KUALA LUMPUR 7 Jan. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk tindakan portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan pembacanya yang disifatkan menghina usaha semua pihak yang memberi maklum balas positif terhadap isu Palestin. Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Mustafa berkata, kenyataan ABDULLAH ANTI ISRAEL POSTURING bertarikh 6 Januari yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu jelas memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.
‘‘Mereka bukan sekadar menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin. Bahkan, orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut. Perbuatan ini sungguh biadab dan tidak boleh dimaafkan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
‘‘Mereka bukan sekadar menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin. Bahkan, orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut. Perbuatan ini sungguh biadab dan tidak boleh dimaafkan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Khairul, portal itu juga turut mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin. Soalan saya : Siapa di belakang portal Malaysiakini? Kenapa mereka asyik memberi liputan special kepada antiIslam di Malaysia? Dan sering tersalah laporannya hingga berkali-kali memohon maaf kepada umat Islam? Lihatlah sedutan dari blog Anwardotcom :"Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini."
Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama. Portal itu sendiri dalam artikelnya “Malaysiakini: Free or pay?” mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.
Malah satu lagi projek rangkaian Malaysiakini iaitu Asia247.tv (Malaysian Internet TV channel) merupakan projek tajaan FNF. Jeremiah Foo, Sam Hui team video Malaysiakini juga merupakan team video Asia247.tv. Malah team tajaan FNF ini berusaha mencari pelapis-pelapis baru dengan menaja bengkel pembikinan video dengan bekerjasama Youth for Change (Y4C)
link asal sila klik sini : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html
link asal sila klik sini : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html
Bagi Tuan Blog : Berdasarkan kepada kontroversi yang sering ditimbulkan Malaysiakini jelaslah bahawa pemikiran sebahagian penulis dilaman ini berorientasikan pemikiran liberalisasi agama. Sayangnya, ia tidak mudah dihidu kerana berkonsepkan politik dan sosial. Akhirnya ia dianggap sebagai media alternatif untuk mereka yang memperjuangkan keadilan sejagat. Semoga Allah memelihara kita dari penyelewengan pemikiran liberalisasi agama.
20 comments:
Amat payah untuk mempercayai pemimpin-pemimpin politik hari ini.Ia termasuklah dari kerajaan ataupun pembangkang kerana telah mengutamakan diri sendiri terlebih dahulu.Biarlah tak berparti daripada tak bermahzab.Seandainya negara ini dipimpin oleh para ulama yang meletakkan Al-Quran sebagai perlembagaannya maka akan terselamatlah negara ini dari kacau-bilau,fitnah memfitnah dan sebagainya.
Betul tu, saya rasa pemimpin sekarang lebih berorientasikan personal interest walaupun bercakap atas dasar kepentingan umum.. Inilah realiti pemimpin sekarang.
Saya fikir Islam liberal semakin melebarkan sayap di Malaysia, meskipun tidak secara khusus namun dilihat method dan cara hidup remaja sekarang lebih berpaksikan kepada liberalisasi.
Moga kita berusaha mengembalikan cara hidup Islam..
Assalammualaikum.
Ana bersetuju dgn pendapat Ustaz Hanif.
Waima gerakan Islam khususnya di Malaysia bergerak atas nama Ikhwanumuslimin, mengambil manhaj Imam Hassan Al-Banna sebagai sumber rujukan sehingga lupa mengkaji sejarah pembentukan ikhwan muslimin mengikut manhaj Mesir ketika itu.
Manakala sejak akhir-akhir ini, karya Ustaz Fathi Yakan menjadi sumber penggisian di dalam usrah2.amat jarang pengajian kitab turath dijadikan pembudayaan. Malas dan lambat mereka kata satu bebanan. Maka akan lahirlah para reformis agama yang modenis sifatnya[Karya Syed Naquib Al-ATtas -Islam and Secularism].
Kita mencedok bulat2 pendekatan ikhwan di Mesir tanpa menyesuaikan dengan keadaan di Malaysia khususnya mengikut pendekatan manhaj Malaiziy [Dato' Dr. Sidek Fadzil-Presiden WADAH]
Sejarah perjuangan Imam Hassan Al-Banna sebagai ulama tasawwuff juga dilupakan, hanya gagasan-gagasan daulah Islamiah ditekankan. Kita tidak cuba menggembangkan pendekatan Imam Hassan Al-Banna dgn kesesuaian keadaan di Malaysia.
Lebih jauh lagi kita patut lebih menghayati kelangsungan perjuangan Salahuddin Al-Ayubi ada sokongan ratusan tahun ke arah mempersiapkan sosok tubuh sehingga lahirnya Salahuddin Al-Ayubi dan Imam Hassan Al-Banna.
