Thursday, March 6, 2008

MUFTI PERLU BERADAB


Kenyataan TPM Datuk Seri Najib Tun Razak

Kenyataan Mufti Perlis Darul Sunnah


SENSASI :
Mufti Perlis, Samahah Syeikh Dr Mohd Asri Abdul Thalib @ Zainul Abidin sekali lagi mensensasikan dirinya. Dia kembali menggunakan skilnya untuk memperlekehkan pemikiran orang lain apabila mengeluarkan kenyataan tegas berbunyi : UNDI BERDASARKAN CALON BUKAN PARTI.

Tidak cukup dengan itu, beliau menyifatkan seseorang yang memilih parti bukannya calon sebagai cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud. (rujuk paparan scan diatas no:2) Beliau juga menisbahkan pemikiran seperti itu sebagai pemikiran kanak-kanak tadika. Subhanallah!

Sekarang mari kita lihat siapa yang dimaksudkannya itu. Sebenarnya orang yang mengeluarkan kenyataan versus Mufti Perlis ialah Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Buktinya, di dalam Utusan Malaysia, 26 Februari 2008, hlm 2 : Timbalan Perdana Menteri menjelaskan : Pilih Parti, bukan Personaliti. (ruk paparan scan no 1 di atas)

Bagi saya, walaupun isu pilih parti.. kurang tepat. Atau pilih calon bukan parti.. kurang tepat..Namun Dr Mohd Asri
tidak wajar menyifatkan TPM sebagai seorang yang mepunyai fikiran yang tidak berdaya saing dan jumud.

Selaku seorang Mufti, beliau juga tidak berhak menyifatkan seseorang yang setentang pendapat dengan beliau sebagai berfikiran kelas kanak-kanak tadika. Walaupun kita berlatarbelakang agama dan memegang autoriti agama kita tidak perlu merendah-rendahkan martabat saudara se-agama. Apatah lagi pemimpin tertinggi negara. Puncak ilmu dan iman adalah akhlak. Dimana akhlak dan adab kita?

JUSTIFIKASI :

1) Jikalau tuan-puan ingin tahu, inilah skill atau metodologi golongan Wahhabi sedunia. Mereka menganggap hanya mereka sahaja yang benar. Manakala pihak lain adalah salah. Tidak cukup dengan itu, mereka melancarkan provokasi yang buruk terhadap golongan yang tidak sependapat dengan mereka dengan perkataan yang berat seperti bid'ah-sesat, jumud, konservatif, berfikiran sempit dan sebagainya.

2) Jika orang-orang kenamaan dan para alim ulamak dikritik keras dan dituduh sembrono oleh mereka..Bagaimana kesudahannya dengan orang awam seperti kita. Renungkanlah.

3) Agamawan dan umat Islam sepatutnya mengimplimentasi akhlak yang baik dalam kehidupan. Menggunakan perkatan yang disenangi, berlemah lembut dan berhikmah walaupun berdepan dengan bukan Islam. Bukannya mengeluarkan kata-kata yang kasar dan keras. Inilah tuntutan Sunnah yang sebenar. Ingatlah bahawa semua anggota kita bakal menjadi saksi dihadapan Allah di hari Pilihanraya Mahsyar.

Saya bukan nak mengapikan keadaan. Tetapi sekadar mengingatkan Dr Asri supaya menjaga adab dalam menutur kata dan mengawal tulisannya. Menulislah..tapi elakkanlah diri dari madzinnatul fitnah. Perasaan manusia yang lain perlu dijaga. Ini hanyalah sekadar nasihat saudara seagama. Bukankah, tulisan dan kata-kata adalah manifestasi akhlak kita?. Jangan sampai masyarakat awam tidak respek kepada Institusi Tok Petti yang mulia. Jangan pula kerana mulut badan binasa. Justeru, Mufti perlu beradab. Dengan adab kita selamat. Selamat Mengundi buat semua.


Zamihan al-Ghari (012 -2465518)

2 comments:

the indie story said...

LIPUTAN TERKINI:

Foto-Foto Perhimpunan Malam Terakhir BARISAN ALTERNATIF Sebelum Hari Mengundi Esok ( Lokasi : TAMAN PERMATA, LEMBAH KERAMAT / Masa : 9.30pm - 12am )

FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:

http://theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT!

la_abwa said...

Saya setuju dgn nasehat sut Zamihan :Agamawan dan umat Islam sepatutnya mengimplimentasi akhlak yang baik dalam kehidupan. Menggunakan perkatan yang disenangi, berlemah lembut dan berhikmah walaupun berdepan dengan bukan Islam. Bukannya mengeluarkan kata-kata yang kasar dan keras. Inilah tuntutan Sunnah yang sebenar. Ingatlah bahawa semua anggota kita bakal menjadi saksi dihadapan Allah di hari Pilihanraya Mahsyar.
"

Visit Bil.