Sunday, December 21, 2008

TAHDZIR AKIDAH TAJSIM

AKIDAH TAJSIM ialah satu fahaman akidah yang mempercayai bahawa Allah SWT memiliki anggota badan dan bersifat sebagaimana keterangan ayat mutasyabihaat yang zahir. Tetapi dlm masa yang sama mereka menafikan Allah dari menyerupai makhluk. Mereka tidak mengaku mentajsimkan Allah (mengkhayalkan Allah). Bahkan mereka mendakwa inilah akidah Salafusoleh @ Ahli Sunnah Wal Jamaah. Padahal ia adalah manifestasi Akidah Tajsim yang setara dengan akidah yahudi, Hindu dan Kristian. Tetapi cuba dimplementasikan ke dalam Islam. Prinsip ini kemudiannya dipopularkan oleh sebahagian dari pendakwah Wahhabiy ghuluw. Apapun, sila ikuti penjelasan Ibn al-Jauzi al-Hambali (bukan Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah) dalam hal ini :


Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali (w597H) mengatakan : “Aku melihat golongan dari mazhabku membicarakan tentang usuluddin secara tidak benar. Mereka diwakili oleh 3 orang tokoh : Abu Abdullah al-Hassan bin Hamid bin Ali al-Baghdadi, rakannya Qadhi Abu Ya’la Muhammad Bin Hussain al-Farra al-Hanbali dan Abu Hassan Ali bin Ubaidillah bin Nasr al-Zaghuni (w527). (Biografi ketiga tokoh ini ditahkik oleh Imam al-Muhaddith al-Kautsari dlm ualasan beliau terhadap kitab Imam Ibn al-Jauzi ini)
Imam Ibn al-Jauzi berkata lagi : "Mereka menulis kita yang membicarakan (pendapat) mazhab. Dan aku telah melihat mereka turun ke martabat awam. Lalu memperlakukan Sifat Allah mengikut apa yang mampu dirasa oleh panca indera (iaitu mengkhayalkan Allah dengan sifat-sifat makhluk). Lalu kedengaranlah mereka melaungkan : "Allah SWT mencipta Adam atas gambaranNya. Mereka menetapkan bagi Allah ada muka sbg sesuatu yang menumpang di Dzat). Bagi Allah ada dua mata, dua bibir, dua gigi geraham, wajah yang bercahaya, dua tangan, dua telapak tangan, jari jemari, ibu jari, dada, dua paha, dua betis dan dua kaki.”

Sesetengah mereka mengatakan : “Kami tak mendengar Allah mempunyai kepala.” Sesetengah mereka pula berkata : “Harus bagi Allah menyentuh dan disentuh dan mendekatkan DzatNya kepada hambaNya. Sesetengah mereka pula mendakwa : “Allah itu bernafas. Kemudian mereka (Ahli Tajsim al-Hambali) mendekati masyarakat awam dengan mengatakan : “Ia (sifat-sifat Allah itu) bukan sebagaimana yang kamu bayangkan.”

Padahal zahir ucapan diatas adalah sesuatu yang diketahui. Zahir ucapan ini adalah dari anggotan anak adam. Dan sesuatu itu boleh ditanggung atas hakikatnya jika memungkinkan. (Ini adalah sesuatu yang tidak memungkinkan) Kemudian mereka menyempitkan diri dengan pemikiran Tasybih (menyerupai Allah dengan makhluk) Dan menafikan dari menyandarkan Allah dengan sifat2 yang sedemikian. Lalu mereka berkata : “Kami adalah Ahli Sunnah. Sedangkan ucapan mereka secara jelas adalah Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Dan segelintir masyarakat ada yang terpengaruh dengan mereka.”

Aku telah menasihati pendakwah dan pengikut mereka : “Wahai ashab al-Hanbaliyyah, kamu adalah golongan penukil Hadis Nabi SAW. Imam kamu adalah Imam Ahmad Bin Hanbal yang mengatakan : “bagaimana kamu memperkatakan sesuatu yang aku tidak memperkatakannya.”


Imam Ibn al-Jauzi berkata lagi : "Jagalah diri kamu dari melakukan bid’ah yang bukan dari asas mazhab ini (Hambali). Kamu bicarakan hadis (al-Sifat) dan ditanggungkan hadis berkenaan secara zahirnya. Sedangkan zahir lafaz kaki itu adalah anggota. Ini kerana jika golongan Kristian mendakwa Isa adalah Ruhullah, mereka percaya bahawa Allah SWT itu bersifat dengan roh yang menjelma di dalam tubuh Maryam. Jika sesiapa yang mendakwa : "Allah bersemayam dengan DzatNya maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah sesuatu yang terkesan dengan pancaindera. Dan sewajarnya sesuatu yang zahir itu tidak ditetapkan (sebagaimana) menurut penjelasan akal yang sihat.” - Imam Ibn al-jauzi al-Hambali, Daf'u Syubah al-Tasybih, edit : Syeikh Hassan bin Ali al-Saqqaf, 1991, Cet Pertama, Dar Imam al-Nawawi : Jordan, hlm 97-102.


13 comments:

Ibn Salleh. said...

Baihaqi telah meriwayatkan dari Ibni Abbas r.a,"Berfikirlah dalam apa jua perkara kecuali memikirkan zat Allah".Kewajipan pertama ialah beriman dengan zatNya,sifat-sifatNya tanpa memikirkan tentang bagaimana zatNya.Inilah pandangan jumhur pengkaji Imam2 seperti Abu Bakar al-Baqillaani,Imam Haramain al-Juwaini,Hajjatul Islam Imam al-Ghazali,Imam Fakrur Razi,Saifuddin al Aamidi,Sheikh Eid Bin Salam dan lain2 lagi.Dalam ayat al-Zumar:67 telah menjelaskan perbuatan menggambarkan keadaan Allah itu adalah syirik.Ini dibawa oleh Ibnu Abbas dan jika benar menguatkan pendapat Abu Sulaiman rahimahullah.Sanadnya baik.Namun pihak Wahabi selalu menggambarkannya tetapi berhujah bahawa sifat Allah berlainan dengan makhluknya.Malah Rasul Dahri dalam ceramahnya menggambarkan bagaimana Allah itu turun dan naik serta menempatkan Allah di langit.

Anonymous said...

Salam..

Jangan cepat menuduh org lain bergitu begini..Mari kita renungkan apa yg sebenarnya yg digembar-gemburkan...xkn kerana rasul dahri sorang, yg lain ditolak mentah2..cuba dengar penjelasan tuan guru Abdul Hadi Awang dalam menjelaskan persoalan aqidah ahlul sunnah wal jamaah..beliau juga ada menulis sebuah buku..cuba cari dan baca betol2..jgn kita tolak semua kerana seorang..

Waallahualam..

Anonymous said...

Semua orang meyakini Allah tidak menyerupai makhluq. Bila tiba di ayat seperti kalimah "yaduLlah" yang Allah sendiri ungkapkan dalam Qur'an, maka still semua orang meyakini Allah tidak mempunya tangan seperti mana tangan makhluq. Tetapi di sini timbul beberapa pendapat. Ada kata YaduLlah=Kekuasaan Allah. Ada kata YaduLlah=Tangan Allah. Dua-dua meyakini YaduLlah tak sama dengan tangan makhluq, tetapi mana satukah yang benar?

Jika kita mentakwilkan kepada kekuasaan, maka kita telah katakan sesuatu yang kita tidak tahu mengenai Allah (perbuatan ini dilarang oleh Qur'an)

Jika kita beriman dengan kalimah YaduLlah tanpa takwil dan menyerahkan makna sebenarnya kepada Allah, bukankah itu jalan paling selamat?

Admin said...

Memang benar tu Fizi - tanpa takwil adalah paling selamat iaitu tafwidh.

Bahkan tidak berbicara mengenainya (menyerahkan maknanya kepada ALlah). Tetapi apa yang berlaku pada mereka yang katanya ikut salafi?

Mereka telah mentakwilnya dengan makna zahir.

Mengapa pula ada ulamak mentakwilkan ayat mutasyabihat? Kerana untuk memberi faham kepada orang awam, bahkan memerangi fahaman mujassimah.

WaLlahua'lam

MOHAMAD AKMAL said...

"tanpa tak'wil selamat, dengan tak'wil mengetahui"

Sama ada tak'wil atau tidak, kedua-duanya mempunyai perbincangan yang ilmiah dan sangat berguna kepada umat ini.

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Kaedah yang selamat dlm berinteraksi dgn ayat mutasyabihhat sbgmna teras Ahli Sunnah Wal Jamaah (Salaf dan Khalaf ialah Takwil dan Tafwidh. Kedua-dua kaedah ini digunakan secara meluas di dalam kitab2 tafsir. Berpunca daripada kaedah yang benar pada tafsiran ayat 7 surah Aali Imran.

Masalahnya, ada pihak yg memahami takwil itu tahrif (mengubah makna). Padahal sebenarnya tidak. Kerana takwilan Ahli Sunnah menggunakan disiplin ilmu yg jelas: aspek hakikat n majaz,maksud percakapan, Asal makna bahasa arab, kinayah, istiarah, bayan, badi',mantiqiy,Takwilan ayat dgn ayat @ dgn sunnah mutawathirah yg lain,mutlaq muqayyad, mufassal n mujmal,dalaat DLL.Takwil ini juga dikenali tafsir tafsili.

Manakala Tafwidh pula bermaksud menyerahkan maksud ayat mutasyabihaat bulat2 kpd Allah SWT tanpa tafsil tafsili.Tetapi diiktiqadkan Maha Suci Allah dari maksud yg terdpt pd zahir nas.

Ini kerana pengambilan pada lafaz yg zahir menunjukkan Allah SWT itu menyerupai makhluk. Jika dimplimentasi kalimah Yadd' itu 'tangan Allah' secara automatik membawa kpd Tajsim. Tetapi jika ayat yg berkaitan "Yadd' itu diserahkan maksudnya kpd Allah ia masih berkonsepkan Tafwidh.Lantaran itu, Ibn al-Jauzi menulis fenomena yng berlaku di zamannya itu menular ke zaman kita pd hari ini. Sila baca2 betul2 karangan ulamak muktabar Hambali ini. Sbb kelihatan tuan tempayan budu dan Fizi masih tak jelas dlm isu ini.Ingatlah bahawa ulmak Salaf tidak begitu cenderung dlm memperkatan mutasyabihaat disebabkan mereka lebih fokus kpd ayat2 muhkamaat.Ttp, golongan Wahhabiy ghuluw bersikap sebaliknya.Masya Allah.

Utk pengetahuan tuan, bukan sekadar Rasul Dahri shj yg mempromosi Akidah Tajsim. Sebaliknya ramai lagi pendakwah yg menisbahkan diri mereka dgn Salafi tetapi sebenarnya mempromosi Tajsim.Mereka ini berada dlm perhatian pihak berkuasa agama utk ditangkap.

tuner said...

cuba tn baca artikel ini:
http://darussunnah.or.id/artikel-islam/akidah/dimana-allah-dia-di-atas-langit/

Tidaklah mengherankan bila kemudian penetapan bahwa Dzat Allah di atas langit menjadi keyakinan para imam yang empat,

1) imam Abu Hanifah -seorang alim dari negeri Iraq- berkata, “Barangsiapa yang mengingkari Allah ‘azza wa jalla di langit maka ia telah kufur!”

2)Imam Malik -imam Darul Hijroh- mengatakan, “Allah di atas langit, sedang ilmuNya (pengetahuanNya) di setiap tempat, tidak akan luput sesuatu darinya.”

3) Muhammad bin Idris yang lebih dikenal dengan sebutan Imam asy Syafi’i berkata, “Berbicara tentang sunnah yang menjadi peganganku dan para ahli hadits yang saya lihat dan ambil ilmunya seperti Sufyan, Malik, dan selain keduanya, adalah berikrar bahwa tidak ada ilah (yang berhak untuk diibadahi secara benar) kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, serta bersaksi bahwa Allah itu di atas ‘arsy di langit…”

4)Ditanyakan kepada Imam Ahmad bin Hanbal, “Apakah Allah di atas langit yang ke tujuh di atas ‘arsyNya jauh dari makhlukNya, sedangkan kekuasaanNya dan pengetahuanNya di setiap tempat?” Beliau menjawab, “Ya, Dia di atas ‘arsy-Nya tidak akan luput sesuatupun darinya.” (Lihat kitab Al ‘Uluw, Imam adz Dzahabi).

soalan saya takkan ijma' 4 imam mazhab terkeliru /salah tafsir dgn ayat2 Quran kot... minta tn ustaz jelaskan..

tk.

Ibnu Muslim said...

Salam saudara tuner;
Boleh tak saudara tuner nyatakan sumber yang saudara ambil. Contohnya dari kitab mana sumber kenyataan Imam Hanafi, Syafie, Malik & Hanbal tersebut.
Pada ana, perlu kita tengok dari mana sumber yang diperolehi. Jika setakat kenyataan tetapi tiada nota kitab rujukan maka perlu berhati-hati.

Wallahualam.

Ibnu Muslim said...

Ana telah baca blog yg tuan tuner nyatakan. Pada ana, pegangan tuhan ada di langit itu masih ada khilaf kerana ada yg mengatakan bahawa ayat al-Quran Allah ada dimana-mana lebih didahului dari taraf hadis berkaitan pengembala kambing tersebut.
Dan permaslahan tersebut tiada kaitan dengan akidah tajsim.
Wallahualam.

tuner said...

tn, ini adalah rumusan aqidah ulama' Salaf & sumber rujukan, sila tuan sahkan.

Fatwa Para Ulama Salaf (terdahulu):

1 – Imam al-Auza’i berkata: “Kami dan seluruh Tabi’in bersepakat menyatakan bahawa: “Allah berada di atas ‘Arsy-Nya”. Dan kami semua mengimani sifat-sifat yang dijelaskan dalam as-Sunnah.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Asma’ wa Shifat, m/s. 408. adz-Dzhabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, m/s. 102)

2 – Imam ‘Abdullah Ibnul Mubarak berkata: “Kami mengetahui Rabb kami, Dia beristiwa’ di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya. Dan kami tidak mengatakan sebagaimana kaum Jahmiyah yang menyatakan bahawa Allah ada di sini (beliau menuding/menunjukkan ke bumi).” (Diriwayatkan oleh ash-Shabuni, Aqidah Salaf Ashabul Hadis, m/s. 28)

3 – Imam Qutaibah bin Sa’id berkata: “Inilah pendapat para imam Islam, Ahli Sunnah wal Jama’ah, bahawa kami mengetahui Rabb kami di atas langit-Nya yang ketujuh di atas ‘Arsy-Nya.” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 6/260)

4 – Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi berkata: “Telah bersepakat kalimat kaum muslimin dan kafirin bahawa Allah di atas langit.” (Naqdhu Abi Sa’id ala Mirsi al-Jahmi al-Anid, 1/228)

5 – Imam Abu Zur’ah dan Abu Hatim berkata: “Ahli Islam telah bersepakat untuk menetapkan sifat bagi Allah bahawasanya Allah di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya dan ilmu-Nya di setiap tempat. Barangsiapa yang menyatakan selain ini maka baginya laknat Allah.” (Syarh Ushul I’tiqad Ahli Sunnah, al-Lalika’i, 1/198)

6 – Ibnu ‘Abdil Barr berkata tentang hadis turunnya Allah ke langit dunia: “Dalam hadism ini terdapat dalil bahawa Allah di atas ‘Arsy, di atas langit-Nya sebagimana dikatakan oleh Jama’ah kaum muslimin.” (at-Tamhid lima fi al-Muwaththa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Ibnu Abdil Barr, 7/129)

7 – Imam ash-Shabuni berkata: “Para ulama umat dan imam dari Salafush Soleh tidak berselisih pendspat bahawa allah di atas ‘Arsy-Nya dan ‘Arsy-Nya di atas langit-Nya.” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 6/250. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 246)

8 – Imam Ibnu Qudamah menyatakan: Sesungguhnya Allah mensifati diri-Nya bahawa Dia tinggi di atas langit, demikian juga Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam (penutup para Nabi) mensifati Allah dengan ketinggian juga, dan perkara tersebut disepakati oleh seluruh ulama dari kalangan sahabat yang bertaqwa dan para imam yang mendalam ilmunya, hadis-hadis berkaitan dengannya juga mutawatir sehingga mencapai darjat yakin, demikian pula Allah menyatukan semua hati kaum muslimin dan menjadikannya sebagai fitrah semua makhluk.” (Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, m/s. 12)

9 – Imam adz-Dzahabi menyatakan: “Mereka yang menjelaskan Allah di atas langit, hujjah-hujjah mereka adalah hadis-hadis dan atsar-atsar yang sangat banyak.” (al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, 143)

10 – Imam asy-Syafi’i berkata: “Kekhalifahan Abu Bakar ash-ShiddiQ adalah haq (benar), yang telah diputuskan Allah Ta’ala dari atas langit-Nya, dan Dia telah menghimpun hati hamba-hamba-Nya kepada Abu Bakar ash-ShiddiQ.” (Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 5/139) “...bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah (ilah) melainkan Allah, dan Muhammad Rasulullah, dan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya yang dekat dengan makhluk-Nya bersesuaian dengan kehendak-Nya, dan bahawa Allah turun ke langit dunia bersesuaian dengan kehendak-Nya.” (Rujuk: Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, 124. Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 4/181-183. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 120. Mukhtashar al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, al-Albani, 176)

11 – Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kita beriman kepada Allah bahawa Dia di atas ‘Arsy bersesuaian dengan kehendak-Nya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang cuba mensifatinya (dengan mentakwil-takwil). Sifat-sifat Allah itu (datang) dari-Nya dan milik-Nya. Ia mempunyai sifat seperti yang Dia sifatkan untuk diri-Nya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan (pancaindera).” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 2/30. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 69 & 71. Lihat juga: Thabaqat al-Hanabilah, Abu Ya’la, 1/56)

12 – Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “Aku tidak tahu Rabbku di langit atau di bumi” bererti dia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arsy, namun dia tidak mengetahui sama ada ‘Arsy itu di langit atau di bumi.” (al-Fiqhul Absath, Abu Hanifah, 46. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 11)

tuner said...

Alhamdulillah,
Jdnya tuduhan sesetengah pihak menyatakan Salafi tu mujassimah/musyabbihah tidak benar lah ya. Dari apa yg saya baca, bahawa aqidah yg tersasar sedikit adalah dari aqidah Salaf versi Ibnu Taimiyah manakala Salaf-solafusoleh adalah aqidah yang haq. Bgmn pula dgn aqidah khalaf-As'ariyah.

Kalau diperhatikan,
1) Salaf menyatakan yg Allah beristiwa' atas arsy tanpa takwil dan Allah dilangit manakala 2)Khalaf pula menyatakan Allah tidak bertempat dgn mentakwil nas 'istiwa' kpd menguasai. Kedua2 nya saling bertentangan dan pastinya hanya 1 yang betul antara keduanya. Bgmn pendirian tn dlm hal ini.. yg mana satukah lebih menepati sunnah.

4 iman mazhab berpendirian spt (1) manakala Iman Nawawi, AlGhazali, Abu Hurairah spt (2). Kesemua mereka ada ilmuan & hujjatul Islam - justeru tak mungkin aqidah mereka sesat krn beriktiqad dlm salah satu iktiqad di atas.
Jd apakah rumusan tn dlm hal ini. Adakah boleh kita katakan kedua2 aqidah itu diterima pakai sbg aqidah sahih ASWJ. Maknanya adakah boleh kita org awam beriktikad samada 'Allah dilangit' atau 'Allah tidak bertempat' w/pun nampak contradict each other ?

tk.

tuner said...

maaf tersalah tulis..

4 iman mazhab berpendirian spt (1) manakala Iman Nawawi, AlGhazali, Abu Hurairah spt (2). Kesemua mereka ada ilmuan & hujjatul Islam -

BUKAN Abu Hurairah tp Ibnu Hajar.
tk

Ibnu Muslim said...

Salam tuner;
Jika saudara kaji dengan teliti kata-kata ulamak salaf yg saudara senaraikan tersebut maka ada yang mendekati tafwidh,itsbat & takwil. Memang begitu adat perbezaan pendapat namun seperti yg diketahui, jumhur ulamak salaf berpegang pada tafwidh.
Memang ada yang ekstrem seperti kenyataan no 4-Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi namun ana menyokong pandangan Sheikh Qaradawi dalam permasalahan ini iaitu bersederhanaan-tidak menyalahkan golongan khalaf apatah lagi salaf & tidak menghabiskan waktu memikirkan tentang zatNya.
Sebuah buku beliau yang paling baik untuk dibaca adalah bertajuk Akidah Salaf & Khalaf (Kajian Komprehensif seputar Asma'wa Sifat, Wali & Karamah, Tawassul & Ziarah Kubur) terbitan Pustaka Al-Kautsar boleh didapati di kedai2 agama Wisma Yakin. Beliau telah mengambil masa beberapa tahun mengkaji dengan teliti setiap hujah kedua pihak sebelum akhirnya membuat kesimpulan bahawa ianya juga termasuk dalam permasalahan ijtihad sahaja & jalan yang paling selamat adalah tafwidh iaitu mengimani sebagaimana adanya tanpa menakwil & menafikan.
Wallahualam.

Visit Bil.