Wednesday, August 27, 2008

WAHHABIY TEWAS DEBAT

Ini satu kisah debat diantara Syeikhuna Hassan al-Saqqaf dengan salah seorang pemuka Wahhabiy, 'Adnan 'Ar'uur menerusi channel al-Mustaqillah. Antara kandungan debat tersebut, Adnan Ar'uur menafikan bahawa Syeikh Ibn Taimiyah mengkafirkan umat Islam. Pemuka Wahhabiy itu turut juga mendakwa Ibn Taimiyah TIDAK PERNAH mengkafirkan sesiapa.

Dakwaan ini lantas dijawab Syeikh Hasan Saqqaf. Tapi..bila Syeikh hassan nak jawab..diganggu pulak oleh Adnan Ar'uur..(mungkin..ni adab Wahhbiy kot..yang cepat melenting). Namun berjaya dijawab juga oleh Syeikh Hassan dengan membawa bukti dari kitab Ibn Taimiyah sendiri yg menjelaskan Ibnu Taimiyah dalam kitab-kitabnya MENGKAFIRKAN orang sebanyak 917 kali,menghukum orang sebagai KAFIR MURTAD 29 kali, MENGHALALKAN DARAH orang sebanyak 19 kali, MESTI DIBUNUH 849 kali, MESTI DIPANCUNG 39 kali.

Amat pelik, apabila Ibnu Taimiyah juga menghukum BUNUH terhadap sesiapa yang melafazkan niat ketika hendak menunaikan solat...Syeikh Hasan al-Saqqaf juga membaca kenyataan Ibn Taimiyah tersebut secara live spt yang tertera dalam kitab Ibn Taimiyah berjuduk Fatawa Kubra Jilid 1 pada mukasurat 1. Ternyata Syeikh Ibn Taimiyah menghukum MESTI DAN WAJIB DIBUNUH sesiapa yang melafazkan niat solat.

Berkata Syeikh Hasan al-Saqqaf lagi...Ibn Taimiyah membawa metodologi aqidah yang amat ganjil yang tidak langsung berlandaskan al-quran dan al-hadith dan ijmak. Iaitu (Ibn Taimiyah) dengan mendakwa ALLAH DUDUK ATAS BADAN NYAMUK...kenyataan tersebut wujud dalam kitab Ibn Taimiah sendiri al-Ta'sis fi Radd ala Asas al-Taqdis. Subhanallah. Bertmbah hairannya, pemuka Wahhabiy dalam debat tersebut juga turut mendakwa ALLAH DUDUK DI ATAS BADAN NYAMUK. Subhanallah!

Syeikh Hasan Saqqaf juga turut menjelaskan Ibn Taimiyah dalam kitabnya Majmuk Fatawa jilid 14 mukasurat 349 berhobi benar mengkafirkan seluruh ulama Al-Aya'irah dan juga mengelarkan dan menamakan Al-Asya'irah sebagai JAHMIYAH BETINA DAN PONDAN MUKTAZILAH.

Lihatlah nilai estetika dari tokoh kontroversi ini. Beliaulah idola Muhammad Abdul Wahhab dan Wahhabi seluruh dunia. Banyak gerakan pelampau agama menjadikan pemikiran Ibn Taimiyyah sebagai batu loncatan untuk menjustifikasikan fahaman dan tindakan mereka.. Bahkan sebahagian pelampau 'melampaui' pandangan Ibn Taimiyyah sendiri. Jika anda mengkaji pertautan Syeikh Ibn Taimiyyah dengan fahaman Wahhabi..tentu sekali anda akan dapati kebenarannya.

Adnan Ar'uur juga tidak segan silu mendustakan hadis. Dia secara sengaja mengatakan hadis itu di dalam sahih al-Bukhari. Tetapi Syeikhuna menafikan kewujudan hadis berkenaan dalam sahih al-Bukhari. Adnan Ar'uur tetap berkeras..dan akhirnya..mengatakan...'ya..tak ada dlm Sahih Bukhari..aku bergurau sahaja.' Tontolah aksi debat ini yang memuatkan 23 keping cd debat keseluruhannya. layari : http://www.youtube.com/watch?v=Olm9VLEHrNg

Namun, golongan pelampau Wahhabiy telah mengedit bahagian tertentu dan menyebarkan cd berkenaan seluruh dunia. Seolah2 mereka telah mengalahkan Syeikh Hassan al-Saqqaf. Nampaknya, mereka kembali kepada taktik lama bila ditewaskan secara terhormat. Anda perlu berhati-hati dan berwaspada.

