Monday, January 21, 2008

FATWA MUFTI JOHOR TERHADAP WAHHABI






Zamihan Al-Ghari


Saya bawakan petikan di atas dengan beberapa tafsiran untuk mudah difahami :

Yang Berhormat, Dato' Syed Alwi bin Tahir Al-Hadad SS Mufti Johor ( 1934 – 1941 ) ( 1947 – 1961) ketika ditanya tentang Fahaman Kaum Muda (Wahhabi) memfatwakan Golongan Kaum Muda sebagai:-

1) Golongan yang tidak cukup mengerti ajaran Islam

2) Cuba mengintegrasikan Islam dengan Agama Kristian, Yahudi dan Majusi
3) Mereka melancarkan provokasi kepada Imam-Imam Mazhab 4
4) Mereka mendakwa mengetahui al-Qur’an dan al-Hadis
5) Membangkang Ijmak Ulamak

6) Memecahbelah perpaduan umat Islam sbgamana yg disukai musuh2 Islam

7) Mereka mendakwa harus menyentuh al-Qur’an tanpa berwudhu’ dan jika berhadas besar sekalipun

8) Menganggap arak dan lemak babi adalah suci

9) Menyentuh kemaluan tidak membatalkan wuduk dan sah bersolat tanpa mengulangi wudhuk DLL

Sebahagian dari petanda jangkitan virus Wahhabi ialah :

1) Memberi tumpuan kepada perkara kecil (furuk) spt : wirid, talqin, tahlil dsb

2) Mereka tidak menghiraukan perkara yang besar spt : dosa besar, zina, riba, was2 pd Allah..

3) Mereka berseteru dan merekacipta masalah feqah yg tiada perselisihan padanya

4) Menghukum bid’ah-sesat-haram-neraka bagi golongan yang tidak sependapat dgn mereka.

5) Golongan Kaum Muda (Wahhabi) berlagak seperti Khawarij

6) Meneruskan tradisi Ahli Bid’ah yang bertentangan dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah

Golongan Kaum Muda (Wahhabi) ini bertentangan dengan sikap Para Sahabat Nabi SAW, Tabi’in dan Imam-Imam mazhab. Ini kerana mereka berlapang dada dalam masalah furuk. Dan mereka bersepakat dalam masalah usul agama. Serta tidak segan silu menghukum orang lain (yg berlainan pendapat dgn mereka) sebagai sesat, bid’ah dan masuk neraka…”

Sila rujuk FATWA MUFTI KERAJAAN JOHOR, YANG BERHORMAT SS DATO' SYED ALWI BIN TAHIR AL-HADAD MUFTI JOHOR ( 1934 – 1941 ) ( 1947 – 1961)

1 comment:

e-micro said...

Arak dan lemak babi absolutely haram!

Visit Bil.