Tuesday, July 27, 2010

DIKECAM WAHHABIY SINGAPURA

Senarai pembentang kertas kerja Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah Singapura pada 6-7 Febuari lalu.
Zamihan: Benar ustaz Singapura ‘kecam’ saya, tapi tak saman Oleh G. Manimaran June 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin mengakui kertas kerjanya mengenai fahaman wahabi dan ekstremisme di Singapura awal tahun ini mencetuskan rasa tidak senang pada diri seorang ustaz republik itu, yang bukunya telah diharamkan kerajaan Malaysia. Bagaimanapun Zamihan, pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia itu berkata, beliau tidak disaman oleh ustaz berkenaan yang juga Pengarah Fiqh Consultancy & Services, Abdul Rahman Mohamed sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.
"Tak ada, tak ada... ceritanya begini. Saya dijemput oleh Persatuan Pembangunan Insan dan Akhlak dari Singapura untuk membentangkan kertas kerja mengenai ancaman pemikiran ektremis di rantau nusantara.


"Saya membentang dan mengatakan bahawa penyumbang kepada kegiatan ektremis di rantau Singapura dan rantau Asia Tenggara ini (salah satu darinya) ialah (amalan) wahabi, lihat Al-Qaeda wahabi, JI wahabi, KMM wahabi... (mereka mendakwa) orang lain tak betul, orang lain tak Islamik, orang lain tak sunnah, mereka sahaja yang sunah, mereka hendak menekankan p(pemikiran agama) ikut acuan mereka sendiri," kata Zamihan pada satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di Bandar Baru Bangi semalam.


Zamihan menjelaskan, beliau menerima beberapa mesej dari emel berkumpulan yang mempertikaikan pembentangannya di Singapura dengan pelbagai kritikan. Kata beliau, antara yang mengkritiknya ialah Abdul Rahman sendiri, yang merupakan penulis buku berjudul "Pelik Tapi Benar" yang telah diharamkan oleh Malaysia. "Bila saya berada di Singapura saya mempampangkan buku itu... (saya memberitahu bahawa) ini buku yang mencetuskan elemen ekstremis dalam ibadat. Sebab itu ia diharamkan oleh kerajaan Malaysia. "Bila saya tunjukkan buku ini, saya dituduh, dia (Abdul Rahman) marah saya, menuduh saya mengkafirkan orang dan saya ektremis, saya mengganggu gugat keselamatan Singapura. "Dia hantar emel saya tak balas dan selepas lima enam emel, saya balas dengan saya menjawab saya membentangkan soal-soal yang berkaitan dengan ekstremis.


"(Saya kata) buku kamu diharamkan kerana mengandungi elemen ekstremis. Kamu tak setuju bahagian mana, maklum dan kita boleh bincang bila-bila masa, di Malaysia atau di Singapura," kata beliau dengan menambah Abdul Rahman tidak menjawab emel berkenaan. "Saya emel tetapi tak jawab. Dia tak balas, itu sahaja. "Kemudian dia kata dia tak berpuas hati dan mahu saman penganjur yang menjemput saya menyampaikan ceramah.


"Penganjur itu pun dia dakwa saya ceramah dengan mengkafirkan dia, mengkafirkan pihak wahabi dan mengancam keselamatan Singapura," kata Zamihan dengan mendakwa, beliau hanya bercakap dalam konteks kenegaraan. Zamihan berkata, Abdul Rahman tidak boleh menyamannya dan jika mahu beliau boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia.
"Saya cakap atas proses undang-undnag. Kalau buku anda diharamkan (Kerajaan Malaysia) bermakna buku anda ada masalah. "Kalau dia hendak saman, saman kerajaan atau penganjur, dan kalau mahu saman saya, hanya sebagai defendan yang ketiga," katanya lagi.
Berita Harian Singapura edisi 11 Jun lalu melaporkan bahawa Abdul Rahman telah mengemukakan saman fitnah jenayah ke atas 10 individu yang memimpin Persatuan Pembangunan Insan dan Akhlak.


