Monday, October 26, 2009

BLOG SESAT LAGI MENYESATKAN


Pendahuluan :
Di Negara kita, perbuatan merekacipta agama semakin menjadi-jadi. Selepas tamatnya riwayat Nabi Palsu Hj Kahar, timbul pula ajaran Rasul Melayu Mariam di Ampang. Walaupun ajaran ini pernah diisytihar sesat oleh Jabatan Agama Islam Perak, beliau tak serik2 dengan dakwaannya sebagai utusan Tuhan : mendapat wahyu, solat 5 waktu tak wajib & dianggap agama dajjal, Kaabah rumah segala Jin, alim ulamak dituduh sbg dajjal dan lain-lain. Penulis juga pernah mendedahkan ajaran 'sesat' ni beberapa tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Lembab betul para sahabat kita bertindak. Ketua Agama pula selesa dengan nikmat 'dunia' yang ada ditangan mereka. Haji Kahar dikenakan denda 21,000 sahaja (bayar Kancil pun tak lepas), penjara dan beberapa sebatan (Akta Kesalahan Syariah 559-1997). Kalau nak jaga talian 999, buat panggilan palsu..sabit kesalahan, anda dikenakan rm100,000 @ setahun penjara @ kedua-duanya sekali (Akta 233 Telekomunikasi/Mutlimedia). Jaga talian 999 lebih bernilai dari jaga akidah ummah. Ni, salah satu contoh undang2 koboi..Aduuh..leetiiih. Sebab tu, di negara kita banyak ajaran sesat.


Raja Kita Selamat Bertahta...



Seringkali Muncul :
Kini muncul pula ajaran songsang utk menyesatkan umat ini dari landasan yang benar. pada mulanya, ajaran ini muncul dengan capaian : layarbahtera.com. Kemudian disekat oleh SKMM. Hilang seketika. Lepas tu, mereka muncul pula dengan : manatuhanallah.wordpress.com. Apabila 'penyelewengan' mereka didedahkan...mereka berpindah pula ke capaian : manadajjalalmasih.wordpress.com. Lepas ni..bertukar dan berpindah lagi..sifat mereka persis 'makhluk atasan' yang suka bergayut atas pokok. Sekali sekali turun ke bawah untuk mencari makan dan mengambil peluang. Kemudian lari bertempiaran dan menyembunyikan diri dari pihak berkuasa. Jika kamu benar dalam berdakwah, kenapa harus bersikap pengecut? Mahu debat..hubungi : Zamihan : 012 246 5518 talian 24jam.


Subjek mengelirukan :
Subjek : 'mana tuhan' yang menjadi identiti kumpulan ini melambangkan kedhaifan mereka dalam ilmu usuluddin. Mereka mengemukakan persoalan yang mereka sendiri tiada jawapannya. Dalam tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah, persoalan mana Tuhan Allah bukan sesuatu yang syar'i? Yang disyariatkan ialah kalimah syahadah! Iaitu Islam menuntut kita untuk menyakini bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. jika lafaz ini diucap, syariat dihayat dan disemat dalam hati seseorang itu dikira sempurna keimanannya. Dia tidak perlu memikirkan 'dimana Allah' secara hissi. Iaitu sesuatu yg dpt dirasa dgn pancaindera. Ini kerana akalan seseorang tidak mampu memikirkan tentang hakikat Dzat lantaran keterbatasan akal berkenaan. Jika difikirkan dan dikahayalkan ia akan membawa kepada tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk) atau tajsim (mengkhayalkan Allah beranggota tubuh). Kedua aktiviti ini adalah haram dengan ijmak ulamak. Lantaran itu, jika disebutkan 'kedudukan @ dimana Allah' maka ulamak memaksudkannya dengan makna yang layak dengan kebesaran Allah SWT. Dimana Allah beerti dimana kebesaran dan keagungan Allah SWT.


Dasar Ajaran :

Setelah melayari blog ini beberapa bulan lepas, meneliti dan melakukan sedikit soal selidik dengan Ustaz Ahmad berdasarkan no hp yang diberi, saya membuat beberapa kesimpulan mudah :

1)Ajaran ini cuba mengelirukan umat Islam tentang Ketuhanan Allah, Nubuwwat dan Sam'iyyat.


2) Menyifatkan Allah SWT sama seperti makhluk.


3)Ajaran ini mempersendakan kesucian Islam : kalimah syahadah diletak atas kepala tengkorak.


4) Menggambarkan Islam dengan rupa lanun yang ganas.


5)Menghina para ulamak dengan menganggap tafsiran mereka tidak betul dengan mengetengahkan tafsiran mereka secara bebas ISA (Ikut Suka Aku).


6) Mencipta pelbagai teori karut-marut agama (bid'ah dholalah) dan banyak lagi.


7)Meninggalkan beberapa kewajipan yang menjadi rukun Islam (sumber : Jab Agama Johor)



Berdasarkan kepada pemerhatian diatas, tidak syak bagi saya untuk menyatakan bahawa ajaran ini sesat lagi menyesatkan.Pihak berkuasa perlu bertindak segera bagi membendung fahaman ini. Manakala orang awam wajib menjauhkan diri. Bahkan perlu memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. Semoga Allah SWT menghancurkan apa jua bentuk kesesatan yang ada di negara kita. Negara kita tanggungjawab kita.

Tuesday, October 13, 2009

HATI-HATI DGN AUTAR

Memiliki sarjana Hadith bergelar Doktor @ bekas Mufti bukanlah boleh dijadikan lesen untuk menipu masyarakat. Menipu tetap haram sekalipun ia dilakukan secara profesional. Jika menggunakan nama agama..ia boleh diistilahkan sebagai 'haram jadah'. Demikianlah situasi tipu daya yang dilakukan Dr MAZA.

Buktinya, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini. Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis. Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis. Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang."'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini."Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk. Lihat: http://www.malaysiakini.com/news/113886
Sanggahan :
1) Semua alim ulamak dan cerdik pandai dulu dan kini mengakui bahawa Perlis mengikuti metodologi Wahhabiy hasil usaha gigih Bekas MBnya dan Dr MAZA. Lihatlah bukti dibawah. Jika Perlis bukan Wahhabiy, kenapa perlu dipromosi pemikiran Muhammad Abdul Wahhab ke seluruh negara? Kenapa diundang tokoh-tokoh Wahhabiy sedunia utk membentangkan kertas kerja pada seminar berkenaan. Tambahan pula, seminar ini dibuat sewaktu 'penjajahan' beliau sebagai Mufti Perlis. Bukankah dakwaan Dr MAZA satu pembohongan?


2) Kenyataan 'Sunnah Perlis' adalah 'kaum muda' dan bukan wahhabiy juga satu kekeliruan untuk memerangkap masyarakat. Memandangkan Dr MAZA tidak menguasai disiplin ilmu akidah & pemikiran Islam, maka beliau tidak mampu menjustifikasikan ketiga-tiga istilah berkenaan. Sebenarnya, istilah berkenaan membawa satu maksud sahaja. Hal ini boleh dibuktikan dgn kenyataan bekas MB Perlis sendiri yang mendakwa 'Perlis tidak mengamalkan bacaan yasin mlm jumaat, tahlil, kenduri arwah, doa qunut, talkin, wirid & berdoa beramai2 selepas solat DLL...kerana didakwa bid'ah sesat' kerana ia bukan dari amalan Nabi SAW. Sedangkan bila diteliti secara akademik amalan diatas mempunyai dalil-dalilnya. Ia telah dibincang para ulamak muktabar di dalam kitab2 mereka dlm permasalahn furuk. Cumanya mereka berkhilaf pandangan dan berlapang dada mengenainya. Namun, bila wujudnya golongan ini, terus dihukum bid'ah sesat bagi sesiapa yang melakukannya. Sunnah apa ni? Inilah metodologi Sunnah Wahhabiy. Tak mengaku takpa. Tapi justifikasi dibuat berdasarkan metodologi. Ternyata, ada persamaan kan?


3) Jika tuan/puan meneliti buku yang ditulis Dr MAZA (dibawah) ini, tuan/puan akan mendapati bahawa metod pemikiran Dr Asri sama dengan Wahhabiy dalam 'menyesatkan' umat Islam menyambut hari Keputeraan Nabi SAW. Bahkan beliau menganggap umat Islam 'sama' dengan kristian kerana menyambut hari kelahiran berkenaan. Na'uzubillah.

Buku ini sebahagian dari bukti pemikiran Dr MAZA = pemikiran Wahhabiy.

4) Satu lagi bukti antara bukti Wahhabiy aktif di Perlis ialah tentang :Kuliah Akidah yang disampaikan oleh Ustaz Abu Islam Fathul Bari;Tempat: Masjid Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis, Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Masa: 11.30 pagi - 1.00 tgh hari, Tarikh: 4 Julai 2009 (Sabtu). Kuliah ini akan memanfaatkan ilmu dari kitab Tiga Landasan Utama (Usul Tsalasah) karya Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Apa semua ini?

Kesimpulannya, berdasarkan bukti2 yang dikemukakan di atas maka sahlah dr Asri dan pengikut2nya mengembangkan fahaman Wahhabiy di Perlis. Untuk ...tidak dituding kesalahan dengan fahaman keras dan sejarah hitam Wahhabiy yang membunuh umat Islam, maka istilah 'Sunnah' @ Salafi diketengahkan. Hakikatnya, walau tampil dengan jenama yang berbeza, doktrin ini gemar membid'ah dan menyesatkan ummat Islam walau hanya berkhilaf isu-isu kecil agama. Paparan ini juga membuktikan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, mereka-reka cerita dan kesaksiannya perlu ditolak sama sekali.

Apatah lagi untuk menjawat jawatan sebagai YDP YADIM yang baru. Menurut sumber terdekat, Dr MAZA menggunakan orang politik bagi melobi dirinya sebagai YDP YADIM bg menggantikan Dato Nakhaei. Khabarnya Menteri Agama dah setuju. Dan surat melapor diri pada 15hb Okt lalu telahpun dikeluarkan. Namun, perlantikan ini dibantah hebat hampir keseluruhan NGO Islam kecuali NGO Wahhabiy dan Liberal. Khabar sahih juga disebutkan bahawa YD Agung juga murka dengan situasi ini. Bagi saya, jika Dr MAZA dilantik untuk penambahbaikan umat ini tidak mengapa. Tetapi, jika beliau masih berkeras dengan metod pemikirannya..bencanalah umat ini. Beliau tidak sepatutnya melobi. Beliau juga bukanlah seorang yang berkelayakan untuk jawatan itu kerana biografinya berada dikoordinat Jarh. Orang yang mempunyai rekod Jarh (buruk) tidak layak diberi jawatan @ menerima jawatan. Maka berhati-hatilah dengan penipuan atas nama agama dan jawatan. Sedarlah wahai kaum bangsaku. Selamatkanlah akidahmu.

Tuesday, October 6, 2009

SUNNAH 'WAHHABIY' DI PERLIS

Artikel ini secara jelas membuktikan : asri menuduh ulamak kita sebagai ulamak 'konservatif' dan 'takut' lakukan perubahan. Padahal bahtera perubahannya itu sebenarnya 'bahtera fitnah'

Saya tersenyum sendirian apabila membaca artikel 'Bekas mufti: 'Imam Wahabi pun diberhentikan' yang disiarkan oleh saudara Jimadie Shah Othman di http://www.malaysiakini.com/news/113826 pada : Sep 29, 09 3:09pm lalu.
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pertukaran atau pemecatan imam di negeri itu dibuat bukan berdasarkan aliran agama mereka, tetapi sebaliknya mungkin kerana masalah sikap."Dulu di zaman saya, Imam Sunnah (Sebenarnya Wahhabiy) pun pernah diberhentikan kerana terlalu kuat, keras dan garang dengan pandangannya. "Masalahnya (mengenai) sikap,"
Ulasan :
Berdasarkan kenyataan di atas, Dr asri sendiri mengiktiraf bahawa seorang Imam Wahhabiy pernah dipecat kerana terlalu kuat, keras dan garang. Tetapi Dr asri tidak melabelkan imam tersebut sebagai Wahhabiy. Sebaliknya dijenamakan sebagai imam Sunnah. Soalnya, sunnah siapa tu.?Sunnah Rasulullah SAW ke? Sunnah imam ke? Atau Sunnah Wahhabiy yang menyebabkan Imam tu terlalu kuat, keras dan garang. Kalau Imam tu benar2 mengamalkan Sunnah Nabi SAW...nescaya sikapnya tidak begitu. Anda boleh andaikan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan fahaman ini. Manusia jenis ini jika dipecat pun suka memberi musibah pada masyarakat. Termasuklah tuan punya kenyataan di atas.- intaha


Malaysiakini melaporkan, Dr Mohd Asri turut didakwa menjadi pemula usaha pengembangan tersebut, yang kemudiannya diteruskan oleh penggantinya, Dr Juanda Jaya. Dua imam terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut. Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu.
Ulasan :
Sememangnya terdapat banyak bukti kukuh mengaitkan Asri dan Juanda dengan penyebaran pemikiran Wahhabiy. Kami mempunyai bukti-bukti yang jelas hasil tulisan mereka. Anda juga boleh menganalisis secara bebas jika anda mengenal metodologi pemikiran kontemporari. Kita bukan menuduh. Tetapi, setiap dakwaan..pasti ada buktinya. Insya Allah, kami telah paparkan dan akan paparkan satu persatu sebagai penjelasan bahawa kedua mereka cuba menghidupkan pemikiran Wahhabiy atas nama Sunnah@Salafi-intaha.

Dalam kenyataan kepada malaysiakini, Dr Asri cuba mengalih isu. Asri berkata :"Mungkin masalah peribadi, macam-macam boleh jadi. Takkan majlis agama nak cerita perkara itu kepada media," katanya yang kini dilantik sebagai ahli mesyuarat MAIPs."Selama ini pun kita tidak ambil tindakan apa-apa. Ada imam buat (solat) tarawih 20 rakaat pun tidak ada apa-apa. "Cuba kalau di Selangor, saya dengar dulu ada yang dikenakan tindakan apabila tidak buat (solat) tarawih 20 rakaat. (Negeri mana) yang mana lebih jumud?" soalnya.
Ulasan :
Jika imam berkenaan ada masalah peribadi. Menurut prinsip perkhidmatan, jabatan boleh mengarahkan imam berkenaan : 1) Mengemukakan surat tunjuk sebab. 2)Memberi amaran. 3) Mengenakan surcaj. 4) Mengenakan tindakan tataertib. Ini tidak.. terus arahkan bertukar, pressure..akhirnya terpaksa 'letak jawatan'. Seterusnya bawa imam yang dibenci jamaah. Pada hemat saya, langkah ini bukan sekadar tak islamik, tetapi langsung tak profesional.
Sebenarnya Imam berkenaan tak perlu letak jawatan. Kekal dengan amalan biasa je. Tunggu pemecatan dan ambil tindakan mahkamah. Kenapa, sebabnya..arahan Sunnah tu sekadar arahan luar. Sunnah di Perlis sebenarnya bukanlah sesuatu yang telah diperkanunkan dalam mana-mana akta @ enakmen. Tak percaya, cuba dapatkan enakmen Negeri Perlis dan analisa! Jika imam berkenaan sudah meletak jawatan...kami syorkan imam berkenaan memohon jawatan Imam di JAKIM @ MAIWP. Berhijrahlah untuk kondisi yang lebih baik.-tamat
Iktiraf Salafi Wahhabiy :
Bagaimanapun, menurut Dr Mohd Asri : oleh kerana Perlis mengamalkan fahaman tersebut sejak daripada sebelum merdeka lagi, maka imam-imam terbabit dinasihatkan mengikutinya bagi tujuan penyelarasan. Berliau berkata, masalah perbezaan aliran di Perlis selama ini berpunca daripada sikap fanatik terhadap mazhab Shafie yang diamalkan secara meluas di negara ini."Masalahnya bermula apabila ada imam yang bersikap fanatik terhadap mazhab Shafie," jelasnya. Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.
Ulasan :
Memang benar Fahaman Wahhabiy telah bertapak sebelum merdeka menerusi seruan Syed al-Hadi dan pengikut2nya. Tapi ketika itu mereka minoriti sahaja. Sekarang pun, mereka masih minoriti. Tetapi disebabkan mereka menguasai pentas politik dan pemerintahan negeri. Maka senario "pengwahabian" semakin membesar dan membarah. Apabila ada pihak yang tampil memperjelaskan 'Siapa sebenarnya Salafi' dan 'siapa sebenarnya Wahhabiy'. Maka, mulalah golongan Salafi @ Sunnah Perlis melenting dan menggelarkan pengkritik berkenaan sebagai 'musuh sunnah' @ syiah, sesat @ seumpamanya. Awass!
Sebenarnya, tidak timbul masalah aliran pemikiran dalam sesebuah negeri @ negara jika ia diurus tadbir dengan cekap dan baik oleh pemerintah. Namun jika pemerintah cuba menukar arus aliran secara drastik...inilah akibatnya. Ketaksuban mazhab bukan masalah besar. Ini kerana kes ketaksuban mazhab hanyalah peratus kecil dari masalah perbezaan aliran pemikiran dalam Islam. Masalah besarnya adalah berpunca dari mereka yang cuba menafikan metodologi mazhab dan mengetengahkan metod pemikiran yang baru. Bahkan menyalahkan mereka yang berpegang dengan mazhab. Termasuk menyalahkan pihak autoriti agama Negeri Selangor dalam kes solat terawih 20 rakaat yang merupakan pandangan terkuat mazhab al-Syafie.

