Tuesday, May 27, 2008

KENALI SIMPTON WAHHABIY

Simpton Wahhabi 1 : Kangkang luah-luah
Simpton ke 2 : Wajibkan Jubah atas buku lali
Simpton ke 3: Wajib letak Tangan ataih dada (letak lain dikira tidak sunnah, bid'ah DLL)
Simpton ke 4 : Hanya serban Mandili sahaja, serban 'Imamah (putar) dikira tiada hadis sahih. Dianggap bid'ah sesat, tiru singh DLL.

Ada pihak tertanya-tanya. Bagaimana caranya untuk kita mengenali individu atau jamaah yang menganut aliran fahaman Wahhabiy Ghuluw secara paling mudah?. Jawapannya ialah dengan melihat fahaman, pegangan atau amalan individu atau jamaah itu sendiri. Antara simpton Wahhabiy yang termudah dikesan ialah dengan memerhatikan cara mereka mendirikan solat.



Sewaktu hendak melakukan solat, mereka melipat seluar mereka melebihi paras buku lali. Begitu juga bagi mereka yang memakai jubah. Jubah tersebut pasti disingkatkan. Menurut mereka, jika kaki seluar atau jubah berada diparas buku lali dikira bid'ah dholalah.



Sewaktu qiyam, mereka mengangkang agak luas. Bertakbiratul ihram di paras dada dan meletakkan kedua tangan di atas dada menghampiri leher. Lihatlah kedudukan mereka sebagaimana yang disertakan pada paparan di atas. Hairannya, golongan Wahhabiy Ghuluw ini membid'ahkan sesiapa yang meletakkan kedua tangan (lps takbiratul ihram) atas perut bawah dada sebagaimana amalan dalam mazhab al-Syafi'ie kita. Sila lihat anjuran bersolat letak tgn atas dada oleh Syeikh al-Albaani dalam Sifat al-Solat Nabi m/s 88.



Dalam mazhab al-Syafi'ie, Hal ini telah diperjelaskan para ulamak al-Syafi'iyyah. Antaranya, al-Hafiz Ibn Hajr al-Asqalani mengatakan : "Ibn Khuzaimah meriwayatkan hadis dari Wail b Hujr bahawa Nabi SAW meletakkan kedua tangannya pada dadanya ('ala sadrihi: bukan di atas dadanya). Sedang menurut riwayat al-Bazzar( 'inda sadrihi), pada dadanya." (Fath al-Bari m/s 224 juz 2)



Ulasan : Yang dimaksudkan di atas dada bukan secara zahirnya. Tetapi maksudnya ialah berhampiran dada. Kenyataan zahir ini boleh difahami dgn lafaz ('inda sadrihi) pada riwayat al-Bazzar. Kata ulamak : "Menghimpunkan riwayat lebih baik jika ia memungkinkan."



Imam al-Tirmidzi menjelaskan ketika membicarakan riwayat Wail bin Hujr, Ghatif al-Harith, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Sahl bin Saad r.a : "Hadis ini menjadi amalan para ulamak dari kalangan sahabat Nabi SAW, Tabiin dan golongan sesudah mereka. Mereka melihat seseorang melakukan solat dengan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri semasa (qiyam dlm solat). Sebahagian mereka meletakkan kedua tangannya di atas pusat. (mazhab al-Syafi'ie & Hambali) Manakala sebahagian yang lain meletakkan tangan mereka di bawah pusat. Dan kesemua itu (dilakukan secara) terbuka dikalangan mereka". (mazhab Hanafi dan Maliki)



Kesimpulannya, Sunat meletakkan tangan kanan atas tangan kiri di atas pusat (melepasai pusat) di bawah dada selepas takbiratul ihram. Ia bukanlah bid'ah dholalah sebagaimana di dakwa pelampau agama. Golongan yang memaksa kita meletakkan kedua tangan di atas dada sebenarnya mengambil pemahaman hadis secara zahir. Dan pemahaman zahir ini keluar dari ketentuan mazhab Empat yang muktabar. Justeru, tidak sepatutnya mereka memaksa kita mengikuti pendapat mereka.



Ternyata, pendapat ini lebih merupakan PENDAPAT BEBAS al-Albaani yang digunapakai secara ghuluw. Sedangkan al-Albaani bukan dari kalangan mujtahid. Dan sesekali tidak berhak untuk membatalkan pandangan Mujtahid Muthlaq.



Akhirnya, ketahuilah bahawa jika tuan-puan melihat petanda seperti di atas, jelaslah bahawa individu atau jamaah tertentu sudah dijangkiti virus Wahhabiy Ghuluw. Awas, Jauhilah.

9 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.

Terima kasih atas penjelasan Ustaz Zamihan. Saya ingin bertanya. Apakah pendapat Ustaz Zamihan tentang pengisian Kursus Penghayatan Sifat Solat Nabi Muhammad s.a.w yang dikendalikan oleh Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman? Mudah2an ALLAH memberikan kami(umat Islam) kefahaman dan selamat dari kekeliruan. Sekian, terima kasih.

Ibnu Muslim said...

Izinkan saya bagi komen walau bukan Us Zamihan. Pada pandangan saya Ustaz Zaharuddin bukan golongan ghuluw kerana beliau agak terbuka & berlapang dada. Buku beliau berkaitan Kesempurnaan Solat juga mengambil pandangan dari semua Mazhab & beliau nampaknye cenderung kepada pandangan aliran Syafiiyah.
Wallahua'lam.

lu'lu' wal marjaan said...
This comment has been removed by the author.
lu'lu' wal marjaan said...

Bismillahirrahmaanirrahim

saya sedih dengan 'bentuk' kritikan ustaz,setiap orang mungkin ada hak untuk mengkritik,cuma sebagai pengkritik perlulah tahu adab mengkritik. Bila ustaz kata orang yg solat macam tu seolah bawak kereta spot besar tayar kecil,tidakkah secara langsung ustaz mencela hadith,walaupun mereka mengambil hadith secara zahir,sepertimana ustaz sendiri yang kata tidak lebih dari ijtihad Albanni,sudah tentu ustaz tahu setiap ijtihad betul dapat dua salah dapat satu,jadi kenapa kita nak mencela?kalau salah ijtihadnya pun tidakkah kita boleh lebih berakhlak dalm mengkritik?macam mana kalau ijtihadnya betul dan diterima disisi Allah?oleh kerana manusia tidak tahu perkara ini samada diterima atau tidak,jadi lebih baik kita mengikuti adab2 dalam mengkritik seperti yang diamalkan ulama2 muktabar dahulu insyallah.

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran atas semua komentar.

Saya tak mahu mengulas lanjut tnt Us Zaharuddin. Secara teori dlm bukunya takde masalah. Pendekatan pelbagai mazhab membuka jendela minda. Tttp bagi orag awam sedikit kecelaruan.Secara praktikal..ana belum melihat lagi kursus yg dikendalikan beliau.

Afwan, jika ada pihak yg terasa tentang jenaka berhubung solat pelampau wahhabiy. Ana hanya menghubung kait dgn amalan pelampau sahaja. rujuk balik kriteri yg disebutkan.

Afwan,dlm kes khilaf yg muktabar mmg ada adab ikhtilaf. Dlm kes khilaf yang tidak muktabar..adabnya ialah kita perlu menjelaskan kesalahan2 mrk. Dlm kes ni, alalbaani..bukanlah seorang mujtahid. Beliau tidak menguasai hadis secara bersanad.Tidak menguasai feqh secara talaqqi.Apabila dia beruasaha utk memaras akal dlm menjustifikasikan sesuatu hadis..tidak semestinya usaha itu adalah ijtihad. Apatah lg usahanya itu digunakan sgb momentum utk membid'ahkan golongan yg tak sependapat dgn mereka.

Jgn bersedih dgn sebelah pihak sahaja. Apakah anda tidak bersedih jika sebahagian besar umat Islam dibid'ahkan hanya semata-mata menurut pendapat al-albaani. Sepatutnya, kesedihan muncul dari berbagai sudut yg adil.

lu'lu' wal marjaan said...

Bismillahirrahmaanirrahim

Saya kira kalau ustaz menganggap AlBanni bukan mujtahid saya mengcadangkan ustaz menukar dari ayat 'sekadar ijtihad Albanni' kepada 'pendapat Albanni' bagi orang melayu seperti saya rasanya itu lebih jelas dan kepada orang lain juga.

Saya juga ingin mengajukan soalan,boleh ke ustaz BUKTIKAN yg Albanni belajar hadith tidak bersanad?dan belajar feqh tanpa talaqqi?dan daripada mana SUMBERNYA?

mohon penjelasan.

bankalgori69 said...

Yaa al-gori, kalau awak baca banyak kitab hadis hukum dalam bab "letak tangan semasa qiam" maka ada ulasan : hadis letak tangan atas dada adalah hadis yang paling baik (sanadnya), dan ada ulasan di bahagian dada manakah yang perlu diletakkan tangan.

Tulisan awak : "Dan pemahaman zahir ini keluar dari ketentuan mazhab Empat yang muktabar." adalah tak tepat. Sila semak semula kitab perbandinagn mazhab empat. Jangan terlalu laju nak menyesatkan orang yang tak sependapat dengan awak, nanti orang nampak awakni seperti kata dulang paku serpeh........

Jangan terlalu gairah (goriah) nak rodd kumpulan lain, nanti menampakkan kebodohan awak, dan memang awak ni berlagak pandai nak mengalahkan ahli hadis.

Yaa al-gori apsal awak tak periksa hadis sahih mengenai haramnya isbal. Dalam gairah awak menyesatkan wahabi, awak tak sedar mereka cuma mengamalkan hadis isbal walaupun munkin pengamalan mereka secara tidak istiqomah - semoga Allah ampunkan mereka).

Yaa al-gori, apsal ko tak baca hadis mengenai 'imamah atas kepala. Atau ko ni jenih orang yang tak gemar mentelaah hadis, tapi cuba nak jadi jaguh pandai fikih. Yang bagi fatwa simton ke 4 serban mandili tu siapa, cuba bagi tahu kitaorang siapa siapa dia. Atau ko yang memandai yang kata begitu.

oklah, aku taknak cakap panjang, nanti penin plak si al-gori ni. Sorilah kalau terkasar bahasa kepada yang berbahasa kasar.

bankalgori69 said...
This comment has been removed by the author.
freehappy said...

Salam Ustaz,

Saya minta pandangan ustaz tentang tuan guru datuk nik aziz.,,beliau cenderung pada wahabi..atau sememangnya beliau adalah wahabi?

kalau boleh tak perlu displaykan jawapan anta ini..anta boleh jawab dan emailkan kepada sgmulia@yahoo.com
(pas-sgmulia,blogspot.com) atau email sendiri kepada saya cyberjie@gmail.com saya tak akan exposekan jawapan ini kalau ianya mendatangkan kekecohan kelak. kerana ramai orang PAS diluar sana tidak tau pasal ini.

Visit Bil.