Abdul Rahman, 52, dipetik berkata beliau memfailkan saman itu pada 14 April lalu.
Beliau mengemukakan saman itu antaranya ke atas Presiden persatuan itu Tengku Mohamad Fouzy Mahit Jumat; Naib presidennya Aspar Anwar; Setiausaha Noormah Abdul Wahab dan Bendahari Mustafa Ismail. Pertikaian Abdul Rahman dengan kepimpinan persatuan itu berpunca daripada kenyataan yang menurut beliau berunsur fitnah oleh Zamihan semasa badan itu mengadakan seminar bertemakan Mengukuh Pegangan Jalan Yang Selamat di Masjid Sultan 6 dan 7 Feb lalu. Abdul Rahman mendakwa Zamihan telah mencemar nama baiknya dengan menyatakan beliau "mencetuskan pemikiran ekstrem" menerusi bukunya, Pelik Tapi Benar yang diterbitkan Julai 2005.


"Memandangkan fitnah terhadap saya ini telah dibuat menggunakan suatu platform yang mengaitkan tidak secara langsung nama beberapa institusi berwibawa, maka ia mempunyai kesan serius terhadap nama baik saya."Saya rasa sangat perlu mengambil tindakan sedemikian, setelah segala saluran penyelesaian yang lain tidak membuahkan hasil. "Tujuan saya agar masalah ini dapat dijadikan pelajaran pada masa akan datang, bahawa (adalah penting) menjaga hubungan baik dengan saling menghormati dan tidak mengambil pendekatan mencemuh dan mengeji kefahaman orang lain (apatah lagi) antara sesama Muslim," katanya.

Ulasan :


1) Dengan nama Allah, al-Akh Us Abd Rahman Mohamed pernah menulis dalam beberapa email yang ditujukan kepada asatizah Singapura bahawa beliau tidak berpuashati dengan Seminar Ahli Sunnah di atas. Terutamanya terhadap Us Zamihan yang memaparkan pengharamannya bukunya "Pelik Tapi Benar Dlm solat" oleh Kerajaan Malaysia. Email beliau masih ada dengan saya. Jika perlu boleh dipaparkan. Insya Allah.


2) Dalam syarahan saya, saya tidak menuduhnya kafir, musyrik, ahli bid'ah, sesat @ pengganas.Tetapi lontaran pemikiran menerusi bukunya itu didapati mengandungi elemen ekstremis. Jika tidak, mengapa buku berkenaan diharamkan Kerajaan Malaysia? Rakaman syarahan berkenaan ada ditangan saya. Semua pihak boleh menganalisa. Termasuk SB Singapura yang turut mendengar syarahan saya. Saya tidak mengaitkan beliau isu takfir, tasyrik atau tabdi' sama sekali. Sebaliknya, saya mempunyai bukti dari beliau yang mendakwa saya syiah, seminar takfir, sufi yang sesat dan memecahbelah umat Islam Singapura. Naah, sekarang..siapa sebenarnya yang mencemuh siapa? Saya ingin tegaskan kepada semua.. Jika anda bukan dari rumpun Wahhabiy mengapa harus kepanasan bila saya mengkritik 'fahaman Wahhabiy'?Maaflah tuan-puan, saya bukan Ustaz yang hanya kerja cari makan. Sebaliknya, saya akan terus berjuang untuk menentang mana-mana fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana samada Wahhabiy, Syiah, Islam Liberal, HizbutTahrir, Arqam atau mana2 ajaran sesat sekalipun terpaksa berkorban nyawa.


3) Semenjak selesai Seminar dulu hingga sekarang, Us ARM tidak pernah menunjukkan minat untuk menyelesaikan kes berkenaan. Sebaliknya seorang dua individu yang mungkin pengikutnya ada menelefon saya memaki dan mencerca tanpa memberitahu tujuannya menelefon saya. Malah saya sendiri pernah menghantar email dalam asatizah group singapura supaya diadakan debat terbuka antara saya dengan beliau dan diadili oleh SS Mufti Singapura. Tetapi sampai sekarang masih tiada jawapan. Oleh itu, jika ada mana-mana pihak yang ingin mengatur diskusi @ muzakarah terbuka di Singapura, saya bersedia dalam masa 24 jam. Hubungi saya : Zamihan bin Mat Zin : 012 246 5518 atau emailkan : zamihan@islam.gov.my utk urusan rasmi.


4) Buat pengetahuan semua, al-Akh Us Abd Rahman Mohamed pernah memfailkan saman sebanyak dua kali ke mahkamah Singapura untuk memproses samannya kepada beberapa sahabat saya di atas. Tetapi sampai sekarang tiada jawapan dari mahkamah. Ini menunjukkan kes yang difailnya tidak cukup kuat untuk dibawa ke pengadilan. Saya menyepi sebelum ini bukan beerti takut. Tetapi ingin melihat setakat mana tindakan yang boleh dilakukan oleh golongan ini. Kebanyakkan speaker menyampaikan mesej syarahan yang sama, tetapi mengapa hanya saya menjadi sasaranya. Pun begitu, tiada kesedihan dan dukacita bagi saya. Saya yakin dengan perjuangan Akidatu Tanzih.

