Friday, April 9, 2010

Bila Sudah Tahu, Apa Yang Perlu Kita Buat ?

Ini adalah buku yang ditulis oleh RASUL DAHRI, namanya terkenal di kalangan mereka yang mengakui sebagai salafi (wahhabi) di Malaysia. Dan beliau masih giat menyampaikan ceramahnya samada di dalam radio, kuliah agama dan melalui penulisan. Yang mana ia juga turut disebarluaskan di dalam youtube, facebook dan sebagainya.




Di dalam buku ini ditulis oleh RASUL DAHRI iaitu :



Sekiranya diklik pada scan buku di atas akan tertera perkataan :

Termasuk dalam kategori ini (bid'ah iktikad) sebagaimana yang disepakati oleh ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh ialah : Syiah, Khawarij, Jahamiyyah, Murjiah, Muktazilah, Asy'ariyyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka.


Ulasan penulis :

Lihat betapa beraninya penulis ini memasukkan sejumlah ulamak dan umat Islam yang bukan sahaja berada di Malaysia, Brunei, Indonesia bahkan di seluruh dunia ke neraka dan kekal di dalamnya.

Firman Allah yang bererti :

وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُوٓاْ إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا فُتِحَتۡ أَبۡوَٲبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُہَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ رُسُلٌ۬ مِّنكُمۡ يَتۡلُونَ عَلَيۡكُمۡ ءَايَـٰتِ رَبِّكُمۡ وَيُنذِرُونَكُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَـٰذَا‌ۚ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَـٰكِنۡ حَقَّتۡ كَلِمَةُ ٱلۡعَذَابِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٧١) قِيلَ ٱدۡخُلُوٓاْ أَبۡوَٲبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۖ فَبِئۡسَ مَثۡوَى ٱلۡمُتَڪَبِّرِينَ (٧٢)

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir. (71) (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam. (72)
(surah Az Zumar ayat 71-72)

Jelaslah di dalam firman Allah di atas bahawa yang kekal di dalam neraka adalah Orang Kafir. Lalu bagaimana penulis buku ini boleh menghukum golongan asya'iroh sebagai kekal di dalam neraka sebagaimana orang-orang kafir ?

Dan golongan yang berfahaman seperti Rasul Dahri ini sedikit sebanyak telah menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam yang tidak tahu/kurang pengetahuan mengenai agama. Dan akhirnya berlakulah hukuman sesat, kafir, masuk di dalam neraka ke atas umat Islam tanpa hak!


Siapakah antara ulamak Islam yang mengikut aliran asya'iroh ini ?

Antara Peringkat Para Ulama’ Al-Asya’irah

Peringkat Pertama (Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari)

Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri

Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri

Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi

Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi

Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi

Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi

Abu Yazid Al-Maruzi

Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi

Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili

Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari

Abu Al-Hasan Ali At-Thobari

Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi

Abu Abdillah Al-Asfahani

Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri

Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani

Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi

Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi

Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani

Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi

Peringkat Kedua

Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani

Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi

Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi

Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani

Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)

Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi

Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili

Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani

Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi

Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi

Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi

Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani

Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi

Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani

Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi

Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini

Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi

Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani

Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi

Peringkat Ketiga

Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi

Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi

Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi

Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri

Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi

Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi

Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz

Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)

Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)

Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani

Abu Ja’far As-Samnani

Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini

Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri

Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)

Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi

Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri

Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki

Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfarayini

Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat

Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi

Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi

Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi

Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini

Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi

Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini

Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi

Abu Abdillah At-Thobari

Peringkat Kelima

Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi

Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)

Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.

Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi

Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi

Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi

Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani

Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri

Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji

Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)

Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi

Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani

Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi

Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah

Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini

Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam

Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)

Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)

Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam

Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib

Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)

Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh

Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd

Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji

Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)

Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi

Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal

Sheikh Zainuddin

Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki

Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib

Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani

Sheikh Jamaluddin bin Jumlah

Sheikh Jamaluddin bin Jamil

Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi

Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri

Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)

Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…

(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainya)


Na'uzubillah, sekian ramai ulamak Islam bahkan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia telah dihukum kafir oleh penulis ini.


Sedangkan sudah jelas di dalam Al Quran, Allah telah berfirman :




ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ (٣٢) جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا يُحَلَّوۡنَ فِيہَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَلُؤۡلُؤً۬اۖ وَلِبَاسُہُمۡ فِيہَا حَرِيرٌ۬ (٣٣)

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32) (Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. (33)
Surah al Fathir ayat 32-33)

Dan dari hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :

Sahih Bukhari pada hadith no 44, Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله و في قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Ertinya : "Akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah, sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu helai rambut dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah "


Tersebut dalam Sahih Bukhari juga pada hadith no 7072 :

يقول الله تعالى : وعزتي وجلالي وكبريائي وعظمتي لأخرجن منها (أي من النار) من قال لا إله إلا الله

Ertinya : ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman : Demi kemuliaan, ketinggian, kebesaran dan keagunganKu sesungguhnya Aku akan mengeluarkan dari dalam neraka siapa sahaja yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah"


Tersebut dalam sahih Ibnu Khuzaimah pada hadith no 1231 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga"
Apa yang perlu kita lakukan ?

Di dalam internet terdapat laman web RASULDAHRI.COM dan di sinilah fikrahnya berpusat dan disebarkan oleh pengikut-pengikutnya. Bahkan terdapat juga di dalam 'group Facebook' yang ada menghubungkan 'group'nya dengan RASULDAHRI.COM.

Pihak yang berkenaan silalah ambil tindakan susulan yang sepatutnya memandangkan fahaman ini sedang bergerak cergas di Malaysia. IbuBapa dan Penjaga perlulah mengambil tahu dari mana sumber-sumber artikel agama diambil, kita takut anak-anak kita pada suatu hari nanti akan menghukum pula IbuBapanya sebagai sesat, kafir dan masuk ke dalam neraka.

Jangan lupa apa yang telah diberitahu oleh Dr Yusof al Qardhawi (tokoh Ma'al Hijrah 2009) :

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.

Maksudnya:

Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.


وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:

وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.

Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

p/s : berhati-hati dan perhatikan nama-nama penulis sebelum membeli buku agama takut-takut fikrah suka menyesatkan umat Islam pula yang dibaca.

6 comments:

Galiduit said...

Salam..

Alhamdulillah ustaz dgn pendedahan ini..

Rasuldahri dan pengikutnya semakin aktif bergerak...mereka menggunakan medium teknologi utk menyebarkan fahaman mereka...dan berlebih-lebihan dlm sesuatu perkara...moga diberi petunjuk oleh allah s.w.t

amin...

zaki

suarajagat said...

salam..

pendedahan yang bagus ustaz..

saya terlihat buku tersebut di pasaran pada minggu lalu..sempat membelek isi kandungannya..

dan saya harap pihak JAKIM serta jawatankuasa pemantauan penerbitan buku berunsur Islam akan mengambil tindakan sewajarnya agar penerbitan dan penjualan buku ini dihentikan secara serta merta tanpa kompromi.

Abu Nisreen aqilah said...

Assalamu 'alaikum wrt. wbt.
Ustaz Zamihan..apa yang boleh di buat? sebenarnya..suadh terang lagi bersuluh, kenyataan Rasul dahri itu menyeleweng dan menyalahi teks seluruh pelajar sekolah menengah kebangsaan Malaysia dan pelajar aliran SMU dan STAM. Ditambah dengan silibus sekolah agama negeri seperti johor dll. Tu tak campur dengan silibus universiti Azhar dan lain-lain..(kita cerita kat tanahair je la).takkanlah perkara macam ni pun kena guna orang politik. Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Negeri, JAKIM, NGO..masa nilah keimanan mereka teruji..nak senyap tunggu arahan bos, atau pro aktif demi agama dan akidah ummah (tepuk dada, tanya iman).

la_abwa said...

salam,

soalnya kenapa JAKIM tak ambil tindakan terhadap bukudan penceramah ini?

nobody said...

Apakah tindakan untuk golongan celupar dari kaum wahabisme ini? Apakah jabatan agama, mufti atau badan2 agama berwajib tidak boleh mendakwa atau membawa golongan pelampau ini kemuka pengadilan? Dakwaan sesat terhadap gol Asyairah yg jadi pegangan rasmi umat sebelah sini & majoriti umat islam dari dulu smpai sekarag yg dibuat oleh pelampau wahabi seperti Rasul Dahari ini amat serius..dan perlu ditanggani segera, supaya umat tidak keliru. Apakah boleh dibuat laporan kpd polis isu sebegini..ini benar2 melampau...

binsajen said...

Barakallahu feekum ya ikhwan.

Dalam topik ini, sangat menjadi tanda soal besar, kenapa kita berMazhab Syafi'i tapi tidak ber'Akidah Syafi'i yang serupa ber'Akidah Hanafi, Maliki, Hanbali, dan Wahabi ?
Bukankah 'Akidah yang mereka warisi dari para sahabat r.a hanya satu dan tidak ada khilaf atau cabang ?
Apakah 26 juta rakyat Saudi yang berakidah Wahabi itu sesat atau pelampau ?

Apakah Imam Syafi'i champion subject Fiqh tapi failed subject 'Akidah ?

Apakah kita mesti ikut Univ Azhar dan Univ Medinah dan UIA, atau kita mesti ikut AlQuran dan Hadith Sahih ?

Izinkan saya rekomen buku Manhaj 'Aqidah Imam AsySyafi'i oleh Dr Muhammad bin A.W al'Aqil dari Univ Islam Medinah, penerbit Pustaka Imam AsySyafi'i, dan juga www.islamIQ.sg
Wallahu A'lam

Visit Bil.