Tuesday, October 14, 2008

ALASAN TAMAT


Jimadie Shah Othman Oct 9, 08 2:34pm


Institusi mufti di negara ini "tidak pernah ditekan" oleh pemimpin politik kerajaan dan isu ini tidak pernah berbangkit dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, kata seorang mufti berpengalaman."Selama 24 tahun saya menjadi mufti, tidak ada (tekanan). Saya bebas mengeluarkan pandangan," kata Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria kepada Malaysiakini. "Di negeri-negeri lain pun, setahu saya tidak (kes tekanan)."



Diminta mengulas dakwaan wujud "permainan politik" sehingga menyebabkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meletakkan jawatan hujung bulan ini, Harussani berkata "saya tidak tahu." Harussani, yang juga ketua Majlis Mufti Malaysia, berkata beliau sekarang tidak lagi mengeluarkan banyak kenyataan kepada media bukan kerana tekanan politik. "Bukan saya tidak keluarkan pandangan. Tetapi tidak ada orang yang datang bertanya. Kalau setiap hari orang datang bertanya, setiap harilah saya berikan pandangan," katanya.



Persatuan Ulama Malaysia (PUM) bagaimanapun menganggap perkembangan di Perlis itu sebagai "pengulangan" kes-kes tekanan pemimpin politik terhadap institusi mufti seperti yang terjadi pada bekas mufti Selangor Datuk Ishak Baharom dan Harussani sendiri. Yang Dipertua PUM Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata insiden ini menunjukkan kurangnya pengiktirafan terhadap institusi ulama di negara ini. "Isu yang lebih besar adalah pengiktirafan kepada institusi ulama. Kita tidak boleh lihat semata-mata dalam konteks politik. "Institusi mufti mesti diiktiraf dan diambil pandangannya. Ia harus diberi kebebasan tanpa tekanan politik," katanya..."-malaysiakini



Ulasan :


1) Faktor penamatan kontrak seseorang Mufti ada banyak. Antara pihak yang berhak menamatkan kontrak adalah orang politik memandangkan mereka yang membentuk kerajaan. Dan Kerajaan pula mempunyai kuasa untuk melantik atau menamatkan kontrak sesiapa sahaja. Justeru, melihat kepada satu faktor dalam penamatan sesuatu kontrak bukanlah sesuatu pandangan yang bijak. Sebaliknya, kebijakan dalam menilai sesuatu perlu mengambil kira pelbagai faktor.



2) Antara faktor terbesar yang boleh dijangka ialah DR MAZA ini selalu mencetuskan kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan beliau timbul dari keghairahan beliau yang ingin mengetengahkan tajdid agama (pembaharuan) menerusi fahaman 'asrisme' . Fahaman Asrisme bolehlah ditakrifkan sebagai fahaman tulin Dr Asri hasil adunan dari fahaman pelampau al-Wahhabiyyah dan liberal. Walaupun beliau keras menafikan beliau bukan Wahhabiy..tetapi jika diperhatikan secara halus (observasi) melalui karya dan ucapannya..beliau sebenarnya menggunakan metodologi Salafi Wahhabiy. Namun, kekadang, fahaman dan gayanya menjurus kepada liberal dan menguntungkan golongan berkenaan. Disebabkan kontroversi yg dicetuskan, munculnya pelbagai tentangan, bantahan, jawapan balas serta komentar keras terhadap beliau. Akhirnya situasi ini dinilai oleh pucuk pimpinan..dan ditamatkan kontraknya lebih awal. Kaedah mengatakan : 'Menutup ruang kerosakan lebih baik dari membawa kebaikan."



3) Adalah tidak logik jika orang politik tidak 'campur tangan' dalam perlantikan dan penamatan kontrak mufti. Sbb itu dalam bidang kuasa mereka. Namun, amat tidak manis jika orang politik 'campur tangan-kaki' dalam bidang tugas Mufti. Namun, gandingan dengan perasaan saling memahami dan bukan saling kepentingan itu lebih baik bagi memartabatkan Institusi Mufti sendiri. Mungkin kedudukan Mufti Perak berada di zon selesa. Tapi bagaimana dengan kedudukan Mufti2 yang lain di negara kita. Bila agaknya untuk di wujudkan jawatan Mufti Malaysia?



4) Saya terdengar dari lidah Mufti Wilayah Persekutuan sendiri bahawa ada golongan yang cuba berunding dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri supaya jawatan Mufti Wilayah Persekutuan ini diberi kepada Dr MAZA. Tetapi saya difahamkan bahawa DS Ahmad Zahid Hamidi sendiri tidak gemar dengan gaya dan pendekatan Dr MAZA yang banyak mengundang kontroversi itu. Maknanya, ada cubaan untuk mendapatkan jawatan..tetapi hampa.



5) Elok juga ditamatkan kontrak @ beliau berhenti awal sbgmana di dakwa. Sekurang2nya fahaman, amalan dan tumpuan kita tidak terganggu dengan isu remeh. Sekaligus membolehkan kita memberi fokus kepada agenda memantapkan dan membangunkan ummah dalam pelbagai aspek. Oleh itu, memandangkan kontrak telah ditamatkan maka semua alasan perlu dibuang. Wassalam.


5 comments:

Ibn Salleh. said...

Negara kita terlalu ramai Mufti, itu yang susahnya.Mufti yang ini kata gitu, yang ini kata begini, yang lainnya jadi Mufti bisu tak kata apa-apa.Yang jadi mangsa ialah orang awam yang mencari-cari kebenaran.Memang Ana tak selayaknya bercakap pasal Mufti-Mufti di Malaysia ni tapi Ana cukup respect dengan Almarhum Dato' Ishak Baharom kerana ketegasannya.Tapi sayang jasa beliau tak diketengahkan malah perginya beliau mengadap Illahi tidak diberikan berita yang meluas malah kematian seorang pelopor hiburan yang lebih diutamakan.Alfatihah untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom.

ajim said...

ya ustaz..
walaupun saya tidak digalakan utk hadir kedalam blog ni, tapi atas dasar tanggungjawab saya tetap menjenguknya..

boleh saya katakan hampir semua penulisan ustz tentang dr asri sebenarnya mencerminkan sikap ustaz yang sangat tidak menggemari dr asri.. pelbagai ulasan yg ustaz berikan yang saya nilai sebagai berat sebelah.. ada juga cerita2 yang saya lihat tidak benar cuba ustaz sampaikan.. apakah kerana atas dasar dr asri bermanhaj salaf maka adalah halal bagi ustaz secara mudah menyatakan segala cerita2 yang tiada sumber sahihnya.. apakah begini disiplin seornag ustaz?

banyak sebenarnya yang saya ingin ulas.. namun saya rasa ustaz lebih memahami agama dari saya, usahlah menampakan ustaz terlalu terdesak untuk melihat dr asri turun dari jawatan.. usahlah kelihatan ustaz begitu gemar menyetuh isu yang tiada kaitan dan hanya sekadar menambahkan aib..

ustaz org agama, selesaikan segala isu seperti org yg beragama.. pejabat mufti perlis saya rasa ustaz tahu.. susah sgt ke nak ziarah? mungkin pangkat ustaz lebih tinggi dari taraf mufti.. ustaz lebih arif menilai..

sekian,

kyas said...

sudah la tu ustaz... tak habis-habis... dah terlalu byk bercerita tentang si polan.

mod said...

Salam,
Saya amat setuju kontrak dr asri ditamatkan. Banyak isu2 yg dibawa oleh beliau menggelirukan.

Panglima Perang Cyber said...

SOKONG 110 PERATUS DR MAZA DITAMATKAN KONTRAK.

WAHABI MESTI DIPERANGI....

DAN AGEN YAHUDI JUGA SAMA...

IAITU si PoLan DARI PARTI MATA SATU....

MINTA UST KAJI SIKIT LAMBANG Parti tu DAN KAITAN DGN FREEMASON.

ADA BLOG MENARIK D SINI -

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

salam.

Visit Bil.