Khawarij ialah golongan yang mendurhakai pemerintahan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah sebagai khalifah keempat umat Islam. Lebih teruk dari itu Khawarij mengkafirkan sebahagian besar dari kalangan sahabat Nabi SAW. (al-Farq Bayna al-Firaq, al-Baghdadi, 1994, hlm 74).
Jika kita merenung sejarah peradaban Islam, Di Zaman Nabi SAW, Baginda terpaksa menghadapi ancaman Musyrikin Makkah, Ancaman Gerakan Yahudi Madinah. Al-Hamdulillah Baginda berjaya mengatasi ancaman ekstremis diatas dengan bantuan Allah SWT. Sayyidina Abu Bakr RA pula terpaksa berhadapan dengan ancaman Golongan Murtad (Nabi Palsu) dan golongan yang enggan membayar Zakat. Di zaman pemerintahan Sayyidina Uthman suasana agak harmoni sedikit. Melainkan timbul beberapa isu dalaman pemerintahan yang berlaku. Namun di zaman Sayyidina Ali KWH, muncul pula golongan Syiah yang mendewa-dewakan beliau. Golongan Syiah ini terbahagi kepada 19 puak. (al-Baghdadi, 1994, hlm 38). Kemudiannya muncul pula puak Khawarij yg dipimpin Urwah bin Hudair al-Khariji, Yazid bin 'Asim al-Muharibiy DLL. ( al-Baghdadi, hlm 75)
IMAM Abu Muzaffar al-Isfarayni (meninggal dunia 471 Hijrah) ada menulis mengenai Khawarij dalam kitabnya berjudul, al-Tabsir fi al-din wa-tamyiz al-firqah al-najiyah an al-firaq al-halikin (Pemerhatian pada agama dan perbezaan puak yang selamat daripada puak yang binasa).
Mengikut al-Isfarayni, kumpulan Khawarij berjumlah 20 puak. Mereka mempunyai tiga doktrin yang sama. Pertama, semua puak Khawarij mendakwa bahawa Khalifah Ali bin Abi Talib, Khalifah Uthman al-Affan, mereka yang terbabit dalam Peperangan Unta, dua wakil dalam Majlis Tahkim dan sesiapa yang meredai dengan kedua-dua wakil itu adalah kafir.
Analisa : Berdasarkan kepada keterangan ini jelas kepada kita bahawa golongan yang mengasaskan doktrin Takfir (mengkafirkan org lain yg tidak sehaluan dgn mereka) adalah golongan Khawarij. Oleh yg demikian, jika mana-mana individu @ golongan yang suka mengkafirkan orang lain dengan sewenang-wenangnya (tanpa menggunakan kaedah syarak yg jelas) maka dia layak dianggap sebagai khawarij zaman moden.
Kedua, semua puak Khawarij menyangka bahawa setiap orang yang melakukan dosa daripada umat Nabi Muhammad SAW adalah kafir dan pelaku dosa itu kekal dalam neraka.
Analisa : Sangkaan dalam tradisi Khawarij bukan lagi sesuatu yang samar-samar. Tetapi kalimah 'sangkaan' disini merujuk kepada tuduhan golongan khawarij terhadap golongan yang tidak selari dengan pandangan mereka. Bagi golongan ini, sesiapa sahaja yang melakukan dosa besar dikira kekal dalam neraka. Doktrin ini agak sinonim dengan golongan yang mendakwa diri mereka dgn 'Salafi @ Salafiyyah @ golongan Sunnah. Mereka seringkali didapati suka menuduh amalan furuk (fadha'il @ sunat) sebagai amalan bid'ah yang sesat, amalan syirik, khurafat, tidak sunnah, Nabi SAW tak buat dan lain-lain. Ternyata tuduhan yang diamal oleh mereka ini sebenarnya diadaptasi dari doktrin Khawarij yang cuba memperkenalkan Islam dengan wajah yang keras dan bengis.
Ketiga, semua puak Khawarij mengharuskan atau membolehkan menentang imam yang zalim dengan senjata. (al-Asfirayni 1940: 26)
Analisa : Dalam konteks Malaysia, tindakan menentang pemerintah dgn menggunakan kekerasan dan senjata telah berlaku pada zaman pasca kemerdekaan lagi. Lihatlah kepada kes ajaran sesat Bukit Soga yang menyerang Balai Polis Batu Pahat. Kes pengikut ekstrem yang cuba menetak polis di Rantau Panjang, Kelantan. Kes Dr Azhari dan Nordin Mohd Top yang memporak perandakan seluruh Indonesia dengan siri pengeboman berani mati. Kes beberapa pengikut JI Malaysia (kini dibawah tahanan ISA) yang ingin meletupkan beberapa tempat strategik di negara kita tetapi berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa. Kesemua ini dilakukan atas nama JIHAD. Bagi mereka, Malaysia bukan sebuah negara tauhid. Sebaliknya sebuah negara syirik! tidakkah ini manifestasi dari fahaman Khawarij Modern yang cuba melestarikan Islam dengan fahaman ekstrem. Mereka yang hatinya telah ditakluk nafsu dan syaitan mudah sahaja melakukan tindakan membelakangi keimanan.
Memandangkan fahaman ini semakin berkembang biak seluruh dunia dan sudah bertapak di nusantara kita, semua pihak berkuasa diminta proaktif dalam membendung penularannya. Saya perhatikan ia bukan sekadar doktrin. Tetapi fahaman ini boleh bertukar menjadi gerakan yang cukup merbahaya apabila ia menggunakan jenama yang baik dan disistematik dgn penglibatan tokoh politik. Jika tidak dibendung ia pasti memberi ancaman kepada nama baik agama dan keselamatan negara. Negara Kita Tanggungjawab Kita.!
3 comments:
Salam, adakalanya menentang pemerintah yg zalim tidak bererti khawarij.Saya pernah diberi tahu ada ulama yg ditahan di bawah ISA sehinggakan ustaz yg mentarbiahkan tahanan di situ menjadikan ulama yg ditahan sebagai rujukan mereka.Tuan-tuan Guru spt Nik Aziz, Haroon Din,Almarhum Ishak Baharom dan ramai lagi dihina dan diperkotak-katikkan kerana pandangan mereka menegakkan kebenaran.Adakah mereka juga khawarij?Berapa ramai ulama-ulama bisu tidak berani menegur kemungkaran pemerintah demi menjaga periuk nasi dan kerusi empuk mereka.Kalau nak berceramah di masjid kena jadi tukang ampu kerajaan walaupun tak betul.Nak baca khutbah kena ampu kerajaan.Umat Islam telah didedahkan dengan ilmu Islam yg lebih luas utk membezakan yang mana batil dan yang mana kebenaran.Maka sudah ramai yg celik utk memilih Islam sebenar atau Islam plastik.
Salam Dakwah Orang Awam,
Pemerintah sekarang masih dianggap Muslim jika masih menegakkan Rukun Islam & Rukun Iman demi yakin serta mengucap 2 kalimah syahadah.
Ungkapan yg lebih tepat adalah golongan fasik.
Penentangan hatta penahanan yg aman & wasilah perjuangan politik yg berbeza tanpa huru hara & pertumpahan darah tidak boleh dikategorikan sebagai khawarij.
Maksud Ust Zamihan lebih dituju kepada golongan ekstrem jihad yg bertunjangkan pandangan salafi wahabi.
Inilah golongan Khawarij moden yg sebenarnya yg saya fikir dimaksudkan oleh beliau.
Oleh itu agak hairan mengapa Dr Azwira contohnya dalam artikel2 beliau hanya menyimpulkan Ahbash sebagai Khawarij moden tetapi tidak golongan ekstrem & memporak porandakan umat dari wahabi sendiri seperti JI & Al-Qaeda atau individu2 seperti Rasul Dahri atau Sheikh Muqbil Hadi?
Mengapa ada ketidaksamaan dalam kontek ini?
Wallahualam.
Salam,...betul jangan jadi puak khawarij macam tukang arak kepala lembu,,,menghina islam je wlaupun kononnya pembela melayuu
inilah bahaya faham assaabiyyahhhhhhh
Post a Comment