmen. Tak percaya, cuba dapatkan enakmen Negeri Perlis dan analisa! Jika imam berkenaan sudah meletak jawatan...kami syorkan imam berkenaan memohon jawatan Imam di JAKIM @ MAIWP. Berhijrahlah untuk kondisi yang lebih baik.-tamat
Iktiraf Salafi Wahhabiy :
Bagaimanapun, menurut Dr Mohd Asri : oleh kerana Perlis mengamalkan fahaman tersebut sejak daripada sebelum merdeka lagi, maka imam-imam terbabit dinasihatkan mengikutinya bagi tujuan penyelarasan. Berliau berkata, masalah perbezaan aliran di Perlis selama ini berpunca daripada sikap fanatik terhadap mazhab Shafie yang diamalkan secara meluas di negara ini."Masalahnya bermula apabila ada imam yang bersikap fanatik terhadap mazhab Shafie," jelasnya. Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.
Ulasan :
Memang benar Fahaman Wahhabiy telah bertapak sebelum merdeka menerusi seruan Syed al-Hadi dan pengikut2nya. Tapi ketika itu mereka minoriti sahaja. Sekarang pun, mereka masih minoriti. Tetapi disebabkan mereka menguasai pentas politik dan pemerintahan negeri. Maka senario "pengwahabian" semakin membesar dan membarah. Apabila ada pihak yang tampil memperjelaskan 'Siapa sebenarnya Salafi' dan 'siapa sebenarnya Wahhabiy'. Maka, mulalah golongan Salafi @ Sunnah Perlis melenting dan menggelarkan pengkritik berkenaan sebagai 'musuh sunnah' @ syiah, sesat @ seumpamanya. Awass!
Sebenarnya, tidak timbul masalah aliran pemikiran dalam sesebuah negeri @ negara jika ia diurus tadbir dengan cekap dan baik oleh pemerintah. Namun jika pemerintah cuba menukar arus aliran secara drastik...inilah akibatnya. Ketaksuban mazhab bukan masalah besar. Ini kerana kes ketaksuban mazhab hanyalah peratus kecil dari masalah perbezaan aliran pemikiran dalam Islam. Masalah besarnya adalah berpunca dari mereka yang cuba menafikan metodologi mazhab dan mengetengahkan metod pemikiran yang baru. Bahkan menyalahkan mereka yang berpegang dengan mazhab. Termasuk menyalahkan pihak autoriti agama Negeri Selangor dalam kes solat terawih 20 rakaat yang merupakan pandangan terkuat mazhab al-Syafie.
Kes imam dikenakan tindakan kerana mengabaikan terawih 20 rakaat tak berbangkit di Selangor. Dengan kata lain, tiada Imam yang dipecat di Selangor dalam kes ingkar solat terawih 20 rakaat. Malah, berlambak imam2 masjid dan surau menunaikan solat terawih sebanyak 8 rakaat. Mereka tak dikenakan tindakan pun. Asri hanya mendengar dari seorang perawi yang tidak boleh dipercayai. Dia cuba mencipta mitos. Lalu mengecop Selangor sebagai negeri yang jumud. Sebenarnya, beliau seorang yang tidak sedarkan diri. Bahkan tidak tahu berterima kasih atas ruang yang diberikan kepadanya. Beliau berulang alik dari utara ke Selangor/KL hampir tiap minggu menyampaikan kuliah di surau al-Muhajirin dan rumah persendirian tanpa tauliah pun, masih dibenarkan JAIS. Padahal, menurut enakmen...beliau boleh ditangkap dan didakwa. Saya harap, para sahabat di JAIS perlu proaktif dalam kes ini. Mari kita serbu pembuat huru-hara atas nama 'Sunnah' dengan segera. Supaya mereka tidak mengucar kacirkan fahaman umat ini.
Kenyataan 'Perlis tidak terikat dengan mana-mana mazhab' dan 'memilih pandangan yang terkuat dalam mazhab' adalah kenyataan yang amat dangkal. Ia tak sepatutnya diungkapkan oleh seorang sarjana. Kenyataan pertama membuktikan Perlis ingin lari dari metodologi ulamak muktabar yg bertaraf mujtahid mutlaq dalam berinteraksi dengan nas dan aqal. Sebaliknya, cuba mengetengahkan pandangan ulamak mujtahid mazhab @ mujtahid fatwa untuk menilai ulamak mujtahid mutlaq. Padahal, ulamak mujtahid mazhab dan mujtahid fatwa hanya mengikuti metodologi mujtahid mutlaq ketika berinteraksi dengan nas. Apabila dikatakan tidak terikat kepada mazhab..ia bermaksud tidak menggunakan metodologi ulamak mujtahid mutlaq. Maka kaedah mana yang anda gunakan jika anda bukan seorang mujtahid?
Kenyataan kedua menunjukkan Perlis juga merujuk kepada mazhab. Iaitu mazhab kelima. Hal ini jelas melalui kenyataan Asri kononya Perlis memilih pandangan yang terkuat dari empat mazhab. Maknanya..mazhab kelima la tu. Hairannya..siapa pula yang mentarjihkan keempat2 pandangan mazhab muktabar berkenaan. Setahu saya, Ahli Fatwa dan ahli MAIPs itu bukanlah terdiri dari ulamak mujtahid.
Antara bait sajak Dr Asri yang membuktikan ketaksuban beliau kepada Syeikh Ibn Taimiyyah
Tuntas, metod mana yang dipergunakan mereka dalam menilai pandangan mazhab? Lebih sadis lagi, Asri khususnya, dilihat lebih suka berpegang kepada metod Syeikh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan al-Baani dibidang hadis. Dari sudut akademik, siapa mereka ini berbanding Imam al-Hanafi, Imam Malik, Imam al-Syafie, Imam Ahmad, Imam al-Laithi, Imam at-Thabari dan lain-lain. Ringkasnya, Perlis tak konsisten alam urustadbir agama. Sekejap tak ikut mazhab. Sekejap.. nak tarjih mazhab. Sekejap ikut pandangan Ibn Taimiyyah, Sekejap lagi ikut Muhammad Abdul Wahhab..sekejap lagi ikut Asri...mana satu ni. Akhirnya, muncullah yang dikatakan 'pertelingkahan agama' dalam satu daerah @ negeri. Lalu merancukan ummat. Jadi, semua yang berlaku ini hasil dari metodologi terjah. Untuk itu, lu pikiiiirlah sendiri.