Thursday, June 24, 2010

Perutusan Buat PAS. (Asri Dalang Fitnah!)

Perutusan Buat PAS. (Asri Dalang Fitnah!)





Sangat menyedihkan apabila seorang yang jahil pada banyak displin ilmu ber’bajukan’ PHD menggunakan media sebagai wadah lontaran fitnah sambil mempertahankan doktrin lapuknya yang jumud, suka menghukum sesat ulama dan gemar membid’ahkan amalan umat Islam yang ada dalil.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin@Abdul Talib sebelum ini kerap menuduh ulama Islam sebagai sesat dan sesiapa yang tidak sebulu dengannya akan mudah di’cop’ sebagai Syiah termasuk saya selalu dituduhnya dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Tanpa hujah dan dalil maka fitnah dan tuduhan merupakan senjata yang dianggap amat berguna untuk menjatuhkan pejuang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.

Asri sebelum ini menuduh saya mengkafirkan seluruh kerajaan Saudi, bak kononnya sesiapa sahaja yang berada di negara Saudi semuanya saya kafirkan. Subhanallah! Begitu sekali lancang lidah insan ini menuduh.

Waktu yang sama, didapati fahaman Wahabi terkenal dengan hukuman mengkafirkan sesiapa sahaja yang berdoa di kubur, walaupun didapati Raja Saudi sendiri bersama seluruh pemimpin kerajaannya menziarahi maqam Nabi Muhammad di Madinah dengan jelas mereka sengaja berwukuf (berdiri) dan berdoa dihadapan kubur Nabi Muhammad. Amalan itu dihukum oleh faham Wahabi sebagai kafir,syirik murtad dan terkeluar dari Islam. Ini membuktikan pemikiran faham Wahabi yang Asri sepemikiran dengan mereka turut mengkafirkan orang. Waktu yang sama juga didapati Asri sering menghina Raja-raja Saudi dengan kutukan yang amat kesat. Maka siapakah dalang fitnah mengucar-kacirkan ummah sebenarnya?!.


(Rujuk sini)

Tidak cukup dengan itu, Dr. Asri turut memfitnah dan menuduh saya kononnya saya mengkafirkan para Sahabat Nabi Muhammad dan ini adalah tuduhan yang amat busuk terhadap saya, diluar sana banyak lagi tuduhan-tuduhan dan fitnah-fitnah Dr. Asri ke atas saya. Saya pernah menerima surat samannya kepada saya tetapi saya lebih berminat untuk berhujjah kerana bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah hujjah adalah jalan penyelesaian utama yang dipilih.

Putar-belit fakta adalah mainan Asri. Pernah direka fakta palsu kononnya 2 orang ulama iaitu Imam Ibnu Hajar Al-Asqalany bertemu dengan Syeikh Ibnu Arabi kemudian mereka saling menghukum sesat satu sama lain sedangkan Ibnu Hajar baru lahir selepas lebih 100 tahun Ibnu Arabi meninggal dunia, bila pula mereka bertemu? Inilah sifat pengfitnah, pereka cerita, pemutar belit fakta.

Nah! Terbaru Dr. Asri dalam kenyataannya menuduh dan memfitnah saya buat kali yang entah berapa ribu kali kononnya saya mendakwa Dato’ Seri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai JI, militan dan pengganas. Padahal saya tidak pun menyebut nama Presiden PAS itu.

Hakikatnya pada taklimat jemputan tersebut bertarikh 21.06.2010, saya (Zamihan Mat Zin) tidak langsung menyebut nama Dato’ Sri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai militan atau pengganas atau Jemaah Islamiah (JI). Tidak!. Ini disaksikan juga oleh 'tangan-tangan ghaib' penebar fitnah palsu ini yang hadir pada waktu itu.

Tidak dinafikan mungkin wujud perbezaan pendapat antara saya dengan beberapa orang tetapi ketahuilah bahawa kenyataan melulu bukan pilihan yang tepat. (Sebuah laman berita tempatan telah mengeluarkan berita yang salah berkaitan isu saya ini dan telah diminta mereka merubahnya).

Wahai umat Islam dan pemimpin Islam. Berjaga-jagalah dengan dakyah Asri ini. Sesungguhnya ramai ulama Malaysia mengetahui pemikiran dan tujuan dakyahnya.

9 comments:

asyMok_Aambo said...

salam ukhuwwah.

pertama kali ambo dengar ceramah demo kalau tak silap mac-apr 08 di universiti malaya (masjid) sebelum solat jumaat.

ambo tahu demo takkan kaitkan Presiden PAS. demo pun pangkah bulan kat k.krai kan!

salam perjuangan.

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Sudah2 lah bergaduh sesama Islam ....

zamri said...

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam"
Hayatai betul2 hadis nie...sapa yg diam n sapa yg beriya2 menghentam org dlm ceramah2 n blog....
fikir2kan lah wahai org2 beriman

Saifuddin Ahmad said...

Tuan sheikh;

Utusan malaysia 25 jun 2010. Muka surat 15.

sebahagian Komen dari timbalan menteri pengajian tinggi,Dato' Saifuddin Abdullah:

" Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat itu mempunyai masalah dengan bekas mufti perlis. Jadi bagaimana masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara?"

Apa komen saudara dalam hal ini?
adakah list akan bertambah dari 4 kepada 5 dengan memasukkan sekali saifuddin ni?

saya ni termasuk dlm golongan orang umum...tak de ilmu agama tinggi2. hafal ayat2 lazim je...entah tajwid betul ke tidak pun tak pasti..tapi tuan rakan2 tuan sebagai ilmuan agama sepatutnya bertindak dalam disiplin ilmu...

menulis dalam blog dengan menghemtam satu sama lain amatlah menyedihkan...berbincanglah, berdebatlah, berforumlah...bukan bergaduh...

kami orang awam ni dah makin lemas...orang politik bergaduh...orang NGO bergaduh...kita orang agama pulak turut sama...

berbeza pendapat janganlah sampai ketahap yang melampau...saya tertanya2...adakah saudara lena tidur semalaman???

belajarlah dari ciptaan tuhan, tangan kita tu...kelima-lima jari kita berbeza. ada kecil pendek, kurus panjang, dan gemuk pendek...bila digunakan secara bersama...sangat harmoni...

jadi berkerjasamalah antara anda semua, wahai orang agama...duduk sebentar, ambil nafas dalam-dalam, dan fikirkan masak2 kata2 saya ni...Ingat! ilmu yang diberi Allah yang sedikit ini ada tanggungjawab...Gunakan ia untuk mendapat keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia.

mohon maaf jika tersinggung...

Ibn Salleh. said...

Salam, mungkin ada salah faham di sini di mana bila mendengar nama Syed Syeikh al-Hadi (Pelopor Wahabi Malaya) disangkakan TG Dato' Hj Hadi.Wallahu'alam.

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum,

Yang Ustaz pergi duduk dalam Modus Operandi UMNO kenapa?

Gi kerjasama dengan Polis tu maknanya ustaz dah masuk jerat.

Ustaz target Dr Asri, tapi diorang target pada PAS. Sebab dah lama diorang nak sabitkan PAS dengan pengganas.

Sebab mereka tak mahu Malaysia jadi sepertimana negara lain macam Turki, Algeria, Pelestin dan Mesir.

Modus Operandi ni semestinya dalangnya dari Yahudi Laknatullah. Mereka dah bercaya pecah belahkan umat dengan isu mazhab dan fahaman ni.

Akhirnya, sampai masa mereka nak leburkan gerakan Islam, leburkan PAS. Terutama sebelum PRU akan datang. Bacaan2 seperti ini ustaz kena cerdik. Jangan kerana bencikan seseorang abis semua kena tempiasnya.

Wallahua'lam

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum,

saya pencinta islam dan membenci permusuhan sesama islam. Ustaz zamihan, saya rasa tiada penyelesaiannya perbalahan pribadi antara ustaz dgn dr. asri. Apa kata kalau dibuat perdebatan antara ustaz dgn dr. asri. Boleh juga perdebatan dalam bentuk kumpulan, iaitu kumpulan ustaz dengan kumpulan dr. asri. ustaz panggil jer ustaz uthman el-Muhammady dan yang seangkatan dgn ustaz. Dr. Asri pula bersama golongan yg seangkatan denganya seperti Dr. Azwira, Dr.Juanda dll.

Lagipun debat macam ni dah berlaku di kelantan dahulu antara kaum muda dan kaum tua. Tentu ustaz tahu kan debat tentang masalah anjing yang melibatkan Dr Burhanuddin al-Helmi, Haji Wan Musa dan Haji Abbas Taha dari kaum muda.

Kalau boleh debat hendaklah berlangusng di DBP atau mana-mana IPTA/S. Boleh juga di Kelantan Trade Centre (KTC).

harap permintaan saya ini tidak membebankan ustaz.

joostspring said...

setuju sekali saudara shameel..

asri dulu pun pernah kena sekali dgn ustaz uthman dlm alkulliyah dlu..

Amien Ashbahani said...

Tangung jawab dan amanah ketika menulis di laman internet. Menulis tak sama dengan berbual. Pahala dan dosa yang kita perolehi melalui penulisan takkan sama dengan yang kita perolehi dengan berbual. Akses kepadanya lebih ramai, lapangannya lebih rencam, ketahanannya lebih lama dan kesannya lebih mendalam. Justeru pahala dan dosa akan menjadi lebih besar. Oleh itu...berhati-hatilah ketika menulis,nilailah dulu ia dgn penilaian iman,pastikan ianya adalah benar dan bukannya fitnah yang boleh membawa diri kita kepada kepada kesusahan diakhirat kelak,kerana setiap apa yang dilakukan kita akan disoal di akhirat kelak oleh TUHAN RABBUL JALIL.

P/S: jgn kebencian kita terhadap sesuatu kaum menghalang daripada menerima kebenaran dengan adil.

Visit Bil.