Friday, March 26, 2010

ULAMA KETURUNAN NABI, KINI DI MALAYSIA



Jom Bersama Ulama Keturunan Nabi Muhammad






SEMUA DIJEMPUT KE SYARAHAN PERDANA BERSAMA ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH.

- BERTAJUK: "ISLAM ANTI TERRORIST" .

- PENCERAMAH: DR. SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANIY.

- JAWATAN: PENGERUSI MAJLIS TERTINGGI ISLAM AUSTRALIA.

- KETURUNAN: BERKETURUNAN NABI MUHAMMAD DARI SILSILAH CUCU BAGINDA SAIDINA HASAN.

- KEPAKARAN: ILMU AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH & ILMU HADITH NABAWI.

- KITAB TERBARU BELIAU: TAFSIR ULIN NUHA FI SYARHI AYAT ARRAHMAN 'ALAL 'ARSYI ISTAWA.

- SUMBANGAN DALAM DIDIKAN DAKWAH: MEMPUNYAI ANAK MURID DI SELURUH DUNIA TERUTAMA DI ASIA & PEMILIK IJAZAH KUTUB SAB'AH (KITAB-KITAB HADITH NABAWI).

- BELIAU JUGA ADALAH PEMEGANG AMANAH KESAN NABI MUHAMMAD SEPERTI RAMBUT DAN KESAN-KESAN (AATHAR) NABI MUHAMMAD YANG LAIN.
___________________________________________________


JADUAL CERAMAH-CERAMAH BELIAU DI MALAYSIA PADA TAHUN 2010M ADALAH SEPERTI BERIKUT;


1-

29/03/2010M (ISNIN) SELEPAS MAGHRIB, BERTEMPAT DI SELANGOR: MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR (MASJID NEGERI SELANGOR).
_______________________________________


2-

30/03/2010M (SELASA) SELEPAS MAGHRIB, BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR: MASJID AMANIAH KEPONG, KUALA LUMPUR.
_______________________________________


3-

31/03/2010M (RABU) SELEPAS MAGHRIB, BERTEMPAT DI PAHANG: MASJID BESAR ASY-SYAKIRIN, MARAN PAHANG.
_______________________________________


4-

1/4/2010M (KHAMIS) SELEPAS MAGHRIB, BERTEMPAT DI PAHANG: MASJID TOK SIRA, KUANTAN PAHANG.
________________________________________


5-

2/4/2010M (JUMAAT) PAGI HINGGA MALAM, BERTEMPAT DI KELANTAN.
________________________________________


* PENCERAMAH ADALAH MEMPUNYAI TAULIAH & TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU DISEDIAKAN.

Jika ada apa-apa kemusykilan dan mahu info terbaru sila hubungi 019-3801979



(Ruang Iklan Untuk Kebaikan Bersama)

Tuesday, March 16, 2010

WAHHABIY TERRORIS

Keratan akhbar NSTP yg membuktikan 10 tahanan asing adalah berfahaman Wahhabiy

Saya tidak terkejut selepas membaca berita penangkapan 10 orang warga asing di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sebenarnya, latarbelakang suspek telah lama dihidu pihak keselamatan kita. PDRM menjustifikasikan suspek terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa. Menariknya, apabila kesemua suspek dipercayai berfahaman Wahhabiy. Bukan sekadar Wahhabiy biasa atau Wahhabiy Taqlid, tetapi kesemua suspek adalah terdiri dari kalangan Wahhabiy Jihadi. Yakni Wahhabiy Tegar. Tuan-puan boleh telusuri isu ini melalui keratan akhbar yang discan di atas dan capaian : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm



Syeikh Aiman al-Dakkak. Khabarnya beliau mengidap kencing manis kronik dan berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan dalam tahanan ISA sebelum dihantar pulang ke negaranya.
Aiman Dakkak bersama kroninya yang sedang berpeluk tubuh berjubah kelabu ialah Us Arif Nadzri, tutor Jabatan al-Qur'an dan al-Sunnah, FPI - UKM. Foto ini membuktikan fahaman dan metod pemikiran mereka sehati sejiwa.


Ketua organisasi Wahhabiy Jihadi yang berjaya ditangkap dalam operasi sepadu itu ialah Syeikh Aiman Yusuf al-Dakkak dari Syiria (gambar di atas). Beliau bermastautin disini sejak sekian lama dengan pembiayaan dari hartawan Arab Saudi untuk mengwahabikan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai kenalan rapat dengan tokoh-tokoh Wahhabi Melayu. Sebelum dihantar pulang ke negara asal, Pihak polis perlu menyiasat hubungan beliau dengan Wahhabiy Melayu melalui panggilannya, usrah, kelas dan ceramah serta pergerakannya. Antara kroni dan murid-muridnya yang turut ditahan ialah :

-Azzahari bin Murad (warganegara Malaysia)
- Mohamed Hozifa (warga Syria)- anak kepada Aiman Al Dakkak
- Kutiba Al-Issa (warga Syria)


- Khalid Salem (warga Yaman)
- Luqman Abdul Salam (warga Nigeria)
- Hassan Barudi (warga Syria)
- Hussam Khalid (warga Jordan)
- Abdul Alhi Bolajoko Uthman (warga Nigeria)


Saya mengalu-alukan tangkapan yang dibuat oleh Bahagian Counter Terrorisme dan Bahagian Logistik Bukit Aman. Buktikan pada mereka bahawa Malaysia tiada tempat untuk fahaman ekstrem dan sebarang kegiatan Terroris.



Dengan penangkapan ini Pihak PDRM juga boleh membuat rumusan bahawa punca gejala terrorisme agama adalah berakarkan kepada fahaman ekstrem dan radikal. Dan fahaman ekstrem Wahhabiy merupakan salah satu sayap radikal Islam kontemporari. Justeru, jika kita ingin membendung gejala terroris, fahaman ekstremis dan radikal perlu terlebih dahulu dibendung secara total. Falsafahnya, jika tidak dibendung akar mana bisa mungkin dapat dibendung dahan, ranting dan buah Terroris agama. Tahniah PDRM kerana proaktif dalam berjihad membendung Terroris. Katakan Tidak pada Terroris.

ADUKA TARUNA HINA ISLAM


Saya telah meneliti beberapa tulisan muslim yang biadab seperti Aduka Taruna. Di dalamnya, terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan kepada Malaikat, Sayyidah Aisyah, Sayyidina Ali KWH, Muawiyah Abu Sufyan, Imam al-Syafie dan pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri. Samada dia jahil @ sengaja, bukti-bukti tulisannya sudah cukup jelas membuktikan penghinaan terhadap Islam itu sendiri. Lihatlah tulisan dari blognya :


'Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun. Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang paling bongok dalam dunia.Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali.


Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia. Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh. Sila layari : http://74.125.153.132/search?q=cache:cU9s_Bcj59QJ:adukataruna.blogspot.com/2009/09/wahabi-perlis.html+aduka+taruna+wahabi&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my


al-Ghari : Inilah adalah sebahagian dari contoh Muslim yang jahil yang sanggup menghina agamanya sendiri. Sikapnya yang biadab tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Beliau perlu didakwa kemuka pengadilan dan dikenakan tindakan sewajarnya. Bahkan beliau perlu dita’dib agar kembali kepada jalan yang lurus dan tidak lagi menyesatkan umat Islam dgn pemikiran kotornya itu.

Saturday, March 13, 2010

Pujian Ulamak Terhadap Tasawwuf

Terdapat golongan yang menolak tasawwuf secara total bahkan ada yang menghukum ahli sufi secara umum sebagai zindiq, sesat dan sebagainya. Dan ada pula yang menggunakan kalam Imam Syafie sebagai modal untuk menolak tasawwuf tanpa melihat kepada penilaian yang adil (iaitu pujian Imam Syafie kepada tasawwuf). Maka di sini kita bawakan pujian para ulamak salafussoleh terhadap tasawwuf.


