Wednesday, July 15, 2009

FENOMENA ISTIWA MATAHARI DI KAABAH


Menurut ilmu hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku dua kali setahun. Iaitu pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Arah kiblat yang tepat boleh juga diperolehi apabila berlaku peristiwa 'istiwa utama matahari di Kaabah'. Istiwa utama (istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Ia berlaku apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°.

Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam
setahun. Kita boleh memanfaatkan fenomena alam dari kuasa Allah ini dengan menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.







Rajah 1 : Fenomena istiwa matahari di Kaabah

Justeru, rebutlah peluang menentukan arah kiblat di tempat anda (masjid, surau, rumah, pejabat, hotel, resort, tanah kubur dan lain-lain bangunan) pada tarikh dan masa sepertimana yang dinyatakan di atas. Penentuan arah kiblat boleh dilakukan seperti berikut:

1) Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.


2) Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan
menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.


3) Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran
matahari.



Rajah 2 : Penggunaan bayang menentukan arah kiblat

Tepat pada masanya pada 28 Mei 2009 jam 5.16 petang atau 16 Julai 2009 jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak yg dipacak adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan. Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.(sumber R&D JAKIM)

Semoga kita semua dapat melakukan ibadah dengan yakin lagi soheh. Selamat melepaskan diri dari taklid buta. Katakan tidak kepadanya. Bersama kembali pada Yang Satu. Satu Allah, Satu Arah. Satu Akidah. Bersatu ke Jannah. Barakallahu fikum. Wa syukran

Tuesday, July 14, 2009

MEMBURUKKAN IMEJ AGAMA


Saya sebenarnya tidak ingin sesekali mengikut rentak Dr asri dalam penulisan stereotypenya. Tetapi, apabila seseorang itu bertindak melampau, maka kita perlu memperbetulkan apa yang dilakukannya. Cara beliau dalam memisterikan istilah 'Wahhabiy' agak keterlaluan. Bg saya. ia perlu dita'dibkan. Seorg sarjana tidak sepatutnya mengemukakan hujjah dgn alasan dogeng, menokok nambah cerita, memburukkan pihak berkuasa agama semata2 utk dianggap hero. Sayangnya, itulah yang berlaku jika kita meneliti kebanyakkan hasil tulisan beliau. Masa demi masa, hobinya tetap sama.

Perhatikan dakwaannya dalam memburukkan ahli agama dengan katanya : ”Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: "Siapa tak setuju dengan saya dia Wahabi".


Katanya lagi : "Di sesetengah tempat, seseorang dituduh Wahabi kerana menentang amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat.

Dr Asri menambah lagi : ”Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar 'ustaz', bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka 'sang ustaz' itu dengan mudahnya akan menyebut: 'awak Wahabi'.
Asri menulis lagi : ”Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar 'ustaz', bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka 'sang ustaz' itu dengan mudahnya akan menyebut: 'awak Wahabi'.

Asri menulis lagi : "Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah 'mereka ini' apabila menjadi 'penasihat-penasihat' bank, bagi memenuhi keperluan bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab.


Ulasan :

1) Soalnya ialah, apa yang diingat oleh Dr Asri tu dari mana datang puncanya. Mana isnadnya tuan syeikh.?


2) Sebenarnya, Jenama 'Wahhabiy' tidak diberikan kpd perselisihan khilafiyyah tuan syeikh. Sebaliknya, jenama "Wahhabiy" merujuk kpd metodologi dalam memahami agama. Mafhumnya, sesiapa sahaja yg memahami agama menurut kaedah pemahaman dan tindakan Muhammad Abdul Wahhab layak dikira Wahhabiy. tak kiralah samada seseorg itu melayu, cina, india, amerika, euro, afrika @ arab sekalipun. Nampaknya, entum sendiri tak memahami Wahhabiy. Anehnya cuba memisterikan Wahhabiy.


3) Dakwaan Asri "orang yang menentang amalan khurafat" dituduh Wahhabiy..." adalah tidak benar sama sekali. Secara dasarnya, pihak Majlis Fatwa, JAKIM, Jabatan Agama, Jabatan Mufti, Majlis Agama @ NGO lain ditubuhkan untuk mempertahankan kesucian akidah. Sekaligus memerangani khurafat, bid'ah @ apa jua bentuk kesesatan yang disepakati ulamak menyalahi syarak. Mereka tidak dituduh Wahhabiy pun. Tetapi, kenapa ada pihak yang mendakwa diri mereka memperjuangkan aliran Salaf, Sunnah, Tajdid...selalu membid'ahkan (menyesatkan) umat islam yg berqunut subuh, berzikir & berdoa beramai2, bertahlil, baca yasin mlm jumaat dan lain2. Jika ia dari amalan furuk, kita sepatutnya berlapang dada. Bahkan terima dgn baik kerana ia diputuskan pihak autoriti agama. Malangnya, ada golongan yang menentang dan galak bertindak menyesatkan umat Islam, inilah sebahagian wajah-wajah wahhabiy.

4) Mengambil pandangan ulamak berasaskan kpd mazhab muktabar adalah sesuatu yg rutin diamalkan para ulamak sekian lama. Ia tidak beerti anda menjadi wahhabiy. Sebaliknya, ia menunjukkan betapa luasnya hukum hakam dlm Islam dan betapa tingginya nilai ijtihad ulamak berkenaan. Soalnya, kenapa Asri menpersoalkan tindakan penasihat-penasihat bank di Msia yang mengambil pandangan ulamak mujtahid utk diamalkan secara lebih luas berhubung muamalat? cuba tuan-tuan buat semakan dari bank2 yg ada, nescaya tuan-tuan dapati bahawa penasihat syariah yg dilantik bukan terdiri dari pelobi @ individu yg sembarangan. Lgpun pihak bank ada kriteria tersendiri dlm memilih penasihat syariah. Nampaknya, disamping tidak menguasai usul feqh dgn baik, Dr asri juga gagal memahami prosedur bank dan keahlian org lain dlm soal muamalat. jika anda tidak terpilih sbg penasihat, kenapa anda harus memperli mereka secara kasar.

MISTERI SEBENAR

Setelah kita mengamati beberapa perenggan tulisanya ini. Timbul beberapa persoalan yang menjadi misteri sebenarnya. Benarkah ada Imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya? Jika ada, sila tuan nyatakan imam berkenaan dari daerah dan negeri mana? Imam kerajaan @ swasta? Bukan apa, Senang bagi kami utk merujuk bagi mengatasi kes salah laku imam berkenaan.

Benarkah ada Imam dengan mudah mengatakan : ”Siapa yang tak setuju dengan saya dia Wahabi? Benarkan semua ini wujud? Atau ia sekadar omongan kosong dan tokok tambah sesedap rasa penulisnya sahaja. Wallahu a’lam.

Tambahan pula, berapa peratuskah imam spt yg didakwa ini wujud di negara kita. Kalau ada, mungkin satu dalam sejuta. Ia kes terpencil ”an-nadir kalma’dum”.
Oleh itu, untuk apa ia diwar-warkan. Ia satu misteri!

Bagi saya, misteri sebenarnya ialah : Kenapa Dr Asri gigih membela fahaman wahhabiy? Kenapa beliau gemar mengkritik pendekatan beragama di Malaysia? Kenapa beliau suka memburukkan agamawan @ pihak autoriti agama? Kenapa beliau bersusah payah ke lampeter, UK untuk belajar hadis dsana? Kenapa beliau menghabiskan wang yang banyak utk menjelajah eropah sempena sabatikalnya? Dimana datangnya wang yang banyak utk beliau buat rakaman MENERAJU BAHTERA PERUBAHAN sebanyak 13 siri? Ini sebenarnya satu misteri!

TINDAKAN SEPARUH BALIGH

Jika kes yang didakwa benar2 wujud, Tuan sepatutnya membuat laporan kepada Jabatan Agama, Majlis Agama @ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Barulah tindakan bijak. Ini tidak, kes terpencil pun ingin dihebohkan dalam surat khabar. Bahkan hendak dijadikan instrumen untuk memisterikan Wahhabiy. Situasi ini benar2 menyerlahkan tuan persis anak kecil separuh baligh.

Justeru, demi prinsip akademik, Saya pohon jasa baik tuan untuk mengemukakan bukti terperinci tentang perkara di atas jika tuan tergolong dari kalangan yang benar. Hal ini penting supaya Imam @ ustaz berkenaan boleh diperbetulkan fahaman dan sikapnya itu. Tuan yang mendakwa boleh menghubungi saya di talian : 012 2465518. atau email ;
al_ghari@yahoo.com atau melalui faks : 03 89218507.

Jika tuan gagal mengemukakan bukti terhadap periwayatan kisah Imam di atas tuan dianggap sebagai pengritik tak bertauliah. Dan izinkan saya menganggap tuan sebagai penglipur lara yang mereka2 cerita untuk mencari glamour. Jika itu sifatnya, maka benarlah kata hukama : In tukhalifa tu’raf (jika anda kepelikan, anda akan dikenali ramai).
Ya akhie, tulislah perkara yang bermanfaat utk ummat. Krtitiklah secara membina. Berhentilah memburukkan imej agama. Usah bersikap bengis hanya semata-mata ingin menegakkan metod anda yang minoriti itu. Sedarlah, ini adalah malaysia. Bukan Saudi Arabia. Tiba masanya utk antum anjakkan minda dari tertutup kepada terbuka. Syukran. Barakallahu fikum.

Tuesday, July 7, 2009

ISTILAH WAHHABIY

al-Hafiz al-Musnid ad-Dunya Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani diantara alim ulamak yang mengkritik Wahhabiy. Lantaran itu beliau amat dibenci golongan ini.

Istilah Wahhabiy begitu sinonim dengan sejarah peradaban Islam. Ia merujuk kepada aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang lahir pada tahun 1115H di Wadi Hanifah, daerah Uyainah dalam negeri Najd (kini Riyadh). Ayahnya Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Musyarraf seorang qadhi dalam mazhab hambali.


Menurut Imam Ibn Humayd, Muhammad bin Abdul Wahhab (MAW) dikatakan tidak menguasai disiplin ilmu sebagaimana yang menjadi tradisi alim ulamak dan keluarganya pada waktu itu. Tetapi MAW begitu fanatic dengan fahaman dua ulamak kontroversi dalam mazhab hambali iaitu: Syeikh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Situasi ini menyebabkan ayahnya begitu murka kepada beliau. (Imam Muhammad bin Abdillah bin Ibn Humayd al-Hambali, mantan Mufti Mazhab Hambali di Makkah, wafat 1295), t.thn, Maktabah Imam Ahmad, hlm 275)


Perlu diketahui bahawa Muhammad Abdul Wahhab tidak menzahirkan fahamannya semasa ayahnya masih hidup kerana dikhuatiri menimbulkan amarah ayahnya. Akan tetapi setelah kewafatan ayahnya, beliau mula giat menyebarkan fahamannya. Hal ini menyebabkan beberapa tokoh ulamak di zamannya bangkit bersuara dan berfirasat supaya masyarakat berhati-hati dengan dakyah Muhammad Abdul Wahhab. (Ibid, hlm 275). Walaupun firasat bukan hujjah qat'iyyah. Namun ia cukup dijadikan sandaran dgn Sabda Nabi SAW : "Takutlah kamu firasat dari orang-orang yang beriman (alim-ulamak) kerana dia melihat dengan cahaya dari Allah SWT."- riwayat Tirmidzi.


Malah, setelah berlaku penyebaran fahaman Wahhabi, abangnya sendiri Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab telah mengarang dua buah kitab bagi menjelaskan kepincangan fahaman adiknya itu.Iaitu Kitab Fashlu al-Khitab Fi Raddi ala Muhammad Ibn Abdil Wahhab dan Sawa’iq al Ilahiyyah Fi Raddi ala Al-Wahhabiyyah. Dalam penolakan hujjah ilmiyyah ini, abangnya sendiri menjenamakan fahaman pelik adiknya itu dengan fahaman Wahhabiy.


Bagi saya, keterangan melalui buku ini cukup membuktikan bahawa Syeikh Sulaiman lah antara orang yang pertama menjenamakan fahaman pelik adiknya dengan gelaran "Wahhabiy". Lafaz ini kemudian dipergunakan secara meluas oleh para alim ulamak, sejarahwan (timur & barat) dan awam masyarakat. Seterusnya penjenamaan Wahhabiy ini terus digunapakai hingga ke hari ini. Justeru, istilah Wahhabiy bukan lagi misteri!


Memandangkan kemunculan fahaman disanggah para alim ulamak dan rekod hitam yang dimiliki gerakan ini, penjenamaan baru dirasakan perlu bagi menerapkan metodologi Wahhabiy. Jika anda mengkaji sejarah, setelah gerakan ini menguasai Jazirah Arab, mereka mula memperkenalkan diri mereka dengan gelaran Salafiy, Salafiyyah dan Ikhwan al-Najd. Manakala di Malaysia, zaman pasca dan sesudah merdeka mereka menggelarkan diri mereka dengan fahaman Pan Islamisme, Kaum Muda, Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah.


Dan kini, mereka mendakwa mereka adalah golongan Tajdid, al-Sunnah, Protaz dan pelbagai istilah yang sedap didengar. Hakikatnya, mereka memperjuangkan metodologi yang sama seperti perjuangan MAW dahulu. Awas! mereka ini akan menggunakan pelbagai sumber dan kekuatan untuk menerapkan fahaman mereka. Sayangnya, ramai dari kalangan alim ulamak dan cerdik pandai kita masih diulit mimpi lena tentang isu ini. Sesetengah kita pula hanya tahu mengucapkan perkataan : "..alah, ni soal khilafiyyah." Insya Allah, saya akan buktikan pada anda semua bahawa isu Wahhabiy bukan sekadar khilafiyyah. Sebaliknya isu yang berkait rapat dgn soal akidah, syariah, sejarah, akhlak, perpaduan ummah dan keselamatan negara.


Pembaca budiman, anda perlu sedar bahawa terdapat beratus-ratus kitab menjelaskan kekeliruan Wahhabiy. Diantara ulamak terkemuka yang menulis dan menjelaskan tentang Wahhabiy ialah : Imam Ibn ‘Abidin, Imam Ibn Humayd al-Hambali (mantan Mufti Hambali di Makkah), Syeikh Sayyed Ahmad Zaini Dahlan (Mantan Mufti Syafi’iyyah di Makkah), Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab (abang pengasas Wahhabiy), Imam Habib Abdullah Alawi al-Haddad, Syeikh Muhammad hayat al-Sindi, Syeikh Abd Rahman al-Kuzbari, al-Musnid Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsari, Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari , Syeikh al-Musnid Muhammad Yasin al-Fadani dan ramai lagi.


Antara ulamak besar kontemporari yang menempelak sikap pelampau Wahhabiy ialah : Syeikh Umar Hasyim (mantan Rektor al-Azhar), Syeikh Ali Jumaah (Mufti Mesir- Mufti ini sendiri pernah ditumbuk pelampau Wahhabiy dalam satu masjid selepas beliau mengatakan harus menyambut maulid Nabi SAW) sebahagian besar ulamak al-Azhar al-Syarif, Dr Yusof al-Qardawi (Qatar) Syeikh Yusuf Hasyim al-Rifaie (Kuwait),Syeikh Jamil Halim al-Husaini, Syeikh Ahmad 'Ajour (Lubnan) Syeikh Ahmad Khalili (Mufti Oman), Syeikh Nuh al-Qudah (Mufti Jordan), Syeikh Hassan al-Saqqaf (Jordan) Syeikh Nuh Keller (US) Syeikh Salim Ulwan al-Hasani (AUS), Syeikh Wahbah Mustafa al-Zuhaili, Syeikh Usamah Sayyid (Mesir), Syeikh Mutwalli Sya’rawi (Mesir), Syeikh Mahmud Said Mamduh (UAE), Syeikh Ibrahim al-Kattani, Habib Umar al-Hafiz, Habib Anis al-Musawa (Yaman) dan ramai lagi.


Di nusantara pula sebahagian besar ulamak yang beraliran tardisi-talaqqi menolak fahaman Wahhabiy. Antara ulamak nusantara yang mengkritik keras fahaman Wahhabiy ialah :

1) Syeikh PaK Da Eil al-Fathani dan sebahagian besar ulamak Fathoni
2) Syeikh Abdullah Fahim
3) Syeikh Hj Yahya Kupang
4) Syeikh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fathoni
5) Tok Kenali, Tok Selehong, Tok Pulau Pisang, Tok Ku Paloh
6) Syeikh Abdullah Fahim, Habib Ali al-Jufri, Habib Anis Solo (Indon)
7) Syeikh Pak Chu Him Gajah Mati, Tn Guru Hj Lah Lubok Tapah, Tn Guru Hj Hasyim, Pasir Tumboh
8) Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh Habib Noh
9) Syeikh Alwi binTohir al-Hadd, Kiyai Hj Sirajuddin Abbas, Syeikh Mustafa Suhaimi DLL
10) Para Mufti dari Brunei, Singapore, Kemboja, MUI, Mufti Malaysia (kecuali Perlis) semuanya menolak Wahhabiy.


Hakikat ini diketahui semua termasuklah bagi mereka yang bertindak sebagai pendakwah Wahhabiy. Namun, terpulang bagi mereka samada mendustakan hakikat atau terus ingin menggunakan metodologi wahhabiy bagi menyanggah fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana : akidah (Asyairah/maturidiyyah), feqah (mazhab jumhur ulamak) atau tasawwuf (Sufi yang Haq). Atau mereka juga tetap ingin bersikap keras kepala dengan para alim ulamak Sunni di atas. Kenyataan ini membuktikan kepada kita bahawa tiada yang misteri dalam fahaman Wahhabiy. Istilah Misteri sepatutnya dilabelkan kpd sesiapa yang bersungguh2 memperjuangkan Wahhabiy. Kenapa mereka menghabiskan duit yang banyak dan bermati-matian menyebarkan Wahhabiy. Ini satu misteri. Bersambung di sesi akan datang. InsYa Allah. Semoga kita semua mendapat hidayah Allah.

Monday, July 6, 2009

WAHHABIY BUKAN MISTERI

Mengklasifikasi Istilah Wahhabiy sbg Misteri adalah sesuatu yang batil. Apatah lagi utk menyamaratakan Misteri Wahhabiy dgn Misteri Nusantara. Jenama Wahhabiy umumnya sudah diketahui lebih 200 tahun lalu. Manakala Misteri adalah sesuatu yang kabur, keliru, tiada sebarang penjelasan @ kesudahan.


PENDAHULUAN

Saya tidak terkejut apabila diberitahu seorang sahabat bahawa Dr Mohd Asri bin Abdul Talib @ Zainul Abidin ada menulis MISTERI ISTILAH WAHHABI di ruangan rencana di Mingguan Malaysia pada 05/07/2009. Beliau memang terkenal dengan minda lacut dalam mengkritik dan tidak jujur dalam menganalisa fakta. Bahkan sering dilihat sentiasa mempertahankan sesuatu dengan sentimen perasaan walaupun tidak berasaskan kepada hujjah yang kukuh.


MERUJUK SUMBER ORIENTALIS

Adalah tidak bijak bagi seseorang bekas mufti memulakan tulisan dengan merujuk kpd penulis barat dalam membuat penilaian tentang aliran pemikiran Islam. Nampaknya beliau lebih mempercayai sarjana barat dari ulamak Islam itu sendiri. Al-maklumlah, baru bari dari UK katakan. Disebalik teoritikal ini, beliau sebenarnya menjelaskan pekungnya yang tidak mengindahkan firman Allah SWT pada surah al-Hujuraat ayat 6. Beliau juga tidak berpegang dengan tradisi ilmu hadis yang menekankan kepentingan Isnad. Sebagaimana kata Ibn Mubarak : Isnad itu sebahagian dari agama. Jika tanpa isnad nescaya seseorang boleh berkata (mendakwa) apa sahaja yang dikehendakinya.” Nampaknya, beliau (yang pernah mendabik dada dengan ilmu hadis) sendiri menodai ilmu hadis yang dipelajarinya.


Nasihat saya, janganlah kita bersikap takabbur dengan kajian orientalis yang tidak beriman berbanding ulamak Islam yang lebih memahami ayat-ayat Allah. Apatah lagi ingin menggunakan kajian orientalis untuk membicarakan tentang aliran pemikiran dalam Islam. Hayhata – hayhata.


JAHIL TENTANG ‘MISTERI’

Saya tersenyum sendirian mengenangkan tajuk artikel bekas Mufti Perlis MISTERI ISTILAH WAHHABI. Pada pemerhatian saya beliau sendiri tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan lafaz misteri itu sendiri. Menurut Kamus Dewan : Misteri bermaksud peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan. Misteri juga merujuk kepada cerita, filem, dll yg menimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi. Misteri juga bermaksud orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan. Contoh ayat berbunyi : Banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari jawapannya (Kamus Dewan, 2007, Edisi ke 4, hlm 1037)

Kesimpulannnya, perkataan ‘misteri’ hanya layak digunakan untuk sesuatu unsur yang tidak dapat diterangkan, tidak diketahui, mempunyai saspens lantaran kedapatan fakta-fakta kabur, membingungkan @ tersembunyi.

Sedangkan istilah Wahhabi sudah sekian lama terpahat dalam sejarah Islam. Ia bermula dengan kemunculan fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab hingga kini. Ditambah pula dengan penjelasan demi penjelasan alim ulamak itu sendiri. Ikuti penjelasan kami tentang istilah Wahhabiy dalam posting yang akan datang.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo