Tuesday, September 2, 2008

SYEIKH SUNNAH KEMBALI KERAHMATULLAH


Salah seorang pejuang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Pembela Mazhab al-Syafi'ie, Pakar Hadis mutakhir dan Syeikh Sufi dizamannya telah selamat kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 2 ramadhan 1429H = 2 September 2009M. Syeikh Abdullah al-Harari banyak menghabiskan masa, tenaga,usaha bagi mempertahankan Aqidah Ahl al-Haq. Beliau juga banyak mengarang kitab-kitab bermanfaat dan begitu lantang mempertahankan kebenaran walau terpaksa berhadapan dengan kawan dan lawan. Berkat usahanya, beliau berjaya melahirkan beribu-ribu para murid di seluruh dunia. Tuan Blog juga berkesempatan bertemu dan mengambil berkat dengannya.

Semoga Allah sentiasa mencurahkan belaian kasih sayang kepadanya bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang mulia. al-Faatihah dan bacakanlah Yaasin sebagai hadiah pahala untuknya. Ramadhan, hadirmu sering memanggil hamba2 yang berdekatan dgn al-Rahman. Mudah-mudahan, kita semua turut dijemput dalam kemuliaan. Aamiin.

4 comments:

lina said...

assalamualaikum ustadz,
boleh ustadz tolong edit/betulkan tarikh 2 september 2009 kepada 2 september 2008?

terima kasih....

lina said...

Inna lillahi wa inna illaihiroji'uun..
moga roh beliau ditempatkan berserta para rasul dan para tabi'in..
al-fatihah....

Abi Qalam said...

InnaliLlahi wa inna ilaihi rajiuun..

Al Fatihah

Ibnu Muslim said...

Moga beliau dirahmati Allah.
Sedeqah al-fatihah untuk roh beliau jua untuk semua muslim & muslimat yg telah kembali kerahmatullah.

Visit Bil.