Kaji berkenaan penulisan-penulisan Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ke arah sentuhan2 kejiwaan. Hari ini, tidak dipandang oleh kebanyakkn gerakkn Islam sebagai wajib keperluan.
Hanya yg ditekankan KITA WAJIB MENEGAKKAN DAULAH ISLAM. Segala ideologi sesat seperti wahabbi dan syiah dirai demi sokongan..
Bayangkan andai perkara ini terus-terusan berlaku. Akan wujud pemecahan ummah yang dalam dan tidak berkesudahan.
Wallahu'alam
Salam,
Ana amat berkongsi pandangandengan saudara mukminun, ana pun pernah terlibat didalam jamaah kampus, dan kebanyakannya menggunakan method Imam Hasan Al Banna serta KITAB TAUHID Muhammad Abd Wahhab dan kitab Fathi Yakan utk tarbiyyah.
Bila tanya berkenaan sifat 20 semuanya menjuihkan mulut.. Jika inilah pelapis politik islam, alamat al wahabiyyunlah malaysia nanti..
Hari ini setiausaha Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan memohon maaf kpd.semua jemaah kerana mengizinkan Ust.Raihan dari Bank Islam berkhutbah yg. menyentuh bab hudud pada 2/1/09 yg.lalu.Apakah dgn. memberi penerangan tentang hukum Allah di mimbar maka dituduh sebagai berpolitik di masjid?Ramai penceramah yg. menegur kerajaan maka mereka akan digam dan dilabelkan sebagai pembangkang.Manakala ada pula pemimpin Islam dari pihak pembangkang yg. bersekongkol dengan golongan kafir dlm. masalah hukum-hakam dari Al-Quran.Maka terjadilah sikap kurang ajar golongan kafir ini hinggakan sanggup mencampuri dalam hal-ehwal Islam di negara ini.Maka akan lahirlah kelompok Islam Liberal dan Fundamentalis yg. didokong oleh pihak Amerika.Ianya tertulis dalam buku "Civil Democratic Islam:Partners,Resources and Strategies" tulisan Cheryl Benard 2003 m/s 61-64.Dengan ini lahirlah beberapa pertubuhan yg. menyerang islam spt. Sister In Islam dan juga berbagai bentuk hiburan yg. melalaikan tanpa sekatan yg. ditaja oleh Yahudi & Amerika.Akibatnya umat Islam dilemahkan dgn. cara yg. terancang oleh golongan kafir ini dan para pemimpin Islam mengharuskannya asalkan mereka disokong.Ia juga disokong dari pihak media kerana nak menjaga periuk nasi mereka.Sedarlah bahawa umat Islam di negara kita ini semakin lemah dan tidak peduli lagi dgn. hukum-hakam Islam terutamanya remaja-remaja kini.
Maafkn sy keluar tjuk skejap,sy terlihat gmbr seorg doktor sy di univ ddlm blog ini..yg brnama dr hassan thaqaf..dr ini mgajar hadis pd sy di slh satu univ di jordan..sebelum ini la,tp skg kerjaan jordan memect beliau atas alasan beliau seorg syiah,jd sy pn trikut mengingatkn belau syie,rupanya tidak...trsalah la sy slm ini..
Kita tak boleh kompromi hal2 untuk menjaga agama kita. Kita wajib pertahankan.Tak kira siapa dia tu. Termasuk isu Palestin
salam ziarah..
moga perjuangan kita melawan wahabi akan semakin berjaya..
Jangan lupa Syiah pun sama..
Ada artikel menarik di sini
http://sangtawal.blogspot.com/2009/01/kemunculan-70-ribu-pengikut-dajjal-dari.html
sangat bagus huraian penulis blog ini..
Juga seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah komited lawan Syiah Wahabiyyah..
salam
Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
{ Januari 6, 2009 @ 12:29 pm } · { Ahlulbait, Majlis Ilmu }
{ Tags: baitul aman, Majlis Ilmu, masjid } · { Komentar }
Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.
Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 17 Jan 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 18 Jan 2009 mulai Solat Maghrib
huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
http://pondokhabib.wordpress.com
Memang patut ada pihak yang mempertikaikan isu ni. Apabila dah beribu-ribu orang Islam Palestin terkorban, baru nak terhegeh-hegeh menghulurkan bantuan. Imam-imam di Arab Saudi yang hang dok kata Wahabi tu dah lama doakan kemenangan mereka dalam khutbah mereka sejak dulu lagi. Kita ni yang hilang semangat persaudaraan Islamiah.
