Kitab Syeikh Liqa' Bab al-Maftuh 8,
yang diselia Dr Abdullah bin Muhammad bin Ahmad al-Thayyar,
Cetakan Dar al-Wathan, Riyadh
Garisan kuning : Soalan penanya : "Sbgmana kita menjadikan al-Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani kedua-duanya bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Jawapan : "Berdasarkan kepada apa yang dimazhabkan (diputuskan) pendapat mereka di dalam isu-isu perbahasan Nama-nama dan Sifat-Sifat Allah, kedua-dua mereka bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah."
Soalan susulan : "Secara mutlak, mereka bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Jawapan : "Kita tidak menjadikannya secara mutlak. Saya beritahu anda bahawa barangsiapa yang menyanggahi golongan al-Salaf dalam memahami Sifat Allah tidak diberi gelaran mutlak bahawa ia bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ditaqyidkan...hingga bila dikatakan dia (seseorang itu) Ahli Sunnah Wal Jamaah (mungkin) dari sudut feqhiyyah contohnya. Adapun jika tareqat (metodologinya) itu bid'ah..ia bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah."
Ada segelintir manusia bersikap keras kepala apabila Tuan blog menampilkan bukti eksklusif tentang sikap 'ghuluw' beberapa tokoh Wahhabiy terhadap Ulamak Sunni. Mereka menuduh Us Zamihan sengaja mereka cipta atau mentohmah para ulamak Wahhabiy. Kononya Us Zamihan dengki dan sakit hati dengan pencapaian dan sumbangan mereka. Tak kira Wahhabi lokal @ antarabangsa. Bila tak leh lawan hujjah..nilah style mereka.
Sebenarnya, sesekali tidak. Us Zamihan berlepas dari semua itu. Apa yang di paparkan disini ialah satu daya usaha untuk membela Ulamak Sunni dari fitnah yang ditaburkan golongan pelampau Wahhabiy. Bila metodologi yang dipersembahkan ulamak Sunni tidak bertepatan dengan metodologi Wahhabiy..ternyata pelampau Wahhabiy menyerang habis-habisan ulamak Sunni. Bahkan dengan senang lenang..pelampau Wahhabiy mengecop Tokoh Ulamak Sunni kita berakidah dok betul. Lebih malang lagi mereka mendakwa Tokoh Ulamak Sunni berkenaan BUKAN DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
Keterangan di atas jelas kepada kita bahawa Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin mendakwa Imam al-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqalani bukan dari kalangan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuhususnya dalam kes akidah yang berhubung dengan metodologi pemahaman nama-nama dan penetapan sifat-sifat Allah SWT. Kalau kedua tokoh ulamak besar ini bukan Ahli Sunnah..ulamak yang ada di Malaysia ni..kecik-kecik je..tentu mudah sahaja dicop ulamak Ahli Punah Wal Ranah.
Malangnya, fahaman ini dieksport ke seluruh dunia. Dan tak heran..kalau anak-anak pelampau mengutarakan isu yang sama sebagaimana posting terdahulu. Setuju...tak setuju..lain cerita. Yang penting..bukti ilmiah terserlah depan mata anda. Siapa yang mentohmah siapa sebenarnya?
Apapun, paparan bukti di atas merupakan satu realiti keghuluwuan fahaman Wahhabiy. Untuk mereka yang masih keras kepala..dinasihatkan agar kita sama-sama bertenang dan berlapang dada untuk menerima kebenaran. Terimalah kebenaran walau pahit untuk ditelan. Selamatlah kamu..lantaran kamu bertenang dengan kesabaran.
No comments:
Post a Comment