Monday, October 6, 2008

Kontrak Mufti Perlis ditamatkan

Gambar : Kelihatan Dr MAZA sedang dimake-up juru andam sebelum 'show'.

Waaauu..ada kelas gitu. Macam artis laa.



KANGAR 6 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan bertemu dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membincangkan kontraknya yang akan tamat bulan ini. Kata Mohd. Asri, beliau telah menghantar surat permohonan berkhidmat semula dengan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini sebelum menguruskan pemergian untuk membuat kajian di luar negara.


‘‘Saya telah maklumkan kepada USM untuk kembali berkhidmat dengan universiti itu dan akan berjumpa dengan Tuanku Raja Perlis dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara ini. Surat kepada kerajaan negeri saya akan hantar kemudian. ‘‘Sepatutnya kontrak saya tamat pada 2009 tetapi disebabkan masalah tertentu membabitkan pengurusan, saya bercadang mengambil keputusan ini dan mungkin kontrak saya akan tamat dalam bulan ini (Oktober),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan khidmatnya sebagai Mufti Perlis akan ditamatkan. Mohd. Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib. Mohd. Asri yang berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merupakan antara mufti termuda di negara ini. Beliau yang dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis sewaktu berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di USM. Sementara itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas penamatan kontrak Mufti Perlis itu berkata, tindakan tersebut tidak menghormati keputusan kerajaan negeri terdahulu yang menyambung perkhidmatan Mohd. Asri sehingga tahun depan. Dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


Ulasan :

1) Elok juga ditamatkan kontraknya disebabkan provokasi Dr MAZA yang terlalu banyak kepada agensi agama, para ulamak dan individu yang tidak selari dengan pandangannya. Sekaligus mencacatkan kredibiliti Kerajaan Negeri Perlis dan rakyatnya.

2) Sekurang-kurangnya reda sedikit huru-hara dan kacau bilau pemikiran agama Umat Islam di negara kita ini. Namun, saya kira Dr MAZA akan tetap meneruskan doktrin ganjilnya (menentang pendekatan agama arus perdana) kerna beliau memang sengaja diproduksi untuk tujuan itu.

3) Bila kontraknya ditamatkan, Dr MAZA tidak perlu mengambil keputusan. Sepatutnya beliau patut berkata : Saya redha dengan ketentuan Allah SWT bahawa kontrak saya ditamatkan lebih awal dari jangkaan (2009). Tetapi perkataan diatas sengaja disebut seolah2 penamatan kontrak itu hasil keputusannya. Walhal tidak sedemikian. Graduan Jordan makruf bahawa Dr Asri memang pakar dalam putar alam.


4) Kita juga akan melihat setakat mana kesanggupan USM untuk menerimanya kembali di atas sikap dan aksinya semasa menjawat jawatan Mufti. Posisi Mufti Perlis tu setahu saya grednya S 48 sahaja. Tetapi aksi dr MAZA (semasa jd Mufti) bukan sekadar melebihi JUSA. Sebaliknya melampaui tahap jawatan 'Mufti Malaysia'. Kalau beliau kekal dgn jawatan Pensyarah terdahulu, mungkin jawatan sekarang sudah mencecah DS 52 tau Pensyarah Kanan. Mungkin beliau seorang yang tidak 'hubb al-Ri'asah'. Tetapi qarinah n dilalah memperlihatkan beliau seorang 'hubb al-Jah". Dan akhirnya dilihat 'merajuk' selepas ditamatkan kontrak. Lalu bercadang untuk membawa diri ke luar negara atas nama 'kajian'. Kajian apa tu Cik Abang. Saudi Arabia tanggung ke?Wallahu'alam. Sebenarnya, saya sudah ketemu ramai para ulamak dan bertanyakan pandangan mereka terhadap Dr MAZA ni. Katanya mereka : 'Tunggulah..asri tu tok lama'...cepat naik..cepat jatuh.."


5) Semenjak kemenangan PR keatas 4 buah negeri dgn kejatuhan DS Shahidan Kassim, halatuju pemikiran Dr MAZA turut berubah. Beliau juga dilihat banyak terlibat dalam wacana kepartian. Suka hati beliau lah. Tetapi, Kenapa sampai nak keluar negara bila ditamatkan kontrak? Cubalah dapatkan jawatan Mufti Wilayah ke? Melobi jawatan Mufti Selangor ke? Atau dah cuba...tp memang tak dapat. Perak tabley la bang. Istana lebih sukakan DS Harussani dari enta. Pulau Pinang.. tabley la bang..sbb kontrak Syeikhuna Dato' Hj Hassan baru je disambung 2 bulan lepas. Kalau dapat jawatan dari dua negeri tu, bolehlah beri lampu hijau 'jawatan Mufti Perlis' kepada Fathul Bari bin Datuk Mad Jahya kan? Tak gitu?

Apapun, syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perlis yang baru kerana berani bertegas menamatkan kontrak Mufti yang banyak menimbulkan provokasi agama selama ini. Selamat hara-kiri ya akhie Dr Mohd Asri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kembalilah kepada Fitrah. Kembalilah kepada Allah.

24 comments:

hanifsalleh said...

siannya kat mufti muda ni ya.kenapa dia tak make-up pakai khidmat mak nyah, barulah class tak gitu.dia ada ilmu tapi kadang-kadang terlebih pandai keluarkan fatwa, itulah yang susah.kalau usm terima dia alamat jadilah macam UIA juga sebab ramai student dia dah terjebak dgn. wahabi.puaslah Ust. Mahfuz nak berhujah pulak dengan budak usm nanti.apa pun selamat maju jaya kpd. mufti ni dan harap ubah pemikiran bida'ah dia tu.

aryna said...

alhamdulillah...
moga ini perkara ini yg terbaik buat semua pihak termasuk dr.asri sendiri...

juga diharapkan kita mendapat pengganti yang lebih sesuai dan boleh bersepakat dengan para mufti2 negeri lain dan para ulamak di negara kita... amiin...

Panglima Perang Cyber said...

ustaz kena buang flag kat atas tu...

caranya ada buka sini :

http://spiderman-malaysia.blogspot.com/

bagus asri ditamatkan kontrak.

ada kawan saya bagitahu ini jasa Habib habib Ahli Bait yang juga usulkan kepada Sultan agar asri ditamatkan kontrak.

harap ulama ahli sunnah pula jadi mufti di sana.

Abi Qalam said...

Assalamualaikum,

AlhamduliLLah.. Baguih la tuu.. Jangan naik orang yang serupa lagi dah la.. habih haru semua orang.. DS Shahidan Kasim dah bengang tuh..

santalia said...

harap2 pengganti yang lain pun berani bukak mulut jugak jgn jadi pak angguk ja...

Mohd Samsuddin Harun said...

Aku lebih kesian kat zamihan ni yang x abis-abis dengan trauma kat Dr. Asri tu, dia bercita-cita nak jadi mufti jugak kot. Dia duk tuduh orang x ade lulusan agama sedangkan dia tak layak langsung jadi mufti sebab ceramah pun pakai hadis dhaif jiddan sebagai hujjah. master tasawwuf plak tu! Hampeh ceramaha dia penuh dengan isu Chong wei, EPL. Lawan group tarannum 2008 kat ILIM pun kalah 3 kali. Hampeh. Bual kosong bleh la zamihan. Kenal sangat dengan ceramah kosong ko tu. nak banding disiplin ilmu jauh sangatlah kot lemah banding ngan Asri tu. Ceramah puasa ngko kat KPM baru-baru ni hambar semacam je. x de dalil yang konkrit, disiplin hadis langsung x sentuh. Hampeh...

Panglima Perang Cyber said...

MA Tasauf pun perli ? apa daaaa..

Tasauf lah ilmu penting akhir zaman.

Bukan mempelajari ilmu utk menolak tasauf macam wahabi..

Musuh Islam tahu kehebatan tasauf dan melabelkannya dgn label sesat kufur syirik.

tetapi tanda Islam melalui Akhlak hanya didapati melalui tasauf.

dan ini lagi ditakuti yahudi nasrani dari senjata nuklear Iran.

antusabun said...

Harapan saya agar pengganti beliau adalah yang lebih baik. Mintak dijauhkan fathul bari may jaya tu. Pengsan orang Perlis nanti

Mohd Samsuddin Harun said...

Soalan tu patut kita tanya tuduhan dia kat Asri, B.A dalam bahasa Arab. Ilmu bahasa Arab sangat penting sebagai ilmu alat dan kunci memahami agama Islam? Tak ambik sijil syariah atau hadis diperuingkat B.A tu x apa asalakan menadah secara bersanad dengan guru-guru secara pendidikan informal. Kepentingan Bahasa Arab sebagai asas utama fahami agama, Jika tidak memiliki keemapauan Bahasa Arab mana mungkin boleh memahami ilmu-ilmu lain akidah,fiqh, hadis, tafsir dan lain-lain(tasawwuf) dengan baik. Tasawwuf ni datang akibat masuknya ilmu falsafah disebarkan oleh muktazilah diambil dari Yunan. Imam Shafie melarang keras mengambil tasawwuf tanpa quran dan hadis (syariat). Macam2 budak-budak Usuluddin kawan sebaya saya la selalu duk sebut-sebut : "aku mengaji ilmu kafir kat fakulti Islam, langsung x de roh keimanan". Apa pun zamihan ni kena belajar lagi disiplin hadis bagi seimbang dengan fahaman tasawwufnya tu. Belajar didik diri supaya bleh berakhlaq lebih baik berbanding berdengki kat orang.. M.A tasawwuf x dapat memperbaiki akhlak buat apa. Macam dia tu baguih sangat!! Kot ye ko lebih baik lebih baik ko diam jangan merepek dan merapu dan cuba jgn heret masalah peribadi ko dengan Asri kepada orang lain... kan itu lebih berakhlak namanya.

Sayid said...

La, bila pulak akhi Mohd belajar ajaran sesat yang kata Tasawuf dari Muktazilah dari Yunani? Ni la akibat bila ngaji tak habih & guru tak ramai? Kena kelentong dek guru aliran anta je. Jangan la percaya je semua perkara. Siasat habis-habis. Tanya ramai alim ulamak sebelum buat kenyataan karut anta tu. Eh..patut la pun..dari muka pun nampak macam bebudak lagi, tak matang ilmu.

Mohd Samsuddin Harun said...

Banyak mana enta tau hubungan sufi dengan Yunani dan muktazilah? Tak tau mengaji la... Sukatan Tingkatan 6 Usuluddin sudah cukup jika x payah sangat kaji. Aku ni bukan setakat ambik STP mengajar Usuluddin STPM 5 tahun dah.. kot payah sangat nak mengaji sejarah. Itu pasal orang sufi banyak tabir aqal berbanding nas dalam suluk mereka. nas ni letak ketepi kalau x sesuai dgn fahaman mereka. Banyak mana pulak ko tahu hubungan ilmu mantik dengan puak2 sufi. Mende2 tu semua lah yang menjauhkan diri dari nas agama dengan alsan mereka akal lebih berfungsi... berbanding nas..

Aku ni mengajar Usuluddin dan mantik sekali... x cukup check sejarah hunbungan Muktazilah dan Syiah dengan sufi.. Sebab itu aku kata kita boleh muqtadie jika orang sufi menjadikan nas sumber utama mereka... Tak tau belajar la saudara Sayyid... mai kerumah x apa meh aku tunjuk silibus aqidah dan usuluddin tingkatan 6..

Hafiz said...

komen yang diatas tu , riak sungguh


"Aku ni bukan setakat ambik STP mengajar Usuluddin STPM 5 tahun dah."

"Aku ni mengajar Usuluddin dan mantik sekali... x cukup check sejarah hunbungan Muktazilah dan Syiah dengan sufi"

biasa ah ,wahabi memang riak .BAru ada ilmu sikit dah nak tunjuk pandai. Bila muftari dah nak kena buang , semua gelabah . Akidah pun ambil dari yahudi , sibuk nak cerita psal bab furuk.

TEruskan menulis ustaz zamihan, kami Ahli sunnah akan terus menyokong pembasmian ajaran sesat wahabi

Panglima Perang Cyber said...

SOKONG SEMUA !!


TAKKAN ADA TAKABUR JIKA MENGAJI TASAUF.

MENGAJI TASAUF KENA ADA GURU TASAUF..


TAPI WAHABI BONGKAK..RASA HEBAT DIA DARI AHLI BAIT GURU MURSYID.


TAKKAN TASAUF ASAL DARI YUNANI ? MEMANG PATUT LA LAYAK MENGAJAR TINGKATAN 6 SAHAJA....

TU PUN PENING DAN BUAT ANAK MURID PENING JUGA..

KAJILAH.JANGAN SURUH ORANG KAJI...

HANG KAJI DULU BARU BETUI...

BONGKAK BETUL MURID WAHABI NI...

HARAP MATI DALAM HUSNU KHATIMAH.

DAN HUBB AHLI TASAUF DAN MUHIBBIN TASAUF.

KALU TAK NAK, LANTAK HANG LAA SOLAT NIAT RIYAK. SEDEKAH NIAT MENUNJUK..

KAMI TAK MAHU..KAMI MAHU SOLAT KHUSYUK DGN BELAJAR TASAUF.

Sayid said...

Benar kata akhi hafiz; dah tak pakai tasawuf memang confirm la akhlak buruk. Dah tu keliru antara pengertian makna tasawuf & makna ahli sufi bathil, 2 perkara yg sangat2 berbeza.Cukup la ana bagi contoh berikut dari Imam-imam Mazhab. Imam Malik:'Barangsiapa bertasawuf tanpa berfikih, maka dia telah zindik.Barangsiapa berfikih tanpa tasawuf, maka dia fasik.Dan barangsiapa yg mengumpulkan keduanya, maka dia akan sampai pada hakikat'(Syarh 'Ain al-'ilm wa Zain al-Hilm, vol I hlm 33 Ali al-Qari).
Imam Ahmad:'Wahai anakku, kamu harus bergaul dengan kaum sufi, kerana mereka menambah kita dengan banyak ilmu,muraqabah, rasa takut,zuhud & cita2 yg tinggi(Ghidza al-Albab Syarh Manzhumah al-Adab, vol 1 hlm 120 Muhd as-Safaraini). Imam Syafie: Ada 3 perkara yang aku cintai dalam dunia kalian: meninggalkan kerumitan, mempergauli makhluk dengan kelembutan & mengikut jejak ahli tasawuf(Tanwir al-Qulub hlm 405 Amin al-Kurdi).Jadi jika ikut tafsiran anta maka Imam-imam mazhab ni pun sesat la pasal endorse tasawuf? Cukup la akhi Mohd; lagi anta komen lagi nampak cetek ilmu anta. Harap sikap anta tolong berubah la; teruk akhlak anta ni.Cuba check balik tulisan Ust Z. Walau dia bidas Asri tapi caranya tak sampai tahap maki hamun macam anta ni. Sekali lagi ana nasihat (pasal ana kesian kat anta), tolong belajar dari ramai alim ulamak.Ikut contoh Imam2 mazhab yg ana sebutkan tadi. Diaorang belajar dari berbagai disiplin guru, baru mantap. Setakat ikut teks karangan Tn Latif Ab Muda atau Ustazah Rosmawati untuk STPM belum cukup mendalam lagi. Dan kalau dah tak nak sokong Ust Z, tok sah la masuk & kacau blog ni. Anta pun tak gaduh kami pun tenang dalam blog ni.

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran buat pengulas tulisan saya. Terutama buat akhie Mohd Syamsuddin Harun dari Kem Pelajaran Msia. Utk pegetahuan semua, Pada 23 Sept 08 lalu, Ana diundang menyampaikan ceramah "Keberkatan Ramdhan al-Mubarak" anjuran Bah Psikologi & Kaunseling, KPM. Srt undgn tersebut ditandatgni oleh Hj Masbah Dato Hj Mohd Taha. Ringkasnya, Ceramah tersebut mempunyai borang penilaian. Ana dimaklumkan bhw ceramah tersebut amat berkesan. Ia dimaklumkan oleh Dr Othman, salah seorang urusetia program melalui penilaian peserta. Naaahh..sekarang, apa masalah enta ya akhie.

Tak syak lagi, enta la Qari yg membaca al-Qur'an hari tu.Duduk kat depan bersampin.Tetapi agak biadab berada dalam suatu majlis apabila penceramah sedang berckp...enta pun mula bercakap/berbisik dgn rakan disebelah enta. Maaflah..terpaksa dicerita kpd semua pengulas disini. Supaya mereka juga tahu sikap enta sebenarnya.

1) Enta berckp pasal disiplin hadis. Haramkah jika ana bacakan hadis dhaif berkenaan?Knapa enta tidak menyentuh tntg ayat n hadis sahih yg ana baca?Enta ..kalau nak cakap tntg disiplin ilmu hadis..ayuh kita atur pertemuan.Kita tgk dalil siapa lebih konkrit dalam hal ini.Bukan bertujuan utk bertekak. Ttp kekadang kita perlu berhujjah secara bersemuka dgn orang yang keras kepala.

2)Sentuhan isu EPL@ Chong Wei adalah kiasan terhadap prestasi shj. Yg mana ia dikiaskan prestasi fizikal dgn prestasi iman. Itu sahaja. Enta jgn nak putar belit knytaan ana. Kerna ramai saksi pd hari berkenaan.

3)Ya, ILIM mmg adakan perlawanan bolasepak persahabatn dgn peserta Tarannum banyak kali (Futsal/padang). Ttp hanya 2 kali melibatkan ana.Walaupun pasukan campuran ILIM kalah, namun yg penting semangat muhibbah n persahabatn..bukannya nak dpt piala dunia. Enta main brapa kali Syeikh..Realistik sedikit.Lain orang buat.Lain pula difokusnya.


4)Ya akhie, masya Allah,,enta dgn senang lenang mentohmah Tasawwuf. Bahkan begitu mendabik dada dgn ilmu n pengalaman enta.Kita akan bincang dlm pertemuan nanti Syeikh.

5) Ya akhie, ketahuilah..mengkritik Dr Asri tidak bermakna ana dgn beliau ada mslh peribadi.Enta tak perlu menduga apa yg ada dihati orang.Ana pun tiada mslh peribadi dgn Mufti pujaan enta tu?Tak payahlah enta andaikan..bahawa ini satu kedengkian dari ana..kononnya utk jd Mufti..jgn buruk sangka syeikh. Selamatlah kamu..

Akhir, akhie..sbg seorg ustaz,enta tak perlu banyak bicara secara bejat begini.Ataupun berselindung dgn nicname : ANTI SYIAH. Ana akan panjangkan kutukan enta kpd S/U Bhagian enta sendiri nanti sbb pertanggungjawaban enta sepenuhnya. Ana sedikitpun tidak gentar untuk bersemuka dgn seorang Qari seperti enta. Naltaqi qariiban..Insya Allah.

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Akhie PANGLIMA PERANG...harap sangat dapat hubungi ana ; Zamihan 012 2465518..Jazakallah khayran jaza'

jinhelwa said...

sudah-sudah tu julan,ore pun tau mu tu anak pak adik..setara mana sangat kite ni..ore lembaga tak respek demo

Hasbullah said...

Bila 'BOAST-taz BOAST-taz' asyik mengutuk dan mencerca ustaz, mufti dan ulamak maka tidak ada diskusi ilmiah yang mampu mengangkat martabat ilmu umat islam. Semua syok sendiri macam anda semua saja yang muslim yang mukmin. Islam di Malaysia ni rosak kerana SIFAT dan SIKAP orang MELAYU-muslim ni- PARADIGM yang sempit dan jumud.

Hasbullah said...

Ahli ahli sufi macam anda semua ni memang bersikap / berakhlak begini ya?. Main 'attack' 'attack', main ugut ugut, melenting, selalu su ul zhan, benci membenci dsb - semua ni kan sifat sifat mazmumah. Dah Khatam ke belum?. Ada yang saya perhatikan, sangka buruk kat orang lain boleh, tang dia, dia kata jangan teka isi hatinya.

Jom diskusi baik baiklah. Jangan jadi Kartun TOM and JERRY. Kalau orang lain salah tegur dengan baik. Memang psikologi manusia ada EGO. A good Dai' knows how to break other's ego without realising their opponent's EGO has been broken down to pieces and follow you.

Be HIKMAH and SABAR.
Be the real Dai'( i don't cara you ustaz or not ustaz)

Panglima Perang Cyber said...

Hasbullah > u tahu ke apa tu sangka buruk ?

sangka benda tak jelas... sedangkan perbuatan Asri dah jelas menyimpang dari sunnah wal jamaah.

mana ada sangka buruk lagi...

ente kena belajar dulu takrif sangka buruk tu.

ada ke sangka baik jika ada orang kata Allah bertempat ?

tentu kita kata ia salah. dan tidak dikira dlm sangka buruk.

Nak sangka baik lagi orang kata Allah memerlukan tempat ?

No Way !

Harap tak jadi Jahil Murakkab...


To ust Zamihan, kita YM ye jika ust free.

Salam hormat

ahmad said...

lelaki pakai makup tu bidaah tu pak wahabi? tak pernah buat zaman rasulullah..

Hasbullah said...

Jangan buat main perkataan 'BIDAAH'. istilah ni rasulullah yang mula sebut dalam hadist beliau. Jangan sampai tersilap haribulan anda menghina rasulullah.

kasorrga dunia said...

Salam...
Begini ke sikap org cerdik pandai dlm Islam?
Emm... org nih kata org tu x betul... org tu kata org ni x betul... nasib baik sy x belajar tinggi... saya ikut mana yg elok saja...
Belaja agama tinggi-tinggi pon mcm x guna... sbb asik dok salahkan org lain...
Wallahu a'lam...

kasorrga dunia said...

nak tambah sket lagi... kalaulah ada non-muslim yg nak try² masuk islam...then baca blog nih... aku rasa konfem diorg x jadi... pakai kopiah...pakai serban... tapi... sikap amat mendukacita... wallahu a'lam...

Visit Bil.