Afwan... buat semua tetamu kerana lama tak berkesempatan menulis artikel baru. Ini kerana banyak kewajipan pejabat yang perlu diselesaikan sebeberapa segera. Di samping memenuhi undangan majlis Ilmu berkaitan dengan MaulidRasul SAW 1429H. Serta melaksanakan tanggungjawab agama diluar pejabat. Al-hamdulillah, kita kerja dengan Allah. tanggungjawab masih banyak dan berterusan sampai ke akhir hayat. Insya Allah.
Kali ni, cerita pasal bola kembali mencuit hati kita. Bukan kerana MU menang 2-0 mengatasi As ROMA di Rome. Atau Barcelona mengalahkan VFB Stuttgatt 1-0 hasil jaringan Bojan Krcic dalam suku akhir pertama Liga Juara semalam. Tetapi dihebohkan dengan idea YB KJ (Naib Presiden FAM) yang teruja mengundang pasukan Chelsea untuk beraksi menentang Pilihan M'sia Julai ini. Selaku pembaca, anda perlu sedar bahawa Jurulatih Chelsea : Awram Grant dan pertahanannya : Tal Ben Haim merupakan rakyat Israel berbangsa Yahudi.
Undangan ini sekaligus membuktikan dasar kebangsaan untuk tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel tidak dihormati. Seterusnya mengundang pelbagai tafsiran dikalangan Muslim anti kekejaman zionis. Seolah-olah..kerana bola..kita sanggup 'berdiplomasi' dengan Yahudi dan tidak menghiraukan kekejaman mereka terhadap nasib saudara kita di Palestine.
Malangnya, apabila tiada seorangpun dikalangan pemimpin tertinggi negara membantah cadangan berkenaan. Barangan Belanda diboikot kerana menghina Nabi SAW. Tapi bulan Julai nanti, kita mengundang, bagi duit, dan memberi pengiktirafan kepada Yahudi. Fuyoo!
Okaylah, undanglah..jemputlah mereka ke sini. Peduli apa tentang penderitaan dan kesengsaraan saudara seagama. Janji..kita enjooy...itulah dasar anak beranak Yahudi. Jangan kerana bola.. Yahudi dipuja.
sumber :
http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=521529&cc=5739
3 comments:
salam,
kat surau al-madaniah pun lama utz tak muncul. Terkadang seronok juga dengar update epl & formula one dlm kuliah utz.
dlm ceramah utz yang akn datang boleh tak kupas sikit kenapa setengah orang susah sangat nk terima sesuatu yang tidak menyebelahi mereka.
w/salam
salam..... it just a game... islam never prohibit us to transact with jews,,,, even our prophet had wrestled one jew in his glorious time. he submitted himself to prophet mohamed,,,,, he converted to Islam...
its okay to have soccer game with jews.... Brethren! show up our quality now!!!!
Ok, Syukran atas semua komentar yang diberikan.Jazakallah khayran katsiran..TQ
Post a Comment