Wednesday, July 21, 2010

WAHHABIY TAKFIR

Bukti Eksklusif Wahhabiy mengkafirkan Ulamak & Umat Islam


Ada sesetengah kita yang masih mendakwa isu fahaman Wahhabiy ni furuk je. Apa nak bising-bising. Mereka masih ragu-ragu dengan elemen takfir yang terdapat pemikiran Wahhabiy. Kini kami bawakan secara live kepada anda bahawa kami menentang fahaman Wahhabiy disebabkan golongan ini memiliki hobi untuk mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang tidak sependapat dengan mereka. Seterusnya menghalalkan darah umat Islam dan melakukan pembunuhan kejam. Berikut merupakan bukti Takfir eksklusif dari Kitab Muhammad Abdul Wahhab sendiri sebagai pengasas Gerakan Wahhabiy. Kasihanilah umat ini, katakan tidak pada Wahhabiy.

Sunday, July 18, 2010

PATUHI FATWA KEBANGSAAN

Fatwa muktamad tentang ESQ


Isu ESQ bukanlah isu terbesar @ paling besar. Sebaliknya ia merujuk kepada kandungan pemikiran dan pelaksanaan modul latihan pembangunan insan untuk meningkatkan karekteristik seseorang. Jika di ILIM, ia mirip kepada Kursus Bina Insan @ Kursus Bina Taqwa untuk pegawai Kerajaan, Institusi mahupun sekolah. Pelaksanaan kursus berteraskan latihan Islam amat diperlukan memandangkan sebelum ini kita banyak menikmati modul latihan berasaskan hindu, kristian, sekular, liberal @ orientalis samada bercorakkan hiburan, semangat kendiri, berpasukan mahupun politik kenegaraan.
Usaha ESQ 165 untuk mewujudkan suasana latihan berteraskan Islam memang layak dipuji. Malangnya, atas sedikit kesilapan, kekurangan dan berbeza tafsiran ia dilihat sesetengah pihak sebagai boleh membawa penyelewengan akidah. Walhal keputusan dikalangan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada masa tu belum muktamad. Di samping itu, ulasan sesetengah agamawan lebih banyak mengundang keraguan berbanding pencerahan.Bahkan lebih merancukan keadaan.
Bagi saya, terdapat beberapa elemen yang memerlukan dasar penelitian mendalam terhadap ESQ :
1) Kajian terhadap ESQ perlulah berdasarkan kepada kajian keperpustakaan (tekstual), kajian lapangan, temubual dan soalselidik. Semua ini penting bagi menjustifikasikan dapat kajian yang berwibawa dan komprehensif.
2) Istilah yang digunakan seperti : Suara Hati (inner self), God Spot (akal mencari Tuhan), kemerdekaan berfikir dan lain-lain memerlukan huraian dari penutur dan kefahaman alumninya. Aspek ini penting supaya ada kesinambungan antara lafaz, penggunaan istilah dan tingkat kefahaman alumni. jika istilah ini dinilai secara tekstual sahaja nescaya ia mengundang pelbagai tafsiran sekaligus membuahkan natijah yang berbeza.
3) Jika benar ada perubahan terhadap modul latihan ESQ ia menunjukkan pihak ESQ bersikap optimis dengan semua teguran. Bahkan berusaha untuk menambahbaik nilai persembahan dari semasa ke semasa agar selari dgn tuntutan syarak. Jarang2 didapati syarikat berorientasikan pembangunan latihan menerima pakai khidmat Panel Penasihat Syarikat dlm soal ini. Hatta jika orang bukan Islam, sesat @ murtad sekalipun...jika mereka datang kepada anda untuk menerima teguran dan nasihat maka adalah anda tetap melabel seseorang itu sebagai kafir, sesat @ murtad. Fikirkanlah.
4) Kita memerlukan penyeragaman fatwa dan seorang Mufti Besar Malaysia bagi memantapkan pengurusan Hal Ehwal Islam di negara kita. Selain berperanan menasihati Kabinet, Mufti Negara juga bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal teras pengurusan Islam termasuk memperkasakan pengurusan fatwa. Ia bukan sekadar mensistematik pengurusan tetapi turut melonjakkan malaysia sebagai sebuah negara umat Islam yang lebih mampan. Tanpa Jabatan Mufti Negara, kita akan melihat satu demi satu percanggahan fatwa terus berlaku tanpa penyelesaian dan membinggungkan awam.
5) Saya sendiri cenderung kepada keputusan Majlis Fatwa sebagai keputusan yang lebih cermat dan berhati-hati dari kalangan majoriti ulamak di negara ini. Malahan pandangan juga turut mengambil kira pandangan sejagat seperti Majlis Ulamak Islam Indonesia (MUI), Nahdatul Ulamak (NU) dan Muhammadiyyah. Jika ada suara minoriti yang menghukumnya sesat, maka ia hanya pandangan yang syadz yang tidak boleh diterima pakai sama sekali. Ingatlah bahawa umat Nabi SAW tidak berhimpun di atas kesesatan.
6) Majlis JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan telah bersidang sebanyak 7X berkaitan pelaksanaan Latihan Kepimpinan ESQ 165. Saya kira persidangan ini sudah matang dan sempurna. Dan tidak lagi berhajat kepada sebarang hujjah untuk mengkontradiksi keputusan yang dikeluarkan. Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar bertenang dan mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi isu ini. Wa syukran.

