Sunday, March 20, 2011

Isu Bible Berbahasa Melayu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Suci daripada sekalian kelemahan. Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad Rasul yang diutuskan kepada sekalian alam, seluruh ahli keluarga Baginda dan sekalian para Sahabat Baginda.

PEMBELA, sebagai sebuah gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan antaranya termasuk MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, ISMA, RICOI, PUMPP, MACMA dan pertubuhan-pertubuhan lain yang mewakili suara majoriti umat Islam di tanahair, ingin mengingatkan pemimpin politik, agama dan masyarakat awam umumnya dalam pelbagai aliran dan anutan supaya menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, peruntukan khas buat Agama Islam selama ini tidak pernah menjejaskan para penganut agama bukan Islam untuk mengamalkan mahupun menghayati amalan agama-agama mereka sesuai dengan semangat yang terkandung di dalam Perlembagaan. Penghakisan kefahaman dan semangat ini akan turut menghakis kestabilan dan keutuhan negara yang berbilang kaum dan agama yang mampu menikmati pembangunan dan keamanan sejak Kemerdekaan hingga ke hari ini.

Sehubungan dengan itu, PEMBELA ingin menegaskan dan menasihatkan para pemimpin politik dan agama supaya tidak memperalatkan isu-isu keagamaan bagi memenuhi agenda politik dan agama masing-masing. Pelbagai usaha, khususnya menjelang pilihanraya kecil dan pilihanraya Sarawak yang jelas akan menerbitkan provokasi agama dengan tujuan politik sebenarnya hanya akan mengundang padah kepada kestabilan dan keutuhan negara. Provokasi di dalam hal-hal berkaitan sensitiviti keagamaan dan tindakan-tindakan tersebut memungkinkan reaksi yang keterlaluan dan emosional dari pihak penganut Islam mahupun yang bukan Islam.

Dalam konteks isu berkaitan dengan perlepasan Bible Berbahasa Melayu seperti juga isu-isu yang bersamaan dengannya iaitu isu penggunaan kalimah Allah haruslah diselesaikan di luar dari percaturan yang membawa kepada sentimen agama, sensasi media massa mahupun kepentingan politik. Isu agama sama sekali tidak harus menjadi bidaan di dalam waktu pilihanraya khususnya di dalam konteks Islam yang mempercayai kepercayaan agama adalah milik Allah dan bukan atas dasar toleransi politik mahupun suara ramai. Kami berpandangan bahawa, persoalan yang lebih mendasar dalam soal pelepasan Bible Berbahasa Melayu ini ialah penggunaan istilah-istilah khusus dalam aqidah Islam kepada makna-makna dalam agama Kristian yang boleh mengubah makna istilah-istilah itu serta mengelirukan masyarakat.

Bagi mengelakkan provokasi yang berterusan dan kekeliruan terhadap mana-mana agama maka PEMBELA menggesa pemimpin politik dan agama supaya bersikap lebih matang dan berwibawa di dalam menyampaikan tuntutan masing-masing. Misalnya kami berasa sangat kesal membaca kenyataan-kenyataan bernada angkuh dan kasar pimpinan CFM dan MCA terhadap tawaran bersyarat daripada pihak kerajaan yang kami kira sudahpun merupakan suatu langkah kompromi. Sikap sebegini adalah tidak patriotik dan sangat tidak sihat bagi keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita. PEMBELA berpandangan bahawa pihak berkuasa perlu bertegas terhadap mana-mana pihak yang terlalu provokatif dalam isu-isu seumpama ini dan perlu memastikan keharmonian di antara kaum yang dikecapi selama ini tidak terjejas hanya kerana tuntutan sempit dan tindakan liar pihak-pihak tertentu.

Semoga Allah SWT memberi keberanian dan kekuatan untuk memilih sikap yang terbaik dan sentiasa mengurniakan kemakmuran dan kesentosaan kepada negara yang kita cintai ini.

