Monday, September 15, 2008

AKIDAH SUNNIYYAH

Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah secara jelas meyakini bahawa Allah wujud tidak bertempat. Buktinya, Tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah, Imam Abu Hassan al-Asya'ri mengatakan di dalam Tabyin Kadzb al-Muftari:

كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان، وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه " اهـ أي بلا مكان ومن غير احتياج إلى العرش والكرسي. نقل ذلك عنه الحافظ ابن عساكر نقلا عن القاضي أبي المعالي الجويني. - تبيين كذب المفتري , ص/ 150
Maksudnya : "Wujud Allah. Tiada bertempat. Maka Dia mencipta Arasy dan Kursi , tiada pula Ia berhajat kepada TEMPAT , padahal selepas Ia menciptakan TEMPAT, adalah keadaanNya sama seperti sebelum menciptakan tempat berkenaan"- Yakni tidak bertempat dan tidak berhajat kepada Arasy dan Kursi.
Riwayat ini telah dinukilkan oleh al-Hafizh Ibn Asakir daripada al-Qodhi Abi Ma'ali al Juwaini- Tabyyin Kadzb al-Muftari, Imam Ibn Asakir, Cetakan ke-3, Dar al-Kitab al-Arabiy, 1984, hlm 150.

9 comments:

YenG said...

salam ustaz zamihan, ada email tak? saya ada soalan tentang bayaran fidyah (hukuman meninggalkan puasa)

Ibn Salleh. said...

salam sheikh zamihan al-ghari.

boleh tak anta bagi penjelasan tentang sifat Istiwa' dgn. lebih dalam?Surah Al-A'raaf:54,Yunus:3,Ar-Ra'd:2,Thaahaa:5,Furqaan:59,As-Sajdah:4,Al-Hadiid:4 menceritakan Allah bersemayam di atas 'Arsy.Kemudian tolong perjelaskan 4 ungkapan 1)Al-'Uluw, 2)Al-Irtifa', 3)As-Su'ud,4)Al-Isiqrar.
Ana agak keliru sebab Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam ceramahnya mengatakan bersemayamnya Allah itu bukanlah spt. bersemayamnya raja-raja.Pandangan beliau agak kewahabian sikit betul ke?Manakala Dato' Mahmood Zuhdi pulak cakap Allah ada di mana2.Ini lagi wahabi sebab berpegang pada Syeikh Ibnu Taimiyah.kelirulah sheikh, nanti ana pulak ikut wahabi takut jugak!!!

ibn harun said...

salam syeikh...
enta hebat dalam menghentam wahhabi apa tu wahhabi? Ada orang tanya dr zulkifli muhammad al-bakri pensyarah USIM sekarang. Dia jawab masalah wahhabi ni beratus tahun dahulu bukan senang nak diceritakan pada satu hari atau dua tiga tahun. Banyak tuduhan dikenakan pada wahhabi tapi kebanyakkanya tidak berasas bahkan muhammad Abdul Wahhab ni berjasa dalam menghapuskan khurafat dan bid'ah yang melanda ummat. Tuan Guru Hj Hadi pulak kata wahhabi ni adalah salafiyyin dan satu mazhab sunnah wa al-jama'ah. Ana nampak tulisan enta dijawab dengan baik oleh dr azwira pensyarah ukm dan puak-puak ni bersikap agak ilmiah dan tidak terburu-buru. Malauna Muhammad Asri Yusof di kubang kerian pula kata untunglah wahhabi jika yang diperjuangkan itu adalah menegakkan hadis sahih dan menolak khurafat serta bid'ah. Tok Guru nik Aziz kata maulid al-Rasul x perlu dipebesarkan bahkan beliau sendiri tak pernah berarak sambut maulid yang patut diperbesarkan ialah NUZUL QURAN yang confirm dah pada malam lailat qadr yang mana sangat besar fadilatnya lebih dari seribu bulan. Ana rasa group-group enta ni suka menjual isu dengan menjadikan orang tertentu sebagai target. itu jauh sama sekali dari penilaian ilmiah. Apa kata enta gi sembah kubur dan berdoa dengan tawassul orang kat dalam tu supaya disampaikan kepada Allah untu kebaikan enta. Sedekah banyak-banyak pahala enta tu kat orang dalam tu sebab pahala enta dah berguni-guni mengumpat dan mengeji manusia lain. Kesian enta ni

Syahid said...

Salam Sheikh Mohd Sam.;
Ana fikir tak perlulah nak hujah cara melalut kat penghujung komen anta tu. Ust Z hanya pertahankan pandangan dia. Lagipun ni kan blog dia. Kalau baca blog yang anti-bidaah walaupun hasanah, Ust Z pulak kena tempiasnya(anta mesti selalu baca blog2 tersebut).Awat anta tak tegur geng2 tu pulak? Ana rasa group-group ni pun suka menjual isu dengan menjadikan orang tertentu sebagai target. Rasanye Ust Z dah jelaskan tentangan adalah untuk Wahabi yang melampau.Maulid Nabi contohnya nak sambut; sambut.Tak nak sudah.Cuma hujah yg nak sambut ada (Qaradawi sendiri tak larang apatah lagi AlMarhum Sheikh Muhammad Alawi Al-Maliki-ni ulamak besar,jauh lebih besar dari Mufti Utara tu atau Maulana Asri atau Tok Nik & Haji Hadi).Benda khilaf la sheikh ooi.Cool down.Awat kita sensitif sangat dengan masalah khilaf tapi tak semangat berhujah pun dengan orang kafir yg jelas tentang Islam. Jaga la akhlak masa berhujah.Sila rujuk Buku Etika Dialog Dalam Islam oleh Sheikhul Azhar al-Tantawi.Ada jual dikedai2 kat Masjid India.
Bulan puasa ni menegur memang baik tapi akhlak tak betul silap2 hilang pahala puasa.
Kesian jugak enta ni..

Anonymous said...

www.amirul-hakimi.blogspot.com
www.funpiz.blogspot.com
www.lagusempoi.blogspot.com
www.bizniaga.blogspot.com

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran buat semua forumer.

1) Email ana : alsalafi76@yahoo.com. Kita boleh berhubung. Insya Allah.

2)Utk diperjelaskan Istiwa..memerlukan huraian yg panjang. Enta berikan alamat. Ana nak kirimkan kitab Ibn Jauzi al-Hanbali tntang Istiwa'. Namun, apa yg jelas,Adalah salah jika istiwa diertikan dgn BERSEMAYAM. Ini kerana BERSEMAYAM dlm bahasa melayu bermaksud duduk. Maha Suci Allah dari duduk. Afwan, Tuan Guru Hj Hadi tidak begitu teliti dlm masalah ini. Dan kelihatan agak bias dgn cara pemikiran tokoh Wahhabiy. Begitu juga dgn Dato Mahmud Zuhdi. Beliau tidak boleh mengatakan Allah berada di mana2. Ini kerana kata-kata itu ada ihtimalnya. Ihtimal yg pertama : membawa maksud hulul kerana kewujudan Allah di setiap tempat membawa maksud penempatan Dzat. Maha Suci Allah dari menempat atau menjelma di setiap tempat. Ini merupakan gagasn pandangan muktzilah.

Ihtimal kedua : Jika dikatakan Allah berada disetiap tempat merujuk kpd sifat2 Allah spt kudrat, iradat, ilmu itu 'merangkumi setiap tempat’..tidak mengapa. Justeru, kata2 itu terpulang kpd maksud si pengucapnya. Jika dirujuk kepada zahir Dzat nescaya membawa hulul dan ittihad.

3)Akhi Samsuddin Harun : Paparan disini bukan menghentam. Enta perlu jelas..antara uslub menghentam dan menjawab syubhat/fitnah yg ditimbulkan pelampau Wahhabiyyah. Individu yg enta sebutkan dlm komen ini bukan HUJJAH utk menjustifikasikan siapa sebenarnya Wahhabiy. Tambahan pula, ketiga2 mereka belajar ikut aliran Wahhabiy di madinah. So, sedikit sebanyak ada kesannya. Tp kalau dah bias..macamana ingin dicari kejernihannya? Manakala Maulana Asri Yusof pula mengetengahkan hadis ikut sanad siapa? Mana silsilahnya. Dan bagaimana metodnya? Jgn hanya kira Wahhabiy je yg perjuangkan hadis sahih. Sebenarnya, Para ulamak sblm dan slps Wahhabiy terlebih pakar dlm bidang hadis dan begitu tinggi jasa n pengorbanan mereka.

Masalahnya, bila enta mengenali disiplin ilmu ikut metod Wahhabiy beginilah hasilnya. Akhirnya, enta SURUH ana pergi sembah kubur. Ternyata, suruhan ini adalah khurafat yang melampau. Enta patut bertanggungjawab dihadapan Allah. Tgn, mata, mulut, kulit enta akan menjadi saksi di akhirat nanti. Kebencian enta begitu ketara disebabkan ana tidak semetodologi dgn Dr Azwira, Asri mahupun enta sendiri. Enta amat miskin kerana menzalimi diri sendiri. Mahu debat secara ilmiah... Hubungi ana. Usah mengumpat dan mencerca. Sebaliknya kita berbincang secara hikmat dan bijaksana. Syukran

Unknown said...

Assalamu 'alaikum ustaz. Ana bekas pelajar Universiti Islam Madinah Munawwarah, tapi alhamdulillah ana tidak terjerat dengan Wahhabi yang mendakwa sebagai Salafiyyin. Sebenarnya, bila kita hendak huraikan cara Salaf dalam bab sifat Allah yang mutasyabihat, maka kita akan dapati dua tafsiran. Petama: tafsiran Ibnu Yaimiyyah dan orang yang sependapat dengan beliau, terutamanya golongan Wahhabi. Mereka berkata: "Sifat-sifat itu adalah dengan makna bahasa yang zahir, secara hakikat, bukanlah majaz, tetapi tidak sama dengan sifat makhluk." Kedua: tafsiran Imam an-Nawawi, Ibnu Hajar, al-Qurthubi, al-Ghazali dalam Iljam al-'Awamm Min 'Ilmi al-Kalam dan lain-lain. Mereka berkata: "Sifat-sifat itu bukan dengan makna yang zahir bagi makhluk. Bahkan hanya Allah yang mengetahui makna dan hakikatnya." Cara ini dinamakan sebagai Tafwidh. Tetapi sayangnya, golongan Wahhabi dan yang sealiran dengan mereka membid'ahkan cara ini, sedangkan apabila kita mengkaji kata-kata Salaf, kita dapati mereka tidak pernah keluar daripada menggunakan nas-nas syarak dan tidak mengolahnya dengan perkataan-perkataan lain yang seerti. Contohnya, mereka berkata: "Allah istiwa` di atas 'Arasy." Mereka tidak pernah berkata: "Allah istiqrar di atas Arasy." Nampaknya Wahhabi yang memandai2 mengolah ayat-ayat sendiri lebih daripada nas. Oleh itu, saya nasihatkan sesiapa yang berminat kepada akidah Salaf, janganlah berfikir hanya ada satu tafsiran sahaja bagi akidah Salaf, tanpa berlapang dada menerima huraian para ulamak lain yang hebat-hebat tersebut. Semoga Allah memberi kefahaman dan hidayah kepada kita semua. Amin.

Unknown said...

Pembetulan: Yaimiyyah = Taimiyyah.
Iljam al-'Awamm min Ilmi al-Kalam = Iljam al-'Awamm 'An Ilmi al-Kalam.

Unknown said...

Jawapan saya kepada saudara Mohd Shamsudin Harun: Kata-kata saudara bahawa "banyak tuduhan dikenakan pada wahhabi tapi kebanyakkanya tidak berasas bahkan muhammad Abdul Wahhab ni berjasa dalam menghapuskan khurafat dan bid'ah yang melanda ummat" masih boleh dipertikaikan, kerana persoalan khurafat dan bid'ah adalah persoalan yang luas danperlu didetailkan. Persoalan pembahagian bid'ah kepada hasanah dan sayyiah perlulah difahami. Kalaulah Wahhabi hanya menentang bid'ah sayyiah yang diijmakkan oleh para ulamak, maka betullah kata-kata tersebut. Tetapi hakikatnya, Wahhabi turut memperbesarkan persoalan bid'ah hasanah seperti sambutan maulid Nabi s.a.w. dan sebagainya, sedangkan persoalan ini persoalan khilafiyyah. Begitu juga persoalan tawassul dan beramal dengan hadis dho'if.
Tentang persoalan hadis sahih pula, wahai saudara, para ulamak hadis bukannya ijmak dalam menghukum setiap hadis. Ada yang diijmakkan sahih, hasan, dho'if dan sebagainya. Banyak juga yang mereka khilafkan. Ini sebenarnya antara sebab kenapa para ulamak berbeza-beza pendapat dalam hukum-hukum syarak. Tetapi mereka saling menghormati, berlapang dada dan tidak mempersesatkan orang lain.
Nasihat ana kepada saudara ialah: 1)Saudara buatlah kajian sendiri secara meluas untuk mencari kebenaran tentang persoalan bid'ah, tawassul dan lain-lain yang menjadi topik perbahasan Wahhabi, dengan membaca kitab2 pelbagai aliran ulamak, sebelum dan selepas munculnya Wahhabi. Jangan terikat dengan kitab2 Wahhabi sahaja, nanti tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Jadilah hakim yang adil yang mendengar hujah kedua-dua belah pihak sebelum menghukum.Janganlah juga terlalu bergantung kepada ustaz-ustaz semasa, yang mana ilmu mereka tidak terbanding dengan ilmu para ulamak terdahulu, yang bukan sahaja sangat alim, tetapi ikhlas dan beramal soleh. Jadikan kitab-kitab turats karangan para imam mujtahid sebagai rujukan, sudara akan berlapang dada dan ada jatidiri sendiri.
Bersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah, fanatik kepada sesiapa, memandang lekeh kepada mana-mana ulamak muktabar, melepas geram dan sebagainya, Insya Allah. Wallahu yahdina jami'an ila ma yuhibbu wayardho. Amin.
Oleh: Wan Mohd. Nasir bin Wan Abd Wahab al-Madani. nasier1973@gmail.com

Visit Bil.