Wednesday, September 9, 2009

HAPUSKAN SEGERA RASUL PALSU

Rasul Melayu al-Kazzab bersama cucunya sdg memberi wahyu kepada ikannya di sebuah kolam di Ulu Yam. Padahal ikan dan makhluk yang lain pun turun melaknat beliau kerana pengakuannya sbg Rasul.

Rasul Palsu Kahar (baju putih) sewaktu berada disebuah pondok persembunyian di Ulu Yam, Selangor. Rasul palsu yang mahir dengan ilmu ghaib yang tinggi.


Fenomena orang Islam mengaku jadi Wali, Nabi dan Rasul Palsu sentiasa ada. Tak pernah pula kedengaran ada orang yang mendakwa dia adalah Jin, Setan @ Malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT ke muka bumi ini. Atau dia adalah Dewa Hindu, Tuhan Budha, Tuhan Kristian. Kenapa? Sebabnya mudah sahaja. Lantaran kedudukan Para Wali, Anbiya dan Para Rasul itu mulia, maka manusia yang durjana cuba mengambil alih jawatan kemuliaan berkenaan. Padahal portfolio Nabi dan Para Rasul telah berjaya disempurnakan oleh Nabi kita Muhammad SAW sebagai Utusan Allah dan Penutup segala Nabi (al-Ahzab 40).

Salah seorang makhluk perosak kepada akidah ummat ialah Kahar bin Ahmad. Beliau pernah mendakwa dirinya sebagai Rasul Melayu. Kemudiannya meletak jawatan sebagai helah untuk tidak diburu oleh pemerintah. Tetapi masih mengaktifkan ajaran di sekitar lembah Klang dan beberapa kawasan pedalaman. Saya sendiri pernah bersama dengan Dato Mufti Selangor, Dato Timblan Mufti dan AJK Fatwa Selangor turun ke Kg Kemensah bagi menjelaskan penyelewengan Kahar Ahmad. Al-hamdulillah agak reda seketika, namun ajaran songsang ni hidup balik walau setelah dijatuhkan hukuman ‘sesat lagi menyesatkan’ oleh Mahkamah Syariah.

Kini, Kahar lari bersembunyi. Walau JAIS menawarkan RM20,000, beliau masih gagal ditangkap. Dalam pelarian, anaknya pula, Zul Kahar bertindak sebagai moderator untuk menyampaikan wahyu yang kononnya diperolehi bapanya itu melalui blog : http://messengerofgodtoday.blogspot.com. Atas tema : The Mighty Servant @ Hj Kahar.

Blog ini dijadikan pengkalan oleh mereka untuk menyampaikan Wahyu Tembelang Kahar kepada para pengikut yang masih setia dan baru beriman. Menerusi blog ini, jelas kepada kita kesesatan, penyelewengan dan pemurtadan yang dilakukan Kahar Ahmad dan pengikut fanatiknya. Ia dapat difokuskan seperti berikut :

1) Kahar bin Ahmad masih mendakwa dirinya sebagai Rasul Melayu.
2) Ajaran Kahar Ahmad menafsirkan Al-Qur’an sesuka hati dan sesedap rasa (bil Ra’yi)
3) Menuduh pihak berkuasa agama terutamanya JAIS dan MAIS dan sesiapa sahaja yang mengingkari kerasulannya sebagai penentang Al-Qur’an/Allah SWT
4) Mendakwa Allah SWT tidak hanya menurunkan Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW sahaja. Bahkan diurunkan surah Yaasiin kepadanya sebagai bukti Rasul Melayu
5) Mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya pasti ke syurga disebabkan kerasulannya itu
6) Mengancam pihak berkuasa agama yang ingin mengambil tindakan ke atasnya.
7) Kahar Ahmad dan pengikut-pengikutnya bukan sekadar murtad. Tetapi mereka giat berdakwah untuk memurtadkan umat Islam di Negara ini.

LANGKAH BANTERAS

1) Pihak Berkuasa seperti JAKIM, JAIS dan lain-lain seharusnya lebih agresif dalam menangani jaran sesat. Ini kerana ia dikira virus paling merbahaya dan merupakan jenayah paling berat dalam Islam. Pembawanya murtad dan memurtadkan umat ini. Justeru, pihak berkuasa agama sepatutnya mempunyai kerjasama yang erat dgn pihak keselamatan dalam membanteras gejala ini. Bukannya mengharapkan seorang dua pegawai bergerak atas inisiatif sendiri.

2) Undang-undang Kanun Jenayah Syariah, Akta 559- 1997 yang digunapakai diseluruh negara atas nama Sultan sebagai ketua Agama Islam tidak releven dan tidak syar’ie. Oleh itu ia perlu dipinda dari maksima 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6X sebatan kepada Hudud, Qisas dan Takzir. Kenapa kita tidak yakin dengan hukum Allah SWT? Ini soal dasar, sepatutnya Para Sultan dan pemimpin aktif dalam isu2 akidah. Siapakah yang menjadi pemerintah di akhirat nanti? Allahu Allah!

3) Paling minima pun khusus untuk pengasas dan penyebar ajaran sesat dikenakan 20 tahun penjara dan 40 sebatan dan wajib menjalani pemulihan akidah. Hukuman ini membolehkan ajaran berkenaan disekat dan penyebarnya kembali bertaubat.

4) Konsep pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu amatlah diperlukan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat tentang bahaya ajaran sesat. Bahkan melantik mereka sebagai informer kerajaan dalam isu ini.

Akhirnya, saya menyeru kepada semua pihak samada individu, persatuan, pertubuhan, pasukan keselamatan dan Jabatan Agama untuk bangun dari mimpi yang lena. Marilah kita bersatu hati, gembeleng tenaga dan usaha untuk menghapuskan ajaran sesat ini dengan pelbagai cara apa sekalipun. Anda patut sayang akidah anda, saudara seislam anda dan agama anda dari terus dinodai insan-insan yang durjana. Hapuskan Akidah bid’ah, marilah hidupkan Akidah Sunniyyah. Sesiapa yang ada sebarang maklumat, atau Kahar Ahmad, anaknya dan pengikutnya ingin berhujjah dgn tuan blog, hubungi saya : Zamihan : 012 2465518 @ 03 8921 8449 (P). Takbir!.

4 comments:

Ibn Salleh. said...

Salam, sepatutnya pihak berwajib lebih serius apabila menangani isu Hj Kahar.Kenapa tidak terus ditahan di bawah tahanan ISA sewaktu mula2 beliau diberkas?Sedangkan apabila ada Ustaz2 (Contoh:Ust Badrul Amin) menyampaikan kebenaran ditahan dengan kezaliman.Hj. Kahar terlepas kerana ajaran dan undang2 Islam tidak dilaksanakan dengan penuh keyakinan malah diubah-ubah sesuka hati oleh pemerintah.Apabila pemerintah tidak serius utk melaksanakan hukum-hakam Islam, maka pihak musuh-musuh Islam ataupun orang Islam yang jahil, mula memperkotak-katikkan undang-undang Islam.Teringat saya khutbah Jumaat 2 minggu lepas di Masjid Airpot Subang(Masjid Hijau/Putih)khatib berkata,"Kebanyakan menteri nampak cerdik bila tidak bercakap, tetapi kejahilan dan kebodohan mereka terserlah apabila cuba bercakap tentang hukum Islam" (merujuk kes Kartika).Inilah tidak seriusnya hukum Islam dilaksanakan di negara yg mendakwa agama resminya Islam.

Prebet Lapok RELA said...

Mungkin pihak berkuasa agama sudah mencuba, tetapi mungkin orang2 sebegini ada 'orang kuat' yang menjaganya (seperti politician dsb) sebab itulah kesnya berjalan dengan amat lambat sekali.....

tombong said...

salam ya ustaz

saya tgk semakin hari semakin menjadi2 kahar & the gang update blognye tu..makin panas hati saya

Ibn Salleh. said...

Salam, Hj Kahar dah kena tangkap, alhamdulillah.

Visit Bil.