Thursday, September 11, 2008

SIMPULAN MINDA

Isu berbalas kenyataan di antara Dr asri dan Dato Ketua Pengarah JAKIM dapat dirumuskan seperti berikut :

1) Tindakan JAKIM, JAWI, MAIWP dan YADIM yang melaporkan kes Raja Petra kepada pihak polis merupakan langkah bijak dan tepat. Ini kerana badan2 ini bertindak dalam bidang tugas mereka untuk mengawal fahaman, terbitan dan sebaran yang bertentangan dengan Islam. Apatah lagi terhadap sebarang unsur yang disebarkan menghina Islam.


2) Dalam kes Raja Petra, laporan terhadap pihak berkuasa adalah amat perlu memandangkan sentimen agama yang dicetuskan oleh beliau dikhuatiri mengundang tindakan keras umat islam dengan membelakangi undang2. Disamping ingin menyelamatkan Raja Petra, ia juga bertujuan mengawal 'pasaran' sentimen agar tidak berlaku huru-hara atas nama agama. Sekaligus tindakan ini dilihat menelusuri pinsip undang2 dalam bidang kuasa pihak tertentu. Dan JAKIM telah memainkan peranannya yang dirasakan tepat.


3) Dr asri kelihatan suka mencampuri @ mengkritik tindakan badan2 Islam yang diiktiraf peranan mereka samada di peringkat glokal mahupun global. Macam beliau seorang sahaja yang bagus. Mungkin beliau terlebih bijak sehingga tak boleh ditumpang buah fikirannya. Usaha beliau sendiri pun tak sampai ke mana dalam kes ni. Sebaliknya, hanya idea kacau daun sahaja. Bahkan menghilangkan fokus terhadap peranan yang dimainkan badan2 Islam. Raja Petra dan gang liberal gak yang untung dalam kes ini kan?.


4) Sebagai Mufti, Dr Asri sepatutnya terbuka menerima teguran dari seniornya dalam peringkat umur, jawatan, kerjaya, keilmuan, kematangan dan kewarakkan. Beliau perlu sedar akan keceluparannya dalam membuat kenyataan @ membidas kenyataan seseorang. Sayangnya, beliau mudah melenting bila ditegur dengan baik dan menyifatkan orang sebagai buruk perangai dan tidak sesuai jadi pengarah. Dimana keterbukaan @ keluasan akal yang dilaung-laungkan?Masya Allah, inikah perwatakan seorang Mufti Darul Sunnah yang diwawarkan. Ternyata, sikapnya tidak sinonim dengan Sunnah yang diperjuangkan.


4) Kalau tak setuju pun, dr Asri tak perlu merendah-rendahkan JAKIM dan agensi2 lain yang membuat laporan. Kerana itu adalah hak dan bidang tugas mereka di peringkat persekutuan. Cubalah hormati hak dan tugasan orang lain. Di peringkat negeri..apa yang tuan lakukan? Tuan kata..tuan tak pernah menghina JAKIM..ingat tak..tuan pernah mencadangkan agar JAKIM ditukar namanya kepada JAKUN? Jgn lupa..Allah ada dan merekodkan perbuatan kita.


5) Medan terbaik Dr asri menyuarakan pandangan ialah di Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa. Bukannya di surat khabar. Tapi rekod kehadiran Dr Asri begitu buruk. Bahkan beliau sendiri mengaku secara terbuka bahawa beliau 'malas' dan 'segan' untuk menghadiri Mesyuarat Fatwa. Sedangkan Mesyuarat J/Kuasa Fatwa Kebangsaan tu salah satu dari bidang tugas Mufti. Takkan Mufti malas nak buat kerja?Ajaib kan? Masya Allah. Kenapa segan?...sebab dah banyak kali beliau mengecam, mengkritik keras dan mengapi-apikan JAKIM. Nanti..datang tak Mesyuarat Fatwa akan datang?. Kalau datang..macamana pula ya. Senang cerita..kita muhasabah diri sendiri. Ingat Allah ya akhi.


6- Sebaik-baiknya, dr asri menerima nasihat yang diberikan sebagai satu kesedaran dan penambahbaikan bagi dirinya. Bukankah nasihat/tazkirah itu bermanfaat untuk orang mukmin. JAKIM tidak menuduh tuan ujub. Sebaliknya bimbangkan keujuban tersebut ada dalam diri tuan yang bertaraf Dr, SS, pakar hadis dan mujaddid agama.

Semoga kemuliaan Ramadhan turut memuliakan kita apabila kita sanggup menerima teguran demi sesuatu kebaikan. Tidak rugi kita mengakauntabiliti diri sendiri untuk hari ini dan masa akan datang. Demikian antara simpulan minda yang boleh dikongsi bersama. Selamat meningkatkan riyadhah dan mujahadah dalam menuju Allah.

2 comments:

aryna said...

salam...

2 perkara saya hairankan..
pertama, naper JAKIM je kena hentam? yg dok 3 jabatan besar tu tak mo hentam samo ko?
apakah ini kes balas dendam?

kedua, psl kata JAKIM JAKUN (jab.kaut untung, ye?) tu,kalau ada pihak nak carik bukti, haa.. bersepah kat internet, search je... ayat2 tersebut byk diulang dek penyanjung2 wahabi..

** elok sungguh bahasa mereka, "sopan" dan sangat "lemah lembut" belaka..

Ibn Salleh. said...

salam al-ghari.....

dalam JAKIM pun ana dengar berkepuk geng wahabi betul ke?kalau gitu anta kenalah pulihkan geng wahabi dlm. JAKIM tu jugak.JAKIM,MAWAIP,JAWI sebenarnya satu geng jugak sebab takut pada kebenaran.
Ramai penceramah bila kritik gomen sikit terus kena gam.alahai depa ni, dulu Imam Malik (JAWI punya geng) terus kena tukar sana-sini sebab nak benteras maksiat bila dia jadi Imam Ar-Rahimah.Imam Malik berceramah pun kena sekat dek JAWI, kenapa takutke?
Al-Subki Mahfuz cuma dapat ceramah 2 kali kat Ar-Rahimah.Bila lantang sikit tegur wahabi terus kena ban.Kat Bank Islam pun Al-Subki kena ban.Apa ni JAKIM dgn. yang lain sewaktu dengannya nak penceramah cerita pasal solat, wuduk aja ke?Kalau tegur gomen nanti dicap pembangkang pulak.Susahlah pendakwah nak bergerak macam ni.malas nak dengar kuliah yang tak membina langsung.....
Pak Yazid langsung kena tarik daripada bagi kursus haji sebab hentam tabung haji "tabung buaya" suka-suka naik tambang bukan nak tolong orang miskin pergi haji.inilah jabatan agama kat Malaysia ni yg. kita sedih.

Visit Bil.