SINOPSIS :
KLASIFIKASI WAHHABIY :
Ketahuilah bahawa Fahaman Wahhabiy kini terbahagi kepada tiga kelompok utama : Golongan Wahhabiy Muqallid, Wahhabiy Sederhana dan Wahhabiy Ekstrem (Ghuluw). Kelompok Wahhabiy Muqallid dan Sederhana hanya mencetuskan beberapa permasalahan biasa sahaja. Kebanyakkannya bersifat feqhiyyah. Tapi, kadang2 menjalar kepada masalah akidah. Walaupun Wahhabiy ni kategori biasa @ sederhana, namun.. Wahhabiy tetap dari latarbelakang sejarah yang satu.
Di sudut yang lain, terdapat kelompok Wahhabiy Ekstrem. Atau dengan istilah lain dikenali dengan Wahhabiy TOTOK. Kelompok ini dikesan memberi masalah besar kepada umat Islam sedunia. Samada dari sudut akidah, syariah, akhlak, perpaduan ummat (sosial), politik dan keselamatan negara.
WAHHABIY M'SIA :
Gejala ekstremis Wahhabiy di Malaysia bermula 1930an lagi. Di zaman penjajah mereka mengetahkan fahaman baru ala 'modernisme' agama menurut tafsiran Muhammad Abdul Wahhab. Kemudiannya obor Wahhabiy ditiupkan pula oleh Muhammad Abduh, Jamaluddin Afghani, Rasyid Ridha dan lain-lain di timur tengah. Penuntut agama yang terkesan dengan 'revolusi' ini pula cuba menerapkan perjuangan yang sama di Tanah Melayu waktu itu. Muncullah watak2 'reformis agama' seperti Syekh Syed al-Hadi, Us Abu Bakar Asya'ri (Perlis) Ibrahim 'Aqidi (P Pinang) Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki, Zaaba DLL.
Perjuangan mereka dilihat berbeza dengan fahaman arus perdana kerana cuba mengetengahkan metodologi baru. Akhirnya menerbitkan pendapat yang pelik2 seperti tupai, biawak, labi2 boleh dimakan, dibolehkan 'bercina-buta'. Mempraktikkan nusus mutasyabihat secara zahir. Kononya, itulah mazhab al-Salaf @ akidah al-Salaf. Akhirnya, mereka dikenali sebagai golongan Kaum Muda. Nak tahu kenapa mereka ini dipuji oleh Dr Asri dlm Mingguan Utusan 11 Mei lalu. Sebabnya mereka satu metodologi.
WAHHABIY KINI :
Kini, gelombang ekstrem Wahhabiy kembali lagi. Berselindung di sebalik NGO Islam, Ajensi Agama dan parti politik. Mereka mendakwa hanya mereka satu-satunya golongan yang memperjuangkan Islam @Sunnah yang sebenar. Menjenamakan diri mereka sebagai 'Salafiyyah" (pengikut kpd golongan Salaf = generasi awal umat Islam). Selain itu, mereka turut memperaga beberapa nama : Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah, Tajdid Agama, Modernisme Agama, Salafi DLL. Kalau Salafi sebenar eloklah. Tapi, Hakikatnya, mereka memperjuangkan tafsiran Agama menurut metodologi Muhammad Abdul Wahhab sahaja. Justeru, walau apapun jenama, mereka tetap Wahhabiy. Kalau Wahhabiy biasa, tak kisah sangat. Tetapi, mereka memperjuangkan metodologi Wahhabiy yang ekstrem. Berikut merupakan sebahagian metodologi Wahhabiy ekstrem :
1) Fanatik kepada Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abd Wahhab, al-Albaani DLL
2) Membid'ah, mensyirik @ mengkafir umat Islam dengan masalah furuk
3) Memecahkan Tauhid kepada 3 bahagian
4) Memvisualisasikan Allah dgn Nusus Mutasyabihat secara zahir
5) Menolak pendekatan Mazhab Muktabar
6) Mentajrih ulamak yang tidak sealiran
7) Beranggapan hanya mereka sahaja yang benar
8) Mentahrif khazanah ulamak
9) Menghapus sumber dan nilai sejarah umat Islam
10) Melahirkan ekstremis (al-Qaedah, Taleban, JI Dll)
Jika anda mempunyai ciri di atas. Sah..anda salah seorang Wahhabiy TOTOK. Sedarlah, anda berada di tahap kritikal dan memerlukan rawatan kecemasan. Tetapi, jika ciri di atas sedikitpun tidak berkaitan dengan anda...bertenanglah..kita semua dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seseorang tidak perlu mengkafirkan seseorang yang lain selagi ia terdiri dari ahli Qiblat. Kecuali Mujassim dan sesiapa yg ingkar ilmu juz'iyyat. Demikian keterangan Imam al-Syafi'ie di dalam al-Asybah Wa al-Nazha'ir hlm 441 juz 2, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, 2005.
Sebenarnya, ketika kemunculan Wahhabiy dan sebelum gerakan ini mendapat kuasa politik dan pemerintahan Jazirah Arab, para ulamak tampil dengan pelbagai fatwa terhadapnya. Antaranya : Ibn 'Abidin, Imam al-Showi al-Maliki, Syed Ahmad Zaini Dahlan, Imam Ibn Humaid al-Hanbali DLL telah memfatwakan Gerakan Wahhabiy sebagai golongan Khawarij. Nantikan...paparan kami dari kitab-kitab mereka secara eksklusif.
Malahan, jika tuan-puan menelusuri fatwa negeri Johor, Dato Syed Alawi al-Haddad telah memfatwakan Fahaman Wahhabiy juga sebagai fahaman Khawarij. Fatwa ini senada dengan apa yang diungkapkan oleh Syeikh Abdullah Fahim (Datuk kpd PM) dalam muqaddimah Kitab Senjata Syariah yg ditulis oleh Abu Qaniah dan Abu Zahidah. Dan ramai lagi ulamak melayu yang tampil memperjelaskan kedudukan Wahhabiy.Namun, bila gerakan Wahhabiy mendapat kuasa politik dan pemerintahan, kelihatan tidak ramai ulamak & negara yang berani membuka mulut.
REALITI :
Justeru, apabila seorang Menteri diasak bertubi2 berkaitan fahaman Wahhabiy, maka itulah jawapannya. Jawapan yang mengambil kira faktor politik tempatan, politik antarabangsa, perpaduan melayu Muslim, mengelak tanggapan negatif non Muslim DLL. Bahkan saya amat bersetuju dengan jawapan YB Menteri bahawa..kita memerlukan forum yang lain bagi membicarakan tentang fahaman ini secara mendalam.
Kesimpulannya, secara umum, golongan Wahhabiy terbahagi kepada 3 golongan. Selagi mana mereka mengamalkan Rukun2 Islam/Iman mereka masih layak bergelar Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi jika fahaman dan pegangan mereka melampaui batasan syarak (ghuluw) dan aktif dengan teori takfir Umat Islam, secara automatik..mereka tidak layak di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka terus melancarkan provokasi kepada siapa sahaja yang mengkritik mereka. Tengoklah kandungan Majalah I bulan ni. Terbaru, kononnya Syeikh Abdullah Harari mengkafirkan Imam Hassan al-Banna dan Syed Hassan al-Saqqaf mengkafirkan Muawiyah r.a. Sebenarnya, kedua-dua Syeikh berkenaan berlepas diri dari tohmahan mereka. Itu sebenarnya sebahagian dari seni fitnah Wahhabiy Ghuluw. Wallahua'lam.
4 comments:
1) Fanatik kepada Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abd Wahhab, al-Albaani DLL
2) Membid'ah, mensyirik @ mengkafir umat Islam dengan masalah furuk
3) Memecahkan Tauhid kepada 3 bahagian
4) Memvisualisasikan Allah dgn Nusus Mutasyabihat secara zahir
5) Menolak pendekatan Mazhab Muktabar
6) Mentajrih ulamak yang tidak sealiran
7) Beranggapan hanya mereka sahaja yang benar
8) Mentahrif khazanah ulamak
9) Menghapus sumber dan nilai sejarah umat Islam
10) Melahirkan ekstremis (al-Qaedah, Taleban, JI Dll)
Assalamualaikum.. buat smua pembaca sekalian..
terus. . sy di sini juga bukanlah suka kpd ekstremis wahabiy ini,bhkan menentang mereka..
cuma, ciri2 yg dikelaskn oleh ust ini, jika tidak keberatan,dari mana sumber ini sbnarnya?
kerana secara kasarnya, sy melihat sesuatu yg bukan hnya berlaku di dlm kes wahabiy, ttp juga di pihak lain,
mohon pnjlasan utk :
no2 , bukn wahabiy shj, syiah pun bgitu,bahkan lebih teruk, nauzubillah.
no3, tauhid kpd 3 bhgian,adkh itu uluhiyah,rububiah dan sifat? jika inilah yg dikatakn olh ust, dimanakh silapnya?krna ramai mngetahu akan perkara ini..
no4, sy kira ini kes mujassimah?jd adkah hnya wahabi satu2nya golongn yg mentajsimknNya?
no5 n 7, adkh hnya puak wahabi shj yg menolak mazhab muktabar dn beranggapan hnya mereka shj bnar?apakh mnolak sesuatu hukum dari mereka yg tidak ma'sum spt Rasulullah sallallahu alaihi wasalam ini dikira wahabi dgn mudah walau mungkin dalil menolak mazhb itu tidak serajih mazhab muktabar tersbut?
no9,sbg cth di Turki juga pernh berlaku perkara sbgini, adakh itu kesan dari ajaran wahabi?
no10, benarkah ulamak wahabi melahirkn mereka2 ini? sohihkah ia?
mohon penjelasan . .
maaf jika persoalan sy mngundang rasa tidak seng di pihak tuan,akan tetapi sekali lagi sy jelaskan,
sy ANTI EKSTREMIS WAHABI!!
wallahu a'lam..
Syukran Tuan, ini adalah sebahagian dari Metodologi PELAMPAU WAHHABIY. Nantikan pembuktian eksklusif, sumber dan huraian demi huraian dari kami.Lgpun, ini sebahagian dari Tesis PHD ana di UKM. Nantikan.Syukran
ada satu kisah, seorang pemuda, meninggalkan bumi arab lalu hijrah ke afghan pada usia 17. berperang ia dgn kafr russia. kemudian hijrah lagi ke Chechnya hinggalah ke akhir hayatnya, berusia 37...menggalas senjata menentang musuh islam. Mullah2 dr taliban menggelarkannya Al-Khattab. agaknya apa pula gelaran bagi ana yg masih tercari2 siapa yg benar siapa yang salah.....
Post a Comment