Thursday, March 6, 2008

KISAH LAMA DARI UKM



SINOPSIS:

Kira-kira pada bulan Jun 2006 yang lalu, saya dihadiahkan oleh seorang sahabat dengan satu buku berjudul Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang Sebenar karangan Dr. Azwira Abd Aziz dan kroninya. Beliau merupakan salah seorang pensyarah di Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi. Setelah menelusuri buku tersebut, didapati kandungannya bukan sekadar mencemuh, mengecam dan menohmah saya, Tetapi secara jelas Dr. Azwira mempertahankan aliran pemikiran Salafiyyah al-Wahhabiyyah atau lebih dikenali dengan fahaman al-Wahhabi, Kaum Muda, Tajdid, Ittiba’ al-Sunnah dan jenama yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya buku yang ditulis oleh Dr Azwira di atas merupakan hasil responbiliti beliau terhadap buku saya yang berjudul Salafiah al-Wahhabiyyah Satu Penilaian. Dalam buku ini saya cuba membedah metodologi fahaman Salafi al-Wahhabi dan penyebaran dakwahnya di Malaysia. Setelah buku ini mendapat keizinan dari JAKIM dan disebarkan, akhirnya ia mendapat bangkangan dari mereka yang berfahaman al-Wahhabi.


Antaranya ialah Hafiz Firdaus Abdullah yang menulis Pembongkaran Jenayah Ilmiah penulis Salafiah al-Wahhabiyyah dan Dr Azwira yang menulis judul di atas. Apabila dianalisa, ternyata wujud permuafakatan dan kerjasama erat di antara Drebar Kapal Terbang dengan Dr. Azwira. Ini kerana penulis buku itu sendiri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang diberikan oleh Azwira dalam menyiapkan penulisan buku berkenaan. (Rujukan boleh dibuat pada muqaddimah buku Pembongkaran Jenayah Ilmiah Penulis Salafiah al-Wahhabiyyah oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah). Saya dinasihati oleh rakan-rakan peguam bahawa buku di atas boleh disaman malu kalau saya mahu.


TAKSUB :

Ketaksuban Dr. Azwira berfahaman al-Wahhabi begitu jelas sekali apabila beliau menerbitkan kertas kerja yang berjudul Nasihat Mukmin tentang Kesesatan Zamihan bin Mat Zin. Kononnya untuk menolak pendapat saya yang mengkritik fahaman al-Wahhabi. Kertas kerja ini telah diedarkan kepada mahasiswa/si di Fakulti Pengajian Islam. Dan ketika itu saya masih mengikuti program Sarjana di Fakulti Pengajian Islam pada tahun 2002.


Apabila dilihat kertas kerja beliau tidak mampu menyaingi hujah-hujah ilmiah saya yang mula mendapat tempat dalam kerajaan dan masyarakat, maka beliau dan rakan-rakannya mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang Sebenar-Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan al-Ghari keatas Pegangan Ahli Sunnah dan para Tokohnya. Walaupun buku ini banyak memuatkan pertuduhan dan penistaan terhadap saya, saya tenangkan diri menerima provokasi mereka.

PENGAJARAN CERITA LAMA:


Kira-kira pada pertengahan bulan Jun 2006 yang lalu, saya bersama Us Mohd Hapizi bin Sulaiman (Penolong Pengarah Dakwah, JAKIM) mengunjungi Prof Zakaria Stapa di Fakulti Pengajian Islam bagi melaksanakan tugasan rasmi bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Setelah berurusan, saya bertanyakan beliau beberapa perkembangan terbaru di Fakulti Pengajian Islam.

Memandangkan beliau seorang yang pakar dalam bidang akidah dan pemikiran, maka saya mengambil peluang untuk bertanyakan tentang fahaman al-Wahhabi di Malaysia hasil dari hebahan akhbar Mingguan Malaysia pada 27 Nov 2005 dan The Star pada 28 Nov 2005. Beliau memberi jawapan bercampur-baur dan mengikut posisi. Tetapi cukup memuaskan.


Saya diberitahu oleh pihak atasan Fakulti Pengajian Islam bahawa Golongan Salafi-Wahhabi UKM juga sedaya upaya untuk menafikan Mastrers Degree saya. Kalau boleh mereka tidak ingin saya dikurniakan Ijazah berkenaan. Dikhuatiri dengan Ijazah berkenaan dijadikan lesen untuk saya menyesatkan masyarakat. Wal ‘iyya zabillah. Namun begitu, saya tahu bagaimana cara untuk menamatkan konfrantasi ini secara terhormat.

Dalam pada itu, saya juga mengambil peluang bertanyakan tentang penulisan buku Dr. Azwira yang secara jelas mempertahankan fahaman al-Wahhabi dengan menggunakan jenama UKM. Isi kandungannya secara jelas bercanggah dengan Fatwa Kerajaan Malaysia untuk menyekat fahaman al-Wahhabi daripada menular.
[1] Prof Zakaria agak terkejut dengan pernyataan saya.

Saya tidak kisah jika Dr Azwira hendak memburuk-burukkan peribadi saya. Tetapi sikapnya yang fanatic mempertahankan fahaman al-Wahhabi perlu diperbetulkan. Dan saluran terbaiknya adalah melalui Prof Zakaria selaku Dekan Fakulti Pengajian Islam.

Selang beberapa minggu, Prof Zakaria membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Fakulti. Itupun dalam agenda : Hal-hal lain. Beliau menasihatkan Jabatan supaya tidak terikut2 dengan rentak sesetengah pensyarah yang ekstrem dalam sesetengah pendapat. Nama Dr Azwira turut disebut.

Sayangnya, selepas mesyuarat tertutup itu, ada ‘seseorang’ pula cuba bertindak sebagai ‘pembawa mulut’ kepada Dr Azwira. Lalu naik syeikh lah Dr muda berkenaan. Akhirnya, melalui surat peguam yang dilantik, Dr Azwira menuntut Prof Zakaria memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada beliau.


Kononnya Prof Zakaria telah memfitnah beliau berfahaman Wahhabi. Kandungan surat peguam itu juga menuntut RM 250, 000.00 dari Prof Zakaria. Jika Prof gagal membuat permohonan maaf secara rasmi setelah 14 hari dari tuntutan difailkan..Prof Akan disaman malu! Bravo! Seorang pensyarah begitu agresif untuk menyaman Dekan beliau sendiri semata-mata namanya disebut dalam mesyuarat Fakulti kerana mempunyai kaitan dengan Wahhabi.

Akhirnya, setelah dinasihati oleh Bahagaian Undang-Undang UKM, Prof Zakaria bertindak mencabar tuntutan Dr Azwira di mahkamah. Saya fikir, kerakusan Azwira mula reda selepas reaksi Prof Zakaria mencabar tuntutannya itu. Dan sampai ke hari ini tiada lagi kedengaran tuntutan kes berkenaan.


BUKTI KAJIAN:

Sebenarnya, sikap Dr Azwira yang fanatic mempertahankan fahaman al-Wahhabi begitu terserlah.Terdapat beberapa bukti yang menyokong pernyataan ini. Antaranya :

1) Dr. Azwira memberi respon yang agak keras terhadap buku saya yang mengkritik metodologi fahaman al-Wahhabi. Ini terbukti melalui kertas kerjanya : Nasihat Mukmin tentang kesesatan Zamihan Bin Mat Zin. Jika beliau tidak berfahaman al-Wahhabi, kenapa harus dijawab kritikan saya dengan kecaman dan tuduhan sesat terhadap saya.
2) Dr. Azwira memainkan peranan penting dalam menyiapkan penerbitan buku Pembongkaran Jenayah Ilmiah Penulis Salafiah al-Wahhabiyyah. Ini membuktikan bahawa beliau masih tidak berpuas hati dengan kecaman dan tohmahan beliau terhadap saya dan pihak lain yang mengkritik fahaman al-Wahhabi.

