Monday, October 13, 2008

NAIK TURUN MINYAK

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel akan turun 10 sen seliter dalam masa terdekat jika harga minyak mentah dunia kekal di bawah paras AS$100 dolar setong. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata kerajaan akan menurunkan harga minyak sekali lagi jika trend harga minyak mentah dunia berterusan. "Bagaimanapun, penurunan harga petrol dan diesel tidak boleh sampai 30 sen kerana ia boleh menjejaskan sistem pengedaran seperti di stesen minyak. "Jika harga minyak terus pada paras bawah AS$100 dolar setong, tidak mustahil rakyat akan menikmati penurunan harga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Pada 25 September lalu, harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 kini RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). Pelarasan terbaru harga petrol dan diesel adalah kali kedua dilakukan kerajaan sejak yang pertama pada 23 Ogos lalu.

Ulasan :
1) Perkembangan terbaru menyaksikan harga minyak hanya USD87 setong. Tetapi standard harga minyak mentah kita masih berada di tahap yang sama. Alasan yang sering dikemukakan pihak tertentu ialah..mengkaji-mengkaji..Dan lafaz 'kemungkinan diturunkan' sentiasa ada menyebabkan masyarakat sering ternanti-nanti. Bilakah ia diturunkan? Berapakah pula kadar penurunan itu? Setakat 10 sen @ 7sen..ia tidak mempengaruhi penurunan harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran. Ternyata, situasi ini adalah satu bebanan kepada rakyat.
2) Jika harga bahan bakar diturunkan 30sen dikhuatiri menjejaskan sistem pengedaran di stesen minyak. Siapa yang mengecapi untung dan rugi berkenaan? Siapa yang perlu diraikan dalam kes ini? Pengusaha atau rakyat jelata. Jika harga minyak pasaran mengalami penurunan, margin keuntungan pengusaha semakin membesar. Begitulah sebaliknya. Sedangkan pengguna semakin tersepit kerana terpaksa membelanjakan nilai yang banyak untuk takaran bahan bakar yang sama. Bolehlah diandaikan bahawa keputusan untuk tidak menrunkan harga minyak lebih 30sen itu sedikit sebanyak ditunjuki oleh sistem ekonomi kapitalis. Demikianlah, peri pentingnya kepada kita untuk mengembalikan sistem ekonomi kita kepada sistem Islam kerna ia memberi keadilan dan kebajikan untuk semua.
3) Walaupun harga bahan bakar naik, tol naik, barangan dan caj perkhidmatan juga naik. Sayangnya, keimanan dan ketaqwaan kita masih statik. Sepatutnya, selepas menyelami hakikat ramadhan+syawal..indeks keimanan kita melonjak naik mencecah Taqwa. Namun, lebur di hari raya dan di bulan syawal. Dimana puasa sunat untuk menyempurnakan kewajipan kita. Dimana pula solat-solat sunnat gantian terhadap ibadah tarawih kita. Bagaimana pula dengan gantian tadarrus di hari2 rutin kita? Kalau setakat harga barangan naik...tak mengapa. Tapi..kalau ketaqwaan yang tak meningkat naik. Ternyata, Situasi ini menggariskan sesuatu yang mendukacitakan perjalanan hidup kita kepadaNya. Jangan sampai kita bersikap begitu prihatin dengan kenaikan harga minyak. Tetapi tidak ambil peduli dengan nilai keimanan yang tidak melonjak. Awas..Hitungan dunia sering memerangkap. Bersama kita renungkan. Wassalam.

2 comments:

Ibn Salleh. said...

Sebenarnya minyak adalah anugerah Allah s.w.t yang diberikan kepada negara-negara Islam seperti Saudi,Iraq,Kuwait,Iran dan juga Malaysia.Malangnya anugerah ini tidak dimanafaatkan sebagai senjata untuk memerangi musuh Islam spt. Israel,Amerika dan Britain.Yang pasti minyak telah memecah-belahkan umat Islam spt. peperangan Iraq-Kuwait dan pihak musuh mengambil kesempatan dalam perpecahan umat Islam itu sendiri.Bila harga naik umat Islam tidak mengambil iktibar kemungkinan bekalannya telah dikurangkan atau ditarik balik oleh Allah swt.Bila banyak tak ramai yg. bersyukur tapi bila dah kurang barulah mengelabah.

aryna said...

tidakkah selama ini ramai antara kita yg terlalu byk lakukan pembaziran?! beli dan guna apa saja sesuka hati meskipun tidak perlu dan bahkan ada yg tidak digunakan pun!!!
[maka: ada kebaikan bila harga minyak & barang naik...]

bila harga barang naik akibat harga minyak yg dah tentu melibatkan byk kos terpaksa dikorbankan utk keperluan hidup, maka kita dah pun pandai berjimat-cermat. Raya pun takde lar sakan2 lagi kan?! bagi yg mau berfikir, dah mula alih perhatian kepada kumpul harta akhirat lah pulak...

bagi saya pula, semua musibah yg datang wajib utk muhasabah diri..
apakah kita betul2 sesak dan siksa akibat musibah kenaikan harga minyak dan barang ini?!

apakah kita benar2 melarat hingga tak makan seharian?

apakah kita terpaksa mengemis utk anak isteri, mak bapak & keluarga?

jika tidak jawapannya, maka perlukah kita berdukacita?!

sedangkan Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah takut kepada kemiskinan bahkan mereka wafat dan mati dalam kemiskinan duniawi.
kenapa pula kita nak takut & risau?!

bukankah harta akhirat yg lebih utama dan perlu dititikberatkan?

bukankah tanpa musibah kita tak kenal erti bersyukur?!

tenangkan hati dengan zikrullah... bila jiwa penuh dgn zikir kpd ALLAH, tiada sedikit pun kerisauan akan hal2 duniawi kerana kita maklum murka ALLAH dan penolakan ALLAH atas amalan kita adalah lebih merisaukan lagi.

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikiru’llah. Ketahuilah dengan zikiur’llah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” – (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

rujuk Surah Ar-Raad ayat 21-28

dan keseluruhan Surah Al-Balad

wallahu'alam..

Visit Bil.