Monday, August 25, 2008

ULAMAK TEMPELAK MUFTI PERLIS


Ulamak terkenal, Dr. Haron Din mempersoal mengapa penuduh pula yang bersumpah dalam Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. sumpah Saiful merupakan suatu keganjilan.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54. "Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya. Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan.


Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut. "Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"


Beliau berkata:"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful. "Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak. Selanjutnya:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16462&Itemid=1
KESAN CADANGAN MUFTI PERLIS :
1) Masyarakat bertambah keliru.. Siapa sebenarnya yang bersalah?Selesaikah masalah dengan mubahalah mengikut tafsiran Dr asri?
2) Sumpah-menyumpah berlaku secara meluas melibatkan TPM dan mantan MB Perak.
3) Majlis Fatwa terpaksa bersidang di Teganu melibatkan kecelaruan sumpah.

Sunday, August 24, 2008

ARTIS, AHLI SUKAN DIPUJA


Saya memang menjangka Lee Chong Wei layak ke akhir olimpik. Begitu juga dengan habuan yang bakal diterimanya. Termasuk gelaran 'Datuk' yang dipertikaikan banyak pihak. Namun, bagi saya sesiapa sahaja yang berusaha keras dan berjuang melonjakkan nama negara berhak mendapat pengiktirafan seperti itu walaupun di usia muda belia.


Cuma yang saya kesalkan ialah fokus kita terlalu berat sebelah. Berat kepada unsur keduniaan berbanding keakhiratan. Segalanya terbukti apabila ahli sukan atau penyanyi meraih kejayaan..mereka dicurahkan dengan pelbagai ganjaran dan gelaran. Namun apabila alim-ulamak atau agamawan berjuang habis-habisan...kelihatan agak sukar bagi pihak istana @ Yang DiPertua Negeri untuk menganugerahkan gelaran Datuk. Akhirnya, jasa mereka tidak dikenang. Pengorbanan mereka dilupakan.


Maka tak hairanlah sekarang..orang lebih suka berlumba-lumba jadi penyanyi @ ahli sukan berbanding agamawan. Sebab ia adalah salah satu fokus dalam pentadbiran kerajaan kita dan menjadi 'pemakanan' masyarakat. Akhirnya, orang lebih kenal artis dari ulamak. Biar anak2 hebat bersukan..tak mengaji agama pun tak pa. Nilai artistik nilai utama. Manakala nilai agama dipandang sebelah mata. Masya Allah! Inikah environtment yang terhasil dari Islam Hadhari?. Bersama kita fikirkan.


Kesimpulannya, pihak Istana @ Yang Dipertua Negeri sepatutnya lebih menghargai para alim ulamak atau tokoh agamawan berbanding artistik. Walaupun para alim ulamak tidak mengharap..tetapi jasa dan pengorbanan mereka perlu dihargai semasa hayat mereka. Saya sedih apabila menziarahi Tok-Tok Guru pondok yang tidak lagi aktif mengajar. Mereka dalam keadaan uzur serba serbi. Hidup mereka penuh naif. Jika Tuanku @ Yang Dipertua selaku Ketua Agama Islam tidak membantu mereka...maka siapa lagi yang diharapkan untuk tampil membela. Yang pasti..anda dan saya bakal ditanya. Jangan letakkan diri di zon selesa. Dunia yang dipuja memerangkap kita. Akhirat yang dibela memuliakan manusia.

Monday, August 18, 2008

PENYELEWENGAN MUBAHALAH


Amat berat bila dikatakan seorang Mufti menyeleweng. Namun, itulah hakikatnya yang perlu ditelan oleh Mufti Perlis dan mereka yang fanatik dengannya. Penyelewengan ini adalah terang lagi bersuluh jika tuan-puan mengikuti ulasan beliau terhadap isu liwath yang membabitkan DSAI dan bekas pembantunya : Mohd Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini.

PENYELEWENGAN 1 :

Sahibus Samahah Dr Asri mengatakan :" Dalam al-Quran Allah mengajar mubahalah sebagai penyelesaian bagi perbalahan yang tidak diuruskan secara baik dan mengikut peraturan.” Ini kerana ada pihak yang menunjukkan sikap keras kepala sehingga menimbulkan kekusutan. Mubahalah bermaksud mereka yang berbalah bertemu dan berdoa agar Allah menurunkan kelaknatan ke atas pendusta antara mereka.(lihat: Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 11/71). (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm )


Keterangan :

Sebenarnya asri tidak memahami maksud al-Mubahalah. Al-Mubahalah bermaksud “memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya Allah melaknat @ membinasakan musuh kita (musuh agama) apabila mereka tidak menerima keterangan syariat yang jelas. (Tafsir al-Munir, juz 3, ayat 61 ali-Imran). Dia menggunakan kamus Lisan al-Arab dari sudut bahasa tetapi tidak merujuk kepenggunaan istilah menurut Tafsiran syarak bagi menjustifikasi hukum yang tepat.


