Tuesday, December 23, 2008

FAHAMAN TAJSIM MODERN




Kita perlu berhati-hati dengan sikap sesetengah penulis yang cuba mengetengahkan pemikiran Tajsim ke dalam masyarakat. Di peringkat permulaan penulisan, sememangnya mereka membicarakan isu agama berbentuk umum. Namun, apabila sudah mendapat nama dan menjadi terkenal, mereka mula mengorak langkah untuk menyampaikan fikrah akidah yang berbentuk Tajsim pula. Iaitu dengan membicarakan nas-nas mutsyabihaat yang menunjukkan Allah SWT zahirnya menyerupai makhluk. Mereka menerimapakai ketentuan zahir itu tanpa sebarang pertimbangan dengan nas-nas atau melalui kaedah bahasa arab yang sepatutnya. Atau tidak merujuk ulamak muktabar. Mereka juga mendakwa nas-nas mutasyabihhat (ayat @ hadith) yang memaksudkan erti yang zahir perlu diimplementasi secara zahir juga walaupun zahirnya nas berkenaan menujukkan Allah bersifat seperti makhluk. Seperti Allah berjisim, beranggota, duduk di atas Arasy dan lain-lain. Mereka mendakwa inilah sebahagian dari sifat Khabariyyah.

Lihatlah dengan mata hati yang suci terhadap apa yang diutarakan oleh Dr Aidh Abdullah al-Qarnie dari Arab Saudi yang popular dgn bukunya : Jangan Bersedih dalam hal ini. Buku asal diterjemahkan di Indonesia. Tetapi menyusup masuk ke negara kita dengan judul baru. Khulasahnya, walau judul baru boleh diterima tetapi isinya pula satu kelainan dari akidah Islam. Bukankah ini seni tajsim yang halus untuk merosakkan akidah umat ini.

Jika tuan/puan membuat kajian terhadap kepercayaan yahudi, kristian atau hindu sememangnya mereka percaya bahawa Tuhan mereka duduk diatas langit (Arasy), ada muka, tangan, kaki, telapak tangan, telapak kaki, betis, paha, kepala, mulut, bibir DLL. Subhanallah dari apa yang mereka sifatkan.

Soalnya, apakah intisari akidah yang diutarakan penulis diatas adalah akidah SalafusSoleh. Ternyata, tidak sama sekali. Sebenarnya, akidah Para Nabi A.S , para sahabat, tabi-ien dan para ulamak jelas merupakan akidah tanzih. Ia jelas berbeza dgn doktrin Yahudi, kristian mahupun hindu. Justeru, para ulamak muktabar sudah melarang kita dari bertindak memvisuallisasikan Allah dgn zahir nusus mutasyabihaat. Buktinya, Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim, hlm 19 juz 3, Cet Dar Ihya Thurath al-Arabiy, Bayrut mengatakan : "Sesungguhnya Maha Suci Allah daripada berjisim, berpindah, mengambil ruang @ bertempat. Ini kerana Maha Suci Allah dari menyerupai makhluk."

Imam al-Bajuri di dalam Tuhfatul Murid Syarh Jaurah Tauhid hlm 98 menjelaskan : "Adalah menjadi pegangan Ahl Sunnah dari kalangan Salaf dan Khalaf bersepakata bahawa wajib mentakwil nusus mutasyabihaat yang zahir bagi menjauhkan Allah dari maksud nusus zahir tersebut. Kaedah ini disepakti oleh Ahli Haq dan lain-lain. Maka sebaiknya bagi kita ialah menggunakan pendekatan ulamak muktabar ketika berinteraksi dengan nusus mutasyabihaat agar kita tidak terlibat dengan budaya mentajsimkan Allah mengikut tafsiran bebas tanpa ilmu. Hindarkan diri anada dari pemikiran Tajsim modern. Allah yahdina ila sawa' al-Sabiil. Barakallahu fikum.

Sunday, December 21, 2008

TAHDZIR AKIDAH TAJSIM

AKIDAH TAJSIM ialah satu fahaman akidah yang mempercayai bahawa Allah SWT memiliki anggota badan dan bersifat sebagaimana keterangan ayat mutasyabihaat yang zahir. Tetapi dlm masa yang sama mereka menafikan Allah dari menyerupai makhluk. Mereka tidak mengaku mentajsimkan Allah (mengkhayalkan Allah). Bahkan mereka mendakwa inilah akidah Salafusoleh @ Ahli Sunnah Wal Jamaah. Padahal ia adalah manifestasi Akidah Tajsim yang setara dengan akidah yahudi, Hindu dan Kristian. Tetapi cuba dimplementasikan ke dalam Islam. Prinsip ini kemudiannya dipopularkan oleh sebahagian dari pendakwah Wahhabiy ghuluw. Apapun, sila ikuti penjelasan Ibn al-Jauzi al-Hambali (bukan Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah) dalam hal ini :


Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali (w597H) mengatakan : “Aku melihat golongan dari mazhabku membicarakan tentang usuluddin secara tidak benar. Mereka diwakili oleh 3 orang tokoh : Abu Abdullah al-Hassan bin Hamid bin Ali al-Baghdadi, rakannya Qadhi Abu Ya’la Muhammad Bin Hussain al-Farra al-Hanbali dan Abu Hassan Ali bin Ubaidillah bin Nasr al-Zaghuni (w527). (Biografi ketiga tokoh ini ditahkik oleh Imam al-Muhaddith al-Kautsari dlm ualasan beliau terhadap kitab Imam Ibn al-Jauzi ini)
Imam Ibn al-Jauzi berkata lagi : "Mereka menulis kita yang membicarakan (pendapat) mazhab. Dan aku telah melihat mereka turun ke martabat awam. Lalu memperlakukan Sifat Allah mengikut apa yang mampu dirasa oleh panca indera (iaitu mengkhayalkan Allah dengan sifat-sifat makhluk). Lalu kedengaranlah mereka melaungkan : "Allah SWT mencipta Adam atas gambaranNya. Mereka menetapkan bagi Allah ada muka sbg sesuatu yang menumpang di Dzat). Bagi Allah ada dua mata, dua bibir, dua gigi geraham, wajah yang bercahaya, dua tangan, dua telapak tangan, jari jemari, ibu jari, dada, dua paha, dua betis dan dua kaki.”

Sesetengah mereka mengatakan : “Kami tak mendengar Allah mempunyai kepala.” Sesetengah mereka pula berkata : “Harus bagi Allah menyentuh dan disentuh dan mendekatkan DzatNya kepada hambaNya. Sesetengah mereka pula mendakwa : “Allah itu bernafas. Kemudian mereka (Ahli Tajsim al-Hambali) mendekati masyarakat awam dengan mengatakan : “Ia (sifat-sifat Allah itu) bukan sebagaimana yang kamu bayangkan.”

Padahal zahir ucapan diatas adalah sesuatu yang diketahui. Zahir ucapan ini adalah dari anggotan anak adam. Dan sesuatu itu boleh ditanggung atas hakikatnya jika memungkinkan. (Ini adalah sesuatu yang tidak memungkinkan) Kemudian mereka menyempitkan diri dengan pemikiran Tasybih (menyerupai Allah dengan makhluk) Dan menafikan dari menyandarkan Allah dengan sifat2 yang sedemikian. Lalu mereka berkata : “Kami adalah Ahli Sunnah. Sedangkan ucapan mereka secara jelas adalah Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Dan segelintir masyarakat ada yang terpengaruh dengan mereka.”

Aku telah menasihati pendakwah dan pengikut mereka : “Wahai ashab al-Hanbaliyyah, kamu adalah golongan penukil Hadis Nabi SAW. Imam kamu adalah Imam Ahmad Bin Hanbal yang mengatakan : “bagaimana kamu memperkatakan sesuatu yang aku tidak memperkatakannya.”


Imam Ibn al-Jauzi berkata lagi : "Jagalah diri kamu dari melakukan bid’ah yang bukan dari asas mazhab ini (Hambali). Kamu bicarakan hadis (al-Sifat) dan ditanggungkan hadis berkenaan secara zahirnya. Sedangkan zahir lafaz kaki itu adalah anggota. Ini kerana jika golongan Kristian mendakwa Isa adalah Ruhullah, mereka percaya bahawa Allah SWT itu bersifat dengan roh yang menjelma di dalam tubuh Maryam. Jika sesiapa yang mendakwa : "Allah bersemayam dengan DzatNya maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah sesuatu yang terkesan dengan pancaindera. Dan sewajarnya sesuatu yang zahir itu tidak ditetapkan (sebagaimana) menurut penjelasan akal yang sihat.” - Imam Ibn al-jauzi al-Hambali, Daf'u Syubah al-Tasybih, edit : Syeikh Hassan bin Ali al-Saqqaf, 1991, Cet Pertama, Dar Imam al-Nawawi : Jordan, hlm 97-102.