Kes imam dikenakan tindakan kerana mengabaikan terawih 20 rakaat tak berbangkit di Selangor. Dengan kata lain, tiada Imam yang dipecat di Selangor dalam kes ingkar solat terawih 20 rakaat. Malah, berlambak imam2 masjid dan surau menunaikan solat terawih sebanyak 8 rakaat. Mereka tak dikenakan tindakan pun. Asri hanya mendengar dari seorang perawi yang tidak boleh dipercayai. Dia cuba mencipta mitos. Lalu mengecop Selangor sebagai negeri yang jumud. Sebenarnya, beliau seorang yang tidak sedarkan diri. Bahkan tidak tahu berterima kasih atas ruang yang diberikan kepadanya. Beliau berulang alik dari utara ke Selangor/KL hampir tiap minggu menyampaikan kuliah di surau al-Muhajirin dan rumah persendirian tanpa tauliah pun, masih dibenarkan JAIS. Padahal, menurut enakmen...beliau boleh ditangkap dan didakwa. Saya harap, para sahabat di JAIS perlu proaktif dalam kes ini. Mari kita serbu pembuat huru-hara atas nama 'Sunnah' dengan segera. Supaya mereka tidak mengucar kacirkan fahaman umat ini.

Kenyataan 'Perlis tidak terikat dengan mana-mana mazhab' dan 'memilih pandangan yang terkuat dalam mazhab' adalah kenyataan yang amat dangkal. Ia tak sepatutnya diungkapkan oleh seorang sarjana. Kenyataan pertama membuktikan Perlis ingin lari dari metodologi ulamak muktabar yg bertaraf mujtahid mutlaq dalam berinteraksi dengan nas dan aqal. Sebaliknya, cuba mengetengahkan pandangan ulamak mujtahid mazhab @ mujtahid fatwa untuk menilai ulamak mujtahid mutlaq. Padahal, ulamak mujtahid mazhab dan mujtahid fatwa hanya mengikuti metodologi mujtahid mutlaq ketika berinteraksi dengan nas. Apabila dikatakan tidak terikat kepada mazhab..ia bermaksud tidak menggunakan metodologi ulamak mujtahid mutlaq. Maka kaedah mana yang anda gunakan jika anda bukan seorang mujtahid?

Kenyataan kedua menunjukkan Perlis juga merujuk kepada mazhab. Iaitu mazhab kelima. Hal ini jelas melalui kenyataan Asri kononya Perlis memilih pandangan yang terkuat dari empat mazhab. Maknanya..mazhab kelima la tu. Hairannya..siapa pula yang mentarjihkan keempat2 pandangan mazhab muktabar berkenaan. Setahu saya, Ahli Fatwa dan ahli MAIPs itu bukanlah terdiri dari ulamak mujtahid.
Antara bait sajak Dr Asri yang membuktikan ketaksuban beliau kepada Syeikh Ibn Taimiyyah
Tuntas, metod mana yang dipergunakan mereka dalam menilai pandangan mazhab? Lebih sadis lagi, Asri khususnya, dilihat lebih suka berpegang kepada metod Syeikh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan al-Baani dibidang hadis. Dari sudut akademik, siapa mereka ini berbanding Imam al-Hanafi, Imam Malik, Imam al-Syafie, Imam Ahmad, Imam al-Laithi, Imam at-Thabari dan lain-lain. Ringkasnya, Perlis tak konsisten alam urustadbir agama. Sekejap tak ikut mazhab. Sekejap.. nak tarjih mazhab. Sekejap ikut pandangan Ibn Taimiyyah, Sekejap lagi ikut Muhammad Abdul Wahhab..sekejap lagi ikut Asri...mana satu ni. Akhirnya, muncullah yang dikatakan 'pertelingkahan agama' dalam satu daerah @ negeri. Lalu merancukan ummat. Jadi, semua yang berlaku ini hasil dari metodologi terjah. Untuk itu, lu pikiiiirlah sendiri.

Saturday, October 3, 2009

FITNAH DI MASJID



Fitnah di Masjid

Penduduk Behor Temak bantah Wahabi imam solat Jumaat
Jimadie Shah Othman Sep 29, 09 12:56pm

Selain membuat pertukaran imam, usaha memperluaskan fahaman 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' - yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi - juga didakwa dilaksanakan dengan membawa masuk imam khas pada hari Jumaat. Seorang anak kariah di Masjid Al-A'la, Behor Temak, Perlis memberitahu Malaysiakini, pada 14 dan 21 Ogos lalu, Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) telah menghantar iman dari luar bagi mengimankan solat Jumaat di masjid tersebut.

Menurut Adnan Saad, tindakan itu mendapat bantahan penduduk setempat memandangkan masjid berkenaan sudah pun mempunyai tiga orang imam."Kita hendak bela maruah imam kita. Kita sudah ada imam. Apa tujuan hantar iman dari luar?" katanya. Semalam, Malaysiakini difahamkan, terdapatnya usaha mengembangkan aliran Wahabi - yang juga dirujuk sebagai "Sunnah Perlis" atau Salafi - melalui pertukaran imam Masjid Al-A'la, Behor Temak baru-baru ini. Dua imam terbabit - yang tidak mengamalkan fahaman Wahabi - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu, yang didakwa bertujuan memberikan tekanan kepada mereka supaya melepas jawatan tersebut. Sebagai tanda bantahan, ketiga-tiga imam masjid itu bertindak meletakkan jawatan sebagai pada 31 Ogos lalu. Bantahan pada MAIPs ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Adnan, 60, yang berkata, beliau mengambil inisiatif dengan mengadukan perkara itu Setiausaha MAIPs, Malik Hussin pada 24 Ogos lalu."Dia kata (perkara) biasa. Mana boleh biasa, mesti ada sesuatu," tambah Adnan.


Ulasan :
Nampaknya dalam kes ini, MAIPs sendiri tidak berpegang kepada konsep Sunnah utk bermusyawarah berhubung pertukaran dan pelantikan Imam dengan ahli qaryah. Bukankah Imam itu semestinya terdiri dari kalangan yang disukai jamaah. Nabi SAW bersabda : "Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka : salah satunya ialah seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah). Lagipun, Nabi SAW sendiri bertindak bijak apabila diajukan kes Sayyidina Muaz bin Jabal yang memanjangkan bacaan ketika mengimamkan solat subuh dan Sydna Muaz menuduh Hiram (sahabat yg bersolat mufaraqah) dibelakangnya itu sbg munafiq. Setelah bertemu dgn kedua-dua sahabat berkenaan. Nabi SAW menasihati Sydna Muaz supaya tidak menjadi 'fitnah' dengan bacaan panjangnya itu kerana di belakang Sydna Muadz terdiri dari pelbagai makmum : org tua, pekerja, orang sakit, ibu menyusu dan anak kecil. Lalu Baginda SAW menasihatkan Sydna Muaz supaya membacakan surah2 yang sederhana seperti : al-Layl, al-Syams dan seumpamanya. Bukankah ini sunnah yang shahihah dan menjadi dalil dikalangan ulamak muktabar. Kenapa tak nak ikut sunnah di 'darul sunnah'. Akibatnya, timbulnya fitnah di rumah Allah - intaha.

Selepas peletakan jawatan ketiga-tiga iman masjid terbabit, pesara tentera itu mengutip lebih 200 tandangan penduduk bagi memohon pembatalan peletakan jawatan ketiga-tiga iman terbabit. Tandatangan sokongan itu diedarkan dari rumah ke rumah bermula awal bulan ini, jelas Adnan. Surat yang dialamatkan kepada Malik yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) bagaimanapun tidak mengaitkan bantahan mereka dengan usaha mengembangkan fahaman tersebut, sebaliknya mendakwa wujudnya politik dalaman dalam pengurusan masjid di kawasan itu. Malik ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya masih belum menerima surat tersebut yang dipos Sabtu lalu ke alamat pejabatnya di Kangar.


Ulasan :
Antara jawapan selamat yang diberikan majlis @ jabatan agama ialah pertukaran biasa. Namun, jawapan ini sukar diterima penduduk memandangkan kronologi kes sudah ada. Iaitu ditukar kerana 'tidak sunnah' ikut depa. Mungkin kes ini ada kaitan dgn politik dalaman. Tetapi politik berkenaan telah dianyam dengan doktrin pemikiran 'Sunnah' berkenaan. Mahu atau tidak, setelah surat bantahan penduduk diterima Majlis @ jabatan Agama buat senyap je. Walau dah seminggu..Tanpa sebarang penyelesaian. Situasi ini sebenarnya sebahagian dari pemahaman Sunnah yang jumud.

Sebelum ini, Dr asri mencanangkan 'pentadbiran agama lembab, jumud, konservatif, masjid kaku, tak mesra pelanggan...dan macam-macam ada. Takdir Allah, semua ini berlaku di negeri yang pernah melantik beliau sebagai Mufti. Negeri Sunnah pulak tu. Nah..terbukti kepada kita bahawa Sunnah yang diamalkan oleh mereka sebenarnya Sunnah Picisan @ Sunnah Tempelan. Hakikatnya sunnah yang diperjuangkan dilihat bermetodologi Wahhabiy. Tak habis-habis bergaduh isu khilafiyyah furu'iyyah. Kenapa???Sebabnya, doktrin Wahhabiy tiada disiplin khilafiyyah. Bagi mereka...hanya mereka sahaja yang Sunnah. Pihak yang tidak sependapat dengan mereka dianggap tidak sunnah. malah dilabel dengan : syirik, sesat, khurafat, bid'ah, tahyul dan sebagainya. Pada hal isu khilafiyyah. Masya Allah!

Situasi ini seolah-olah menggambarkan Islam meninggalkan pusaka ilmu yang tak selesai sampai kiamat. Ulamak kita pula seolah gagal menyatukan kefahaman ummat. Ummat keliru. Sebenarnya sunnah tidak menimbulkan fitnah. Fitnah timbul kerana antum gagal mengaplikasi sunnah. Akhirnya, semua jadi punah ranah. Inilah padahnya pabila bermetodologi fahaman yang bertentangan dengan arus perdana negara. Kepada Imam masjid dan surau..Awas...giliran anda. selesaikan isu ummat secara berhikmah. Sayangi ummat ini. Jauhkanlah mereka dari musibah dan fitnah.