KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru. Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan.
Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan. Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu kerana ia adalah berkaitan dengan masyarakat Islam semata-mata.“Apa yang saya fahami daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah untuk memberi penjelasan kepada umat Islam yang terlibat dalam senaman yoga,” katanya.
Abdullah berkata, beliau turut memahami bahawa keputusan untuk melaksanakan fatwa itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Pengumuman mengenai pengharaman yoga untuk umat Islam itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada Sabtu lepas. — Bernama
Ulasan :
1) Syukran Pak Lah atas nada tegas berkaitan bantahan sesetengah pihak terhadap keputusan MFK yang mengharamkan Yoga. Penegasan ini sekurang-kurang meredakan sedikit bahang bantahan lebih 50 NGO Liberal yang diketuai oleh Sisters In Islam dan Kroni-kroninya.
2) Tetapi Pak Lah juga masih keliru berkaitan senaman Yoga yg tidak menggunakan 'mantera'. Beliau mendakwa 'tidak diharamkan' kerana amalan berkenaan merupakan amalan fizikal yg membawa kebaikan untuk kesihatan pengamalnya. Bagi saya, kenyataan ini mendatangkan kekeliruan dan perlu dibincang secara ilmiah agar semua pihak jelas dengan sesuatu hukum berkaitan. Isu yoga bukan sekadar kebergantungan kpd mantera dan produk kesihatan, tetapi juzuk yang lain seperti latarbelakang amalan berkenaan, simbol, formasi kedudukan, meditasi, maksud asal dan tujuan lain perlu diambil kira. Saya dikhabarkan oleh seorang saudara dari India : para sami hindu yg mengamalkan yoga bertapa di dalam gua. Dan ulamak disana telah mentahzir umat Islam dari terlibat dgn Yoga. Manakala di Melbourne, terdapat sekumpulan aktivis yoga bertapa dgn melafazkan " Ooumm...Ooumm..oouumm.." Bukankah maksud hadis Nabi SAW berbunyi : "Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum (Bargsiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (kaum berkenaan). Hadis ini secara jelas mengambil kira semua aspek persamaan yang menjadi teras kpd fahaman dan amalan berkenaan. Bukannya persamaan secara kebetulan atau tiada pengetahuan tentangnya.
Illahnya ialah : jika umat Islam tidak membaca mentera sekalipun tidak semestinya Yoga itu halal. Walau ada maksud yoga iaitu tujuan kesihatan. Ini kerana pengamalan yoga telah sinonim dgn sejarah keagamaan hindu, pertapaan hindu, formasi tertentu dewa-dewi hindu dan matlamat kebersatuan dgn Tuhan (dlm doktrin hindu) sesekali tidak boleh diakui dan diamalkan oleh penganut Islam.
Justeru, kandungan mantera sahaja bukan menggambarkan indikasi keseluruhan yoga. Dan hukum pula tidak diambil secara juziyyah sahaja. Maknanya, mantera dan amalan kesihatan bukanlah alasan untuk menghalalkan yoga. Saya kira Pak Lah dan awam masyarakat terbabas dalam masalah ini. Mereka nampaknya lupa dgn kaedah : 'Matlamat tidak menghalalkan cara'. Serta cuba memahami Yoga melalui pendekatan Liberal. Asal rasional...ia dilihat baik. Ketahuilah, cara penistibatan hukum sebeginilah yang dikatakan Imam al-Syafi'ie : Manis tahsana faqad syarrak" (Barangsiapa yang menganggap baik sesuatu perkara (yang tidak jelas) dia sebenarnya telah meletakkan hukum syarak."
Selain itu, menghalalkan sesuatu yang jelas haram juga boleh dikatakan sebagai mubtadi' (pembuat bid'ah). Manakala amalan tersebut merupakan bid'ah dholalah (rekacipta yang sesat) kerana ia bukan dari Islam. Bahkan bertentangan dgn Islam. Oleh itu 'fatwa' Pak Lah tidak boleh dipakai sama sekali. Dan Umat Ini wajib menjauhi amalan yoga serta merta atas dasar iman dan taqwa. Semoga Allah menunjukkan kita ke jalan yang benar.
3) Islam sebuah agama yang lengkap dan sempurna. Ia menawarkan pelbagai produk utk kesihatan manusia samada dari sudut PQ, EQ, IQ dan SQ. Tetapi apabila manusia gagal memahami dan mengenali Islam dengan mata hati yang suci dan pendekatan yang baik. Maka pemahaman Islam mereka dicampuri dgn pelbagai unsur luar. Dan akhirnya terjebak dgn pelbagai amalan karut yang bertentangan dengan Islam itu sendiri dalam keadaan tidak sedar. Apabila sesuau hukum difatwakan mereka bangkit menentang Fatwa berkenaan. Tidak hairanlah, jika umat Islam sendiri yang cuba menentang ulamak & agensi Islam yang ingin memartabatkan Islam sbg ad-Deen. Allahu Allah.
9 comments:
Salam,
Ada org cakap... senaman biasa yg diamalkan seharian (bukan Yoga) ada menyerupai amalan yoga. Cthnya, mcm kami ada amalkan bersenam sebelum kerja (kilang Jepon). Ada beberapa pergerakan senaman menyerupai yoga...
Apa pendapat ustaz?
Salam,Dalam menjatuhkan soal hukum Ana amat takut untuk membahaskannya.Seperti yg. Ana katakan dulu,permasalahan ini perlu diperinci dengan lebih jelas agar tidak menimbulkan kekeliruan.Ana mendapat tahu dari seorang yg. kuat pegangan kristiannya, yg. mana paderinya mengharamkan Tai-Chi tapi tak jelas sebabnya.Sememangnya YOGA diambil 100 peratus dari unsur ketuhanan hindu melalui pemujaan tanpa mentera spt. bermeditasi dan pergerakan patung2 Hindu.Adalah lebih baik keputusan fatwa tersebut diperjelaskan asal usul YOGA tersebut.Namun jika disiarkan dalam media elektronik, mungkin akan menjadikan penganut Hindu terhina.Adalah lebih baik pihak yang mengeluarkan fatwa mencari pendekatan terbaik utk.memperjelaskannya demi menjaga keharmonian kaum umpama menarik rambut dalam tepung.Namun begitu umat Islam seharusnya menghormati dan menerima keputusan Majlis Fatwa tersebut demi akidah Islam yang tercinta tanpa mempertikaikannya.
Salam...,
'Mencegah lebih baik dari mengubati', Tinggalkan yang memudharatkan aqidah (secara langsung atau tidak langsung) kepada memurnikan aqidah dan keimanan (solat).
Berikut satu surat kiriman saudara kita dalam BH hari ini, juga support kiriman saya dalam isu tentang yoga awal bulan ni.
Solat lima waktu senaman terbaik
PENGHARAMAN amalan senaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah berasaskan beberapa amalan membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan, dikhuatiri menghakis akidah umat Islam.
Justeru, langkah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan ini seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas tanpa tertumpu kepada aspek senaman semata-mata.
Hal ini juga dijelaskan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin bahawa amalan fizikal seperti senaman dalam yoga tanpa unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Bagaimanapun, beliau masih tidak menggalakkan amalan seumpama itu kerana khuatir boleh memberi kesan negatif terhadap akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu pada peringkat tinggi.
Sebagai Muslim, kita tidak seharusnya menganggap bahawa isu pengharaman yoga satu noktah bagi segala aktiviti senaman umat Islam. Masih ada banyak lagi senaman yang diiktiraf secara saintifik dan memberi kesan yang positif terhadap kesihatan.
Misalnya, pada 2004 seorang penyelidik Amerika Syarikat, Slentz membuat kajian mengenai kesan jumlah senaman terhadap berat badan, komposisi badan dan ukur lilit badan. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa semakin banyak aktiviti senaman dilakukan semakin banyak jisim lemak dapat disingkirkan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa secara umumnya, amalan senaman dapat mengekalkan gaya hidup sihat agar terhindar daripada pelbagai penyakit kronik yang mengerikan.
Jika melihat amalan solat dari perspektif kajian saintifik, kombinasi amalan solat dan berpuasa mampu memberikan impak yang setara dengan amalan senaman dan berdiet terhadap kesihatan.
Hasil kajian ini dibuktikan kumpulan penyelidik daripada Universiti Malaya. Mereka telah menjalankan kajian bagi solat fardu dan tarawih terhadap komposisi badan manusia dengan membuat pemerhatian dan analisis terhadap lima tabiat yang dikenali sebagai Tabiat Lazim Sempurna iaitu: amalan solat fardu lima waktu; tahap pemahaman bacaan di dalam solat; cara menunaikan ibadah solat (berjemaah atau bersendiri); kedudukan tulang belakang ketika rukuk; dan keadaan jari kaki ketika sujud, tahiyyat awal dan akhir (sama ada dibengkokkan atau tidak).
Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa amalan bersolat lima waktu secara sempurna dapat meningkatkan ketahanan badan serta menghindarkan risiko penyakit jantung dan kolesterol. Fikiran dan emosi juga akan menjadi lebih tenang apabila individu yang bersolat memahami maksud al-Quran dan zikir.
Bagi solat secara berjemaah, kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa tahap kecergasan mereka meningkat disebabkan berlakunya keseimbangan cas di dalam badan. Amalan rukuk pula telah dibuktikan boleh menghindarkan penyakit tulang belakang dan didapati bahawa amalan membengkokkan kaki ketika sujud dan tahiyyat dapat mengurangkan kolesterol badan serta meningkatkan tisu otot.
Selain itu, amalan sujud yang dilakukan dalam solat juga akan menyebabkan kedudukan kepala berada lebih rendah dari jantung. Ini posisi yang sangat baik untuk mendapatkan kadar denyutan jantung yang sihat. Di samping itu, tarikan graviti akan menyebabkan lebih banyak darah mengalir ke otak untuk membekalkan oksigen yang mencukupi keperluan otak manusia.
Sesungguhnya, solat adalah anugerah teragung Allah kepada hambanya. Ia tiang agama mulia dan umat Islam wajib memartabatkan solat sebagai syiar kekuatan Islam. Kini terbukti secara saintifik bahawa solat amalan ideal umat Islam untuk mencapai gaya hidup sihat.
Dengan mengamalkan solat lima waktu secara sempurna, berusaha memahami makna bacaan dalam solat, mengamalkan solat secara berjemaah dan tertib, umat Islam akan mampu menjadi umat terbaik seperti diterangkan Allah SWT di dalam beberapa surah al-Quran.
MUHAMMAD IZZUDDIN SYAKIR ISHAK,
Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Pulau Pinang.
salam ..,
saya pun tak setuju dengan Dr. Maza untuk mengambil unsur yoga yang baik tanpa mentera dan sebagainya. Agak susah untuk memisahkan unsur senaman dari unsur lain dalam yoga.
Kalau anda perhatikan Wushu, kung fu, Tai chi juga senaman yang baik tetapi kebanyakan praktisnya dilakukan di dalam Tokong cina. Kini di ajar di luar tokong. Selain daripada senaman dan seni bela diri di dalam wushu ada juga unsur serupa mistik kekebalan. Namun pergerakannya tidak melambangkan dewa dewa mereka dan unsur ini masih boleh dipisahkan dari pergerakan senaman dan bela diri tersebut mungkin anda ada pendapat alain.
Tahniah kepada Saudara Hasbullah kerana memberikan info yg. baik utk.renungan umat Islam.Sememangnya solat banyak memberi kelebihan kerana tumpuan kita kepada yang satu dan tidak ke lain jika dapat bersolat dengan khusyuk.Inilah senaman yg. paling baik utk.diamalkan seperti berjalan di waktu Subuh ke Masjid,Solat sunat Tasbih dan macam2 lagi.Ini terbukti kerana seorang Imam di Masjid Nur Hidayah Kg. Pandan kini berumur 84 tahun iaitu Hj.Azhar Bin Itam mengamalkan ulang-alik dari rumahnya ke masjid sejauh 200 meter selama lebih 40 tahun, masih sihat dan mampu mengimami solat fardhu.Beliau tidak pernah mengeluh sakit sendi kerana amalan berjemaah setiap waktu dijaga dengan baik dan mampu mengerjakan solat Tarawikh 23 rakaat selama sebulan dengan baik.Itulah rahsia kesihatannya yang diceritakan kepada saya.
salam...
em, sebenarnya saya agak tertanya-tanya...
kenapa yek MFK bagi saya selalu mengeluarkan fatwa yg tidak mengikut 'aulawiyyat'...
seperti fatwa pengharaman pengkid, mengapa tidak kepada mak nyah atau bapuk?
bagi saya yg berleluasa di negara kita ini adalah mak nyah, sehingga selebriti yg berjiwa mak nyah di tv pun dipandang biasa sahaja...
berkenaan isu yoga pula, mengapa MFK tidak mengeluarkan fatwa mengenai amalan-amalan melayu yg lebih dekat dgn kita yg berunsurkan Hindu seperti tepung tawar, bersanding dan sebagainya...
bagi saya yoga ni adalah lebih terpencil jika hendak dibandingkan dgn amalan-amalan melayu yg lain...
Salam & selamat kembali saudara Super Bunny;
Fiqh awlawiyah juga perlu mengambil kira faktor yang telah sebati di dalam budaya tempatan. Amalan yang telah lama sebati perlu dikikis secara hikmah & bijaksana berdasarkan kaedah yg diajar di dalam Quran berkaitan perintah pengharaman minum arak iaitu berperingkat-peringkat supaya dengannya tidak menggugat kondisi umat & kekal keberkesanannya.
Dengan dakwah hikmah lagi bijaksana ulamak2 dahulu yang tidak terburu-buru & keras dalam menghukum larangan; maka mandi safar, bakar kemiyan dalam majlis & lenggang perut wanita bersalin contohnya sudah tidak lagi menjadi amalan masyarakat Melayu.
Dan saya yakin saranan anda itu ada dalam agenda MFK, Insyaallah.
Salam.
Syukur ke hadrat Allah di atas segala rahmanNya dan rahmatNya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahlul bait.
1. Ingin saya sampaikan tahniah di atas kemantapan hujah Al-Ustaz As-Sheikh Zamihan Al-Ghari dalam membicarakan persoalan aqidah dan hukum-hakam.
2. Tahniah kepada Al-Ustaz kerana tetap yakin dan teguh mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah berprinsipkan Al-Quran dan As-Sunnah berasaskan mazhab-mazhab muktabar.
3. Super Bunny yang memberi komen dalam topik ini seperti berada dalam keadaan keliru dan tidak memahami atau buat-buat tak faham masalah yang dibicarakan. Saya berpendapat, keadaan demikian disebabkan kekeliruan yg ditimbulkan oleh hasil karya Asri Zainal Abidin dan mungkin juga kerana mahukan penjelasan secara tepat dan mendalam daripada Al-Ustaz.
4. Sebagai umat Islam yang berada dalam jazirah Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk patuh kepada fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh jumhur ulama Malaysia. Ulama-ulama yang bekerjasama dalam mengeluarkan fatwa-fatwa merupakan golongan yang pakar dalam hukum-hakam agama Islam.
5. Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung. Kiranya, umat Islam yang menetap di Malaysia mesti akur dengan hukum-hakam yang telah dicapai dalam musyawarah ulama.
6. Terima kasih.
Saya hairanlah, dalam Islam sendiri, ada ibadat solat yang mana lebih baik daripada yoga.
Yang orang kita buat yoga apa hal pulak, sedangkan dalam agama kita sendiri benda tu lebih baik daripada yoga (malah dapat pahala lagi tu, bukan setakat meningkatkan kesihatan)?
Ermm... mujurlah saya sendiri tidak berminat dengan yoga...
Saya berpendapat memang wajarlah yoga diharamkan kepada orang Islam kerana ia menyerupai tindakan orang kafir.
Post a Comment