Pada malam 29 Ogos 08 yang lalu Tuan Blog dan Dato Hj Mokhtar Syafi'ie diundang untuk menjadi ahli Panel bagi Forum Ajaran Sesat- Nabi Palsu di Kg Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Forum yang dihadiri SS Dato Mufti Selangor, SS Dato Timb Mufti Selangor, Dato Orang Kaya Daerah Gombak, YB Saari Sungib itu berlaku dengan rancak dengan host Us Hj Aluwi Parman bersama kehadiran pengikut Hj Kahar.
Walau dijawab berhujjah & berdalil oleh ahli panel, pengikut Ajaran Kahar ternyata masih tidak berpaus hati. Namun ketidakpuashatian mereka tidak disalurkan secara hujjah bil hujjah. Sebaliknya disampaikan oleh orang tengah sahaja. Bagi anda yang tidak pernah mengikuti kes Nabi Palsu Hj Kahar..boleh menonton video diatas. Inilah manusia yang mengaku sbg Rasul Melayu, mendakwa tak perlu solat, Surah Yaasin diturunkan kepadanya, Yakin sbg penduduk syurga dan macam2 kesesatan lagi. Perhatikanlah.
Bagi saya, walaupun Hj Kahar telah meletak jawatan sbg Rasul Melayu, namun pengikutnya di Kemensah masih fanatik dan masih mendakwa Hj Kahar sebagai rasul. Buktinya, selepas dari forum berkenaan, mereka menghujani saya dengan berpuluh2 e-mail sehari. Ketahuilah wahai pengikut Nabi palsu bahawa Zamihan sesekali tidak akan lemah dengan sebarang provokasi yang anda lakukan. Kami berikrar untuk menghapuskan pegangan anda yang sesat lagi kufur itu. Takbiir.
6 comments:
Sepatutnya orang macam Kahar Nabi palsu nilah yang patut di hentam habis-habisan sebab jelas kekufurannya. Tapi yang hairan, banyak artikel oleh golongan pro- wahabi atau yg gelar mereka golongan salafi SUKA cari salah golongan yang dilabel bidaah dlm perkara yg khilaf ulamak je (sifat 20, baca qunut subuh,kenduri arwah) tapi tak pernah tengok semangat nak berjuang habisan hapuskan fahaman yang jelas confirm sesat lagi jelas bidaah dalalah ni. Dimana mereka letak kepentingan dakwah/feqah alalawiyah? Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang. Wallahualam.
Pembetulan : Feqah Alawiyah bukan alalawiyah(Mistype)
Pihak berkuasa seharusnya menggunakan hukuman yang termaktub dalan Al-Quran dan Kahar dan pengikutnya sepatutnya tidak dibiarkan bebas begitu saja kerana kehancuran Islam itu telah semakin parah sekarang ini di Malaysia.Golongan sesat,puak wahabi,umat Islam yang murtad,remaja sesat dan macam2 lagi sampai tak terbendung.Kalau setakat Al-subki.al-ghari mana nak larat kalau kerajaan sendiri tak membantu.Sedangkan dalam JAKIM sendiri ramai puak wahabi jadi susahlah syeikh nak berjuang.silap-silap kena saman macam al-subki tak ke naya punya kes.Ramai ahli sunnah wal jumaat (solat seminggu sekali)daripada ahli sunnah wal jamaah.
SubhanALLAH...
ceteknya pengetahuan agama mereka ini...
perkara asas tentang Nabi & Rasul terakhir telah jelas...
soalan saya, manakah suara muftari perlis yang sangat "lantang bersuara" itu?
Syukran, Tuan Puan yang memberi pandangan dlm posting ni. Jazakumullah atas semua sokongan yang diberikan. Harap Tuan Puan akan membantu ana dan Jabatan Mufti Selangor. Kita nak gempur Nabi Palsu di Klang pula. Syukran
Post a Comment