Detik-detik Gerhana Bulan Syaaban 1429 H
Oleh : Syeikh Baharuddin al-Falaki al-Taranjanuwwi
Mengikut paparan takwim, selepas waktu Maghrib hari Sabtu malam Ahad, 16 Ogos 2008, adalah bersamaan dengan tarikh 15 Syaaban 1429. Ketika Bulan melepasi pertengahan langit, bayang-bayang Bumi mula menyentuh permukaan Bulan pada jam 2.26 pagi. Ketika ini fasa gerhana mula berlaku dengan bayang-bayang bumi merebak secara perlahan-lahan ke permukaan Bulan yang sedang purnama. Keadaan ini berterusan sehingga kemuncak gerhana yang berlaku pada jam 3.36 pagi.
Pada kemuncak ini, bayang-bayang Bumi menutup hampir 80% permukaan Bulan. Solat sunat gerhana Bulan (khusuf) di Semenanjung Malaysia boleh dilakukan sebaik sahaja bayang gelap di permukaan Bulan mula kelihatan, kira-kira jam 2.26 pagi. Fasa gerhana akan terus berlaku sehingga Bulan terbenam kira-kira jam 7.09 pagi berdasarkan ufuk Kuala Terengganu.
Janganlah dilepaskan peluang melihat fenomena gerhana Bulan kali ini dan melakukan solat sunat gerhana kerana solat ini adalah sunat muakad, yang amat dituntut. Tambahan pula fenomena gerhana Bulan ini berlaku pada waktu awal pagi yang hening. Waktu di mana Rasullah SAW menggalakkan umatnya bangun dan solat sunat. Meriahkanlah suasana ketika berlakunya gerhana ini dengan solat-solat sunat tahajjud, taubat, bacaan selawat dan tasbih serta diakhiri dengan solat sunat gerhana.
Kemundangkanlah bacaan-bacaan solat dan selawat ini melalui corong-corong pembesar suara daripada surau, masjid atau dirumah anda sendiri. Agar awal pagi ini menimbulkan suasana yang berlainan sesuai dengan tanda-tanda sunatullah ini Amatlah besar hikmatnya kejadian dan peristiwa falak yang berlaku di langit rendah ini, supaya manusia dapat melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dan memanfaatkannya daripada segi rohani dan jasmani. - Intaha.
Bagi saya (Tuan blog) : Kini gerhana telah meninggalkan kita. Amat bertuah bagi sesiapa yang menyedari kekuasaan Tuhannya. Amat merugi bagi sesiapa yang berada adalam keadaan leka dan alpa. Amat celaka bagi sesiapa yang melarang manusia untuk melakukann ibadat pada malam dan harinya dengan alasan ianya bid'ah yang sesat. Golongan ini bukan sekadar tidak mahu beramal soleh. Tetapi menghalang orang lain untuk melakukan sedemikian. Maka teramat buruk sikap mereka didunia. teramat buruk pula tempat kembali mereka disana. Nau'zubillah min zalik.
No comments:
Post a Comment