Sumber : http://membelaislam.wordpress.com/



Sunday, March 13, 2011

HARAM MENGEKSPLOITASI RUKHSHAH

Ketahuilah (semoga anda semua dirahmati Allah) bahawasanya diharamkan ke atas semua individu Muslim untuk mengeksploitasi fatwa ulamak yang senang dan paling mudah. Mereka sengaja mencari keputusan yang paling senang dan paling secocok dengan hawa nafsu mereka. Perkara ini tentunya dibuat tidak berdasarkan dalil-dalil dan hujah-hujah syarak.

Mereka mentarjih dan menentukan satu-satu masalah berdasarkan hawa nafsu mereka dengan berselindung di sebalik slogan : "Dalam masalah ini terdapat khilafiyah. Yakni terdapat dua atau lebih pendapat ulamak yang berselisih faham tentangnya."

Mereka yang mengikut cara sebegini zahirnya selalu berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang lain. Mereka juga selalu berpindah dari satu pendapat kepada pendapat yang lain demi mengikut hawa nafsu mereka. Di hadapan manusia mereka berselindung dengan dakwaan mereka mengikut hukum Allah subahanahu wa ta'ala, mengikut sunnah dan pendapat ulamak. Namun hakikatnya, di sisi Allah mereka hanya menunggang hawa nafsu semata-mata.

Firman Allah subahanahu wa ta'ala di dalam al Quran :

أَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيۡهِ وَڪِيلاً (٤٣) أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَ‌ۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۖ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلاً (٤٤)

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? (43) Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.(Surah al Furqan : 43-44)



FirmanNya lagi :
أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَہۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقً۬ا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقً۬ا تَقۡتُلُونَ (٨٧)

Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?(Surah al Baqarah : 87)

FirmanNya lagi :
وَأَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡہِمۡ رُسُلاً۬‌ۖ ڪُلَّمَا جَآءَهُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُہُمۡ فَرِيقً۬ا ڪَذَّبُواْ وَفَرِيقً۬ا يَقۡتُلُونَ (٧٠)
(Tetapi) tiap-tiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.(Surah al Maidah : 70)

FirmanNya lagi :
فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْ‌ۚ وَإِن تَلۡوُ ۥۤاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرً۬ا (١٣٥)

Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah an Nisa' :135)

FirmanNya lagi :

يَـٰدَاوُ ۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَـٰكَ خَلِيفَةً۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱحۡكُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلۡهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. (Surah Sad : 26)

FirmanNya lagi :

وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; (Surah Al A'raf : 176)

FirmanNya lagi :
وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا (٢٨)

Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.(Surah al Kahfi :28)

FirmanNya lagi :

فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهۡوَآءَهُمۡ‌ۚ وَمَنۡ أَضَلُّ مِمَّنِ ٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ بِغَيۡرِ هُدً۬ى مِّنَ ٱللَّهِ‌ۚ

Ertinya : maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah.(Surah al Qasas : 50)

FirmanNya lagi :
ثُمَّ جَعَلۡنَـٰكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِ فَٱتَّبِعۡهَا وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ (١٨)

Errtinya : "Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)."(Surah al Jatsiah :18)

FirmanNya lagi :
وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٍ۬ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ ڪَثِيرً۬ا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ (٧٧)



"Dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul."(Surah al Maidah : 77)

Daripada getusan ayat-ayat ini, kita dapat mengetahui bahawa ilmu usuluddin melarang seseorang itu daripada mengikut hawa nafsunya. Dan mencari pendapat yang paling mudah pula satu dari perbuatan mengikut hawa nafsu. Ia sesuatu yang terlarang lagi haram sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ulamak.

عن سيدنا أنس رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : حفة الجنة بالمكاره, وحفة النار بالشهوات (رواه مسلم )



Ertinya : "Daripada saidina Anas RadiyaLlahu 'anhu, RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Syurga itu dikelilingi oleh sesuatu yang tidak mengujakan nafsu (di dunia). Manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara yang menyenangkan nafsu (di dunia)". Riwayat Muslim dalam Sahihnya .

Jelas kepada kita bahawa mencari pendapat ulamak yang paling mudah dan mengikut pendapat manusia ramai yang jahil adalah satu perbuatan mengikut hawa nafsu.

Sesungguhnya telah berlaku ijmak di kalangan ulamak muktabar bahawa haram hukumnya bertindak sembrono dalam mengeluarkan fatwa dan menyimpang dari pendapat yang sahih lagi rajih. Maka wajib ke atas ulamak mujtahid mencari dalil yang tepat dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Dan wajib ke atas setiap ulamak mujtahid mencari dalil yang tepat dalam mengeluarkan sesuatu hukum. dan wajib pula atas setiap muqallid (pengikut) mengikuti dalil yang sahih lagi rajih (paling kuat) dalam lingkungan mazhab imamnya. Marilah kita ikuti beberapa pandangan ulamak mengenai hal ini :

1. Al Imam al Hafiz Ibn Abd al Barr di dalam kitabnya Jami' Bayan al Ilmi wa Fadhluh m/s 112 juz 2 mengatakan : "Jika anda mengambil setiap pendapat yang paling mudah dari orang alim maka terkumpullah segala kejahatan." Katanya lagi : "Ini adalah ijmak ulamak (kesepakatan semua ulamak)".

2. Imam An Nawawi di dalam kitabnya al Majmu' Syarh al Muhadzhab m/s 55 juz 1 mengatakan : "Sekiranya seseorang itu dibolehkan mengikuti apa yang dikehendakinya, nescaya perbuatan itu ini akan membawa kepada keinginan untuk mencari keringanan di dalam mazhab. Perbuatan ini sebenarnya hanya menurut hawa nafsu/ Seseorang itu akan mudah memilih antara yang halal, haram, wajib dan harus. Perbuatan ini boleh membawa kepada terungkainya tuntutan taklif."

Kata-kata yang senada juga turut diluahkan oleh Imam al Hafiz Ibn al Solah di dalam kitabnya Adab al Mufti wa al Mustafi' m/s 46 juz 1.

3. Imam an Nawawi sekali lagi di dalam al Majmu' Syarh al Muhadzab m/s 46 juz 1 menegaskan : "Haram hukumnya bertindak sembrono dalam memberikan fatwa. Dan haram pula bagi mereka yang meminta fatwa daripada orang yang bersikap sembrono itu."

4. Allamah as Syatibi di dalam al Muafaqat m/s 134 juz 4 mengatakan : "Sesungguhnya mengikut perkara yang paling mudah di dalam mazhab itu akan membawa kepada pegangan yang tidak berdasarkan kepada dalil syarak. Sesungguhnya Ibn Hazm telah menyatakan telah berlaku kesepakatan secara ijmak bahawa perbuatan sedemikian adalah fasiq (kejahatan) dan tidak halal ".

Bagi saya, perkataan Imam al Syatibi "pegangan yang tidak berdasarkan dalil syarak" bermaksud dalil yang tidak muktabar (tidak dikira benar). Contohnya, bagi mereka yang tidak solat, mereka pergunakan satu ayat yang berbunyi :
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤)
Ertinya : "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang menunaikan solat :" (Surah al Ma'un : 4)

Ini adalah satu contoh pengambilan dalil yang salah. Ini kerana ayat ini ditafsirkan dengan ayat selepasnya : iaitu orang yang lalai dari solatnya : iaitu orang yang sengaja riyak (menunjuk2) kepada manusia amalan solatnya dan iaitu orang yang menegah kebaikan yang dilakukan orang lain. Justeru berpegang kepada dalil ini untuk meninggalkan solat adalah satu kaedah menggunakan dalil yang sahih ditempat yang salah.

5. Imam al Hafiz al Zahabi di dalam kitabnya Siyar A'lam al Nubala' m/s 90 juz 8 mengatakan : "Barangsiapa yang mencari kemudahan dalam mazhab dengan kekeliruan ulamak mujtahid.. maka tipislah agamanya. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Auza'ie dan lain-lain yang berbunyi : "Sesiapa yang mengambil pendapat ulamak Makkah tentang kebenaran nikah mut'ah (sinonim denga amalan pengikut Syi'ah), pendapat para ulamak Kufah tentang arak dan pendapat para ulamak Madinah tentang nyanyian serta pendapat ulamak Syam(Jordan, Palestin dan Syiria) tentang maksumnya khalifah yang empat, maka sesungguhnya dia telah mengumpul kejahatan. Dan demikian juga bari mereka yang menghalalkan jual beli riba, nikah, talak dan sebagainya. Kesemua ini membawa kepada kehancuran. Marilah kita memohon taufiq dan hidayah dari Allah subhanahu wa ta'ala".

6. Imam al Hafiz Taqiyuddin al Subki di dalam fatwanya m/s 147 juz 1 mengatakan : "Bagi mereka yang mengambil pendapat yang mudah di dalam mazhab: mereka akan menikmatinya dengan sedap kerana sebenarnya mereka mengikut hawa nafsu dan bukan mengikut agamanya."

Bagi saya, pendapat ini merangkumi sikap sesetengah kita yang memilih pendapat ulamak yang paling lemah dan ringan dalam satu mazhab yang dikira sesuai dengan ciratasa nafsu mereka.

-Kenyataan ini dipetik dari Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih, terjemahan Ustaz Zamihan al-Ghari, Edisi ke3, 2011

Wednesday, February 16, 2011

MEDIU Rekrut Pelampau Wahabi- Satu Realiti


Kepada seluruh wartawan BERNAMA / UTUSAN / BERITA HARIAN / MALAYSIAKINI / DLL.

Pandangan yang berdasarkan kajian dan pengamatan telus berkaitan Al-Madinah International University MEDIU mengrekrut pelampau Wahabi adalah suatu yang berasas. Antaranya 3 sebab di bawah;

1- "MEDIU" HUKUM SESAT MUSLIM LAIN.

MEDIU berdasarkan silibusnya jelas menghukum dan menyatakan bahawa fahaman umat Islam di Malaysia iaitu yang secara rasmi/majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah ini dihukum sebagai SESAT. (Perkara tersebut boleh didapati dalam silibus Akidah yang diajar oleh MEDIU).

Ya walaupun perkataan atau nama "muslim Malaysia" itu tidak dijelaskan oleh mereka tetapi umat Islam di Malaysia bahkan kebanyakan umat Islam berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Sehinggakan Dr. Syeikh Yusuf Qardawi turut menjelaskan kebanyakan/bahkan seluruh umat Islam di dunia ini berfahaman Al-Asya'irah. Dijelaskan olehnya bahawa umat Islam di Malaysia HENDAKLAH terus berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah AL-ASYA'IRAH dan jangan terpedaya dengan fahaman selainnya. (Perkara tersebut boleh dirujuk dalam laman rasminya dan rakaman-rakaman ceramahnya).

Nah! Apabila jelas umat Islam di Malaysia itu adalah berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah malangnya didapati MEDIU pula menghukum ASWJ Al-Asya'irah sebagai SESAT dibumi Al-Asya'irah sendiri. Anda masuk rumah orang anda hukum orang muslim itu pula SESAT? bukankah ini suatu sifat melampau yang JELAS?!


2- "MEDIU" KAN TERUS MARAKKAN LAGI ISU MENGHUKUM BID'AH MEMBID'AH

Isu khilafiah akan terus dibangkitkan dengan gaya menghukum amalan umat Islam di Malaysia seperti sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh seluruh umat Islam dan Yang Dipertuan Agong dan amalan-amalan lain yang mempunyai dalil benar yang diamalkan di Malaysia kan terus dihukum sebagai bid'ah yang sesat masuk neraka dan ia akan menyebabkan umat Islam terus berpecah dan berkelahi. Berdasarkan juga dari silibus mereka isu bid'ah membid'ah ini bak akan menjadi rutin harian pabila pelajar kita direkrut kelak. Sampai bila umat Islam akan terus begini dek permainan pada startegik lapok membawa pada pergaduhan dan serangan pemikiran yang diambang fitnah sedang dibangkitkan.


3- TABADUL THAQAFY YANG TIDAK ADIL

Jika atas dasar perkongsian ilmu maka dibuka sebuah universiti mereka di negara kita Malaysia dan didalamnya penuh dengan fahaman/pemikiran mereka (ala wahabi), waktu yang sama tidak pula diizinkan untuk universiti yang mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah AL-ASYA'IRAH dibuka di tempat/negara sumber asal mereka. Kita tidak bercakap pada fakulti dunia tapi pada fakulti ilmu-ilmu Islam. Ayyyoh! jika benar atas dasar perkongsian ilmu maka sama-sama kita buat pertukaran! adil! win 2 win!.

Nah ! Apabila tidak diizinkan universiti berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah AL-ASYA'IRAH dibuka ditempat mereka maka ini membukti ketidak adilan dalam "tabadul thaqafi" yang dilaungkan. Jika anda di negara anda tidak membenarkan kami menyebarkan Ahli Sunnah kami (Al-Asya'irah) secara RASMI! maka mengapa anda bertandang dibumi kami Al-Asya'irah ini sametimes you all menghukum kami sebagai SESAT!.

Ayyoh! berikan dan bantu kami termasuk Kerajaan Malaysia membuka universiti Islam Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah di tanah Madinah Munawwarah Saudi Arabia jika benar anda cintakan ilmu sayangkan umat Islam. Kami cabar kebenaran/keizinan ini!

www.al-ghari.blogspot.com

Tuesday, February 8, 2011

MEDIU. Apa yg diajar?Akidah Pelik?


Assalamualaikum kepada pembaca.

Sebelum ini dipaparkan hal pengkretrutan fahaman pelampau Wahabi di Al-Madinah International University (MEDIU) yang terletak di Plaza Masalam Seksyen 9 Shah Alam Selangor. Boleh rujuk disini.

Kali ini akan dibicarakan sedikit mengenai apa yang sebenarnya di ajar dalam universiti tersebut yang nampak sangat mengrekrut pelajar Malaysia di tanah air sendiri menjadi buaya berfahaman pelampau Wahabi.

Pembaca perlu tahu akan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah khasnya para ulama Al-Asya'irah menafikan sifat kurang/lemah kerana ianya tidak layak bagi Allah 'azza wajalla. Antara akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah adalah Allah tidak mempunyai tubuh badan, tidak beranggota tangan, tidak berkaki, tidak bertempat di atas arasy, tidak mempunyai dua bijik mata, tidak diliputi oleh tempat, tidak duduk di langit, tidak bersila di atas arasy dan selainnya dari sifat makhluk. Allah Maha Suci dari segala sifat yang nagis/kurang/lemah itu.

Tahukah anda apa pula yang diajar di Al-Madinah International University itu? Didapati MEDIU mengajar akidah yang pelik dan ganjil bercanggah dengan usul akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang mendidik masyarakat/pelajar Islam dengan fahaman mengEsakan Tuhan dan tidak menyamakan Allah dengan apa-apa makhluk pun.

Dalam buku silibus yang diajar di MEDIU secara jelas menyelit unsur-unsur akidah tahsbih/menyamakan Allah dengan makhluk antaranya:

1- Allah bertempat di atas Arasy. (mereka dakwa Allah Istiqrar 'alal 'arasy. Sebenarnya tiada satu ayat atau hadith sahih pun yang mengatakan Allah ISTIQRAR ALA 'ARASY yang ada adalah istawa dengan makna yang sahih yang layak bagi Allah).

2- Allah mempunyai/bersifat dengan dua biji mata. (Sedangkan tiada satu ayat Quran mahupun satu hadith sahih yang menyatakan Allah mempunyai DUA BIJI MATA).

3- Allah mempunyai/bersifat kaki dan kaki Allah berada di dalam neraka (Tiada satu nas pun menyatakan KAKI itu sifat Allah. Yang adapun sandaran dengan makna yang layak ditafsirkan dengan makna sahih bukan dengan dakwaan Allah BERSIFAT kaki).

Umum ASWJ dikalangan ulama & penuntut mengetahui perkara tersebut amat jelas mendorong kepada akidah yang menyamakan Allah dengan makhluk. Bukan sahaja Tajsim tetapi sudah jelas pula kepada Tashbih.

Awas! mereka sedang mengunakan saluran TABDIL THAQAFIY yang tidak adil untuk meresapkan fahaman Wahabi melampau ke dalam pelajar Islam di tanah air kita. Adakah mereka terima kita membukan Universiti bermanhaj Ahli Sunnah Wal Jama'ah AL-ASYA'IRAH di tempat/negara sumber harta mereka itu? Mereka menghukum Al-Asya'irah sebagai SESAT AKIDAHnya. Malaysia adalah bumi ASWJ Al-Asya'irah. Tahukah anda semua sebenarnya dihukum SESAT AKIDAH anda oleh Wahabi? Waktu yang sama mengapa mereka dibiarkan bermaharaja lela menyebarkan faham mereka dan menghukum kita sebagai SESAT ditanah air kita sendiri?! Jangan tertipu dengan tawaran mereka dan tawaran penukaran konsep pendidikan yang dilakukan secara tidak adil. Sebagai contoh ya mereka mungkin mengizinkan kita membuka pusat pendidikan berteraskan ilmu keduniaan kedoktoran kejeruteraan dan lain-lain dari bidang dunia dengan syarat mereka juga dapat membuka pusat pengajian di negara kita yang didalamnya terdapat fakulti agama untuk diresapkan faham mereka kepada pelajar ditanah air kita. Soalan! mengapa bahagian ilmu agama tidak dibenarkan untuk kita membukannya disana sedangkan mereka boleh pula membukanya di negara kita waktu yang sama menghukum kita sebagai Al-Asya'irah yang SESAT AKIDAHnya?!.

Monday, February 7, 2011

MEDIU.Rekrut Pelampau Wahabi? AWAS!


Setelah ditubuhkan pada tahun 2007 di Malaysia dengan rancangan rapi dilihat untuk mengucar-kacirkan masyarakat Islam bertopengkan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Salafiah. Pusat yang menyorok dibawah nama pendidikan global ini dimajukan lagi dengan pelbagai startegik yang bertopengkan sebuah universiti dengan nama tanah bersemadinya junjungan besar nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam lantas dinamakan sebagai Al-Madinah International University bertempat di Plaza Masalam tingkat 11 Seksyen 9 Shah Alam Selangor.

Setelah beberapa tahun berusaha mendapatkan pelajar tempatan, malangnya pencampaian mereka dalam fatrah itu kurang memuaskan mungkin dek kerana fahaman Pelampau Wahabi masih bersumut dalam badan pusat pendidikan tersebut maka kajian demi kajian promosi dihangatkan bagi menarik pelajar tempatan memasuki pusat pengajian mereka agar diasah dan disirap dengan danur fahaman songsang yang mengfasadkan ummah melayu beberapa takhtik telah di'cantik'kan empunya badan.

Dengan susunan rapi berdaftar pada badan-badan tertentu dan memasukkan beberapa tokoh tanah air memegang jawatan penting di Universiti tersebut bagi menguatkan lagi hubungan dan beberapa kementerian tanah air ditambah lagi dengan wang (klik) yang di'tabur'kan sudah pasti meliurkan sesiapa yang kurang arif kan terjebak dalam jerat bertopeng Quran & Sunnah mereka.

Terkini difokuskan pula kepada mangsa keadaan pergolakan di Mesir iaitu pelajar-pelajar Islam melayu yang kini sudah ramai pulang ke tanah air. (klik). Tidak lupa juga beberapa 'artis' ditawarkan mengikuti program pengajian mereka diluar sana.

Mengapa umum menutup mulut membisu berdiam seribu bahasa??!!Dimana diri anda dihadapan para ulama mujahid yang mempertahankan akidah umat Islam ditanah air sendiri?!

-Bukankah Al-Madinah International University (MEDIU) tersebut jelas mengrekrut pelajar malaysia tempatan kepada pemikiran pelampau Wahabi?

Wahabi lagi?! Pasti kuncu2 Wahabi sudah muak dengan nama kad pengenalan mereka sendiri. Oklah. Buang nama WAHABI sekarang dan sila fikirkan 3 soalan ini...:

1- Didapati MEDIU cuba menghidupkan pemikiran melampau akidah pelik ala mentajsimkan Allah dan ala mentashbihkan/menyamakan Allah dengan makhluk bertopengkan pula nama Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar (khasnya ulama&umat Islam di Malaysia) amat jauh dengan akidah sedemikian. Adakah anda redha dengan akidah alam pelampau ke arah menyamakan Allah dengan makhluk ini disebarkan secara 'rasmi' ditanah air kita?.

2- Didapati MEDIU cuba menyemarakkan lagi fahaman ala takfir dan menghukum sesat ke atas akidah ulama&umat Islam khususnya di Malaysia yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Tidak terlepas Sultan Salahuddin turut dihukum sesat akidahnya. Ditambah fahaman menghukum bid'ah ke atas amalan umat Islam yang ada dalil cukup masyhur dikalangan mereka. Adakah anda lihat gaya-cara ini (Tadhlil&Tabdi') akan meningkatkan perkembangan ilmu ditanah air kita?

3- Jika sekadar atas nama perkongsian ilmu ditubuhkan MEDIU di negara kita Malaysia, maka mengapa universiti yang bermanhajkan Ahli Sunnah Wal Jama'ah AL-ASYA'IRAH tidak dibenarkan ditubuhkan di tempat mereka?! (ayuh! win 2 win! tapi jangan buat lawak kerana kita bercakap pasal pertukaran ilmu agama Islam bukan ilmu dunia).

Wahai MEDIU ! ketahuilah bahawa umat Islam di Malaysia adalah berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah! Dan kamu serta beberapa orang belakangmu menghukum Al-Asya'irah sebagai SESAT akidahnya.

Kepada para ulama, pelajar, masyarakat Islam dan terutamanya pemimpin negara! Celiklah dari kaburmu. Perkara ini perlu diatasi secara serius dan bersama-sama.

Ratusan juta yang ditawarkan tidak menyamai sejengkal tanah disyurga kelak!
JANGAN JUAL MARUAH MU! HIDUP AL-ASYA'IRAH DIBUMI AL-ASYA'IRAH!

Takbir! Allahu akbar!

Thursday, December 9, 2010

Sultan Johor Ahli Sunnah Wal Jamaah VS Wahabi



Sultan Johor rasmi Multaqa Ulama Darul Takzim

JOHOR BAHRU 3 Dis. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli merasmikan Program Multaqa Ulama Darul Takzim yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada Rabu ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sempena Hari Keputeraan Sultan Johor ke-52.

Sultan Ibrahim dijadual bertitah merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Permaisuri baginda, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan para kerabat di raja Johor.

Selain itu, program itu turut dihadiri Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin.

Pejabat MAINJ dalam kenyataannya menyebut, majlis tersebut bermula pukul 8.30 pagi dan dijangka tamat kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan Utusan Malaysia dilantik sebagai akhbar rasmi sepanjang program berkenaan.

"Selepas doa dibacakan oleh Mufti Johor, ia disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri Besar dan seterusnya Sultan Ibrahim bertitah merasmikan program berkenaan," katanya.

Kenyataan itu menambah, dua kertas kerja akan dibentangkan pada Multaqa Ulama itu iaitu kertas kerja pertama oleh ulama, Ustaz Tuan Syed Ahmad Mohammad Allawy al-Maliki al-Hassani manakala kertas kerja kedua oleh ulama, Ustaz Zamihan Mat Zain al-Ghary.

"Pada akhir majlis akan diadakan sesi dialog dan pembentangan resolusi multaqa berkenaan," jelasnya.


Sumber: UTUSAN

Wednesday, November 3, 2010

Solat Macam Yahudi

Buku panduan solat Yahudi



Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan solat sebagaimana diajarkan Nabi SAW dengan memenuhi rukun, syarat sah dan beberapa aksesori sunat yang lain. Cara pelaksanaan begini boleh didapati melalui keterangan ayat2 suci al-Qur'an dan hadis2 yang sahih, hasan dan dhaif. Lisan ulamak mujtahid memudahkan kita untuk mencontohi sifat solat Nabi SAW. Semua ini mudah diperolehi dalam pelbagai mazhab muktabar. Disini kami bawakan satu alternatif Sifat solat Nabi SAW menurut mazhab al-Syafie yang dipersembahkan Tuan Guru Kami syeikh Dr Hassan Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Syafie al-Asya'ri. Buku ini saya terjemahkan sebagai peneguhan hujjah mazhab al-Syafie, sebagai respon Sifat Solat al-Baani dan juga jawapan terhadap ciri2 solat syiah.

Awas! Jangan belajar solat dengan fahaman Wahhabiy kerana mereka mengajar cara solat persis Yahudi. Anda boleh telusuri SOLAT YANG PELIK LG TAK BENAR di bawah ini;

Pelampau Wahhabi akan mencela sesiapa yang bersolat tidak meletakkan kedua tangannya di atas dada. Bagi mereka, sesiapa yang tidak melakukan sedemikian maka solatnya dianggap tak betul. Sebahagian wahhabiy mendakwa tidak sah. Ketentuan ini dilihat ada persamaan dengan cara 'solat' Yahudi. Yahudi meletakkan kedua belah tangan mereka di atas dada dan mendakwa sesiapa yang tidak berbuat demikian maka 'solat'nya dikira tidak sah!. Sila lihat buktinya dari awal hingga akhir persamaan di antara mereka (wahabi-yahudi).

Di bawah ini Yahudi cuba mengajar kita cara 'solat' sebenar mereka seperti yang mereka dakwa iaitu meletakkan dua belah tangan di atas dada. Perhatikanlah :





Ini pula Yahudi mengajar dalam 'solat' boleh jalan-jalan dan bergerak2 banyak kali.


Ini pula sebahagian cara solat ulamak muda UMNO yang bersolat di PWTC baru2 ni. Mereka bukan sekadar mengamalkan..tetapi turut mengajar orang lain untuk bersolat dengan meletak dua tangan atas dada yang mempunyai persamaan dengan yahudi. Lebih dahsyat lagi, ada pula yang membenarkan boleh berjalan2 ketika bersolat. Perhatikan aksi dibawah dengan baik :


Berikut merupakan cara 'solat' Yahudi yang paling 'best' . Iaitu boleh main baring-baring sambil menekap muka ke lantai :

Serupa tapi tak sama @ sama@ serupa ? :


Solat orang muda yang mengaku ulamak :


Ini pula perbuatan menekap muka ke muka ke punggung orang (astaghfirullah?!).


Kesimpulannya :


1) Tunaikanlah solat dengan sempurna sebelum masa berangkat tiba. Kesempurnaan solat pemangkin integriti.


2) Ciri-ciri solat Nabi yang sahih boleh diperolehi melalui kitab-kitab karangan ulamak muktabar. Bukannya melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai ulamak.


3) Dapatkan kitab kami di atas sebagai satu solusi solat sempurna. Selagi stok masih ada.


4) Jangan bersolat cara syiah atau cara Wahhabiy persis yahudi. Bersolat cara sunni. Insya Allah, solat yang sempurna boleh mencegah perbuatan keji dan munkar.

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo