Thursday, May 5, 2011

Mufti Perlis Wajib Bertaubat & Mohon Maaf

Assalamu'alaikum.

Adalah terlalu melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai SESAT, Khawarij dan Pengkhianat Islam. Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca/menghina keatas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam. Bukan perbincangan kepartian yang diutarakan disini tetapi ghuluw/melampau dalam menghukum adalah sikap yang amat memalukan institusi agama negara, inikan pula dihentam secara melulu. Dengan ini diminta agar Mufti Perlis menarik kembali dan bertaubat dari kata-kata yang menghukum ulama Islam dan umat Islam secara umum sebagai SESAT,KHAWARIJ dan PENGKHIANAT ISLAM. Mohon tarik balik dan bertaubat dengan segera sebelum terlambat.

 MalaysiaKini

MalaysiaKini2

themalaysianinsider

utusan

http://www.kl-today.com

Sunday, May 1, 2011

FATWA isu Wahabi


KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN & JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)  MENGENAI
FAHAMAN WAHHABI ADALAH : 
 
NEGARA KITA MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT FAHAMAN WAHHABI KERANA PERKARA YANG DIBAWAKAN WAHABI ADALAH MENGANGGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.
Rujukan keputusan tersebut di atas dinyatakan dan dipetik dari 10 sumber file rasmi yang perlu dibongkar demi kebaikan sejagat seperti dibawah ini:

1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,


2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,


3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,


4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,


5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,


6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,


7- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,


8- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002,


9- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH "JAKIM" KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.


10- JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS).



* Ulama Universiti Al-Azhar turut menolak Wahabi :
http://al-ghari.blogspot.com/2010/06/fatwa-rasmi-al-azhar-university-ibnu.html

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo