Tuesday, October 21, 2008

PROTAZ BIAS WAHHABIY



Disini disertakan bukti penulisan seorang pegawai bank mutakkarrij UIA dalam bidang Komunikasi yang dikenalpasti secara terang-terangan menyebarkan fikrah fahaman pelampau. Buku beliau FAHAMAN WAHHABI MENULAR : Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Utusan Malaysia menjelaskan kepada kita segala-galanya. Buktinya, pada halaman 149 buku ini beliau mengatakan : "..Amalan seperti Mawlid Nabi ini bukan sekadar bid'aah tetapi ianya juga menyerupai upacara keagamaan golongan Kristian yang menyambut Krismas bersempena dengan hari kelahiran Nabi Isa A.S. Seterusnya...beliau memanipulasi sabda Nabi SAW bermaksud : "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia (terdiri) dari kalangan mereka.." Hadis ini diambil secara tidak berdisiplin untuk disesuaikan dengan pemikiran beliau.

Hasil dari tulisan ini, timbul beberapa persoalan:


1) Apakah upacara sambutan Maulid al-Rasul disepakati secara ijmak merupakan bid'ah yang sesat? Jika ia terdiri dari perkara furuk yang diperselisihkan dikalangan ulamak kenapa harus dihukum sesat bagi mereka yang menyambutnya dengan bacaan al-Qur'an, Selawat, memuji Nabi SAW, berzikir, bertazkirah dan berdoa. Amalan ini bukan sekadar amalan orang awam. Tetapi turut diraikan ulamak muktabar seluruh dunia. Tergamakkah anda menghukum sesat ulamak muktabar dan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk agama?



2) Apakah mekanisme yang digunakan penulis untuk menjustifikasi sambutan Maulid al-rasul dengan sambutan Hari Kelahiran Nabi Isa A.S. Benarkah sebahagian besar umat Islam yang meraikannya mengadakan upacara sebagaimana golongan Kristian? Kalau begitu, mudah benar umat ini...dicop meniru Kristian hanya semta-mata perkara furuk. Atau semua ini sekadar pandangan streotype seorang profesional yang ingin mengustazkan dirinya dengan pemikiran tertentu. Apapun, jelas kepada kita bahawa penulis buku ini sealiran dengan pemikiran Wahhabiy. Walaupun beliau tidak mengaku sedemikian, namun metod yang dipergunakan adalah jelas, terang lagi bersuluh.



3) Tegasnya, kita perlu mengambil sikap berhati-hati untuk membicarakan sesuatu perkara. Pendek kata, semua instrumen ilmiyyah diteliti sebaik mungkin sebelum dipersembahkan dalam bentuk pemikiran mahupun penulisan. Agar ia tidak mendatangkan fitnah terhadap umat ini. Lebih-lebih lagi dalam menyelesaikan kes-kes furuk seperti di atas. Maka berhati-hatilah dengan pemikiran seperti ini.
Inisiatif ini cuba diperjelaskan oleh Us Zamihan bukan semata-mata isu peribadi. Sebaliknya ia merupakan langkah bagi menangani pemikiran-pemikiran liar yang menyusup masuk ke dalam masyarakat dan menghuru-harakan fahaman dan amalan mereka. Semoga fahaman dan amalan umat ini sentiasa harmoni dan tidak sesekali terbeban dengan pemikiran liar. Jika anda berhajat untuk berbincang kandungan buku anda secara eksklusif dengan Tuan Blog sila hubungi : 012 2465518. Jazakumullah khayran katsiran.

19 comments:

Sayid said...

Ana pernah baca buku tersebut sebagaimana ana pernah baca buku Dr Azwira tu. Ana sedih pasal beliau syarah perkara furu' ni hanya berdasar dari segi zahir ayat sahaja. Ada kemungkinan seperti berasas kepada Mazhab Zahiriyah yang telah lama luput iaitu mengambil makna ayat/hadis secara literal. Namun suatu yang agak menghairankan adalah apabila sesuatu hadis itu secara zahirnya seperti menyokong pandangan adanya bidaah hasanah;(contohnya hadis Shahih Muslim berkaitan Sunnah Hasanah & Sunnah Sayyiah)maka di syarah pula hadis itu dengan panjang lebar, siap dengan kisah sedeqah untuk menafikan maksud literal hadis tersebut; namun yang peliknya mengapa hadis Nabi 'Setiap bid'ah adalah sesat' tidak pula disyarahkan panjang lebar bahwa perkataan 'kullu' dalam hadis tersebut telah banyak disyarah ulamak yang muktabar (kecuali Sheikh Wahab & anak2 muridnya) sebenarnya bukanlah bermaksud segala 100% kaedah ilmu aqidah atau bentuk ibadah yg baru adalah sesat? Dalam ayat Quran sendiri ada banyak yang menggunakan perkataan 'kull' tetapi tidak merangkumi segala2 yang berkaitan dengan ayat tersebut(Tak perlu ana jelaskan disini -sangat panjang hujahnya - sila kaji sendiri).Disini nampak tidak konsistennya kaedah ilmu golongan ini jika dibanding dengan golongan Sunnah Wal-Jamaah yang meneliti setiap maksud ayat Al-Quran & Hadis dengan begitu sempurna sebelum membuat kesimpulan, lebih-lebih lagi dalam berijtihad. Wallahua'lam..

hanifsalleh said...

Bilakah masanya umat Islam sebenar-benarnya berselawat ke atas Nabi di luar solat?Maulid Nabi yg. kita sambut telah mengajak umat Islam berselawat dengan bersemangat sekali.Ana cukup benci puak-puak yg. membida'ahkan sambutan Maulid kerana Ana sendiri pernah dicerca kerana melakukan persembahan berzanji dan marhaban bersama2 kumpulan Ana.Bodoh dan dangkal betul pemikiran puak wahabiy ini.

Hasbullah said...

1. Soal furu' tinggalkan sahaja sebagai soal furu' jangan terlalu diheboh-hebohkan selagi ia tidak menjejaskan aqidah. Bertenang dan berdamailah.

2. Maulidurrasul tak pernah di rai oleh Rasulullah dan para sahabat dan amalan ini pernah dihidupkan dan kerana tidak ada nas yang membenarkan sambutan ini diraikan maka ia telah tidak diadakan. Ulamak ulamak mempunyai pandangan pandangan mereka tersendiri. Namun mereka adalah manusia biasa tidak maksum dan boleh silap (walaupun mereka dianggap muktabar sekalipun).

3. Saya tidak bersetuju dengan penulis dengan secara liar membuat andaian dan tuduhan terhadap mereka yang tidak sependapat dengannya dalam soal yang dianggap furu' ini. Janganlah semua orang dituduh Wahabii. Asyik-asik sebut wahabii, Takut-takut anda nak mati nanti tak ucap syahadah instead of 'Wahabii.. wahabii.

jinhelwa said...

salam,
1.saya menyokong pandangan tuan hasbullah
2.penulis ini angkat bakul syok sendiri
3.pandangan dr maza,sdr hafis firdaus dan dr azwira lebih rajih dan menyakinkan
4.sudah-sudah lah julan...ore tau demo anak pak adik...ore lembaga kena demo...jange akat tinngi sngt..tak setara mana pun kte

Ibnu Muslim said...

Ana tak faham mengapa jin helwa kata tuduhan liar? Tolong jawab secara rajih hujah-hujah kami! Kan sayid dah bagi hujah & geng anta bila jawab style pukul rata & tak ade hujah langsung. Balik-balik keluar kenyataan tidak berakhlak macam pokok yg tak berbuah. Bisanya begitulah bila dah tak dapat hujah balik. Dan bila pulak Ust z angkat bakul? Kami di Malaysia ramai yg setuju dengan pandangan beliau jadi bukan syok sendiri. Anta menuduh macam tu berdosa takkan tak tahu. Mana sunnah Rasulullah yg dok diperjuangkan? Takkan hanya bahagian aqidah & syariah je nak diperjuang tapi cara akhlak Rasullah anta tak ikut langsung. Bidaah sesat juga namanya tu!

Hasbullah said...

Saudara saudara ku yang budiman, kita semua kena ambil jalan tengah yang lurus. kembali kepada kemurnian islam dan ketinggian akhlak Rasulullah. Berlapang dada dan Amalkan segala yang sahih. Jika soal soal furu' itu berBAU BIDAAH tinggalkan saja. KITA pasti bertemu di TEMPAT yang SAMA (insyallah)

Panglima Perang Cyber said...

Kita tidak boleh biarkan fatwa songsang bahawa acara Maulid ini bidaah...

Semua kena bentangkan hujah masing masing ...

cuma adakah ada yang ikhlas untuk berhujah atau takut kalah ?

Jangan mengkritik apabila ajaran wahabi anda dikritik..dengan alasan ia sekadar masalah furuk.

Sorry to say kerana ia satu masalah MELANGGAR IJMAK ULAMA.

hanifsalleh said...

Salam untuk puak-puak wahabi,anda semua dijemput ke Seminar Pemurnian Akidah 2008 pada 1/11/08 Hari Sabtu bermula jam 7.30pagi-4.00 ptg. bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan.Masa tu baru kita faham siapakah Salaf dan siapakah Khalaf beserta dengan fahaman kedua-duanya.Banyak lagi kertas kerja yg. akan dibentangkan nanti.Lepas tu kalau nak tanya apa-apa yg. puak wahabi ni tak puas hati bolehlah tanya sewaktu sessi soal jawab nanti.Kalau berani datanglah beramai-ramai dan berhujah dengan Us.Zamihan,Us.Mahfuz,Ust.Ahmad Faisal,Dato'Mufti Wilayah,Dr.Abd. Razak,Ust.Muhammad Ariffin serta Dato'Wan Mohamad(Ketua Pengarah JAKIM) sendiri.Jinhelwa bolehlah bawa sekali Tok Mufti glamour tu,Dr.Azwira dan Sdr.Hafis Firdaus.Tak guna berhujah dalam blog kalau tak berani berhadapan mengemukan hujah.Datang jangan tak datang ya......Kalau tak faham pasal bidaah pun boleh tanya, jangan pukul sebarangan semuanya bidaah.

Hasbullah said...

To Whom It May concern !

satu persoalan yang selalu tertanya tanya oleh saya, kenapalah mereka mereka yang ingin menghidupkan sunnah dan menghayati kehidupan salaf itu dituduh pengikut wahabii.

Apa juga menyalahi sunnah dan ajaran islam pernah dilakukan oleh pengikut wahabii kita akui tetap tertolak.

Tetapi jika tuduhan wahabii dilemparkan dengan sewenang wenangnya kepada penghidup sunnah dan yang kembali kepada salaf, tentu ianya dianggap tidak adil dan tidak wajar.

Dah terlalu ramai umat islam yang memati matikan sunnah, syok dengan bidaah atas alasan bidaah hassanah, yang hampir murtad makin ramai dan yang dah murtad secara terang dan secara tak langsung pun makin ramai. Apalah asyik menuduh dan macam nak berperang tentang soal soal furu'.

Lagi parah yang Ustaz ustaz jadi 'BOAST-taz'dan syok sendiri. Tuduh sana tuduh sini dan asyik macam cari gaduh disertai bahasa yang setaraf dengan bahasa mat mat tepi jalan.

Ingatlah dalam kebanyakkan keadaan sikap begini tidak membina umat islam menjadi lebih menghayati islam. Kalau bala turun SHARE lah sama dan kalau boleh biar turun kat kepala 'BOAST-taz BOAST-taz' ni.

aryna said...

masyaALLAH.. astaghfirullahil'azim..
sapa yg tuduh sapa?
masuk2 saja ke blog ini terus tuduh ust.zamihan itu-ini.. kami yg sokong pun dpt sama gak getahnya... malah dah melekat dah mcm mumia dah penuh kami ini dengan getah geng2 wahabi...

dan... malulah kepada diri sendiri kalau tak malu kepada ALLAH kerana mengharapkan bala datang menimpa saudara sesama Islam walaupun tak menghormati mereka sebagai penegak agama Islam..inikah akhlak yang saudara2 cuba tunjukkan agar orang2 kafir itu yakin dan mengikut ajaran yang saudara2 bawa?!
jangankan orang2 kafir, bahkan saya yang dhaif lagi fakir ilmu akhirat ini tidak dapat menerima akhlak begini..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sebahagian kita sememangnya membuat saya sangat sedih kerana berbantah dan berburuk sangka serta tambah2 mendoakan keburukan kepada saudara sendiri hanya menunjukkan kesombongan diri yang mana iblis dan syaitan berpesta gembira..
bukankah kita perlu berhujah dengan penuh hikmah dan menyuarakan pendapat masing2 dengan rasa hormat dan belas antara satu sama lain tanpa mengira darjat dan tingkat ilmu seseorang..

marilah wahai pejuang pencinta ALLAH.. jadilah seperti resam padi, makin tunduk makin berisi..

Al-Amin Daud said...

Assalamualaikum..

Ana berstuju dgn pandangan ust zamihan walaupun ada yg mengatakan tuduhan liar. kdg ana pelik. kalau geng wahabi ni tuduh org sesat atau bidaah xpe tapi bila time dia mulalah kata kita ni menyesatkan dia.kita kata sesat pun sebab berkaitan dgn akidah.kalau setakat mslh furu' ikut hangpa la xnak buat pun tp xyah la nak bidaahkan org yg buat.kalau mslh akidah kita xleh kata sesat maknanya syiah pun betul,kristian pun betul,yahudi pun betul la..yg kita duk kata depa ni sesat sbb masalah akidah la wahai encik wahabi oi..

sebab tu ulama' bahagi ilmu kpd feqah akidah dan tasawuf sbb nak suruh hangpa faham.bila hangpa main kaut dengan memahami hadis secara syok sendiri itu yg hangpa xleh nak beza mana mslh feqah mana masalah akidah dan mana masalah tasawuf.

org suruh berguru xmau.kalau hangpa betui2 berguru dgn guru yg memahami konsep feqah,akidah dan tasawuf hangpa xkan membidaahkan masalah2 furu'.

dalam memahami hadis kita bukan hanya bergantung kepada mafhum tapi murad yg nak disampaikan oleh Rasulullah SAW. Yg ni yg hanpa kena belajar.hadis ni murad apa.hadis ni Nabi nak bgtahu psl apa.bukan main amik zahir je.nak faham murad kena belajar mustolah dan ilmu syarah hadis dll..

kalau main ikut mafhum 10 org sepuluh macam.pastu mana yg betul??hanpa je ke??cubala fikir sket..

aku pun pro wahabi gak dulu tp bila aku mula belajar usul fiqh, mustolah hadis, qawaid arabiyyah, mantiq dll aku mula faham apa yg xbetul psl wahabi ni..

Kalau hangpa betui nak cari kbnrn hangpa p carilah guru2 yg boleh ajar hangpa ilmu2 alat ni.hangpa akan nmpk sndr bukan mudah utk memahami murad satu2 hadis..

Hasbullah said...

Isu yang sering menjengkelkan bila membaca komen komen Zamihan dan penyokongnya ialah kenapa semua orang yang tak sependapat dengan anda dipanggil wahabii. Ingat singgah singgah nak info info membina tapi Tak pasal pasal perkataan wahabii dilontar kesana sini.

Orang kat sini bunyi macam pandai pandai, tapi penyampaian mesej macam orang bergaduh. Maaflah. Wassalam.

aryna said...

begitu penilaian saudara Hasbullah ye.. yg penyampaian mesej kami mcm orang bergaduh ye...
cuba saudara baca balik ayat saudara yang ini:

"Takut-takut anda nak mati nanti tak ucap syahadah instead of 'Wahabii.. wahabii."

apa makna nya itu?

Hasbullah said...

First of all, Sorry, I am not a Wahabii. Saja singgah singah cari info. Terserempak suasana macam bergaduh.

Saya perhatikan kebanyakkan anda buat komen melontar perkataan wahabii dengan kata kata keras dan agak kasar.

Asyik asyik sebut wahabii. Yang tak wahabii dan tak sependapat dengan para ustaz ustaz semua pun kena wahabii sama. Dalam lain perkataan sama macam mencarut tapi guna perkataan 'wahabii' instead of '_ _ _ _', macam orang barat mencarut.

Dari segi psychology, Subconsciously, perkataan yang kita sering guna semasa mencarut ni akan lekat kat minda. Takut takut akhir kalam tu perkataan ni yang keluar.

Maaf kalau kalau bahasa kasar. Wassalam.

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum saudara hasbuLLah, Jika anda bukan wahhabi, tak perlulah rasa panas dengan ungkapan tersebut.

Sebuah buku yang dikarang oleh golongan bertajuk wahhabi - Al Hijatussaniyah wat Tuhfatul 'ala al wahhabiyah pada tahun 1344 Hijrah.

Yang anda nampak bila orang sebut wahhabi dengan kasar, tentunya ada penyebab mengapa kekasaran itu timbul. Yang wahhabi pula sedap mengatakan orang ahlu bid'ah bagaimana pula? Ini bukan kasar lagi, bahkan - maaf cakap ia adalah kurang ajar. Apa tidak diajar adab oleh ulamak wahhabi sendiri apabila berselisih pendapat dengan sesama Umat Islam dan kemudian terus dihunjam dengan perkataan sesat dan masuk neraka?

Nak tanya juga pada HasbuLLah - sekiranya keluarga anda dahulunya pernah membuat amalan yang dituduh sesat oleh wahhabi dan mereka termasuk dalam golongan ahlu bid'ah. Apa perasaan anda?

Perkataan anda ini :

Dah terlalu ramai umat islam yang memati matikan sunnah, syok dengan bidaah atas alasan bidaah hassanah, yang hampir murtad makin ramai dan yang dah murtad secara terang dan secara tak langsung pun makin ramai. Apalah asyik menuduh dan macam nak berperang tentang soal soal furu'.

-----------------------------------

Anda bercakap tak tengok kiri dan kanan. Selama ini yang bersungguh-sungguh memerangi gerakan murtad, anti hadith itu siapa? Wahhabi salafi di Malaysia? Sungguh ia jauh panggang dari api. Semak balik myislamnetwork, ABIM, Mufti Perak seperti Datuk Harussani Zakaria, Ustaz Farhan. Bila masa ada muncul nama seperti mufti Perlis (yang membenarkan penggunaan ALlah oleh orang Kristian).

-----------------------------------

Pernyataan anda yang kedua :

2. Maulidurrasul tak pernah di rai oleh Rasulullah dan para sahabat dan amalan ini pernah dihidupkan dan kerana tidak ada nas yang membenarkan sambutan ini diraikan maka ia telah tidak diadakan. Ulamak ulamak mempunyai pandangan pandangan mereka tersendiri. Namun mereka adalah manusia biasa tidak maksum dan boleh silap (walaupun mereka dianggap muktabar sekalipun).

*****

Nampak macam menarik, seolah-olah nak mengajak orang agar tidak berbicara soal furuk. Tapi lihat sendiri sikap anda. Sebenarnya diri anda sendiri tidak boleh berlapang dada. Bila ada pendapat ulamak yang membolehkan maulidul rasul - anda kata apa? "ulamak tidak maksum, manusia biasa, boleh tersilap"

Jadi, ulamak anda pula bagaimana? maksum, tidak tersilap, tidak tersalah, dan bukan manusia biasa? Tak perlulah bermain juga psikologi rendah anda itu. Orang yang membacanya dapat menilai bagaimana anda cuba menimbulkan kecelaruan.

Di sini dapat dilihat bagaimana akhlaq anda dengan ulamak muktabar juga. Jadi apabila ada hujjah anda walaupun anda tidak mempunyai ilmu yang menyamai ulamak muktabar. Boleh sahaja mengatakan ulamak itu silap, tersalah? Boleh saya tanya - sudah berapa ratus kitab anda hasilkan untuk istinbath hukum? Berapa ratus ribu hadith yang anda sudah hafaz? Siapa pula yang mengiktiraf anda sebagai ulamak? Apa pula kaedah usul feqh yang telah anda susun untuk mengistinbath hukum?

Paling kurang, adab sebagai orang awam (yang tiada kelayakan sebagai mujtahid), hormatilah ulamak. Mereka itu adalah orang yang benar-benar takutkan ALlah. Imam Syafie pun takda melekehkan Imam Malik yang menjadi gurunya.

Banyak ilmu al Quran, hadith, tapi tiada akhlaq - sebenarnya ia telah menghina al Quran dan hadith itu sendiri.

Hasbullah said...

Ibnunafis,
terima kasih atas komen anda.
I don't want to be too defensive. May be I am wrong or mis interprate certain issues.

Hasbullah said...

Satu ungkapan dalam teguran ibnunafis yang sangat suka ialah tentang sikap Imam syafii terhadap gurunya Imam Malik. Sekali lagi terima kasih. Mari kita sama sama jadikan sebahagian dari 'second nature' kita, insyallah.

tarmezdi said...

salam semua sdr hasbula,syukur anta bersikap moderate..namun ana sbgai yg dhaif ilmu berdoa kepada semua rakan yang berilmu agar terus berjuang dan mentarbiyah kebenaran yang termampu..dahulu ana main ikut2 hal wahabiyah ni skrang tidak..ana cuma hormat mereka sbgai saudara2 islam..berdoa banyak dgn ihklas agar di buka pintu hati dan dihijabkan oleh Allah SWT..jgn kita ini skdr jadi pengikut..mrka smua adalah ahli2 dalam bidang msing2..yg ana tk suka bru2 ini satu insan ni nk take over majlis dan bertempik dia lah pendukung al salafi..dah la kasar dan bongkak .ana trpikir kalau wahabi atau salafi itu ikut sunnah knpa berkasar dn lngsng tkde brlapang dada ? ana bca artikel d riyadh mengatakn senior wahabiy pn ada msalah dgn wahaby sesat dan ekstreem..actually bila fikir..adakala fhaman ni mcm 'nk short cut'mcm kata geng wahaby..islam senang..so tak yah nk susah2..so soal dan tonasi mereka ni ada lain sikit..sokong wahaby tapi sbnrnya munafik nk amal islam short cut..hrp2 u u all smua brjuang terus..hasbulla terima kasih smga terus bersama-sama ummah..jika ada sesat ..yang benar pun..Allah jadikn berpsang2an..doa bersama agar ummah tidk kcundang..berhujah sgt pn tk elok..wahaby atau salafi..mrka tk mendpt tempat di hati ana lagi..

arifin said...

mengapa perlu bergaduh pasal perkara furu` . Jika anda rasa perlu untuk buat mawlid buatlah . kalau anda rasa tak nak buat tak payah buat . apa nak gaduh-gaduh bukan perkara pokok pun dalam agama . Kalau nak ingat nabi pun bukan hanya buat maulid sahaja . Nak ingat nabi boleh dibuat dengan mempelajari hadis yang ditinggal oleh nabi atau ambil pengajaran dari sirah nabi . bole juga dibuat dengan mengamalkan segala yang diamalkan oleh nabi . benda ni bole dibuat tiap hari tak perlu tunggu bulan maulid . engkorang sibuk pasal boleh tak boleh sambut maulud orang lain sibuk mengkaji sains dan teknologi . tak cukupkan apa yang ditinggalkan oleh nabi dalam bentuk solat lima waktu . yang dok sibuk pasal maulid ni hang solat ka berjemaah di surau atau masjid lima waktu . bukan ke itu yang lebih aula dari hang sibuk nak buat maulid atau tinggalkan maulid . kalau anda buat solat secara jamaah dan amalkan membaca dan menghayati alqurAN ana rasa itu lebih aula dari sibuk buat maulid atau membesarkan berzanji dan lain-lain . Ni aku tengok ha ha ha para asatizah yang sibuk bincang bidaah atau tidak maulid kadang-kadang tu dia pun tinggalkan sunnah yang hari - hari dok nabi buat . Sibuk ke sana sini ceramah tetapi tang solat mereka solat sendirian di rumah atau di pejabat sedangkan masjid hanya di depan rumah atau pejabat macam dijohor tu masjid sebelah sahaja dengan pejabat agama tapi boleh dibilang ustaz - ustaz dipejabat agama yang tunai solat di masjid.

Visit Bil.