Tuesday, September 1, 2009

3 SEKAWAN BAHAYA


Pemikiran Wahhabiyah tidak sesuai diamal kerana dikhuatiri boleh pecah belah ummah


FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman (Wahhabiy), Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh.


Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan (bahawa) masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara (ini) tidak didedahkan. "Ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden. (Mereka sebenarnya ingin memodenkan) masyarakat kepada aliran (pemikiran) Islam liberal. Kita bimbang jika masyarakat tidak didedahkan dengan fahaman yang betul mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah (pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan) nescaya kita akan berdepan pelbagai masalah termasuk boleh (memberi ancaman) kepada keselamatan negara," katanya.


Ketika ditanya, Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahhabiy dan Islam liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Razali Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab Syafi'ie. Beliau berkata, setakat ini JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan. "Pelbagai tindakan pencegahan dilakukan JAKIM dan JAKIM bagi mengelakkan fahaman itu menjadi serius sama ada melalui fatwa dikeluarkan, majlis penerangan di pelbagai peringkat masyarakat dan tindakan undang-undang terhadap penganut fahaman berkenaan," katanya.


Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza. Syiah diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah ialah imam adalah maksum, khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mutaah (dan banyak lagi penyelewengan).

Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat. Razali berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal seperti berlaku di Indonesia.

Bagaimanapun katanya, wujud fenomena liberal dalam kalangan organisasi dan individu tertentu yang sentiasa dipantau serta dikaji oleh pihak berkuasa agama. Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25- 27 Julai 2006 membincangkan "Aliran Pemikiran Islam Liberal" dan memutuskan aliran itu adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. "Antara kesesatan pemikiran itu ialah berpegang kepada konsep pluralisme agama, meragui ketulenan al-Quran, menggesa tafsiran baru konsep ibadat, mempertikaikan kredibiliti Nabi SAW dan mempertikaikan hukum-hakam yang muktamad," katanya. Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya'irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi'ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani. Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia ada. Hakikatnya fahaman Wahhabiy tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.


Nota : Di edit dari wartawan : Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Agama/20090825013128/Article/index_html
25/08/09. Tulisan dlm kurungan adalah editan dari Tuan Blog.


Kesimpulan :

1) Fahaman Wahhabiy, Syiah dan Islam Liberal adalah bertentangan dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Kewujudan aliran ini bukan sekadar mengganggu-gugat keharmonian fahaman dan amalan, tetapi tindakan mereka yang ekstrem mampu mengancam keselamatan negara. Oleh itu, ianya perlu dibendung sehingga ke akar umbi.


2) Bersama kita semarakkan program Pemantapan Akidah di semua peringkat dalam mendedahkan penyelewengan yang terdapat pada fahaman ini supaya masyarakat jelas dgn fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.


3) Tiba masanya undang-undang sivil dan syariah diperkasakan bagi tujuan mengawal kesucian akidah dan pematuhan kepada peraturan syarak dari dicemari oleh golongan ekstrem dan golongan yang tidak bertanggungjawab. Awas, TIGA SEKAWAN! Wahhabiy, Syiah dan Liberal, kami akan menggempur kamu! BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

10 comments:

Ibn Salleh. said...

Salam,untuk mengekang penularan Syiah dan Islam liberal, mungkin boleh dilakukan.Namun utk mengekang pengaruh Wahabiy, ternyata agak sukar utk dilaksanakan.Ini disebabkan oleh:
1) Pemuka2 Wahabi masih bebas menyampaikan fahamannya di kaca2 telivisyen dan radio.
2) Pemuka2 Wahabi juga diberi cukup ruang dalam penulisan di akhbar2 tempatan.
3)Pemuka2 Wahabi juga dijemput utk berceramah tentang pemahaman aqidah dengan sokongan Pak-Pak menteri.
4)Pihak berwajib agama sendiri tidak serius utk mengekang pemahaman ini, malah ada di antara kakitangan dari jabatan agama sendiri berfikiran Wahabi.
5)Mereka yg berjuang utk mengekang Wahabi hanyalah beberapa kerat sahaja, sedangkan yg lain menganggapnya isu kecil yg sengaja diperbesarkan.
6)Kekuatan dana yg dimiliki oleh Wahabi membolehkan mereka terus berkembang dengan cepatnya.
7)Tidak ramai penceramah yg berani memberi penjelasan kepada orangramai tentang Wahabi kerana mereka sendiri juga keliru apa itu Wahabi.
8)Ketaksuban orangramai kepada mereka yang bergelar "Sarjana" sehinggakan menganggap apa yg disampaikan oleh golongan ini benar belaka.
9)Pengaruh politik juga telah membantu utk berkembangnya fahaman Wahabi ini.
10)Lambakan buku2 yang ditulis oleh pemuka2 Wahabi tidak disekat, malah ianya mudah utk dibawa masuk tanpa ada pemantauan.

Oleh itu, penerangan hanyalah boleh disampaikan kepada mereka2 yang belum lagi dijangkiti virus Wahabi, sedangkan yg sudah dijangkiti, rasanya mereka lebih hebat dari guru2 mereka sendiri jika berhujah.

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran Ya akhie, ana sedia maklum dgn point yg antum titipkan dibawah. Ana sedang berusaha sedaya upaya utk mengatasi luahan antum. Doakan, Insya Allah, Allah akan memberi kekuatan kepada kita dlm mengatasi isu pencemaran akidah ini. Barakallahu fikum. Wa syukran.

Al-Humairah said...

Satu perbincangan yang serius perlu dilakukan oleh pihak yang berkaitan dengan pemuka2 Wahabiy ini samada secara terbuka atau tertutup.

Saya mendapati perkembangan dan pengaruh Wahabiy begitu kuat di institusi pengajian tinggi, sektor swasta, jabatan-jabatan kerajaan, surau2 dan masjid2 terutamanya dari golongan cerdik pandai dan terpelajar.

Saya pernah cuba berhujah dengan mereka yang terpengaruh dengan aliran ini dan didapati apa yang mereka sampaikan begitu mantap dengan rujukan dari tafsiran alQur'an dan hadis2 yang sahih.

Jika dibiarkan lebih lama, aliran ini akan menjadi pilihan arus perdana.

PAKAR BATU said...

VIRUS WAHABI DAN VIRUS BABI H1NI MENJADI PANDEMIK PERDANA!

Saya bersetuju dengan komentar dari HAMBA ALLAH mengenai bahayanya ancaman pandemik virus selsema wahabi sebagaimana bahayanya selsema babi H1N1 yang menular sekarang.

Ya, bukan senang hendak memerangi wahabi yang telahpun lama berakar umbi dalam dunia Islam, yang merupakan derivative daripada fahaman Khawarijj yang wujud di zaman khalifah terdahulu.

Sebenarnya, golongan wahabi tajaan yahudi serta imperialis (Inggeris dan Amerika) telahpun lama berusaha menjatuhkan system Khilafah Islam bagi menghancurkan umat ini dan menggantikan dengan system kufur sekular sepertimana yang kedapatan hari ini.

Tanpa kerjasma golongan sekular, terutamanya politikus-politikus tajaan Barat, sudah tentunya golongan wahabi sukar mengembangkan sayapnya di seluruh pelosok dunia Islam.

Ingat lagi tak kepada sejarah kemasukan wahabi ke perlis (sejarah tempatan)? Bukankah tanpa dokongan politikus, sukar untuk mereka mendapat tempat di hati pemerintah negeri? Manakala politikus-politikus “desparado” pula memerlukan sokongan golongan yang “dilihat beragama” bagi memperlihatkan keislaman mereka serta bagi menyekat perjuangan golongan ahlus-sunnah yang sebenar.

Kerjasama semua pihak diperlukan bagi menyekat bukan sahaja fahaman wahabi, tetapi golongan sekular serta penyokong-penyokong kekesatan wahabi di nusantara khasnya dan di dunia Islam amnya.

Ingatlah bahawa Allah memberikan jaminan kejayaan kepada golongan yang benar (ahlul-haq). System khilafah Islam akan kembali memerintah dunia serta akan menghapuskan segala bentuk kezaliman dan diganti dengan keadilanhakiki. Khalifah juga akan membasmi segala fahaman serta ajaran-ajaran yang sesat lagi karut-marut serta memayungi rakyat jelata dengan keadilan system Islam yang mendapat rahmat Ilahi. Amin!

PAKAR BATU said...

VIRUS SELSEMA WAHABI DAN SELSEMA BABI AKAN MENJADI PANDEMIK PERDANA !

Saya bersetuju dengan komentar dari HAMBA ALLAH mengenai bahayanya ancaman pandemik virus selsema wahabi sebagaimana bahayanya selsema babi H1N1 yang menular sekarang.

Ya, bukan senang hendak memerangi wahabi yang telahpun lama berakar umbi dalam dunia Islam, yang merupakan derivative daripada fahaman Khawarijj yang wujud di zaman khalifah terdahulu.

Sebenarnya, golongan wahabi tajaan yahudi serta imperialis (Inggeris dan Amerika) telahpun lama berusaha menjatuhkan system Khilafah Islam bagi menghancurkan umat ini dan menggantikan dengan system kufur sekular sepertimana yang kedapatan hari ini.

Tanpa kerjasma golongan sekular, terutamanya politikus-politikus tajaan Barat, sudah tentunya golongan wahabi sukar mengembangkan sayapnya di seluruh pelosok dunia Islam.

Ingat lagi tak kepada sejarah kemasukan wahabi ke perlis (sejarah tempatan)? Bukankah tanpa dokongan politikus, sukar untuk mereka mendapat tempat di hati pemerintah negeri? Manakala politikus-politikus “desparado” pula memerlukan sokongan golongan yang “dilihat beragama” bagi memperlihatkan keislaman mereka serta bagi menyekat perjuangan golongan ahlus-sunnah yang sebenar.

Kerjasama semua pihak diperlukan bagi menyekat bukan sahaja fahaman wahabi, tetapi golongan sekular serta penyokong-penyokong kekesatan wahabi di nusantara khasnya dan di dunia Islam amnya.

Ingatlah bahawa Allah memberikan jaminan kejayaan kepada golongan yang benar (ahlul-haq). System khilafah Islam akan kembali memerintah dunia serta akan menghapuskan segala bentuk kezaliman dan diganti dengan keadilanhakiki. Khalifah juga akan membasmi segala fahaman serta ajaran-ajaran yang sesat lagi karut-marut serta memayungi rakyat jelata dengan keadilan system Islam yang mendapat rahmat Ilahi. Amin!

Al-Humairah said...

Seperti satu kebenaran jika dikatakan Virus Wahabi telah menjadi pandemik perdana. Penularannya memang dirasakan semakin membimbangkan. Jika untuk mengelak penularan H1N1 mungkin boleh memakai topeng muka atau kerap membasuh tangan tetapi untuk mengekang penularan Wahabi tidak tahu pula bagaimana.

Benarlah golongan muda dan terpelajar begitu mudah menerima fahaman ini. Pengaruh kepada pemikiran pemuka Wahabi terutamanya Dr Asri telah meresap dan menyelinap masuk ke merata ceruk. Dr Asri telah diterima oleh ramai golongan termasuk ahli akedemik, menteri-menteri dan pimpinan dari kerajaan dan pembangkang.

Saya difahamkan beliau sering diundang untuk memberi penerangan dan ceramah kepada pegawai-pegawai atasan kerajaan. Difahamkan juga bahawa pada minggu hadapan beliau telah dijemput sekali lagi untuk memberi ceramah kepada pimpinan negara di PWTC.

Suaranya dan tulisannya telah masuk dengan mudah ke setiap rumah dengan keghairahan pihak media memberinya tempat di tv dan terkini di astro. Tulisannya di akhbar Mingguan dan di Star Melayu dikatakan menjadi begitu hit dan mendapat perhatian ramai. Saya tidak faham, mengapa hanya dalam tempoh dua tahun menjadi mufti, beliau begitu menonjol di tengah masyarakat berbanding mufti-mufti dan golongan agama yang lain?

Saya terjumpa di youtube ceramah-ceramah beliau di luar negara terutama kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana jika tidak silap di Republik Chez, Jerman, Perancis dan terutamanya di UK. Pelajar-pelajar ini adalah bakal menjadi pimpinan masyarakat dan negara. Mereka mungkin akan menjadi agen menyebarkan fahaman Wahabi di tanahair nanti.

Jika perkembangan ini lambat dibendung, dibimbangi akan benar-benar memberi ancaman kepada pemikiran yang menjadi pegangan ibu ayah dan nenek-moyang kita selama ini. Pihak berkuasa harus segera menyekat virus ini. Tuan punya blog ini tentu lebih mengetahui apakah cara terbaik untuk menanganinya.

Ahmad Firdaus Fuzai said...

mengganggu gugat keamanan negara? Apa lagi? Kalau bagi kat Hishamudin nih, mau di sumbat masuk ISA jek kot ustaz? huhu

-student ustaz di USIM -

akitiano said...

Salams Ustaz....boleh tak tolong ana...ana perlukan kitab tanaqud al-Albani....ana pelajar pesantren di Jawa timur...sekarang di pondok ana sedang menulis buku menolak wahhabiy...tapi kami kekurangan kitab tersebut..tolong informkan kepada saya bagaimana saya hendak mendapat kitab tersebut...karena di Jawa tidak ada yang jual ustaz...

premier65 said...

salam smua,ana dari Unit Hidayah MAFAA atau anak-anak kapal kabin muslim turut bersetuju sangat2 dengan tindakan undang2 diperkasa bagi membendung 3 sekawan bahaya itu..dlm committee kami ada juga yang pngikut al salafi atau wahabi terang2 depa ni mengakui..tapi ana ikut nasihat tok guru dengan menangani mereka dengan berkasihsayang..kasi enjoy..dan nasihat menasihati..alhamdulillah tapi ana dan sahabat yg lain mengambil sikap berwaspada menghadapi mereka...insyaallah

Unknown said...

Assalamu`alaikum ...

Visit Bil.