Tak payah nak meradang apabila ada yang mempertikaikan, fikirlah kenapa mereka pertikaikan...
Saya bukan nak sokong mereka yang liberal ni, tapi kadang-kadang kita kena fikir, mereka takkan pertikai tak fasal-fasal... mereka pun tahu fikir jugak, macam kita yang belajar agama ni...
Mereka yang liberal ni pun kena diberitahu yang mana betul yang mana salah, jangan buat laporan polis lepas tu ISA disebabkan dia tak faham... Islam tidak pernah mengajar untuk menjatuhkan hukuman sebelum dijelaskan...
Saudara Abdul Hakim Lukhman...anda tersilap klu anda katakan imam imam negara saudi dah lama doakan utk kemenangan Palestin...
Sebenarnya,mana mana imam yang mendoakan apatah lagi mengutuk kekejaman Israel akan ditahan dan disoal siasat berkenaan tindakan mereka...dan sememangnya da imam imam yang berbuat demikian tetapi imam imam tersebut akan dianggap menentang kerajaan Saudi...ini kerana kerajaan Arab Saudi sendiri yang melarang setiap imam mendoakan lebih2 apatah lagi mengutuk kekejaman yang dilakukan Israel...
Klu anda nak tahu kedudukannya,datanglah sendiri ke negara Arab Saudi dan lihatlah dengan mata kepala anda sendiri...
Salam kepada Jakfariah.
Kenyataan Tuan merujuk kepada penangkapan Syeikh Muhammad Al-Mohaisani pada 1422H sewaktu membaca doa qunut solat sunat Tarawikh yang mengutuk Amerika dan Yahudi.Memang benar apa yang Tuan katakan itu.Apakah peranan kerajaan/Mufti/Imam-Imam di Arab Saudi ketika umat Islam di Palestine diganyang?Semuanya bersekongkol dgn. Amerika dan hanya menjadi Pak turut sahaja.
Saudara Jakfariah,
Saya boileh kemukakan. Anda lihat sahaja khutbah-khutbah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Khatib-khatib di sana memang sudah lama berbuat demikian. Malah, Grand Imam Masjidil Haram, Sheikh Sudais pernah mencela Yahudi dalam khutbahnya sehingga menjadi kontroversi.
Dan kedua-dua masjid suci itu terletak di Arab Saudi. Jadi, kalau mengikut fahaman saudara, yang memakmurkan masjid-masjid suci itu semuanya Wahhabi.
Macam mana? Tak cukup lagi?
syukran diatas respons saudara Abdul Hakim Lukhman..
Malah, Grand Imam Masjidil Haram, Sheikh Sudais pernah mencela Yahudi dalam khutbahnya sehingga menjadi kontroversi.<<----kenapa ia menjadi kontroversi??? campurtangan dari kerajaan saudi sdiri bukan..?sepatutnya ia terpuji oleh kerajaan bukan menjadi kontroversi...
Kami tak katakan masjid haramain itu rosak kerana pemikiran wahhabi...tetapi kaedah yang dibawa oleh pemerintah itu sendiri yang memegang erat status sbg wahhabi...dan perlu juga diingatkan,tidak semua masyarakat arab muslim di saudi menerima wahhabi...
Tuan Abdul Hakim Lukhman, di amerika sendiri ada masjid2 yang indah...tetapi kita tak boleh katakan kalau ada masjid2 yang indah semestinya pemerintah itu juga indah...mana mungkin..
Itulah, saya pun hairan...
Yang kontorversinya sebab khutbahnya cakap Yahudi lebih teruk daripada babi. Mana tak kontoversi.. berbau anti-semetic, bukan?
Saya jadi teringat sebuah kartun satu panel. Dalamnya ada watak Bush, Raja Abdullah bin Abdul Aziz, lepas tu seorang cikgu Wahhabi sedang mengajar anak-anak muridnya.
Si Bush ni, dia nak kritik Raja Abdullah; "Kenapa kau biarkan Wahhabi yang gila ni mengajar rakyat kau?"
Jawab Raja Abdullah: "Supaya rakyat takkan pernah seusai memerintah negara."
Itu hanyalah kartun semata-mata, tapi sinis dengan sindiran... (saya pun lupa mana saya lihat kartun tu.)
Berbalik dengan isu pertikaian Malaysiakini, memang jelas fahaman liberal dalam tulisan mereka, namun, ada yang mereka perkatakan ada benarnya dengan apa yang berlaku.
Maksud saya, apa yang kita sibuk perkatakan dengan non-Muslim (Islam tu mudah, Islam itu agama seluruh alam) tidak seperti apa yang kita lihat dalam realiti. Kita tak boleh pandai cakap sahaja, kena pandai buat jugak. Sebab tu, orang yang tak ada agama, dia mudah terima dakwah daripada misionari Kristian berbanding pendakwah Islam.
Yang hal bantuan kepada Palestin, Israel dah lama serang mereka. Kenapa tiga minggu selepas pelancaran serangan, baru kita nak mula cari bantuan? Kenapa tak masa pelancaran serangan tu baru kita mula minta orang ramai hulurkan bantuan?
Orang Islam di sana memang tawar hati dengan Malaysia dan negara-engara Islam yang lain sekarang ni. Masa perang, mereka memang harap akan bantuan kita. Dan kita berdiam diri sahaja. Bila dah berhenti perang, bila dah beribu-ribu orang yang tak berdosa terkorban, baru kita nak hantar bantuan. Negara apa kita ni? Mana pergi Islam Hadhari yang dilaung-laungkan? (Bukan nak kritik, ini kritikan salah seorang rakan non-Muslim saya)...
Fikirlah, layak tidak Malaysia digelar negara Islam? Dengan non-Muslim pun kita diskriminasi... apatah lagi isu undang-undang hudud...
Jangan mudah meradang bila yang liberal ni pertikai. Fikirlah sebab mereka pertikai, dan kita betulkan keadaan sebelum terlambat.
Ya betul akhie Abdul Hakim Lukhman,memang tak dinafikan Malaysia ni belum cukup syarat utk dipanggil negara islam walaupun majoritinya melayu dan islam...
Ini kerana dari segi pelaksanaan hukum hudud sendiri pun diragui oleh pemimpin kita,apatah lagi pelbagai sarang2 maksiat yang memenuhi pelusuk tanahair kita dari dulu sampai kini tak tercegah dan terawat...makin membimbangkan adalah...
Dan ana bersetuju dgn saudara,kita spatutnya memberikan bantuan yang lebih awal ketika mereka mula2 diserang...dan bantuan ini juga seharusnya tidak dihentikan walaupun peperangan dah tamat..mereka tetap memerlukan bantuan kita utk membeli smula pakaian,membina infrastruktur yang rosak termasuk sekolah2 dan rumah2 mereka sendiri...dan Alhamdulillah,walaupun dikira kelewatan,kita dah berjaya mengumpul pelbagai dana utk membantu mereka yang ditindas rejim zionis ditanahair sendiri...
Dan seingat ana,semasa awal2 Gaza diserang,antara negara yang lantang bersuara dan mengutuk Israel serta menghulurkan bantuan ialah Syria,Libya,Turki dan Iran...yang lain senyap membisu seperti Jordan yang bersempadan apatah lagi negara kaya seperti ARAB SAUDI diam membisu...
Yang keluar membuat ulasan dikaca televisyen setiap hari pun adalah pemimpin Hamas sendiri disamping Basyar Assad(Syria) dan Gaddafi dari Libya...sekali sekala Pemimpin Turki dan adakalanya Ahmadinejad presiden Iran...Ketika itu mana pergi pemimpin arab yang lain???mana pergi suara Saudi yang kayaraya??mana pergi suara Emirates yang serba mewah??mana pergi suara kuwait yang senang lenang??semua senyap membisu kecuali rakyat bawahan yg memprotes dijalanan...kenapa Israel berani menyerang?? jawapannya "Liannal 'Arab mutafarriquuun..." kerana mereka dah tahu bahawa Pemimpin arab sendiri leka dan tak bersatu bahkan tunduk kepada Amerika sebab itu mereka berani menyerang....
Sehinggalah masuk kepada fasa2 terakhir serangan barulah pemimpin arab sendiri bangun bersuara dalam pertemuan mereka...tetapi ketika itu dua buah negara yang tidak mahu menghadiri pertemuan tersebut?siapa?negara mana?kedua2 ini adalah Hosni Mubarak (mesir) dan Raja Abdullah (Arab Saudi)...setelah dikritik,baharulah kedua2 pemimpin ini menghadiri pertemuan kali kedua...
Dan kita juga tidak boleh dan tidak sepatutnya memberhentikan segala bentuk bantuan kita kepada saudara kita di palestin walaupun serangan telah dihentikan...Dan terbaru alhamdulillah SEORANG INDIVIDU dari keluarga Al-Nihyan dari UAE telah menderma sebanyak 25 Juta Dirham (RM24.5 Juta)kepada tabung kemanusiaan Gaza...semoga Allah memberkati sedekah beliau dan seluruh ummat islam yang menderma..Aminn...
Betul tu, saudara Jakfariyah. Amin...
Post a Comment