Monday, March 17, 2008

KISAH BENAR MUFTI PERLIS

Gambar hiasan : Pengkritik Muslim bertauliah


Assalamualaikum warahmah,

Beberapa bulan lepas, saya ke kota Kinabalu Sabah untuk menghadiri satu mesyuarat penyelarasan Kursus Falak Qiblat peringkat Negeri Sabah . Rombongan kami tiba hampir jam 9.00 pagi. Kami difahamkan oleh pegawai Jabatan Mufti, bahawa SS Datuk Hj Ahmad Alawi bin Adnan, Mufti Sabah sedang berbincang dengan seorang SB tempatan berkenaan satu ceramah melibatkan Dr Asri Mufti Perlis. Kami rela menunggu sehingga selesai perbincangan mereka. Akhirnya, SS Datuk Mufti mengalu-alukan kedatangan kami. Kami bermesyuarat hampir dua jam bersama Unit Falak Syar'ie, Pejabat Mufti Sabah.


ANGIN DARI SABAH

AlHamdulillah, kami berjaya mencari kata sepakat untuk melaksanakan Kursus Falak Kiblat yang bakal di adakan bulan depan. Ini merupakan inisiatif kami bagi mengatasi kes lebih 100 buah masjid dan surau tersasar arah kiblatnya di negeri ini. Harapan kami, permasalahan (asas) umat Islam disini dapat diselesaikan dengan jayanya. Namun diakhir perbincangan hal-hal lain, Datuk Mufti Sabah mengeluh sendirian berkenaan satu ceramah melibatkan Mufti Muda Perlis di Sabah. Tanpa memperkenalkan diri, saya cuba bertanya.. untuk memahami situasinya. Beliau mula membuka bicara dengan nada kesal kerana Yayasan Suria (sebuah NGO yg dianggotai majoriti Imigran Indon di Sabah) ingin menjemput SS Muftin Perlis untuk menyampaikan ceramah bertajuk ISLAM ITU MUDAH DAN MUNASABAH.

Justeru, apa masalahnya Datuk?..tanya saya ingin merancakkan sedikit perbualan dan berkongsi masalah.SS Datuk Mufti menjelaskan bahawa Dr Asri tidak wajar membawa fahaman Wahhabi-Liberalnya ke Sabah. Kehadirannya dikhuatiri memberi kesan : Membawa fahaman baru, Memecahbelah masyarakat Islam di sana serta Menganggu agenda pembangunan dan dakwah negeri Sabah.
Saya mengangguk setuju dan Datuk Pengarah saya juga begitu. Pada hemat saya, memang ada kewajarannya. Lebih-lebih lagi SS Datuk Mufti sendiri yang meluahkannya.


SIKAP SEORANG MUFTI :

Selanjutnya, SS Datuk Mufti Sabah menceritakan sedikit sebanyak tentang sikap Mufti Perlis khususnya dalam Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Katanya, Dr Asri min juhala' wa qillatil Adab. Contohnya, apabila berbahas sesuatu permasalahan Dr Asri tidak menggunakan disiplin ilmu yang benar dan jelas. Dr Asri juga tidak meraikan pandangan panel lain. Demikian pendapat dan ulasannya.

Beliau menceritakan lagi bahawa pernah satu ketika, Dr Asri bertikam lidah dengan Dr Hayyi Shukor berhubung masalah solat kanak-kanak dibelakang saf. Dr Asri dengan keras mengatakan bahawa amalan ini adalah tafsiran sempit agama. Bahkan menganggapnya sebagai amalan khurafat yang disandarkan kepada feqah. Beliau berhujah membawa beberapa potong hadis. Tetapi hujah Dr Asri kemudiannya disangkal oleh Dr Hayyi yang membawa pandangan Imam Nawawi bersumberkan pelbagai dalil. Khususnya dari Sunan Abu Daud dan menjadi amalan mazhab al-Shafi'iyy.

Namun Dr Asri tetap berkeras dengan pendapatnya dan cuba berhujah menggunakan qiyas. Dakwanya, kulup kanak2 itu sama dengan najis orang dewasa dalam perut. Benarkah begitu? Dato' Soleh Hj Ahmad memberitahu saya bahawa kiasan Dr Asri tidak mencukupi syarat qiyas, kiasan beliau boleh disifatkan sebagai : qiyas ma'a al-Fariq.


Berasaskan senario di atas, Dato Mufti Sabah bertekad untuk membatalkan ceramahnya. Tetapi Mufti Perlis khabarnya berjaya juga dibawa masuk ke Sabah secara senyap dan menyampaikan ceramah dirumah individu tertentu secara tertutup. Dato' Mufti Sabah jelas kecewa dengan sikap Mufti Perlis setelah mengetahui tindakannya itu. Beliau menyifatkan Mufti Perlis sebagai 'budak tak tahu malu'. Masya Allah, bagi saya perkara ini tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi melibatkan seorang Mufti Sarjana. Jika tuan-tuan ragu, hubungi Pej Mufti Sabah, Tel: 088 - 218322 @ Faks : 088 - 263679 atau hubungi Us Jumat Abd Razak h/p : 019 - 536 7902


CERITA DARI MUFTI PENANG


Saya juga pernah diberitahu Syeikhuna Dato' Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang bahawa apabila Dr Asri tidak mampu menyanggah hujah2 Dr Hayyi kelihatan wajah hensemnya merah padam. Bahkan Dr Asri seringkali keluar awal @ menarik diri dari mesyuarat JawatanKuasa Fatwa dengan selamba jika sesuatu perbincangan itu tidak 'berkenan' dihatinya. Saya terfikir sendirian. : Inikah sikap seorang Mufti Sarjana?. Untuk ulasan yang panjang lebar bersama SS Dato' Hassan, hubungi : 04 - 2632975 atau faks : 04 - 2632 985.


KISAH BENAR DARI PAHANG


Ada seorang sahabat memberitahu ana bahawa SS Dato' Abd Rahman bin Hj Othman, Mufti Pahang juga tidak berkenan untuk menerima kunjungan Dr Asri ke sana. Buktinya, dalam 2-3 bulan yang lepas, Dr Asri dijadualkan bakal menyampaikan ceramah akidah di sebuah surau, Kg Sungai Ular, Kuantan, Pahang. Tetapi ceramah itu dibatalkan serta-merta atas arahan SS Dato' Mufti Pahang. Alasannya, pandangan yang dilontarkan Dr Asri dikatakan banyak menghuru-hara fahaman, pegangan dan amalan umat Islam disana.

Justeru, mereka menyimpulkan adalah lebih baik Dr Asri tidak dibenarkan memasuki Pahang. Di samping itu, pihak pejabat Mufti juga membayangkan bahawa mana-mana pihak yang menyebarkan fahaman ekstrem Wahhabi dan memecahbelahkan umat Islam bakal dikategorikan sebagai pengancam keselamatan negara. Dan boleh diklasifikasikan dalam kesalahan ISA. Pejabat Mufti Pahang juga telah menjelaskan identiti Wahhabi dalam siri khutbah yang dikeluarkan mereka baru-baru ini. Maklumat lanjut : sila hubungi Pejabat Mufti Pahang : 09 - 4224890 atau fax ; 04 - 4224887


KHABAR DARI JOHOR

Saya diberitahu secara peribadi oleh SS YB Mufti Johor, Dato Noh Gadut bahawa Dr Asri dilarang menyampaikan fahamannya yang pelik di Johor. Mana-mana pihak yang melanggar arahan itu akan ditangkap dan didakwa dibawah Enakmen Kesalahan Syariah, Seksyen 12, Mengajar Tanpa Tauliah. Malah Kerajaan Negeri Johor merupakan negeri yang paling aktif membasmi fahaman ekstrem Wahhabi hingga ke akar umbi.


Ketegasan Jabatan Mufti johor terbukti apabila mereka bertindak menangkap seorang Pendakwah Tegar Wahhabi Mujassim Msia, Us Rasul Dahri di sebuah rumah, Kampung Melayu Majidee 3 hari sebelum tarikh pilihanraya. Akibatnya, Us Rasul dikenakan ikat jamin sebanyak RM 2000 atas caj mengajar ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tanpa tauliah. Syabas dan tahniah buat SS YB Dato' Noh. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pej Mufti Negeri Johor : 07 - 228 2915 @ Faks : 07 - 2230 925


KISAH BENAR DARI TEGANU KITE


Semalam, (Ahad mlm Isnin 16/3/08) saya diberitahu seseorang bahawa Dr Asri diundang oleh KETENGAH untuk menyampaikan ceramah Maulid Rasul di Masjid al-Muktafi Billah, Bukit Besi, Paka, Terengganu. Tetapi ceramah itu khabarnya tidak diizinkan oleh SS Mufti Terengganu, Dato' Ismail Yahya. Beliau khuatir, jika Mufti Perlis menyelitkan unsur kewahhabiannya..nescaya masyarakat bertambah keliru. Kira-kira jam 3:30 ptg saya dikhabarkan bahawa ceramah tersebut telah dibatalkan oleh Mufti Terengganu.


Namun, pada jam 7.00ptg semalam saya diberitahu bahawa ada orang dalaman KETENGAH yang bermati-matian mahukan Dr Asri berceramah. Sedangkan penaung program tidak tahu apa-apa. Kecoh seketika keadaannya.Memandangkan persiapan telah dibuat. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit.


Akhirnya, Jabatan Mufti terpaksa berdiplomasi dengan penganjur. Ceramah dibenarkan asalkan tidak menyentuh isu sensitif agama. Pada hemat saya, isu sensitif tersebut adalah 'unsur Salafiah Wahhabiyyah' yang diperjuangkan Dr Asri selama ini. Apa cerita.. Dr Asri sendiri ceramah Maulid Rasul yang dianggap bid'ah sebelum ini.? Bid'ah..bid'ah jugak. Tapi masyuukkk Syeikh..masyyuuukk..Tahniah! Dr Asri kerana tidak mudah patah semangat dalam menyuburkan perjuangan Salafi Wahhabi.


Beliau mula berceramah. Tetapi tetap dengan style biasa beliau. Sifat 20 tetap dikutuk. Dakwanya, mempelajari sifat 20 hanya melemahkan minda sahaja. Contohnya, Allah ada.. lawan tiada. Benarkah Tuan Mufti? Atau anda yang tidak mengerti dan tidak menguasai? Bagi saya, hujah sebegini hanyalah modal lama beliau. Orang yang tidak berilmu hanya mengitarkan modal lama sahaja. Bukti lemah minda.


Dr Asri juga mengatakan bahawa amalan sambutan MaulidRasul ini merupakan adat orang Kristian. Terperanjat segala hadirin termasuk VIP yang hadir. Masya Allah! Betul ke Syeikh! Yang entum pi sambut undangan ceramah sampai ke Tganu Kite tu guane pulok? Kecek dok ghok starang. Penganjur program membayangkan tidak lagi menjemput Mufti Muda ini dalam program mereka. Saya difahamkan bahawa pihak penganjur juga bercadang mengenakan tindakan terhadap 'org dalam' yang bertanggungjwb menjemput Mufti Huru Hara ini.


SEPATUTNYA :


Sepatutnya, seorang Mufti bertanggungjawab mendidik ummat. Memperkasakan iman dan jatidiri mereka sempena hari kebesaran Islam. Bahkan menyeru mereka menuju Allah. Bukankah ini sebahagian dari tanggungjawab beliau. Tetapi, kalau sekadar pusing modal lama..minda berskala kecil seperti ini ternyata tidak mampu berdaya saing dalam pasaran pemikiran global. Dan kita pasti ditakuk lama.

Saya khuatir, jika senario ini diketahui pimpinan baru Perlis, kemungkinan besar Dr Asri tidak mampu menyambung jawatan kontraknya. Elok juga beliau Pulang ke negeri asalnya untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam yang buta agama. Berbanding menghuru-harakan fahaman sesama umat Islam kita. Jika Dato' Seri Shahidan telah selamat Harakiri..bagaimana pula dengan Dr Mohd Asri?


KESIMPULAN :


1) Dr Asri perlu mengubah sikap dan fahaman ekstremnya supaya kehadirannya boleh diterima pakai oleh SS Samahah Mufti Negeri-negeri lain.

2) Pendekatan Dr Asri bukan sekadar merugikan diri sendiri, malah menyempitkan saluran dakwah dan tidak banyak membantu ummah.

3) Penyeragaman bidang kuasa pentadbiran dan pengurusan Islam amat penting supaya tidak berlaku pertindihan @ percanggahan antara agensi agama. Sekaligus mengelakkan sebarang kerencatan agenda membangun ummah. Bilakah semua ini dapat direaliti. Insya Allah jika negara diperintah oleh mereka yang benar-benar memahai agama dan memartabatkan Islam di mercunya. Takbiir! Allu akbar!



SELAMAT HARAKIRI


6 comments:

the indie story said...

KU LI PALU GENDANG PERANG!

Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…

Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.

Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.

PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.

( Sila baca artikel selebihnya di:
http://theindiestory.blogspot.com/ )

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. (United Bloggers)

Anda mahu tahu mengapa masyarakat Malaysia sedang menuju kearah Masyarakat HYPER-TENSION pada tahun 2020?

Sila buat lawatan sambil belajar di:

http://theindiestory.blogspot.com/

CHECK IT OUT! Bloggers harus bersatu.

Manhaji said...

Bila baca artikel ini saya rasa tak senang kerana penulis cuba membuka keburukan orang lain. macam mengumpat pula sedangkan semua insan ada kekurangan dan bercanggah dalam mengeluarkan pendapat. Bila baca tentang penulis, saya rasa dia seorang yang "masuk bakul angkat sendiri". sedangkan sifat itu dimurkai Allah. Firman Allah ta'ala: Fa la Tuzakku Anfusakum, huwa 'alamu bi manittaqo.

kemabaik said...

Itula darul imtiyaz..
Sesape yg baca akan rasa satu yg tak kena ... bnyk lg artikel di sini lebih kurang jer..
Dan.. saya pun sependapat dgn darul..dah lama saya rasa begitu .. iaitu "naik lif tekan sendiri"

Zamihan Mat Zin AL-GHARI said...

Syukran buat pengulas tulisan saya. Teruatamanya Darul Imtiyaz yg berterus terang 'rasa tak senang' bila ikuti kisah benar berkaitan Para Mufti dgn Mufti Perlis.

Sebenarnya, paparan disini..bukan utk membuka keaiban seseorg. Sebaliknya ingin dijadikan bhn pengajaran kpd indvidu terbabit supaya bersikap telus dan jujur dlm memberi idea dan teguran secara membina.

Lebih-lebih lagi beliau bertaraf seorang Mufti. Segala kata, tulisan, gerak-geri dan perlakuan diambil kira oleh masyarakat.Kalau tak tulis pun..sikap beliau telah diketahui umum. Bahkan menjadi bualan secara mutawattir. Terutamanya dikalangan cendiakiawan dan Mufti.

Bercanggah dlm pendapat yg muktabar tak mengapa. Tp kalau bercanggah dlm pendpt yg tidak muktabar..dan ingin bertegang leher..ni lah..akibatnya.

Justeru, saya hanya menegur untuk kebaikan dirinya supaya beliau mengubah sikap. Dan perubahan sikap ini penting membolehkan beliau diterima oleh Mufti-mufti lain. Disamping aktiviti dakwah boleh diseragam dan tidak terbantut.

Kesimpulan, Nabi sendiri ditegur berkali2 oleh Allah demi penambahbaikan. Inikan seorang Mufti. Kalau rasa tak boleh ditegur..jgn menegur dan tak payah jd orang.

Utk darul Imtiyaz..elakkan dari menulis Al-Qur'an dgn huruf latin..kerana hukumnya adalah haram dengan sepakat ulamak Syafi'yyah. Syukran

Ibnu Muslim said...

Ana sangat setuju dengan Sheikh Zamihan.
Namun ana fikir....saudara kemabaik jelas juga elemen "naik lif tekan sendiri" sebab postname saudara 'kemabaik'...anta fikir la sendiri.

Visit Bil.