Wednesday, December 17, 2008

PROTAZ PROMOSI BABI


Fahaman ekstrem Wahhabiy tanahair semakin ketara apabila salah seorang dari pendakwah yang mendakwa dirinya bermanhaj Salafi begitu mudah memberikan fatwa berkaitan dengan kepenggunaan barangan dari babi. Buktinya, di dalam emailnya, ketika menjawab soalan dari forumer berkaitan babi, beliau menukilkan kata-kata seperti berikut :


"Ya , saya ada guna produk khinzir..." Kemudian Juruterbang Salafi ini berkata lagi : "..saya tak tahu betul atau tidak. Kalau betul tak mengapa." Seterusnya, beliau berkata lagi : "Demikian juga saya pernah makan menggunakan pinggan Noritake Bone White. Orang kata ia dibuat dari tulang khinzir...."



Ulasan :


1) Melalui keterangan diatas jelas kepada kita bahawa protaz yang mendakwa dirinya bermanhaj Salafi ini rupaya tidak tahu (jahil) hukum hakam agama berkaitan dengan najasah. Ketahuilah bahawa Babi dan anjing merupakan najis mughallazah (najis berat). Rujuklah kitab-kitab Feqah muktabar.


2) Beliau bukan sekadar tidak mengetahui status najasah berkenaan. Tetapi beliau turut jahil dengan kulit babi dan pinggan Noritake Bone White berkenaan. Jika kita mengikut paparan JAKIM anda akan jawapan seperti berikut :


KEMUSYKILANNYA: Adakah pinggan mangkuk bone china ini tergolong sebagai najis memandangkan bahan buatannya mungkin daripada habu tulang babi dan habu haiwan yang tidak disembelihkan. Adalah menjadi mustahil untuk samakkan pinggan mangkuk ini..


Jawapan : Panel berpendapat adalah lebih baik tidak membeli dan menggunakan pinggan atau mangkuk dan barangan yang diperbuat daripada bahan-bahan tersebut kerana jelas diperbuat daripada tulang babi atau tulang binatang yang tidak disembelih.. Status : Selesai - Paparan Web. . Nombor Rujukan : PANEL SJAI 220807 Tarikh Selesai : 22/08/2007 11:46 AM


Kesimpulannya, seorang protaz yang jahil perlu bertanya untuk menyelesaiakan urusan agama yang berkaitan dengan dirinya. Keadaan ini lebih baik bagi beliau dari terus mengeluarkan fatawa yang mengelirukan tentang kepenggunaannya sendiri. Apatah lagi sewenang-wenangnya menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Saya bukan hendak menuduh, tetapi menghalal apa yang diharamkan Allah yang boleh diketahui secara ma'lum min al-din bid dharurat. Ia tidak boleh dijahili oleh sesiapapun. Kejahilan kpd perkara asas ini tidak dimaafkan syarak.


3) Paling malang terhadap protaz ini ialah dengan kejahilannya dia ingin menetapkan hukum. Hal ini terbukti dengan katanya : "Kalu betul, tak mengapa." Perkataan ini secara dilalah nasnya menerbitkan hukum. Hukum yang diterbitkan dari istilah 'tak mengapa' adalah harus. Ertinya menggunapakai kulit babi dan pinggan mangkuk yang diperbuat dari tulang babi @ binatang tidak disembelih adalah harus mengikut pendapatnya. Masya Allah. Bukankah tulang binatang yang tidak disembelih @ ain khinzir itu diharamkan secara ijmak utk diambil manfaatnya.


4) Kesan dari 'keharusan' pada produk babi ini juga menjustifikasikan kpd kita bahawa beliau secara selamba mengaku terlibat dengan kepenggunaan yang haram. Bahkan turut mempromosi kepenggunaan sedemikian dalam emailnya itu. Masya Allah. Inikah metod perjuangan Salafi yang dilaungkan. Bukankah anda sebelum ini bertugas sebagai juru terbang yang membawa pramugari yang bertelanjang dan arak ke serata dunia. Apakah dunia ini masih belum menginsafkan anda? Sepatutnya, anda sedar akan kesalahan ini. Kembalilah kepangkuan Allah dengan bertaubat serta mentahzirkan ummat ini dari terlibat.


5) Cuba saudara cari ayat-ayat al-Qur'an @ hadis, atsar mahupun amalan Salafus Soleh yang mengharuskan kita mengambil manfaat dari ain babi. Jika tiada, ternyata saudara sebenarnya bukan memperjuangkan prinsip salafi. Sebaliknya cuba mengelirukan ummat ini dengan jenama Salafi kerana saudara secara terang-terangan mengharuskan penggunaan ain babi. Sekaligus mempromosi sesuatu ketentuan yang bertentangan dengan Islam. Dan cuba melarikan ummat ini dari aperaturan jelas agamanya. Oleh itu, Saya kira, saudara masih tidak cukup syarat dari seorang juruterbang ingin menjadi Ustaz. Dan saudara tidak pula bermetod salafi sebenar dalam hal ini. Para pembaca pula perlu menjauhi pandangan ekstrem sebegini kerana ia bertentangan dengan prinsip kebenaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.


6) Saya sudah lama ingin bertemu secara langsung bagi membicarakan beberapa pertuduhan saudara ke atas saya. Jika saudara berkesempatan, hubungilah saya untuk kita berbincang dalam kes-kes yang saudara anggap saya sebagai syiah yang sesat, menyeleweng, wahhabiy dan sebagainya. Hubungi : Zamihan al-Ghari : 012 2465518.

Wednesday, December 3, 2008

BAHAYA FIKRAH TAKFIR!


Bekas Mufti Perlis, Dr MAZA di dalam artikel Bicara Mufti yang disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 9/9/2007 pernah menulis :


"Dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil dari hilangnya identiti diri iaitu akidah yang murni yang menjadi asas tamadun umat, maka hilanglah tamadun kita yang pernah dibina. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal. Lihat sahaja apa yang wujud di Indonesia, Mesir dan Morocco dan seumpama mereka. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman, mereka juga ketinggalan Islam yang tulen. Kepercayaan kepada tangkal-mangkal, bomoh, tahyul, khurafat wali-wali dan seumpamanya menguasai sebahagian masyarakat umat ini. Walaupun mereka mendakwa diri mereka Muslim, namun benteng akidah telah pun mereka hancurkan." rujukan : my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0909&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive



Ulasan :


1) Jika anda mengamati tulisan ini secara teliti anda akan dapati satu kenyataan berbahaya dari beliau dengan katanya: "Bahkan sebahagian dari masyarakat Islam hidup dalam kesyirikkan dan khurafat yang tebal (samada) di Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman. Mereka juga ketinggalan Islam yang tulen." Dalam kenyataan ini, Dr Maza secara jelas mengklasifikasikan 'sebahagian' dari umat Islam di negara berkenaan hidup dlm keadaan syirik dan khurafat yang tebal. Secara tidak langsung, beliau mengkafirkan umat Islam yang dimaksudkan. Jika tuan/puan menghitung bilangan umat Islam dari negara berkenaan. Entah berapa juta umat Islam yang dikafirkan oleh Mufti Glamour ini atas tuduhan mengamalkan syirik dan khurafat yang tebal. Pendek kata, mudahnya kita hendak mengeluarkan umat ini dari keislaman mereka. Wana'u zubillah.



2) Benarkah 'sebahagian' umat Islam di Indonesia, Mesir dan Morocco berada dlm keadaan syirik dan khurafat yang tebal dan menghancurkan 'benteng' akidah mereka. Atau dek kerana mereka tidak semetodologi memahami agama sebagaimana metodologi permikiran yang diperjuangkan Dr MAZA dan kroninya.? Saya kira, jika pembaca ingin mengkaji tuduhan ini Dr Asri, saudara pembaca boleh mendapatkan data-data yang berkaitan dari kedutaan negara berkenaan. Jika tuduhan ini disampaikan kepada kedutaan Indonesia, Mesir atau Morocco..agak berpeluh juga Wisma Putra nak menjawabnya. Dan dikhuatiri Dr MAZA sendiri boleh didakwa atas kenyataan 'takfirnya' itu.



3) Walau menulis MA dan PHD dalam bidang hadis, mantan Mufti Perlis tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam di bidang akidah. Namun begitu, beliau agak 'galak' menulis dalam pelbagai bidang. Silakanlah. Tetapi beliau nampaknya tidak berhati-hati dalam soal ini. Malahan begitu selesa menulis dan menuduh sebahagian besar umat Islam berada dalam keadaan syirik dan khurafat yang tebal. Sebenarnya, jika kita menelusuri sejarah teknik seperti ini adalah lahir dari metodologi Khawarij. Dan diakhir zaman ia diwarisi pula oleh golongan Wahhabiy Ekstrem.



4) Sememangnya, unsur pencemaran dan penyelewengan akidah itu ada di negara umat Islam dan masyarakatnya. Tetapi peratusan agak sedikit dan peranan pembendungannya dimainkan oleh pemerintah di bawah agensi agama. Merekalah yang bertanggungjawab membasminya.Tidak semestinya jika ada perbuatan syirik, khurafat, sesat DLL dlm masyarakat ..ia terus diletakkan keatas 'sebahagian' umat Islam pd sesebuah negara berkenaan. Sebagai contoh : Kemunculan ajaran sesat di Malaysia spt Ajaran Amad Laksamana, Ayah Pin, Hj Kahar, Mariam Nabi Palsu...tidak bermaksud 'sebahagian' rakyat Msia berada dlm kesesatan. Sebabnya kalimah sebahagian itu memaksudkan jumlah bilangan yang ramai. Bayangkan ia sebahagian dari 26 juta rakyat Muslimnya 60%. Berapa juta pula bilangan Muslim yang hendak dituduh sebagai sesat dan khurafat? Bukankah ini satu kenyataan yang amat ekstrem.


5) Jika anda sedar bahawa DR MAZA berasalah dalam tuduhan takfir umat Islam ini, anda sewajibnya tidak berpegang kepada pendapatnya yang batil ini. Kerana jika anda masih fanatik dgn pendapat ini.. beerti ..anda juga setuju dengan pentakfiran yang dipromosinya. Na'u zubillah min zalik.


6) Saya juga seorang yang menentang perkara bid'ah dholalah, syirik, khurafat dan sesat. Dan bukan untuk menotali kempen Dr MAZA 100%. Tetapi paparan ini menuntut kita supaya bersikap teliti dalam mengeluarkan kenyataan berhubung perkara syirik, bid'ah, sesat, khurafat DSB. Kerana ia berkait rapat dengan penentuan akidah umat Islam. Dikhuatiri, anada menganggapnya sebagai malan syirik beradasarkan metodologi anda. Tetapi tidak dianggap sedemikian pada pandangan ulamak @ pemerintah yang lain. Maka berhati-hatilah saudara.Bukankah sikap berhati-hati itu lebih baik, lebih warak dan lebih bertaqwa. Wallahu'alam.

Wednesday, November 26, 2008

JGN PUTARBELIT FATWA

Yoga tanpa mentera Halal?


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru. Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan.



Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan. Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu kerana ia adalah berkaitan dengan masyarakat Islam semata-mata.“Apa yang saya fahami daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah untuk memberi penjelasan kepada umat Islam yang terlibat dalam senaman yoga,” katanya.



Abdullah berkata, beliau turut memahami bahawa keputusan untuk melaksanakan fatwa itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Pengumuman mengenai pengharaman yoga untuk umat Islam itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada Sabtu lepas. — Bernama



Ulasan :


1) Syukran Pak Lah atas nada tegas berkaitan bantahan sesetengah pihak terhadap keputusan MFK yang mengharamkan Yoga. Penegasan ini sekurang-kurang meredakan sedikit bahang bantahan lebih 50 NGO Liberal yang diketuai oleh Sisters In Islam dan Kroni-kroninya.



2) Tetapi Pak Lah juga masih keliru berkaitan senaman Yoga yg tidak menggunakan 'mantera'. Beliau mendakwa 'tidak diharamkan' kerana amalan berkenaan merupakan amalan fizikal yg membawa kebaikan untuk kesihatan pengamalnya. Bagi saya, kenyataan ini mendatangkan kekeliruan dan perlu dibincang secara ilmiah agar semua pihak jelas dengan sesuatu hukum berkaitan. Isu yoga bukan sekadar kebergantungan kpd mantera dan produk kesihatan, tetapi juzuk yang lain seperti latarbelakang amalan berkenaan, simbol, formasi kedudukan, meditasi, maksud asal dan tujuan lain perlu diambil kira. Saya dikhabarkan oleh seorang saudara dari India : para sami hindu yg mengamalkan yoga bertapa di dalam gua. Dan ulamak disana telah mentahzir umat Islam dari terlibat dgn Yoga. Manakala di Melbourne, terdapat sekumpulan aktivis yoga bertapa dgn melafazkan " Ooumm...Ooumm..oouumm.." Bukankah maksud hadis Nabi SAW berbunyi : "Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum (Bargsiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (kaum berkenaan). Hadis ini secara jelas mengambil kira semua aspek persamaan yang menjadi teras kpd fahaman dan amalan berkenaan. Bukannya persamaan secara kebetulan atau tiada pengetahuan tentangnya.



Illahnya ialah : jika umat Islam tidak membaca mentera sekalipun tidak semestinya Yoga itu halal. Walau ada maksud yoga iaitu tujuan kesihatan. Ini kerana pengamalan yoga telah sinonim dgn sejarah keagamaan hindu, pertapaan hindu, formasi tertentu dewa-dewi hindu dan matlamat kebersatuan dgn Tuhan (dlm doktrin hindu) sesekali tidak boleh diakui dan diamalkan oleh penganut Islam.


Justeru, kandungan mantera sahaja bukan menggambarkan indikasi keseluruhan yoga. Dan hukum pula tidak diambil secara juziyyah sahaja. Maknanya, mantera dan amalan kesihatan bukanlah alasan untuk menghalalkan yoga. Saya kira Pak Lah dan awam masyarakat terbabas dalam masalah ini. Mereka nampaknya lupa dgn kaedah : 'Matlamat tidak menghalalkan cara'. Serta cuba memahami Yoga melalui pendekatan Liberal. Asal rasional...ia dilihat baik. Ketahuilah, cara penistibatan hukum sebeginilah yang dikatakan Imam al-Syafi'ie : Manis tahsana faqad syarrak" (Barangsiapa yang menganggap baik sesuatu perkara (yang tidak jelas) dia sebenarnya telah meletakkan hukum syarak."
Selain itu, menghalalkan sesuatu yang jelas haram juga boleh dikatakan sebagai mubtadi' (pembuat bid'ah). Manakala amalan tersebut merupakan bid'ah dholalah (rekacipta yang sesat) kerana ia bukan dari Islam. Bahkan bertentangan dgn Islam. Oleh itu 'fatwa' Pak Lah tidak boleh dipakai sama sekali. Dan Umat Ini wajib menjauhi amalan yoga serta merta atas dasar iman dan taqwa. Semoga Allah menunjukkan kita ke jalan yang benar.


3) Islam sebuah agama yang lengkap dan sempurna. Ia menawarkan pelbagai produk utk kesihatan manusia samada dari sudut PQ, EQ, IQ dan SQ. Tetapi apabila manusia gagal memahami dan mengenali Islam dengan mata hati yang suci dan pendekatan yang baik. Maka pemahaman Islam mereka dicampuri dgn pelbagai unsur luar. Dan akhirnya terjebak dgn pelbagai amalan karut yang bertentangan dengan Islam itu sendiri dalam keadaan tidak sedar. Apabila sesuau hukum difatwakan mereka bangkit menentang Fatwa berkenaan. Tidak hairanlah, jika umat Islam sendiri yang cuba menentang ulamak & agensi Islam yang ingin memartabatkan Islam sbg ad-Deen. Allahu Allah.

Wednesday, November 19, 2008

AKIDAH TAKFIR!


Cover Depan Himpunan Karya 'Syeikh al-Islam Muhammad bin Abd Wahhab"

Kitab: MU'ALLAFAAT SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB.
CETAKAN: JAMI'AH UMMUL QURA MAKKAH AL-MUKARRAMAH.
BAHAGIAN KELIMA: AR-RASAIL ASY-SYAKHSIYYAH.
MUKASURAT: 186-187.


Jika anda masih ragu-ragu tentang ajaran Wahhabiy. Ikutilah paparan Akidah Takfir yang diambil dari karangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali sendiri. Yang lebih mesranya dikenali dengan dengan Anak Pak Wahhab atau sinonim dengan jenama 'Wahhabiy" oleh abangnya: Syeikh Sulaiman bin Abd Wahhab, SS Mantan Mufti al-Syafi'iyyah di Makkah : Syeikh al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Ulamak Ulung Mazhab al-Hambali : Imam Ibn 'Abidin dan ramai lagi dikalangan ulamak muktabar.


Istimewa untuk anda semua, kami bawakan : Teks berbunyi :


" DARIPADA MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB KEPADA ORANG ISLAM YANG SAMPAI KEPADANYA KITAB AKU INI : ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH...


"AKU MEMBERITAHU KEPADA KAMU SEMUA MENGENAI DIRIKU DAN DEMI ALLAH YANG TIADA TUHAN MELAINKAN DIA, BAHAWA SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENUNTUT ILMU DAN AKU PERCAYA BAHAWA ADA YANG MENGANGGAP AKU MEMPUNYAI ILMU MA'RIFAH TETAPI KETAHUILAH SESUNGGUHNYA AKU SEBENARNYA PADA WAKTU ITU TIDAK MENGETAHUI LANGSUNG MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH), DAN AKU TIDAK TAHU LANGSUNG MENGENAI AGAMA ISLAM SEBELUM INI BEGITU JUGA GURU-GURUKU TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN MEREKA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH)."

..."BARANGSIAPA YANG MENDAKWA KONONNYA ULAMA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) ATAUPUN MENDAKWA ULAMA ITU MENGETAHUI MAKNA ISLAM SEBELUM WAKTU INI ATAUPUN MENDAKWA ULAMA ANTARA MEREKA MENGETAHUI MAKNA LA ILAHA ILLALLAH MAKA SESUNGGUHNYA ORANG ITU TELAH MENIPU DAN BERDUSTA ".


Ulasan :

1) Kenyataan SMAW amat merbahaya kerana secarat terangan mengandungi doktrin Takfir ulamak dan umat Islam. Buktinya, beliau sendiri mengakui bahawa sebelum dari menuntut ilmu, dia sendiri tidak langsung mengetahui makna لا إله إلا الله Beliau juga memperakui bahawa beliau sebelum itu tidak mengetahui langsung hal-ehwal yang berhubung dengan agama Islam. Ketahuilah bahawa kenyataan ini bukan sekadar gambaran tauhid @ akidahnya...bahkan seakan menafikan kesahihan pegangannya sendiri.


2) Tidak cukup dengan menggambarkan perihal dirinya, beliau (SMAW) mendakwa bahawa Guru-gurunya juga tidak mengetahui langsung maksud لا إله الا الله . Sedangkan guru-gurunya seperti Syeikh Muhammad Hayat al-Sindi dan lain-lain merupakan barisan ulamak terkenal pada waktu itu. Dan tidak seorangpun yang mempertikaikannya kecuali dari kenyataan di atas.


3) Pada rangkap yang terakhir, beliau kembali mengulangi penegasan bahawa para ulamak tidak mengetahui makna syahadah @ makna Islam sebelum ini. Kenyataan ini menjustifikasikan bahawa zaman sebelum beliau (kecuali zaman al-Salaf al-Soleh) merupakan zaman syirik, bid'ah dan khurafat. Atas alasan golongan ulamak tidak mengetahui secara benar makna Islam dan tauhid. Na'uzubillah!


4) Kesimpulannya, berdasarkan kepada penegasan di atas, penafian SMAW bahawa ulamak @ umat ini tidak memahami Islam dan tauhid secara automatik mengklasifikasi mereka dibawah paras syirik dan keadaan sesat barat. Justeru, tidak hairanlah jika golongan ini menyemarakkan api perjuangan dengan motto : Membasmi syirik, bid'ah dan khurafat. Akhirnya, sanggup berperang sesama umat Islam melebihi 2oo tahun lamanya atas nama ' jihad fi sabilillah..."


5) Ini adalah salah satu bukti eksklusif tentang bahaya pemikiran Takfir dari pengasas fahaman/Gerakan Wahhabiy yang dimasyurkan dengan gelaran Syeikh al-Islam ini. Tidakkah itu semua adalah fitnah terhadap Islam, ulamak Islam dan umat Islam keseluruhannya. Justeru, Katakan tidak kepada fahaman pelampau Wahhabiy.

Thursday, November 13, 2008

PENGKID MELAMPAU..PDRM TERPUJI

Wanita nak jadi lelaki
Pengkid mencari mangsa

1) Tindakan dua NGO bukan Islam : KataGender dan Food-Not-Bombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan “pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki adalah satu kebiadaban dan melampau. Mereka bukan sekadar tidak menghormati Majlis Fatwa sebagai badan tertinggi Islam di negara ini, tetapi turut tidak menghormati Majlis Raja-raja yang menaungi majlis tersebut. Bahkan dalam masa yang sama 'menghina' para Mufti serta membangkitkan kemarahan umat Islam. Termasuk Tuan Blog yang fakir ini.

2) Lantaran itu, tidak hairanlah jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada kpd mereka agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pengkid. Tan Sri KPN berkata : “Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena “Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam. “Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati,” katanya. Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan. “Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya,” katanya.


Bagi saya.. memang benar. Kami benar-benar terasa bahawa kamu telah mencabar kewibawaan kami. Dan kami sekelumit pun tidak merelai Institusi Agama di negara ini diperkotak-katik dengan sewenang-wenangnya. Jangan cuba bermain api!


3) Kita khuatir sentimen PENGKID ini dicetuskan oleh golongan Islam Liberal atas dasar hak kesetaraan gender yang diperjuangkan mereka. Sebenarnya, aliran pemikiran Islam Liberal merupakan produk pemikiran kontemporari yang dicetuskan pemikir Yahudi dan dipopularkan di barat era 80-an lagi. Kemudiannya ia disebarluaskan muslim berpendidikan barat berdasarkan prinsip 'rational discouse', pluralisme, demokrasi beragama, perjuangan hak asasi manusia, feminisme, kesetaraan gender dan lain-lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka berani berpiket menentang fatwa kerana aspirasi perjuangan mereka adalah Liberalisme Agama. Seolah kata, nak jadi PENGKID, LESBIAN, GAY, GIGOLO..itu adalah hak asasi manusia. Sebagai muslim, sebenarnya mereka lupa hak asasi Allah SWT.


4) Kepada semua Pengkid : samada wanita nak jadi lelaki @ lelaki nak jadi wanita..sedarlah akan fitrah kamu. Jika kamu wanita..selamanya kamu tak mampu jadi lelaki. Begitu juga sebaliknya. Ini kerana bukan manusia yang cipta manusia. Tetapi pencipta manusia adalah Allah. Dia yang mendesign (merupa bentuk) kejadian kita dan mencetuskan kenafsuan dalam kehidupan. Justeru, tiada guna melawan arus fitrah. Akurlah, Pulanglah kepangkuan jalan. Binalah kehidupan dengan kenyataan. Jangan sesekali kamu membangkangi Allah dgn mencampakkan hidup ke lembah kebinasaan.


5) Isu ini sebenarnya bermula dari dasar liberalisasi pendidikan negara. Kurikulum tak seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Arus globalisasi songsang, budaya pemikiran import, budaya tak peduli agama, sikap pemimpin, sikap mak-bapak dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua terlibat. Dan sudah menjadi tradisi, bila terhantuk baru tengadah. Jika kita serius ingin mengatasi isu ini, kembalilah kepada Allah dalam semua perkara.


6) Malangnya, ada juga Mufti Glamour yang ponteng mesyuarat JawatanKuasa Fatwa, Tetapi begitu lantang mengkritik fatwa yang mengharamkan PENGKID. Beliau tanpa ilmu dan tanpa segan silu meminta MFK menyemak kembali fatwa tersebut atas alasan kemungkinan ada NGO @ pihak tertentu merasakan kewujudan pilih kasih pada fatwa tersebut. Rujuklah Utusan Msia m/s 12 segmen dlm negeri. Anda pasti bahawa permintaan Dr MAZA itu sendiri mencerminkan dirinya tidak mengetahui siapa pengkid, lelaki lembut ori atau lelaki lembut buatan (tiruan). namun secara keseluruhannya, komentar Dr Maza itu sendiri memberi kredit kepada pengkid,NGO Liberalisme Agama, kaum lesbian dan yg sekufu dgn mereka. Bila berbincang ... ponteng..bila difatwa dia pula yang bising. Tahniah Mufti Pengkid.


7) Perlu diingatkan : Jika anda terus mengecam Majlis Fatwa dan membela Pengkid, anda boleh di dakwa menurut Seksyen 12, di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Akta 559 atas kesalahan menyebar pendapat yg bertentangan dgn fatwa yg sedang berkuatkusa di Wilayah Persekutuan. Anda boleh di denda RM3000, dipenjarakan tidak lebih 2 tahun @ kedua-duanya sekali. Anda juga boloeh di dakwa menurut Seksyen 9 pada Akta yang sama. Paling bagus, mereka boleh ditangkap di bawah ISA atas dasar mencetuskan suasana ketidakharmonian dikalangan umat Islam.


Amat wajar jika pihak PDRM, JAKIM dan Jab Agama Islam Negeri mengadakan operasi pembasmian Pengkid secara besar-besaran seluruh negara secara berperingkat. Kebarangkalian mereka terlibat dgn dadah, pelacuran, seks rambang, lesbian, merempit dan lain-lain gejala sosial amat tinggi. Kepada ibu-bapa, sayangi. Mencegah lebih baik dari merawat. Jgn ragu-ragu utk menghubungi pihak berkuasa atas salah sikap keterlaluan anak anda. Kepada pengusaha media, berhentilah dari menayangkan slot tak berfaedah utk agama, bangsa dan negara. Ketahuilah bahawa sketsa hidup kita semua pasti akan ditayangkan oleh Allah SWT.


Walauapapun, insya Allah kami akan sentiasa memberi kerjasama kepada PDRM bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini dari terus memesongkan cara hidup umat Islam. Insya Allah. Takbir!

Tuesday, November 11, 2008

BILA USTAZ DITETAK...


IPOH: “Saya terus melarikan diri untuk menyelamatkan diri apabila seorang daripada perompak mahu menetak saya dengan parang,” kata Norazila Mohd Sufian, 30, juruwang stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini, yang disamun empat perompak, semalam. Katanya, dia tiba jam 6.45 pagi di tempat kerja kerana mahu mengeluarkan wang dipesan ibu di mesin juruwang automatik (ATM) selain menggantikan Mohd Khairuddin Mohamed Isa, 42, yang bekerja syif malam. Ketika sampai di situ, dia ternampak sebuah Proton Iswara dinaiki empat lelaki berhenti di sebuah pam minyak.



Namun, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mereka pelanggan biasa yang mengisi minyak.“Bagaimanapun, tiba-tiba dua daripada lelaki terbabit yang memakai topi keledar keluar dari kereta dan bersenjatakan parang masuk ke dalam kedai lalu menuju ke kaunter pembayaran.“Saya dengar Mohd Khairuddin yang mesra dengan panggilan ustaz menjerit kesakitan di belakang kaunter pembayaran akibat ditetak di kepala oleh dua lelaki terbabit sehingga berlumuran darah. “Saya yang terkejut dengan insiden itu tergamam seketika berdekatan mesin ATM dan tanpa diduga seorang daripada perompak terbabit datang ke arah saya,” katanya.



Akibat terlalu takut, Norazila berkata, dia segera berlari keluar untuk menyelamatkan diri sehingga kad ATM-nya ditelan mesin. Dalam kejadian jam 6.50 pagi semalam, Mohd Khairuddin yang juga seorang pembantu tadbir di Jabatan Agama Islam Perak, ditetak sehingga mati oleh perompak terbabit. Norazlina menyifatkan Mohd Khairuddin yang bekerja sambilan sebagai juruwang di stesen minyak itu seorang yang disenangi semua rakan kerana peramah dan berpekerti mulia. “Pemergian arwah meninggalkan kesan kepada semua pekerja kerana dia banyak membantu meringankan tugas kami selain tidak pernah merungut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
“Dalam kejadian itu, dua daripada empat perompak yang bersenjatakan parang menuju ke kaunter pembayaran lalu terus mengugut mangsa sebelum menetak kepalanya. “Mereka merampas wang tunai dianggarkan RM1,000 dan melarikan diri dengan sebuah Proton Iswara dipercayai menggunakan nombor plat palsu,” Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Polis sedang mengenal pasti identiti keempat-empat suspek terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Ulasan :


1) Perasaan saya ditutup bercampur-campur bila menatapi kisah yang menyayat hati ini. Apa tidaknya, apabila seorang ustaz yang terpaksa bekerja lebih masa utk menyara keluarga diperlakukan sedemikian rupa. Memang dasar penjahat yang tidak berhati perut sanggup melakukan apa sahaja.. asalkan hajat mereka tercapai. Marilah kita semua berdoa..agar banjingan keparat ini mampu diberkas dan dihadap kemuka pengadilan. Meskipun hukuman dunia dikenakan keatas kamu. Namun, tunggulah balasan akhirat akibat dari dosa membunuh manusia secara kejam. Confirm tempat di neraka jahannam.. jika warisnya tidak memberi pengampunan.



2) Saya juga terkesima kerana sampai sekarang tidak ada sebarang kenyataan yang membela Ustaz yang syahid di jalan Allah ini. Samada dari pihak Menteri Agama, JAKIM, Jab Agama Islam Perak ataupun dari Pejabat Mufti Perak sendiri. Jika seorang cina @ india mati.. ramai dikalangan pemimpin kita bersuara. Hatta dibawa isu berkenaan ke Parlimen. Namun, bila Ustaz meninggal.. isu Ustaz hanya sekadar picisan atau dilepas pandang sahaja. Masya Allah. Namun, sebagai seorang muslim saya terpanggil untuk membuat sedikit pembelaan terhadap kes ini.



3) Faktor yang menyebabkan Us Mohd Khairuddin bekerja secara part-time kerana pendapatannya tidak cukup utk menyara ahli keluarganya. Maklumlah, gaji bertaraf Pembantu Hal Ehwal Islam S 17 hanya berapa sen sahaja. Bahkan jika dihitung kira dgn pendapatan kontrak beliau.. saya rasa pendapatannya masih berada dlm lingkungan miskin tegar. Kenapa isu ini tidak dijadikan contoh oleh CEUPACS dan tidak juga dibela oleh Menteri Agama, KSN atau agamawan @ pemimpin melayu kononya gigih berjuang membela bangsa dan agama? Dlm kes ini, terbukti..apa sebenarnya yang dibela?



4) Jika tuan-puan perhatikan secara halus mengenai ganjaran dlm pelbagai bidang di negara kita. Ternyata, mereka yang bekerja di sektor agama tidak diberi hak samarata dgn skim lain. Contohnya tangga gaji antara sektor agama (skim S) jauh ketinggalan dengan sektor pengurusan (Skim M @ N). Contoh lain, Guru Mata pelajaran B. Inggeris, Maths dan Sains misalnya mendapat elaun lebih tinggi dari Guru Agama. Pada hal, kedua bidang ini memerlukan pengkhususan tersendiri. Tapi pengkhususan akademik dipandang. Manakala pengkhususan agama dianaktirikan. Begitu juga dgn apa yg berlaku kpd si mangsa. Ini sebagai satu contoh, jadikan ia sebagai pengajaran dan pembelaan kpd mereka yang bertugas di sektor agama. Jangan sampai..bila Ustaz ditetak...semua akalan mati katak.



5) Apabila bercakap soal pendapatan, imbuhan @ kenaikan.. bukan bermakna kita tergila-gilakan harta benda dunia. Akan tetapi, biarlah ganjaran mereka yang bekerja di sektor agama sama taraf dgn sektor yang lain. Saya kira mereka yang menjadi pemerintah bertanggungjawab dalam urusan ini pasti sengit untuk menjawab persoalan yang dilontarkan malaikat di dalam kubur nanti. Justeru, tak kiralah.. samada kamu Agung, Sultan, PM, Menteri Kabinet, peg kerajaan @ sektor swasta..jika kamu menikmati dunia dengan kezaliman.. kamu akan menikmati azab dengan penuh kesengsaraan. Sedarlah, bahawa Allah itu tidak memilih bulu, pangkat, darjat atau lambang kebesaran. Yang dipilih oleh Allah ialah keimanan dan ketaqwaan.



6) Apa sahaja penghargaan yang diberikan kepada keluarga mangsa sudah tidak bermakna lagi. Begitulah resam dunia : semasa hidup..kita menderita. Setelah terkoban nyawa..barulah jasamu dikenang jua. Namun, kasihanilah kpd isteri dan anak-anak mangsa yg masih tidak kenal erti dosa pahala ..terpaksa menangisi pemergian ayahnda tercinta. Apapun ya akhie..pengorbananmu membuat kami semua berasa bangga. Pergimu seorang..kami akan lahirkan sejuta mereka yang sanggup berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Selamat bersemadi wahai saudara. Kami hadiahkan ayat-ayat suci sebagai 'buah tangan' penebus jasa. Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah..al-Fatihah...

Sunday, November 2, 2008

FATWA YOGA! Lain mcamana?


Jakim buat kajian mendalam enam bulan


KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga Jumaat ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Katanya, fatwa itu dibuat selepas kajian mendalam dilakukan selama enam bulan mengenai perkara itu dan selepas tiga kali perkara itu dirujuk kepada panel Majlis Fatwa Kebangsaan.


Fatwa ini berkaitan akidah orang Islam yang mempraktikkan senaman itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemurnian Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam. Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh me-mesongkan akidah. Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.



Ulasan :


1) Jika Yoga diperkenalkan 3, 300 tahun dahulu.. kenapa ulamak dan umat Islam kita baru sekarang nak keluarkan fatwa?. Kesian berjuta umat Islam yang telah sebati mengamalkannya. Dikhuatiri fatwa yang lewat sukar mengikis sesuatu yang telah lama beradat. Apapun, jika difatwakan haram.. diharap semua pihak dapat mematuhinya. Sekurang-kurangnya ada fatawa mengenainya untuk panduan kini dan generasi akan datang. Jangan pula ada pihak yang menganggap fatwa tersebut konservatif.


2) Jika tuan/puan melakukan analisa dan perbandingan antara solat dan asana (yoga) ternyata kualiti pergerakan dalam solat lebih bermutu dan menyeluruh berbanding asana. Ia merangkumi kesihatan emosional, intelektual dan fizikal. Manakala klimaks spiritual boleh dirasai dengan lebih baik di dalam solat kerana kesemua unsurnya datang dari Pencipta Manusia. Hanya Allah yang terlebih tahu apa yang diperlukan manusia untuk aturan hidupnya.


3) Bukan sekadar Yoga sahaja diharamkan. Program Senaman di Rancangan Selamat Pagi Malaysia pun patut diharamkan kerna secara terangan pelatihnya mendedahkan aurat dan berlakunya ikhtilath haram antara pelatih berkenaan. Program tarian SEHATI BERDANSA Astro pun patut diharamkan berdasarkan illah yang sama. Apa kurangnya dengan rancangan TOM-TOM BAK, Hikayat Putera Shazlan, iklan latar TV3 dan lain-lain. Jelas bagi kita bahawa program ini hanya ciplak dari budaya sekularisme & liberalisme terbitan yahudi dan Kristian. Dan tidak sepatutnya dipaparkan media arus perdana. Justeru, semua pihak harus peka mengenainya bukan sekadar fokus kepada satu isu sahaja.


4) Harapan saya agar semua umat Islam digesa meningkatkan pemahaman agamanya dan perihatin terhadap apa yang dilakukan dalam aktiviti seharian mereka supaya kita semua tidak terjebak dalam unsur yang bertentangan dengan lunas2 akidah, syariah dan akhlak. Hadakumullah.

Tuesday, October 28, 2008

ANDAIAN PANDIR


Penulis tiada sebarang sengketa peribadi dengan Mufti Perlis. Tetapi apabila beliau galak mengecam agamawan, penulis merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi respon terhadap apa yang diutarakannya. Walaupun sudah confirm dipecat, Mufti Perlis masih lagi meneruskan hobinya mengecam para pendakwah dan agensi agama yang menjalankan misi dakwah. Jika tabiat buruk ini tidak dihentikan segera. Dia pasti akan mendapat bayaran 'cash' dari Allah hasil dari usahanya. Kali ini Beliau secara terang-terangan melakarkan seni kutukan yang tidak berperi keagamaan sama sekali. Berikut merupakan hasil wacana minda kotornya dalam Mingguan Malaysia Ahad bertarikh 12 Oktober 2008 :



Dr Asri menulis : "Umpamanya jika pengamal undang-undang berfikir bagaimana untuk menghasilkan wang semata sehingga mengenepikan soal keadilan. Atau jika ahli politik menganggap kegiatan politiknya untuk mengaut keuntungan sekalipun mengkhianati amanah rakyat. Atau jika penyampai dakwah Islam bertujuan memperoleh habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah. Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.



Ulasan :


1) Tulisan ini langsung tidak berpijak di atas landasan ilmiyyah. Bahkan bersifat andaian semata-mata. Ini kerana beliau banyak menggunakan perkataan JIKA dalam jajaran ayatnya. Kemudiannya memperakui dengan katanya : 'namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.' Seolah kata : Dr Asri menggunakan 'in syarthiyyah..dan "namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.." adalah jawabnya. Mafhumnya..Mufti Muda ini seorang yang amat hebat kerna mampu menjadikan andaian dirinya sebagai sesuatu realiti.



2) Amat menarik juga apabila tulisan beliau turut memuatkan senario kehakiman dan ahli politik. Namun, adalah sangat kejam apabila beliau mengakhirkan tulisan 'andaian' ini dengan mencemuh golongan agama. Hal ini terbukti dengan katanya : "Atau jika penyampai dakwah Islam bertujuan memperoleh habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah."

Selain itu untuk memperlihatkan 'kebejatan pendakwah Islam' kepada awam, Dr Asri menyambung terus tulisannya dengan katanya : "Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi." Ya..tidak dinafikan bahawa ada segelintir penceramah yang mengambil kira soal masyuk. Termasuk tuan Syeikh Sahibus Samahah pun. Tak ingat ke..persidangan ketua-ketua jabatan di Seremban hari tu. Tuan Syeikh ambil bilik hotel..tapi tak masuk mesyuarat. Bila diselidiki..Tuan Syeikh dikhabarkan pergi ceramah di luar. Kenapa kejar yang diluar dengan meninggalkan tugas utama. Tak kira masyuk ke? Pendek kata.. kes ni ada.. tapi segelintir sahaja yang terlibat..Takkan itu pun sudah dikira 'menghancurkan dunia". Bukankah masih ada sebahagian besar asatizah yang mengikhlaskan diri mereka di jalan dakwah. Soalnya, kenapa dipertontonkan kejelekan isu terpencil berbanding peranan sebahagian besar yang lebih utama.? Ingat Allah ya akhie.



3) Saya ingin pertanyakan beliau : "Apakah dengan faktor kehakiman, ahli politik dan pendakwah yang cintakan dunia benar2 menyebabkan alam ini menjadi pincang, rosak imbangan, musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Nampaknya, Mufti Muda ini sendiri tidak mengetahui apa yang ditulisnya. Bahkan dia hanya pandai bermain kata untuk menyedapkan bait-bait ayatnya untuk menarik perhatian manusia.



4) Apabila kita mengambil kira faktor yang menyeluruh ternyata kepincangan alam, kerosakan imbangan dan kemusnahan peraturan serta tujuan kehidupan (idea Dr MAZA) hanya difokus dua perkara sahaja. Pertama : Kerana manusia tidak mengenal Allah @ Tuhannya (yg bukan Islam). Kedua : kerana Manusia menuruti apa sahaja kemahuan nafsu serakahnya. Singkaplah berapa banyak ayat dan hadis, anda pasti mampu mengubah persepsi anda yang menyeleweng itu.



5) Jika anda hanya mengambil kira peranan tiga sektor sahaja untuk menganggarkan kehancuran dunia..ternyata anda bukanlah seorang penilai yang bijak. Bahkan hanya seputar dan berputar kepada pemikiran jumud. Lebih memalukan apabila andaian dan anggaran itu datang dari seorang Sahibus Samahah. Nampaknya, tulisan dan sikapnya menjustifikasikan beliau sememangnya tidak layak untuk digelar Sahibus Samahah.



6) Pemerhatian mendalam kepada tulisan beliau juga menemukan kita satu hakikat bahawa tulisan beliau hanya omongan kosong belaka. Dan tidak begitu mudah untuk mempengaruhi generasi minda Ulul al-bab. Kecuali andaian Pandir ini berjaya menyemai rasa taksub dikalangan pengikut yang semetodologi dengannya. Beliau sepatutnya menerima pelajaran dari sebarang teguran yang matang. Semoga Allah jauhi kita dari pelampau dan bersikap melampau dalam agama.

Tuesday, October 21, 2008

PROTAZ BIAS WAHHABIY



Disini disertakan bukti penulisan seorang pegawai bank mutakkarrij UIA dalam bidang Komunikasi yang dikenalpasti secara terang-terangan menyebarkan fikrah fahaman pelampau. Buku beliau FAHAMAN WAHHABI MENULAR : Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Utusan Malaysia menjelaskan kepada kita segala-galanya. Buktinya, pada halaman 149 buku ini beliau mengatakan : "..Amalan seperti Mawlid Nabi ini bukan sekadar bid'aah tetapi ianya juga menyerupai upacara keagamaan golongan Kristian yang menyambut Krismas bersempena dengan hari kelahiran Nabi Isa A.S. Seterusnya...beliau memanipulasi sabda Nabi SAW bermaksud : "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia (terdiri) dari kalangan mereka.." Hadis ini diambil secara tidak berdisiplin untuk disesuaikan dengan pemikiran beliau.

Hasil dari tulisan ini, timbul beberapa persoalan:


1) Apakah upacara sambutan Maulid al-Rasul disepakati secara ijmak merupakan bid'ah yang sesat? Jika ia terdiri dari perkara furuk yang diperselisihkan dikalangan ulamak kenapa harus dihukum sesat bagi mereka yang menyambutnya dengan bacaan al-Qur'an, Selawat, memuji Nabi SAW, berzikir, bertazkirah dan berdoa. Amalan ini bukan sekadar amalan orang awam. Tetapi turut diraikan ulamak muktabar seluruh dunia. Tergamakkah anda menghukum sesat ulamak muktabar dan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk agama?



2) Apakah mekanisme yang digunakan penulis untuk menjustifikasi sambutan Maulid al-rasul dengan sambutan Hari Kelahiran Nabi Isa A.S. Benarkah sebahagian besar umat Islam yang meraikannya mengadakan upacara sebagaimana golongan Kristian? Kalau begitu, mudah benar umat ini...dicop meniru Kristian hanya semta-mata perkara furuk. Atau semua ini sekadar pandangan streotype seorang profesional yang ingin mengustazkan dirinya dengan pemikiran tertentu. Apapun, jelas kepada kita bahawa penulis buku ini sealiran dengan pemikiran Wahhabiy. Walaupun beliau tidak mengaku sedemikian, namun metod yang dipergunakan adalah jelas, terang lagi bersuluh.



3) Tegasnya, kita perlu mengambil sikap berhati-hati untuk membicarakan sesuatu perkara. Pendek kata, semua instrumen ilmiyyah diteliti sebaik mungkin sebelum dipersembahkan dalam bentuk pemikiran mahupun penulisan. Agar ia tidak mendatangkan fitnah terhadap umat ini. Lebih-lebih lagi dalam menyelesaikan kes-kes furuk seperti di atas. Maka berhati-hatilah dengan pemikiran seperti ini.
Inisiatif ini cuba diperjelaskan oleh Us Zamihan bukan semata-mata isu peribadi. Sebaliknya ia merupakan langkah bagi menangani pemikiran-pemikiran liar yang menyusup masuk ke dalam masyarakat dan menghuru-harakan fahaman dan amalan mereka. Semoga fahaman dan amalan umat ini sentiasa harmoni dan tidak sesekali terbeban dengan pemikiran liar. Jika anda berhajat untuk berbincang kandungan buku anda secara eksklusif dengan Tuan Blog sila hubungi : 012 2465518. Jazakumullah khayran katsiran.

ANGKARA PELAMPAU WAHHABIY

Sila ikuti ucapan Imam Masjid University Cambridge tentang Pelampau :


REACTION in Britain's Muslim community to the 7 July bombings was swift and seemingly unanimous. "These killings had absolutely no sanction in Islam," said a conference of imams convened at the London Central Mosque, while the British Muslim Forum delivered a fatwa that classified the London bombings as hiraba, an Islamic legal term denoting aggravated violence against the innocent. All implicated in the crimes were to be "excluded from the Muslim community and places of worship until their repentance has become manifest".

The loud unanimity of the leadership has done much to assuage the fears of other communities. Yet the arguments are not at an end. The leadership has issued decree that is the nearest thing Islam has to excommunication. Yet it has not so clearly given an answer to a pressing question: why should some apparently devout young men regard their terroristic acts as sanctioned by religion?

One explanation is that Western crimes against Muslims, such as the Iraq sanctions and the subsequent invasion, have been so provocative that a Muslim radical backlash was entirely predictable. This makes some sense; but only as psychology, not theology. Another theme prominent in the Muslim reaction is that Islam is not the only world religion currently afflicted by lunatic fringes. The London bombers simply represented a Muslim version of this tragic, omnipresent distortion.

Again, such observations are not unhelpful. Yet as a serious religious explanation they do not satisfy. They resemble a self-exoneration through finding like faults in others, a moral vice stoutly condemned in Islamic ethics. Muslims still need to offer to the outside world a clear diagnosis that explains how such an aberration could emerge. Given that the use of terrorism for "Islamic" political ends has been steadily increasing since its emergence a quarter of a century ago, it is time that more Muslims question themselves. After all, the saints and the prophets, despite their perfection, are endlessly self-critical; as the founder of Islam said: "I seek God's forgiveness 70 times each day."

Fortunately, this picture of a Muslim community enmeshed in a mentality of hurt innocence is not quite accurate. While Muslim leaders may often reach for a language of self-exoneration in public, behind the scenes, and in publications and conferences intended for insiders alone, there is a growing disquiet and a passionate debate. This debate juggles two intimately related themes. First, the established leaders of the religion are aware that the radicals are not listening to them. Each Muslim country has its authoritative scholars, often led by a mufti, who will rule on controversial issues. To become a mufti, a scholar must have received an ijaza, an elaborate certification of teaching competence, from a comparably certified figure. The radicals, like the London bombers, and Osama bin Laden, have no such qualifications. According to the traditional system they should be bound by the rulings of the muftis; yet they refuse to submit. The classically authorised scholars denounce terrorist acts, which they generally stigmatise as hiraba. However over the past decade, these men have been increasingly denounced by the radicals as weaklings and stooges. From al-Qaida's perspective, the religion's leaders have failed to realise that America's "evil empire" can only be halted when Western civilians, terrified by urban mayhem, vote against their governments' expansionist policies.

There is a second crisis that is now distressing the traditional leadership. This takes the form of a profound doctrinal disjuncture. Al-Qaida sympathisers regard the traditional Sunni muftis and imams, not only as politically spineless, but as heretical. Mainstream imams, including those trained in the UK's 16 Muslim seminaries, follow traditional Sunnism, while al-Qaida is rooted in Wahhabism, the eighteenth-century reform movement of central Arabia. Strict Wahhabis consider the theology and piety of mainline Sunnism to be kufr (disbelief). Hence Wahhabi radicals have not hesitated to kill Muslims, including senior scholars; indeed, Muslims have always been al-Qaida's principal victims.

Wahhabism represents a sort of Islamic Reformation: scripturalist, literal-minded, hostile to the veneration of saints and to philosophical theology. Hence Wahhabi zealots are no more likely to heed the voice of the muftis than, say, Cromwell would have been responsive to the entreaties of the Pope as his Puritan armies laid waste to Ireland. A revealing example of this dysfunctional Islam is supplied by Osama bin Laden's 1998 fatwa, where he urges Muslims to "kill the Americans and their allies, military and civilians, in any country where this is possible". The fatwa lacks any reference to the classical methods of Islamic law, and simply takes its cue from a Quranic verse that runs "slay the idolators wherever you find them". Classically this passage is taken to refer to Arab idol-worshippers, a category now extinct; but the Wahhabi method allows bin Laden to disregard the views of the classical schools, and impose his own meaning on the text. The sanctity of civilian life, affirmed by orthodox jurists, is not even mentioned. The fatwa stands in flagrant violation of the orthodox consensus ( ijma). But from his drastically reformed perspective, his followers alone are the true believers, and the consensus may simply be disregarded.

Muslim leaders have often been coy about publicly acknowledging the role of this schism in the current crisis. Sometimes this is because of physical threats: in Pakistan or Iraq, it is now possible to be murdered for criticising Wahhabism. Sometimes, more innocently, it is because of squeamishness about recognising that the seamless garment of Islam has been so disastrously torn. On other occasions, institutions and states may be nervous of publicly venting their anger at Wahhabism for fear that the cornucopia of Saudi donations might suddenly end.
Wahhabism was generally loathed in the Islamic world when it made its first appearance in the eighteenth century. The collapse of Ottoman power during the First World War allowed it to assert itself and, amid scenes of shocking massacre, the Holy Cities were annexed. In the late twentieth century, the explosion of oil wealth allowed Saudi Arabia to export this same puritanism to the outside world.

It is in the context of Wahhabi theology that Osama bin Laden and his admirers operate. Saudi Arabia thus finds itself in the difficult position of maintaining a moderate, pro-Western international profile, while simultaneously supporting a doctrinal system that is easily seized upon by the angry and disaffected as a justification for mass murder. After the 11 September attacks, the Saudi authorities worked hard to rein in and monitor their missionary infrastructure, even banning Saudi charities from operating abroad. Saudi Arabia is struggling to temper its Wahhabi inheritance; but it is still quietly regarded by the Muslim leaders of my acquaintance as the heart of darkness in the current crisis. On a recent visit to Bosnia I learned how the impoverished Muslim community is working hard to establish colleges from which Wahhabism is excluded, as part of a reaction against the often-fierce intolerance of Bosnian Muslims who have benefited from Saudi largesse by training in Wahhabi schools.
Even more revealing is the case of Indonesia. This large Muslim democracy offers little comfort to theorists of fundamentalism. Yet a recent conference at the Islamic University in Jakarta heard detailed accounts of how Saudi-backed groups were crucial in shaping the ideology of the terrorists charged with the Bali bombing of October 2002. Among alienated and confused young Muslims in the United Kingdom, there is also a Wahhabi influence. One Muslim bookseller tells me that mainstream Islamic bookshops cannot compete with the radical alternative, since Saudi organisations supply the radical shops with books free of charge. No less troubling to established mosque leaders is the tendency of some young British Muslims to study in new Wahhabi colleges in Pakistan and elsewhere.

The picture is complex, but it does suggest that the medicine for terrorism must be supplied from within the Muslim community, and within the theological resources of Islam. Sociological explanations outline circumstances, but cannot disclose the religious underpinnings of these aberrations, or offer a counter-argument. Legislation, and any other form of government interference, are unlikely to put an end to the problem; and may make it worse. It is clear that only Muslims can heal this wound. Fortunately, serious moves are under way to challenge the extremists on religious grounds. The most recent was an ecumenical conference in Jordan, held between 4 and 6 of July, at which the assembled leaders of Sunni and Shia Islam issued a joint statement banning the key Wahhabi practice of considering other Muslims to be unbelievers. The immediate context for the conference was Wahhabi violence against Shia and other non-Wahhabi communities in Iraq; but the problem was acknowledged to be global. In the United Kingdom, an increasingly educated Muslim community is now developing a religious identity that has little time for zealotry.
The unanimity and temper of the community's response to the recent outrages point to the progress that has been made in the 15 years since the Salman Rushdie debacle. The community is discussing itself in increasingly mature novels, plays, films, and poems. Perhaps this maturation will be accelerated by the recent horrors, and in our lifetime we will see orthodox British Muslims travelling to Saudi Arabia and other troubled lands, offering not only formal theological advice, but an alternative and more convivial style of engaging with modernity.-Abdul Hakim Murad teaches Islamic Studies in the Faculty of Divinity, University of Cambridge, is imam of the Cambridge Mosque, and chair of the Muslim Academic Trust.

Monday, October 20, 2008

KEGERUNAN HADIS NAJD

Isu Ancaman Pelampau Wahhabiy ini bukan isu picisan atau khilafiyyah semata-mata. Sebaliknya merupakan isu global merangkumi fahaman, pegangan dan tindakan umat Islam. Lantaran itu, benarlah apa yang disabdakan Nabi SAW berkaitan dengan kemunculan fitnah dan kegemparan yang melanda umat Islam diakhir zaman. Bahkan fitnah dan kegemparan ini sentiasa berterusan. Namun begitu, akan ada segolongan umat ini yang berjuang di atas platform kebenaran sehingga datangnya 'perintah' daripada Allah SWT. Perhatikanlah, bahawa fitnah yang digambarkan Nabi SAW benar2 berlaku dan gelombangnya melanda umat ini. Saksikan bukti2 yang kami bawakan kini dan seketika nanti :






Terjemahannya : “Sebahagian dari hadis fitnah juga ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi bahawa Baginda SAW bersabda : “Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : (Bagaimana) dengan negeri Najd kami? Baginda SAW lalu bersabda : Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Dan baginda bersabda pada kali yang ketiga : “Disana (Najad) berlakunya gempa bumi (kegoncangan) timbulnya pelbagai fitnah, dan disana juga munculnya tanduk syaitan.”





Sebahagian ulamak mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan dengan tanduk syaitan ialah kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Muhammad bin Abd Wahhab…”







Di dalam sebahagian kitab sejarah selepas disebutkan kes peperangan Bani Hanafiyyah (disebutkan) Akan keluar di akhir zaman dari negeri Musailamah al-Kazzab seorang lelaki yang mengubah agama Islam.. Dan telah datang sebuah hadis dari Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A menyebutkan bahawa Bani Hanafiyyah itu adalah kaum Musailamah al-Kazzab. Dan telah menyebutkan pada hadis berkenaan bahawa lembah yang dihuni mereka itu sentiasa mengeluarkan fitnah sehingga akhir zaman. Dan sentiasa fitnah itu keluar dari pendusta mereka hingga ke hari Kiamat. Di dalam riwayat yang lain disebutkan : Kecelakaanlah bagi al-Yamamah sebagai satu kecelakaan yang berterusan.”


Tuan Puan dijemput pula menelusuri kitab ini :





Maksudnya ; "Najad : Hadis-hadis yang berkaitan boleh didapati di dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmidzi, al-Nisa’ie dan Ibn Majah.

Al-Najd : Ialah kawasan tanah tinggi. Bukanlah satu kawasan yang terlalu tinggi. (umumnya) Setiap kawasan tanah tinggi dari Tihamah dikatakan Najd. Ternakan yang dipelihara di Najd diberi minum airnya di Tihamah. Dan setiap tanah tinggi dari lembah Wadi al-Rummah dikira Najd hingga penghujung Zat Iraq dari penjuru al-Hijjaz keseluruhannya, barat al-Yamamah, Timur al-Hijjaz. Kotanya pada hari ini dikenali dengan Riyadh dan kawasan sekiranya. Seperti al-Qashim, Sudair, al-Aflaj. Dulu-dulu manusia mengira apa-apa jarak selepas 100km dari Timur Madinah al-Munawwarah adalah Najad.”




Lihatlah peta Najad secara jelas. Semoga pendedahan ini memudahkan kita memahami gambaran sebenar hadis Fitnah yang berkaitan dengan Najad.


Kesimpulan :

1) Najad yang dimaksudkan di dalam lembaran sabda Nabi SAW ialah sebuah kawasan yang terletak di timur Madinah. Disanalah munculnya fitnah dan kegemparan terhadap Islam dan umatnya. Fitnah ini mengucar kacirkan fahaman dan pegangan umat Islam sehingga menyeret kepada pertumpahan darah. Ternyata, kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Gerakan Wahhabiy yang dipimpin oleh Muhammad Abd Wahhab merealisasi gambaran fitnah yang dimaksudkan. Apa tidaknya, Musailamah al-Kazzab adalah Pemimpin Nabi Palsu. Manakala Muhammad Abd Wahhab memimpin gerakan Wahhabiy yang sanggup menyerang, merampas dan berperang menentang Khilafah Uthmaniyyah lebih dari 200 tahun dan menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.

2) Walaupun beberapa tokoh Wahhabiy (Internasional/Msia) cuba mengalih perhatian ‘Najad’ dengan maksud yang umum. Atau dialihkan ke Iraq..ternyata usaha itu sesekali tidak berhasil. Ini kerana dilalah yang terdapat di dalam hadis begitu jelas memaksudkan Najad sebagai satu sudut geografi yang amat dikenali sebagaimana Syams dan Yaman. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur. Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N. Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.

3) Apabila anda mengetahui isyarat fitnah dan kegemparan melalui hadis ini..perhatikanlah dengan fitnah yang tersadung dari fahaman Wahhabiy. Bukankah menyesatkan umat Islam dengan perkara furuk, mengkafirkan ulamak dan menghalalkan darah mereka atas unsur khilafiyyah…satu fitnah! Justeru mengertilah, dari mana fitnah dan siapa yang memulakan fitnah. Kita semua wajib menghapuskan keraguan dan fitnah berkenaan. Ketahuilah bahawa aktiviti ini bukanlah unsur kecil atu terpinggir. Malah ia dikira sebagai jihad mempertahankan kesucian Islam. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari sebarang fitnah agama.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo