Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu
Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu. Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, tanpa memberikan sebarang alasan konkrit, surat itu menyatakan "keterangan- keterangan sedia ada sudah mencukupi" untuk memecat Ramlang.
Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto) di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu Jun lepas.Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.
Menurut Wan Mohamad lagi, yang juga bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan Nombor Satu Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman (domestic inquiry) berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas. Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.
Ulasan :
1) Alasan pemecatan Ramlang kerana mencemarkan perkhidmatan awam sukar diterima. Apatah lagi kerana beliau turun ke gelanggang utk membersihkan namanya dalam kes liwath antara Mohd Saiful Azlan dgn DS Anwar Ibrahim. YBhgia Dato KP sepatutnya faham antara perbuatan 'turun berkempen' dengan 'turun membersih nama'. Kalau nak kira.. pegawai kita pun ramai yang dipaksa berkempen sempena pilihanraya. Terutama bagi menjaga kepentingan Menteri, Timbalan Menteri @ SU Parlimen sebelum ini. Kemudian 'turun' ke gelanggang politik menggunakan duit Kerajaan. Sedangkan itu adalah duit rakyat. Kenapa mereka2 ini tidak diistilahkan "mencemar' perkhidmatan awam? Walaupun ramai orang awam yang tidak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui. Maha Sempurnanya Sifat2 Allah! Aku lebih takutkan Allah!
2) Sumpahan laknat Mohd Saiful yang dilakukan di Masjid Wilayah sebenarnya tidak mengikut prosedur mahkamah syariah. Bahkan sumpah jenis ini adalah sumpah politik murahan yang dicadangkan oleh bekas Mufti Perlis yang jahil tentang hukum syariah. Sayangnya, masjid dan para Imam (yang dipaksa menjadi saksi) terpaksa menganggung akibatnya. Kekejaman politik dan kejahilan Mufti memangsakan Masjid dan Imam. Allahu Allah!
3) Sebenarnya, Sumpah yang dilakukan Mohd Saiful adalah haram hukumnya. Ini kerana dia bersumpah dengan nama Allah dalam perkara maksiat. Demikian menurut hujjah Imam al-Nawawi dalam Matan Minhaj al-Thalibin yang diulas Imam Khatib Syirbini di dalam kitabnya Mughni Muhtaj, Bab al-Aiman, juz 6, hlm 195. Sebaliknya, dalam merealisasikan tuduhan itu, MSA (muddaie) perlu mengemukakan 4 orang saksi. Jika tiada, MSA perlu bersumpah di mahkamah. Jika ini berlaku, pihak mahkamah akan memanggil DSAI mendengar dakwaan sekaligus membela diri juga dgn 4 orang saksi. Jika tiadi DSAI juga perlu bersumpah di mahkamah. Bukannya diluar mahkamah. Jadi, kenapa sumpah ini dilakukan diluar mahkamah? Mungkin kerana sumpah politik murahan tadi. Walaupun begitu, MSA tetap berdosa kerana bersumpah dengan nama Allah bila melakukan maksiat dan dimasjid pulak tu. Dia akan menanggung harganya yang tidak terkira kerana memohon laknat dari Allah SWT.
4) Malangnya, akhie Ramlang pula yang menjadi mangsa. Walhal beliau bukannya imam Besar. Beliau hanyalah pembantu Imam sahaja. Dimana pula kenyataan 3 imam kanan dalam kes ini. Kenapa mereka mendiamkan diri. Pihak JAKIM sebenarnya agak keberatan untuk memecat beliau. Tgetapi atas desakan dan tekanan pelbagai pihak..beliau akhirnya dipecat secara rasmi. Allahu akbar.
5) Sebenarnya, Ramlan agak rapat dgn Tuan Blog. Kita perlu fikirkan beberapa alternatif untuk akhie Ramlang meneruskan khidmatnya sebagai Imam dan pendakwah contoh, Kerajaan Selangor boleh mengambilnya sebagai Imam atas kuasa Kerajaan Negeri. Atau sekurang-kurangnya menjadi Imam Rakyat di masjid2 persendirian @ tajaan korporat tertentu. Saya sendiri bersedia menawarkan beliau beberapa projek uasahama untuk beliau berdikari. Bukankah usaha sendiri lebih baik dan lebih berkat dari makan gaji. Bersabar ya akhie, kemungkinan Allah gantikan rezeki dan keadaan yang lebih baik daripada apa yang luput dari tangan kita. Sungguh di mata zahir.. anda menjadi mangsa. Tetapi di mata yang batin anda lebih mulia kerana dizalimi manusia. Allah yusahhil umurak ya akhie.
10 comments:
Saya bukan pro-PKR atau mana-mana parti politik, tetapi kalau difkirkan secara logik, adakah wajar pemimpin parti politik seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat anak buahnya, sedangkan pemimpin sedemikian seharusnya tahu segala tindakannya akan mempengaruhi orang ramai untuk menyokongnya?
Semakin saya berfikir, saya menjadi bingung, maka saya membuat kesimpulan awal bahawa tuduhan Saiful Bukhari ke atas Anwar Ibrahim hanyalah suatu fitnah.
Dan akhirnya, ramai yang jadi mangsa, termasuklah Ustaz Ramlang disebabkan tindakan-tindakan bodoh dan zalim.
Tetapi kalau diletakkan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim, kemungkinan Nik Aziz meliwat itu tidak, tetapi Anwar ada kemungkinan. Berkaitan dengan Ramlang, beliau jelas bercakap di atas pentas parti pembangkang, ada lambang keadilan pada badrop. Tidak sepatutnya beliau mencemarkan perkhidmatan awam apatah lagi jawatannya sebagai imam. Kesal tindakan bodohnya itu.
Demi mencapai matlamat politik, segala yg. haram dihalalkan.Undang2 Al-Quran tidak digunapakai lagi malah boleh diubah2 mengikut selera politik.Pihak media elektronik dan media cetak tidak segan-silu menghebahkan berita liwat semata2 mengikut telunjuk org. politik.Hukum mengaibkan seseorang bukan lagi ditakuti oleh mereka2 yg. menyebarkan fitnah.Maka berkatalah Syaitan laknatullah, sebarkanlah fitnah ini seluas2nya wahai manusia.Sesungguhnya engkau belum lihat lagi azab Allah yg. pedih sebagaimana yg. aku pernah lihat.Agaknya bagaimanakah nasib orang2 yg. mempermainkan hukum Allah ini bila mereka mati nanti?Al-Quran dijadikan alat utk. bersumpah tetapi kandungannya tidak pula difahami dan diikuti.
sy setuju dgn ayat "aku takutkan Allah" dari ustaz zamihan
Masing-masing dok jaga periuk nasi. Tak ada yang benar-benar jujur dan berjurus dalam hal ini. Sebab itulah bila Ustaz Ramlang cuba untuk bersihkan dirinya, imam-imam 3 yang lain tu senyap tupah.
Bukan nak menghina atau mencaci, tapi tindakan ketiga2 imam yang senyap tupah itu amat pelik dan merungsingkan fikiran rakyat.
Sekarang pandangan masyarakat pada pengurusan masjid Wilayah begitu sinis. Malah JAKIM semakin dipandang lesu dan sinis oleh ramai rakyat marhaen. Pelik tetapi benar.
Kita bercakap bukan atas dasar mana-mana platform politik tapi atas dasar kebenaran/haq. Jika diri kita sudah jelas-jelas tidak beramal dengan al-quran yang dipegang (masa bersumpah), maka tidak usahlah membazir air liur yang Allah taala bagi untuk menderhaka pada-NYA.
Bagi saya, tindakan Ustaz Ramlang amat tepat sekali. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !
Al-Farabi
kumpulan sokongan boleh berpolitik dalam perintah am org gomen .sbb tu byk cikgu2 masuk politik bila jd calon Yb baru berenti.igt cikgu2 sebelum jd YB tu depa tak berkempen sana sini ka?
Bagi saya cara nak membersihkan diri banyak lagi, bukan dengan cara dipergunakan oleh pihak satu lagi untuk jadi bahan mereka berkempan.
Sbnarnya saya bersimpati dengan Ustaz Ramlang, persoalan saya adakah PKR menjemput dia untuk membersihkan imejnya adakah semata2 niat politik?
Yang pasti nama besar yang terlibat dlm kes ni spt DSAI dan Saiful Bukhari masih lagi bersenang lenang, sedangkan Ustaz Ramlang menjadi mangsa orang2 politik, tidak kisah dari UMNO yang mengenakan tindakan yang zalim ni, dan juga sikap opurtunis PKR yang mengambil kesempatan ke atas kebaikan Ustaz Ramlang.
*hanya pendapat peribadi... sbbnya dimana PKR dan orang2nya bila Ustaz Ramlang dalam kesusahan.
samada salah ke betul ke si Anwar tu bukan faktornya..
Tetapi kita kena tolak penglibatan IMAM di atas pentas politik sama ada pkr atau pas atau dap atau umno juga.
mereka penjawat awam tidak patut melanggar undang2 yang ditetapkan.
itu pendapat saya..
JAKIM bertindak tepat menendang keluar pembantu imam tersebut.
Maaf jika pendapat saya 'cilipadi' dan semoga kita tidak menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan dan menolak MASLAHAH UMUM yang patut diutamakan..
saya cuma ingin bertanya. jika adik kita yang terkena seperti mana nasib yang dialami oleh Saiful apa harus kita buat?
Salam,
Tindakan Zalim Dari Sang Penguasa!!!
Post a Comment