1) Imam Abu Hanifah radiyaLlahu 'anhu (wafat 150 H) :

Seorang ahli fikir Hanafi, Al Hasfaki radiyaLlahu 'anhu penulis kitab al Durr al Mukhtar telah mengutip; Bahawa Abu Ali ad Daqqaq radiyaLlahu 'anhu berkata : Saya telah mengambil thariqat ini dari Abu al Qasim an Nasr Abadi radiyaLLahu 'anhu , beliau berkata ; saya mengambilnya dari as Syibili dari as Saqathi dari Ma'ruf al Kharkhi, dari Daud ath Tho'i dan beliau mengambil ilmu sekaligus thariqat dari Imam Abu Hanifah radiyaLlahu 'anhu. Setiap dari mereka memuji dan mengakui keutamaan Imam Abu Hanifah radiyaLlahu 'anhu. Kemudian Imam al Hasfaki berpendapat :

"Sungguh aneh sekali..! Bukankah para pembesar ulama itu sebagai teladanmu? Apakah mereka diragukan pengakuan kebanggaannya ? Sedang mereka adalah para imam Thariqat ini sekaligus tokoh syari'ah (feqah) dan thariqat (tasawwuf), dan tokoh yang datang setelahnya dalam perkara ini adalah para pengikutnya, dan setiap orang yang bertolak belakang dengan apa yang mereka pegang itu ditolak dan dianggap bid'ah.

AbduLlah bin al Mubarak radiyaLlahu 'anhu berkata :
"Tidak seorangpun yang lebih patut menjadi ikutan selain Imam Abu Hanifah kerana beliau sebagai seorang imam yang bertaqwa, bersih, wara', 'alim dan faqih, beliau telah dibukakan kasyaf, faham, kecerdasan dan ketaqwaan yang tidak ada pada orang lain.
Imam nawawi mengatakan kepada seorang yang bercerita kepadanya ;
Aku telah datang dari Imam Abu Hanifah, beliau mengatakan : "Engkau telah datang dari penduduk bumi yang sangat ahli ibadah. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahawa para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah orang-orang sufi"
(Hasyiyah Ibn Abidin m/s 395-396)

2) Imam Malik radiyaLlahu 'anhu (wafat 179H)

Imam Malik berkata :
"Barangsiapa yang memahami feqah tanpa bertasawwuf maka fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami feqah maka zindiq, dan barangsiapa yang telah menghimpun antara keduanya bererti ia telah merealisasikan kebenaran (
Hasyiyah Allamah al Adawi, Sheikh Ali al Adawi jilid 3 m/s 195)

3) Imam Asy Syafie (wafat 204H)

Imam Asy Syafie berkata
" Saya telah suhbah dengan kaum Shufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf , dalam satu riwayat tiga ungkapan :

i. Waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu.

ii. Nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq (benar), maka ia menyibukkanmu dengan bathil (salah).

iii. Rasa ketiadaan daya (merasakan wujud kebesaran ALlah) itu keselamatan (terpelihara) dirimu.
(Tahqiq Haqiqah Aliyah, Sheikh al Hafiz Al Suyuti, m/s 15)

Berkata Imam Syafi'e lagi :
Aku cinta kepada dunia kalian itu tiga :

a) Tidak berlebih-lebihan (sederhana)

b) Bergaul kepada orang dengan lemah lembut.

c) Meneladani cara tokoh-tokoh tasawwuf.


(Kasyful Khafa', Imam Al Ajluni, jld 1, m/s 341)

4) Imam Ahmad bin Hanbal (wafat 241H)

Pada awalnya sebelum Imam Ahmad bersuhbah (bersahabat) kepada orang shufi berkata kepada puteranya :
"Wahai puteraku berpeganglah kepada Hadith, jauhilah mereka yang menamakan dirinya sufi, kerana boleh salah satu daripada mereka itu seorang yang bodoh terhadap hukum-hukum agama." Namun ketika beliau terlah bersuhbah dengan Abu Hamzah al Baghdadi as Sufi dan mengetahui keadaan mereka, beliau berkata kepada puteranya : "Wahai puteraku, engkau harus bermujalasah (duduk bersama-sama) dengan kaum sufi, kerana mereka telah menambahkan ilmu, muraqqabah, takut kepada Allah, zuhud dan ketinggian semangat kita"
(Kasyful Khafa', Imam al Ajluni, jld 1, m/s 341)

Telah berkata Imam Muhammad as Safaraini al Hanbali daripada Ibrahim bin AbduLlah al Qalansi ; Bahawa Imam Ahmad telah berkata tentang kaum Sufi ;
"Aku tidak mengetahui orang yang lebih utama daripada mereka (sufi). Lalu ditanyakan; Mereka itu melantunkan nasyid, kemudian saling hanyut diri. Beliau menjawab : "Biarkan mereka bergembira sesaat bersama ALlah subahanahu wa ta'ala".
(Manzumatul Adab, jilid 1 m/s 120)

5) Imam Abu AbduLlah al Harits al Muhasibi (wafat 243H)

Dalam kitab al Wasaya merupakan salah satu kitab induk ahli tasawwuf yang diakui, beliau berkata tentang pengalaman mujahadahnya yang pahit untuk mendapat hak (ALLah) sehingga mendapat petunjuk ke jalan Tasawwuf dan pada tokohnya , :
... Maka ALlah menghubungkanku kepada satu golongan hamba-Nya yang aku dapatkan pada mereka tanda-tanda ketaqwaan, wara' dan pengutamaan kehidupan akhirat atas dunia, seta aku mendapatkan bimbingan dan pesan-pesan mereka yang bersesuaian dengan pendapat para Imam umat...
(Kitab al Wasoya, Imam al Muhasibi, m/s 27-32)

6) Imam al Izz bin Abdus Salam (wafat 660H)

Sultan ulama 'Izzuddin bin Abdus salam berkata :
"Orang-orang sufi itu telah membangun landasan di atas kaedah syariah yang tidak menghancurkan dunia dan akhirat. Sedangkan selain mereka berdiri di atas rusum (zahir sahaja). Peristiwa karomah serta khwariqul adat yang terjadi di tangan mereka dapat dijadikan sebagai dalil kebenarannya. Hal itu, bahagian dari kedekatan ALlah serta redhaNya kepada mereka.


7) Imam an Nawawi (wafat 676H)

Imam an Nawawi berkata dalam kitabnya al Maqasid :
Prinsip asas Thariqat Tasawwuf itu ada lima :

  • Taqwa kepada Allah di saat sendiri dan bersama orang ramai. Untuk merealisasikan ketaqwaan ini adalah dengan menanamkan sifat wara' dan istiqamah.
  • Mengikuti sunnah dalam perkataan dan perbuatan. Untuk merealisasikannya dengan menjaga (sunnah) dan berakhlaq mulia.
  • Berpaling dari makhluk di saat bersama dan berpisah (maksudnya hatinya hanya bergantung kepada Allah dalam susah dan senang). Untuk merealisasikannya dengan menanamkan sabar dan tawakkal.
  • Redha kepada Allah kepada yang sedikit dan banyak. Untuk merealisasikan redha kepada Allah dengan menanamkan akhlaq qana'ah dan menyerah diri (tafwidh)
  • Kembali kepada Allah dalam susah dan senang. Dan merealisasikannnya dengan memanjatkan puja dan puji dan syukur kepada Allah apabila mengalami kesenangan dan sabar serta mengadu kepada Allah apabila dalam kesulitan.
(Maqasid al Imam an Nawawi fi at Tauhid wa al Ibadah wa Usul at Tasawwuf m/s 20)

Jangan pelik Ibnu Taimiyyah juga memuji tasawwuf lihat perkataannya (tetapi adakah golongan yang taksub dan taqlid pada Ibnu Taimiyyah menukilkan kalamnya ini?) :
"Orang-orang berselisih mengenai tareqat mereka, ada yang mencela kaum sufi dan tasawwuf, lalu mereka berkata : mereka (kaum sufi) adalah ahli bid'ah dan keluar dari sunnah. Ada juga pandangan yang baik dalam hal ini yang dikutip daripada segolongan Imam atau ulama dan diikuti oleh beberapa ahli feqah dan ilmu kalam. Ada juga sebahagian orang yang berlebihan dalam menganggap mereka sebagai makhluk yang paling mulia setelah para nabi. Dua pihak pertama dan terakhir itu tercela" Beliau menambahkan : Yang benar, "mereka adalah orang yang berjuang atau berijtihad untuk mentaati ALlah sebagaimana orang-orang yang berijtihad dalam mentaati ALlah." Di antara mereka ada yang termasuk dalam sabiqin dan muqorrobin, Ada juga yang hemat (ashabul yamin) dan ada juga yang menzalimi dirinya serta melanggar perintah (berbuat maksiat kepada) Tuhannya. Ia juga berkata : Adapun para salikin (kaum sufi) yang lurus seperti halnya Fudhail bin Iyadh, Ibrahim bin Adham, Abu Sulaiman ad Darani, Ma'ruf bin al Karkhi, Sir As Saqathi, Junaid bin MUhammad al Baghdadi dan para pendahulu (mutaqaddimin) lainnnya dan seumpama Syeikh Abdul Qadir al Jailani, Syeikh Hammad dan Sheikh Bayan daripada Ulama kebelakangan (mutaakhirin).
(Majmu' al Fataawa Ahmad ibn Taimiyah m/s : 516-517)

Wednesday, March 3, 2010

Lagi Wahabi 'dicekup&dilokap' Oleh Jbtn Agama Islam?


Anak bekas mufti didakwa





KUALA PILAH 1 Mac – Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di negeri ini.

Tiga pengikut kanannya, Abdullah Sanusi Othman, 40; Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25; dan Khairudin Daud, 55, masing-masing turut membuat pengakuan yang sama atas kesalahan bersubahat dengan pendakwah bebas itu.

Fathul Bari, 30, didakwa mengajar tanpa tauliah di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah, semalam.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).

Ketiga-tiga pengikutnya pula didakwa bersubahat dengan Fathul Bari pada tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 34 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) yang dibaca bersama Seksyen 37 enakmen sama.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, setiap tertuduh boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusemin membenarkan Fathul Bari dibebaskan dengan jaminan RM2,200 bersama dua penjamin di kalangan penjawat awam.

Beliau juga memerintahkan ketiga-tiga pengikut penceramah itu masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM2,000 berserta seorang penjamin di kalangan penjawat awam.

Zainal menetapkan 5 April ini untuk perbicaraan kes tersebut.

Terdahulu, Fathul Bari memohon jaminan dikurangkan di antara RM50 dan RM100 dengan alasan dia masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Fathul Bari yang beralamat di Utan Kandis, Arau, Perlis merupakan lulusan Universiti Madinah dan memperoleh Ijazah Sarjana di Jordan. Dia kini mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di UIAM.

Semalam Fathul Bari bersama tiga pengikut kanannya ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika sedang mengajar di hadapan hampir 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 11.30 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Pilah untuk siasatan. Beberapa buku dan peralatan yang digunakan turut dirampas dalam serbuan itu.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Fathul bari turut dilokap dan pengikutnya dikatakan membuat kecoh ke atas pihak berkuasa Agama dan Polis.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo