Monday, May 12, 2008

TARBIYAH DARUL SUNNAH?



Semenjak dua menjak ni, kita disajikan dengan pelbagai kes yang menyayat hati. Terbaru, kes Hatib Leman, seorang buruh kasar diseret oleh 20 sekumpulan penduduk ketika menonton Televisyen bersama isteri dan anak-anak di rumahnya di Kuala Perlis. Kononnya, beliau dituduh mengintai anak dara jiran dan cuba mencabulnya. Lalu beliau dibelasah bertubi-tubi didepan mata isterinya. Isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul ketika cuba mempertahankan suaminya itu. Hamba Allah yang malang itu akhirnya mati syahid.


Tragisnya, tindakan ganas yang dilakukan atas sangkaan semata-mata terbongkar apabila anak dara (yang diintai) tampil mengesahkan bahawa mereka tersilap orang. Manakala isteri mangsa memberitahu bahawa suaminya berada bersama beliau dan anak-anak sewaktu kejadian pengintaian itu. Jika benar sekalipun, seseorang yang mengintai @ cuba mencabul tidak sepatutnya dikenakan hukuman mati mandatori. Demikian, penjelasan yang boleh difahami secara umum menurut perspektif Al-Qur'an dan al-Sunnah.


Fenomena ini menyerlahkan kepada kita beberapa pengajaran :

1) Manusia yang bertindak sedemikian sudah tidak lagi berpedoman kepada al-Kitab Wa al-Sunnah. Sebaliknya menurut sangkaan hawa nafsu yang kejam. Situasi ini memperlihatkan kepada kita bahawa Darul Sunnah tak 'matching' dengan rakyatnya. Ni, baru kes pukul. Tak campur lagi kes dadah, penyeludupan beras, curi motor, rempit, gangster, peras ugut, rompakan DLL. Dalam konteks Semenanjung, Saya kira, Kelantan lebih mengaplikasi Sunnah berbanding Perlis.


2) Undang-undang sekular yang sedia ada sudah tidak diyakini lagi. Disebabkan itu, manusia suka mengambil undang-undang rimba sebagai jalan penyelesaian. Akhirnya, insan yang tidak bersalah menjadi mangsa. Allyarham Hatib sudah 'selamat' kembali. Tetapi bagaimana dengan nasib isterinya dan 5 orang anak yang masih kecil. Tentu zalim kan? Siapa yang zalim itu? Kerajaan @ rakyatnya? Atau kedua-duanya sekali.


3) Tindakan ini juga membuktikan kepada kita bahawa Kerajaan Darul Sunnah gagal mentarbiyah rakyatnya secara bersepadu dan menyeluruh. Sebab itulah, mereka mudah bertindak secara 'cowboy' dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


Nasihat saya buat Mufti Perlis, islahkan dahulu hamba rakyatmu. Didiklah mereka dengan rukun Islam, Iman dan Ihsan. Bawakan mereka kepangkal jalan. Biarlah mereka hidup dengan benar-benar mengenal Tuhan Sekalian Alam. Tak payahlah Tuan Mufti 'menyibuk-nyibuk' dengan urusan persekutuan, masjid Cina, Faizal Tahir, Sunnah Wahhabiy, menyerang peribadi tertentu...renunglah pada bidang tugas Mufti. Mufti sepatutnya membimbing dan mentarbiyah masyarakat. Bukannya meragukan mereka dengan pelbagai permasalahan agama. Atau menjadi jaguh secara SS ( syok sendiri). Dimana tajdid yang dilaungkan? Fikirkanlah.


1 comment:

Ibnu Muslim said...

Betul tu Sheikh Zamihan; patutnya Tuan Mufti tu fokuskan masalah negeri dia je la. Yang dok kacau satu Malaysia wat pa...Negeri sendiri pun tak terjaga.

Visit Bil.