LAPORAN POLIS

LAPORAN POLIS
BERKAITAN KEBOCORAN MAKLUMAT SULIT KESELAMATAN DAN FITNAH

Saya Zamihan bin Mat Zin dengan ini melaporkan bahawa saya telah dijemput oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan rekomendasi dari pihak PDRM Bukit Aman untuk menyampaikan satu taklimat sulit Keselamatan yang bertajuk LATARBELAKANG FAHAMAN EKSTREMIS WAHHABIY DAN PENYEBARANNYA DI IPT pada hari Isnin 21 Jun 2010, jam 9:30 mlm bertempat di Hotel Pan Pacific, KLIA.

Taklimat keselamatan ini dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi dan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Bahagian Counter Terrorisme PDRM dan Naib Canselor IPTA seluruh Negara, beberapa Ahli Majlis Profesor Negara, pegawai Kanan Polis serta Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi. Kira-kira 130 yang hadir pada taklimat berkenaan.

Taklimat Isu keselamatan pertama disampaikan oleh SAC II, Tuan Ayob Khan Pitchay Mydin dari Bukit Aman. Manakala saya dijemput menyampaikan taklimat kedua. Kedua-duanya mengandungi rahsia keselamatan Negara berhubung dengan aktiviti Jamaah Islamiah dan pengrekrutan di IPT. Keesokan harinya didapati berlaku kebocoran maklumat sulit berkenaan kepada beberapa media seperti MalaysiaKini (LINGKARAN DR ASRI, WAHHABIY, JI oleh Abdul Rahim Sabri, Jimadie Shah Othman dan Regina) dan Artikel : DR ASRI, MUFTI : MENGAPA KERAJAAN BN BOHONG oleh Jimadie Shah Othman pada 23 Jun 2006 dan lain-lain.Utusan Malaysia, Jumaat 25hb Jun (KERAJAAN NAFI 4 TOKOH TERLIBAT JI- ditulis Nizam Yatim), Berita Harian 24 dan 25 Jun, Sinar Harian 24hb Jun (Muka Depan). Akhirnya isu ini dibicarakan secara terbuka hingga ke saat ini.

Selain itu, beberapa kenyataan yang dipaparkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah di dalam akhbar mengandungi beberapa fitnah ke atas saya dengan dakwaan kononya saya mengaitkan beberapa tokoh politik dan agama, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dengan aktiviti keganasan JI. Sedangkan saya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika menyampaikan taklimat sulit di atas.

Saya merasakan kenyataan Saifuddin Abdullah dan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab berunsur fitnah dan tidak benar serta berniat menjatuhkan kreadibiliti saya. Ini adalah satu bentuk penganiayaan bagi saya. Justeru, saya membuat laporan ini untuk melindungi keselamatan diri saya dan menyelamatkan dari fitnah yang disebarkan.

Sekian, Wassalam


Thursday, July 1, 2010

Sultan Johor Tolak Pelampau 'Wahabi' Pecah Belah Perpaduan Umat




Perkukuh akidah Ahli Sunah Wal Jamaah - Sultan Johor (klik UTUSAN)

NUSAJAYA 1 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru umat Islam memperkukuhkan akidah dan amalan hidup berdasarkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Sultan Ibrahim menegaskan, ini kerana pegangan berkenaan sumber kekuatan bagi umat Islam berhadapan apa juga suasana dan cabaran.

"Kita perlu peka terhadap ancaman yang boleh membawa kepada perpecahan dan perselisihan antara ummah di negeri Johor ini.

"Seperti fahaman tidak mengamalkan doa qunut, talkin, wirid dan berdoa bersama-sama selepas solat berjemaah serta membaca Yasin pada malam Jumaat, ternyata mampu menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika perasmian pembukaan penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Sultan Ibrahim berkata, usaha memperkukuh dan menjelaskan tentang fahaman yang boleh menjejaskan perpaduan ummah dari segi akidah, ibadah dan akhlak perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak berkuasa terutama polis, Bahagian Keselamatan Negara, pejabat daerah, Imigresen dan agensi penguat kuasa supaya membendung penularan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah," tegasnya.

BERITA HARIAN

Tuesday, June 29, 2010

Isu Wahabi: Jakim pertahan Zamihan, tak kisah ‘protes’ tokoh tertentu





BeritaTerkini (kilik)

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakan agensi agama kebangsaan itu termasuk pegawai kanannya dari Institut Latihan Islam Malaysia dalam isu kontroversi berkaitan amalan wahabi dan kemunculan kumpulan ekstremis Jemaah Islamiah (JI).

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan, agensi itu hanya menjalankan tugas sebagaimana diminta kerajaan demi memastikan ajaran Islam tidak terancam manakala kepentingan setiap kaum dan keharmonian negara dipelihara.

“Jakim hendak memastikan negara kita harmoni, melakukan apa sahaja yang boleh membawa ketidakharmonian, kita ambil langkah supaya jangan sampai ada yang menyemarakkan ajaran sesat dan melampau,” kata beliau.

Wan Mohamad juga berkata, meskipun tindakan pihaknya kadangkala dilihat tidak popular tetapi tidak akan tunduk sehingga ada “pihak mengambil kesempatan mahu menghidupkan aktiviti pelampau.”

“Kami tidak akan membiarkan walaupun tindakan kami (dilihat) tidak popular, walaupun orang tidak suka, tugas kami ialah menjaga keharmonian.

“Walaupun satu atau 100 orang tokoh tidak suka dengan tindakan kami, pada Jakim itu tidak penting.

“... yang penting ialah negara kita ini aman, bila negara aman kita boleh amalkan agama kita dengan baik, beramal dengan baik tidak kira Islam atau bukan Islam,” kata beliau mengulas perkembangan isu semasa berkaitan amalan wahabi dan kaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa isu semasa ini timbul kerana masalah peribadi antara Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin dengan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Wan Mohamad berkata, “itu tanggapan pihak-pihak tertentu.”

“Dia (Zamihan) seorang pegawai kerajaan, pihak yang mengundang beliau (untuk memberi taklimat) adalah agensi keselamatan... itu amalan biasa. Kita perlu bekerjasama dengan agensi-agensi lain.

“Dia pegawai kanan, dia ada pengalaman dalam program pemulihan tahanan (khususnya tahanan ISA),” kata Wan Mohamad.

Oleh itu jelas beliau, sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan Zamihan, Jakim merasakan perbezaan itu boleh dibincang secara profesional dan ilmiah.

“Negara kita membolehkan setiap orang bebas berfikir, bebas memberi pandangan... kita tidak boleh kata jangan tidak bersetuju, terima pandangan,” kata beliau sambil menambah, Jakim sentiasa mengadakan pertemuan dengan semua pihak.

Ketika ditanya sama ada empat tokoh agama dan politik berkenaan ada kaitan dengan kumpulan JI sebagaimana didakwa ada dinamakan pada taklimat Isnin lalu, Wan Mohamad berkata, Jakim tidak pernah menuduh mereka.

“Bukan kami untuk menentukan tetapi agensi keselamatan yang menentukan,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui jika benar mereka terlibat dalam kaitan dengan kumpulan pengganas atau pelampau sudah tentu telah lama ditahan oleh pihak berkuasa.

“... dan (sudah tentu) mereka tidak boleh berada dalam kerajaan negeri, tidak boleh menjadi pemimpin di Parlimen...,” jelas beliau.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider Khamis lalu, Zamihan berkata, beliau tiada masalah peribadi dengan Asri sebaliknya mengakui wujud “pergolakan pemikiran” sehingga banyak pihak yang melihatnya sebagai serangan terhadap tokoh agama itu.

Pada masa yang sama, Zamihan juga mempertikaikan tindakan Timbalan Menteri Pengajian Datuk Saifuddin Abdullah dalam mengendalikan isu semasa berkaitan fahaman wahabi dan kumpulan pengganas JI sebagai tidak profesional.

Malah Zamihan memberitahu, beliau tidak mengaitkan Asri dengan fahaman wahabi dan melontarkan pemikiran keras semata-mata untuk mencantas bekas mufti Perlis itu daripada arus perdana Islam negara ini.

Zamihan menjadi tumpuan isu kontroversi dikaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu Asri, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Ketika membuat penjelasan di Dewan Rakyat Khamis lalu Saifuddin menegaskan, polis tidak pernah mengaitkan empat tokoh di negara ini sebagai kumpulan pengganas.

“Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat ini mempunyai masalah dengan bekas mufti Perlis. Jadi bagaimana boleh dikatakan masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara,” katanya.

Sunday, June 27, 2010

Wahhabi Bukan Militan Tetapi Esktrim ?

Alhamdulillah, segala pujian hanya Bagi Allah semata-mata. KepadaNyalah kita bergantung harap dan belas ehsan.

Kali ini al faqir ingin mengajak pencinta kebenaran untuk berfikir dan mengkaji.

Terdapat pendapat menyatakan fahaman Wahhabi tidak boleh dikaitkan dengan pengganas. Tetapi apabila melihat kepada hukum Ahli Bid'ah Sesat dan Ahli Neraka serta hukuman Syirik Kafir sebagaimana yang telah didedahkan di dalam blog ini (untuk pencari kebenaran silalah layari). Nyatalah.. fahaman Wahhabi boleh membawa pemikiran dan tindakan yang ekstrim bukan sahaja kepada sesama manusia yang tidak bersalah malahan kepada Umat Islam yang lain.

Bukankah tindakan menghukum umat Islam sebagai KAFIR, Syirik juga adalah tindakan ekstrim dan pelampau ? Lihat sahaja kemunculan blog-blog yang menulis fatwa dari ulamak wahhabi menghukum SESAT kepada ulamak-ulamak Islam antaranya yang terkena hukum ini adalah Dr Yusof al Qardhawi, Dr Muhammad al Ghazali, golongan Asya'iroh, Ikhwanul Muslimin, Jemaah tablighiyyah.

Sila klik bukti yang telah didedahkan di bawah :



Di dalam facebook ada sedikit pendedahan bagaimana seorang individu yang pro Wahhabi telah menghukum seorang tokoh agama sebagai Ulamak Sihir :



Dan jangan pelik, individu ini jugalah yang mempertahankan Wahhabi. Mengapa ya ?






Di bawah ini pula adalah tulisan blogger dari Malaysia yang disiarkan kepada orang awam (seluruh dunia pun dapat membacanya) bahawa Selawat Syifa' adalah SYIRIK.

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

Dan ada pula yang mengatakan mengamalkan selawat syifa' hukumnya adalah BERCANGGAH DENGAN PRISIP-PRINSIP AQIDAH.


Selawat ini diamalkan oleh Ulamak dan Umat Islam di Malaysia. Adakah majoriti umat islam di Malaysia Kafir dan Musyrik ? Hujjah dan jawapannya sudah dijawab di sini :


Masalah Dr Asri

Masalah Dr Asri bukan sahaja dengan saya, bahkan juga dengan Umat Islam dan Mufti-mufti di Malaysia, Lihat sendiri tulisan berbentuk hasutan dan memfitnah mufti ini :


Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza:


Sudahkah beliau meminta maaf kepada mufti-mufti di Malaysia ? Padahal dari tulisan inilah timbulnya perasaan merendah-rendahkan kewibawaan Mufti sebagai tempat rujukan di Malaysia ini.

Mufti Perak juga menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh Dr Asri sebelum ini:



Bukankah selama ini negara kita hidup dalam keadaan harmoni dan tiada permusuhan. Mengapa dengan adanya gerakan TAJDID, BAHTERA PERUBAHAN, hanya menghilangkan KESATUAN dan PERPADUAN Umat Islam ?

Wahai pemimpin-pemimpinku... tidakkah kita sedari perkara ini ?

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo