Sunday, June 27, 2010

Wahhabi Bukan Militan Tetapi Esktrim ?

Alhamdulillah, segala pujian hanya Bagi Allah semata-mata. KepadaNyalah kita bergantung harap dan belas ehsan.

Kali ini al faqir ingin mengajak pencinta kebenaran untuk berfikir dan mengkaji.

Terdapat pendapat menyatakan fahaman Wahhabi tidak boleh dikaitkan dengan pengganas. Tetapi apabila melihat kepada hukum Ahli Bid'ah Sesat dan Ahli Neraka serta hukuman Syirik Kafir sebagaimana yang telah didedahkan di dalam blog ini (untuk pencari kebenaran silalah layari). Nyatalah.. fahaman Wahhabi boleh membawa pemikiran dan tindakan yang ekstrim bukan sahaja kepada sesama manusia yang tidak bersalah malahan kepada Umat Islam yang lain.

Bukankah tindakan menghukum umat Islam sebagai KAFIR, Syirik juga adalah tindakan ekstrim dan pelampau ? Lihat sahaja kemunculan blog-blog yang menulis fatwa dari ulamak wahhabi menghukum SESAT kepada ulamak-ulamak Islam antaranya yang terkena hukum ini adalah Dr Yusof al Qardhawi, Dr Muhammad al Ghazali, golongan Asya'iroh, Ikhwanul Muslimin, Jemaah tablighiyyah.

Sila klik bukti yang telah didedahkan di bawah :



Di dalam facebook ada sedikit pendedahan bagaimana seorang individu yang pro Wahhabi telah menghukum seorang tokoh agama sebagai Ulamak Sihir :



Dan jangan pelik, individu ini jugalah yang mempertahankan Wahhabi. Mengapa ya ?






Di bawah ini pula adalah tulisan blogger dari Malaysia yang disiarkan kepada orang awam (seluruh dunia pun dapat membacanya) bahawa Selawat Syifa' adalah SYIRIK.

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

Dan ada pula yang mengatakan mengamalkan selawat syifa' hukumnya adalah BERCANGGAH DENGAN PRISIP-PRINSIP AQIDAH.


Selawat ini diamalkan oleh Ulamak dan Umat Islam di Malaysia. Adakah majoriti umat islam di Malaysia Kafir dan Musyrik ? Hujjah dan jawapannya sudah dijawab di sini :


Masalah Dr Asri

Masalah Dr Asri bukan sahaja dengan saya, bahkan juga dengan Umat Islam dan Mufti-mufti di Malaysia, Lihat sendiri tulisan berbentuk hasutan dan memfitnah mufti ini :


Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza:


Sudahkah beliau meminta maaf kepada mufti-mufti di Malaysia ? Padahal dari tulisan inilah timbulnya perasaan merendah-rendahkan kewibawaan Mufti sebagai tempat rujukan di Malaysia ini.

Mufti Perak juga menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh Dr Asri sebelum ini:



Bukankah selama ini negara kita hidup dalam keadaan harmoni dan tiada permusuhan. Mengapa dengan adanya gerakan TAJDID, BAHTERA PERUBAHAN, hanya menghilangkan KESATUAN dan PERPADUAN Umat Islam ?

Wahai pemimpin-pemimpinku... tidakkah kita sedari perkara ini ?

Saturday, June 26, 2010

Untuk Pencinta Kebenaran

Laporan Polis yang telah dibuat :



Laporan Polis juga telah dibuat terhadap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kerana dilihat menjatuhkan maruah saya sebagai Pegawai yang telah dijemput oleh PDRM dan diberi izin oleh JAKIM untuk bercakap di dalam taklimat berkenaan.

Saya tidak pernah mengaitkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dalam taklimat berkenaan dan tidak mengaitkan mereka dengan pengganas. Manakala laporan individu mahupun media yang menyatakan saya mengaitkan JIM adalah dusta samasekali. Ini kerana saya tidak pernah menyebut JIM langsung dalam taklimat berkenaan.

Saya juga telah bertemu dengan pimpinan tertinggi JIM dan memberi penjelasan serta pencerahan yang sebenar.

Sebagai seorang pegawai kerajaan yang berintegriti dan bertanggungjawab saya bersedia untuk bersemuka dengan sesiapa yang tidak berpuas hati : termasuk Dr Asri, Mufti Perlis : Juanda Jaya, Presiden Pas : Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Untuk mengetahui bahaya WAHHABI, SYIAH, ISLAM LIBERAL, ISLAM PLURALISME silalah layari blog ini dan sudah diterangkan dengan bukti yang jelas.

Thursday, June 24, 2010

Perutusan Buat PAS. (Asri Dalang Fitnah!)

Perutusan Buat PAS. (Asri Dalang Fitnah!)





Sangat menyedihkan apabila seorang yang jahil pada banyak displin ilmu ber’bajukan’ PHD menggunakan media sebagai wadah lontaran fitnah sambil mempertahankan doktrin lapuknya yang jumud, suka menghukum sesat ulama dan gemar membid’ahkan amalan umat Islam yang ada dalil.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin@Abdul Talib sebelum ini kerap menuduh ulama Islam sebagai sesat dan sesiapa yang tidak sebulu dengannya akan mudah di’cop’ sebagai Syiah termasuk saya selalu dituduhnya dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Tanpa hujah dan dalil maka fitnah dan tuduhan merupakan senjata yang dianggap amat berguna untuk menjatuhkan pejuang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.

Asri sebelum ini menuduh saya mengkafirkan seluruh kerajaan Saudi, bak kononnya sesiapa sahaja yang berada di negara Saudi semuanya saya kafirkan. Subhanallah! Begitu sekali lancang lidah insan ini menuduh.

Waktu yang sama, didapati fahaman Wahabi terkenal dengan hukuman mengkafirkan sesiapa sahaja yang berdoa di kubur, walaupun didapati Raja Saudi sendiri bersama seluruh pemimpin kerajaannya menziarahi maqam Nabi Muhammad di Madinah dengan jelas mereka sengaja berwukuf (berdiri) dan berdoa dihadapan kubur Nabi Muhammad. Amalan itu dihukum oleh faham Wahabi sebagai kafir,syirik murtad dan terkeluar dari Islam. Ini membuktikan pemikiran faham Wahabi yang Asri sepemikiran dengan mereka turut mengkafirkan orang. Waktu yang sama juga didapati Asri sering menghina Raja-raja Saudi dengan kutukan yang amat kesat. Maka siapakah dalang fitnah mengucar-kacirkan ummah sebenarnya?!.


(Rujuk sini)

Tidak cukup dengan itu, Dr. Asri turut memfitnah dan menuduh saya kononnya saya mengkafirkan para Sahabat Nabi Muhammad dan ini adalah tuduhan yang amat busuk terhadap saya, diluar sana banyak lagi tuduhan-tuduhan dan fitnah-fitnah Dr. Asri ke atas saya. Saya pernah menerima surat samannya kepada saya tetapi saya lebih berminat untuk berhujjah kerana bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah hujjah adalah jalan penyelesaian utama yang dipilih.

Putar-belit fakta adalah mainan Asri. Pernah direka fakta palsu kononnya 2 orang ulama iaitu Imam Ibnu Hajar Al-Asqalany bertemu dengan Syeikh Ibnu Arabi kemudian mereka saling menghukum sesat satu sama lain sedangkan Ibnu Hajar baru lahir selepas lebih 100 tahun Ibnu Arabi meninggal dunia, bila pula mereka bertemu? Inilah sifat pengfitnah, pereka cerita, pemutar belit fakta.

Nah! Terbaru Dr. Asri dalam kenyataannya menuduh dan memfitnah saya buat kali yang entah berapa ribu kali kononnya saya mendakwa Dato’ Seri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai JI, militan dan pengganas. Padahal saya tidak pun menyebut nama Presiden PAS itu.

Hakikatnya pada taklimat jemputan tersebut bertarikh 21.06.2010, saya (Zamihan Mat Zin) tidak langsung menyebut nama Dato’ Sri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai militan atau pengganas atau Jemaah Islamiah (JI). Tidak!. Ini disaksikan juga oleh 'tangan-tangan ghaib' penebar fitnah palsu ini yang hadir pada waktu itu.

Tidak dinafikan mungkin wujud perbezaan pendapat antara saya dengan beberapa orang tetapi ketahuilah bahawa kenyataan melulu bukan pilihan yang tepat. (Sebuah laman berita tempatan telah mengeluarkan berita yang salah berkaitan isu saya ini dan telah diminta mereka merubahnya).

Wahai umat Islam dan pemimpin Islam. Berjaga-jagalah dengan dakyah Asri ini. Sesungguhnya ramai ulama Malaysia mengetahui pemikiran dan tujuan dakyahnya.

Wednesday, June 23, 2010

Wahai Pemimpin Tersayang. Ketahuilah 100 Fatwa Ulama Bahawa Wahabi Adalah MILITAN

SEBAHAGIAN ORANG JAHIL DITIPU OLEH PENJAHAT WAHABI KONONNYA WAHABI ADALAH JEMAAH YANG ADIL, TIDAK CEPAT MENGHUKUM ORANG, IKUT SUNNAH, TAAT PADA PEMIMPIN, BERILMU DAN BAGUS SETARAF DENGAN SAHABAT NABI. Fuh!

BOHONG ! DAN DUSTA ! PENGKHIANAT ALLAH TIADA LAIN KECUALI WAHHABI. KAMI YANG MENGKAJI MENDAPATI WAHABI GEMAR MENGKAFIRKAN ULAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM. PEMIMPIN ISLAM SEMUANYA DIHUKUM OLEH WAHHABI SEBAGAI KAFIR HALAL UNTUK DIBUNUH. TIDAK CUKUP DENGAN ITU SEJARAH KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN WAHHABI TERHADAP ULAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM MASIH MENGALIR BAHANG PANASNYA DARAH MEREKA DISETIAP DETIK KEHIDUPAN KAMI. SIAPA AKAN MEMBAYAR DARAH ITU?!

WALLAHI YA IKHWAN! KITA AHLI SUNNAH TIDAK PERNAH MENJENTIK SEORANG PUN WAHHABI WALAUPUN RATUSAN ULAMA DAN PULUHAN RIBU UMAT ISLAM DIBUNUH OLEH WAHHABI. KITA TIDAK MEMBALAS WALAUPUN DARAH PARA ULAMA ISLAM YANG DIBUNUH WAHABI TIDAK DIBAYAR. YANG KITA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MAHUKAN ADALAH KEHARMONIAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH UMAT ISLAM DAN MEMBERI PERINGATAN AGAR TIDAK TERPENGARUH DENGAN WAHABI MILITAN INI.

Fatwa Khas Ulama-ulama Terkenal Bahwa Wahabi Adalah Militan, Pengganas, Radikal dan Perosak Agama Islam Dan Umat islam:-

1- Dr. Syeikh Ahmad Toyyib Syeikh Akbar Al-Azhar Universiti menyatakan bahawa pandangan seluruh ulama Al-Azhar yang mewakili ribuan ulama Al-Azhar mengfatwakan bahawa Wahabi adalah MILITAN & PENGGANAS. Rujuk:



2- Dr. Syeikh Ali Jumah Mufti Mesir menyatakan bahawa Wahabi itu ada kaitan dan jaringan yang besar dengan militan&pengganas. Rujuk:



3- Dr. Syeikh Ramadhan Al-Bouty fatwakan bahawa Wahabi adalah militan & pengganas yang merupakan agent kafir Britain dihantar untuk merosakkan Islam dari dalam. Rujuk:




4- Dr. Yusuf Qardawi menghukum Wahabi Salafi sebagai PENGGANAS & MILITAN memerang&membunuh umat Islam, kafir Yahudi pula dibiarkan. Rujuk: ( http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/06/pengkhianatan-wahhabi-tahrir-di.html )



Video kenyataan Yusuf Qardawi dalam tv Al-Jazeerah.

Berkata Dr. Yusuf Qardawi apabila ditanya mengenai peperangan yang berlaku antara HAMAS dan WAHHABI (Masjid Ibnu Taimiah&Golongan Ansarrullah&SalafiyyahWahhabiyyah)

Dr. Yusuf Qardawi menjawab:

" Saya amat yakin bahawa HAMAS dalam melawan tindakan terhadap golongan itu (Wahhabiiyyah Salafiyyah) HAMAS telah melakukan sesuatu yang amat benar, HAMAS telah banyak kali menasihat jemaah tersebut ( SalafiyyahWahhabiyah) agar tidak menyerang saudara Umat Islam, memadai umat Islam menentang dan meyerang Yahudi Israeil sahaja bukan bergaduh sesama sendiri.

HAMAS telah banyak kali membawa para ulama dan pemerintah Islam berbincang dengan jemaah ini (SalfiyyahWahhabiyya) tetapi mereka (Wahhabi) tidak mempedulikan dan tidak pandai/ Mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) itu tidak pandai mengenai Fiqh Jihad sama sekali. Kepada merekalah saya tujukan kitab Fiqh Jihad. Kerana mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) memahami fiqh jihad itu adalah memerangi umat Islam. Buktinya ketikamana Yahudi merampas Gaza kita langsung tidak mendapati mereka (salafiyyahWahhabiyah) itu membantu umat Islam Palestin samaada secara pergorbanan,peperangan atau apa-apa sumbangan mereka langsung tidak ada terhadap umat Islam di Gaza yang diserang Yahudi.

Malangnya kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) menyumbangkan pembunuhan dan peperangan keatas umat Islam pula. Mereka mendakwa mahukan Daulah Islamiah atau Khilafah Islamiah. Apa ini?! Merdeka dahulu Palestin baru kita bicara mengenai itu semua!. Kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyah) di Palestin bila tokoh mereka berkhutbah sehingga sampai mengangkat senjata dengan pakaian serba hitam, ini adalah suasana yang tidak sepatutnya...."- TAMAT KENYATAAN DR.YUSUF QARDAWI.

5- Ulama Malaysia Tuan Guru Abdullah Fahim mewakili seluruh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia yang bilangannya jutaan atau lebih mengatakan bahawa Wahabi itu militan, pengganas dan KHAWARIJ. Rujuk: Jabatan Agama islam Pulau Pinang Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 37 dan 38.

Selebihnya lagi ulama bersama karangan mereka yang mengfatwakan bahawa Wahabi adalah MILITAN dan Pengganas serta Khawarij…:

6- Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

7- As-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi.

8- Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)

9- Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, maaflah ambo lupa tajuknya)

10- Khulasatul Kalam fi Bayani 'Umara` al-Balad al-Haram karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

11- Saif al-Jabbar oleh Syaikh Fadhlur Rasul

12- Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Syaikh al-Faqih 'Atha' al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi

13- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi

14- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

15- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie

16- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi

17- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Syaikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali

18- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Syaikh al-Makhdum al-Mahdi

19- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Syaikh Ibn Kiran

20- Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikhul Islam Tunisia- Syaikh Ismail al-Tamimi al-Maliki

21- Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

22- Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki

23- Ar-Radd ‘ala Muhmmaad ibn Abdil Wahhab karangan Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi asy-Syafie, guru dan syaikh bagi Ibn ‘Abdul Wahhab. Disebut oleh Ibnu Marzuq asy-Syafie: Syaikhnya ini telah berfirasat bahwa dia akan menjadi orang yang sesat dan meyesatkan seperti mana firasat syaikhnya Muhammad Hayat as-Sindi dan dan ayahnya [ayahnya Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab].

24- At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi

25- Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.

26- Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti

27- Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

28- Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi
29- Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud.

30- Ar-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi. Telah berkata Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad bahwa kitab yang besar ini mengandungi risalah dan jawapan daripada para ulama’ mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam menolak pendapat/fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab.

31- Ar-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Syaikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi

32- Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Syaikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani

33- Sa’adah ad-Darain fi ar-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri

34- Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad.

35- As-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Syaikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki

36- Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Syaikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi

37- Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Syaikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi

38- Al-Minhah al-Wahbiyyah fi Raddi al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Daud bin Sulaiman al-Baghdadi an-Naqsyabandi al-Khalidi

39- Al-Haqaaiq al-Islamiyyah fi ar-Raddi ‘ala al-Mazaa’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Ktab wa as-Sunnah an-Nabawiyyah oleh al-Hajj Malek Bih ibn Asy-Syaikh Mahmud, Mudir Madrasah al-‘Irfan, Kutbali, Mali

40- Misbah al-Anam wa Jala-uz-Zhalam fi Raddi Syubah al-Bid’i an-Najdi Allati Adhalla biha al-‘Awwam oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘alwi al-Haddad. Di dalam kitab ini, pada halaman 3, beliau berkata bahawa kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab telah disampaikan oleh ramai ulama secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang yang tsiqah dari kalangan ulama-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka, yang telah melihat dengan matanya sendiri dan mendengar dengan telinganya sendiri akan kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya dan juga dari tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya. Pada halaman 15, al-Habib berkata: Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesholehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya, salah seorang pemuka kita keluarga Abu 'Alawi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah. Nama beliau Musa bin Hasan bin Ahmad al-'Alawi berketurunan Sayyidina 'Uqail bin Salim, saudara Sayyidina Quthubus-Syahir asy-Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim. Beliau berkata:- "Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada asy-Syaikh Muhammad Hayat (as-Sindi al-Madani). Muhammad bin 'Abdul Wahhab juga berulang-alik ke majlis Syaikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya. Aku mendengar daripada orang-orang sholeh dan ulama, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhammad bin 'Abdul Wahhab di mana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya orang yang dijauhkan dari rahmatNya dan yang dibinasakanNya"

41- An-Nuqul as-Syar’iyyah fi Raddi ‘alal Wahhabiyyah oleh Hasan ibn ‘Umar ibn Ma’ruf as-Shatti al-Hanbali

42- Nasiha li Ikhwanina Ulama Najd oleh as-Sayyid Yusuf ibn Sayyid Hasyim ar-Rifaie

43- Tahakkum al-Muqallidin bi Mudda`i Tajdid ad-Din karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Muhammad ibn Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa
44- Saiful Jihad li Mudda`i al-Ijtihad karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i

45- Tarikh al-Wahhabiyyah oleh Ayyub Sabri Pasha (meninggal dunia tahun 1308H/1890M). Beliau adalah merupakan Laksamana Armada Laut di zaman pemerintahan Sultan ‘Abdul Hamid Khan II. Kitab karangan beliau ini menceritakan tentang Wahhabi secara terpeinci. Sebahagian kandungan kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Faham Wahhabi dan Penyelewengannya. Beliau juga merupakan pengarang kitab Mir’ah al-Haramain

46- Faydul Wahhab fi Bayan Ahl al-Haq wa Man Dhalla 'an ash-Shawab karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i

47- As-Sarim al-Hindi fi 'Unuqin-Najdi karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;

48- As-Sarim al-Hindi fi Ibanat Tariqat asy-Syaikh an-Najdi karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani

49- Al-Basha`ir li Munkiri at-Tawassul ka Amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi

50- Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin karangan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni

51- Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari [pelopor fahaman Wahabi di Perlis] karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

52- Tajrid Saif al-Jihad li Mudda’I al-Ijtihad karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafie. Beliau menolak pendapat Muhammad bin ‘Abdul Wahhab ketika hayatnya.

53- Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

54 Kitab Senjata Syari'at karangan Ustaz Abu Zahidah bin Haji Sulaiman dan Abu Qani'ah Haji Harun bin Muhammad as-Shamadi al-Kalantani. Kitab ini telah ditaqridz oleh Syaikh 'Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin Kedah dan Tuan Guru Haji 'Abdurrahman Merbuk, Kedah.

55- Al-Fajr ash-Shodiq fi al-Radd ‘ala al-Maariq karangan Syaikh Jamil Affendi Shodiqi az-Zuhawi.

56- Al-Ushul al-Arba’ah fi Tardid al-Wahhabiyyah/ Al-‘Aqaid as-Shohihah fi Tardid al-Wahhabiyyah karangan Muhammad Hasan, Shohib al-Sirhindi al-Mujaddidi.

57- Al-Awraq al-Baghdadiyyah fi al-Jawabat an-Najdiyyah karangan Syaikh Ibrahim ar-Rawi al-Baghdadi.

58- Al-Bara’ah min al-Ikhtilaf fi ar-Radd ‘ala Ahli asy-Syiqaq wa an-Nifaq wa ar-Radd ‘ala Firqah al-Wahhabiyyah al-Dhallah karangan Syaikh Zainul ‘Abidin as-Sudani.

59- Al-Barahin as-Sati’ah karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

60- Risalah fi Ta’yid Madzhab as-Sufiyyah wa ar-Radd ‘ala al-Mu’taridhin ‘Alaihim karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

61- Risalah fi Jawaz at-Tawassul fi ar-Radd ‘ala Muhammad ibn ‘Abdil Wahhab karangan al-‘Allamah Syaikh Mahdi al-Wazaani, Mufti Fez, Maghribi.

62- Risalah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Qasim Abi al-Fadhl al-Mahjub al-Maliki

63- Al-Risalah ar-Raddiyyah ‘ala at-Tho’ifah al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Muhammad ‘Atholah yang dikenali sebagai Ato ar-Rumi

64- ‘Iqd Nafis fi Radd Syubhat al-Wahhabi al-Ta’is karangan Syaikh Ismail Abi al-Fida` at-Tamimi at-Tunisi. Beliau adalah seorang yang faqih dan ahli sejarah.

65- Al-Madarij as-Saniyyah fi Radd al-Wahhabiyyah karangan Maulana Aamir al-Qadiri, guru di Darul Ulum al-Qadiriyyah, Karachi, Pakistan

# Dan banyak lagi kitab dan kenyataan ulama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis ulama sejak dari tercetusnya fahaman ini. Dan sampai sekarang pun masih ada ulama yang menulis kitab untuk menolak fahaman Wahhabi dan menyifatkan Wahabi sebagai MILITAN dan PENGGANAS.

dipetik sini

Monday, June 21, 2010

Yusuf Qardawi&Mufti Mesir Hentam Wahhabi Sokong Al-Asya'irah

Dalam rakaman (1) Dr Yusuf Qardawi menyatakan bahawa Al-Asya'rah adalah umat Islam dan SELURUH yang mendakwa sebagai Islam maka dia Al-Asya'irah, di seluruh pusat pengajian Islam adalah Al-Asyairah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, manakala Wahhabi Salafiyyah merupakan ajaran yang bilangan pengikutnya amat kecil sahaja (shaz:terpesong).



Dalam rakaman (2) Mufti Mesir Dr. Syeikh Ali Jum'ah menyatakan bahawa aqidah Al-Asya'irah adalah sama dengan akidah para sahabat Nabi dan beliau menyatakan bahawa ayat 5 surah Thoha mengenai ISTAWA itu bermakna Istaula iaitu menguasai. Wahhabi menghukum kafir kedua-dua tokoh ini kerana memuji Al-Asya'irah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wednesday, June 16, 2010

Fatwa Rasmi Al-Azhar: IBNU TAIMIAH & WAHHABI ADALAH MUJASSIMAH BUKAN SALAFI BAHKAN BUKAN ISLAM DAN MEMUSUHI ISLAM

DI BAWAH INI MERUPAKAN FATWA RASMI AL-AZHAR TERBARU BERKAITAN AGAMA WAHHABI DAN FAHAMAN IBNU TAIMIAH YANG DIFATWAKAN SEBAGAI BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN MEREKA BUKAN SALAF SEBENAR BAHKAN IBNU TAIMIAH DAN WAHHABI ADALAH MUJASSIMAH YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN MENJISIMKAN ALLAH DENGAN MEMBAWA AKIDAH SESAT IAITU ALLAH DUDUK ATAS ARASH. AKIDAH ISLAM SEBENAR ADALAH ALLAH ADA TANPA TEMPAT TIDAK MEMERLUKAN ARAH DAN MAKHLUK-MAKHLUKNYA. FATWA UNIVERSITI AL-AZHAR JUGA MENYATAKAN DENGAN JELAS BAHAWA WAHHABI BUKAN ASWJ BAHKAN MEMERANGI DAN MEMUSUHI ISLAM- FATWA RASMI AL-AZHAR MESIR MELALUI SYEIKHUL AKBAR TERBARU JAMIAH AL-AZHAR.








Wahai insan yang berjawatan penting dalam agama di Malaysia tanah airku...mengapa masih wujud toleransi dengan ajaran salah ini pada perkara yang salah khususnya dalam akidah. Kenyataan mendakwa kononnya Wahhabi dan Ibnu Taimiah adalah golongn Salaf  adalah terbatal dengan Fatwa ini bahawa IBNU TAIMIAH & WAHHABI BUKAN SALAF TETAPI MEREKA ADALAH MUJASSIMAH YANG MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK!.

Saturday, May 29, 2010

Akidah 'Allah Bertempat' Akidah Kufur Terkeluar Dari Islam- JAKIM



Soalan:

Slm Ustaz. Saya ingin bertanya. Apakah hukum jika seseorang itu mempercayai Allah itu bertempat mempunyai ruang dan arah? Setahu saya sejak kecil umat Islam tidak pernah kata Allah itu bertempat atau dilingkungi ruang arah samaada tempat atas ataupun bawah. Tetapi sejak akhir-akhir ini ada sebahagian ajaran (seperti Wahhabi) yang mendakwa ALLAH BERTEMPAT. apa hukumnya orang iktikad macam tu Ustaz?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam. Barangsiapa yang beriktikad Allah ta'ala itu bertempat maka dia sesat kerana itu bukan akidah Islam dan dia perlu kembali bertaubat memeluk Islam kerana dia telah menyamakan Allah dengan makhluk.

Pada kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM yang diterbitkan oleh JAKIM Bahagian Penyelidikan (1426H/2005M) pada Tajuk PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT DI MALAYSIA pada Nom (5) M/S 7 dinyatakan oleh JAKIM:

" Ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam dari beberapa sudut. Antaranya meletakkan Allah bertempat, Allah mengambil ruang dan berpindah-pindah dan Tuhan boleh bersatu
dengan makhluk".


JAKIM menyatakan lagi dalam ruang yang sama pada M/S 8:

" Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menempat, tidak mengambil ruang dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk.
Sebaliknya orang yang mendakwa begini sebenarnya tidak mengenal Allah
dengan pengenalan yang betul, kerana mengiktikadkan bahawa Allah
S.W.T itu boleh menjelma sebagai makhluk atau manusia, atau
menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak dengan keagungan-
Nya. Orang yang menganggap Allah memasuki tubuh manusia atau
Dia terlipat pada suatu tempat dan keadaan maka orang itu adalah
kafir terkeluar dari agama Islam. Kerana dianggap ingkar apa yang
disepakati daripada Islam
". Tamat nukilan dari JAKIM

Maka, sesiapa yang berakidah Allah itu bertempat dan mengambil mana-mana ruang maka dia telah tersasar dari akidah sebenar kerana menyamakan Allah dengan makhluk dan wajib memeluk Islam kembali dengan mengucap 2 kalimah syahadah.


Dibawah ini adalah teks kenyataan JAKIM yang dinukilkan:






Seorang pegawai Akidah JAKIM pula mengatakan bahawa antara ciri pertama ajaran sesat adalah mendakwa Allah bertempat dan mengambil ruang. Rujuk:


________________

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah Tuhan Sekalian alam. Alhamdulillah telah memberi hidayah kepada kita semua, jika bukan dengan pemberian hidayah Allah kepada kita, kita semua tidak akan mendapat hidayah kecuali Allah menetapkan hidayah kepada kita.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah,ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut baginda.

Maka disini Kami katakan:

Wahai seluruh umat Islam!
Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan.

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Ini kerana Allah ta'ala tidak memerlukan kepada makhluk-makhlukNya,azali dan abadinya Allah Tidak memerlukan kepada selainNya.
Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak merlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Dia tidak memerlukan kepada arah. Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah ta'ala yang bermaksud:

" Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah".

Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagiNya persamaan dan berukuran tinggi lebar, dalam, dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya, lebarnya, dalamnya. Demikian tadi dalil 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' dari Al-Quran.

Manakala dalil dari hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) bersabda yang bermaksud:

"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (azali)".

Makna hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi, tidak ada bersama Allah selainNya, air belum ada lagi, udara belum ada lagi, bumi belum wujud lagi, langit belum wujud lagi, kursi belum ada lagi, arasy belum ada lagi, manusia belum wujud lagi, jin belum wujud lagi, malaikat belum ada lagi, masa belum ada lagi, tempat belum wujud lagi dan arah juga belum wujud lagi.

Manakala Allah telah sedia wujud tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama sekali memerlukan kepada tempat. Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata:

" Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq.

Dari segi akal, sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta'ala itu tanpa tempat dan tanpa arah sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu setelah mencipta tempat Dia tidak bertempat dan tidak memerlukan arah.
Dalil ini semua, bukanlah menafikan kewujudanNya sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.

Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat. Sepertimana kita menghadap ke arah ka'bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka'bah akan tetapi kerana ka'bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam.

Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) turut menjelaskan:
" Akan kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari kiamat kelak mereka menjadi kafir, lantas sesorang lelaki bertanya: ' Wahai amirul mu'minin! Kekufuran mereka itu disebabkan apa? kerana mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama atau mengingkari sesuatu dalam agama?' Saidina Ali menjawab: Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota". Diriwakan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tady.
Berkata Imam Zainul Abidin (semoga Allah meredhoinya): " Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat". Diriwayat oleh Al-Hafiz Az-Zabidy.

Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat: " Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu.

Dinyatakan dengan sanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata:
" Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini".
Manakala riwayat yang berbunyi 'dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili' ianya riwayat yang tidak sohih.

Imam kita Imam Syafie (semoga Allah meredhoinya) telah berkata: " Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi.

Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal (semoga Allah meredhoinya) : " Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir".Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.

Berkata Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: " Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".
Maka jelaslah dari kenyataan Imam Al-Asy'ary tadi bahawa kitabnya yang berjudul Al-Ibanah pada hari ini telah ditokok tambah.


Berkata Imam Abu Ja'far At-Tohawi yang mana beliau ini merupakan ulama As-Salaf As-Soleh: " Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya".
Beliau berkata lagi: " Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia jatuh kafir".
Antara sifat makhluk adalah bergerak,duduk diam, turun, naik, bersemayam, duduk, berukuran, bercantum,berpisah,berubah, berada di tempat,berarah, berkata-kata dengan huruf, suara, bahasa dan lain-lain.

Telah dinukilkan oleh Imam Al-Qorofy dan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dan selainya menukilkan kenyataan bahawa: " Imam Syafie, Imam Malik Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah (semoga Allah meredhoi mereka) berkata bahawa jatuh hukum kufur bagi sesiapa yang berkata Allah itu ber-arah dan berjisim dan benarlah penghukuman Imam-imam tadi".

Wahai seluruh orang-orang muslim.
Kami mengakhiri penjelasan ini dengan ungkapan kaedah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hambal (semoga Allah meredhoinya): " Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.

Berkata Imam kita Abu Bakar (semoga Allah meredhoinya): "Merasai diri itu lemah dari membayangi zat Tuhan maka itulah tauhid mengenal Tuhan dan memcari-cari serta membayangkan zat Tuhan itu pula adalah kufur dan syirik".

Alhamdulillah kita berada dalam akidah yang benar ini, memohon kepada Allah ta'ala agar mematikan kita diatas pegangan ini. Amin ya Arhamar Rohimin Wa akhiru da'wana 'anil hamdulillahi robbil 'alamin.


______________________


SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHONY MENILAI (MENOLAK) AKIDAH ALLAH DI LANGIT DAN BERTEMPAT.



Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;

“ Dan ketiga Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi :
Dan maknanya : Bahawasanya Allah Taala tiada bersama ia dengan segala yang baharu, tiada pada zatNya, dan tiada pada sifatNya dan tiada pada af’alNya (perbuatanNya). Maka zat Allah tiada menyerupa akan dia segala zat yang baharu, dan sifatNya tiada menyerupa akan dia akan segala sifat-sifat yang baharu, dan perbuatanNya tiada meyerupa akan dia akan segala perbuatan yang baharu, dan setiap barang yang terlintas dengan hati seorang kita akan sesuatu maka bahawasanya Allah Taala itu bersalahan baginya kerana sekalian itu baharu[1]. Maka Allah itu bersalahan dengan segala yang baharu seperti firman Allah Taala :
Yang bermaksud :
“Tiada seperti seumpamanya Allah Yang Maha Suci suatu dan Dialah jua Tuhan Yang Amat Mendengar dan Yang Lagi Amat Melihat”.[2]
Dan tiada Allah Taala itu bertempat[3], dan tiada Ia di atas[4], dan tiada Ia di bawah, dan tiada ia di kanan, dan tiada di kiri, dan tiada pada hadapan, dan tiada di belakang,[5] kerana adalah sekalian itu melazimkan jirim, dan Allah Yang Maha Suci tiada berjirim, dan tiada Aradh. Kerana adalah segala yang baharu itu terhingga atas dua perkara iaitu jirim dan aradh maka tempat dan berubah itu sifat jirim dan sifat aradh. Demikian lagi besar dan kecil itu sifat jirim yang banyak dan sedikit kerana jikalau banyak jirim dinamakan besar dan yang sedikit dinamakan kecil. Dan berubah itu sifat aradh seperti gerak dan diam maka kedua-duanya itu daripada kelakuan yang baharu dan Allah Yang Maha Suci itu Qadim[6] tidak boleh disifatkan dengan segala sifat yang baharu. Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia pada kufurnya seperti katanya allah taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.

Seterusnya berkata lagi Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;
” Kata Imam Syafie ; Barangsiapa yang meninggalkan empat perkara ini sempurna imannya, dan iaitu (kam ),dan (kaif), dan (mata), dan (aina), maka adapun (kam) maka dinyatakan dengan dia menuntut kenyataan bilangan maka jika dikata orang ; Kamillah ? Yakni “ berapa Allah?” maka jawab olehmu : iaitu wahid yakni Esa pada zatNya dan pada sifat-sifatNya dan pada perbuatanNya. Dan (kaif) iaitu ditanya dengan dia daripada kaifiat maka jika ditanya orang : kaifallah? Yakni “ betapa Allah (bagaimana rupa Allah?)” maka jawab olehmu ; tiada mengetahui seseorang akan hakikat zat Allah melainkan Ia jua. Dan (mata) itu tiada dengan dia daripada zaman (masa) maka jika dikata orang : Matallah? Artinya ; manakala didapati Allah? (bilakan Allah Taala wujud?) maka jawab oleh mu : Allah Taala itu awalnya tiada permulaan dan akhir tiada kesudahan. Dan (aina) dan tiada dengan dia daripada makan (tempat), maka jika dikata orang : Ainallah?[7] (di mana Allah?) maka jawab oleh mu : Allah itu tiada bertempat dan tiada dilalu atasnya masa kerana zaman (masa) dan makan (tempat) baharu keduanya.
Bermula Allah taala itu Qadim dan yang Qadim tiada berdiri dengan yang baharu dan barangsiapa yang menyerupakan Allah , Tuhan yang bersifat dengan Rahman dengan suatu maka tiada syak pada kufurnya. Maka takut olehmu akan diri kamu dan pelihara akan dia daripada menyerupa ia akan Allah dengan suatu bahagi daripada bahagi yang baharu ini maka demikian itu kufur. Dan sungguhnya wajib bagi Allah itu mukhalafah (bersalahan) bagi segala yang baharu kerana bahawasanya jikalau menyama ia akan dia nescaya adalah baharu seumpamanya. Dan telah terdahulu pada burhan wajib qidamnya dan baqa’nya dan wajiblah ia bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi, dan apabila sabitlah baginya Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi nescaya nafilah daripadanya Mumatsilah Lil Hawaditsi ( bersamaan Allah pada segala yang baharu). Selesai nukilan penulis (abu lahyah) daripada Kitab Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah”[8]

…………………………………………………….
FOOTNOTE ;
[1]Berkata Imam As-Suffi Zunnun Al-Mishry (nama asalnya ialah Tsauban Bin Ibrahim, pernah mempelajari ilmu secara bertallaqqi dengan Imam Malik pada qurun ke 12 Hijrah) dan Imam Ahmad Bin Hanbal : “ walaubagaimana engkau membayangkan Allah Taala, maka Allah bersalahan dengan apa yang engkau bayangkan atau gambarkan ”.
[2] Allah Taala berfirman ; “Tiada sesuatu pun sama dengan Allah dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” Surah Syura Ayat ;11.
[3] Sayyidina Ali Radiallahu Anhu (40 H) yang merupakan seorang khalifah al_Rasyidin yang keempat dan seorang sahabat yang agung telah berkata:“ Adalah (Allah azali) tanpa bertempat, dan Dia sekarang seperti mana keadaanNya yang lalu ( wujudnya azali tanpa bertempat)”. Lihat Abu Mansur al-Baghdady, Al-Farqu Bainal al-Firaq, ( Kaherah, Percetakan Darul Al-Turats), m/s :356. Imam Ali berkata lagi : “Akan kembali suatu kaum daripada umat ini ketika dekat berlaku hari kiamat menjadi kafir mereka itu, lalu berkata seorang lelaki bertanya : wahai Amir al-Mukminin kekafiran mereka dengan apa, dengan sebab mereka melakukan perkara bida’ah ke dengan sebab keingkaran mereka? Maka berkata (Imam Ali) : Bahkan dengan keingkaran. Mereka mengingkari percipta mereka dan mensifatkanNya dengan jisim dan anggota.” Rujuk Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi, Kitab Najmul Muhtady, m/s 588.
[4] Berkata Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fqh Al-Absath m/s 12 : “ barangsiapa mengatakan aku tidak mengetahui tuhanku sama ada berada dilangit atau dibumi maka kufurlah ia, begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah berada di atas Arash dan aku tak pasti tahu sama ada Arash itu di langit ataupun dibumi. Perkara ini dipersetujui oleh Syeikh al-Izz Ibn Abd As-Salam di dalam kitab ((Hal Al-Rumuz)) lalu berkata : “ini adalah kerana perkataan itu mengelirukan atau menisbahkan bagi Allah tempat, barangsiapa menisbahkan bagi Allah tempat maka dia adalah Mushabbihah”. Manakala Syiekh Mulla ‘Ali Qari Al-Hanafi berkata di dalam kitab syarh kitab Fiqh Al-Akbar ; dan tidak syak lagi bahawa Ibn Izz Abd Salam merupakan ulamak yang paling mulia dan amat dipercayai, ,maka wajiblah dipegang dan bergantung pada nukilannya’. Selain Itu Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy berkata : “ Dan sesiapa yang mengatakan : aku tidak mengetahui sama ada Allah itu berada di langit atau dibumi maka kufurlah ia, ini adalah kerana dengan mengatakan salah satu dari dua pernyataan tadi menjadikan tempat bagi zat Allah Taala.” Rujuk Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy , Kitab Al-I’timad fil I’tikoq ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, Cetakan Pertama, Tahun : 2004 Bersamaan 1425 H) m/s 13.
[5] Berkata Imam At-Thahawiy As-Salafiy : ” Maha Suci (Allah) Taala daripada batasan, tinggi kemuncak, beranggota kecil (spt jari-jemari), anggota besar, memerlukan alat perantaraan, tidak juga sekali-kali meliputi arah-arah yang enam (atas bawah, depan belakang, kiri dan juga kanan) seperti sekalian makhluk. Seterusnya beliau menambah “ barangsiapa mengsifatkan Allah sengan satu makna atau sifat makhluk daripada sifat-sifat makhluk, maka telah jatuh kafir ia” Rujuk Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary, Idzhar As-Sunniyyah ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, tahun ).
[6] Tiada permulaan bagi kewujudan-Nya.
[7] Terdapat satu hadits yang diguna oleh golongan wahhabi untuk mengatakan Allah berada di langit iaitu Hadits Al-Jariyah. Hadis Al-Jariyah sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu’minah, al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’, Bab Ma Yajuz Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban dan lain-lain lagi. Hadits Jariyah ini bukan Bermakna Allah berada di atas langit.

MAKNA HADIS AL-JARIYAH
Hadis tersebut mudtarib (suatu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz matannya yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga menjadikannya dihukumkan sebagai hadis da^if ). Meskipun ada ulama yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih, namun mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit. Al-Imam al-Nawawi telah berkata dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa perkataan ” أَيْنَ الله” (Di mana Allah?) adalah suatu soalan tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat. Oleh itu, makna perkataan Baginda di atas ialah: “Apakah peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?”. Selanjutnya, perkataan hamba perempuan في السماء (di langit) itu pula bermakna: “Sangat tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya”. Oleh itu, tidak boleh berpegang bahawa Rasulullah telah bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh berpegang bahawa hamba perempuan itu telah bermaksud Allah bertempat di langit.
Sayyidina Ali Radiallahu anhu berkata:
لا يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ(ذكره أبو القاسم القشيري في الرسالة القشيرية)
Maknanya:”Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana (tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat). (Disebutkan oleh Abu`l-Qasim al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah).Al-Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya al-Fiqhu`l-Absat:
كَانَ قَبْلَ الْمَكَانِ, كَانَ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
Maknanya: “Dia (Allah) ada (azali) sebelum (kewujudan) tempat. Dia ada (azali) dengan keadaan belum ada suatu (penciptaan) tempat dan suatu (penciptaan) makhluk yang lain, dan Dia adalah pencipta segala sesuatu”.
Allah taala berfirman:
ليس كمثله شيء ( 11) – سورة الشورى
Maknanya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. (Surah al-Shura: 11)
Rasulullah bersabda:
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ(رواه البخاري وغيره)
Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya).
[8]Lihat Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony , Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah ( Thailand , Percetakan Maktabah Wa Mathba’ah Muhammad Al-Nahdi Wa Aulad, tahun : tiada ) m/s 6,7.

Nukilan:
http://ustaz-rasyiq.blogspot.com/2010/04/akidah-allah-bertempat-akidah-kufur.html

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo