DEFINISI
Apa tidaknya, segala keistimewaan ramadhan diharapkan dapat menyucikan segala salah silap dosa dan noda kita secara zahir dan batinnya. Ia merupakan satu kemuncak kegembiraan tabi'ie manusia apabila tibanya hari raya. Tak kira miskin-kaya, tua-muda, bandar-desa, hina-mulia. Pendek kata, semuanya turut gembira. Namun, hakikat hari raya bukanlah sekadar gembira dengan makanan, pakaian, hiburan dan berkumpulnya sanak saudara. Sebaliknya merupakan hari untuk manusia pulang kepangkuan Allah SWT. Selamilah tariqat dalam hayat. Nescaya terserlah hakikat ibadat.
CIRI-CIRI KEMBALI KE FITRAH
3) Kembali menjaga suruhan dan menjauhi laranganNya. Ia merupakan batasan yang amat sinonim dengan fitrah kejadian diri kita. Biarkanlah diri ini terpenjara dengan syariatnya. Kerna syariat itulah yang menjaga kepentingan kita semua termasuk jasad, aqal, roh, hati dan nafsu. Syariat juga adalah talian kasih dengan Pencipta. Kekalkan prestasi taqwa dimana jua kita berada.
4) Kembali kepada sifat kemanusiaan yang bersih dan terpuji sesuai dengan fitrah mutmainnah. Disinilah manusia berkemampuan mencapai kesejahteraan, kejayaan sebenar, kebahagiaan dan kepuasan hidupnya. Sebaliknya, jika kita melawan fitrah, manusia akan menempa kecelakaan, kegagalan, penderitaan dan rasa ketidakpuasan hidup secara total.
Banyakkan bersyukur kepada Allah di malam fitrah. Penggantian siang-malam tanda kebesaran Allah. Tunaikanlah solat secara berjamaah. Rawatib janganlah dipandang mudah. Iringilah dengan solat sunat awwabin untuk mengembalikan diri kepada Allah. Sujudlah syukur dua sajdah. Tadahlah doa dengan khusyuk dan ghairah. Kerna doa di malam raya dimustajabkan Allah. Harapkan limpah kurnia rahmat Allah. Tunaikanlah solat sunat tasbih dengan insyirah. Resapkan hati dengan kebesaran Allah. Jangan dilupakan zakat fitrah. Perbanyakkan alunan takbir, tahmid dan tahlil sebagai bukti rindukan Allah. هو الله هو الله أكبر Pujilah Allah dengan sepenuh makrifah. Bertadarrus dan berqiamlah walau seketika kerna itulah cara semulajadi kita mengungkapkan cinta kepadaNya. Tunaikanlah sunat I'dil Fitrah sebagai meraikan kepulangan kepada Allah. Murahkanlah hati untuk bersedekat di jalan Allah. Bermaaf-maafanlah atas silap dan salah. Kerna itu yang disukai Allah.
PENUTUP
Dikesempatan ini, saya hamba Allah yang hina mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri. Semoga kita benar-benar pulang kepada Ilahi. Ramadhan.. hadirmu dirindui, pemergianmu ditangisi. Ya Rabbi, adakah hari esok masih ada ramadhan untuk kita lagi. Semoga Allah menerima segala ketaatan kita. Kullu Am wa Antum Bikhayr. Kepada Ikhwan Syiah, Wahhabiy, Liberal atau Ahlul Dhalal..jemputlah ke rumah. Sunat bagi kita ziarah menziarah. Marilah kita bina ukhwah di jalan Allah. Hubungi Tuan Rumah di Kota Bharu : 012 2465518 untuk wahdah dan mahabbah.
3 comments:
salam ust. zamihan al-ghari
Selamat menyambut Idilfitri bersama keluarga dengan penuh barakah dan maaf zahir bathin dari saya sekeluarga.tak ada isu ke macamana puak wahabi sambut idilfitri?Kalau ada harap postkan sebab kita nak tengok kebodohan puak-puak wahabi ini berhari raya.
bro, asik nak menghidupkan itu lah, ini lah, Quran di dalam diri tu dah dihidupkan ke belum? Penatlah bro..... yang mungkar itu juga kau gi cium tangan. apalah....
Syukran ya akhieHanief.
Syeikh Syarief Muhammad Amin, ketahuilah bahawa aktiviti menghidupkan hati tu banyak caranya. Menghidupkan malam raya dgn ibadat khusus salah satu dari caranya. Ana pun ada sentuh tentang bacaan al-Qur'an di malam raya. Semua ni..adalah sunnah generasi al-Salaf. Penat ke? Enta anggap penat bila menghidupkan sunnah? Kalau dah malas..cukuplah utk diri enta. Jgn pula ingin menilai usaha n ikhtiar org lain. Kemudian menuduh orang lain pula mengerjakan mungkar. Masya Allah!Sepatutnya enta ni dari jenis kaum yang mengerti! Hadakumullah Wa iyyaana.
Post a Comment