3) Di dalam bukunya Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar beliau memuatkan kandungan yang mempertahankan Muhammad Abd Wahhab. Antaranya :

4) Hujah Muhammad Abd al-Wahhab (al-Wahhabi) berasal dari Najd – negeri tempat munculnya tanduk Syaitan. Cuba dinafi, dipertahan dan diulas oleh beliau.

5) Tafsiran Syahadah oleh Muhammad Abd Wahhab yang dikritik sekian lama oleh para ulamak kita[2] diulas dan dibela oleh beliau. Bahkan beliau terus menyokong pandangan Muhammad Abd al-Wahhab dalam masalah ini.

6) Dr. Azwira memaksudkan Pendukung Sunnah di Malaysia ialah golongan Salafi al-Wahhabi. Ini sekian dari contoh tafsiran yang sempit. Bahkan bertentangan dengan definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

7) Dakwaan Azwira ini jelas di dalam huraian beliau pada sub tajuk : Tohmahan Ke-7, Ke-9 dan Ke-10 yang ditujukan kepada saya. (Pembongkaran Jenayah Ilmiah, Kapt Hafiz Firdaus Abdullah)

8) Disamping itu, Dr. Azwira juga secara terang-terangan membela Syeikh Nasiruddin al-Albaani dan begitu teruja mempertahankan kesilapan-kesilapan al-Baani. Oleh itu, tidak syak lagi bahawa Syeikh Nasiruddin al-Albaani merupakan salah seorang tokoh Salafi al-Wahhabi yang masyhur di dunia Islam.

9) Selain itu, Dr. Azwira juga dilihat banyak membicarakan tentang isu-isu khilafiah-bid’ah. Hal ini terbukti pada sub tajuk : Tohmahan ke-9 yang berjudul : Pendukung Sunnah di Malaysia tidak faham Konsep Bid’ah. Sub Tajuk ini dibuat kononnya untuk menolak hujjjah saya. Sebaliknya, beliau tidak sedar bahawa beliau sedang dirasuk dengan permasalahan furuk. Dan permasalahan furuk ini dijadikan momentum untuk membid’ah dan menyesatkan umat Islam di Malaysia. Lihat tulisannya Hadis Palsu Menyesatkan Masyarakat.

10) Kemungkinan berlatarbelakangkan B.a dari Arab Saudi dan belajar secara percuma..beliau terhutang budi dengan aliran Salafi Wahhabi.Dan begitu teruja mempertahankannya. Mungkin kot!


KESIMPULAN :

Berasaskan kepada keterangan di atas, jelaslah bahawa Dr. Azwira Abd Aziz, Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM ini bermetodologi Salafi al-Wahhabi. Bagi saya, beliau nak berfahaman apa terpulang! Tetapi Jangan melampau. Disamping fahaman dan sikapnya itu perlu diluruskan dengan bimbingan dan nasihat oleh mereka yang mempunyai autoriti dalam bidang kerjayanya. Dan dilihat Dekan Fakulti Pengajian Islam merupakan saluran terbaik dalam merealisasikan hak itu. Hanya Allah jua yang mengetahui segala-galanya.

Saya akui bahawa segala butiran yang diperturunkan di sini adalah benar kerana Allah SWT. Dan saya bersedia dipertanggungjawabkan atas segala yang disaksikan ini. Jika Dr Azwira dan rakan-rakannya tidak berpuas hati. Hubungi saya : Zamihan Mat Zin al-Ghari 012– 2465518 @ 8921 8413 @ 8922 2696 utk tempahan diskusi, debat, seminar, forum, dan lain-lain. Wassalam.


[1] Sila rujuk Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Kali Ke-34, Dewan Persidangan Tingkat 2, Pusat Islam, Kuala Lumpur, 31 Mac 1994


[2] Antara ulamak tempatan yang mengkritik tafsiran Syhadah Muhammad Abd al-Wahhab ialah Prof Dr. Uthman el-Muhammadi. Hal ini boleh dirujuk dalam kertas kerja beliau berjudul Ajaran Ahl Sunnah Wal Jamaah dan Pendekatan Muhammad Abd al-Wahhab : Satu Penilaian Awal, Seminar Penerangan akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah, anjuran JAIS, hlm 7

6 comments:

Anonymous said...

kajian demi kajian

wanrusli said...

Saya rasa tak perlu dipanjangkan selisah faham wahabi dan salafi sambil kecoh. Selagi benda ni tidak mendatang dah lah. Tak habis-habis. Orang islam bukan maju kerana ahli sunnah dan bukan mundar dengan sebab salafi. Tap[i kesedaran utk bekerja dan membina ummah itu yang utama.

Orak GoBlog said...

Al salam alaikum wbkt. Ustaz,

Dah magrib ni, saya nak cepat2. Utusan Malaysia hari ini melaporkan Dr. Azwira menyaman ustaz sebanyak RM 1juta. Lawan jangan tak lawan. Saman balik atas nistaan beliau melalui tulisan2 yang beliau terbitkan.
Saya khuatir Wahabi berakar umbi dan membiak di UKM.

Muhammad said...

Bismillah, alhamdulillah, assalamualaikum.

Biasalah ni. Itik dengan ayam bercakap. Memang takkan sudah isu ini.

Apapun harap-harap isu ni diselesaikan dengan baik, kadang-kadang isu yang sebegini berpunca daripada pemahaman definisi lagi.

Saya setuju dengan pendapat Wan Rusli, tak perlulah dipanjang isu ini. Ulama' mu'tabar sekalipun banyak perbezaan pendapatnya, yang penting hormati pendapat orang lain. Janganlah kita jadi "fire starter" pula. Biarlah jadi "fire fighter".

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

اللهم انصر أخانا في الله الفاضل الأستاذ زاميحن مت زين، آمين

Saya percaya ustaz ada banyak 'bom' lagi.....

aryna said...

assalamualaikum wbt..

seperti kata ustadz sendiri, KERANA ALLAH SWT!!

MOGA ALLAH BERIKAN PERLINDUNGAN DAN KEMENANGAN KEPADA ORANG YANG BENAR, TAMBAH2YANG BERJUANG KERANA MEMPERTAHANKAN KEBENARAN.!!!ALLAH HU AKBAR!!!

saya yakin ustadz dan rakan2 telah lama bersedia untuk menghadapi dr.azwira yang terlebih dahulu sibuk nak menyaman sesiapa yang dilihat menggugat beliau.

bahkan ustadz juga berpeluang lakukan perkara yang sama sekiranya selepas perbincangan juga beliau masih berkeras dan berdegil untuk teruskan niatnya yang saya anggap kurang bijak terhadap ustadz dan kurang sihat kepada masyarakat ..
[sebabnya, mereka terlebih dahulu hentam dan kutuk ustadz Zamihan di dalam pendahuluan buku seperti yang disebut ustadz Zamihan, tapi ustadz Zamihan tak pun ambil tindakan hingga menyaman, cuma menulis di blog peribadi saja untuk mempertahankan dan membetulkan fitnah ke atas dirinya.. nak baca, baca.. nak percaya, percaya, tak mau tak dak sapa paksa pun...!!!]

SAYA AKAN TETAP MENDOAKAN USTADZ DAN SENTIASA BERADA DI BELAKANG USTADZ DAN RAKAN2..biarlah berapa ramai nak pujuk saya berpaling daripada menyokong dan mendoakan ustadz dan rakan2..

wsalam

Visit Bil.