Sunday, October 12, 2008

AWASI NABI PALSU!!!

Para pembaca budiman, fenomena mengaku menjadi Nabi @ Rasul bukan perkara baru dalam agama dan masyarakat kita. Termasuklah kes Nabi @ Rasul Palsu Puan Maryam bt Ahmad Shaharudin ini. Sebelum ini beliau pernah mengaku menjadi nabi Isa AS. Tetapi 'kononnya' setelah dinaikkkan ke makam yang lebih tinggi, beliau mendakwa dilantik oleh Allah sebagai Rasul Perempuan Melayu pula. Beliau pernah dikenakan tindakan oleh JAIP atas dakwaannya itu. Tetapi, beralih angin pula ke Selangor. Kini operasionalnya berpusat di Ampang dan Lembah Klang. Tuan Blog sudah lama mengikuti perkembangan beliau. Dan pendedahan kepada pihak berwajib telahpun dibuat. Namun memandangkan aktiviti Rasul Palsu ini semakin berleluasa dalam menyesat dan memesongkan pegangan umat Islam. Maka sekali lagi Tuan Blog terpanggil untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan beliau.

Berikut merupakan dakyah yang disebarkan oleh beliau :

1) Mengaku sebagai Rasul Perempuan Melayu yang diutuskan oleh Allah SWT. Buktinya, beliau mengatakan : "Saya dengan ini mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah dengan bukti dan petunjuk ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa di dunia ini boleh mengatasi apa jua kuasa yang Allah berikan kepada saya yang membuatkan tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh mengambil apa jua tindakan terhadap saya sebagai bukti mukjizat saya yang ini, ia-itu kuasa saya bersama kuasa Allah. Begitulah cara Allah membuktikan kebenaran saya sebagai Rasul Allah untuk difahamkan kepada semua yang membaca email ini.( Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 30 hb. September, 2008 : email yg di hantar kepada Tuan Blog).


Meriam mendakwa lagi : "Bukan mudah menjadi Rasul, terutama perempuan pula. Jika tidak kerana Allah membela, melindungi, menyayangi saya, tak tahulah bagaimana untuk saya berhadapan dengan anda yang begitu kejam menghina saya tanpa sebab." (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 September 2008)


2) Menyifatkan sesiapa yang tidak menerima kerasulan beliau akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Buktinya : "Untuk makluman semua tidak ada gunanya lagi sesiapa jua melawan dan menentang apa jua yang saya bawa dari Allah ini untuk kita semua saksikan bagaimana akhirnya Allah membuka mata anda semua untuk membolehkan anda semua melihat kebenaran dari Allah yang saya bawa ini. Terus terang saya katakan inilah masanya kamu semua yang selama ini menidakkan kebenaran saya dapat melihat dengan mata kepala kamu semua bagaimana laknat Allah menimpa kamu semua yang sampai sudah tidak mahu menerima kebenaran saya ini.



3) Mendakwa Islam telah diselewengkan oleh Dajal 7 Anti Hadis. Buktinya : "Tak perlulah takut sebab saya bukan bawa apa jua ajaran agama yang lain atau yang baru tetapi ajaran yang sama seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Untuk makluman semua ajaran yang Allah sampaikan menerusi Nabi Muhammad telah habis semua sekali diselewengkan oleh dajal sejak ujudnya kitab dajal yang bernama hadis. Sejak itulah kita semua dalam kesesatan." Meriam mendakwa lagi : "Sebenarnya yang buruk itu, yang hina itu adalah agama dajal; bukan agama Islam agar anda semua fahamkan apa yang saya perangi selama ini bukannya ajaran dan agama Islam, tetapi ajaran dan agama dajal yang kita anuti sejak 700 ( tujuh ratus) tahun dahulu."
(Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 23 hb. September, 2008, email kpd Tuan Blog)
4) Mencela Institusi Agama : Buktinya, beliau mengatakan : "Khas buat Jabatan Agama Islam Perak: Saya amat tahu apa yang saya lakukan ini hanyalah drama yang Allah perlu pentaskan. Jadinya jangan bimbang bila JAIP saya saman. Tidak ada apa jua jalan lagi untuk kes ini dibawa ke mahkamah melainkan hanya dengan cara ini sahaja. JAIP pernah mendakwa saya bukan menurunkan kata-kata Allah pada tahun 1994 dahulu. Allah benarkan JAIP berbuat begitu sebab Allah ada perancanganNya membenarkan JAIP berbuat begitu. Untuk makluman semua sebabnya adalah begini, dengan apa yang JAIP lakukan itu memberikan peluang kepada saya untuk menyaman JAIP. Ini semua hanya lakunan Allah sahaja. Allah sebenarnya mahukan kebenaran saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan diumumkan menerusi saluran yang suci, ia-itu mahkamah. Satu-satunya jalan yang ada ialah menyaman JAIP." (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 Sept 2008)
Malah, Meriam turut mengecam JAKIM dan para Mufti yang lain di negara ini. Tuan Blog akan memperjelaskan beberapa provokasinya. Insya Allah.
5) Lebih jelas lagi Rasul Palsu ini selalu mendakwa diakhir emailnya :
Saya yang menurut perintah Allah / Tuhan,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Tuhan


6) Utk maklumat lanjut : Rasul Palsu ini boleh dihubungi di alamat berikut :


Meriam bt Ahmad Shaharudin
19A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan


7) Ayuh saudara, mari kita bersatu untuk membanteras Rasul Palsu ini. Untuk acara debat, berhujjah, forum @ diskusi, pengikut Rasul Palsu boleh hubungi saya : Zamihan Mat Zin 012 2465518 @ 03 89218449. Syukran

7 comments:

aryna said...

ustaz, apakah ada bukti yg kukuh?!
sekiranya ada, naper masih berleluasa?! dia layak disumbat ke ISA.. (saya pinjam kata ust.dr.badrul amin.. saya juga menentang ISA, tapi dah ada, guna pakai lah..)

saya pun "takjub" ngn org2 yg mudah terima pakai dakyah2 org2 mcm ni.. tak baca Al-Quran dan hadith kah mereka sehingga begitu dangkal sekali pengetahuan mereka tentang Islam... sehingga perkara2 asas dan utama mereka tak tau?! subhanaALLAH...

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Ya, memang benar, sudah afda bukti kukuh. Sejelas2nya. Kita dah adukan kpd Bukit Amana. Tapi sayang..Mariam ni dikatakan orang tak siuman. Masalahnya ialah makhluk yg dimaksudkan ini sentiasa bergerak menyesatkan orang utk mempercayai dakyahnya. Sehingga 'rakan-rakan karibnya' itu sendiri dengan sewenang2 mendakwa tak perlu bersolat. Ana sendiri sudah kehabisan usaha melalui report, undang2 DSB. Tapi masih hampa.Nampaknya,,jika terdesak..kita terpaksa menggunakan plan B bg menyelamatkan akidah umat ini. Semoga Allah menghancurkan musuh-musuh yang ingin memadamkan cahaya Agama Allah yg indah ini.Bersama kita doakan.Syukran

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Ya, memang benar, sudah afa bukti kukuh. Sejelas2nya. Kita dah adukan kpd Bukit Amana. Tapi sayang..Mariam ni dikatakan orang tak siuman. Masalahnya ialah makhluk yg dimaksudkan ini sentiasa bergerak menyesatkan orang utk mempercayai dakyahnya. Sehingga 'rakan-rakan karibnya' itu sendiri dengan sewenang2 mendakwa tak perlu bersolat. Ana sendiri sudah kehabisan usaha melalui report, undang2 DSB. Tapi masih hampa.Nampaknya,,jika terdesak..kita terpaksa menggunakan plan B bg menyelamatkan akidah umat ini. Semoga Allah menghancurkan musuh-musuh yang ingin memadamkan cahaya Agama Allah yg indah ini.Bersama kita doakan.Syukran

aryna said...

lar.. kalau dah kata tak siuman, naper tak sumbat kat hospital mental saja?!
biar dia dok sana hingga dia bertaubat atau hingga ajal sampai..

inilah ngn masalah penguasa undang2 kat negara kita.. bukan salah undang2, tapi orang yg diberi amanah ni selalu "terlebih rajin buat kerja"..
yg perlu diambil tindakan diabai sbb penyakit malas.. banyak kerjanya kalau diurus!!, yg tak perlu di-sibuk2kan..sbb boleh dpt "laba"..
(tak kisah laba bentuk apa..)

bila dah parah nanti, barulah terkial-kial tunjuk jari sana sini...

rasanya, sekarang pihak2 NGO kena bersatu, tegas dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan..

Ibnu Muslim said...

Harap geng wahabi pun kena vocal la sokong Ust Z dalam hal ni. Ni confirm sesat ni! Apasal diam je? Ni la sebenarnya golongan bid'ah yang dimaksudkan dalam hadis Nabi.Bukannya kes furu' yang sapu muka lepas sholat,majlis tahlil, zikir/doa beramai lepas sholat, sambut maulid,diri masjid dekat kubur,berzanji,baca Yassin malam Jumaat, takbir Raya beramai,dakap tangan bawah dari dada masa diri sholat,cukur janggut, lafaz niat sebelum sholat,sifat 20 dll ni perkara khilaf je.Tak patut dicop sampai tahap bid'ah yg disesatkan.

hanifsalleh said...

Sebenarnya pihak berwajib langsung tak tegas dalam membenteras perkara ini.Kalau bab politik macam-macam diutarakan sampaikan sanggup bersumpah.Kalau ada pihak yang benteras maka pihak tersebut yang kena tukar atau disiasat.Contohnya dulu Imam Malek (kini di JAWI) ditugaskan di Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan.Beliau merayau dengan van jenazah di waktu malam bersama kami membenteras maksiat.Tapi bila kami serbu rumah Dato' kerana bersekedudukan, terus beliau dapat surat arahan bertukar.Ceramah beliau juga kena gam sebab menyatakan kebenaran menentang kebathilan.Ustaz Mahfuz ceramah pun kena gam jugak jadi tak bolehlah nak benteras benda-benda macam ni.Yang boleh ceramah hanyalah cerita bab ambil wuduk,cara solat,suruh banyak-banyak derma supaya senang duit kena kapor.Kalau bab menentang kemungkaran,menentang wahabi semua tak boleh sebab bahaya.Nanti tak ada peruntukan pulak.....Maka jadilah perkara-perkara macam ni.Sebenarnya minah tu dah sewel sebab tulah berani mengaku Rasul.Tok Mufti glamour tak bersuara ke?

arah said...

Salam

Setahun berlalu, kerajaan masih gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Mak Cik Meriam Gila ni.

Mengapa tiada tindakan di ambil terhadap mereka yg menghina Islam menghina Hadith dan Sunnah Nabi?

Apakah agenda tersembunyi dalam kes Mak Cik Meriam GIla yg terus menghina Islam in?

Visit Bil.