Selain ayat 59-61 Ali Imran, Isu ini juga diterangkan hadis riwayat al-Bukhari dan kisah para ulamak. Walaupun kes ini pernah berlaku, ia tidak menjurus kepada kes yang belum terbukti di muka pengadilan. Atau diselesaikan oleh pihak yang bertelingkah sahaja. Sebaliknya kes dibicarakan melalui penghakiman syarak.


Ia berbeza dengan takrifan asri : MUBAHALAH SBG PERBALAHAN YG TIDAK DIURUSKAN SECARA BAIK. Ternyata, takrifan beliau tidak berdalilkan kepada mana-mana ayat, hadis, atsar atau keterangan para ulamak. Sebaliknya merupakan kebijakkan dari dirinya sendiri. Justeru, mana-mana takrif yang tidak berdasarkan sumber yang jelas dikira menyeleweng.



PENYELEWENGAN 2 :

Jika Asri mentakrifkan al-Mubahalah : SBG PERBALAHAN YG TIDAK DIURUSKAN SECARA BAIK maka secara automatik ‘menghina Nabi SAW’. Ini kerana ayat 59-61 surah ali Imran menunjukkan bahawa al-Qur’an memerintahkan Nabi SAW melakukan al-Mubahalah dengan delegasi Kristian dari Najran (Nigeria) yang tidak menerima hujjah syariat yang disampaikan Nabi SAW. Khususnya dalam kes Kenabian Baginda SAW, Isa bukan anak Allah dan lain-lain. Sila rujuk sebab turun ayat ini untuk kepastian.

Timbul persoalan, apakah perintah al-Mubahalah disini kerana Nabi SAW tidak dapat menguruskan perbalahan dengan baik atau kerana golongan Kristian tidak ingin menerima pakai keterangan syarak yang dijelaskan Nabi SAW. Jawabnya : Tafsiran ayat secara jelas membuktikan bahawa langkah al-Mubahalah dianjurkan apabila golongan menyeleweng atau sesat tidak menerima hujjah syariat yang dikemukakan oleh golongan yang benar.


Jika dikatakan Nabi SAW bermubahalah kerana gagal menguruskan perbahalan dengan baik dan mengikut peraturan artinya anda telah memfitnah Nabi SAW dan menafikan penghujahan syariatnya. Tidak syak lagi bahawa ini adalah satu penyelewengan. Nau’zubillah.


PENYELEWENGAN 3 :

Jika al-Mubahalah ditakrifkan sebagai perbalahan yang tidak diuruskan dengan baik dan mengikut peraturan..anda menafikan ketentuan hukum syarak yang sedia ada seperti Lian, Zihar, Qazaf, Syahadah (kesaksian) dan lain-lain. Sedangkan proses perundangan ini adalah jelas termaktub dalam acara syarak.

Apa tidaknya, jika ada sebarang perbalahan.. sikit-sikit al-Mubahalah..Sikit-sikit al-Mubahalah (sumpah laknat). Bila pula masanya untuk manusia perlu menepati hukum yang ditetapkan pemerintah. Lebih tinggi lagi, bila pula manusia perlu mengikuti perundangan syarak jika asyik bermubahalah. Ternyata, kesalahan dalam takrifan memberi implikasi yang jelek terhadap pematuhan hukum sivil dan syarak. Takrif ini sebenarnya tidak pernah dikemukakan oleh orang-orang yang berakal kecuali beliau. Saya dikhabarkan oleh orang yang dipercayai bahawa Asri pernah menyifatkan JAKIM sebagai jakun. Naahh! dengan takrif ini terserlahlah bahawa siapa sebenarnya yang jakun itu. Hola! Hola!.. perundangan yang ada..meh kita ikut mubahalah yang dicadangkan dr asri sebagai pemikir Islam kontemporari. Nescaya orang akan menganggap Islam agama yang jumud pula.


PENYELEWENGAN 4:

Asri mengatakan : " Dalam mubahalah setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika dia berada di pihak yang salah. Ini seperti dalam kes tuduh menuduh dalam negara kita sekarang, maka satu pihak diminta menyebut: “Ya Allah! jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku”. Sementara pihak yang lain menyebut: “Ya Allah! jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku” ".


Keterangan :

Perkataan yang dimerahkan adalah contoh qias yang fasiq kerana ketidaksamaan illah antara kes al-Mubahalah dan isu liwath yang berlaku.

Pertama : Kes mubahalah melibatkan pihak yang benar berpaksikan hujjah syarak bertembung pihak yang bathil. Keengganan pihak yang bathil menerima hujjah yang benar (setelah dibicarakan gagal dibuktikan di mahkamah)membawa kepada mubahalah. Manakala kes Mohd Saiful Bukhari VS DSAI masih diperingkat dakwaan sahaja dan belum terbukti siapa yang bersalah samada pendakwa atau tertuduh.

Kedua : Kes Mubahalah melibatkan hujjat syariat. Manakala kes liwath Mohd Saiful VS DSAI masih dalam siasatan polis. Walaupun kes ini telah diadu tertuduh di bawah enakmen Qazaf kemungkinan ia tidak diproses melalui perundangan syarak. Kenapa? Kerana TIADA PERUNTUKAN UNDANG2 SYARAK KEATAS KES LIWATH DI MALAYSIA. Kalau kes tuduhan rogol.. ya. Liwath takdak la Cik Abang ooii. Walau begitu, jelas disini bahawa kedua-dua kes diatas tidak boleh disamakan. Dan penyamaannya tidak benar sama sekali.

Ketiga : Kes Mohd Saiful VS DSAI bukanya tuduh-menuduh sebagaimana yang disifatkan asri. Ini kerana realitinya, Mohd Saiful yang menuduh DSAI meliwathnya. DSAI pula adalah pihak yang dituduh. Tuduhan Mohd Saiful pula tidak menampilkan 4 org saksi. Atau bersaksi dengan dirinya sendiri di mahkamah. Sumpah dihadapan Imam tidak cukup untuk dijadikan kesaksian kes. Disamping butiran pendakwaan yang tidak jelas, pemeriksaan kesihatan terhadap Mohd Saiful juga tidak menunjukkan beliau pernah diliwath.

Manakala mubahalah pula bersifat dakwaan antara hujjah yang benar menentang hujjah yang bathil. Ringkasnya, hujjah dalam mubahalah telah diketahui. Manakala hujjah dalam tuduhan liwath belum diketahui kerana belum dibicarakan. Bagaimana asri boleh menyamakan antara dua kes yang berbeza dlm keadaan dia tidak mengetahui kesamarataan antara keduanya. Ajaib sekali. Kesimpulannya, menyamakan antara dua kes yang berbeza adalah satu penyelewengan.


PENYELEWENGAN 5:

Dr Asri menyeleweng kalam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam mentakrifkan al-Mubahalah. Buktinya, Teks asal Ibnu Qayyim mengenai Mubahalah dalam kitabnya Zad Al-Ma'aad tertera kalimat إذا قامت عليهم حجة الله

Maksudnya : “Iaitu (berlaku mubahalah) setelah ditegakkan hujjah Allah (dalil syarak) ke atas mereka. Tetapi lafaz Allah telah dibuang oleh asri dalam nukilannya. Lalu menjadikan definisi mubahalah sebagai penyelesaian perbalahan yang tidak diuruskan secara baik dan mengikut peraturan.

Kesimpulannya, apa yang ditakrifkan oleh Ibn Qayyim berbeza dengan apa yang dinukil dan difahami oleh asri. Dan tidak syak lagi bahawa ini adalah salah satu penyelewengan darinya. Maka tidak hairanlah jika SS Dato Seri Mufti Perak menyifatkan Dr Asri sebagai seorang yang terlebih pandai dalam hal ini.

PENYELEWENGAN 6:

Asri berkata lagi:" Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab (tokoh yang dituduh membawa ajaran Wahhabi) pernah mencabar mereka yang menyanggahinya bermubahalah, namun penentangnya enggan ". Dr asri juga mendakwa para ulamak telah melakukan banyak mubahalah. Jawapan :

Kami katakan, jika Muhammad Abdul Wahhab mengajak ulamak bermubahalah sila jelaskan siapa ulamak berkenaan. Atau isyaratkan kepada kami kitab mana? Bab apa, cetakan dan berapa halamannya. Atau apa yang berlaku antara Muhammad Abdul Wahhab sebenarnya bertentangan dengan dakwaan beliau. Justeru, bolehlah disifatkan bahawa dakwaan asri tidak berasas sama sekali. Ternyata, jika dia ingin menegakkan sesuatu nescaya dijenamakan sesuatu mengikut kehendaknya walhal hakikat sebenar tidak sedemikian.

KESIMPULAN :

1) Dr Asri salah faham maksud mubahalah secara bahasa, takrifan syarak dan realiti penghakiman.

2) Penyamaan beliau terhadap Mubahalah Nabi SAW VS golongan Kristian Najran dengan kes Liwath DSAI & Mohd Saiful Bukhari tidak benar sama sekali.

3) Jika sesuatu isu hendak dimubahalahkan kenapa perlunya hukum syarak: dakwaan, hakim, mahkamah, kesaksian dll dalam Islam.

4) Jika dimubahalah pun, kes DSAI & Mohd Saiful Bukhari tidak akan selesai dan boleh menimbulkan keraguan dikalangan masyarakat jika kedua-dua pihak masing2 bersumpah. Padahal antara yang menuduh dan dituduh pasti ada yang berdusta.

5) Sebagai Mufti, asri sepatutnya menunjukkan jalan keluar kepada masyarakat. Bukan mengusutkan lagi keadaan yang ada.

6) Jika apa yang disuarakan Dr Asri benar tentang al-Mubahalah kenapa kenyataan beliau disanggah oleh Mufti Perak, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Hasyim Yahya (Bekas Mufti Wilayah), Dato’ Soleh Hj Ahmad (Pensyarah UIA), Dato’ Dr Haron Din dan ramai lagi ulamak tempatan. Maknanya, ada sesuatu yang tak kena pada buah fikiran Dr asri sendiri. Ini satu huraian terhadap cetusan kekusutan.Afwan ya akhi.

Sunday, August 17, 2008

GERHANA NISFU SYAABAN 1429

Detik-detik Gerhana Bulan Syaaban 1429 H
Oleh : Syeikh Baharuddin al-Falaki al-Taranjanuwwi

Mengikut paparan takwim, selepas waktu Maghrib hari Sabtu malam Ahad, 16 Ogos 2008, adalah bersamaan dengan tarikh 15 Syaaban 1429. Ketika Bulan melepasi pertengahan langit, bayang-bayang Bumi mula menyentuh permukaan Bulan pada jam 2.26 pagi. Ketika ini fasa gerhana mula berlaku dengan bayang-bayang bumi merebak secara perlahan-lahan ke permukaan Bulan yang sedang purnama. Keadaan ini berterusan sehingga kemuncak gerhana yang berlaku pada jam 3.36 pagi.

Pada kemuncak ini, bayang-bayang Bumi menutup hampir 80% permukaan Bulan. Solat sunat gerhana Bulan (khusuf) di Semenanjung Malaysia boleh dilakukan sebaik sahaja bayang gelap di permukaan Bulan mula kelihatan, kira-kira jam 2.26 pagi. Fasa gerhana akan terus berlaku sehingga Bulan terbenam kira-kira jam 7.09 pagi berdasarkan ufuk Kuala Terengganu.


Janganlah dilepaskan peluang melihat fenomena gerhana Bulan kali ini dan melakukan solat sunat gerhana kerana solat ini adalah sunat muakad, yang amat dituntut. Tambahan pula fenomena gerhana Bulan ini berlaku pada waktu awal pagi yang hening. Waktu di mana Rasullah SAW menggalakkan umatnya bangun dan solat sunat. Meriahkanlah suasana ketika berlakunya gerhana ini dengan solat-solat sunat tahajjud, taubat, bacaan selawat dan tasbih serta diakhiri dengan solat sunat gerhana.


Kemundangkanlah bacaan-bacaan solat dan selawat ini melalui corong-corong pembesar suara daripada surau, masjid atau dirumah anda sendiri. Agar awal pagi ini menimbulkan suasana yang berlainan sesuai dengan tanda-tanda sunatullah ini Amatlah besar hikmatnya kejadian dan peristiwa falak yang berlaku di langit rendah ini, supaya manusia dapat melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dan memanfaatkannya daripada segi rohani dan jasmani. - Intaha.

Bagi saya (Tuan blog) : Kini gerhana telah meninggalkan kita. Amat bertuah bagi sesiapa yang menyedari kekuasaan Tuhannya. Amat merugi bagi sesiapa yang berada adalam keadaan leka dan alpa. Amat celaka bagi sesiapa yang melarang manusia untuk melakukann ibadat pada malam dan harinya dengan alasan ianya bid'ah yang sesat. Golongan ini bukan sekadar tidak mahu beramal soleh. Tetapi menghalang orang lain untuk melakukan sedemikian. Maka teramat buruk sikap mereka didunia. teramat buruk pula tempat kembali mereka disana. Nau'zubillah min zalik.

BUKU WAHHABIY/LIBERAL DIHARAMKAN

KDN haram dua buku seleweng fakta Islam

KUALA LUMPUR 14 Ogos — Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dua buah buku kerana mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya.Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Abdul Razak Abdul Latif berkata buku yang diharamkan itu bertajuk “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan dicetak oleh FDZ Design & Communications, beralamat Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.

Sebuah lagi buku yang turut diharamkan bertajuk “Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism” oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam, Petaling Jaya dan dicetak oleh Vinlin Press Bandar Baru Seri Petaling.
“Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya,” kata Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. - Bernama


Ulasan : Al-hamdulillah KKDN bertindak tegas keatas buku-buku yang menyeleweng fakta dan ilmu Islam. Tahniah KKDN kerana mengambil langkah yang bijak mengharamkannya. Us Abd Rahman Mohammed tu terkenal dengan fahaman Salafi Wahhabiynya di Singapura. Sekurang-kurangnya ia memberi peringatan kepada penulis, penerbit dan pencetak agar tidak menerbitkan fahaman, amalan @ pegangan yang pelik-pelik di negara ini.
Manakala buku Muslim Women and The Challenge of Islamic Extremisme tu adalah bersifat Liberal. Tak syak SIS adalah agen Islam Liberal di negara kita. Fahaman Islam Liberal pula telah diharamkan pada Mei 2006 yang lalu.
Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang perlu diharamkan. Insya Allah, kami bersedia membantu KKDN dalam hal ini. Apapun, Tahniah KKDN, teruskan perjuangan mempertahankan kesucian Islam. Semoga anda semua diredhai Allah SWT.

ALONG BILA SELESAI?

Contoh diantara beratus ribu jerangkap samar yang dipasang oleh ALONG diseluruh negara samada berdaftar dengan Kerajaan Malaysia atau tidak.



Isu ALONG @peminjam yang memberi pinjaman berisiko tinggi masih belum ada tanda penyelesaianya. Sebab itu kita sering terdengar pelbagai keluhan akibat kezaliman sistem @ transaksi yang bertentangan dengan Islam ini. Walaupun isu ini sering dibangkitkan, namun tak ramai mereka yang berani membuka mulut termasuklah ADUN, ahli Parlimen atau bapak-bapak Menteri sendiri.

Mari kita lihat kenapa kegiatan ALONG ini aktif mencengkam masyarakat :

1) Kerana ALONG diberi lesen oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk beroperasi. Di samping tu, wujud juga ALONG HARAM. Padahal kedua-duanya menjalankan aktiviti yang haram. Namun, haram yang diperkira hanyalah tiada lesen sahaja. Siapa yang patut disalahkan atas semua ini. Pemimpin yang jahil agama. Atau rakyat yang memilih mereka? Mungkin lebih wajar jika dikatakan kedua-duanya mempunyai syer dosa.

2)Kepincangan produk perbankan yang ditawarkan oleh Bank-bank Perdangan menyebabkan masyarakat mencari alternatif lain. Pinjaman perumahan mengikut perbankan Islam misalnya mengenakan caj bayaran balik sebanyak 30%. Cuba hitung kira jika seseorang membeli rumah dengan harga 300ribu. Berapa pula dia perlu membayar kadar caj pinjaman berkenaan. Adilkah transaksi seperti ini?

3)Kerajaan tidak menggalakkan secara aktif sistem pinjaman berunsurkan Islam. Jika ada, hanya berskala kecil sahaja. Jika diaktifkan pun.. bebanan bayaran balik pinjaman dengan kadar caj yang agak tinggi. Contohnya, pinjaman PTPTN dulunya dikenakan caj 8%. Tetapi setelah dipertikaikan akhirnya menjadi 1%. Ini membuktikan kadar 8% yang dikenakan dulu tidak selari dengan kehendak syarak dan membebankan peminjam. Jika Pinjaman PTPTN diturunkan kadar cajnya menjadi 1% bagaimana dengan kadar caj yang dikenakan oleh bank2 perdagangan atas nama perbankan Islam itu?

Saya rasa, caj bayaran pinjaman yang dikenakan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada kakitangan Awam sebanyak 4% juga perlu dikaji semula oleh JAKIM. Isu utamanya, kenapa perlu caj 4%. Apakah kriteria atau tanggungan pihak kerajaan sehingga perlu mengenakan 4% terhadap pinjaman perumahan untuk kakitangannya sendiri.? Kenapa tak boleh turun 1% sebagaimana PTPTN.

Kes2 ini melibatkan penetapan kadar bayaran balik yang tidak rasional dengan tanggungan peminjam. Tetapi bagaimana dengan ALONG yang mengenakan kadar faedah yang tinggi. Urusan merea secara terang-terangan berteraskan sistem ribawi yang diharamkan secara ijmak. Kenapa kita ambil peduli?

4) ALONG menjalankan transaksi ribawi. Tidak memerangi ribawi @ menggalakkan transaksi ribawi beerti redha dengan transaksi kewangan yang haram. Maka jika ada pihak yang sengsara dengan urusan ini...buat-buat tak tahu je lah. Tak perlu bising-bising. Sebabnya kita sendiri yang mengalu-alukannya.

Dengan sebab inilah, isu ALONG sukar diselesaikan walau timbul pelbagai keluhan, penganiayaan dan kezaliman. Kita akan lihat saban hari bagaimana hasilnya jika individu, masyarakat dan negara yang bergelumang dengan transaksi yang haram. Pada malam Israk & Mikraj, Rasulullah SAW pernah melihat tentang segolongan manusia yang mana perut mereka menjadi sebesar rumah. Bila mana mereka ingin bangun/berjalan mereka jatuh tersungkur tersiksa. Sydna Jibril AS menjelaskan itulah kesudahan bagi golongan yang melibatkan diri dengan transaksi riba-riwayat al-Baihaqi (al-Israk Wa al-Mikraj, Ibn Hajr al-Asqalani/al-Suyuthi, hlm 35). Al-Qur'an pula menjelaskan bahawa orang-orang yang memakan riba itu akan dibangkitkan seperti orang-orang yang dirasuk syaitan lakunya. Nauzubillah min zalik.

Justeru, selagi dasar kewangan liberal tidak kembali kepada Islam selagi itulah anda meletakkan diri anda dalam transaksi yang dimurkai al-Rahman. Bersama kita renungkan.

Friday, August 15, 2008

SIAPA TUKANG FITNAH?

Kenyataan rasmi dari Lujnah al-Musyarrafah, Pejabat Universiti al-Azhar, Cawangan Lubnan : Kuliyyah Syariah al-Islamiyyah pada tahun 1972M=1392H yang memecat Abd Rahman Muhammad Said al-Dimasyqiyyah kerana ditsabitkan kesalahan tidak bermoral bersandarkan beberapa bukti kukuh Lujnah ke atasnya.


Merujuk kepada ruangan pendapat@Sinar 1-2 Ogos 08 lalu, ternyata Dr asri masih lagi menulis tentang Ahbasyh. Beliau sebenarnya tidak mengkaji Ahbasyh dengan metod kajian yang boleh diterima pakai secara akademik. Sebaliknya memperkenalkan Ahbasyh melalui bankahbash.blogspot. Blog ini merupakan proksi utama salafi wahhabiy Malaysia. Justeru, adalah tidak adil untuk anda mendapatkan maklumat berkaitan Ahbasy melalui lisan Salafi Wahhabiy.

Penulis juga telah melihat beberapa tulisan 'budak-budak nakal' tentang Ahbasyh. Antaranya tulisan Muhammad Mustaqim (USIM), Arif Nazri, Fath Bari Md Jaya, abu Syuaib (Khairul Anuar Latif) dan kertas makluman KEDUDUKAN KUMPULAN AHBASY DI MSIA yang disediakan seorang pegawai JAKIM yang bertaraf SULIT itu.

Apabila diteliti, semua bahan ini bersumberkan nukilan dari buku Abd Rahman al-Dimasyqiyyah yang mengecam Syeikh Abdullah al-Harari dan muridnya. Beliau merupakan Pemilik website : www.antihabashis.com. Beliau salah seorang bekas pelajar Universiti al-Azhar Cawangan Lubnan yang dipecat atas kesalahan meliwath. Sila lihat bukti kes Liwath Abd Rahman al-Dimasyqiyyah di bawah sebagaimana yg dipaparkan di atas. Soalnya, bolehkah berdalilkan sesuatu dari seorang peliwath? Sedangkan Keterangan hujjahnya pula dibuat secara dusta terhadap Syeikh Abdullah dan muridnya. Ya Akhi, Dimana taqwa?

Untuk makluman semua, Penulis sendiri mengambil masa beberapa minggu ke Lubnan mengkaji tentang golongan yang dikatakan Ahbasy. Setelah berjumpa dengan tokoh2 yg dikatakan Ahbasy, Tuan Blog sempat menziarahi Syeikh Abdullah al-Harari dan para muridnya...ternyata tiada disana satu firaq pun yang digelar sebagai Ahbasy sebagaimana yang dicanangkan wahhabiy. Yang ada hanyalah Syeikh Abdullah al-Harari dan para muridnya yang membangunkan fahaman berteraskan kepada mazhab akidah al-Asya'irah, Feqh al-Syafi'ie dan mengamalkan tasawwuf Sunni.

Jika anda ingin kaitkan isu Takfir golongan ini terhadap ulamak yang anda maksudkan..anda perlu jelaskan isu berkenaan secara terperinci. Sebutkan kesnya, dalam kitab mana. Bawakan nasnya serta bandingkan dengan nas yang lebih absah dari ulamak muktabar terhadap kes berkenaan. Kalau nak kira isu takfir..Al-Qur'an dan al-Hadis pun banyak banyak membicarakan Takfir ini. tetapi ada mekanismenya. Sedangkan anda..membicarakan isu Takfir sekadar provokasi sahaja. Atau dengan kata lain cuba melaga-lagakan alim ulamak kerana anda tidak menyukainya. Allahu akbar.


Penjelasan Tuan Blog ini bukan beerti Tuan Blog menyetujui 100% pemikiran Syeikh Abdullah al-Harari. Tetapi sekadar ingin menjelaskan kerangka dasar fahaman dan pegangan golongan yang dikatakan Ahbasy ini. Anda perlu jujur dalam menjelaskan sesuatu perkara walaupun anda tidak menyukainya.

Penulis memiliki hampir semua karya penulisan Syeikh Abdullah Harari yang dimaksudkan sebagai Ahbasy itu. Jika asatizah, para penulis @ sesiapa sahaja ingin mengadakan muzakarah, munaqasyah dipersilakan hubungi Tuan Blog. Kita bincang secara akademik, jujur dan bermaruah. Penulis bukan ingin membela individu tertentu. Tetapi..kepalsuan perlu dihapuskan demi sebuah kebenaran.


Kesimpulannya, Ahbasy adalah jemaah yang tidak wujud sama sekali. Fakta yang berkaitan Ahbasy juga tidak tsabit bahkan direkacipta oleh Abd Rahman al-Dimasqiyah. Manakala budak2 nakal pula hanya menukil tanpa hujung pangkal. Serta turut diprovok oleh Mufti Perlis. Mungkin kerana fikrahnya ala Wahhabiyyahnya banyak dikritik oleh golongan yang dikatakan Ahbasy ini.


Sebenarnya, Dr Asri tidak menguasai disiplin ilmu yang benar. Mengaji sambil lewa sahaja. Cuba pertanyakan siapa gurunya, mana sanadnya dan apa kitab yang dikhatamnya. Beliau sedar. Tetapi masih cuba menonjolkan diri sebagi ilmuan besar. Apabila pendapat beliau salah, lalu dikritik @ diperbetulkan orang lain maka dia mula melabel si pengkritik dengan syiah, Ahbasyh atau golongan taksub mazhab. Seringkali juga menuduh orang lain sebagai Fattan. Hakikatnya, seseorang yang mengeluarkan pandangan yang syadz dan tidak boleh menerima kritikan itulah sebenarnya Tukang Fitnah. hasilnya dari perkataan dan fahamannya bukan satu pemikiran. Tetapi mengeluarkan kerancuan terhadap umat Islam. Maaflah, kekadang..anda perlu menerima hakikat walau pahit untuk ditelan. Kemungkinan dalam kepahitan itu adanya kesembuhan.


Semoga Allah menunjukkan kita dan beliau terhadap apa2 yang disukai lagi diredhaiNya. Aamiin.

Wednesday, August 6, 2008

USAHA MURNI



Al-Hamdulillah, selain Ulamak terdahulu, Fatwa JAKIM, Fatwa Kerajaan Johor dan juga bloggers@ individu..ada juga NGO Islam yang bertindak menjelaskan Isu-Isu semasa yang dibangkitkan oleh pelampau Wahhabiy. NGO Islam yang dimaksudkan ialah PIMPINAN (Persatuan Imam-Imam, Pegawai masjid dan Jurunikah Negeri Selangor) yang dipengerusikan Oleh Datuk Talhah Abd Rahman (dlm foto diatas). Sesungguhnya usaha murni PIMPINAN untuk mempertahankan akidah yang benar dan menjelaskan penyelewengan yang berlaku dewasa ini perlu disanjung tinggi oleh pelbagai pihak. Jadi, jangan dok tengok Tuan Blog ni je yang menjelaskan kebejatan fahaman pelampau. Tahniah Datuk, teruskan perjuangan membasmi penyelewengan di seluruh negeri Selangor dan seluruh negara. hidupkan Aqidah Tanzih, hapuskan Aqidah Tasybih. Barakallahu fikum.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo