Tuesday, May 20, 2008

NAMA TIDAK SEPADAN?

Pekikan yang diiringi gelekan yang memukau hadirin.

Mungkin inilah aksi yang menyerlahkan kematangan hidup sbgmana yang disifatkan SS Mufti Perlis

Barisan artis yang sedang memekik dan melalak dengan aksi yang tak berapa senonoh.



Rakyat Darul Sunnah yang kemaruk dengan hiburan yang melalaikan. Masya Allah.Kesian mereka kerana tidak dipandu ke jalan Sunnah yang sebenar.

Mila : Artis yang ditunggu-tunggu di Darul Sunnah


Jay-Jay pun rambut panjang gak. Pakai cap dan petik gitar lagi..Islamik ke?


Ayu dan Mila berhibur sakan : Goyang Dik..jangan tak goyang


Ayu dan Mila sedang beraksi 'menghiburkan rakyat Darul Sunnah' dengan kata-kata yang indah dan bermakna. Lihatlah pakaian 'sopan' artis ini. Tentu tak sepadan dengan Darul Sunnah.


Industri hiburan tanahair kecoh seketika. Apabila Mufti Perlis menolak kehadiran penyanyi bergimik Superman, Faizal Tahir dari menghadiri konsert Sure Heboh di Perlis baru-baru ni. Antara alasan yang diberi Tuan Mufti Perlis ialah : "Apabila kita ingin mendengar nyanyian, kita sebenarnya hendak mendengar kata-kata yang indah dan bermakna. Bukan melihat pendedahan badan, atau gelagat liar, atau aksi yang pelik-pelik."


Ulasan Pertama : Dalam kes sure Heboh, seingat saya, SS Dato Seri Mufti Perak telah menyatakan bahawa Konsert Sure Heboh adalah haram. Pengharamannya tidakperlu dipertikaian lagi memandangkan kepada kandungan konsertnya yang bertentangan dengan Islam. Cuba Tuan-tuan perhatikan : Masa konsert, pakaian artis, lagu, senikata, alatan muzik, aksi penyanyi, ikhtilath (percampuran antara lelaki dan perempuan secara haram) dan kesannya kepada masyarakat muslim. Berasaskan kriteria di atas, maka jelaslah hukum yang diputuskan.


Tetapi, bila tiba 'turn' Sure Heboh buat Konsert kat Perlis. Tak haram pulak. Yang dilarang hanyalah Faizal Tahir sahaja. Bukan Konsert Sure Heboh tu.Sedangkan Faizal Tahir satu watak sahaja dalam Konsert berkenaan. Bagaimana dengan Mila, Ayu, Ramlah Ram, Jay-jay dan lain-laian yang beraksi pada malam tu. Adakah mereka berjaya memperagakan alternatif hiburan yang halal menepati konsep syarak. Paling kurang pun..kehendak yang diutarakan Tuan Mufti di atas tadi. Eleehh, kalau setakat menghidupkan drama 'Makkah Heboh al-Jahiliyyah..baik tak payah.



Soalnya, Kenapa larangan terhadap watak Faizal Tahir diwawarkan sedangkan 'Konsert' itu tidak dibantah sama-sekali oleh Tuan Mufti. Walhal, konsert berkenaan berimpak lebih besar dari watak Faizal Tahir? Sebabnya, nak bantah konsert...tak berani. Bantah individu..berani le. Huuuk oloooh..benda kecil (bersifat furuk) dibantah...benda besar (bersifat usul) diizinkan.Hidup budaya hedonistik! Astaghfirullah...Justeru, apa motif sebenar Tuan Mufti? Wallahua'lam


Ulasan Kedua : Apa maksud Tuan Mufti 'hendak mendengar kata-kata indah dan bermakna' tu? Jika dinilai zahir ayat..mana-mana senikata yang indah dan bermakna dalam nyanyian itu dikira 'halal' oleh Tuan Mufti. Dan nyanyian jenis inilah yang dibenarkannya. Nampaknya, begitu mudahnya beliau mengeluarkan sijil halal terhadap sesuatu nyanyian. Lebih mudah dari sijil halal JAKIM pulak. Maklumlah...beliau lebih terbuka. Hal ini diakui sendiri oleh Tuan Mufti dalam tulisannnya : "Ada wartawan bertanya saya : "Mengapakah SAYA YANG TERKENAL DENGAN PENDEKATAN TERBUKA mengambil tindakan memusuhi artis." waaaahhh...hebat kan? Tuan Mufti je yang terbuka. Orang lain tertutup, konservatif, lembab dan jumud. Yaa Salaaaammm. Oh ya, mana-mana komposer yang bijak menganyam kata-kata yang indah dan bermakna... sila jumpa Mufti Perlis untuk mendapat endorsement.
Ulasan Ketiga : Saya pun tak setuju dengan pendedahan badan, gelagat liar atau aksi-aksi yang pelik tu. Tapi sedihnya, fokus Mufti Perlis hanya pada Faizal Tahir sahaja. Dalam feqah, orang lelaki kalau setakat menonjolkan badannya pada khalayak masih dikira menutup aurat. Bahkan kalau solat tanpa berbaju pun masih dikira sah. Begitu juga kes Faizal Tahir.

Masalahnya, bagaimana dengan artis wanita kita yang berpakaian tapi bertelanjang. Tengok le sendiri aksi Mila, Ayu, Ramlah Ram DLL pada malam tu. Mufti Perlis tak tengok ke?kalau tak tengok..macamana nak bagi komen?Kalau senyap je lps konsert tu...Macamana nak perkenalkan hiburan yang berteraskan Islam supaya secocok dengan Perlis Darul Sunnah? Sendiri mau ingat maa..

Ulasan Keempat : Kotak kontrasi saya masih segar dengan tulisan Mufti Perlis : Jangan buka Aib orang satu waktu dahulu. Kini, beliau sendiri..bila tak setuju dengan seseorang dihentamnya individu berkenaan. Antara mangsa keganasan beliau ialah : Syeikh Abdullah Harari, Syeikh Nuruddin al-Banjari, Habib Anis al-Musawa, Syeikh Fuad Said, Dato Saleh Ahmad, Dr Uthman el-Muhammadiy, Us Zamihan al-Ghari, termasuklah Faizal Tahir. Sepatutnya, beliau berhubung dengan individu berkenaan. Bertanyakan khabar, minta penjelasan dan menyampaikan teguran atau nasihatnya dengan baik & berhikmah. Sesuai dengan perintah Allah SWT. Ni tidak..bila tak berkenan je..terus hentam dalam surat khabar, internet, youtube, ceramah dan lain-lain. Dalam masa yang sama, tak beri ruang kepada individu berkenaan untuk membela diri. Ni.. cara cowboy la brother!

Tengoklah tuan-tuan..bila Tuan Mufti ni tak setuju dengan Faizal Tahir..dia terus sebut dalam akhbar. Ya..la..kawan tu penyanyi, ada peminat..saya pun tak minat. Tapi..sekurang-kurangnya..hubungi dan beri nasihat kepadanya. Mungkin penyanyi berkenaan dalam keadaan jahil, terlanjur, terlupa, terover dan sebagainya.


Dalam dunia modern ni, pendekatan dakwah kita perlu dipelbagai. Hal ni penting supaya kedua pihak (da'ie dan mad'uu) masing-masing mendapat manfaat dari apa jua yang terhasil dari gerak diam tubuh badan manusia. Jika kita main cowboy..orang pun pandai main cowboy jugak. Dan ..semestinya teknik cowboy meng 'cowboy' ni bukan dari cara hidup kita. Bukan juga dari ajaran Islam. Nak kata 'Sure Heboh' Perlis halal..jauh panggang dari dapur gas. Tahniah Darul Sunnah..Hiburannya mampu menjana masyarakat yang punah ranah. Masya Allah.


Saya tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa. Tapi sekadar ingin berkongsi maklumat, kesan ketidakpintaran, mencungkil kesedaran dan penambahbaikan untuk kita semua. Bersamalah kita nasihat menasihati sesama kita. Tindakan dan kesan,,biarlah sepadan dengan apa yang kita laungkan.Syukran


6 comments:

HR said...

assalammualaikum warahmtullh wbt.

merujuk kpd petikan tuan
"Ulasan Keempat : Kotak kontrasi saya masih segar dengan tulisan Mufti Perlis : Jangan buka Aib orang satu waktu dahulu. Kini, beliau sendiri..bila tak setuju dengan seseorang dihentamnya individu berkenaan. Antara mangsa keganasan beliau ialah : Syeikh Abdullah Harari, Syeikh Nuruddin al-Banjari, Habib Anis al-Musawa, Syeikh Fuad Said, Dato Saleh Ahmad, Dr Uthman el-Muhammadiy, Us Zamihan al-Ghari, termasuklah Faizal Tahir. Sepatutnya, beliau berhubung dengan individu berkenaan. Bertanyakan khabar, minta penjelasan dan menyampaikan teguran atau nasihatnya dengan baik & berhikmah. Sesuai dengan perintah Allah SWT. Ni tidak..bila tak berkenan je..terus hentam dalam surat khabar, internet, youtube, ceramah dan lain-lain. Dalam masa yang sama, tak beri ruang kepada individu berkenaan untuk membela diri. Ni.. cara cowboy la brother!"


secara peribadinya sy berpndapat bhawa jika anda mngkritik ss mfti prli ini secara 'cowboy', adkh anda juga berbeza dgn bliau? harapn sy sbgai umara dan ulama insyaAllh, profesionalisme itu perlu ada sama ada di pihk al ghari atau ss atau sesiapa shj.. pendedahan demi pndedahan ttg kesilpan para umara dan ulama di klngn kita tidak pernh berjaya mnyatukan kita jika inilh methodnya..

sy prnh tringt suatu qaul..
(maaf xdhabit)
yg mnyatakan bahawa jika seorg pmimpin itu mlakukan kesalhan, dia tidak patut ditegur scara terbuka terlbih dahulu, bhkan secara bersemuka dgnnya sndri, sbgaimana yg alghari cuba tekAnkan di sini..

jd sy hrp isu2 sbgini tak dijadikn punca perslisihan dingin antara dua insam 3alim ini..

sedikit komen ttg isu ini,
bidang kuasa mufti tidak termaktub di dalamnya satu kuasa utk mnghalang konsert2 sperti jom heboh dsb.. yg dbolehkn adlh mnasihat dan mmberi garis pnduan yg mna garis pnduan itu pun, buknnya digazetkan mlainkn tidk lbih seolh sperti sbuah nsihat..

jd adkh apbila bliau tidk mngkritik yg lain ini, beliau seolh mnghalalkn?
pernhkah kita terfikir mungkin pd pmikiran beliau, apbila bliau mngkritik pula , bliau akn dikatakn tidk mnjaga aib selpas ksilpnnya ttg faizal tahir?

khulasah ringkas :
sy rasa tuan sndiri mngetahui apa itu husnu dan su'u dzon.. jd hrpnnya adlh agar kita sama2 utamakn terlbih dhulu, BERSANGKA BAIK.. insyaAllh..

-TEGURILAH JIKA IANYA SALAH-
WALLAHUA'LAM..

Ibnu Muslim said...

Saya tak setuju dengan pandangan rileks. Kalu Mufti Perak boleh ngape Mufti Perlis tak leh? Pokoknya usaha mesti kuat kepada pihak berkuasa untuk haramkan bukan setakat cari glamor je. Saye cuba SANGKABAIK namun kelantangan Mufti Perlis pada Syeikh Nuruddin al-Banjari, Habib Anis al-Musawa, Syeikh Fuad Said, Dato Saleh Ahmad, Dr Uthman el-Muhammadiy maka saya rasakan Dr Asri yang paling perlu SANGKABAIK

HR said...

saudara ibn muslim,
terima kasih utk pndngn..
akn ttp dari ayat ini:
"Pokoknya usaha mesti kuat kepada pihak berkuasa untuk haramkan bukan setakat cari glamor je."

ini bukanlh ayat seorg yg bersangka baik,setuju?kerana kalau nk diikutkan,al-ghari juga bolh dikatakn cuba mncari glamour dgn blog ini(sbg cntoh shj ye.. :D )

ttg kalau mfti ss harussani boleh,knp mfti ss maza xboleh, adkh dgn fatwa pengharamn beliau mmbawa kpd lupusnya konsert jom heboh ini?
dan jika kita berpndapat bahawa setiap mufti itu harus menentang gejala ini,maka kita PATUT DAN PERLU suarakn perkara ini kpd dia, sbg satu usaha membetulkn umara dan ulama.. sebelum kritikan seperti ini.. xgitu deh :)

apa yg sy ingin tekankan disini ialah kita sndiri sbnarnya yg patut memulakn sangka baik ini, jika kita asyik memperkatakan ttg individu ini tidak bersangka baik sedangkn usaha utk bersangka itu tidak ada di pihak kita, bukankh itu sendiri mnunjukkan yg kita ni seolah2 sama shj dgn individu berkenaan?


sy juga tak bermaksud ingin menyalahkn al-ghari dlm comment di atas,begitu juga ibn muslim.. dan minta maaf jika ada yg berpendapat sedemikian..cuma jika fikrah dan ikhtirah yg cuba sy ketengahkn ini nmpak rompong salahnya.. sy sedia ditegur..

wallahua'lam..

Ibnu Muslim said...

Jika itu niat saudara rileks, maka saya terima teguran tersebut. Insyaallah saya akan usahakan sifat mahmudah ini. Namun saya harap saudara rileks juga pesan kat Mufti Perlis tu perkara yang sama.Baru jelas keadilan.

Abu madani said...

saya lihat ust lebih menyerang peribadi seseorang, dan penuh dengan kata-kata berbentuk ejekan dan hinaan kepada seseorang, saya ingin menybut sepotong ayat maksudnya: serulah kejalan tuhanmu dengan penuh hikmah dan peringatan yang baik....
banyak kata-kata ust tidak ilmiah tetapi lebih kepada zhan (sangkaan) sahaja...
harap segala yang ust akan sampaikan selepas ini, biarlah lebih ilmiah....maaf jika terkasar bahasa.

Abu madani said...

harap ust dapat banyakkan ulasan2 ust dengan cara yang lebih ilmiah tanpa menyerang peribadi sesiapa kerana itu bukan cara islam disebarkan pada waktu zaman nabi.....saya ingin menyebut sepototong ayat barmaksud: serulah ke jalan tuhanmu dengan berhikmah dan peringatan yang baik, dan berdebatlah dengan cara yang paling baik....
harap ust dapat lebih ilmiah dapat setiap yang ustaz sampaikan selepas ini, wallahu a'lam.

Visit Bil.