Thursday, September 4, 2008

UCAPAN TA'ZIAH OLEH MUFTI JOHOR ATAS PEMERGIAN SYEIKH AL-HARARI






PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
SOHIBUS SAMAHAH DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT MUFTI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH AL-WALI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH

Ucapan Dato' Mufti Johor:

" Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Siang hari Selasa bersamaan 2hb Ramadhan 1429H baru ini umat Islam dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah seorang tokoh ulama Islam yang berani mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah beliau adalah Al-Muhaddith Al-Allamah Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari terkenal dengan Al-Habasyi rahimahullah.
Dengan ini saya, keluarga saya, Jabatan Mufti Johor dan seluruh umat Islam di Negeri Johor memohon semoga Allah subhanahu wata'ala melimpahkan keampunan ke atas ruh Syeikh Abdullah Al-Harari dan menempatkan beliau bersama ruh muslimin, para syuhada', para ulama, para muttaqin dan para ambiya'.
Ta'ziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga, para penuntut dan anak-anak murid beliau yang gigih mempertahankan aqidah Islam dengan hujah-hujah yang kental. Saya sendiri mengenali dan mengetahui perihal Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi dengan baik berdasarkan kitab-kitab dan karangan-karangan beliau yang cukup hebat. Kepakaran beliau dalam ilmu hadith pula membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ulama Al-Muhaddith dan juga merupakan seorang wali dan pejuang yang mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus. Rahimakallah ya Syeikh Abdallah Al-Harari ".

* Sumber ucapan SS. Dato' Mufti Johor tersebut dipetik daripada perutusan khas beliau sendiri secara bertulis dan berlisan juga mengunakan bahasa arab yang dituturkan oleh beliau sendiri kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada hari Khamis, 4hb September 2008, jam 11:00am waktu Malaysia.


1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

Moga Allah menggantikan Ulama yang pergi dengan ulama pengganti pewaris perjuangan para Nabi s.a.w.

Allahummagfirlahu walana wahsyurhu waiyyana fi zumratil Muhibbin...

Mufti Johor juga pejuang akidah ASWJ...


Al Fatihah

Ziyadatan Fi Syarofil Mustofa s.a.w wa ila Saidina Hasan Wasaidina Husein wa Sayidah Zainab Quratu Kulla Ain...wa ahli baitihil akromin ajmain...

ila Almarhum Sidi Syeikh Abdullah Al Hariri r.a

Al Fatihah...

Amin.

Salam takziah.

Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

Visit Bil.